Negeri Sembilan adalah negeri Malaysia di pantai barat daya Semenanjung Tanah Melayu, yang terkenal dengan pantai, taman semula jadi dan istana.
Di sebelah barat pula, di Selat Melaka, kawasan di sekitar Port Dickson mempunyai pusat peranginan tepi laut.
Adat dan budaya Minangkabau serta pertuturan dialek yang aneh telah mewujudkan suatu keunikan yang ada pada masyarakat Negeri Sembilan.
Begitu juga dengan pelancongan dan tarikan yang ada di Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti menyeronokkan boleh anda nikmati di Negeri sembilan.
- Lihat Penginapan Terbaik di Negeri Sembilan
- Lihat Aktiviti Menarik di Negeri Sembilan
- Lihat Peta Percutian di Negeri Sembilan
Pin Berikut adalah aktiviti dan tempat paling menarik di Negeri Sembilan:
PD Ostrich & Pets Show Farm

Jika anda bercuti bersama-sama ahli keluarga atau membawa anak kecil, destinasi ini begitu sesuai untuk anda.
PD Ostrich Farm yang berdekatan dengan Pantai Purnama ini menempatkan habitat burung unta yang begitu besar!
Burung unta begitu terkenal dengan kepantasan dan kepintarannya, jadi anda bolehlah meluangkan masa untuk melihat keletah mereka.

Tambahan lagi mereka begitu aktif berlari dan membolehkan anda untuk berlumba bersama mereka!
Selain berpeluang untuk menunggang burung unta dan berdiri di atas telur burung unta, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti.

Antaranya memberi makan kepada haiwan ternakan, menunggang kuda, bermain paintball, menunggang ATV dan memanah. Ingin menikmati keenakkan daging burung unta?
Di sini turut terdapat sebuah restoran yang menghidangkan makanan berasaskan burung unta.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
- Tiket Online | Tiket masuk adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak
- Waktu Operasi dari 9 pagi hingga 6 petang
Muzium Kota Lukut

Pada awal kurun ke-19 Kota Lukut mula beroperasi sebagai salah sebuah pelabuhan bijih timah.
Namun begitu, kegemilangan pelabuhan tersebut tidak bertahan lama ekoran daripada insiden pergaduhan antara para pelombong bijih timah.

Pada tahun 1840, Kota Lukut dibina untuk menempatkan sebuah istana dan dua buah perigi.
Ketika di bawah pemerintahan Raja Jumaat, pelabuhannya kembali maju.

Kini kota tersebut berfungsi sebagai muzium yang menempatkan Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut, Galeri Nassau, Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional dan Galeri Negeri Sembilan Beradat.

Muzium ini mempamerkan lebih kurang 200 artifak milik Raja Jumaat dan peralatan senjata yang digunakan pada kurun tersebut.
Selain melihat artifak tersebut, anda boleh melihat dua buah tinggalan perigi iaitu Perigi Beracun dan Perigi Raja.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson
- Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma bagi dewasa dan kanak-kanak
- Wakut beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang
Istana Seri Menanti (Istana Lamo Sari Mananti Minangkabau)

Sekitar tahun 1900an istana ini merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Menariknya tentang istana ini kerana ia diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan paku besi.

Bangunan yang berkonsepkan senibina Minangkabau ini pernah beroperasi sebagai Sekolah Menengah Agama Tinggi sebelum ia terbiar tanpa penghuni sehingga tahun1992.
Seterusnya istana ini telah diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan memaparkan koleksi-koleksi keluarga Diraja.

Muzium Diraja ini lebih dikenali dengan nama Istana Lama Seri Menanti dalam kalangan penduduk tempatan.
Muzium yang telah berusia hampir ratusan tahun ini sering dinaiktaraf bagi memastikan seni binanya sentiasa terpelihara dan bangunannya sentiasa utuh untuk menerima kunjungan para pelancong.

Anda juga boleh berkunjung ke daerah Rembau bagi melihat Replika Istana Raja Melewar yang turut mempamerkan Balai Dato’ Undang dan Ruang Pelaminan.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Minangkabau, 3, N24, Kampung Tanjung Beringin, 71550 Seri Menanti
- Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma bagi dewasa dan kanak-kanak
- Wakut beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang
Kompleks Taman Seni Budaya (Seremban Cultural Complex)

Kompleks Muzium Negeri Sembilan pada asalnya merupakan istana yang dibina oleh Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 5, dan digunakan pada tahun 1861-1869 lagi.
Seni binanya begitu menarik sekali, malah pintu gelangsar yang digunakan sudah tidak boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia pada masa kini.

