fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Pakej Popular

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [PANDUAN]

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
8 November, 2022
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 4 mins read
1.6k 31
A A
4
tempat-menarik-di-itali-o
32.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Itali, terkenal dengan keenakan pizza, sejarah tamadun Rom, dan tempat-tempat percutian yang sungguh menarik.

Terletak di Selatan Eropah, negara yang berbentuk seperti but ini adalah salah satu negara di dunia yang menjadi tempat paling popular disebabkan beberapa faktor seperti khazanah seni, fesyen, landskap yang menakjubkan, orang yang periang dan masakan yang sangat enak.

Itali memberikan pengunjung yang datang banyak benda yang boleh dilihat dan ke semua tempat di sana memerlukan masa yang lama untuk pelancong menghabiskan masa mengunjunginya.

Siapa tidak kenal dengan kemunculan Rome yang ternukil dibuku sejarah dengan cerita sejarah yang mengagumkan hingglah tewasnya empayar ini.

Peninggalannya banyak meninggalkan kesan mendalam dan tempat-tempat menarik di Itali untuk dipelajari. Sekali seumur hidup sudah pasti menjadi impian semua pelancong Malaysia untuk menjejakan kaki ke kota-kota ini.

Promo-Pakej-Morocco-Spain

  • Lihat Penginapan Terbaik di Rome Itali
  • Lihat Aktiviti Menarik di Rome Itali
  • Lihat Peta Percutian di Rome Itali

Pin

  • 1 Naples Bandar Metropolitan Itali
  • 2 Daerah Tasik Itali Yang Luar Biasa
  • 3 Sicily Itali Terkenal Kecantikannya
  • 4 Cinque Terre Perkampungan Itali
  • 5 Milan Menyimpan Khazanah Dari Kemusnahan
  • 6 Pantai Amalfi Pemandangan Tiada Tandingan
  • 7 Pompeii Cerita Tragedi Duka Itali
  • 8 Venice Terkenal Sebagai Grand Canal Dunia
  • 9 Tuscany Sejarah Seni Renaissance
  • 10 Rome Itali Peradaban Empayar Rom
  • 11 Tips Melancong Ke Tempat Menarik di Itali
    • 11.1 Makan Malam di Itali
    • 11.2 Pemakaian Ketika di Itali
    • 11.3 Permudahkan Waktu Perjalanan Anda
    • 11.4 Di Itali Kedai Tutup Waktu Tengah Hari
    • 11.5 Cara Mendapatkan Teksi di Itali
    • 11.6 Wajib Memberikan ‘Coperto’
    • 11.7 Perlahankan Perjalanan Anda
    • 11.8 Orang Itali Sentiasa Senyum
Di sini terdapat gambaran tempat yang paling menarik untuk dikunjungi jika anda bercadang untuk datang ke Itali.


Naples Bandar Metropolitan Itali

naples-vesuvius-sea-city-sky

Salah satu bandar metropolitan yang paling sibuk dalam Itali ini, Naples adalah ibu negara dalam rantau Campania di Selatan Itali.

Bandar Naples menawarkan khazanah kerja-kerja seni dan tapak bersejarah serta pelbagai jenis kedai yang memberikan kelainan dalam kawasan Naples, restoran dan hiburan-hiburan yang ada pada waktu malam.

Naples keindahan Pasar Metropolitan di Itali

Pelbagai jenis makanan kegemaran orang Itali berasal dari sini seperti pizza, spaghetti dan parmigiana.

Makanan-makanan ini sangat diambil serius di bandar ini dan ianya perlulah segar dan ramuannya mesti tumbuh atau diambil di kawasan tempatan.

Disebabkan ia hampir dengan teluk Naples dan Pompeii yang popular, Naples menjadi tempat yang sangat ideal untuk para pelancong mencari penginapan sebelum meneroka kawasan sekitarnya.


Daerah Tasik Itali Yang Luar Biasa

dolomites-mountains-italy-alpine

Daerah Tasik ini terbentang merentai Itali Utara. Penghujung di selatan tasik ini mempnyai kawasan yang rata tetapi di bahagian utara tasik ini bermula dari pergunungan dan ia menjadi tarikan bagi pelancong yang datang.

Sangat popular bagi pelancong yang datang, lebih 100 tahun Tasik Itali memberikan keadaan cuaca yang sangat baik dan memberikan pemandangan yang sangat menakjubkan.

lake-view-mountains-garda-italy

Hal ini terutama di bahagian utara di mana punca air dari tasik ini terbentuk dengan kawasan curam hutan membentuk di hujung air.

Di bahagian barat, Maggiore tidaklah popular namun ia juga memberikan pemandangan yang cantik dengan resort yang popular untuk keluarga yang datang.


