Apakah aktivti dan tempat menarik di Cherating untuk percutian? Berbaloikah membuat perancangan untuk melancong ke Cherating?
Cherating ialah sebuah bandar peranginan di pantai timur Malaysia. Pantai yang terkenal adalah termasuk Pantai Chendor, tapak pembiakan penyu belimbing dan penyu laut lain serta rumah kepada Santuari Penyu Chendor.
Kampung Cherating mempunyai bengkel tekstil dan pelbagai kraftangan tradisional. Di sebelah Barat Daya Cherating, anda boleh temukan Gua Charah terdiri daripada 8 gua di dalam formasi batu yang sangat luar biasa.
Berdekatan, Gua Panching mengandungi patung Buddha berbaring yang besar.
Jika anda merancang percutian pantai bersama orang tersayang, anda sedang menuju ke arah yang tepat.

- Lihat Pakej Percutian di Cherating
- Lihat Penginapan Terbaik di Cherating
- Lihat Aktiviti Menarik di Cherating
- Lihat Peta Percutian di Cherating
Dalam artikel ini, kami senaraikan 10 tempat menarik di Cherating yang popular dikunjungi.
Video Tempat Menarik di Cherating
Dalam video ini dipaparkan tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi dan aktiviti yang popular. Antara resort yang disyorkan adalah Holiday Villa Resort & Spa Cherating.
Ianya dekat dengan pantai dan antara penginapan yang popular di Cherating.
Pantai Cherating

Pantai Cherating terletak berhampiran bandar Kuantan merupakan tempat perkelahan yang terkenal di sini.
Rata-rata pengunjung yang ke bandar Kuantan pasti akan singgah sebentar di lokasi ini untuk menikmati hembusan bayu laut.

Keistimewaan lokasi ini kerana ia merupakan antara tempat meluncur yang terbaik di Malaysia yang meriah pada bulan November hingga Februari.
Jika anda berkunjung pada bulan tersebut, kawasan ini turut dipenuhi dengan pelancong dari luar negara yang datang untuk melakukan pelbagai aksi luncur!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Club Med Cherating – Malaysia, Bukit Cherating, 26080 Balok, Pahang
Rimbun Dahan Turtle Hatchery

Rimbun Dahan merupakan tempat penetasan yang diusahakan oleh penduduk tempatan iaitu Pak Su yang terletak di sepanjang Pantai Chendor.
Menurut beliau pada bulan April hingga September penyu akan datang ke sini untuk bertelur dan telurnya akan diinkubasi sehingga menetas.

Anda juga boleh berkunjung ke sini pada waktu malam untuk melihat penyu bertelur pada bulan tersebut.
Selain itu, pada waktu petang anda turut berpeluang untuk menyaksikan proses untuk melepaskan anak-anak penyu ke lautan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:30pm – 6:30pm | Jalan Pantai Chendor, Jln Kuantan – Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang
Kam’s Surf Shack

Kam’s Surf Shack begitu terkenal dalam peminat sukan air yang lasak. Di sini anda boleh menikmati aktiviti meluncur yang berlangsung pada bulan Oktober hingga Mac iaitu pada musim monsun.
Menariknya lagi kerana aktiviti ini ditawarkan mengikut tahap kepandaian anda sebagai pemula hingga paling hebat.

Selain itu anda boleh mencuba kite surfing, wind surfing, paddle sup dan canoe trip. Memilih untuk bersantai sahaja sambil menyaksikan orang ramai beraktiviti?
Anda boleh lepak di kafenya yang menyajikan pelbagai minuman menarik.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00-10:00pm | Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang
Hafiz’s Cherating Activities

Melalui Hafiz Cherating Activities, anda boleh mengisi waktu malam di Cherating dengan menyelusuri Sungai Cherating menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan.
Di sini anda boleh menikmati suasana malam ditemani cahaya kelip-kelip.

Pada siang hari anda boleh mendapatkan perkhidmatan Hafiz River Mangrove Cruise yang bermula seawal jam 9 pagi.
Melalui lawatan ini anda bakal melihat spesies pokok bakau, spider crab, monyet, biawak liar, ular, burung dan banyak lagi haiwan yang mendiami kawasan tersebut.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am -10:30pm | 7/ 1156,Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang
Limbong Art

Di Limbong Art yang terletak di Kampung Cherating Lama menyediakan aktiviti yang cukup menarik dan bermanfaat buat anda sekeluarga.
Destinasi ini membolehkan anda untuk menambah ilmu pengetahuan tentang batik di Malaysia.