Tahun berganti tahun, istana ini turut berpindah hak milik kepada kerabat diraja tersebut.
Kira-kira pada tahun 1930, istana ini mula terbiar tanpa penghuni. Menjelang tahun 1953 atas kebenaran Yamtuan ke-8, istana ini telah dipindahkan ke Seremban untuk dijadikan sebagai muzium.

Di Taman Seni Budaya ini turut menempatkan Rumah Negeri Sembilan yang dikatakan kepunyaan orang ternama.
Rumah ini turut mendapat liputan akhbar The Strait Times pada tahun 1979 yang menceritakan sejarah penubuhannya.

Menariknya lagi, catatan tersebut mengatakan bahawa rumah yang menggunakan belanja sekitar RM400 ini pernah dirombak dan dibawa ke London untuk pameran sekitar tahun 1924.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Sungai Ujong, Negeri Sembilan, 70200 Seremban
- Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma bagi dewasa dan kanak-kanak
- Wakut beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang
Alive 3D Art Gallery & Taman Tema Dalam Wild West Cowboy PD

Galeri Seni 3D Alive merupakan sebuah lokasi yang menempatkan variasi lukisan mural dengan menggunakan kaedah visual 3D.
Lokasi ini begitu menarik untuk anda menggayakan pelbagai aksi bagi mendapatkan hasil gambar yang menarik!

Galeri yang broperasi setiap hari ini terbahagi kepada 5 zon iaitu Zon Cabaran, Zon Akuarium, Zon Animasi, Zon Eksotik dan Zon Gelap.

Anda juga boleh berkunjung ke Rumah Terbalik Port Dickson untuk bergambar dengan lebih ekstrem.
Seterusnya anda boleh ke Taman Tema Dalam Wild West Cowboy pula untuk berseronok.

Di sini terdapat pelbagai permainan yang terdiri daripada sudut funfair, 20 jenis permainan arked, Virtual Reality, drift Craft, 5D Motion Adventure, Escape Game, Dinosaur Century dan macam-macam lagi permainan menarik yang menanti anda.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
- Lihat Tiket Online Alive 3D | Lihat Tiket Online Wild West Cowboy
- Wakut beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam
Kelip-Kelip Sungai Timun

Menghayati keindahan alam bakal memberikan pengalaman yang begitu berharga untuk anda.
Tambahan lagi dalam kalangan pencinta alam, semestinya bakal teruja untuk mengunjungi tarikan yang terdapat di Sungai Timun ini.
Dengan menggunakan perkhidmatan bot nelayan, anda akan dibawa menyelusuri sungai sepanjang 3 ke 5 kilometer untuk melihat cahaya Kelip-Kelip yang mulai menjelma menjelang waktu senja.

Keindahan cahaya Kelip-Kelip telah berjaya menarik minat pelancong dari luar negara seperti Korea, China, Taiwan dan Singapura. Selain melihat Kelip-kelip anda juga berpeluang untuk menyaksikan habitat burung bangau dan buaya yang berada di situ.
Setiap pakej yang disediakan bakal menawarkan harga dan tempoh masa pelayaran yang berbeza. Pelayaran ini disediakan secara berkumpulan, jadi lebih seronok jika anda mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan berkunjung ke sini!
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Pangkalan Nelayan Kg Sg Timun, Kampung Sungai Timun, 71150 Linggi
- Lihat Pengangkutan | Harga sekitar RM15 seorang atau RM 200 untuk satu bot bergantung keadaan
- Waktu yang sesuai untuk melihat kelip-kelip adalah pada waktu senja (dibuka 24 jam)
Pantai Selain Port Dickson

Sebut sahaja Negeri Sembilan, anda mesti terbayangkan keindahan pantai di Port Dickson.
Jangan tak tahu, Negeri adat pepatih ini begitu kaya dengan destinasi berpantai yang bakal memberi ketenangan kepada anda.

