fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman India Pakej Kashmir

25 Tempat Menarik di Kashmir, New Delhi, Agra & Jaipur [Golden Triangle]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Januari, 2023
Kategori: Pakej Kashmir, Pakej Popular
Masa Bacaan: 7 mins read
88.9k 1.8k
A A
27
Indira Gandhi Memorial Tulip Garden
94.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

 

Apakah tempat menarik di Kashmir & India? Apakah Taj Mahal itu benar-benar istimewa? Apa pula yang dimaksudkan dengan Golden Triangle India?

Dalam artikel kali ini, kami akan cuba menjawab semua soalan itu.

Dalam artikel ini juga kami akan turut paparkan anda gambar-gambar yang sangat menarik yang pastinya membuka minda anda untuk bercuti ke destinasi-destinasi indah ini.

India & Wilayah Jammu Kashmir merupakan antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Tidak dapat dinafikan bahawa India menawarkan begitu banyak tempat-tempat menarik yang mampu membuatkan pelancong yang berkunjung terpukau dan terpesona dengan keindahan yang disajikan.

Pakej-Percutian-Ke-Kashmir-India-Taj-Mahal

  • Pakej Percutian Jammu Kashmir & India
  • Penginapan Terbaik di Jammu kashmir
  • Aktiviti Paling Menarik di Kashmir
  • Peta Percutian di Jammu Kashmir

Pin

  • 1 Tempat Menarik di Kashmir: The Paradise On Earth
    • 1.1 Gulmarg: Nikmati Switzerland of Asia
    • 1.2 Srinagar: Selami Budaya Masyarakat Kashmir
    • 1.3 Sonamarg: The Silk Road
    • 1.4 Pahalgam: Little Switzerland
    • 1.5 Pampore: Penanaman Rempah Termahal di Dunia
  • 2 Golden Triangle India
    • 2.1 India Pelbagai Bangsa Terbesar Di Dunia
    • 2.2 Menjaga Adab Di India
  • 3 Apa Yang Menarik di New Delhi?
    • 3.1 The Lotus Temple
    • 3.2 ISKCON Temple, New Delhi
    • 3.3 Kalkaji Mandir Hindu Temple
    • 3.4 Masjid Jama
    • 3.5 Akshardham Temple
    • 3.6 Kompleks Hauz Khas
    • 3.7 Lodi Gardens
    • 3.8 India Gate
  • 4 Agra: Keindahan di Sebalik Ketidakpopularannya
    • 4.1 Taj Mahal: Bangunan Paling Simetri di Dunia
    • 4.2 Kubu Agra
  • 5 Jaipur: Pelengkap Golden Triangle
    • 5.1 Amber Palace
    • 5.2 Hawa Mahal Si Istana Angin
    • 5.3 Nahargarh Fort
    • 5.4 Jal Mahal
Jika anda sudah bersedia mari kita lihat tempat-tempat menarik yang dinyatakan tadi dan kami ceritakan dengan lebih lanjut.


Tempat Menarik di Kashmir: The Paradise On Earth

The Paradise On Earth Kashmir
The Paradise On Earth

Begitulah gelaran yang diberikan kepada Kashmir. Berdasarkan lokasi geografi dan di dalam peta, anda boleh perhatikan bahawa wilayah Kashmir merupakan wilayah yang wujud bersama dengan Jammu.

Maka ia lebih dikenali sebagai wilayah Jammu dan Kashmir. Wilayah ini terletak di bahagian utara India dan bersempadan dengan Pakistan.

Ia juga merupakan sebuah kawasan yang bergunung-ganang. Maka tidak hairan jugalah jika Kashmir menjadi antara destinasi tumpuan bagi mereka yang menggemari aktiviti hiking.

Kashmir juga merupakan wilayah yang mengalami 4 musim seperti mana di Eropah.

Tempat Menarik di Kashmir, Taj Mahal, New Delhi dan Golden Triangle India

Waktu yang menarik dan dicadangkan oleh ramai pelancong untuk anda melancong ke Kashmir adalah pada pertengahan bulan April kerana pada ketika ini, bahagian utara India sedang mengalami musim bunga.

Kashmir merupakan antara kawasan di India yang majoritinya adalah merupakan Muslim manakala di Jammu pula, kebanyakan penduduknya adalah beragama Hindu.

Adalah baik bagi anda untuk mengetahui agama yang dianuti oleh majoriti penduduk di sesebuah kawasan supaya anda tidak menyentuh sensitiviti sesetengah agama.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Forest Block, Jammu and Kashmir 182204

Gulmarg: Nikmati Switzerland of Asia

Gulmarg Kashmir

Bermain Salji Gulmarg

Gondola Gulmarg

Memori di Gulmarg

Resort di Gulmarg
Gulmarg di Kashmir Pada Musim Sejuk

Itulah gelaran yang diberikan kepada Gulmarg. Gulmarg merupakan kawasan yang menjadi destinasi pelancongan yang paling popular di sana. Pemandangan pegunungan yang diliputi salji membuatkan ia kelihatan seperti Pergunungan Alps di Switzerland.

