Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Thailand Pakej Chiang Mai

22 Tempat Menarik Di Chiang Mai

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
10 Disember, 2025
Kategori: Pakej Chiang Mai
Masa Bacaan: 6 mins read
7.3k 382
A A
5
tempat-menarik-di-chiang-mai
8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Chiang Mai Thailand?

Dengan legasi 700 tahun sejarah dan tamadun tersendiri, Chiang Mai menawarkan lima juta pelancong tahunan pelbagai tarikan menarik di dalam risalah mereka.

Hanya Chiang Mai yang memiliki kawasan bandar untuk menangkap gambar yang cantik.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bandar yang tenang ini menawarkan kuil-kuil yang menarik, air terjun, tanam-tanaman, bangunan peninggalan purba, pasar-pasar menarik dan taman haiwan untuk kunjungan & percutian keluarga.

Promo-Banner-Chiang-Mai

  • Lihat Pakej Percutian Chiang Mai
  • Lihat Penginapan Terbaik di Chiang Mai
  • Lihat Aktiviti Menarik di Chiang Mai
  • Lihat Peta Percutian di Chiang Mai

Pin

  • 1 Senarai Tempat Menarik Di Chiang Mai
  • 2 Wat Phrathat Doi Suthep
  • 3 Bercuti Di Chiang Bhubing Palace & National Park
  • 4 Menarik Di Chiang Mai Wat Chiang Man
  • 5 Percutian Ke Chiang Mai Wat Chedi Luang
  • 6 Melancong Ke Chiang Mai Wat Phra Singh
  • 7 Pengalaman Ke Chiang Mai Zoo
  • 8 Bercuti Ke Chiang Mai Night Safari
  • 9 Trip Ke Chiang Mai Aquarium
  • 10 Wiang Kum Kam
  • 11 Mae Khampong dan Zipling
  • 12 Muzium Negara Chiang Mai
  • 13 Mae Sa Elephant Camp
  • 14 Taman Queen Sirikit Botanic Garden
  • 15 Tapak Floral Diraja: Royal Park Rajapruek
  • 16 Wat U Mong
  • 17 Wat Suan Dok
  • 18 Wat Doi Kham
  • 19 Wat Jed Yod
  • 20 Kuil-Kuil Chiang Mai Yang Lain
  • 21 Taman Botanical Tweechol
  • 22 Taman Dokmai
Untuk melawat semua tempat perlancongan popular di Chiang Mai, anda memerlukan beberapa hari.


Senarai Tempat Menarik Di Chiang Mai

tempat tempat menarik di Chiang Mai

Kami telah senaraikan tarikan-tarikan utama mengikut kepentingan dan populariti mereka.

Adalah satu kebiasaan untuk pelancong menyewa basikal berenjin namun anda boleh memilih untuk mencari cara paling sesuai untuk anda meneroka bandar ini.

Namun pemandu pelancong semestinya amat berguna untuk menceritakan kepada anda sejarah-sejarah menarik dan mistikal di bandar ini serta tarikannya yang tersendiri.


Wat Phrathat Doi Suthep

Wat Prathat Doi Suithep
Wat Prathat Doi Suithep

Ini adalah kuil paling terkemuka di Thailand, di mana anda dapat melihat pemandangan kota dari lokasi gunung yang menakjubkan.

Jalan yang berliku-liku untuk dinaiki ke kuil perlu melepasi beberapa air terjun yang indah dan pemandangan dari kuil itu sendiri adalah sangat menakjubkan.

Wat Prathat Doi Suithep
Wat Prathat Doi Suithep

Tapak ini dianggarkan wujud sejak tahun 1386 dan bagi kalangan orang tempatan Thailand, ia merupakan salah satu daripada tapak yang paling suci untuk beribadat di negara ini.

Dengan hujung chedi yang menonjol dan lantai lapang marmar, kuil ini penuh dengan simbolik dan selalunya sibuk.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Wat Prathat Doi Suithep

Jika 300 anak tangga adalah terlalu memenatkan bagi anda, terdapat kenderaan tumpangan yang menawarkan jalan singkat yang lebih laju.

