fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Thailand Pakej Krabi

32 Perkara Anda Mesti Lakukan Di Krabi Thailand [TARIKAN POPULAR]

Pantainya yang paling popular termasuk Kepulauan Phi Phi dan Pantai Railay hanya boleh diakses dengan bot laju

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
14 Disember, 2022
Kategori: Pakej Krabi
Masa Bacaan: 6 mins read
2.6k 61
A A
28
tempat-menarik-di-krabi
48.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Anda sedang merancang hendak melancong ke Krabi Thailand? Tahukah anda apakah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Krabi?

Krabi, di pantai barat Thailand selatan, adalah wilayah yang ditandai dengan tebing batu kapur yang sempit, hutan bakau yang lebat, dan lebih dari seratus pulau di luar pesisir.

Tidak dinafikan, dengan pemandangan indah menjangkaui bayangan, persisiran pantai yang menakjubkan,  dan lebih 200 pulau mengelilinginya, ia merupakan tempat yang paling menenangkan jiwa di seluruh Thailand.

Krabi merangkumi kawasan yang luas, maka tidak peliklah terdapat pelbagai tarikan – dimana anda mungkin perlu berjalan jauh sedikit untuk tiba ke tempat-tempat percutian Krabi – tetapi kecantikan berada di mana-mana dan tiada kepayahan untuk menikmatinya langsung.

Promo-Banner-Pakej-Krabi

  • Lihat Senarai Pakej Percutian Krabi
  • Lihat Penginapan Terbaik di Krabi
  • Lihat Aktiviti Menarik di Krabi
  • Lihat Peta Lokasi Krabi Thailand

Pin

  • 1 Video Intro Tempat Menarik di Krabi
  • 2 Bebaskan diri di Pantai dan Gua di Railay
  • 3 Sewa Bot & Menjelajah Pulau-Pulau Krabi
  • 4 Cuci Mata di Thung Teao Forest Natural Park
  • 5 Melawat Kuil dalam Gua di Puncak Krabi
  • 6 Menikmati Percutian di Kepulauan Phi Phi
  • 7 Berendam di Kolam Air Panas Klong Thom
  • 8 Melihat Mercu Krabi: Khao Khanap Nam
  • 9 Beristirehat di Koh Lanta
  • 10 Kembali ke Zaman Nostalgia Krabi
  • 11 Menyaksikan Keajaiban di Susan Hoi
  • 12 Sertai Lawatan ke 4 Pulau Utama Krabi
  • 13 Membeli-belah di Pasar Malam Krabi
  • 14 Berseronok di Pantai Ao Nang
  • 15 Terpegun di Pantai Phra Nang
  • 16 Bermesra Dengan Gajah: Krabi Elephant Sanctuary
  • 17 Lawatan Kuil Wat Bang Thong
  • 18 Mendaki Batu-Batuan: Krabi Rocks Climbing
  • 19 Ambil Latihan Memasak Masakan Thai
  • 20 Manjakan diri di Spa Krabi
  • 21 Cuba White Water Rafting Krabi
  • 22 Berkayak di Perairan Krabi
  • 23 Alami Perbezaan di Koh Klang
  • 24 Melawat Wat Kaew Korawaram
  • 25 Mendaki Puncak Tinjau Khao Ngon Nak
  • 26 Tugu Ketam Krabi
Jom kita lihat perkara-perkara menarik yang boleh dilakukan di Krabi.


Video Intro Tempat Menarik di Krabi

Masa yang terbaik untuk menikmati Krabi adalah antara November dan April. Hal ini kerana cuaca di Selatan Thailand agak tidak menentu, tetapi dengan banyak tempat yang dibuka sepanjang tahun, anda pasti boleh mencari benda-benda baru untuk dilakukan.

Lapangan terbang di Krabi kini menawarkan lebih banyak perjalanan dan penerbangan yang lebih kerap daripada sebelumnya, maka inilah masanya untuk menjelajah segala perkara menarik di Krabi!