Oleh kerana itulah Gulmarg mendapat jolokan tersebut. Disini juga terdapat servis kereta kabel dan juga gondola untuk anda menuju ke puncak. Di puncaknya terdapat resort ski.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | District Baramulla, Alambal Road, Gulmarg, Jammu and Kashmir 193403

Srinagar: Selami Budaya Masyarakat Kashmir

Rumah Bot Tasik Srinagar
Rumah Bot Tasik Srinagar
Seni Rumah Bot Tasik Srinagar
Seni Rumah Bot Tasik Srinagar
Pemandangan Tasik Srinagar
Pemandangan di Tasik Srinagar
Petang di Tasik Srinagar
Matahari terbenam di Tasik Srinagar

Di Srinagar, anda boleh menikmati hidup di rumah bot pada harga yang sangat berpatutan untuk setiap malam di Dal Lake.

Kebanyakan harga adalah termasuk dengan hidangan makanan 3 kali sehari. Disini anda boleh memilih untuk menikmati dan kenali budaya masyarakat Kashmir dengan menempah makanan harian masyarakat Kashmir.

Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke sini dan menikmati makanan yang dihidangkan pastinya akan memberikan feedback positif atas keenakan hidangan yang diberikan.

Anda juga tidak perlu keluar untuk ke pekan atau untuk mendapatkan cenderamata kerana peniaga-peniaga disini yang akan datang kepada anda dengan menaiki sampan.

Indira Gandhi Memorial Tulip Garden
Indira Gandhi Memorial Tulip Garden
Hampir di seluruh pelusuk taman ini dipenuhi bunga Tulip
Hampir di seluruh pelusuk taman ini dipenuhi bunga Tulip
Indira Gandhi Memorial Tulip Garden
Pemandangan ladang bunga tulip menjadi tarikan utama disini

Bentuk pengangkutan utama adalah shikara yang merupakan pengangkutan menyerupai sampan, berbumbung dan dihias dengan perhiasan yang menarik.

Hiasan ini adalah bergantung kepada citarasa pemilik. Selain menjadi kawasan tumpuan pelancong, ia juga merupakan kawasan penempatan penduduk.

Di Srinagar juga, anda boleh berkunjung ke banyak destinasi pelancongan yang menarik. Antaranya ialah Indira Gandhi Memorial Tulip Garden.

Berdasarkan namanya sendiri, anda pasti boleh mengagak apa yang istimewanya tempat ini.

Indhira Gandhi Memorial Tulip sangat terkenal dengan kecantikan dan keindahan bunga tulip yang berwarna-warni sekaligus memberikan anda satu bentuk keindahan yang sukar untuk anda temui di tempat lain.

Pari Mahal
Antara Bangunan Pari Mahal Yang Dibina Menggunakan Tanah Liat & Batuan

Disekitar Srinagar juga terdapat Pari Mahal. Yang menariknya mengenai Pari Mahal adalah senibinanya yang unik. Ia merupakan sebuah bangunan yang dibina menggunakan tanah liat.

Pari Mahal juga turut dibina berkonsepkan senibina Mughal. Ia terletak di puncak gunung Zabarwan dan anda boleh menikmati pemandangan yang sangat menarik dari sini.

Antara Taman Mughal lain yang turut terdapat di Srinagar selain dari pari Mahal adalah Chashme Shahi yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan yang merupakan Maharajah Mughal ketika itu, Nishar Bagh dan juga Shalimar Bagh.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Raj Bagh, Munshi Bagh, Srinagar, Jammu and Kashmir 190001

Sonamarg: The Silk Road

Sonamarg
Perkataan Sonamarg secara harfiah diterjemahkan menjadi ‘tanah emas’
Sonamarg
Sonamarg tempat yang tenang terletak di lembah di antara glasier dan tasik yang tenang

Jika anda berkunjung ke Kashmir, jangan lupa untuk datang ke Sonamarg. Ia merupakan  antara satu daripada tempat yang menjadi tarikan utama di Kashmir.

Suatu masa dahulu, Sonamarg merupakan tempat yang menghubungkan Kashmir dan China. Perjalanan dari Srinagar ke Sonamarg menambil masa lebih kurang 3 jam.

Pemandangan yang anda boleh lihat sepanjang perjalanan adalah sangat menarik dan ramai yang akan berhenti untuk mengambil gambar.

Leh Highway Sonamarg
Leh Highway Sonamarg
Sonamarg The Silk Road
Sonamarg The Silk Road

Pada musim sejuk, anda tidak boleh untuk memasuki kawasan ini kerana salji yang sangat tebal. Terdapat servis sewaan kuda dan baju panas untuk anda ke glasier Thajiwas.