Dalam perjalanan naik ke kuil, adalah berbaloi untuk anda melihat air terjun Huay Kaew dan Monthathal Falls – sebuah tempat bermeditasi dihubungkan dengan kuil dan makanan, minuman serta cenderamata juga dijual di pintu masuk.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 9 หมู่ที่ 9 Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

  • Tiket: Pengunjung antarabangsa dikenakan 30 baht, percuma untuk warganegara Thai

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 6.00 pagi hingga 09.00 Malam

Bercuti Di Chiang Bhubing Palace & National Park

Kediaman diraja pada musim sejuk (Jan-Mac) di atas bukit Doi Suthep. Ia adalah taman yang indah, tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk ke mana-mana bangunan.
Kediaman diraja pada musim sejuk (Jan-Mac) di atas bukit Doi Suthep. Ia adalah taman yang indah, tetapi pelawat tidak dibenarkan masuk ke mana-mana bangunan | CC: whyyan

Terletak lebih enam kilometer di atas gunung, tapak ini dihiasi dengan banyak bunga-bungaan liar yang berwarna-warni.

Ia berfungsi sebagai kediaman diraja untuk musim sejuk dari pertengahan Disember hingga awal Februari, dimana ketika ini ianya ditutup untuk pelawat.

Istana Bhubing, Chiang Mai
Istana terletak di atas gunung dengan cuaca sejuk. Terdapat taman mawar yang indah | CC: TC Photography

 Teruskan perjalanan ke atas gunung dan anda boleh melawat ke pusat pelancongan bukit Hmong, satu perkampungan suku kaum Baan Doi Pui, atau terus berjalan melihat pemandangan yang indah berhampiran puncak.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 1223 Sriwichai Alley, Tambon Su Thep, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

  • Tiket: Online | Pengunjung antarabangsa dikenakan 50 baht, percuma untuk warganegara Thai

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 8.30 pagi hingga 04.30 Petang | Tutup dari Januari ke Mac

Menarik Di Chiang Mai Wat Chiang Man

Wat Chiang Man
Wat Chiang Man

Kuil tertua Chiang Mai ini mulai dibina tidak lama selepas penubuhan bandar ini dalam tahun 1296, dan mempunyai landskap yang cantik berdekatan dengan pinggiran Sriphum yang terletak di bandar lama.

Ia merupakan tapak bersejarah yang utama di Chiang Mai.

Wat Chiang Man

Ia merupakan salah satu tempat bersejarah yang paling penting di Chiang Mai dan walaupun tidak fotogenik sebagai kuil-kuil yang lain (dan agak diabaikan), ia mengandungi dua imej Buddha kecil yang purba, yang mencecah usia hampir 2000 tahun lamanya.

Kuil ini adalah satu contoh yang tepat untuk seni bina klasik Lanna.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 171 Ratchapakhinai Rd, Tambon Si Phum, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 6.00 pagi hingga 05.00 Petang

Percutian Ke Chiang Mai Wat Chedi Luang

Wat Chedi Luang
Wat Chedi Luang

Masih lagi menjadi tempat tertinggi di Chiang Mai lama. Ini mungkin sekali merupakan peninggalan terunggul Chiang Mai dan ia pernah menjadi wilayah Lanna yang terpenting.

Bertarikh dari 1441, pagoda yang setinggi 91-meter ini telah patah separuh dari ketinggiannya akibat gempa bumi pada penghujung kurun ke-16.

Wat Chedi Luang
Wat Chedi Luang

Hingga ke hari ini, chedi yang dibaik pulih separuh ini masih merupakan struktur tertinggi di bandar lama ni dan masih lagi menjadi tarikan utama.

Terdapat juga beberapa Viharn atau Ubosots di kelilingnya. Buddha Zamrud yang amat dihormati, yang ditemui di Istana Utama di Bangkok, pernah tinggal disana sementara ketika menunaikan pengembaraannya yang menakjubkan.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 1103 Prapokkloa Rd, Tambon Si Phum, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

  • Tiket: Online | Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 06.00 pagi hingga 05.00 Petang

Melancong Ke Chiang Mai Wat Phra Singh

Wat Phra Singh
Wat Phra Singh

Wat Pra Singh yang penuh berilustrasi di kota lama. Terletak di tengah-tengah bandar lama tersebut, kuil ini mengandungi patung Buddha terpenting di Chiang Mai.

Viharn Lai Kham yang baru-baru ini dibaik pulih adalah contoh seni Lanna viharn manakala viharn yang utama (c. kurun ke-15) menempatkan Phra Sihing Buddha yang lebih dimuliakan, yang mempunyai latar belakang gaya singa yang keruh tetapi unik yang berasal dari Sri Lanka.

