Hanoi merupakan diantara destinasi yang sering menjadi tumpuan buat pelancong yang ingin berkunjung ke Asia Tenggara.
Hal ini kerana di Hanoi, anda boleh temukan keunikan, keaslian sejarah dan warisan yang kekal terpelihara disamping kepesatan arus pemodenan.
Ia amat memukau dan mengujakan buat anda yang suka untuk menyelami budaya dan cara hidup sesebuah tempat.
Luangkan masa selama beberapa hari dan anda pastinya akan mula jatuh hati dengan apa yang ada di sini.
Hanoi juga merupakan sebuah destinasi yang mempunyai begitu banyak tempat menarik untuk anda lawati.
- Lihat Pakej Percutian Hanoi
- Lihat Penginapan Terbaik Hanoi
- Lihat Aktiviti Menarik di Hanoi
- Lihat Peta Percutian Hanoi
Pin
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda 7 tempat pelancongan hot di Hanoi, Vitenam.
Hoan Kiem Lake Keindahan Sejauh Mata Memandang
Hanoi merupakan sebuah tempat yang padat dan sesak dengan pengunjung dan juga penduduk setempat.
Masa terbaik yang dicadangkan buat anda untuk memulakan hari anda dalam keadaan yang lebih tenang dan selesa adalah sekitar 5.30 pagi.
Hal ini kerana pada waktu ini, jalan disini akan lebih lenggang dan anda dapat menikmati udara pagi yang segar.
Untuk menjadikan pagi anda lebih menarik, apa kata anda berkunjung ke Hoan Kiem lake yang terletak di tengah-tengah bandar Hanoi.
Disini anda boleh menghirup udara pagi sambil melihat warga tua tempatan bersenam.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Hang Trong, Hoàn Kiếm, Hanoi, Vietnam
- Tiket: Percuma
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.00 am – 5.00 pm
Temple of Literature University Pertama Vietnam
Temple of Literature turut dikenali sebagai Van Mieu dan merupakan diantara destinasi yang menjadi tumpuan buat pelancong yang berkunjung ke Hanoi.
Ia dibina pada tahun 1070 untuk memperingati Confucius. Ia juga merupakan universiti yang pertama dibina dan dibuka di Vietnam.
Ia merupakan diantara tempat yang wajib anda kunjungi apabila anda datang ke Hanoi. Sejarahnya sahaja sudah cukup untuk menjadikannya unik.
Ia juga merupakan sebuah kompleks yang mempunyai laman yang luas dan tasik yang dipenuhi dengan bunga teratai.
Ia juga mempunyai rekaan bumbung seperti kuil yang berwarna merah dan menaikkan lagi ciri unik tempat ini. Salah satu destinasi yang terbaik untuk anda yang ingin elakkan diri daripada kesesakan kota.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 58 Quốc Tử Giám Văn Miếu Dong Da, Ba Đình, Hà Nội, Vietnam
- Tiket: Dewasa 30,000 VND (~US$ 1.3) & Kanak-kanak bawah 15 percuma
- Waktu Operasi: April – Okt 07:30-17:30 | Okt – April 08:00-17:00
Imperial Citadel of Thang Long
Ia merupakan diantara tempat yang tertua dan mempunyai sejarah yang panjang di Vietnam.
Hal ini jelas disokong lagi dengan pengumumannya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bukan senang untuk dimasukkan kedalam senarai ini sebenarnya.
Ia kaya dengan sejarah dan juga budaya Vietnam. Imperial Citadel of Thang Long ini setinggi 40 meter dan menjadi simbol kepada Hanoi.
Pada zaman silam, ia merupakan pusat politik. Ia juga terletak berdekatan dengan banyak lagi lokasi tumpuan pelancong yang lain.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 19C Hoàng Diệu, Quán Thánh, Ba Đình, Hà Nội 100000, Vietnam
- Tiket: Dewasa 30,000 VND (~US$ 1.3) & Kanak-kanak bawah 15 percuma
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.00 am – 5.00 pm
Water Puppet Theatre
Hampir kebanyakan tempat tumpuan pelancong di dunia ini pastinya mempunyai satu jenis persembahan yang melambangkan identiti tempat tersebut.