Jika keadaan cuaca tidak berapa baik, adalah lebih baik jika anda membatalkan hasrat untuk ke glasier Thajiwas kerana perjalanan anda akan menjadi berbahaya dan berisiko.

Disini tiada penduduk tetap yang menghuni. Hanya yang ada sebuah pusat informasi dan juga sebuah masjid.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Kullan-Rezan Sonamarg Jammu and Kashmir, Forest Block, 191203

Pahalgam: Little Switzerland

Pahalgam Little Switzerland
Pahalgam Little Switzerland
Menaiki Kuda di Pahalgam
Menaiki Kuda di bukit berbukau Pahalgam
Menunggang Kuda di Pahalgam
Kawasan Pahalgam Mempunyai Ciri-Ciri Yang Hampir Sama Dengan Switzerland

Dari Srinagar, ia mengambil masa sekitar 2 hingga 3 jam perjalanan untuk ke Pahalgam.

Pemandangan di Pahalgam sangat menarik dan ia turut menimbulkan serta memberikan suasana seperti di Switzerland.

Oleh kerana itu Pahalgam diberi jolokan “Little Switzerland”. Selain daripada pemandangannya yang menarik, Pahalgam turut menyediakan berbagai aktiviti untuk anda lakukan disana.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pahalgam adalah, menunggang kuda dan juga water rafting.

Pahalgam sebenarnya lebih sesuai sebagai destinasi untuk anda berehat dan menenangkan fikiran bersama dengan keluarga atau bersendirian.

Jadi, tidak begitu banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Jika anda berada disini, anda pastinya ingin berehat, bersantai dan menikmati apa sahaja keindahan yang disajikan disini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Aru Road, Pahalgam Pahalgam Jammu and Kashmir, Pahalgam, 192126

Pampore: Penanaman Rempah Termahal di Dunia

Mustard In Kashmir
Pemandangan ladang biji sawi yang terbentang luas
Pampore Kashmir
Kawasan Pampore Aktif Dengan Pertanian

Pampore adalah nama tempat dimana ia merupakan kawasan utama penanaman saffron. Untuk pengetahuan anda, saffron merupakan antara herba termahal didunia.

Ia boleh digunakan sebagai rempah didalam masakan atau dijadikan teh.

Saffron Kashmir
Saffron Kashmir

Safron

Red Pearl Safron
Saffron Di Pampore Antara Yang Terbaik

Ramai yang mencadangkan jika anda ingin melihat saffron pada saat ia berkembang mekar, bulan Oktober adalah bulan terbaik dan masa yang paling ideal untuk anda melawat Pampore.

Penghasilan saffron juga tidak banyak. Untuk sehektar tanah, hasil yang dapat diperolehi adalah sekitar 5-7 kilogram sahaja.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Chandhara Road Srinager Jammu and Kashmir, 192122

Golden Triangle India

Golden Triangle India Vacation

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Golden Triangle India ni? Ia sebenarnya merupakan tiga tempat iaitu New Delhi, Agra & Jaipur dan yang jika anda lihat diatas peta, ia membentuk sebuah segi tiga.

Segitiga emas India adalah litar pelancongan yang menghubungkan ibukota negara besar merupakan titik mula bagi pelancong ‘beginners’ yang ingin menerokai India.


India Pelbagai Bangsa Terbesar Di Dunia

Delhi merupakan sebuah bandar besar India yang sangat kaya dengan sejarah, budaya, makanan dan juga kuil-kuil, masjid serta gereja. Ia juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi.

Adalah dinasihatkan supaya anda cekalkan sedikit jiwa anda ketika berkunjung ke sini kerana perjalanan anda tidak akan sentiasa berjalan dengan lancar.

Bayangkan berjuta-juta manusia tinggal pada satu-satu bandar yang padat dan pastinya anda akan menjumpai pelbagai perkara pelik, unik dan menarik di sini. Sedikit sebanyak juga untuk mengingatkan anda tentang kebersihan yang sukar dikawal di India.


Menjaga Adab Di India

Pasti ada sedikit kekurangan dan ketidakselesaan yang akan berlaku. Juga dinasihatkan supaya anda bersederhana dalam berpakaian dan elakkan daripada berpakaian tidak sopan atau yang menjolok mata. Sentiasa menjaga harta benda berharga anda yang dibawa kerana anda mudah terdedah dengan gangguan di tempat awam.

Apapun, jangan terlebih fikirkan apa yang dinasihatkan tadi, sentiasa berjaga-jaga adalah perkara yang perlu diambil perhatian walau dimana juga anda berada. Nasihat tersebut hanyalah untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anda sepanjang anda berkunjung ke India.