Wat Phra Singh
Wat Phra Singh

Kitab tersendiri, Hoi Tra (kitab-kitab simpanan) juga terdapat di situ.

Lukisan mural di dinding Wat Phra Singhmenggambarkan suasana kesusasteraan klasik Suwannahong dan Sang Thong.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 2 Samlarn Rd, Phra Sing, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50280, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 06.00 pagi hingga 05.00 Petang

Pengalaman Ke Chiang Mai Zoo

Chiang Mai Zoo
Chiang Mai Zoo

Meliputi kawasan yang sangat luas, di kaki gunung Doi Suithep, adalah lokasi zoo yang amat memerah keringat ini – ia sangat berbukit-bukau – namun ada disediakan kemudahan trem dan monorel.

Kebanyakan haiwan menikmati habitat semulajadi yang yang luas di sini dengan pelbagai penghuni dari beruang hinggalah ke penguin.

Chiang Mai Zoo
Chiang Mai Zoo

Penghuni terbaru adalah dua ekor panda (dipinjam dari China) dan anak mereka yang baru lahir telah menjadi tumpuan seluruh negara.

Di sini juga terdapat kubah salji yang baru, yang merupakan sesuatu yang baharu bagi rakyat tempatan.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 100 Huaykaew Rd, Tambon Su Thep, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

  • Tiket: Online | Antarabangsa – Dewasa/ kanak-kanak 100/50 baht, Thai – Dewasa/kanak-kanak 70/20 baht (Panda, kubah salji, akuarium, taman kembara dan trem, dan lain-lain); 100 Huay Kaew Road

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.00 pagi hingga 05.00 Petang

Bercuti Ke Chiang Mai Night Safari

Chiang Mai Night Safari
Chiang Mai Night Safari

Salah satu daripada tarikan Chiang Mai yang terbaru, merupakan sebuah hutan seluas 120 ekar di kaki pergunungan taman negara Doi Suithep, yang sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga.

Landasan Jaguar sepanjang dua kilometer yang mengelilingi tasik yang indah merangkumi pelbagai kandang ala-ala zoo dan apabila malam menyelimuti.

Chiang Mai Night Safari
Night Safari

Dua trek trem akan membawa pelancong merentasi kawasan safari terbuka yang penuh dengan haiwan pemangsa dan liar dari Afrika, Asia dan Amerika Selatan.

Ini termasuklah sebuah anjung besar yang lengkap dengan restoran dan air pancut bermusik yang terbesar sekali di Asia tenggara.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 33 Moo 12 Nong Kwai, Hang Dong District, Chiang Mai 50230, Thailand

  • Tiket: Online | Warga asing: dewasa/kanak-kanak 800/400 baht, Thai: dewasa/kanak-kanak 200/100 baht

  • Waktu Operasi: 11:00-22.00, Safari siang hari Versi Thai & Versi Inggeris, masuk pada 18.30 dan 22.15

Trip Ke Chiang Mai Aquarium

Chiang Mai Aquarium

Sesuatu yang mengejutkan, Chiang Mai yang penuh daratan kini memiliki akuarium yang terbesar di Asia Tenggara (buka pada November, 2008).

Ia terletak di dalam zoo dan mempunyai tangki sebesar 8,000 liter-padu yang juga memiliki terowong akuarium terpanjang di dunia (pada 133m).

Lebih daripada 8,000 spesies hidupan akuatik, termasuk 250 jenis hidupan air tawar juga terdapat di sini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 33 Moo 12 Nong Kwai, Hang Dong District, Chiang Mai 50230, Thailand

  • Tiket: Online | Dewasa/kanak-kanak: 520/390 baht, Thai: dewasa/kanak-kanak 290/190 baht | Snorkeling: warga asing 1,000 baht, Thai: 500 baht

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 10.00 pagi hingga 04.00 Petang

Wiang Kum Kam

Wiang Kum Kam
Wiang Kum Kam

Bandar asal Chiang Mai ini telah ditemui pada 1984 dan terletak di luar kawasan metropolitan yang moden, di barat daya.

Ia dibina oleh Raja Mengrai sebagai percubaan pertama baginda untuk menubuhkan sebuah penempatan di lembah itu sebelum banjir yang dahsyat melanda Sungai Ping dan projek tersebut tergendala.

