Krabi bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan pantai yang popular di Thailand.
Malahan, dengan terbinanya lapangan terbangnya sendiri, Krabi menawarkan penerbangan terus ke sana bagi pengunjung bukan sahaja dari dalam negara, malahan luar negara Thailand untuk berkunjung ke Krabi.
- Lihat Senarai Pakej Percutian Krabi
- Lihat Penginapan Terbaik di Krabi
- Lihat Peta Lokasi Krabi Thailand
Bagi anda yang suka mengembara, pintu Krabi sentiasa terbuka menanti kedatangan anda.
Berkunjung ke Krabi, anda ditawarkan dengan keindahan pantai yang panjangnya berbatu-batu, dilengkapi dengan tumbuhan segar menghijau di sekitarnya untuk keselesaan mata anda.
Malahan, Krabi tidak asing dari pelbagai aktiviti sukan air dan juga pendakian, menjadikan ia membangun dengan pentas sekali tanpa masalah.
Namun, meskipun sedang pesat membangun, daya tarikan utama Krabi sebenarnya adalah; ia merupakan destinasi pelancongan pantai yang masih agak baru di mata dunia.
Oleh sebab itu, tarikan semulajadi di sini boleh dikatakan masih lagi asing untuk diterokai oleh para pengunjung yang datang.
Pin
Menambah keistimewaan kunjungan ke Krabi ini, ianya dilengkapi dengan pelbagai tempat penginapan, dari sekecil-kecil banglo pantai yang ringkas kepada resort pelancongan mega yang bertaraf lima bintang.
Pantai-Pantai dan Gua-Gua di Railay
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 6 Gua Railay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/Pantai-Pantai-dan-Gua-Gua-di-Railay-1024x683.jpg)
Bagi kebanyakan pengembara tegar di Thailand, Railay boleh dikatakan tersenarai antara destinasi utama untuk mereka kunjungi.
Terletak di bahagian selatan Pantai Ao Nang, di sekitar tanjung berbatu dan hanya boleh diakses melalui bot sahaja.
Railay seolah-olah destinasi impian yang terpelihara, membentangkan satu dunia yang penuh ketenangan dan menjanjikan perasaan luar biasa kepada pengunjung.
Malahan, meskipun ia terletak di dalam sebuah tanjung kecil sahaja, di sini pengunjung akan dapat melihat banyak pemandangan-pemandangan unik dan menarik.
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 8 Bot sangkut di Pantai Railay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/Bot-sangkut-di-Pantai-Railay-1024x682.jpg)
Pantai-pantai berpasir putih, tebing batu kapur yang melambung tinggi, gua-gua dan lagun-lagun tersembunyi di dalam tebing menjanjikan suasana misteri bagi sang peneroka.
Istimewanya, kesemua ini boleh anda akses dalam jarak berjalan kaki sahaja!
Di Railay tidak ada jalanraya, sekadar laluan pejalan kaki sahaja.
Tidak ada bas, tidak ada kereta, dan hanya ada bot ekor panjang sahaja menjadi kenderaan pengangkutan sehari-hari.
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 9 Pantai Railay Yang Indah & Luas](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/Pantai-Railay-Yang-Indah-Luas-1024x682.jpg)
Meskipun Railay berhubung dengan tanah besar, kawasan semenanjung Phra Nang yang menakjubkan itu terputus dengan berkesannya dari kawasan Krabi yang lain oleh tanjung batu kapur dan lembah hutan yang curam; menjadikan satu-satunya akses masuk adalah jalan laut.
Bagaikan gambaran syurga tropika dalam mimpi, tanpa jalan raya dan tiada kesesakan.
Railay menawarkan hari-hari indah untuk anda beristirehat, menjalani pelbagai siri penerokaan dan pengembaraan serta aktiviti-aktiviti malam yang menenangkan jiwa.
Pulau-Pulau Berdekatan Krabi
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 11 Pemandangan-matahari terbit di balik pulau](http://wpfc.ml/b.gif)
Dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 200 buah pulau teletak bertempiaran di sekitar pantai Krabi.
Sebahagian besar pulau-pulau itu merupakan singkapan batu-batuan kecil yang menjulang ke atas permukaan laut dan tidak memiliki akses untuk mendarat.