Apa Yang Menarik di New Delhi?

red-fort-new-delhi-moghul-fort-wall
Red Fort New Delhi

Apakah pengangkutan & tempat terbaik untuk menginap ketika di New Delhi? Dibawah ini dinyatakan beberapa tempat yang boleh anda pertimbangkan untuk anda menginap:

  • Oberoi New Delhi – Jika anda memilih untuk menginap di hotel yang agak mewah, anda boleh memilih Oberoi New Delhi.

 

  • Saket Bed and Breakfast – Jika anda tidak bercadang untuk menginap di hotel yang mewah, anda boleh menginap disini dimana kadar yang ditawarkan adalah berpatutan. Ia juga terletak dikawasan yang bersih dan selamat di Selatan Delhi.

 

  • Bloomrooms – Juga terletak di Selatan Delhi. Ia juga merupakan tempat penginapan bajet sederhana yang boleh dijadikan pilihan penginapan anda.

 

  • Smyle Inn – Terletak di Paharganj. Ia merupakan destinasi yang paling sesuai untuk penginapan anda jika anda bercadang untuk menginap di tempat penginapan bajet dan ia terletak berhampiran dengan stesen kereta api.

 

Pengangkutan merupakan perkara penting untuk kita pertimbangkan ketika berada di India.

Ramai yang mencadangkan penggunaan keretapi Metro untuk memudahkan pergerakan di New Delhi.  Ia masih lagi dalam kategori bersih, selamat dan murah.

Metro India

Sangat sesuai dan mampu memudahkan pergerakan anda sepanjang anda berada disana. Tips untuk anda adalah, dapatkan kad Metro dan menambah wang kedalam kad tersebut berbanding dengan membeli tiket untuk setiap perjalanan anda.

Anda juga boleh menaiki bas Hop On Hop Off yang disediakan. Memandangkan Delhi merupakan antara destinasi tumpuan, bas ini merupakan antara pengangkutan yang sangat mesra pelancong kerana ia akan melalui semua destinasi dan lokasi tumpuan.

Anda boleh turun di mana-mana destinasi yang anda inginkan dan anda juga boleh duduk selama mana yang anda mahu didalam bas tersebut.

Untuk setiap lokasi, bas akan melalui lokasi tersebut dalam setiap 30 hingga 45 minit sepanjang hari. Bas ini tidak beroperasi pada hari Isnin.


The Lotus Temple

The Lotus Temple

Merupakan antara tempat yang menyajikan senibina unik. Ia merupakan sebuah binaan yang dibina dalam bentuk bunga teratai.

Terdapat 27 kelopak bunga teratai didalam binaan ini dan ia diperbuat daripada batu marmar. Ia merupakan tempat suci bagi penganut agama/ajaran Bahai.

Anda boleh melawat kuil ini dengan melalui taman dan anda boleh menyimpan kasut anda di bilik simpanan yang percuma dan selamat.

Kemudian anda akan diberikan penerangan oleh mereka yang bertugas mengenai kuil ini dan juga beberapa larangan yang anda wajib patuhi seperti memastikan telefon bimbit anda dalam mod senyap.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Lotus Temple Rd, Bahapur, Shambhu Dayal Bagh, Kalkaji, New Delhi, Delhi 110019

ISKCON Temple, New Delhi

ISKCON Hare Krishna Temple
ISKCON Hare Krishna Temple

Jaraknya hanya 15 minit kalau berjalan kaki dari Lotus Temple. Jarak dia menjadi semakin jauh kerana anda perlu berjalan mengelilingi pagar.

Ia merupakan antara kuil terbesar yang ada disana. Anda boleh berjalan bebas sekitar kuil ini dan katanya ia turut menyediakan teater dan menyajikan persembahan untuk anda.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Iskcon Temple Rd, Sant Nagar, East of Kailash, New Delhi, Delhi 110065

Kalkaji Mandir Hindu Temple

Kalkaji Mandir Hindu Temple
Kalkaji Mandir Hindu Temple

Kuil ini melengkapkan trio kuil yang ada disini iaitu Kalkaji Mandir Hindu Temple. Ia bukanlah merupakan kuil yang menjadi tumpuan pelancong.

Ia merupakan kuil yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk ritual keagamaan.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Metro Station, Near, Ma Anandmayee Marg, NSIC Estate, Block 9, Kalkaji, New Delhi, Delhi 110019

Masjid Jama

masjid Jama New Delhi
masjid Jama New Delhi

Kebanyakan bangunan atau binaan lama yang dibina di sini adalah pada Empayar Islam Mughal. Masjid Jama yang merupakan masjid terbesar disini dibina di Bazar Chawri dan berdekatan dengan Chandni Chowk.

Ia dibina pada kurun ke-17 dan mempunyai banyak pintu masuk yang kesemuanya menghala ke ruang sembahyang utama.

Ia mempunyai dua menara dan beberapa kubah. Masjid ini mempunyai ruang atas yang mampu untuk menampung sekitar 25 000 orang pada satu masa.