Begitu juga di Hanoi dimana anda dapat temukan Water Puppet Theatre.
Ia merupakan sebuah teater yang memaparkan persembahan boneka tradisional Vietnam yang menggambarkan kehidupan seharian masyarakat di Vietnam dan juga hikayat-hikayat tempatan.
Ia juga semakin mendapat sentuhan dan idea-idea baru untuk menjadikannya sesuai dengan peredaran zaman seperti kesan pencahayan dan juga muzik.
Jika anda sempat berkunjung ke Hanoi, pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan persembahan ini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 57B Đinh Tiên Hoàng, Hàng Bạc, Hoàn Kiếm, Hà Nội 100000, Vietnam
- Tiket: Dewasa 60.000 – 100.000 VND ($3-5)
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.30 am – 5.00 pm
Hanoi Old Quarter
Hanoi Old Quarter merupakan sebuah tempat yang agak padat dengan orang ramai yang terdiri daripada pelancong dan juga penduduk setempat.
Ia juga sangat kaya dengan aroma masakan dari gerai jalanan, aktiviti dan juga keunikan rekaan bangunannya.
Namun semua ini sangat mudah untuk anda terlepas pandang terutamanya apabila anda sedang sibuk untuk mencari jalan ke destinasi tertentu.
Cara yang terbaik untuk anda menikmati kesemua ini adalah dengan duduk berehat didalam cyclo atau dalam bahasa kita adalah beca.
Kalau anda tak tahu dimana anda boleh dapatkan servis ini, anda boleh minta tempat penginapan anda untuk melakukan tempahan buat anda.
Anda juga boleh menikmati segala apa yang ada disini dengan berjalan kaki. Anda boleh berhenti dan lebih menikmati sebarang perkara yang anda rasakan unik dan juga mengabadikan kenangan dengan bergambar.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Tạ Hiện, Lương Ngọc Quyến, Hàng Buồm, Hoàn Kiếm, Hà Nội 100000, Vietnam
- Tiket: Dewasa 60.000 – 100.000 VND ($3-5)
- Waktu Operasi: Jumaat – Ahad. 7.00 am – 11.00 am
Taman Negara Ba Vi
Taman negara ini merupakan sebuah kawasan yang dipelihara dan menawarkan keindahan alam semulajadi yang memukau.
Ia terletak sejauh 48 KM dari Hanoi dan mengambil masa sekitar 2 jam perjalanan.
Ia sangat terkenal dengan gunung tiga puncak yang dilindungi awan tebal. Ia juga menjadi habitat kepada berbagai jenis flora dan juga fauna.
Disini juga terdapat kolam air panas dan sering menjadi tumpuan pelancong dan juga penduduk setempat.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Ba Vì, Hanoi, Vietnam
- Tiket: Dewasa 60.000 – VND ($3) | Cactus Glass House: 10.000 VND
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 6.00 am – 7.00 pm
Hanoi Opera House
Ia merupakan diantara bangunan yang mempunyai ciri binaan yang paling menarik yang boleh anda temukan di Hanoi.
Ia dibina pada tahun 1911 dan diilhamkan daripada Paris Opera House di Perancis. Pengunjung boleh menikmati persembahan istimewa klasik Vietnam, persembahan tarian dan juga konsert daripada artis terkenal dunia disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Số 01 Tràng Tiền, Phan Chu Trinh, Hoàn Kiếm, Hà Nội 100000, Vietnam
- Tiket: Dewasa 300.000 – VND 1.000.000 bergantung pada durasi masa dan jenis lawatan
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.30 am – 9.30 pm
Cafe Pho Co
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 18 Cafe Pho Co](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Cafe-Pho-Co-e1602590460998.jpg)
Ramai yang kata, alang-alang dah berkunjung ke Vietnam, macam tak lengkap pula kalau anda tak mencuba kopi yang sangat terkenal di sini iaitu kopi telur. Nak tahu rasanya macam mana? Anda boleh bayangkan yang anda sedang menikmati ais krim yang sedang cair di lidah.