Bebaskan diri di Pantai dan Gua di Railay

Sunset on Pranang beach. Railay, Krabi, Thailand

Boleh dikatakan, Pantai Railay berkemungkinan pantai paling menarik di Thailand, dan hanya boleh dikunjungi melalui bot kerana dikelilingi tebing-tebing luas yang memisahkan pantai ini daripada tanah besar.

Di sini, anda akan dialukan dengan pasir putih, pemandangan indah dan tebing batu kapur yang mengagumkan.

Sunset on Pranang beach. Railay , Krabi Province Thailand

Apabila anda tiba di Railay, anda tidak akan menemui sebarang jalan atau kereta kerana kedudukannya yang terasing.

Hanya beberapa bot ‘ekor panjang’ dan beberapa tempat minum untuk menghabiskan masa terluang anda. Ia merupakan pilihan terbaik sekiranya anda ingin bebas daripada kesesakan hidup.


Sewa Bot & Menjelajah Pulau-Pulau Krabi

Kepulauan Phi Phi

Anda pergi sendiri atau dapatkan seorang pemandu pelancong.

Terdapat lebih kurang 200 pulau di persisiran Krabi, sesetengah seperti batu-batu kecil yang muncul pada permukaan laut, sesetengah lebih besar, tetapi masih tidak berpenghuni manakala pulau-pulau yang besar mempunyai ramai penghuni yang menjalani kehidupan normal.

Anda boleh menyewa bot daripada pekan Krabi atau Ao Nang dan menjelajah pulau-pulau tersebut dengan sendiri jika anda inginkan.

Pilihan lain pula anda boleh menyewa bot berserta seorang pemandu pelancong supaya anda boleh beristirehat sementara dia menguruskan segala perkara lain.

Waktu terbaik untuk menikmati aktiviti ini adalah di antara November dan April untuk mengelakkan cuaca yang tidak menentu.


Cuci Mata di Thung Teao Forest Natural Park

Emerald blue Pool. Krabi, Thailand. Amazing blue water in the beautiful lake at the forest

Menikmati kehijauan di Taman Hutan Semulajadi Thung Teao

Menjadi habitat untuk pelbagai flora dan fauna unik, Taman Semulajadi ini adalah sebuah kawasan yang memiliki keindahan luar biasa, terutama sekali satu bahagian yang amat menarik perhatian, iaitu Lagun Kristal.

Sra Morakot Blue Pool at Krabi Province, Thailand

Juga dikenali sebagai Kolam Zamrud (Emerald Pool), airnya panas secara semula jadi dan sangat jernih. Anda boleh berenang dan berasa seolah-olah berada di dunia lain sementara menikmati air terjun.

Jika anda peka, anda dapat melihat burung Pita Gurney, yang pada satu ketika pernah dianggap sudah pupus tetapi kini beberapa kali telah dilihat di taman ini.


Melawat Kuil dalam Gua di Puncak Krabi

Kuil dalam Gua di Wat Tham Sua

Ya Kuil Wat Tham Sua di dalam gua di puncak

Juga dikenali sebagai Tiger Cave Temple. Salah satu keajaiban semulajadi Thailand, dan semestinya berbaloi untuk dilawati adalah gua-gua yang terletak di dalam hutan dan diduduki ramai sami yang tinggal dan beribadat di sini.

Malahan, ada legenda bahawa seekor harimau pernah tinggal di gua ini, yang menjadi asal nama kuil ini. Gua-gua tersebut boleh dijelajahi dan anda akan menemui banyak artifak untuk dilihat.

Kuil Wat Tham Sua

Apabila anda di dalam gua, jangan lupa untuk melawat ‘ tapak kaki Buddha’. Anda perlu menapak 1,237 anak tangga – bukanlah satu perkara yang mudah.

Kemudian segala kepayahan anda akan dibayar semula dengan pemandangan 360 darjah, merangkumi Laut Andaman dan pulau-pulau persekitaran. Berbaloi, bukan?