Disekitar masjid ini juga terdapat beberapa kedai makan dan restoran yang agak terkenal di kawasan ini.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Jama Masjid Rd, Jama Masjid, Chandni Chowk, New Delhi, Delhi 110006, India

Akshardham Temple

Akshardham Temple
Akshardham Temple

Binaan merupakan kompleks kuil Hindu moden yang dibina pada tahun 2005 dan merupakan antara tarikan ramai pelancong yang berkunjung ke sini.

Ia mempunyai ciri arkitek yang luarbiasa hebatnya, binaan yang mengagumkan dan turut mempunyai hiasan yang menarik.

Anda tidak dibenarkan untuk membawa sebarang benda masuk kedalam kuil ini. Tapi anda tidak perlu risau apa-apa kerana anda boleh menyimpan dan meletakkan barangan anda di tempat khas yang disediakan disini.

Anda juga tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar didalam kuil ini.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | J Road, Sector 20, Gandhinagar, Gujarat 382020, India

Kompleks Hauz Khas

Kompleks Hauz Khas
Kompleks Hauz Khas

Kompleks bersejarah Hauz Khas yang sebelum ini dikenali sebagai Hauz-e-Alai merupakan kompleks tinggalan yang mempunyai masjid, makam dan juga tangki air.

Ia dibina pada awal 130 dan tangki air tersebut dibina untuk menyimpan air hujan untuk digunakan pada musim kering atau kemarau.

Sekarang ini, Kompleks Hauz Khas merupakan tempat kebanyakan pelajar dan orang awam untuk bersantai atau melepak bersama rakan-rakan..

Hauz Khas Village, terletak di sekitar pintu masuk ke tinggalan ini, merupakan kawasan membeli-belah yang dipenuhi dengan butik, restoran dan juga kafeteria.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | 9A & 12, Hauz Khas Fort Road, Hauz Khas Village, Deer Park, Hauz Khas, New Delhi, Delhi 110016, India

Lodi Gardens

Lodi Gardens
Lodi Gardens

Lodi Gardens merupakan tarikan yang hampir sama dengan Kompleks Hauz Khas tetapi ia lebih hebat dan lebih besar.

Ia merupakan taman awam yang dipenuhi dengan makam-makam Mughal dan juga berbagai tinggalan binaan lagi.

Taman ini sangat besar dan anda boleh berjalan selama beberapa jam untuk menikmati keindahan makam lama yang dah berusia 500 tahun ini.

Agak menarik sebenarnya apabila tinggalan purba dan penting sebegini dibuka untuk kegunaan awam.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Lodhi Rd, Lodhi Gardens, Lodhi Estate, New Delhi, Delhi 110003

India Gate

India Gate
India Gate

Binaan merupakan monumen setinggi 42 meter yang merupakan dihormati rakyat India. Ia dibina pada tahun 1931 untuk menghormati askar India dan juga berperanan sebagai tugu peringatan.

Dibawah pintu gerbang ini anda boleh melihat nyalaan api yang tidak pernah dipadamkan sebagai penghormatan kepada askar-askar yang telah mengorbankan nyawa mereka untuk kesejahteraan negara.

Disebabkan pintu gerbang ini menjadi tarikan pelancong baik dari dalam dan juga luar negara, ia telah menarik ramai pengemis dan penjual yang mendesak anda supaya membeli barang jualan dari mereka.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Rajpath, India Gate, New Delhi, Delhi 110001

Agra: Keindahan di Sebalik Ketidakpopularannya

Agra

Jika ditanya kepada pelancong, ramai yang mengatakan Agra bukanlah tempat yang boleh dikatakan sebagai destinasi tumpuan.

Agra sebenarnya tertumpu kepada salah satu keindahan binaan terkenal di dunia iaitu Taj Mahal dan merupakan destinasi wajib jika melancong ke India.

Namun begitu, terdapat beberapa tempat yang menarik di Agra yang masih boleh dikira sebagai berbaloi untuk anda lawati.


Taj Mahal: Bangunan Paling Simetri di Dunia

Melancong ke Taj Mahal
Taj Mahal 7 keajaiban dunia

Tahukah anda bahawa Taj Mahal merupakan bangunan yang unik kerana ia mempunyai kesimetrian yang paling sempurna di dunia?

Ia mengaplikasikan prinsip replikasi dan simetri sekaligus menjadikan keempat-empat bahagian menara bangunan kelihatan serupa.

Ia juga telah mengambil kira berbagai faktor seperti jika berlakunya kerosakan dan bangunan menara tersebut tumbang, ia tidak akan tumbang menghala ke arah bangunan Taj Mahal.

Ia merupakan diantara bangunan yang dikelaskan sebagai keajaiban dunia dan ia berusia 364 tahun.