Lokasi saranan ramai untuk menikmati kopi telur ini adalah di Cafe Pho Co. Bukan sahaja hidangan kopi telurnya yang sedap, malah ia turut mempunyai pemandangan tasik yang indah.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 11 Hàng Gai, Hàng Trống, Hoàn Kiếm, Hà Nội 100000, Vietnam
- Tiket: Harga minimum jus dan kopi 40.000 – 45.000 VND
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.00 am – 11.00 pm
Ha Long Bay
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 19 Ha Long Bay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/halong-bay-P27ES5E-e1602590511486.jpg)
Ha Long Bay terletak sekitar 170 kilometer dari Hanoi. Antara cara pengangkutan yang kami sarankan adalah dengan menaiki bas. Mungkin pada awalnya anda akan rasa semacam tidak berbaloi untuk anda menempuh perjalanan sejauh ini.
Tapi percayalah, segala penat lelah anda sememangnya berbaloi. Apa yang anda akan lihat nanti akan buatkan anda tak percaya. Keindahannya memang sangat memukau setiap mata yang memandang.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Thành phố Hạ Long, Quảng Ninh, Vietnam
- Tiket: Untuk Cruise US$13 seorang day cruise dan US$25 untuk overnight cruise
Tempat Menarik di Hanoi: Sa Pa
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 20 Sa Pa adalah sebuah bandar di Hoàng Liên Son Mountains di barat laut Vietnam. Destinasi trekking yang popular](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/10/rice-field-terraces-BKEFWRN-update.jpg)
Sebuah lagi lokasi yang mempunyai pemandangan yang sangat menarik selain daripada Ha Long Bay adalah Sa Pa. Ia merupakan sebuah kawasan penanaman padi yang besar yang anda boleh temukan di Vietnam.
Sama juga seperti Ha Long Bay, anda akan melalui satu perjalanan yang agak panjang namun semuanya sangat berbaloi apabila anda melihat pemandangan indah menghijau yang luarbiasa disini. Udaranya juga segar dan nyaman.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | TT. Sa Pa, Sa Pa, Lao Cai, Vietnam
- Tiket: Lawatan mengelilingi kampung 75.000 VND
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.00 am – 5.00 pm
Bat Trang Ceramic Village
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 21 bat trang ceramic village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/bat-trang-ceramic-village-e1602590599714.jpg)
Perkampungan Seramik Bat Trang. Dikhabarkan lokasi ini telah wujud berabad lamanya iaitu semenjak dari abad ke-14 lagi. Ia merupakan lokasi yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan buat penggemar barang seramik.
Anda pastinya akan terpukau dengan penghasilan barang seramik disini yang mempunyai unsur keseniannya yang tersendiri. Fungsi tempat ini adalah untuk menunjukkan proses penghasilan seramik kepada pengunjung. Anda juga boleh membeli hasil seramik yang anda berkenaan.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Bát Tràng, Gia Lâm, Hanoi, Vietnam
- Tiket: Pengalaman membuat tembikar. Beberapa keluarga menawarkan perkhidmatan ini kepada pelancong. Kos bagi setiap tembikar ialah dari 40,000 hingga 60,000 VND
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.00 am – 5.30 pm
Ionah Show Hanoi
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 22 Ionah Show Hanoi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ionah-Show-Hanoi-e1602590629126.jpg)
Destinasi yang dibuka pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu pada pukul 8.00 PM sehingga 9.30 PM. Disini, anda boleh menikmati persembahan luar biasa yang mampu membuatkan sesiapa saja yang melihatnya berasa kagum.
