Apakah tempat menarik di Kota Marudu yang patut dikunjungi? Kota Marudu di Sabah, sangat menarik dan penuh dengan cerita.
Kota Marudu, yang dulunya dikenali sebagai Bandau, mempunyai sejarah yang kaya dengan pengaruh budaya dan perdagangan.
Nama “Marudu” sendiri berasal dari bahasa Bajau-Suluk atau Bannaran, yang dalam bahasa Melayu membawa maksud “suatu kedudukan di situ-situ juga”.
Kota Marudu terkenal dengan kubu yang dibina oleh Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya untuk mempertahankan kawasan tersebut daripada pencerobohan penjajah Kompeni British.
Kubu ini diperbuat daripada batu, tanah, dan kayu-kayu keras seperti belian dan nibung.
Di kawasan kota ini juga terdapat makam Syariff Osman dan anaknya Syariff Merum, yang merupakan pejuang yang berjuang menentang penjajah British.
Menurut sumber lain, nama “Marudu” telah wujud dalam Peta Dunia sejak abad ke-14, kira-kira 500 tahun yang lalu, dan merupakan salah satu nama tertua di Borneo.
Kota Marudu juga mempunyai sejarah perdagangan yang panjang dengan China, Arab, dan India, dengan bukti arkeologi seperti tembikar dan kapal dagang dari Dinasti Song yang telah ditemui di kawasan tersebut.
Pada abad ke-18 dan ke-19, Marudu menjadi pusat penting di Borneo Utara dan diakui oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
Namun, ketika British menguasai North Borneo, nama Marudu menjadi kurang penting berbanding Kudat. Pada tahun 1970-an, nama Marudu dihidupkan semula untuk merujuk pusat pentadbiran daerah.
Itulah sedikit sejarah tentang Kota Marudu yang kaya dengan warisan dan cerita rakyat.
Seterusnya mari kita lihat apakah tempat menarik di Kota Marudu yang sesuai untuk dijadikan destinasi lawatan anda.
Kinabalu Park Serinsim Station
Kinabalu Park Serinsim Station merupakan sebuah taman semulajadi di Kota Marudu. Ia terletak sekitar 15 kilometer daripada pekan Kota Marudu menerusi jalan belakang Lebuhraya Marak-Parak ke Ranau.
Ia merupakan sebuah destinasi yang kurang dikenali oleh penduduk setempat dan juga pelancong. Di sini juga merupakan salah satu pintu masuk untuk mendaki Gunung Tambuyukon.
Dari segi keindahan alam semulajadinya, ia tidak kalah dengan destinasi lain yang popular di Sabah.
Ia dibuka setiap hari dari pagi hingga petang dan disini ada disediakan perkhidmatan penginapan di chalet dan asrama atau anda juga boleh memilih untuk berkhemah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | 7PV4+8R, 89100 Kota Marudu, Sabah
Air Terjun Sorinsim
Satu lagi destinasi menarik yang menjadi kunjungan pelancong di negeri Sabah adalah, Sorinsim Waterfall. Ia terletak sekitar 131 kilometer (2 jam perjalanan daripada Kota Kinabalu) dan sekitar 40 kilometer daripada pekan Kota Marudu.
Airnya yang jernih dan persekitarannya yang tenang telah menjadikan Sorinsim Waterfall ini sebagai salah satu destinasi yang giat dipromosi oleh banyak pihak sekaligus menjadikannya terkenal di Sabah dan juga pelancong dari seluruh dunia.
- Lihat Peta | Jln Sorinsim, 89100 Kota Marudu, Sabah
Taman Budaya Tobilung merupakan salah satu daripada destinasi yang turut dikunjungi oleh pelancong apabila berkunjung ke Sabah.
Destinasi ini terletak sejauh 50 kilometer dari pekan Kota Marudu. Perjalanan untuk ke sini pula mengambil masa sekitar 1 jam 10 minit.
Disini, anda boleh temukan rumah tradisi masyarakat Tobilung dengan lebih dekat lagi.
Selain itu, anda juga boleh belajar dengan lebih lanjut mengenai muzik, pakaian, sejarah, budaya dan juga adat masyarakat Tobilung.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Kg. Minansad, Jalan Langkon Kudat, 89108 Kota Marudu, Sabah
Dataran Bengkoka
Dataran Bengkoka mempunyai landmark yang agak unik berbanding dengan tempat lain kerana anda akan melihat binaan patung “lobster’ gergasi di tengah-tengah dataran ini.
Ia terletak di Pitas dan mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Dataran Bengkoka merupakan sebuah lokasi perayaan bagi penduduk kawasan ini. Pada hari biasa, destinasi ini agak kurang pengunjung.
Hanya mereka yang ingin pulang ke kampung halaman dan mereka yang ingin ke Tongod, titik tengah negeri Sabah sahaja melaluinya.
- Lihat Peta | Jalan Langkon Pitas, 89100 Kota Marudu, Sabah
Pulau Pasir Timbul Pitas
Juga dikenali sebagi Pitas Floating Island ianya merupakan tarikan terkini di Pekan Pitas. Tidak jauh dari Pulau Batu Supirak dan anda boleh ianya seakan-akan huruf ‘S’ bila dilihat dari atas.
Untuk ke sini jalan berbatu perlu dilalui kerana ia terletak di Kampung Malubang Pitas.
Pulau Pasir Timbul ini terkenal kerana viral baru-baru ini, dan kini menjadi popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara yang tidak ingin melepaskan peluang mendapatkan swafoto terbaik disini.
Disini juga anda boleh memesan menu masakan laut yang sedap dan menikmatinya diatas pasir timbul ini.
- Lihat Peta | 236J+49 Karakit, Kg Malubang, Sabah
Pulau Batu Supirak Pitas
Supirak Island Pitas merupakan tarikan utama pelancong ke Pekan Pitas. Kampung Malubang adalah kawasan nelayan dan terpencil maka dengan itu tarikan ini masih terpelihara dan mengekalkan alam semulajadinya.
Pulau menyerupai seakan sebuah kapal ini mempunyai lagenda terkenal yang mana ianya adalah sebuah kapal yang telah bertukar menjadi batu kerana sumpah seorang ibu kepada anaknya.
Ia hampir menyamai cerita si Tangggang anak derhaka namun mempunyai versi masyarakat di Pitas.
Anda boleh mengetahui kisah selanjutnya ini di sini.
Baiklah. Sampai disini dahulu cerita kita tentang tempat-tempat menarik yang ada di Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.
Sekali lagi jika ada cadangan lain sila ajukan diruang komen. Mulakan perancangan anda untuk bercuti di Sabah tahun ini! Bersambung…