Wiang Kum Kam
Wiang Kum Kam

Hampir 20 kuil telah ditemui di kawasan tersebut dan pengangkutan kereta berkuda atau berbasikal akan membawa anda menjelajah kesemuanya dalam masa setengah hari.

Sebahagiannya telah digali dan menawarkan ‘Chiang Mai Atlantis’ yang menakjubkan. Di kawasan itu juga terdapat Chedi Liam yang menarik, yang bersebelahan dengan kuil.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | ตำบล ช้างเผือก Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50300, Thailand

  • Tiket: 10 baht, Naik kereta kuda 200 baht (untuk 2-3 orang), Tram 300 baht (untuk 1-10 orang)

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.30 pagi hingga 05.00 Petang

Mae Khampong dan Zipling

Mae Khampong dan Zipling
Mae Khampong dan Zipling

Kampung eco ini, dan juga kawasan asli Taman Negara Mae Takhrai di mana ia terletak, adalah terbaik untuk dilihat dari aras ketinggian pokok, dan itu sebabnya kebanyakan pengunjung adalah sebahagian daripada melalui Pengalaman Gibbon (sejenis monyet/ungka liar).

Ia mempunyai keseronokkan garis Zipline di Chiang Mai yang dikendalikan secara profesional, dan merupakan satu pengembaraan mendebarkan 50m di atas tanah dan diatas lebih daripada 25 garisan.

Mae Khampong
Mae Khampong

Ia memakan masa beberapa jam untuk melewati jambatan langit, dengan rintangan berkawalan tali dan juga kanopi. Anda mungkin boleh melihat ungka-ungka dalam habitat liar mereka.

Mae Khampong, di mana ia berasas, adalah sebuah kampung kecil yang cantik yang bertenggek di pinggiran aliran dan ketinggian gunung. Ia merupakan satu laluan segar berbanding laluan pelancong biasa.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | สันกำแพง Huai Kaeo, Mae On District, Chiang Mai 50130, Thailand

  • Tiket: Online | Lawatan berlangsung sepanjang hari, Kos 3,300 baht

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 07.00 pagi

Muzium Negara Chiang Mai

Chiang Mai Museum

Terletak bersebelah dengan Wat Jet Yot dan menempatkan koleksi hasil kerja-kerja seni Lanna Thai, imej Buddha purba, dan senjata perang.

Muzium ni dibina dalam gaya seni neo-utara Thai, dan bertujuan untuk memelihara seni dan budaya Utara Thailand. Ia bukanlah sejarah bertaraf dunia namun satu pengenalan yang baik akan sejarah tempatan.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 451 ถนน ซุปเปอร์ไฮเวย์ เชียงใหม่-ลำปาง Chang Phueak, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50300, Thailand

  • Tiket: Warga asing 100 baht, Thai: 20 baht

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 09.00 pagi hingga 04:00 petang (Rabu ke Ahad)

Mae Sa Elephant Camp

Mae Sa Elephant Camp
Mae Sa Elephant Camp

Mae Sa Elephant Camp adalah bersifat mendidik.ae Sa menawarkan pertunjukkan gajah, gajah mandi dan menunggang gajah.

Terletak kira-kira satu jam pemanduan ke dalam Mae Sa Valley, ini adalah satu aktiviti yang hebat untuk seisi keluarga.

Bahkan di situ juga terdapat pusat rakit menggunakan bambu.

Mae Sa Elephant Camp
Taman Gajah Mae Sa

Aadalah salah satu daripada beberapa kem di kawasan itu, dengan saingan kem Perkhemahan Mae Taman di Mae Tang dioperasikan oleh janda kepada pemilik kem ini.

Terdapat satu lagi kem perkhemahan terkenal di Lampang, dan kesemuanya mejanjikan pengalaman yang menyeronokkan dengan gajah terlatih untuk melukis, bermain alat muzik dan melakukan aksi-aksi mencuit hati.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Tapae Road, 119/9 1096, Mae Rim District, Chiang Mai 50100, Thailand

  • Tiket: Online Dewasa/kanak-kanak 200/120 baht (menunggang gajah: satu jam/30 min kos 1,200/800 baht); 119/9 Tapae Road (town office) | Kursus melatih gajah (mahout) juga ditawarkan, pertunjukan adalah pada 08:00, 09:40 dan 13:30

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.00 pagi hingga 03:00 petang (Rabu ke Ahad)

Taman Queen Sirikit Botanic Garden

Botani Queen Sirikit
Botani Queen Sirikit

Teruskan perjalanan ke Lembah Mae Sa, melepasi Pusat Gajah Mae Sa, dan temui koleksi landskap taman pergunungan yang indah yang meliputi kawasan seluas 560 ekar antara bukit-bukit yang dingin di Lembah Mae Sa.