Selainnya pula adalah lebih besar dan tidak didiami, dengan ciri-ciri pepantai berpasir putih yang kecil, terumbu-terumbu karang dan sistem gua yang rumit.
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 12 seascape yang sangat cantik](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/seascape-yang-sangat-cantik-1024x683.jpg)
Semestinya, anda boleh melakukan aktiviti melompat (island hopping) antara pulau-pulau dengan menyewa bot tempatan dari Bandar Krabi, Ao Nang atau Railay.
Sebagai alternatif lain, anda boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan meneroka pulau-pulau indah ini dan pada masa sama menyertai aktiviti snokerling atau kayak yang ditawarkan.
Nota: Tidak semua pulau boleh anda kunjungi pada musim tengkujuh (Mei-Oktober) memandangkan keadaan cuaca yang tidak diduga.
Thung Teao Forest Natural Park
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 13 Air jernih yang sangat indah](http://wpfc.ml/b.gif)
Krabi terkenal dengan kawasan semulajadinya yang indah dan, satu tempat yang anda perlu letakkan dalam senarai anda adalah Crystal Lagoon yang terletak di Thung Teao Forest Natural Park.
Tempat ini merupakan hutan tanah rendah yang luar biasa, kaya dengan biodiversiti, lengkap dengan denai-denai semulajadi dan juga lagun-lagun kristal.
Terletak di kawasan Khao Pra-Bang Khram, hutan semulajadi ini merupakan lokasi yang hebat untuk mengesan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai termasuklah burung Pitta Gurney, yang mana satu masa dulu dianggap sebagai telah pupus.
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 14 Emerald Pool](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/hutan-semulajadi-yang-sangat-unik-1024x683.jpg)
Hutan ini subur dengan kepelbagaian pepohon lanjut usia menjangkau ke langit, makhluk-makhluk hutan yang luar biasa dan kaki bukit batu kapur yang terbuka ke dalam kolam hijau yang mempesonakan.
Tarikan utama taman hutan ini semestinya adalah lagun kristal yang juga dikenali sebagai kolam zamrud.
Air kolam zamrud ini suam dan jernih, menjadikan ia sesuai untuk aktiviti berenang, malahan ada anak tangga untuk membantu anda keluar dan masuk dari dalam kolam ini.
Gua Harimau Krabi – Wat Tham Sua
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 15 Pemandangan puncak gua harimau Wat Tham Sua](http://wpfc.ml/b.gif)
Tiger Cave Temple atau Wat Tham Sua menawarkan pengalaman kerohanian asli di dalam persekitaran semulajadi yang menakjubkan.
Terletak berhampiran bandar Krabi, ia merupakan salah satu keajaiban alam semuajadi terbaik di Thailand dan berbaloi untuk anda kunjungi.
Kuil ini merupakan sebuah kawasan padat dengan gua-gua yang terbentuk dalam hutan yang subur dan rumah kepada para sami yang menyembah dan hidup dalam persekitaran yang indah ini.
Terdapat ikon dan bahan peninggalan menarik di dalam kuil utama, namun tarikan sebenar tempat ini adalah ‘jejak Buddha’.
Untuk ke lokasi bersejarah ini, anda perlu menaiki sebanyak 1,237 anak tangga menara batu kapur yang merupakan pendakian mencabar terutamnya dalam iklim Thailand.
Namun, mereka yang berjaya melakukan pendakian ini ditawarkan panorama pemandangan 360 darjah Laut Andaman yang menakjubkan, pulau-pulau tropika, pembentukan dramatik tebing batu kapur, hutan hujan menghijau dan semestinya ‘jejak Buddha’.
Nama Tiger Cave Temple ini sebenarnya diambil daripada satu lagenda, kononnya ada seekor harimau telah menjadikan gua utama tersebut sebagai tempat tinggalnya, menjadikan nama kuil ini, ‘Sua’ atau ‘Suea’ iaitu harimau dalam bahasa Thailand.
Anda masih boleh melihat tapak-tapak kaki harimau di lantai kuil ini.
Tempat Menarik Di Krabi: Phi-Phi
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 17 Pemandangan Ko Phi-Phi](http://wpfc.ml/b.gif)
Pulau-pulau Phi Phi merupakan antara yang terindah di Asia Tenggara.