Menikmati Percutian di Kepulauan Phi Phi

Green tropical island

Phi Phi Island menjadi terkenal setelah digunakan sebagai lokasi filem. Anda boleh lewatnya menggunakan ‘speedboat’ – mengambil masa kira-kira 45 minit – daripada tanah besar Krabi.

Terdapat dua pulau di situ, Phi Phi Don dan Phi Phi Leh.

Panorama of tropical islands

Phi Phi Don sering menjadi tumpuan pengunjung kerana ia yang berpenghuni. Dikenali dengan airnya yang kebiruan dan pantai indah menjadikan ia pulau dambaan.

Jika anda merancang untuk melawatnya, bertolaklah pada awal pagi kerana ia boleh menjadi agak sibuk disana.


Berendam di Kolam Air Panas Klong Thom

Air Panas Klong Thom

Dah penat mandi laut apa kata mandi di Air Panas Klong Thom

Tersembunyi dalam hutan adalah sebuah harta karun, iaitu Klong Thom Hot Springs. Ia telah terhasil dengan mengikis batu-batu licin dan air panas tersebut berasal daripada mata air yang berpunca daripada dalam kebuk gunung berapi.

Suhu air boleh mencapai 40 darjah Celcius dan mengandungi mineral semulajadi yang memiliki ciri-ciri penyembuhan.

Anda akan berasa sangat tenang di sini dan sekiranya anda mahu bermandi-manda dengan air sejuk, terdapat aliran sungai berdekatan.

Kolam air panas ini amat berdekatan dengan Kolam Zamrud, jadi anda boleh melawat kedua-duanya sekaligus dalam satu perjalanan.


Melihat Mercu Krabi: Khao Khanap Nam

Khao Khanab Nam

Terpesona – Khao Khanap Nam nama di beri memperlihatkan simbol gerbang Krabi

Pegunungan Khao Khanab Nam adalah antara mercu tanda terkenal di Krabi. Kedua-dua gunung ini berada di atas sekumpulan gua yang mengandungi banyak stalaktit dan stalagmite, dan terdapat banyak tulang-belulang manusia, berkemungkinan daripada mangsa banjir.

Salah satu gunung tersebut boleh didaki dan menawarkan suasana yang wajar diambil gambar daripada puncaknya.


Beristirehat di Koh Lanta

Koh Lanta

Koh Lanta Yai adalah sebuah pulau 2 jam jauhnya dari pekan Krabi. Ia merupakan sebuah pulau kecil yang menjangkau sejauh 20 kilometer dari hujung ke hujung.

Pulau ini berpenghuni dan mempunyai banyak rumah istirehat dan resort. Ia juga memiliki pantai-pantai tersendiri yang sering kelihatan sunyi tetapi indah.

Sekiranya anda mahu beristirehat selama beberapa hari, inilah pilihannya. Julat harga di pulau ini agak rendah kerana tahap kunjungannya masih tidak mencapai tahap pulau Phi Phi lagi.

Koh Lanta Yai

Koh Lanta juga memiliki banyak sekolah menyelam beriktiraf dan bersedia untuk membawa anda menikmati kehidupan marin dan terumbu karang yang ada.

Sebuah jambatan sedang dibina yang akan menyambungnya ke Koh Lanta Noi supaya para pengunjung mempunyai lebih banyak tempat untuk dijelajah.


Kembali ke Zaman Nostalgia Krabi

Pekan Krabi

Terpegun – Pekan Krabi membawa anda nostalgia kenangan lama

Berbeza dengan tempat-tempat lain yang anda lawati di Krabi, pekan Krabi ini masih menerima ramai pengunjung, namun ia tidak berubah dan masih mengekalkan jiwa asalnya.

Sungai yang mengalir ditengah-tengah pekan ini sentiasa penuh dengan sampan menangkap ikan yang membawa tangkapan mereka, sedia untuk dimasak dan dihidang di meja-meja restoran.

Pekan ini mempunyai nilai keaslian pada bar-bar dan tempat makan, ia menjadi satu tempat yang berbaloi dilawati untuk rasa asli Thailand.