Sicily Itali Terkenal Kecantikannya

italy-landscape-sicily-taormina

Sicily bukan sahaja terkenal di filem-filem Hollywood atau gengster, tetapi terkenal kerana kecantikannya.

Pulau yang terbesar terletak di Laut Mediterranean, Sicily merupakan wilayah autonomi Itali dan juga termasuk beberapa pulau kecil yang lain.

taormina-sicily-shopping-shops

Ianya dipisahkan oleh tanah besar rantau iaitu Calabria dengah jauh sebanyak 5 km. Menjadi rumah bagi tamadun Mediterranean yang hebat, Sicily kaya dengan hasil seni serta sejarah.

Contoh yang terdapat di sini adalah seperti Kuil di lembah Agrigento serta gereja Palermo Baroque.

Ciri utama geologi yang paling menakjubkan di pulau ini adalah Gunung Etna yang menjadi tempat bagi gunung berapi aktif.


Cinque Terre Perkampungan Itali

cinque-terre-italy-houses

Cinque Terre yang bermaksu “Lima Tanah” merangkumi lima kampung iaitu Riomaggiore, Manarola, Vernazza, Monterosso dan Corniglia.

Terletak di kawasan persisiran pantai barat laut Itali di Liguria, kampung yang terdapat di sini memberikan ciri-ciri landskap yang sangat cantik di Itali termasuk tebing curam dan teres-teres wain yang terbentuk beratus tahun yang lalu.

boat-porto-cinque-terre-vernazza

Antara yang menarik perhatian pelancong yang datang adalah laluan pendakian yang telah digunakan berkurun lama dan ia memberikan pemandangan tepi pantai yang sangat menakjubkan.

Laluan Biru adalah laluan yang berturap menyambungkan lima kampong ini bersama dan ianya sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur.


Milan Menyimpan Khazanah Dari Kemusnahan

italy-milano-duomo-square

Semasa perang dunia ke 2, ia hampir dimusnahkan dari pengeboman secara besar-besaran namun Milan telah dibina semula dan ia mula menjadi salah satu bandar terkaya di Eropah.

Secara meluas, ia telah menjadi pusat fesyen utama dan penuh dengan kedai pereka baju, Milan juga menjadi tarikan utama bagi khazanah dunia yang masih lagi kekal di sana.

pinacoteca-di-brera-art-paintings

Ianya adalah seperti lukisan Leonardo da Vinci, The Last Supper, Rumah Opera La Scala, Castello Sforzesco dan salah satu katedral Gothic terbesar di dunia.

Walaupun begitu, Milan sudah menjadi bandar yang kurang dengan budaya Itali berbanding bandar-bandar yang berada di dalam Itali kerana seni bina moden yang terdapat di sini.


Pantai Amalfi Pemandangan Tiada Tandingan

amalfi-coast-italy

Terletak di barat daya wilayah Itali iaitu Campania, Pantai Amalfi menjadi tarikan utama kerana kecantikan yang luar biasa dan ia adalah salah satu kawasan yang perlu dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Itali.

Terbentang luas 30 batu sepanjang Sememanjung Sorrento, Pantai Amalfi memberikan ia kelebihan dari segi laluan pantai yang sangat cantik dengan pantai yang bersinar, curam batu, taman pokok lemon, villa pelbagai warna serta resort yang bergaya.

amalfi-coast-italy-positano

Salah satu bandar yang sangat romantik bagi pasangan yang datang untuk berbulan madu di Pantai Amalfi adalan Positano dengan pantai berbatu cantik, rumah pastel dan pemandangan gunung memukau.

Salah satu bandar terbesar, Amalfi memberikan ciri-ciri plaza yang indah dengan restoran di samping bandar Ravello mendapat tarikan dari taman cantik dan hasil seni yang ada di situ.


Pompeii Cerita Tragedi Duka Itali

Scenic view of ruins and bronze statue in ancient Pompeii city

Pompeii adalad salah satu tarikan yang paling dikunjungi oleh pelancong yang datang kerana ia terkenal dengan bandar Roman yang telah tertanam beberapa kaki di bawah abu gunung hampir 1,700 tahun yang lalu.

Iaitu selepas malapetaka yang telah berlaku disebabkan letusan Gunung berapi Vesuvius.

pompeii-italy-roman-ancient

Penggalian Pompeii bermula pada tahun 1748, dan tapak ini masih lagi belum selesai digali sehingga ke hari ini.

Tapak ini terletak di kawasan berdekatan dengan bandar moden Naples.

wine-bottle-carrier-italy-pompeii

Pelancong yang datang di sini dihidangkan dengan pemandangan yang menakjubkan tentang gaya hidup orang Roman pada zaman dahulu.