Sekadar perjalanan 45 minit dengan bot laju dan 90 minit dengan perahu tambang dari Phuket, pulau-pulau gambar poskad ini menawarkan percutian tropika yang terbaik.
Pepantai yang klasik, pembentukan-pembentukan batu yang menakjubkan, dan perairan biru jelas yang penuh dengan hidupan marin berwarna-warni seakan melihat syurga!
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 18 Aktiviti kayak di Maya Bay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/aktiviti-kayak-di-Maya-Bay-1024x684.jpg)
Pada musim puncak akan berlaku kesesakan pelancong sedikit namun berbaloi untuk dikunjungi.
Terdapat dua buah pulau, iaitu Pulau Phi Phi Don dan Phi Phi Leh.
Phi Phi Don yang mana bersaiz lebih besar dan berpenghuni, menarik minat ratusan pengunjung untuk menetap di pantai yang indah ini.
Kolam Air Panas Krabi (Klong Thom)
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 19 Kolam air panas Klong Thom](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/Kolam-air-panas-Klong-Thom.jpeg)
Terapeutik dan menenangkan, Krabi Hot Springs adalah ‘kolam air panas’ yang direka ke dalam batuan licin yang menyalurkan air dari akar mata air panas yang terletak di dalam kamar gunung berapi.
Suhu purata air ini adalah antara 35-40 darjah Celcius dan kaya dengan garam mineral semulajadi yang dikatakan boleh menyembuhkan segala macam masalah kesihatan termasuklah sakit sendi dan sciatica.
Berendam di dalam kolam ini, anda akan merasai perasaan sensasi yang santai dan persekitarannya yang unik memberikan anda gambaran seolah-olah; berendam di dalam kolam air panas yang dibentuk dari lubang batu semulajadi dan dikelilingi oleh hutan hujan.
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 20 Keunikan air terjun Klong Thom](http://wpfc.ml/b.gif)
Mandian hutan ini mengalir masuk ke dalam aliran sejuk yang sesuai untuk berendam dan menyelam di dalamnya.
Terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar Krabi, mata air panas ini terletak di tengah-tengah hutan simpan kecil dan berdekatan dengan Rizab Simpan Semulajadi Khao Phra Bang Khram.
Ia juga merupakan rizab sama di mana terletaknya Kolam Zamrud dan Taman Hutan Asli Thung Teao.
Adalah berbaloi untuk memenuhi hari anda dengan menggabungkan kesemua lokasi indah dalam kunjungan seharian anda.
Mercu Tanda Khao Khanab Nam
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 21 Khao Khanab Nam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/Khao-Khanab-Nam.jpeg)
Gunung-gunung Khao Khanab Nam merupakan salah satu mercu tanda paling terkenal di Krabi, setinggi 100-meter dari atas tanah.
Keajaiban semulajadi agung yang menakjubkan ini bertindak sebagai pintu masuk ke bandar Krabi dengan sungainya mengalir antara dua tebing batu kapur membentuk sebuah lokasi pengambaran yang indah sekali.
Di dalam gunung ini tersembunyi tapak kerohanian, gua-gua yang menghimpunkan koleksi stalagmit dan stalaktit yang berbaloi untuk diteroka sekali dengan lukisan prasejarah yang ada.
Namun demikian, lokasi ini lebih terkenal kerana sejumlah besar rangka manusia yang ditemui di sini serta teori-teori sekitar kematian mereka.
Ada yang mengatakan mereka terperangkap apabila air terputus dan ada juga mengatakan mereka mungkin menetap dalam gua dan terkorban dalam banjir purba.
Sebagai tambahan kepada lawatan gua mistik ini, anda juga boleh memanjat salah satu dari dua gunung.
Adalah mudah untuk mengatakan bahawa kunjungan anda ke Khao Khanab Nam ini berbaloi sekali kerana disamping memanjat gunung, anda juga boleh melawat hutan bakau dan juga perkampungan nelayan tradisional Thailand berhampiran.