Menyaksikan Keajaiban di Susan Hoi

Susan Hoi

Kira-kira antara 25 ke 40 juta tahun dan terletak seluas 200 meter adalah ‘perkuburan’ fosil kerangan, itulah Susan Hoi (Fossil Shell Cemetery Krabi).

Deposit batu kapur dalam perairan sekelilingnya menyaluti kerangan dan memfosilkan mereka. Ia merupakan salah satu daripada 3 ‘perkuburan’ sepertinya yang ditemui di dunia hari ini.

Jika anda menggemari geologi maka ini haruslah menjadi tempat wajib lawat dalam senarai anda sewaktu anda di Krabi. Terdapat juga sebuah kuil Cina dan hutan bakau yang boleh anda lawati di sekitar kawasan.


Sertai Lawatan ke 4 Pulau Utama Krabi

Amazing tropical landscape with Thai traditional boat. Thailand

Salah satu pakej lawatan yang sering diambil adalah Lawatan 4 Pulau (Four Island Tour). Ia membawa anda ke 4 pulau berlainan, Pulau Tup, Gua Phra Nang, Pulau Ayam, dan Pulau Poda.

Lawatan ini menggunakan sebuah bot panjang dan akan berhenti pada setiap lokasi, memberi anda masa yang mencukupi untuk berenang, berjemur, menjelajah dan makan tengahari.

Tup Island beach between Phuket and Krabi in Thailand

Setiap bot boleh memuatkan hampir 40 orang dan seorang pemandu pelancong akan berdiri di hadapan.

Pemandu pelancong akan menerangkan setiap tarikan dalam Bahasa Inggeris sementara memastikan semua mendapat air mencukupi sepanjang lawatan.


Membeli-belah di Pasar Malam Krabi

krabi night market

Sepertimana pekan-pekan besar lain di Thailand, pekan Krabi mempunyai pasar malamnya sendiri yang digelar Krabi Night Market. Pasar malam ini dibuka setiap Jumaat hingga Ahad petang dan rugi sekiranya anda terlepas.

Terdapat lebih 70 gerai makanan di sini selain daripada gerai-gerai cenderahati tempatan. Kadang kala kanak-kanak tempatan akan melakukan persembahan untuk mendapatkan dana bagi sekolah mereka atau perbadanan lain.

Terdapat satu gerai khusus yang menjual aiskrim kelapa. Walaupun banyak gerai lain yang menjual benda yang sama tetapi aiskrim gerai ini paling terkenal di pasar ini untuk rasanya yang cukup berbeza.


Berseronok di Pantai Ao Nang

Pantai Aonang

Ao Nang Beach tidaklah secantik Pantai Railay, tetapi sekiranya kehidupan malam yang anda inginkan, inilah tempatnya.

Terdapat banyak ‘live event’ dan restoran dalam kawasan ini yang menjual pelbagai minuman dan juga makanan yang anda mahukan dari tempat-tempat kelaziman pelancong.

Pantai Ao Nang

Ia juga tempat yang sesuai untuk anda menempah pakej lawatan kerana terdapat banyak pengusaha bersaing untuk mendapatkan pelanggan.

Hal ini menjadikan harga-harga tawaran sedikit rendah berbanding tempat-tempat lain namun anda perlu berhati-hati agar tidak ditipu muslihat dengan janji-janji tawaran tidak masuk akal.


Terpegun di Pantai Phra Nang

Pantai Phra Nang

Rugilah sekiranya anda tidak melawat Phra Nang Beach, pantai yang pernah dinobatkan sebagai salah satu dalam 10 pantai tercantik di dunia.

Memiliki pemandangan yang menjangkau bayangan dan menarik pengunjung untuk berenang di dalamnya.

Phra Nang Beach, Krabi, Thailand

Perjalanan selama 20 minit melalui bot panjang daripada Pantai Ao Nang untuk mencapainya amat berbaloi.

Anda tidak akan menemui sebarang jet ski atau peralatan mewah, maka dapatlah anda menikmati keindahan alam ini secara keseluruhannya.