Pelancong boleh berjalan melalui jalan purba untuk melihat pelbagai bangunan yang lama seperti kedai roti, rumah-rumah serta tempat mandi.


Venice Terkenal Sebagai Grand Canal Dunia

venice-canale-grande-gondolier-city

Salah satu tempat terbaik perlu dilawati di Itali, Venice adalah bandar unik yang telah dibina di kawasan lagun dikelilingi oleh Laut Adriatic.

Terletak di Timur Laut Itali, Venice merupakan gugusan dari 118 pulau yang berhubung dengan jambatan yang cantik dan terusan yang menakjubkan.

venice-italy-vacation-cityscape

Terusan yang sangat terkenal adalah Grand Canal yang telah membahagikan bandar menjadi dua bahagian.

Banyak sekali filem-filem terkenal menjadikan Venice sebagai latarbelakang set pengambaran yang sangat cantik serta tema karnival bertopeng antara perayaan yang selalu disambut disini.

masks-carnival-venice-italy

Pemandangan laluan air serta seni bina bersejarah membuatkan Venice menjadi salah satu bandar yang paling romantik di dunia bagi pasangan yang ingin berbulan madu di sana.

Venice kerap sesak dengan orang ramai tetapi ianya sangat berbaloi untuk dikunjungi kerana ia mempunyai mercu tanda yang indah seperti Tapak Saint Mark dan Basilica.


Tuscany Sejarah Seni Renaissance

florence-italy-church-tuscany

Rantau paling popular di Itali, Tuscany memberikan pemandangan bukit-bukit, pokok zaitun, pokok anggur serta cypress yang memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Sesiapa yang datang ke sini perlu dapat berehat di bandar bukit seperti San Gimignano atau meneroka seni Renaissance di Florence.

duomo-florence-tourism-tuscany

Bandar zaman pertengahan Siena juga menunjukkan hasil kerja seni yang terbaik sementara pusat sejarahnya menjadi tempat paling terkenal dan dilawati di Itali.

Boleh dikatakan Tuscany adalah tempat yang membuat anda senang akan keindahan alam bercantum dengan peradaban manusia yang terbentuk di sini.


Rome Itali Peradaban Empayar Rom

Rome Itali Peradaban Empayar Rom

Dahulu merupakan ibu negara Empayar Rom, Rom pada hari ini merupakan pusat kerajaan dan menjadi ibu negara Itali.

Terletak di wilayah tengah negara Lazio, Rome merupakan sebuah bandar yang kompleks dan luas serta bersejarah dan moden pada waktu yang sama.

Senibina Rom

Terkenal dengan struktur Roman purba serta bandar Vatican, Rom telah bertahan selama lebih 2,500 tahun sebagai pusat yang penting bagi budaya, kuasa dan agama.

Dari plaza purba, katedral menakjubkan dan seni bina Renaissance, terdapat pelbagai perkara yang boleh di buat jika anda berada di sini yang memerlukan lebih sebulan untuk meneroka penuh bandar ini.


Tips Melancong Ke Tempat Menarik di Itali

Tips Melancong Ke Tempat Menarik di Itali

Lebih 46 juta pelancong yang datang dan mereka semua datang dari semua pelusuk dunia dan lebih ramai datang kembali ke Itali untuk melihat keajaiban yang dapat ditunjukkan di sana.

Orang Itali adalah orang yang sangat baik dan sangat bersabar kecuali jika mereka sedang memandu.

Tips Melancong Ke Tempat Menarik di Itali

Mereka juga menjadi penjaga kepada beberapa harta bersejarah yang sangat menakjubkan dan mereka sangat suka untuk berkongsi kisahnya.

Tetapi jika anda baru sahaja ingin pergi ke sana, anda perlu lihat beberapa tips untuk memberikan gambaran ketika anda di sana


Makan Malam di Itali

rome-roma-italy-cafe-italian

Antara 7:30-9:00 p.m. Jika anda sudah merasa lapar sebelum pukul 7.30, anda tidak akan diberi harapan untuk mula mencari makan malam pada waktu sebelum 7.30 kerana mereka tidak akan menyediakan makanan malam pada waktu sebelum itu.

Tapi anda boleh buat tempahan awal untuk bersedia makan malam tepat pada pukul 7.30 p.m.


Pemakaian Ketika di Itali

Pemakaian Ketika di Itali

Untuk makluman anda, orang Itali kurang memakai pakaian menonjol, dan tidak terlalu kelihatan jika anda berada di Itali.

Anda akan merasa terkejut kenapa orang di sana tidak memakai skirt yang pendek, baju yang tidak menutupi keseluruhan badan kerana ia bukan budaya yang diamalkan oleh orang itali kecuali jika anda berada di pantai.