Antara yang dipersembahkan disini adalah tarian moden dan juga tarian tradisional, muzik, dan bermacam-macam lagi. Walaupun persembahannya sekitar 1 jam setengah sahaja, apa yang anda akan lihat disini pastinya akan memberikan satu pengalaman yang berharga.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 87 Láng Hạ, Chợ Dừa, Đống Đa, Hà Nội 100000, Vietnam
- Tiket: VND 600,000 – VND 800,000 Dewasa selama 75 minit
- Waktu Operasi: Selasa, Khamis & Sabtu. 8.00 pm – 9.30 pm
Ho Chi Minh Mausoleum
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 23 Ho Chi Minh Mausoleum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/ho-chi-minh-mausoleum-in-hanoi-vietnam-in-a-UH2K75P-e1602590692107.jpg)
Destinasi seterusnya adalah makam kepada tokoh revolusi Vietnam iaitu Ho Chi Ming. Ada beberapa peraturan yang anda perlu patuhi untuk berkunjung ke sini. Anda perlu memakai pakaian yang sopan dan anda tidak dibenarkan untuk membawa masuk kamera.
Selain itu, anda juga tidak dibenarkan untuk memasukkan tangan anda kedalam poket sebagai tanda hormat kepada tokoh ini. Sebenarnya peraturan-peraturan ni bukanlah menyusahkan kerana biasalah apabila anda berkunjung ke tempat orang, anda perlulah menurut segala peraturan yang dikenakan.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 2 Hùng Vương, Điện Bàn, Ba Đình, Hà Nội 100000, Vietnam
- Tiket: VND 40,000 Dewasa
- Waktu Operasi: Isnin 8.00 am – 11.00 am | Selasa hingga Ahad 8.00 am – 5.00 pm
Vietnam Military History Museum
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 24 Vietnam Military History Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Vietnam-Military-History-Museum-e1602590862503.jpg)
Destinasi seterusnya sesuai untuk anda yang suka belajar sejarah berkenaan sesebuah tempat, iaitu Muzium Sejarah Tentera Vietnam. Untuk pengetahuan anda, jumlah bahan pameran yang ada disini adalah sekitar 200 000 dan ia merupakan koleksi dari zaman pra-sejarah sehinggalah pembentukan Vietnam.
Selain itu, tarikan lain tempat menarik di Hanoi yang ada pada muzium ini adalah senibinanya sendiri. Bukan sahaja koleksinya yang menarik perhatian, reka bentuknya juga dikatakan sebagai salah satu koleksi muzium ini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 28A Điện Biên Phủ, Điện Bàn, Ba Đình, Hà Nội, Vietnam
- Tiket: 30,000 VND Dewasa dan tambahan 20,000 VND jika ingin mengambil gambar galeri
- Waktu Operasi: Isnin 8.00 am – 11.00 am | Selasa hingga Ahad 8.00 pm hingga 11.30 am & 1.00 pm hingga 4.30 pm
Presidential Palace
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 25 presidential palace hanoi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/presidential-palace-hanoi-e1602590899859.jpg)
Lokasi seterusnya dalam senarai kami adalah Presidential Palace yang telah dibina oleh seorang arkitek yang berasal dari Perancis, Auguste Henri Vildieu pada tahun 1900.
Tujuan pembinaannya adalah sebagai kediaman rasmi Ho Chi Minh. Namun, Ho Chi Minh menolak untuk tinggal disini. Ia merupakan sebuah bangunan 3 tingkat berwarna kuning yang mempunyai 30 buah bilik. Selain itu, ia juga lengkap dengan taman dan juga kolam.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Số 2 Hùng Vương, Ngọc Hồ, Ba Đình, Hà Nội 118708, Vietnam
- Tiket: 25,000 VND Dewasa
- Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat | 7.00 am hingga 4.00 pm
Thinh Long Beach
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 26 Thinh Long Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Thinh-Long-Beach-e1602590943234.jpg)
Destinasi seterusnya adalah Pantai Thinh Long yang merupakan sebuah pantai indah yang mempunyai panjang sekitar 3 kilometer. Menariknya pantai ini adalah pasirnya yang putih. Antara tarikan utama disini adalah, anda boleh meneroka lautannya dengan menaiki sampan.