Bermesra Dengan Gajah: Krabi Elephant Sanctuary

Alami-Pengalaman-Menunggang-Gajah-di-Krabi-2

Sebelum menjadi tempat pelancongan, daerah ini pernah menjadi kem gajah. Gajah liar akan ditangkap di sini dan dihantar ke Bangkok atau persisiran timur untuk bekerja.

Di Krabi Elephant Sanctuary anda berpeluang bertemu dengan gajah dan melalui trek sepanjang laluan hutan hujan dengan menunggangnya.

Alami-Pengalaman-Menunggang-Gajah-Di-Krabi-update

Satu perjalanan boleh mengambil masa 40 minit dan anda berpeluang melihat banyak pemandangan indah dan kehidupan liar hutan hujan yang eksotik.

Apabila perjalanan tamat, anda berpulang juga untuk memberi makan gajah-gajah tersebut secara dekat, dan rasa keseronokan akan kejinakan mereka menerima makanan daripada tangan anda dengan belalai mereka.


Lawatan Kuil Wat Bang Thong

Wat Bang Thong

Terletak setengah jam perjalanan dari pekan Krabi, ia kuil yang sangat besar dan luas dan digelar sebagai Wat Bang Thong Temple. Ia seakan-akan kuil hindu.

Namun keunikannya adalah pada perhiasan dinding-dindingnya, diwarnai kuning keemasan dan mempunyai pelbagai lukisan Buddha pada mereka. Di sebelah dalam pulih, setiap inci dipenuhi ukiran dan hiasan klasik yang jarang dapat dilihat dikuil lain yang ada di Thailand.

kuil Wat Bang Thong

Kuil ini sangat luas dan dipagari dengan tembok berbentuk unik serta dikelilingi patung-patung Buddha pelbagai rupa. ianya baru siap dibaik pulih selama 7 tahun. Kami pasti anda akan terpegun dengan senibinanya.

Diluar adalah pelbagai gerai makanan dan penjual cenderahati.


Mendaki Batu-Batuan: Krabi Rocks Climbing

Krabi Climbing

Ramai pendaki dari serata dunia datang ke Real Rocks Climbing Krabi untuk mendaki tebing batu kapur yang memenuhi kawasan ini. Malah, banyak institut dan sekolah yang memenuhi keinginan para pendaki yang baru bermula dengan menjadikan ia sukan latihan.

Ia adalah lebih selamat untuk mereka yang baru bermula untuk lakukannya di sini kerana ada cangkuk-cangkuk tetap dan kukuh.

Krabi-Rock-Climbing-Update

Ianya juga dipacakkan pada batu-batu, dengan tali melaluinya, agar sekiranya anda hilang imbangan anda cuma akan jatuh maksimum 50 cm dari kedudukan asal.

Untuk mereka yang lebih berpengalaman, terdapat lebih 700 tempat mendaki untuk mereka, daripada tahap f4 (mudah) ke f8c (professional).


Ambil Latihan Memasak Masakan Thai

Thai Secret Cooking School

Sekolah-sekolah memasak masakan Thai amat terkenal di seluruh negara Thailand dan Krabi tidak terkecuali. Tidak ada tempat lain yang lebih sesuai untuk mempelajari masakan tempatan Thailand selain daripada orang tempatannya sendiri.

Sekolah-sekolah ini menyediakan bahan-bahan dan kelas-kelas adalah dijalankan oleh orang Thai sendiri yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun memasak.

Sama ada kari hijau atau Pad Thai, mereka boleh mengajar anda apakah bahan dan teknik yang betul. Kebanyakan kelas akan tamat dengan anda berpeluang merasai sendiri hasil tangan anda.


Manjakan diri di Spa Krabi

Kemudahan spa berkualiti banyak disediakan di Krabi
Kemudahan spa berkualiti banyak disediakan di Krabi

Pastinya, cara paling enak untuk memanjakan diri setelah melalui kepenatan hidup, adalah dengan mengambil sedikit masa untuk mendapat layanan lima bintang di spa.

Krabi adalah tempat yang terkenal untuk mendapat layanan ini. Anda boleh mendapat pakej ‘body wrap’, skrub dan rawatan muka, semuanya menggunakan ramuan asli yang boleh didapati di Thailand seperti kelapa dan asam jawa.

Tiada lawatan yang lengkap tanpa merasai urutan Thai asli  yang terkenal di serata dunia kerana hasilnya yang akan membuatkan anda segar seperti orang baru sebelum  anda ingin pulang atau bertolak ke destinasi lain.

Urutan mereka menyegarkan organ dan aliran darah, seolah-olah toksin badan anda mulai meninggalkan tubuh anda.


Cuba White Water Rafting Krabi

Krabi White Rafting

Aktiviti ini masih baru di Krabi. Kederusan arus air di Sungai Song Phraek sepanjang tujuh km digunakan untuk aktiviti ini.

Latihan penuh akan diberikan apabila anda tiba berserta penerangan keselamatan untuk memastikan anda bersedia sepenuhnya sebelum bermula.

Tahap kesukaran adalah pada tahap 2 hingga 4, menjadikan ia kurang sukar, justeru anda tidak akan berhadapan apa-apa kesukaran sepanjang menjalaninya.

Namun begitu, ia masih sukan untuk mereka beradrenalin tinggi dan kurang sesuai bagi mereka yang lemah semangat.


Berkayak di Perairan Krabi

Group of tourists on a kayak.Travel by boat around Ko Phi enjoy the beautiful nature of the sea and islands in the summer at Mu Ko Ang Thong National Marine Park in Gulf of Thailand, Surat Thani province

Bagi mereka yang ingin mencari aktiviti yang kurang mendebarkan berbanding ‘water rafting’ tetapi masih mahu keluar dan menikmati perairan, mungkin lebih baik untuk memilih berkayak.

Terdapat beberapa tempat di Krabi yang boleh anda kunjungi untuk berkayak dengan suasana dan kelebihan yang berbeza.

Tourists are kayaking. Enjoy the natural scenery of the sea and beautiful islands at Koh Mae Ko island in Mu Ko Ang Thong National Park, Surat Thani, Thailand

Paya bakau dan ngarai di Ao Thalane, gua batu kapur purba di Bor Thor, dan lagun tersembunyi di tengah Koh Hong.

Di setiap lokasi anda akan di’hadiah’kan pemandangan indah dan hidupan menarik disamping berkayak.


Alami Perbezaan di Koh Klang

Long tail boat on beach on sunset on ebb. Koh Phi Phi Don, Thailand. With lens flare and light leak

Tidak seperti pulau-pulau lain, Koh Klang tidak memiliki persisiran pantai dengan pasir putih untuk dikagumi, sebaliknya ia merupakan sebuah pulau kecil untuk menangkap ikan, di mana populasi sebanyak 5000 orang tempatan yang menjalani kehidupan sederhana.

Ia telah didiami selama 100 tahun, kebanyakannya nelayan atau penuai padi. Pulau ini akan memberi anda perspektif yang berbeza mengenai kehidupan tempatan tanpa anda perlu mengembara jauh ke pedalaman.

Nelayan di Koh Klang

Rata-rata orang tempatan di Koh Klang adalah komuniti Muslim dengan nilai-nilai traditional maka pemakaian sopan harus diamalkan sepanjang berada di pulau.

Ia hanya mengambil masa 5 minit perjalanan bot daripada pulau Krabi. Trip percutian Krabi muslim.


Melawat Wat Kaew Korawaram

Kuil Wat Kaew Korawaram

Terletak di sebuah bukit di mana anda boleh melihat pekan Krabi, ada sebuah kuil Buddha yang amat besar, dikenali sebagai Wat Kaew Korawaram.

Anda perlu menaiki tangga dihiasi emas yang akan membawa anda ke puncak, pada 2,500 meter persegi, di mana kuil itu sendiri berada.