Permudahkan Waktu Perjalanan Anda

street-musicians-street-music-italy

Cari masa untuk anda berjalan di sekitar kawasan mengikut kehendak anda sendiri. Selalu hanya beberapa blok dari tarikan utama, kehidupan harian berjalan seperti biasa dengan ramai orang yang menjalani aktiviti rutin mereka.

Berhenti seketika untuk melihat pertunjukkan jalanan. Rancang semula perjalanan anda untuk tempat-tempat yang menarik dan ambil secawan kopi untuk memberikan anda masa yang tenang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


Di Itali Kedai Tutup Waktu Tengah Hari

italy-cinque-terre-store-front

Ini pasti mengejutkan bagi sesetengah pelancong dari pelbagai jenis negara. Kebanyakan kedai yang ada di Itali akan tutup pada waktu tengah hari bermula jam 1:00-4:00 p.m terutama di luar pusat bandar.

Orang Itali akan balik ke rumah untuk menikmati makan tengah hari bersama keluarga tercinta.


Cara Mendapatkan Teksi di Itali

Cara Mendapatkan Teksi di Itali

Anda perlu panggil teksi atau pergi ke stesen teksi yang berhampiran. Anda tidak boleh memanggil teksi dengan memberi isyarat tangan sahaja di Itali.

Teksi yang berada di Itali juga sangat cekap dan sentiasa ada pada waktunya dan anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sebuah teksi.


Wajib Memberikan ‘Coperto’

Coperto

Jumlah cas bagi seorang yang duduk di setiap meja yang ada. Ianya bukanlah menjadikan pemilik restoran untuk mengambil kesempatan kerana anda merupakan seorang pelancong.

Coperto bukan seperti tip kerana tip tidak perlu diberikan jika anda tidak mahu dan ianya tidak perlu melebihi 5-10%.


Perlahankan Perjalanan Anda

building-house-middle-ages-facade

Anda tidak boleh lihat kesemuanya. Sebab utama 46 juta pelancong yang datang setiap tahun ke Itali adalah kerana mereka ingin melihat keindahan kawasan dan ingin mengalami perasaan berada di sana.

Pelbagai jenis tempat menarik yang ada di sana dan ianya tidak mencukupi untuk anda menghabiskan hidup dengan pergi ke setiap tempat di sana. Jadi perlahankan diri dan sentiasa hargai apa yang anda dapat lihat semasa anda berada di sana.


Orang Itali Sentiasa Senyum

Orang Itali Sentiasa Senyum

Anda kini sudah bersedia untuk datang ke negara yang telah menjadi sumber inspirasi kepada pelbagai pelancong berkunjung ke Itali.

Ia adalh sebuah negara yang telah menjadi satu dengan kecantikan gaya hidup, seni, muzik dan pelbagai lagi.

Oleh itu, bertukarlah senyuman dengan orang-orang Itali di sana dan bawa balik memori indah dari negara yang sangat menakjubkan ini, yang pastinya tidak terdapat di negara lain.

Bersambung…

Tags: melancong ke italipakej rompercutian italitempat menarik di florence italytempat menarik di milantempat menarik di venice italy
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-singapore
Singapore

15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

  Singapore sering digambarkan sebagai sebuah taman permainan bagi golongan berada, dan ianya benar bahawa negara kecil ini memiliki kilauan...

Oleh: Hadi Ghazali
26 Mei, 2023
64.9k
percutian-muslim-krabi
Pakej Popular

Krabi Halal: Tips Percutian Muslim ke Krabi Thailand

  Krabi Halal: Tips Percutian Muslim ke Krabi Thailand. Krabi adalah salah satu destinasi percutian yang popular di Thailand, terutamanya...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2023
358
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
4 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

melancong ke Austria
Balkan

Melancong ke Tempat Menarik di Austria

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2023
4
12.9k

  Adakah anda bercadang untuk melancong ke Austria? Jika ya artikel 3 minit akan memberikan anda panduan yang ringkas namun...

Baca Selanjutnya
masakan-lombok

Masakan Lombok: 5 Paling Sedap Yang Anda Harus Cuba

24 Mei, 2023
9k
tempat-menarik-di-bangi-Mohd-Shafeq

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Bangi Paling Popular

6 Oktober, 2022
19k
13 Aktiviti & Tempat Menarik di Bukit Fraser [TERKINI] 1

13 Aktiviti & Tempat Menarik di Bukit Fraser [TERKINI]

26 September, 2022
13.6k
tempat-menarik-di-mersing

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Mersing

24 Mei, 2022
16.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
4
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas