Apa yang menarik ada di Pekan Pahang tempat kelahiran Dato’ Sri Najib Razak ini?
Jika anda sudah pergi melancong ke tempat-tempat menarik di seluruh Malaysia sebelum ini, maka inilah masanya untuk menyerlahkan salah satu permata tersembunyi iaitu bandar Pekan.
Pekan terletak di negeri Pahang dan berjarak 3.5 jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Jika anda boleh memandu, inilah destinasi hujung minggu yang anda boleh lakukan pelbagai aktiviti menarik dalam sehari, pun begitu kami yakin anda pasti terkejut dengan keunikan destinasi ini.
- Lihat Pakej Percutian Popular di Pahang
- Lihat Penginapan Terbaik di Pekan
- Lihat Tiket Penerbangan ke Pahang
- Lihat Peta Percutian di Pekan
Pin Mari kita lihat tempat-tempat menarik yang ada di Pekan Pahang.
Muzium Sultan Abu Bakar

(Status Operasi: Muzium ini telah menjalani proses pemuliharan dan penambahbaikan yang besar. Pastikan anda menyemak waktu operasi kerana kadang-kadang ia ditutup untuk acara diraja atau penyelenggaraan khas.)
Apakata di percutian pada kali ini kita mulai dengan destinasi yang bersejarah dahulu. Percutian anda pasti lebih menarik apabila anda mengetahui tentang sejarah tempat ini terlebih dahulu.
Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Sultan Ahmad ini menghimpunkan barangan sejarah yan antik seperti barang-barang China kuno yang dihasilkan daripada kaca dan tembikar.

Muzium ini pernah dijadikan sebagai kediaman bagi Residen British yang pertama di Pahang, seterusnya dijadikan ibu pejabat Tentera Jepun dan kemudiannya menjadi Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar.
Di perkarangan muzium ini, biasanya terdapat Muzium Pengangkutan Air (bot-bot tradisional) yang merupakan sebahagian daripada pameran luar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang
Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi & Tenun Pahang

(Kemas Kini: Kawasan ini sekarang lebih dikenali sebagai Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah.)
Sesuai dengan jolokan namanya iaitu bandar diraja, bandar ini turut kaya dengan hasil tenun sutera Pahang. Anda mungkin sudah mengetahui serba sedikit tentang sejarah tenunan ini di Galeri Tun Teja yang terdapat di Muzium Sultan Abu Bakar.
Di kompleks ini anda bakal mengetahui dengan lebih terperinci tentang hasil tenun tersebut.

Anda berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana masyarakat di sini menenun sutera dengan pelbagai corak dan fabrik bermula dengan pelbagai peringkat.
Nak cuba menenun sutera atau membeli sepasang dua kain sutera yang sudah siap diproses? Jom singgah ke Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi ini.
Ia bukan sekadar tempat melihat orang menenun, tetapi pusat utama bagi pembangunan Tenun Pahang Diraja yang mendapat pengiktirafan dunia. Sangat disyorkan untuk melawat jika ingin melihat proses pembuatan kain tenun yang eksklusif.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Mengkasar, 26600 Pekan, Pahang
Muzium Masjid Sultan Abdullah (Muzium Islam)

(Status Terkini: Ia bukan lagi tempat utama untuk solat fardu berjemaah masyarakat setempat (digantikan oleh Masjid Sultan Ahmad Shah yang lebih besar). Ia kini mempamerkan artifak Islam dan sejarah kesultanan Pahang. Digelar “Taj Mahal Pekan” kerana seni bina putihnya yang ikonik.)
Satu lagi destinasi bersejarah yang terletak di bandar diraja ini adalah Muzium Masjid Sultan Abdullah.
Keunikan tentang lokasi ini kerana ia turut dikenali sebagai ‘Taj Mahal Pekan’ ekoran daripada penggunaan warna putih, struktur binaan serta kolam yang terdapat di perkarangannya yang menjadikannya seolah-olah klon Taj Mahal!

Masjid yang menggunakan senibina Moorish ini mempunyai beberapa bahagian iaitu ruang pameran, ruang solat, ruang berbincang dan ilmiah yang mempunyai tiga elemen iaitu sumbangan islam dalam tamadun dunia, islam di Pahang dan koleksi diraja.
Jom rasai pengalaman seakan-akan bercuti di Taj Mahal versi Malaysia.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am- 5:00pm | Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang
Istana Mangga Tunggal

Selain daripada muzium, Pekan turut mempunyai tarikan pelancongan di kawasan istana lama.
Istana Mangga Tunggal ini pernah menjadi kediaman bagi Panglima Perang yang turut memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang yang pertama.

