fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman China

12 Tempat Paling Menarik Di Shanghai China: Bandar Urbanisasi Terbesar Dunia

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
15 Februari, 2022
Kategori: China, Pakej Shanghai
Masa Bacaan: 3 mins read
788 41
A A
5
Shanghai World Financial Center
14.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Apakah tempat menarik di Shanghai yang popular? Tahun berlalu dan Shanghai turut mengalami perubahan demi perubahan.

Gedung-gedung membeli belah baru, restoran-restoran, pusat peranginan, dan taman-taman tema dibina manakala kawasan yang usang dilupakan.

Shanghai telah berubah menjadi model untuk China di abad ke-21 dalam kurang daripada sepuluh tahun.

Para pelancong dari negara-negara asing akan mendapati Shanghai jauh berbeza dari bandar-bandar utama Cina.

Tempat Menarik di Shanghai
Shanghai, di pantai tengah China, adalah bandar terbesar di negara ini dan merupakan hab kewangan global
  • Lihat Penginapan Terbaik di Shanghai
  • Lihat Peta Percutian di Shanghai

Shanghai menawarkan suasana yang menggabungkan budaya Cina tradisional dan budaya Barat moden.

Bangunan-bangunan pencakar langit yang tinggi di sebelah timur kota diseimbangkan dengan keunikan seni bina klasik dan bangunan kuno di sebelah barat.

Campuran dua budaya ini menyediakan pelancong dengan pengalaman yang pelbagai.

Pin

  • 1 Shanghai World Financial Center
  • 2 Bercuti Ke Shanghai di Jin Mao Tower
  • 3 Travel Ke Shanghai Oriental Pearl Tower
  • 4 Tempat Pelancongan di Shanghai: Xintiandi
  • 5 Shanghai Science and Technology Museum
  • 6 The Bund: Tempat Pelancongan di Shanghai Mewah
  • 7 Tips Melancong Ke Shanghai: Chenghuang Miao
  • 8 Bercuti Di Shanghai: Qibao Ancient Town
  • 9 Tempat Menarik Di Shanghai: Kediaman Mao Zedong
  • 10 Percutian Ke Shanghai Di Ocean Aquarium
Di bawah adalah senarai sepuluh tarikan pelancong yang Shanghai tawarkan:


Shanghai World Financial Center

tempat menarik di shanghai

Tidak ada tempat menarik di Shanghai berbanding tingkat atas Pusat Kewangan Dunia Shanghai untuk melihat gambaran terbaik keadaan bandar yang sangat besar ini.

Ia mengambil masa lebih kurang satu minit dari tingkat satu ke tingkat 95 menggunakan lift dengan kelajuan sepuluh meter sesaat.

shanghai di siang hari, sungai huangpu dan daerah kewangan pudong, China
Pemandangan di pagi hari dari Menara Kewangan Dunia Shanghai

Dalam pavilion ke-100, pengunjung boleh melihat puncak Menara Oriental Pearl TV dan Jinmao Tower.

Dalam galeri tontonan sepanjang 55 meter itu, pengunjung boleh melihat kereta-kereta bergerak dan pejalan kaki dengan jelas melalui tiga lantai kaca telus.

Shanghai World Financial Center
Memandang ke bawah dari Bangunan Kewangan Dunia Shanghai

Jambatan pemerhati di bahagian atas bangunan merupakan dek pemerhati luar yang tertinggi di dunia. Menara ini mempunyai 104 tingkat (101 tingkat di atas paras tanah dan 3 tingkat bawah tanah) dan ia berada pada ketinggian 492 meter. Pada masa ini ia adalah bangunan ke-4 tertinggi di dunia.

beautiful shanghai in the evening,aerial view from world financial center
Pemandangan Shanghai panorama langit matahari terbenam, pusat kewangan Pudong dengan Sungai Huangpu, China

Direka oleh firma senibina Amerika Kohn Pedersen Fox, menara 101 tingkat itu pada asalnya dirancang untuk pembinaan pada tahun 1997, tetapi kerja tergendala sementara oleh Krisis Kewangan Asia pada akhir 1990-an, dan kemudian berhenti untuk menampung perubahan reka bentuk oleh Syarikat Bangunan Mori .

shanghai skyline panorama in sunset, pudong financial center with huangpu river, China
Rekabentuk unik Shanghai World Financial Center mempunyai kaitan dengan kepercayaan masyarakat cina

Bangunan menara itu dibiayai oleh beberapa syarikat multinasional, termasuk bank China, Jepun, dan Hong Kong, serta oleh pemaju Jepun dan pelabur Amerika dan Eropah.