Taj Mahal terletak di Agra, dan hingga ke hari ini ia masih berdiri teguh di tebing sungai Yamuna serta menjadi tarikan buat pengunjung dari seluruh dunia.

Sejarah disebalik pembinaan Taj Mahal ini merupakan simbol cinta seorang lelaki terhadap isterinya, Shah Jahan yang merupakan pemerintah Empayar Moghul dan isterinya Mumtaz.

Taj Mahal Memori

Mumtaz meninggal dunia ketika melahirkan anak Shah Jahan pada tahun 1631. Disebabkan oleh kematian isterinya ini, Shah Jahan telah memutuskan untuk membina Taj Mahal sebagai simbol cinta mereka.

Ia mula dibina pada tahun 1632 dan mengambil masa selama 22-23 tahun untuk disiapkan.

Ia siap dibina pada tahun 1653. Kos pembinaan Taj Mahal jika ditukarkan pada kos sekarang adalah sekitar RM4.3 billion.

Arkitek yang dipertanggungjawabkan dalam proses pembinaan Taj Mahal adalah Ahmed Lahauri. Beliau dibantu oleh 20 ribu tenaga buruh untuk merealisasikan binaan ini.

Tenaga buruh ini termasuklah pekerja buruh, tukang batu, tukang cat, tukang kaligrafi, artis sulaman dan beberapa jenis kerja lagi.

Pada waktu itu, tiada lagi teknologi seperti sekarang untuk mengangkat bahan binaan.

Percutian Taj Mahal

Ia menggunakan tenaga gajah untuk mengangkat batu binaan yang sangat berat dan hampir 1000 ekor gajah digunakan bagi tujuan pengangkutan bahan binaan untuk membina Taj Mahal.

Bahan binaan utama bangunan Taj Mahal ini adalah daripada batu marmar putih. Ia dibawa khas dari Rajasthan, Afghanistan, Tibet dan China.

Kualiti batu marmar putih yang diimport ini adalah batu marmar putih yang terbaik kualitinya.

Jadi tidak hairan kos pembinaan Taj Mahal ini menelan belanja yang sangat tinggi kerana batu-batu yang digunakan merupakan daripada jenis dan kualiti yang tertinggi.

Itu juga merupakan antara sebab binaannya masih kukuh dan cantik sehingga ke hari ini.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Dharmapuri, Forest Colony, Tajganj, Agra, Uttar Pradesh 282001

Kubu Agra

Agra Fotress

Kota-Agra-Update

Senibina Kubu Agra

Kubu Agra merupakan antara kubu Mughal yang terkukuh dan terbaik yang terdapat di India.

Pada asalnya ia merupakan kubu bata yang dimiliki oleh puak Rajputs. Ia kemudiannya berjaya ditawan oleh Mughal dan dibina semula oleh Maharaja Akbar.

Maharaja Akbar akhirnya memutuskan untuk memindahkan pusat pemerintahannya ke sana pada tahun 1558. Didalam kubu ini terdapat berbagai binaan seperti masjid, dewan awam dan dewan peribadi, menara dan juga laman.

Antara tarikan lain yang terdapat di Kubu Agra ini adalah persembahan bunyi dan cahaya yang menggambarkan semula sejarah Kubu Agra ini.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Agra Fort, Rakabganj, Agra, Uttar Pradesh 282003

Mehtab Bagh

Mehtab Bagh

Ini merupakan alternatif buat anda sekiranya anda tidak ingin untuk membayar yuran masuk yang mahal untuk masuk ke Taj Mahal dan jika anda tidak ingin bersesak dengan orang ramai, anda boleh berkunjung ke Mehtab Bagh.

Anda boleh melihat keindahan Taj Mahal dari jauh. Kompleks taman ini terletak betul-betul bertentangan dengan Taj Mahal dan dibina sebelum pembinaan monumen hebat Taj Mahal itu lagi oleh Maharaja Babur.

Maharaja Babur merupakan pengasas kepada Empayar Mughal. Selepas itu, ia telah terbiar untuk suatu tempoh masa dan kemudiannya dibina semula.


  • Lihat Peta | near Taj Mahal, Dharmapuri, Forest Colony, Nagla Devjit, Agra, Uttar Pradesh 282001

Jaipur: Pelengkap Golden Triangle

Jaipur Golden Triangle
Jaipur Golden Triangle

Jaipur juga merupakan salah satu pelengkap bagi Golden Triangle India dan mempunyai tempat-tempat percutian yang banyak diketengahkan dengan sejarah.

Ia merangkumi kawasan pergunungan yang penuh dengan sejarah raja-raja dan istana yang tersergam indah.

Amber Palace

Amber Palace
Amber Palace

Terletak di kawasan pergunungan Aravalli, Amber Palace merupakan satu tempat yang anda tidak boleh tidak pergi di Jaipur.

Batu asas istana ini diletakkan oleh Raja Man Singh I dan disempurnakan oleh Mirja Raja Jai Singh.