Ia juga merupakan habitat untuk lebih 700 spesies tumbuhan, termasuklah kaktus, orkid liar, juga menawarkan beberapakawasan untuk menerokai alam semulajadi yang menarik, sekali dengan rumah-rumah hijau, sungai yang jernih, restoran dan kedai cenderamata.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | ซอย หมู่ 1ซอย 9 Mae Raem, Mae Rim District, Chiang Mai 50180, Thailand

  • Tiket: Warga asing: dewasa/kanak-kanak 100/50 baht, Thai: dewasa/kanak-kanak 40/10 baht, 100 baht per kereta

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.00 pagi hingga 05:00 petang

Tapak Floral Diraja: Royal Park Rajapruek

Chiang Mai Museum
Muzium Chiang Mai

Dibangunkan sebagai 80 hektar ekspo flora pada tahun 2006/2007 untuk memperingati 60 tahun pemerintahan Raja, taman landskap yang luas ini dilengkapi dengan kawasan pameran tetap telah menjadi taman awam dan sesuai untuk berjalan-jalan.

Ia berdekatan dengan Night Safari, di arah barat daya kota ini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | อุทยานหลวงราชพฤกษ์ Mae Hia, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50100, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 09.00 pagi hingga 06:00 petang (Selasa ke Ahad)

Wat U Mong

Wat U Mong
Wat U Mong

Hutan simpan ini dibina pada 1296 oleh Raja Mengrai dan ia terletak di kawasan desa berdekatan dengan Jalan Suthep.

Ia dibaik pulih ketika pemerintahan Raja Keu Na, tapi ia tidak seperti kuil-kuil besar di Thailand, kerana kawasannya tertakluk pada tempat dipinggiran dan di kawasan hutan.

Wat U Mong
Wat U Mong

Ia mempunyai terowong-seperti pembinaan yang unik di bawah satu Chedi purba dan terdapat tasik yang penuh dengan ikan-ikan besar dan tempat perlindungan rusa di kawasan belakang kuil pada lereng-lereng gunung.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 135 หมู่ที่ 10 Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

  • Tiket: Online Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.00 pagi hingga 05:00 petang

Wat Suan Dok

Wat Suan Dok
Wat Suan Dok

Kuil ini ditubuhkan di kawasan barat kota lama sebagai universiti Buddha yang masih bertahan hingga ke hari ini dan ia terkenal dengan koleksi chedi yang nyata yang berada di bawah pemerintahan sebilangan pemerintah-pemerintah Lanna dimana abu mereka disimpan.

Terdapat perbualan bersama sami setiap petang dari 17:00, di mana sami barumempraktiskan bahasa inggeris mereka dengan menjawab soalan-soalan mengenai agama Buddha.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 139 Suthep Rd, Suthep, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50200, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 06.00 pagi hingga 05:00 petang

Wat Doi Kham

Wat Doi Kham
Wat Doi Kham

Jarang dikunjungi oleh kerumunan pelancong yang datang ke bandar, kuil ini, yang terletak di sebalik tapak Flora Diraja, ditubuhkan lebih awal dari bandar ini sendiri dan tidak berapa menakjubkan kecuali untuk patung gergasi Buddha duduk yang baru dibina.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Mae Hia, Mueang Chiang Mai District, Chiang Mai 50100, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.00 pagi hingga 05:00 petang

Wat Jed Yod

Wat Jed Yod
Wat Jed Yod

Dibina untuk menjadi tuan rumah kepada Majlis Penganut Buddha Sedunia Ke Lapan pada 1477, Chedi tujuh punca tersebut adalah dibina merujuk kepada binaan serupa yang berada di Bodhgaya, di mana Buddha mendapat kefahaman.