Koh Lanta Yang Eksotik dan Unik
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 23 Menikmati pemandangan persisiran Koh Lanta](http://wpfc.ml/b.gif)
Koh Lanta merupakan sebuah destinasi pelancongan yang eksotik, terima kasih kepada lokasinya yang terpencil, pantainya yang bersih dan cuacanya yang nyaman.
Terdiri daripada 52 buah pulau di kawasan paling selatan Wilayah Krabi Thailand, salah satu pulaunya yang paling terkenal adalah Koh Lanta Yai.
Pulau ini terletak kira-kira 7 km dari Krabi, dan menawarkan destinasi pelancongan menarik seperti Phuket dan Phi Phi.
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 24 Gua Emerald di Koh lanta](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/Gua-Emerald-1024x636.jpg)
Pernah menjadi syurga kepada backpackers, Koh Lanta Yai pada hari ini merupakan lokasi kepada pusat-pusat peranginan eksklusif.
Anda pasti tertarik dengan layanan penduduk tempatan yang begitu mesra disamping alam semulajadinya yang indah.
Gunung-gunung berkabus masih terdapat di beberapa kawasan, terutamanya di selatan, manakala hutan-hutan subur, pantai-pantai berpasir yang bersih, terumbu-terumbu karang yang cantik dan air yang jernih pasti akan membuatkan percutian anda penuh santai.
Krabi Town (Pekan Krabi)
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 25 Pemandangan dari Pekan Krabi](http://wpfc.ml/b.gif)
Pekan Krabi merupakan bandar pasar Thailand yang mana telah lama wujud, malahan sebelum pelancong antarabangsa melawat ke kawasan ini lagi.
Ianya menarik, sederhana dan agak tempatan. Meskipun aktiviti pelancongan mulai menerobos masuk ke sini, Pekan Krabi kekal dengan identiti lama, tidak gopoh mengusahakan sesuatu bagi menyambut kedatangan para pelancong yang datang, kerana ia tidak perlu sama sekali.
Personalitinya yang unik merupakan kontras sambutan bagi kawasan-kawasan pantai di sekitarnya.
Sungai merupakan pusat aktiviti dengan bot-bot para nelayan dan teksi sungai membawa penduduk tempatan dan pelancong ke tempat-tempat dekat dan jauh manakala, dermaga di sebelah barat bandar adalah tempat untuk menumpang naik ke pantai-pantai dan pulau-pulau di sekitarnya.
Kebanyakan pelancong tidak sabar-sabar untuk melawat ke destinasi utama seperti Railay, Ao Nang, Koh Lanta, Koh Phi Phi – masuk dan keluar dari pekan secepat yang mungkin.
Namun, bagi mereka yang berminat dengan budaya asli Thailand dan layanan mesra, berhenti seketika di Pekan Krabi adalah pengalaman yang berharga sekali.
Perkuburan Cengkerang Krabi (Susan Hoi)
Susan Hoi merupakan sebuah kawasan tanah perkuburan cengkerang kuno (rankga penyu, ikan dan sebagainya) yang terletak 17 km dari pusat bandar Krabi, dalam lingkungan 200 meter sepanjang Ban Laem Pho.
Tanah perkuburan cengkerang ini dianggarkan oleh para saintis bertarikh sekitar 40-25 juta tahun dahulu, namun cerita rakyat tempatan mendakwa ianya lebih tua dari itu, sekitar 75 juta tahun.
Tanah perkuburan ini wujud setelah deposit batu kapur diliputi air dan fosil kerang, siput dan pelbagai makhluk laut yang lain mewujudkan tapak peninggalan geologi yang rumit.
![10 Tempat Menarik di Krabi Thailand Paling Terbaik & Rare [POPULAR] 28 Susan Hoi Krabi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/07/Susan-Hoi-Krabi.jpg)
Ini merupakan destinasi yang hebat untuk anda lawati andai anda berminat dengan bidang geologi dan artifak bersejarah, dan tempat ini didakwa sebagai salah satu daripada tiga tanah perkuburan cengkerang seumpamanya di dunia.
Untuk pengalaman yang lebih, terdapat juga hutan paya bakau yang bernilai untuk diterokati berhampiran kawasan ini dan juga Tokong Cina di tanah perkuburan yang mana terbuka kepada orang awam.
Bersambung…