Tahukah anda Batu Gajah digelar sebagai Bandar Bertuah? Hal ini kerana ia adalah tempat keputeraannya DYMM Sultan Perak.
Baginda adalah Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah iaitu seorang Sultan yang berkaliber, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-9.
Batu Gajah sebenarnya adalah ibu kota Daerah Kinta. Bandar bersejarah ini terletak kira-kira hanya 24 kilometer dari Ipoh dan berkedudukan di mukim Sungai Terap atau berdekatan dengan Kawasan Perusahaan Bemban.
Oleh itu bandar ini dahulunya memang terkenal dan mempunyai sejarahnya tersendiri. Pastinya juga ingin kita melihat aktiviti dan tempat menarik di Batu Gajah yang boleh dilakukan.
Mari kita lihat perkara-perkara menarik yang ada di di Batu Gajah.
Warisan Kapal Korek
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 3 Tanjung-Tualang-Tin-Dredge-No-5-Michelle-Ooi](http://wpfc.ml/b.gif)
Jika Bukit Besi, Dungun terkenal sebagai tapak perlombongan bijih besi, di Batu Gajah pula terdapat beberapa tinggalan kapal korek yang digunakan untuk aktiviti melombong bijih timah.
Apa yang menarik tentang kapal korek di sini kerana ia merupakan antara kapal korek bijih timah yang terbesar di dunia pada waktu itu!
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 4 Bilik-Pameran-Tin-Dredge-Tanjung-Tualang-Zainuri-Hamzah](http://wpfc.ml/b.gif)
Kini anda boleh mengunjungi Tanjung Tualang untuk melihat kapal korek yang pernah beroperasi sekitar tahun 70an.
Dah puas meronda kawasan kapal korek, anda bolehlah menikmati mee udang galah di Warung Mee Udang Galah Tanjung Tualang yang terletak sekitar 8 kilometer dari destinasi ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:15pm | 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah
Taman Herba Negeri Perak
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 5 The Treasure @ Taman Herba Gopeng](http://wpfc.ml/b.gif)
The Treasure @ Taman Herba Gopeng: Destinasi yang beroperasi seawal jam 9 pagi ini terletak di Kampung Kepayang dan mempunyai keluasan lebih kurang 2 hektar.
Taman herba ini mempunyai 527 spesies tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai fungsi menarik.
Apabila berkunjung ke sini anda bakal didedahkan tentang spesies herba dan kegunaannya dalam penggunaan harian.
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 6 Taman-Herba-Gopeng](http://wpfc.ml/b.gif)
Tumbuhan yang ditanam turut dibahagikan kepada beberapa bahagian begi memudahkan setiap pengunjung untuk mengenalnya.
Antaranya Laman Ulam-ulaman, Laman Perubatan, Laman Aromatik, Laman Rempah Ratus dan Laman Kosmetik.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak
Taman Alam Kinta
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 7 Kinta-Nature-Park-Mohanasundaram-Sinniah](http://wpfc.ml/b.gif)
Taman Alam Kinta merupakan destinasi pelancongan bagi aktiviti memerhati burung. Menurut Persatuan Alam Malaysia, ia telah menjadi habitat bagi 150 spesies burung air.
Antara spesies burung air yang mendiami kawasan ini adalah burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air, penyelam, panglim dan banyak lagi.
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 8 Taman-Alam-Kinta-Ng-Hong-Yan](http://wpfc.ml/b.gif)
Anda boleh ke menara memerhati bagi menyaksikan gelagat setiap spesies burung air di sini.
Tambahan lagi bekas tapak lombong ini turut menyajikan permandangan alam semulajadi yang begitu indah buat anda.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | C3C5+VH Batu Gajah, Perak
Pusat Rekreasi Lubuk Timah
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 9 Lubuk-Timah-Fall-Darrendiran-Young](http://wpfc.ml/b.gif)
Lubuk Timah Fall: Tidak lengkap percutian anda jika tidak singgah ke Pusat Rekreasi Lubuk Timah yang mempunyai tarikan air terjun serta kolam air panas ini.