Selain itu, anda juga boleh melihat aktiviti seharian penduduk yang tinggal di perkampungan nelayan disini. Anda juga boleh mendapatkan hasil laut yang segar yang sememangnya menjadi trademark kawasan ini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Hải Hậu District, Nam Dinh, Vietnam
- Tiket: Percuma
- Waktu Operasi: Dibuka 24 jam | 7 Hari Seminggu
Hang Da Market
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 27 Hang Da Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Hang-Da-Market-e1602591107166.jpg)
Pasar ini merupakan sebuah pasar tertutup yang terletak di Hanoi. Saiznya adalah bangunan 3 tingkat dan ia lebih kecil berbanding dengan sebuah lagi pasar tertutup yang ada di Hanoi iaitu Dong Xuan Market.
Antara barang jualan utama yang ada disini adalah barangan mentah, pakaian, fabrik, seramik dan juga tembikar. Sama seperti kebanyakan pasar lain, kemahiran tawar-menawar adalah satu kemahiran yang berguna disini.
- Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Phố Hàng Da, Cửa Đông, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam
- Tiket: Kawasan membeli-belah
- Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad | 8.00 am hingga 6.00 pm
Lotte Observation Deck
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 28 Lotte Observation Deck](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Lotte-Observation-Deck-e1602591074223.jpg)
Lotte Observation Deck merupakan salah satu daripada lokasi yang anda patut lawati apabila anda berkunjung ke Hanoi. Disini, anda boleh melihat pemandangan penuh dari tingkat 65 Lotte Centre.
Lotte Observation Deck ini dibahagikan kepada empat seksyen iaitu Welcome Zone, Attraction Zone, Romantic Zone dan juga Experience Zone. Dari segi harga, ia agak berpatutan. Namun, jika anda berkunjung ke sini pada waktu-waktu tertentu, anda boleh menikmati diskaun harga yang jauh lebih murah.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 54 Liễu Giai, Ngọc Khánh, Ba Đình, Hà Nội, Vietnam
- Tiket: Siang 230,000 VND Dewasa & Kanak-kanak 170,000 VND | Malam 130,000 VND & kanak-kanak 110,000 VND
- Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad | 9.00 am hingga 9.30 pm
National Museum of Vietnamese History
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 29 Museum of Vietnamese History](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Museum-of-Vietnamese-History.jpg)
Sebenarnya, satu masa dahulu Museum of Vietnamese History dikenali dengan nama Musee Blanchard de la Brosse. Ia telah dibina pada tahun 1926. Individu yang bertanggungjawab membinanya adalah Auguste Delaval.
Pada awalnya ia lebih fokus kepada pengumpulan dan pameran koleksi seni purba. Namun, pertambahan koleksi artifak daripada awal pembentukan Vietnam dimasukkan sebaik sahaja muzium ini dibesarkan.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 1 Tràng Tiền, Phan Chu Trinh, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam
- Tiket: Siang 15,000 VND Dewasa & 40,000 VND untuk mengambil gambar dalam galeri
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 8.00 am–12.00 pm & 1:30–5.00 pm
West Lake Hanoi
![20+ Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR] 30 West Lake adalah tasik air tawar terbesar di barat laut Hanoi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/hanoi-at-dusk-SCZWPM8-1024x682.jpg)
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa destinasi ini, West Lake menjadi tumpuan dan tarikan utama ramai pelancong. Hal ini kerana disini anda boleh temukan bermacam jenis kawasan yang menawarkan taman, tempat rekreasi dan juga hotel.
Ia merupakan tasik air tawar terbesar yang ada di sebelah barat laut Hanoi dengan kepanjangan 17 kilometer. Anda juga boleh temukan tarikan lain seperti Tran Quoc pagoda dan juga Quan Thanh Temple yang terletak disini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | West Lake, Quảng An, Tây Hồ, Hà Nội, Vietnam
- Tiket: Percuma kawasan bersiar & riadah
- Waktu Operasi: dibuka 24 jam | 7 Hari Seminggu
Sekian sahaja artikel kali ini berkaitan dengan 20 tempat pelancongan popular di Hanoi, Vietnam. Jika anda ada sebarang cadangan tentang tempat menarik di Hanoi, sila nyatakan diruang komen.
Bagi anda yang berkesempatan untuk berkunjung ke Hanoi, senarai tempat menarik di Hanoi ini merupakan destinasi yang harus anda kunjungi supaya percutian anda akan lebih bermakna.
Bersambung…