Tembok istana yang tinggi sebenarnya adalah untuk melindungi penduduknya daripada serangan musuh.

Pemandangan belakang idi Amber Palace yang memaparkan keindahan Tasik Maota dan juga pemandangan matahari terbit serta terbenam menambahkan lagi keindahan Amber Palace.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Devisinghpura, Amer, Jaipur, Rajasthan 302001

Hawa Mahal Si Istana Angin

Hawa Mahal
Hawa Mahal

Hawa Mahal juga turut dikenali sebagai Istana Angin atau Istana Bayu merupakan antara tempat menarik yang harus dilawati di Jaipur.

Ia dibina oleh Maharaja Sawai Pratap Singh pada tahun 1798 dan merupakan istana yang mempunyai 953 tingkap kecil yang dikenali sebagai jharokas.

Keseluruhan istana ini sebenarnya menggambarkan mahkota Tuhan bagi penganut Hindu, Lord Krishna.

Walaupun binaan ini dibina pada masa lampau, ia sebenarnya menggambarkan visi saintifik Maharaja Sawai Pratap Singh.

Tingkap Hawa Mahal
Tingkap Hawa Mahal

Rekaan tingkap kecilnya membolehkan bayu lembut sentiasa ada didalam istana ini tanpa mengira musim.

Disebabkan oleh hal ini, Hawa Mahal menjadi tempat percutian utama keluarga Rajput ketika musim panas dan sekarang ini menjadi destinasi tumpuan pelancong yang datang berkunjung ke Jaipur.

Antara sebab lain pembinaan istana ini adalah untuk mengelakkan wanita dari kerabat diraja dari dilihat oleh orang luar.

Rekaan tingkapnya membolehkan orang yang berada didalam untuk dapat melihat dengan jelas situasi di luar tetapi orang diluar langsung tidak dapat untuk melihat orang yang berada didalam.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Hawa Mahal Rd, Badi Choupad, J.D.A. Market, Pink City, Jaipur, Rajasthan 302002

Nahargarh Fort

Nahargarh Fort
Nahargarh Fort

Untuk anda mendapatkan panorama terindah Bandar Jaipur, Nahargarh Fort merupakan destinasi terbaik yang harus anda lawati.

Ia dibina oleh Jai Singh II dan pada awalnya ia diberi nama Sudrshangarh dan kemudian dinamakan sebagai Nahargarh. Ia dibina untuk mengetatkan lagi keselamatan kawasan sekitar.

Ia juga berfungsi sebagai tempat perlindungan isteri orang Britain Sepoy Mutiny pada tahun 1857.

Terletak di bahagian bawah pergunungan Aravalli, Nahargarh Fort memberikan pemandangan yang paling menarik ditambah pula pemandangan pada waktu malam apabila satu bandar dinyalakan lampu, pemandangannya sangatlah menarik.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta] | Krishna Nagar, Brahampuri, Jaipur, Rajasthan 302002

Jal Mahal

Jal Mahal
Jal Mahal

Ketika era pemerintahan Rajput, India telah membina beberapa kubu dan istana yang luarbiasa binaannya.

Jal Mahal atau turut dikenali sebagai Istana Air dan merupakan salah satu daripada nama klasik yang ada didalam siri senibina Rajputana.

Terletak di tengah Tasik Man Sagar, tempat ini merupakan gabungan gaya binaan Mughal dan juga Rajput. Ia merupakan binaan 5 tingkat dan 4 tingkatnya kekal didalam air apabila tasik itu mulai penuh.

Hal ini sekaligus menjadikan pemandangannya tersangat menarik. Disebabkan lokasinya ditengah tasik, untuk sampai ke Jal Mahal, penggunaan bot diperlukan untuk pelancong berkunjung ke sini.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta] | Amer Rd, Jal Mahal, Amer, Jaipur, Rajasthan 302002

Bersambung…

Pakej-Percutian-Ke-Kashmir-India-Taj-Mahal

Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Amsterdam
Pakej Popular

15 Tempat Menarik di Amsterdam & Aktiviti Yang Paling Menyeronokkan

  Amsterdam terkenal dengan muzium seninya menempatkan . Nukilan hasil karya Rembrandt dan Vermeer di Rijksmuseum, dan seni moden di...

Oleh: Hasrul Wayne
4 Februari, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hong-kong-paulo-evangelista
Pakej Hong Kong

10 Tempat Menarik di Hong Kong Paling Popular

  Apakah tempat menarik di Hong Kong yang popular? Adakah Hong Kong sesuai untuk pelancong dari Malaysia? Hong Kong ialah...

Oleh: Hasrul Wayne
22 Januari, 2023
297
Selanjutnya

Komen 27

  1. Avatar of han han says:
    + -

    pakej all in ke kashmir,tahun 2020 febuari 14-18 ad tak?