Sebagai contoh, Blue Lagoon atau nama lainnya adalah Pantai Tanjung Biru ini merupakan sebuah pantai yang agak privasi kerana tidak begitu ramai yang datang bertandang.
Seterusnya Pantai Saujana yang agak popular dengan pelbagai aktiviti sukan air yang ditawarkan. Bagi yang suka berswafoto, apa kata anda berkunjung ke Pantai Cahaya Negeri.

Pantai ini turut mempunyai jambatan kayu yang menghala ke kawasan payau bakau yang kecil, suasana di kawasan tersebut tidak kurang indahnya untuk anda bergambar!
Tidak ketinggalan juga, pantai yang paling terkenal dengan kesesakan para pelancong di Port Dickson iaitu Pantai Teluk Kemang yang mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
- Lihat Tiket Tour | Masuk adalah percuma
- Waktu dibuka adalah pada 6 pagi hingga malam
Balai Cerap Teluk Kemang

Balai Cerap Teluk Kemang ini begitu popular kerana mencatatkan jumlah penampakkan bulan yang paling tinggi di antara pusat pemerhati di seluruh Malaysia.
Destinasi yang turut dikenali dengan nama Kompleks Baitul Hilal ini merupakan satu-satunya pusat pemerhati bulan yang turut dijadikan tarikan pelancongan.

Balai cerap ini pernah mendapat anugerah sebagai Pemerhatian Bulan Sabit Rekod Dunia oleh Pusat Astronomi Antarabangsa di bawah kategori Pengimejan Biasa sebagai hilal dengan yang termuda umur dan pemanjangan terkecil dari Matahari pada tahun 2019.

Selain itu, balai ini turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti bilik teater, galeri, pusat pemerhatian rasmi, balai cerap solar dan sebagainya.
Di sini anda bakal didedahkan dengan pelbagai fakta sains dan ilmu astronomi yang begitu kompleks!
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Lot 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson
- Lihat Pengangkutan | Harga dari RM5 untuk kanak-kanak dan RM25 Untuk dewasa, diskaun untuk berkumpulan sehingga RM10
- Waktu Operasi: 3 Petang hingga 4:30 Petang / 10 Malam hingga 11:30 Malam
Masjid Negeri Sembilan

Ekoran daripada pertambahan jumlah jemaah, Masjid Negeri Sembilan mulai dibina pada tahun 1967 di atas tanah yang berkeluasan sekitar 2 hektar.
Seni bina masjid ini merupakan mercu tanda bagi nama Negeri Sembilan, iaitu meletakkan sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung yang turut menjadi lambang kepada 9 daerah di negeri tersebut.

Tambahan lagi seni binanya kelihatan begitu unik hasil gabungan senibina moden dan senibina Minangkabau.
Selain itu anda boleh melawat Masjid Diraja Tuanku Munawir yang menggunakan konsep senibina Moghul.
Jika anda ingin menyaksikan keteguhan masjid yang berusia melebihi satu abad, anda boleh ke daerah Seremban yang menempatkan masjid pertama di Negeri Sembilan iaitu Masjid Jamek Seremban.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Dato Hamzah, Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
- Lihat Pengangkutan | Dibuka mengikut waktu solat 5 waktu sepanjang hari
Muzium Adat Jelebu & Muzium Tentera Darat

Muzium yang mula beroperasi pada tahun 2008 ini merupakan muzium pertama yang memaparkan tentang adat daripada pelbagai etnik di Malaysia.
Sesuai dengan identiti Negeri Sembilan yang digelar sebagai ‘Tanah Beradat’, muzium ini bagi memberi pencerahan tentang Adat Perpatih dan Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan.

Antara adat lain yang turut diceritakan di dalam muzium ini adalah tentang kitaran hidup manusia, amalan ritual seperti bobohizan, adat turun perahu, perubatan tradisional dan juga adat yang berkaitan dengan alat muzik.

Tambahan lagi, Muzium Tentera Darat turut menarik untuk anda kunjungi. Muzium ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan setanding dengan muzium tentera dari luar negara.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Dato’ Ombi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan
- Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma
- Waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 5 petang
Pusat Borong Nilai 3

Apabila anda melancong ke Negeri Sembilan tidak lengkap jika tidak singgah membeli-belah di Pusat Borong Nilai 3 ini.
Berada di sini seperti sebuah syurga bagi semua wanita kerana pelbagai barangan kelengkapan rumah yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Antara barangan yang ditawarkan adalah produk tekstil, perabot, permaidani, aksesori kereta, peralatan taman, pakaian dan pelbagai aksesori wanita. Nilai 3 yang berkeluasan sekitar 165 hektar ini turut memegang rekod sebagai pusat borong terbesar di Malaysia!
Dikatakan awal penubuhannya pada penghujung tahun 2001 adalah bertujuan mempromosikan barangan dari China.