Istana yang menggunakan khidmat pertukangan mahir daripada Awang Mat Ali ini mendapat nama sempena pohon mangga di kawasan istana tersebut yang hanya mengeluarkan sebiji buah sahaja pada setiap kali musimnya.
Istana ini turut menjadi tempat bersemayam kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Padang Manggis, 26600 Pekan, Pahang
Rumah Kelahiran Tun Razak

Destinasi yang turut terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi ini begitu ikonik dan bersejarah bukan sahaja buat warga Pekan malah seluruh warga Malaysia.
Di sini terletaknya Rumah Kelahiran Tun Razak yang merupakan mantan perdana menteri kedua Malaysia. Rumah kelahiran ini telah dibina semula mengikut reka bentuk asal iaitu tanpa bilik dan susun atur perabot lama yang cukup menggamit memori.

Di sini turut terdapat galeri yang mempamerkan keris, al-Quran, radio dan pelbagai koleksi barangan yang digunakan oleh Tun Razak.
Selesai lawatan anda di rumah ini, anda juga boleh melihat rumah tradisional Pahang yang begitu cantik dan unik dengan reka bentuknya yang berada di sebelah rumah kelahiran ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Mengkasar, 26600 Pekan, Pahang
Pekan River Cruise

Di Pekan, Pahang ini turut terkenal dengan aktiviti menyusuri sungai atau River Cruise di sekitar Sungai Pahang. Aktiviti ini membolehkan anda untuk melihat para nelayan yang sibuk dengan aktiviti menjala mereka.
Sungai Pahang yang cukup terkenal dengan hasil udang galah ini pasti memberi pulangan yang cukup lumayan buat mereka.

Selain itu, anda boleh melihat cara pembuatan ikan sangkar yang dihasilkan oleh penduduk di perkampungan Kemboja. Sebelum menamatkan perjalanan ini, anda bakal dibawa ke sebuah pulau yang begitu menarik iaitu Pulau Kucing (Meaw Island).
Pulau Kucing merupakan habitat bagi kucing terbiar agar mereka dapat membesar dengan lebih sihat di dalam persekitaran yang lebih terurus.
Cara Akses: Akses utama adalah melalui Pekan River Cruise. Pelancong tidak boleh memandu terus ke sana kerana ia adalah sebuah pulau kecil di tengah Sungai Pahang. Status kebersihan dan jumlah kucing di sana bergantung kepada musim dan pengurusan semasa.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang
Pekan Sari

(Waktu Operasi terkini: selain Sabtu jam 7 pagi hingga 1 petang. Ini tepat, namun perlu diingatkan bahawa Pekan Sehari di Pekan adalah pada hari Sabtu, berbeza dengan Pekan Sehari Temerloh (Ahad). Jika pelancong datang pada hari lain, pasar ini tidak ada.)
Pekan Sari atau Pekan Sehari ini sudah beroperasi lebih 80 tahun di pinggir Sungai Pahang. Destinasi ini sama seperti pasar yang lain di mana mereka menawarkan barangan keperluan harian buat penduduk setempat.
Namun jika anda seorang pelancong, destinasi ini begitu menarik untuk anda terokai bagi melihat gelagat mereka berjual beli.

Di pekan ini, anda boleh mendapatkan beberapa kuih tradisional seperti kuih qasidah, suji, apam baghdad dan lemang periuk kera.
Selain itu pelbagai sayur dan ulaman seperti pucuk paku dan rebung yang sukar untuk anda temui di kawasan kota! Di sini anda boleh menemui pelbagai ubat tradisional yang dihasilkan mengunakan akar kayu. Pekan Sehari ini boleh dikunjungi pada hari sabtu seawal jam 7 pagi hingga 1petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am- 8:00pm | Kampung Pekan Seberang, 26600 Pekan, Pahang
Sungai Bebar (Black Water Jewel)

Pekan, Pahang ini merupakan lokasi yang cukup berbaloi untuk anda terokai kerana ia menyimpan khazanah yang bakal mempesona setiap mata yang memandang.
Sungai Bebar atau lebih terkenal sebagai Black Water Jewel yang terletak di kawasan kompleks hutan paya gambut yang terbesar di Asia Tenggara ini mempunyai air yang berwarna hitam keseluruhannya!

Sungai yang mempunyai panjang sekitar 40km ini turut mempunyai beberapa buah perkampungan orang asli. Jadi anda boleh berkhemah di perkampungan tersebut atau menyewa rumah rakit untuk bermalam di sini.
Selain itu anda boleh melakukan aktiviti berkanu dan menaiki bot untuk menikmati suasana sungai tersebut.
Lokasi ini terletak agak jauh dari bandar Pekan (sekitar 50-60km ke arah Nenasi). Ia bukan “berdekatan” dengan bandar dalam jarak jalan kaki atau pemanduan singkat 5 minit. Pengunjung perlu merancang perjalanan khas jika mahu ke sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | D/A Kompleks LKIM Nenasi, Jalan Pekan, Pahang, 26680 Pekan
Pekan Riverfront

Percutian pada kali ini ternyata penuh dengan info sejarah! Jom kita menikmati suasana yang lebih santai di Pekan Riverfront pula.
Destinasi ini pada asalnya merupakan sebuah pulau kecil yang tidak diketahui, namun pihak ia mula dibangunkan dan menjadi lokasi pilihan untuk pelbagai acara di Pekan ini.