Wat Kaew Korawaram temple

Berbanding warna yang lazim dilihat di kuil-kuil Thailand – merah dan emas – , kuil ini dihiasi dengan dinding-dinding putih dan atap biru.

Dinding-dinding kuil dihiasi pula dengan lukisan-lukisan cantik dan banyak relik yang boleh dilihat. Sebuah kedai cenderahati juga beberapa gerai makanan berada di luar kuil sekiranya anda inginkan sedikit keperluan seperti air selepas mendaki ke puncak.


Mendaki Puncak Tinjau Khao Ngon Nak

Khao Khanab Nam Mountains

Pada lebih kurang 30 kilometer utara pekan Krabi, terdapat sebuah tempat yang dipanggil Nong Thale, di mana anda akan memulakan pendakian anda ke puncak tinjau.

Laluan tersebut adalah dalam 4 km panjang dan boleh mengambil masa dua ke setengah jam untuk sampai ke destinasi.

Khao Ngon Nak, apabila diterjemahkan, bermaksud Gunung Jambul Naga, dan akan memberikan satu pengalaman menarik sepanjang perjalanan anda ke atas.

Anda akan melihat aliran air, sebuah air terjun dan beberapa puncak tinjau. Yang terbaik adalah di puncak, kerana anda akan dapat melihat suasana panorama sekeliling anda dan mengkaguminya, kerana pada masa itu anda berada setinggi 565 meter atas paras laut.


Tugu Ketam Krabi

Monument of Black Crab Krabi

Akhir sekali jangan lupa juga untuk pergi ke Monument of Black Crab Krabi yang cukup besar itu kerana mercu ini begitu ikonik dengan Krabi itu sendiri. Monumen ketam Krabi ini terletak di pinggiran sungai Krabi.

Ianya mempunyai sejarah tentang kawasan paya bakau disekitar kawasan itu kerana pada asalnya ia adalah kawasan perkampungan nelayan yang dipenuhi ketam paya bakau. Amat sesuai sekali untuk anda melakukan sesi swafoto.

Bersambung…

Promo-Banner-Pakej-Krabi

Tags: bercuti di krabipantai krabipelancongan krabi
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pemandangan-matahari terbit di balik pulau
Pakej Krabi

10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR]

  Krabi bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan pantai yang popular di Thailand. Malahan, dengan terbinanya lapangan terbangnya sendiri, Krabi...

Oleh: Hadi Ghazali
21 Jun, 2022
20.4k
Amazing tropical landscape with Thai traditional boat. Thailand
Pakej Krabi

Melancong Ke Krabi: Destinasi #1 Popular Pelancong [TERBAIK]

  Bercadang hendak melancong ke Krabi? Wilayah Krabi terletak di bahagian selatan Thailand, antara Phang Nga dan Suratthani di utara dan...

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2022
18.1k
Selanjutnya

Komen 28

  1. Avatar of Hasim Hasim says:
    + -

    Salam. Cdgn 9 januari 2023 sy bersama isteri , ada pakej yg blh sy sertai?,

    Balas
  2. Avatar of Julie renny Julie renny says:
    + -

    Pakej ke krabi untuk 2dewasa 2 kanak2
    Hotel,penyinapan,ticket flight, tempat2 menarik
    Untuk bulan december 2022

    Balas
  3. Avatar of agustinah agustinah says:
    + -

    boleh bg quotation untuk 6hr 5mlm ker PHUKET KRABI DAN HAT YAI
    untuk 9dewasa 3kanak-kanak

    Balas
    • Avatar of angktan angktan says:
      + -

      whatsap or email utk pakej krabi phuket
      01164856827
      [email protected]

    • Avatar of Hasrul Wayne Hasrul Wayne says:
      + -

      Salam sejahtera. Kami emelkan maklumat lanjut.

  4. Avatar of Zalani Zalani says:
    + -

    Mohon share itchenary utk kekrabi bln 8

    Balas
  5. Avatar of fauziah fauziah says:
    + -

    mohon share kan internary ke krabi pada hujung bulan 4 ini.