Kini ia bukan sahaja menawarkan produk dari China malah dari beberapa negara lain juga.
Destinasi ini sering sesak dengan para pengunjung terutamanya menjelang hujung minggu dan sebarang cuti rasmi di Malaysia.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Â No, 823, Jalan Nilai 3/2, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai
- Lihat Pengangkutan | Harga borong sangat murah dari RM1
- Waktu operasi dari pukul 9 pagi hingga pukul 9 malam
Teratak Za’ba

Teratak Za’ba merupakan destinasi pelancongan yang berkonsepkan pendidikan dan terletak di Kampung Bukit Kerdas daerah Jempol.
Teratak ini dibina dengan menggunakan Kayu Cengkal dan berkonsepkan Rumah Tradisional Negeri Sembilan yang mempunyai Tupai-Tupai, Tabir Layar, Kisi-Kisi, Anjung Serambi, pelantar dan menggunakan kaedah tanggam serta pasak.
Ruang pameran di dalam teratak ini dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Antaranya ruang bibliografi yang memaparkan kisah hidup Za’ba bermula tahun kelahiran sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir, ruang peribadi pula mempamerkan koleksi peribadi beliau yang berkaitan bidang penulisan dan seni, ruang pakaian turut dibina untuk menunjukkan koleksi pakaian beliau.
Seterusnya, sudut umum pula menempatkan barangan antik yang dikatakan seusia dengan beliau serta ruang multimedia dan perpustakaan.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Kampong Bukit Kerdas, 72100 Batu Kikir
- Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma
- Waktu operasi dari 9 pagi hingga 5 petang
Pusat Ikan Hiasan PD

Anda penggemar ikan hiasan atau mungkin turut mempunyai ikan hiasan di rumah?
Jom melawat ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson bagi melihat kira-kira 2000 spesies ikan dan hidupan laut yang lain.

Destinasi pelancongan yang diuruskan oleh Jabatan perikanan Malaysia ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang.
Selain dapat melihat spesies ikan yang pelbagai saiz dan warna, anda boleh menyaksikan Penyu Agar, Penyu Kara, Batu Karang, Ikan Inggu dan Kuda Laut di pusat ternakkannya.

Tambahan lagi, terdapat ruangan yang menggunakan kaedah video 3D bagi memberi pengalaman yang lebih menarik kepada anda.
Pusat Ikan Hiasan yang turut diberi gelaran ‘Aquaria Negeri Sembilan’ ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk kepada semua pelancong!

Walaupun tarikan ini hanyalah percuma, tetapi keselesaan dan kepelbagaian spesies yang ada di sini begitu berbaloi untuk anda kunjungi.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson
- Lihat Pengangkutan | Tiada bayaran dikenakan kepada pengujung
- Waktu operasi dari 9 pagi hingga 5 petang
Taman & Dataran Negeri Sembilan

Negeri Sembilan cukup terkenal dengan adat istiadat yang diamalkan oleh mereka. Walaupun begitu, mereka turut menekankan aspek kesihatan fizikal dan mental dengan menyediakan beberapa taman awam dan dataran untuk melakukan aktiviti rekreasi.

Aktiviti rekreasi ini boleh dilakukan di Taman Tasik Seremban, Taman Budaya Jalan Keliling, S2 Park Seremban 2, Taman Awam Nilai, Green Park Sendanyan dan Laman Basikal.

Jika anda ingin menghayati keindahan lanskap, bolehlah singgah ke Taman Orkid, IJM Hill Park, dan Taman Malaysia.
Anda bakal terpegun apabila melihat pelbagai spesies pokok seperti Balau dan Keruing yang berusia sekitar puluhan tahun.