Bank pelaburan Amerika Morgan Stanley menyelaraskan pembiayaan menara untuk Bangunan Mori.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | 100 Shiji Blvd, Lujiazui, Pudong, Shanghai, China, 200120

Bercuti Ke Shanghai di Jin Mao Tower

Jin Mao Tower

Jin Mao Tower adalah bangunan kedua tertinggi di tanah besar China dan bangunan tertinggi ke-13 di dunia. Ia terletak di tengah-tengah Lujiazui Finance and Trade Districts di Pudong.

Menara ini mempunyai 88 tingkat dan berada pada ketinggian 421 meter.

Jin Mao Tower
Atrium hotel Grand Hyatt, dilihat dari Skywalk di tingkat 88

Jin Mao Tower digabungkan dengan unsur-unsur budaya tradisional Cina dengan gaya seni bina terbaru pada masa itu, yang menjadikan Jin Mao Tower salah satu bangunan terbaik yang dibina di China.

Jin Mao Tower
Jin Mao Tower berganding antara Shanghai World Financial Center

Tingkat ke-53 hingga ke-87 dikhaskan untuk Grand Hyatt Hotel yang mewah yang mana tingkat ke-86 menempatkan kelab eksklusif untuk tetamu hotel dan tingkat 87 menempatkan restoran hotel.

Tingkat ke-88 dikhaskan untuk dek pemerhati menara itu, yang boleh menampung 1000 orang pada satu-satu masa.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | 88 Shiji Blvd, Lujiazui, Pudong, China, 200120

Travel Ke Shanghai Oriental Pearl Tower

Shanghai Oriental Pearl Tower
Menara Oriental Pearl merupakan mercu pertama Shanghai sebagai bandar urban & moden

Oriental Pearl Tower terletak di Lujiazui, Pudong dan ia dikelilingi oleh Jambatan Yangpu di timur laut dan Jambatan Nanpu di barat daya.

Oriental Pearl Tower berada pada ketinggian 468 meter, tetapi kemuncaknya bukanlah satu-satunya faktor kegemilangannya. Ianya tempat menarik di Shanghai untuk melihat seluas pandangan ke atas kepesatan pembangunannya.

Shanghai Oriental Pearl Tower
Oriental Pearl Radio & Television Tower adalah juga menara TV di Shanghai

Malah lebih menarik daripada kemuncaknya adalah reka bentuknya yang unik, satu seni bina yang membuat Oriental Pearl Tower TV sebagai salah satu tempat yang paling menarik di mana-mana sekalipun.

Terdapat tiga sfera besar yang berfungsi sebagai kawasan pemerhati, kemudian terdapat lima sfera yang lebih kecil dan tiga sfera hiasan pada asas menara.

Oriental Pearl Tower
Oriental Pearl Tower

Oriental Pearl Tower terletak di atas daratan kaya berumput hijau dan struktur keseluruhan sepatutnya mewakili mutiara-mutiara yang berkilauan di atas pinggan jed.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | 1 Shiji Blvd, Lujiazui, Pudong, Shanghai, China, 200120

Tempat Pelancongan di Shanghai: Xintiandi

Xintiandi Shikumen
Shanghai Xintiandi bermaksud pertembungan Syurga lama dan Bumi Baru

Pelancong dan penduduk tempatan berjalan di sepanjang jalan-jalan di Xintian siang dan malam. Xintiandi terbahagi kepada Blok Utara dan Selatan.

Blok Selatan adalah lebih moden dan salah satu pusat membeli-belah utama pertama di China terletak di sana.

Xintiandi
Ramai pelancong akan berada di blok selatan untuk membeli belah

Blok Utara menyediakan gaya seni bina lama Shikumen berbeza dengan gaya moden Blok Selatan. Sebahagian daripada rumah shikumen kini berfungsi sebagai kedai-kedai buku, kafe, restoran, dan pusat membeli-belah.

Xintiandi Lang
Pelbagai kafe mewah dengan gaya barat ditemukan disini

Xintiandi mempunyai kehidupan malam yang aktif pada hari bekerja dan juga hujung minggu dan ia dianggap sebagai salah satu pusat gaya hidup pertama di China.