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya ada Cik Han. Kami hantarkan maklumat lanjut ya.

  2. wahidah says:
    + -

    boleh bg saya pakej utk 3 dewasa & 1 kanak utk ke kashmir, dan tlg suggest bln apa yg plg cantik dan sesuai utk kesana

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh Cik Wahidah. Kami hantarkan maklumat lanjut percutian ke Kashmir.

  3. Avatar of ros ros says:
    + -

    pakej untuk family 6 dewasa full package dan ground package

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh cik Ros. Sila semak emel yang kami hantarkan ya.

  4. Avatar of Juliana Juliana says:
    + -

    Salam. Boleh saya dapatkan quotation & details untuk pakej honeymoon ke India pada Januari 2020 ?

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Buat masa ini tiada sediakan untuk honeymoon, tapi kami boleh sediakan set candle light. Konsultan kami akan hubungi cik. Terima kasih.

  5. Avatar of Niza Niza says:
    + -

    Pakej family ke kashmir 5 dewasa 1 kanak2 termasuk tiket penerbangan

  6. Avatar of Niza Niza says:
    + -

    Blh su dptkan harga Pakej family 4 dewasa 2 kanak2 termasuk flight

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Kami ada hantarkan maklumbalas untuk pakej ini. Sila semak ya.

  7. Avatar of mas mas says:
    + -

    25mac2019 digulmarg,masih ada salji?

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya masih ada dan sangat sejuk.

  8. Avatar of Shamsul Shamsul says:
    + -

    pakej family utk 4 org ke kashmir berapa?

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Untuk berapa orang ya Encik Shamsul?

  9. Avatar of TINI TINI says:
    + -

    PAKEJ FAMILY BULAN OCT 2019 3 DEWASA 1) HARGA 2) FLIGHT 3) HOTEL 4) TRANSPORT
    5) TICKET ENTRANCE 6) MAKANAN

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Sila semak emel ya cik Tini. Kami ada hantarkan butiran lanjut.

  10. Avatar of sarimah sarimah says:
    + -

    pakej family ke kashmir. 5 dewasa 1 kanak2. 2 harga 1) dengan fight 2 ) ground sahaja.
    plan bulan Oct 2019

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Kami emelkan pakej promosi Kashmir, sila semak emel cik Sarimah ya.

  11. Avatar of FI FI says:
    + -

    Selamat tghari. Sy ingin mendapatkan harga pakej ke kashmir selama 7 hari pd cuti bulan mac 2019. Berikan 2 harga – dgn flight dn ground tour shj. Kalau boleh hari terakhir nak tgk Taj Mahal sblm flight ke kul. Pakej utk 5 org. Kalau ada kwn2 lain lg nak ikut, boleh mencecah 10 org. Terima kasih

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Terima kasih Cik Fi. Kami akan emailkan maklumat lanjut. Terima kasih.

  12. Avatar of Hadri Mohamad Zaman Hadri Mohamad Zaman says:
    + -

    Pakej pelancongan ke kashmir 2018 musim bunga?

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya kami ada yang terbaru. Jika berminat tuan boleh isikan borang untuk dapatkan sebutharga terkini. 🙂

  13. Avatar of Foziah Foziah says:
    + -

    Berapa harga pakej ke kashmir

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Untuk dapatkan sebutharga, mohon cik isikan borang sebutharga.

  14. Avatar of Aishah Hashin Aishah Hashin says:
    + -

    Ada lagi pakej untuk bulan disember 2017 lepas xmas?

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya kami ada sediakan. Mohon cik isikan borang untuk dapatkan aturcara percutian.

Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

ESCAPE Theme Park Penang: Panduan Percutian Taman Tema 2 Rekod Dunia 1
Pakej Pulau Pinang

ESCAPE Theme Park Penang: Panduan Percutian Taman Tema 2 Rekod Dunia

Oleh: Hadi Ghazali
19 November, 2022
27
13.2k

  Ada apa di Escape Theme Park Penang? Pening mencari destinasi percutian untuk melarikan diri daripada kesibukkan harian? Inginkan sesuatu...

Baca Selanjutnya
pakej-percutian-lombok-2

Pakej Percutian Lombok: 5 Aktiviti Paling Menarik Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Bercuti Di Lombok

15 Julai, 2022
7.4k
tempat-menarik-di-Switzerland

10 Tempat Menarik Di Switzerland Yang Paling Popular [TERKINI]

10 Januari, 2023
37.1k
Puncak Gunung Merapi

Melancong Ke Yogyakarta: 10 Fakta Misteri Borobudur & Gunung Merapi

20 Ogos, 2022
7.6k
Bukit-Gambang-Water-Park-Kuantan-Pahang

9 Aktiviti Menarik Di Bukit Gambang Water Park

8 Disember, 2022
12.8k
Selanjutnya
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In