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Untuk senarai tentatif cadangan cik Fauziah boleh rujuk tawaran pakej percutian Krabi yang kami sediakan.

  6. Avatar of zira zira says:
    + -

    Boleh bg lagi detail

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Cik Zira nak maklumat apa ya?

  7. Avatar of Nany Nany says:
    + -

    Wahhh..info menarik

    Balas
  8. Avatar of misliha misliha says:
    + -

    mohon bagi detail lengkap ke krabi untuk bulan January untuk 4 orang

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh. Mohon cik Misliha isikan borang sebutharga & kami akan hantarkan maklumat lengkap. Terima kasih.

  9. Avatar of Mohd syahir Mohd syahir says:
    + -

    Tolong bg detail lengkap ke Krabi bulan11 untuk 2org

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh. Mohon En berikan maklumat percutian. Krew kami akan sediakan sebutharga. Terima kasih.

  10. Avatar of Mohd syahir Mohd syahir says:
    + -

    Berapa bajet nak pergi sana yea

    Balas
  11. Avatar of wan wan says:
    + -

    salam. minta berikan quotation dan itinerary lengkap ke krabi bulan oct utk 10 org. terima kasih

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam sejahtera En Wan. Baik kami akan emailkan maklumat lanjut. Terima kasih.

  12. Avatar of ariffin ariffin says:
    + -

    salam.. bole berikan quotation dan iternary ke krabi..tol email ke saya

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam En Ariffin. En nak pergi berapa orang? Boleh isikan borang untuk sebutharga

  13. Avatar of Fifi Fifi says:
    + -

    Hai, saya nak tahu harga pekej honeymoon ke krabi.

    Saya sudah ada tarikh flihht, dah booking hotel juga. 3 hari 2 malam. Tq

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Boleh kami dapatkan tarikh flight Cik Fifi. Isikan borang untuk sebutharga

  14. Avatar of Wanie Wanie says:
    + -

    Tlg senaraikan nama2 tempat yang menarik untuk saya berbulan madu

    Balas
    • Avatar of Hadi Ghazali Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh. Kami ada sediakan senarai lengkap. Cik Wanie boleh rujuk:

  15. Avatar of ilmar ilmar says:
    + -

    hye,

    boleh saya dapatkan beberapa nama dan guide untuk ke bukit atau gunung yang boleh didaki kawasan krabi/phuket?

    Balas
    • Avatar of Help Desk Help Desk says:
      + -

      Hai encik Ilmar, maaf encik untuk pakej ke Krabi/Phuket lebih kepada pulau.

  16. Avatar of dalila dalila says:
    + -

    hye ,

    boleh sy tau mcm mane nak amek kelas masakan thailand tu ya? ade tak info atau contact utk sy hubungi.. terima kasih

    Balas
    • Avatar of Help Desk Help Desk says:
      + -

      Salam Cik Dalila, boleh cik. Untuk memudahkan cik, sila isikan maklumat percutian di borang: (klik) 🙂

      Kami akan sediakan cik sebutharga untuk percutian Krabi Cik.

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

Tempat Menarik Di Austria
Balkan

14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR]

Oleh: Hadi Ghazali
26 Mac, 2022
28
9.5k

  Bercadang untuk melancong ke Austria? Austria merupakan salah satu destinasi tarikan popular di Eropah dan menarik lebih ramai pelancong...

Baca Selanjutnya
tempat-menarik-di-perak

40 Aktiviti & Tempat Menarik di Perak

4 Februari, 2023
35.4k
10-starbucks-terbaik-di-malaysia

10 Starbucks Malaysia Yang Paling Unik & Menarik [TERKINI]

13 Julai, 2022
11.7k
Honeymoon-di-lombok

Cadangan No 1 Honeymoon Di Lombok Indonesia [PILIHAN POPULAR]

21 Ogos, 2022
13.4k
Tempat-Menarik-di-Istanbul

23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR]

16 Jun, 2022
42.4k
Selanjutnya
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In