Ketika musim air banyak, orang ramai mengatakan keadaan air terjun di sini seperti Niagara Fall!
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 10 Air-Terjun-Lubuk-Timah-Tony-Khong](http://wpfc.ml/b.gif)
Dengan kelengkapan seperti surau, gazebo, tandas serta pondok menambahkan lagi keselesaan pengunjung untuk meluangkan masa di sini.
Tambahan lagi, anda turut dikenakan bayaran masuk serta bayaran khas jika ingin menyewa gazebo.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Keramat Pulai,Simpang Pulai, 31300 Ipoh, Perak
Perak Agrotourism Resort
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 11 Perak-Agro-Tourism-Hafiz-Yusup](http://wpfc.ml/b.gif)
Ingin merasai suasana kampung?
Perak Agrotourism Resort (PATRO) ini menawarkan pelancongan berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu menggabungkan unsur pertanian dan pelancongan dalam kawasan semulajadi.
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 12 Perak-Agro-Tourism](http://wpfc.ml/b.gif)
Destinasi ini menawarkan beberapa aktiviti seperti bermain ATV, berbasikal, bermain paintball, bot kayuh, kanu, melihat tanaman ulam-ulaman, melawat perusahaan madu kelulut dan melihat cara pemprosesan telur masin.
Jika anda ingin bermalam di sini anda boleh mencari beberapa chalet yang disediakan mengikut pakej.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | A15, 31800 Tanjung Tualang, Perak
Kellie’s Castle
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 13 Kellies-Castle-Zaidi](http://wpfc.ml/b.gif)
Kellie’s Castle asalnya dikenali sebagai Kellas House yang dibina sebagai kediaman tiga tingkat milik seorang hartawan.
Binaan yang seakan istana India ini pernah mendapat liputan akhbar London Financier dan telah dikatakan sebagai kediaman pengurus Ladang Kellas ini mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh!
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 14 Pameran-dalam-Istana-Kellie-Michelle-Ooi](http://wpfc.ml/b.gif)
Sayang sekali kediaman ini tidak dapat disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia.
Namun begitu, bangunan ini tetap mempunyai nilai tarikan yang tersendiri dan menjadikannya sebagai destinasi wajib apabila anda berada di Batu Gajah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Laluan Sentral 19, Taman Desa Sentral, 31000, Batu Gajah, Perak, Malaysia, 31000 Batu Gajah
Istana Raja Billah
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 15 Istana-Raja-Bilah-Papan-Antony-Pasaribu](http://wpfc.ml/b.gif)
Istana Raja Billah ini siap dibina pada tahun 1896 dengan menggunakan senibina Mandailing Mansion.
Istana dua tingkat ini mempunyai dewan 8 penjuru, sebuah pangkin, ruang bilik tetamu dan dewan biasa.
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 16 Gerbang-Istana-Raja-Bilah-Papan-Xinz-Ng](http://wpfc.ml/b.gif)
Raja Billah yang merupakan penghulu Papan pada ketika itu sering menggunakan istana ini untuk sambutan majlis kahwin, keramaian dan tempat musyawarah dan pertemuan bersama penduduk di situ.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 106, A188, 31550 Pusing, Perak
Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 17 Rumah-Kediaman-DYMM-Sultan-Azlan-Shah](http://wpfc.ml/b.gif)
Pada tahun 2008 rumah ini mula dipulihara dan dipelihara sebagai galeri yang mempamerkan kisah hidup DYMM Sultan Azlan Shah dari zaman kecil sehingga remaja.
![Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH] 18 Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah](http://wpfc.ml/b.gif)
Di ruang pameran anda boleh melihat tentang salasilah keluarga, zaman persekolahan, aktiviti sukan dan olahraga serta perkembangan semasa.
Galeri ini beroperasi pada hari isnin hingga jumaat pada jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 4:30pm | No.37, Jalan Aman, Kampung Bendera, 31000 Batu Gajah, Perak
Bersambung..