Jika tidak puas bersiar-siar di sini, anda boleh ke Taman Tasik Sultan Abu Bakar yang mempunyai tarikan tasik buatan manusia, Pusat Sukan Komuniti dan Pusat Penerangan Pelanocangan. Nak lebih aktiviti menarik dan mencabar?
Jom ke Pantai Air Leleh atau turut dikenali sebagai Pantai Lagenda yang mempunyai tarikan seperti Banana Boat, kayak, ATV, berbasikal dan juga taman permainan kanak-kanak.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang
Warung Pekan Lama

(Status Populariti: Warung ini memang sangat popular terutamanya kerana menu Puding Raja. Namun, disebabkan ia selalu dikunjungi orang kenamaan (VVIP), pada waktu puncak atau musim cuti, makanan (terutamanya Puding Raja) boleh habis seawal jam 12 tengah hari atau 1 petang.)
Kedai makan yang satu ini bukan sahaja menjadi pilihan orang kenamaan dan selebriti tanah air Malaysia malah ia sering disinggah oleh Yang Dipertuan Agong ke 16.
Anda pasti tertanya-tanya tentang keistimewaan yang terdapat di kedai ini sehingga ia begitu terkenal.

Warung yang beroperasi seawal jam 8 pagi ini menyediakan pelbagai menu menarik seperti masakan kampung asli Pahang, gulai patin tempoyak, rendang daging dendeng, puding permaisuri, pulut kelapa dan banyak lagi.
Jadi tidak hairanlah jika restoran ini turut mendapat liputan daripada stesen TV3 bagi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 4:00pm | No 18, Jalan Sultan Abu Bakar, Pekan Lama, 26600 Pekan, Pahang
Murtabak Mengkasar
Jika anda ke Pekan dan tidak mencuba murtabak ini, perjalanan anda dianggap tidak lengkap. Berbeza dengan murtabak kedai mamak, Murtabak Mengkasar dikenali kerana intinya yang sangat tebal dengan nisbah daging yang lebih banyak daripada telur atau bawang.
Resipi rahsia turun-temurun ini menjadikannya sangat aromatik dan menyelerakan. Ia bukan sahaja kegemaran penduduk setempat, malah sering menjadi hidangan wajib di istana dan majlis-majlis rasmi diraja.
Biasanya ia dihidangkan bersama bawang jeruk yang memberikan rasa masam manis yang seimbang.
Kedai yang paling popular di sini adalah Murtabak DiRaja Hj Mohd Mempelas yang sentiasa dikunjungi peminat tegar dari luar Pahang terutamanya pada musim cuti sekolah.
-
Lokasi: Kampung Mengkasar, 26600 Pekan, Pahang.
Pantai Lagenda
Pantai Lagenda merupakan destinasi riadah utama bagi penduduk Pekan yang ingin menghirup udara segar laut.
Kawasan ini telah dinaiktaraf dengan landskap yang cantik, menjadikannya lokasi yang sangat Instagrammable untuk bergambar.
Anda boleh melihat deretan pokok rhu yang memberikan suasana redup dan tenang. Pantai ini paling meriah pada waktu petang di mana ramai keluarga datang untuk berkelah, bermain layang-layang, atau sekadar melihat matahari terbenam di ufuk muara Sungai Pahang.
Terdapat juga banyak gerai jualan makanan ringan seperti keropok lekor dan air kelapa di sepanjang pesisir pantai.
Suasananya yang damai sangat sesuai untuk melarikan diri sebentar daripada kesibukan bandar dan menikmati keindahan alam semula jadi.
-
Lokasi: Kuala Pahang, 26600 Pekan, Pahang.
Medan Ikan Bakar Kuala Pahang
Bagi peminat makanan laut, Medan Ikan Bakar Kuala Pahang adalah syurga kulinari yang tidak boleh dilepaskan.
Terletak betul-betul di kawasan perkampungan nelayan, semua hasil laut yang disajikan di sini dijamin segar kerana ia diambil terus daripada jeti berdekatan.
Anda boleh memilih pelbagai jenis ikan, udang, sotong, dan ketam untuk dibakar atau dimasak mengikut selera anda.
Keistimewaan utama di sini adalah sambal cicahnya yang padu dan aroma ikan bakar yang membangkitkan selera.
Harganya juga sangat berpatutan berbanding di bandar-bandar besar.
Makan malam di sini sambil ditemani angin laut yang sepoi-sepoi bahasa memberikan pengalaman gastronomi yang sangat memuaskan bagi setiap pengunjung yang datang bertandang ke Pekan.
-
Lokasi: Perkampungan Nelayan Kuala Pahang, 26600 Pekan, Pahang.
Makam Diraja Langgar