Tambahan lagi apabila melihat variasi orkid yang terdiri daripada spesies liar dan hibrid semestinya bakal memukau pandangan anda sepanjang sesi menjelajah di dalam taman-taman tersebut.
Nak tengok tiang bedera Malaysia yang tertinggi di Negeri Sembilan? Ayuh bersantai di Dataran Seremban yang turut dihiasi dengan pancuran air dan lampu hiasan yang bewarna-warni.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
- Lihat Pakej Tour | Tiada bayaran dikenakan kepada pengujung
Tokong Sak Dato

Tarikan yang bercirikan keagamaan ini turut sesuai untuk dilawati bagi pencinta seni dan pencinta alam sekitar ekoran daripada lokasinya yang terletak di atas bukit yang menghidangkan pemandangan hutan hijau.

Setiap sudut taman di sini dihiasi dengan pelbagai jenis ukiran patung yang terdiri daripada pelbagai saiz.
Antara tarikan di sini adalah arca Zodiak 12, arca naga simbol kekayaan,, patung Tuhan Monyet, Gerbang Naga dan pelbagai arca di setiap sudut taman.

Tokong Sak dato ini pernah menerima Anugerah Malaysia Book of Records sebagai ‘Tallest Sun Wukong Statue’ iaitu Kategori Building & Structure.
Di sini anda boleh meniti di jambatan gantung untuk menghayati pemandangan keseluruhan taman ini.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | No. 4, Jalan Besar, 71750 Negeri Sembil,, Broga, 71750 Semenyih
- Lihat Pengangkutan | Tiada bayaran dikenakan kepada pengujung
- Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 11 malam
Taman Eko Rimba Ulu Bendul
Hutan lipur ini amat popular untuk keluarga yang mahu mandi-manda pada hujung minggu.
Ia mempunyai sebuah kolam besar buatan manusia yang menadah air sungai bukit yang sangat sejuk dan menyegarkan.
Selain mandi, anda boleh menyewa tapak perkhemahan atau pondok rehat yang diuruskan dengan baik oleh pihak Jabatan Perhutanan.
Kemudahan di sini amat lengkap dengan surau, tandas, dan gerai makan yang menjual pelbagai juadah panas yang menyelerakan.
Ia destinasi yang sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga sambil menikmati alam semula jadi.
- Lokasi: Jalan Seremban-Kuala Pilah, Hutan Simpan Angsi.
X Park Sendayan
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan ekstrem, pusat sukan ini adalah pilihan paling tepat. Fasiliti serba moden ini menyediakan pelbagai jenis permainan mencabar di bawah satu bumbung.
Anda boleh berlumba di litar go-kart, memandu ATV meredah trek tanah merah berbukit, bermain paintball bersama rakan, atau mencuba cabaran flying fox.
Tempat ini sangat luas dan terjamin selamat dengan pantauan jurulatih bertauliah.
Sesuai untuk percutian berkumpulan atau acara bina pasukan korporat yang mahukan kelainan, keseronokan dan aksi berdebar.
- Lokasi: Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan.
Gunung Datuk
Ini adalah destinasi mendaki yang sangat berbaloi untuk pelbagai tahap kecergasan fizikal. Pendakian hanya mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam untuk tiba di kemuncak.
Apabila sampai di atas, anda akan disambut oleh bongkahan batu-batu besar yang cukup unik.
Dari atas bongkahan batu ini, pemandangan tiga ratus enam puluh darjah yang sangat luas terbentang, malah perairan Selat Melaka boleh dilihat dengan jelas pada cuaca baik.
Kawasan ini juga mempunyai nilai sejarah dengan kesan tapak kaki pahlawan tempatan.
- Lokasi: Hutan Simpan Tampin, Daerah Rembau.
Hutan Simpan Sungai Menyala
Kawasan ini menawarkan kelainan daripada kawasan tarikan pantai yang biasa di sekitarnya. Ia merupakan salah satu kawasan hutan pamah yang terbesar di Semenanjung Malaysia.
Terdapat sebuah Pusat Edu-Ecotourism yang lengkap dengan galeri maklumat tentang pelbagai spesies pokok berharga.
Anda boleh berjalan kaki menyusuri denai alam semula jadi yang disediakan dengan selesa.
Tempat ini juga menyediakan tapak perkhemahan jenis glamping untuk mereka yang mahu bermalam di dalam hutan dengan pelbagai kemudahan moden. Sesuai untuk percutian yang mendamaikan.