Abu Raja Tilokarat, yang mana telah memantau pembinaan binaan ini, telah disemadikan di sini, dan terdapat Viharn yang besar dengan mural yang menarik terletak di tapak yang besar dan luas ini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jetyod Rd, ตำบลเวียง Mueang Chiang Rai District, Chiang Rai 57000, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.00 pagi hingga 05:00 petang

Kuil-Kuil Chiang Mai Yang Lain

Wat Mahawan
Wat Mahawan

Terdapat banyak kuil-kuil lain di Chiang Mai yang memaparkan pelbagai gaya yang berbeza yang telah mempengaruhi gaya hidup di bandar ini untuk lebih tujuh kurun lamanya.

Tiga kuil yang menakjubkan, Wat Bupparam, Wat Mahawan dan Wat Chetawan, semuanya ditemui di tengah-tengah Jalan Thapae.

Wat Chetawan
Wat Chetawan

Lain-lain tempat yang berbaloi untuk dikunjungi adalah Wat Lokmoli, terletak diluar sudut barat laut dari parit, dengan Chedi yang mengagumkan, dan Wat Chaimongkhon, yang mana di hadapannya sungaidan ia mempunyai ciri-ciri tamadun Cina padanya.

Perjalanan bot ke hulu sungai bermula dari sini. Beberapa lagi kuil lebih kuno boleh ditemui di sudut barat daya bandar lama.

Wat Bupparam
Wat Bupparam

Semasa anda melawat mercu tanda yang paling terkenal di bandar ini, Wat Chedi Luang, anda mungkin juga merasakan ianya berbaloi untuk mengunjungi Way Phan Tao yang berdekatan.

Ia adalah seni Lanna klasik dan dibina sepenuhnya dengan menggunakan kayu (termasuklah bahagian kuku).

Walau bagaimanapun, bersiar-siar di bandar lama Chiang Mai, anda akan menjumpai puluhan lagi kuil yang lebih unik, kuno dan fotogenik.


Taman Botanical Tweechol

Chiang Rai Botanical Garden
Chiang Rai Botanical Garden

Walaupun jauh daripada bandar di jalan Chiang Rai, lawatan ke taman persendirian megah lagi tenang ini adalah amat berbaloi.

Lebih satu dekad taman ini dibina secara perlahan-lahan menjadi taman semulajadi yang indah yang mempunyai pelbagai jenis tapak kolam ukiran dan tasik yang dikelilingi pelbagai spesies palma, cycads dan topiari (corak gunting pokok) dan termasuk rumah hijau dengan kaktus, speseis tropikal dan tumbuhan yang jarang ditemui.

Botani Queen Sirikit
Botani Queen Sirikit

Terdapat juga zoo kecil untuk haiwan-haiwan kecil,kolam renang, taman permainan, restoran, basikal untuk disewa untuk bersiar-siar di kawasan rata.

Horizon Village Resort terletak bersebelahan dengannya.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 118 หมู่ที่ 7 เชิงดอย Doi Saket District, Chiang Mai 50220, Thailand

  • Tiket: Masuk adalah dewasa 80 baht & kanak-kanak 40 baht

  • Waktu Operasi: Pembukaan jam 08.30 pagi hingga 05:30 petang

Taman Dokmai

Dokmai Garden
Dokmai Garden

Taman Botani persendirian di Chiang Mai ini memberi pelawat pelbagai informasi mengenai tumbuhan monsun berbanding sekadar barisan demi barisan warna terang, dengan hampir 1,000 spesies – dilabel dengan nama Latin.

Fakta menarik di dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Thailand, ada banyak yang boleh membuatkan pelawat terhibur. Ia terletak di Namprae Village, sekitar tujuh kilometer di selatan di Jalan Canal. Kemaskini: Taman yang cantik ini telah ditutup

Bersambung…

Promo-Banner-Chiang-Mai

Tags: cara ke chiang maimusim bunga di chiang maitrip ke chiang mai
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Selanjutnya

Komen 5

  1. blank Sarimah says:
    + -

    Saya perlukan tour guide do Chiang Mai. Bole emel saya

    Reply
  2. blank James says:
    + -

    Hi nak tanya pakej 5 orang dewasa ada tak?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya kami boleh sediakan En James. Nak bercuti tarikh bila dan tempoh berapa lama ya?

  3. blank siti says:
    + -

    Salam, ground pkej ke Chiang Mai ada ker?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Buat masa ini kami cuma ada pakej persendirian cik Siti.

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.7k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.4k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.9k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my