Xintiandi juga merupakan lokasi kongres pertama Parti Komunis China.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | 177 Madang Rd, 新天地 Lu Wan Qu, Shanghai, China, 200021

Shanghai Science and Technology Museum

Shanghai Science and Technology Museum
Muzium Sains dan Teknologi Shanghai

Muzium Sains dan Teknologi menggalakkan sains, pendidikan, budaya, dan kemajuan ideologi. Ia menawarkan pengunjung pengalaman yang unik akan disiplin saintifik moden.

Muzium ini terdiri daripada ruangan bawah tanah dan empat tingkat di atas tanah.

Shanghai Science and Technology Museum
Shanghai Science and Technology Museum

Ia terbit dalam lingkaran, melambangkan kemajuan sains. Satu sfera kaca besar terbenam dalam kolam air yang jelas, di titik tengah bangunan, memberikan tema ‘kehidupan yang diperbaharui’.

Shanghai Science and Technology Museum

Dewan Wisdom of Light adalah dewan pameran yang paling ketara di muzium ini. Dewan ini mempersembahkan kimia, biologi, matematik dan fizik dengan pelbagai bahan-bahan interaktif.

Mata air misteri yang terkenal di Shanghai juga berada di sini.


The Bund: Tempat Pelancongan di Shanghai Mewah

The Bund Shanghai
The Bund Shanghai

The Bund terletak betul-betul di sepanjang Sungai Huangpu di Jalan Zhongshan dan merupakan salah satu destinasi pelancongan paling terkenal di Shanghai. The Bund adalah simbol kepada Shanghai dan dipenuhi oleh pelbagai bangunan berbeza seni bina dan reka bentuk.

The Bund Shanghai

Terdapat juga jenama mewah bersepahan di antara karya-karya seni bina seperti Cartier, Rolex, dan Dolce and Gabbana. Walaupun The Bund telah melalui banyak perubahan sepanjang tahun, setiap pengubahsuaian seolah-olah menjadikannya lebih cantik dan lebih menarik lagi.

The Bund Shanghai

Salah satu semakan pada masa lalu telah membawa kepada pengubahsuaian kawasan pantai sebenar The Bund menjadikannya lebih menarik dan mampu menerima lebih ramai lagi pengunjung.

Melawat The Bund di waktu malam akan memberikan anda salah satu yang pemandangan paling indah yang terdapat di Shanghai dan merupakan satu kemestian.


Tips Melancong Ke Shanghai: Chenghuang Miao

Chenghuang Miao

Chenghuang Miao (atau City God Temple) adalah kawasan Shanghai yang menempatkan sejarah kerana kawasan ini adalah salah satu yang tertua di Shanghai yang baru-baru ini telah diubahsuai pada tahun-tahun terdahulu.

Malahan kebanyakan bangunan-bangunan kedai bersebelahan kuil adalah bangunan asal.

Chenghuang Miao

Walaupun Chenghuang Miao merupakan kuil sebenar, kawasan sekitar adalah syurga para pembeli juga tempat yang sangat sesuai untuk mendapatkan beberapa masakan autentik Shanghai.

Hali ini juga menjadikan kawasan ini salah satu tempat menarik di Shanghai berpotensi untuk anda kunjungi.

Yuyuan Garden
Yuyuan Garden

Yuyuan Garden juga terletak di dalam kawasan terbuka di sebelah Chenghuang Miao dan adalah tempat yang sempurna untuk berjalan-jalan dan melihat pemandangan kolam yang banyak, menara-menara, dan dewan-dewan.


Bercuti Di Shanghai: Qibao Ancient Town

Qibao Ancient Town
Qibao Ancient Town

Qibao merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian yang masih tidak disentuh sepenuhnya oleh hiruk-pikuk kemodenan di mana Shanghai amat terkenal dengannya.

Anda pasti akan berasa teruja apabila berada di Qiabao lebih-lebih lagi pada waktu malam. Memang benar orang kata ianya adalah tempat menarik di Shanghai jika ingin mengambarkan kehidupan tamadun lama China.

Qibao Ancient Town
Qibao Ancient Town

Terletak di Daerah Minhang di Shanghai, kawasan yang kelihatan penuh tradisional dan aman ini adalah rumah kepada pelbagai jenis makanan yang lazat dan makanan yang unik termasuklah kek beras pulut yang dikenali sebagai “Qibaogao“.

Qibao Ancient Town

Kawasan ini juga dikenali kerana seni kaum yang unik yang dikenali sebagai Shadow Play, di mana mereka melaksanakan permainan/ teater berdasarkan peristiwa sejarah menggunakan dialek tempatan.