Untuk merasai pengalaman yang berbeza anda boleh membeli kain kosong dan mengikuti proses mencanting dengan tunjuk ajar pekerja mereka.
Bagi kanak-kanak mereka pasti lebih teruja untuk menghasilkan corak yan mereka sukai.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang
Pulau Ular

Bagi yang ingin menikmati suasana laut yang lebih tenang, anda boleh ke Pulau Ular kerana di sini tiada sebarang pembangunan dibina dan anda hanya dibenarkan untuk membuat kunjungan yang singkat.
Untuk ke sini anda menaiki bot di jeti Sg Ular dan memerlukan masa sekitar 35 minit untuk tiba ke destinasinya.
Diingatkan supaya anda membawa bekalan makanan yang mencukupi apabila berkunjung ke sini!
Dek kerana airnya yang jernih, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling di sini. Namun aktiviti tersebut hanya sesuai dilakukan sebelum jam 12 tengahari kerana keadaan ombak yang tenang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | GC9R+QC, Kampung Beruas, 26600 Pekan, Pahang
Intan Seafood Restaurant

Makanan berasaskan laut merupakan antara hidangan yang popular di setiap lokasi percutian.
Menariknya di sini kerana kedudukannya yang berdekatan dengan laut, semestinya menyajikan hidangan laut yang cukup segar buat anda sekeluarga.

Intan Seafood Restaurant yang terletak di Cherating ini menyajikan hidangan laut yang bersaiz besar dan memuaskan selera anda.
Anda boleh mencuba udang mentega, soteng goreng tepung, ketam telur masin, siakap stim limau dan lala masak pedas yang cukup menyelerakan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:45am – 10:00pm | LOT 995, Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang
Ombak Cherating Surf Cafe

Ombak Cherating Surf Cafe menggunakan konsep kafe moden sebagai senibina dan dekorasi dalamannya.
Sesuai dengan konsepnya, ia menyajikan hidangan berat yang terdiri daripada makanan berat, sarapan, pencuci mulut dan snek ringan.

Antara menu yang sering menjadi rebutan di sini adalah kek keju mangga, nasi lemak, fish & chips, english breakfast, spaghetti dan sandwich.
Selain menyediakan hidangan enak mereka turut mempunyai minuman kopi ais yang padu! Kafe ini beroperasi pada jam 10 pagi sehingga 5 petang serta tutup pada hari isnin dan selasa.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:00pm | No 1006-1 , Kedai Jalan Kemaman, Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Kuantan, Pahang
Cherating Briyani & Coffee

Cherating Briyani & Coffee ini terletak di Taman Agroteknologi Mardi dan dibuka setiap hari pada jam 10.30 pagi hingga 8 malam.
Restoran ini semestinya menyajikan nasi briyani sebagai menu utamanya. Menariknya di sini kerana ia mempunyai saiz hidangan besar yang cukup mengenyangkan anda.

Pengunjung ke sini selalu memilih menu nasi briyani kambing, nasi briyani ayam dan nasi mandy sebagai menu utama.
Restoran ini turut terkenal dengan minuman kopi seperti capuccino, espresso, mocha, black coffee dan white coffee. Rasa kopi yang pekat digandingkan bersama keenakkan nasi briyani pasti terangkat selera anda!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:30am – 8:00pm | Taman Agroteknologi Mardi, Sungai Belong, 26080 Kuantan, Pahang
D’Cherating Cafe

Rasa tidak puas selagi tidak dapat menikmati masakan kampung dan hidangan tempatan? Singgahlah pula ke D’Cherating Cafe yang turut terkenal sebagai destinasi persinggahan bagi bas ekspress laluan Pantai Timur.
Restoran yang dilengkapi dengan kemudahan surau ini begitu selesa untuk anda menjamu makan bersama-sama rombongan yang besar.

Keselesaan serta ruang parkir yang luas menjadikan restoran ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung.
Anda boleh makan tengahari dan makan malam di sini dengan aneka lauk yang menarik. Antara menu menarik di sini adalah sotong sambar, ikan patin tempoyak, nasi lemak dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 11:00pm | Jln Kuantan – Kemaman, Cherating, 26080 Balok, Pahang
Bersambung…