Makam Diraja Langgar adalah sebuah tapak bersejarah yang sangat penting dalam lipatan sejarah Kesultanan Pahang.
Kawasan ini merupakan tempat persemadian sultan-sultan dan kerabat diraja Pahang terdahulu.
Apabila menjejakkan kaki ke sini, anda akan dapat melihat seni bina makam yang sangat unik dan dipelihara dengan baik, melambangkan penghormatan tinggi terhadap institusi beraja.
Suasananya sangat tenang, dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang memberikan perlindungan daripada cuaca panas.
Bagi peminat sejarah dan seni bina lama, melawat makam ini memberikan gambaran tentang susur galur kepimpinan negeri Pahang dari zaman dahulu sehingga kini.
Ia adalah lokasi yang mendidik dan memberikan perspektif baru tentang warisan budaya yang ada di Bandar Diraja ini.
-
Lokasi Spesifik: Kampung Langgar, 26600 Pekan, Pahang.
Padang Polo Pekan
Pekan dikenali sebagai pusat sukan polo di Malaysia, dan Padang Polo yang terletak berhampiran kawasan istana ini adalah buktinya.
Padang yang luas dan dijaga rapi dengan rumput hijau ini merupakan tempat di mana kerabat diraja dan pemain profesional menjalankan latihan serta pertandingan polo.
Sukan polo mempunyai sejarah yang panjang dalam tradisi diraja Pahang, maka tidak hairanlah padang ini menjadi antara yang terbaik di negara ini.
Jika anda bernasib baik, anda boleh melihat kuda-kuda polo yang gagah sedang berlatih di sini pada waktu petang.
Kawasan di sekitarnya juga sangat cantik untuk pemanduan santai (drive-through) kerana persekitarannya yang bersih, eksklusif, dan penuh dengan ciri-ciri Bandar Diraja yang gah.
-
Lokasi: Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang (Bersebelahan Istana Abu Bakar).
Galeri Pengangkutan Air
Terletak di perkarangan luar Muzium Sultan Abu Bakar, Galeri Pengangkutan Air ini merupakan pameran terbuka yang sangat menarik.
Ia mempamerkan pelbagai jenis bot tradisional, kapal kecil, dan pengangkutan air lama yang pernah digunakan oleh masyarakat Pahang suatu ketika dahulu untuk melalui Sungai Pahang yang luas.
Anda boleh melihat secara dekat struktur binaan bot-bot ini yang diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi dan mempunyai reka bentuk yang unik mengikut fungsi masing-masing.
Pameran ini sangat penting untuk memahami cara hidup masyarakat dahulu yang sangat bergantung kepada sungai sebagai nadi pengangkutan utama.
Ia adalah lokasi yang hebat untuk pendidikan luar bagi kanak-kanak dan juga peminat sejarah maritim negara.
-
Lokasi: Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang (Dalam kawasan Muzium Sultan Abu Bakar).
Pintu Gerbang Istana Abu Bakar
Walaupun Istana Abu Bakar merupakan kediaman rasmi yang tidak dibuka kepada umum, Pintu Gerbang utamanya telah menjadi ikon pelancongan di Pekan.
Seni bina pintu gerbang ini sangat megah, menggabungkan elemen tradisional Melayu dan pengaruh moden yang melambangkan kedaulatan sultan.
Ramai pelancong mengambil peluang untuk berhenti sebentar dan bergambar di hadapan pintu gerbang ini sebagai kenang-kenangan telah sampai ke Bandar Diraja.
Kawasan sekeliling pintu gerbang ini sentiasa dijaga rapi dengan landskap bunga-bungaan yang cantik dan kawalan keselamatan yang tertib.
Ia memberikan aura eksklusif dan prestij kepada sesiapa sahaja yang melaluinya, sekaligus mengukuhkan identiti Pekan sebagai bandar yang kaya dengan adat dan kemuliaan diraja.
-
Lokasi: Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang.
Jika anda ingin melawat, susun jadual mengikut zon:
-
Zon Bandar Diraja: Muzium Sultan Abu Bakar, Muzium Masjid Sultan Abdullah, dan Pekan Riverfront (semuanya berdekatan).
-
Zon Pulau Keladi: Rumah Kelahiran Tun Razak dan Pusat Tenun (5-10 minit pemanduan dari bandar).
-
Zon Makanan: Warung Pekan Lama (Pekan Lama) dan Murtabak Mengkasar.
Ada perkara lain yang menarik di Pekan Pahang boleh anda kongsikan di ruang komen?