Tempat Menarik Di Shanghai: Kediaman Mao Zedong

Mao Zedong Mausoleum
Mao Zedong Mausoleum

Satu kawasan untuk peminat sejarah dan pelancong, Bekas Kediaman Mao Zedong adalah tempat yang semua orang perlu kunjungi sekurang-kurangnya sekali.

Mao Zedong Mausoleum

Bangunan dua tingkat yang terletak di Weihai Road ini adalah tempat bersejarah yang hebat yang kini berada di bawah perlindungan kerajaan China.

Mao Zedong Mausoleum

Di dalam rumah ini anda akan menemui pameran kecil memperincikan kehidupan Mao di Shanghai melalui gambar-gambar yang ada.


Percutian Ke Shanghai Di Ocean Aquarium

Shanghai Ocean Aquarium
Shanghai Ocean Aquarium

Dibuka pada tahun 2002, Shanghai Ocean Aquarium adalah akuarium terbesar di Asia dan adalah salah satu akuarium yang terbesar di dunia. Akuarium besar ini terletak di Pudong, betul-betul bersebelahan dengan Oriental Pearl TV Tower.

Shanghai Ocean Aquarium
Shanghai Ocean Aquarium

Shanghai Ocean Aquarium adalah rumah bagi sebuah terowong khas sepanjang 120 meter yang mempamerkan pelbagai pameran habitat marin yang berbeza termasuk terumbu karang, rumpai laut dan gua.

Akuarium ini terbahagi kepada banyak zon pameran yang berbeza termasuklah juga zon China; satu-satunya akuarium di dunia yang berbuat demikian.

Bersambung…

Tags: jin mao towermelancong ke shanghaishanghai ocean aquariumtempat menarik di shanghai yang
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Misteri Patung Askar Terracotta
Pakej Xian

Tempat Menarik Di Xian China: 10 Destinasi & Aktiviti Popular [TERKINI]

  Topik Tempat Menarik Di Xian China: Xi'an adalah bandar yang paling dipilih di China di dalam senarai pelancongan bandar...

Oleh: Hadi Ghazali
22 Januari, 2023
23.4k
beautiful pastoral landscape in yulong river ,yangshuo,China
Pakej Guilin

12 Aktiviti & Tempat Menarik Di Guilin China [POPULAR]

  Guilin menjadi terkenal kerana bentuk muka buminya yang unik yang dikenali sebagai Karst. Ianya menjadi tempat persinggahan terdahulu sebelum...

Oleh: Hadi Ghazali
25 September, 2022
26k
Selanjutnya

Komen 5

  1. Avatar of Noresam Noresam says:
    + -

    Saya akan berada di Shanghai 1hari pd 18hb Oct ini. Ada tak 1 day tour di sekitar Shanghai

  2. Avatar of Maz Ayu Maz Ayu says:
    + -

    Salam…ada buat ground arrangement untuk 3 orang ke Shanghai pada 21-25 Jan

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam Cik Maz. Ya kami boleh sediakan untuk pakej ground ke Shanghai. Sila semak emel untuk maklumbalas. Terima kasih.

  3. Avatar of LINDA LINDA says:
    + -

    BOLEH BAGI SAYA ITINERARY KE SHANGHAI

    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh cik Linda. Untuk dapatkan itinerary sila isikan borang. Kami akan emailkan maklumat lengkap.

Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

tempat-menarik-di-iceland
Pakej Popular

10 Tempat Paling Menarik di Iceland: Percutian Impian [TERKINI]

Oleh: Hasrul Wayne
3 Januari, 2023
5
20.1k

  10 tempat menarik di Iceland: Dari glasier yang mengagumkan ke air panas geoterma dan gunung berapi aktif, Iceland adalah...

Baca Selanjutnya
Tempat-Menarik-di-Bintulu

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Bintulu Sarawak [POPULAR]

7 Mac, 2022
12.2k
Tempat Menarik di Pulau Redang

Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

31 Oktober, 2021
126.4k
pulau-bora-bora-perancis

10 Perkara Menarik di Pulau Bora Bora Perancis [Pulau Impian]

22 November, 2022
7.9k
Kapal Cruise Mewah: 5 Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia [PAKEJ CRUISE] 1

Kapal Cruise Mewah: 5 Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia [PAKEJ CRUISE]

1 Julai, 2022
21.9k
Selanjutnya
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In