- Lokasi: Jalan Zainal Abidin, Pasir Panjang, Port Dickson.
Lorong Seni Seremban
Kawasan lorong belakang bangunan lama di tengah bandar ini telah diubah suai menjadi sebuah galeri seni jalanan yang sangat cantik.
Dinding bangunan lama dihiasi dengan lukisan mural berskala besar yang sangat berwarna-warni.
Setiap lukisan menceritakan unsur sejarah, budaya tempatan, dan tokoh-tokoh penting negeri.
Ia adalah sebuah kawasan mesra pejalan kaki yang sangat menarik untuk bergambar bagi dimuat naik ke media sosial.
Anda boleh bersiar-siar dengan santai sambil menikmati corak seni bina lama dan singgah minum di kafe.
- Lokasi: Jalan Dato Sheikh Ahmad, Bandar Seremban.
Jeram Toi
Kawasan air terjun bertingkat ini adalah destinasi perkelahan yang sangat digemari oleh ramai orang sejak zaman dahulu lagi.
Ia mula dibuka sebagai kawasan pusat rekreasi sekitar tahun 1890-an. Air sungainya sangat jernih dan mengalir turun melalui kolam-kolam semula jadi yang luas serta selamat untuk aktiviti mandi-manda.
Suasana di sini sangat redup kerana kawasan ini dipayungi pokok-pokok balak besar.
Kemudahan asas seperti wakaf rehat, tandas awam, dan laluan pejalan kaki yang teratur ke pelbagai tingkat air terjun disediakan dengan baik.
- Lokasi: Jalan Seremban-Jelebu, Kampong Telapak, Jelebu.
Bukit Melati
Bukit ini adalah tempat riadah harian yang sangat meriah pada setiap waktu pagi dan lewat petang.
Menariknya, laluan mendaki di sini dijaga dan diselenggara sepenuhnya oleh inisiatif komuniti setempat.
Terdapat beberapa puncak bukit kecil dengan nama unik seperti Centipede Hill dan Monkey Hill, menawarkan pelbagai tahap cabaran.
Lintasannya tidak terlalu panjang, menjadikannya sangat sesuai untuk pendakian secara santai, senaman ringan fizikal, atau membawa anak-anak kecil membiasakan diri dengan pelbagai aktiviti luar.
Udaranya sungguh segar dan amat menenangkan.
- Lokasi: Persiaran Desa Melati 1, Bandar Baru Nilai.
Taman Rekreasi Tampin
Taman rekreasi awam ini sangat luas dan terletak betul-betul di kawasan kaki gunung. Ia menawarkan pelbagai kemudahan riadah yang percuma untuk kegunaan umum.
Anda boleh berjoging, melintasi jambatan gantung, atau berehat di kawasan taman permainan kanak-kanak.
Tarikan yang paling utama di sini ialah kolam renang awamnya yang menggunakan air sejuk yang disalurkan terus dari sumber mata air pergunungan.
Taman ini juga menjadi titik permulaan bagi para pendaki yang mahu memulakan ekspedisi jarak jauh merentas banjaran Trans Naning.
- Lokasi: Jalan Taman Permai 2, Daerah Tampin.
Gunung Angsi
Bagi mereka yang mahukan cabaran kecergasan, gunung yang memiliki ketinggian 825 meter ini adalah pilihan yang amat popular.
Ia menawarkan laluan pendakian harian yang agak mencabar fizikal tetapi sangat memuaskan hati.
Anda boleh memilih dua laluan utama. Laluan Ulu Bendul lebih mendatar di awal perjalanan dan menyusuri tepi sungai, manakala laluan Bukit Putus lebih mencabar dengan trek yang terus memanjat dari arah mula.
Puncak gunung menjanjikan pemandangan hutan yang menghijau, ruang rehat luas, dan ruang bergambar menarik.
- Lokasi: Hutan Simpan Angsi, Jalan Seremban-Kuala Pilah.
Rantau Eco Park
Ini adalah sebuah destinasi percutian berkonsepkan agro-pelancongan yang memiliki keluasan melebihi 100 ekar.
Tempat ini sangat mendamaikan dan agak jauh dari kesibukan lalu lintas jalan raya.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti luar yang menarik seperti memancing di kolam besar, melihat haiwan jinak di mini zoo, memberi makan rusa, atau bersiar di padang kuda.
Fasilitinya sangat lengkap dengan tawaran pilihan penginapan jenis vila dan chalet selesa. Ia lokasi yang amat sesuai untuk menjalankan hari keluarga atau percutian berkumpulan.
- Lokasi: Kampung Kuala Sawah, Daerah Rantau.



