fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Negeri Sembilan

15 Aktiviti dan Tempat Paling Menarik Di Negeri Sembilan [PALING POPULAR]

'Ekau ni tau nonggok yo. Poei la ko bondang tu, nolong mano yang patut' ~ Celoteh loghat Negeri Sembilan

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
21 Oktober, 2022
Kategori: Pakej Negeri Sembilan
Masa Bacaan: 5 mins read
225 23
A A
0
tempat-menarik-di-negeri-sembilantempat-menarik-di-negeri-sembilan

Imej oleh: Mick Haupt

33.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Negeri Sembilan adalah negeri Malaysia di pantai barat daya Semenanjung Tanah Melayu, yang terkenal dengan pantai, taman semula jadi dan istana.

Di sebelah barat pula, di Selat Melaka, kawasan di sekitar Port Dickson mempunyai pusat peranginan tepi laut.

Adat dan budaya Minangkabau serta pertuturan dialek yang aneh telah mewujudkan suatu keunikan yang ada pada masyarakat Negeri Sembilan.

Begitu juga dengan pelancongan dan tarikan yang ada di Negeri Sembilan. Pelbagai aktiviti menyeronokkan boleh anda nikmati di Negeri sembilan.

15 Aktiviti dan Tempat Paling Menarik Di Negeri Sembilan [PALING POPULAR] 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

tempat-menarik-di-negeri-sembilan-terkini

  • Lihat Penginapan Terbaik di Negeri Sembilan
  • Lihat Aktiviti Menarik di Negeri Sembilan
  • Lihat Peta Percutian di Negeri Sembilan

Pin

  • 1 PD Ostrich & Pets Show Farm
  • 2 Muzium Kota Lukut
  • 3 Istana Seri Menanti (Istana Lamo Sari Mananti Minangkabau)
  • 4 Kompleks Taman Seni Budaya (Seremban Cultural Complex)
  • 5 Alive 3D Art Gallery & Taman Tema Dalam Wild West Cowboy PD
  • 6 Kelip-Kelip Sungai Timun
  • 7 Pantai Selain Port Dickson
  • 8 Balai Cerap Teluk Kemang
  • 9 Masjid Negeri Sembilan
  • 10 Muzium Adat Jelebu & Muzium Tentera Darat
  • 11 Pusat Borong Nilai 3
  • 12 Teratak Za’ba
  • 13 Pusat Ikan Hiasan PD
  • 14 Taman & Dataran Negeri Sembilan
  • 15 Tokong Sak Dato
Berikut adalah 15 tempat paling menarik di Negeri Sembilan:


PD Ostrich & Pets Show Farm

Selain burung unta, PD Ostrich juga memaparkan haiwan jinak lain
Selain burung unta, PD Ostrich juga memaparkan haiwan jinak lain

Jika anda bercuti bersama-sama ahli keluarga atau membawa anak kecil, destinasi ini begitu sesuai untuk anda.

PD Ostrich Farm yang berdekatan dengan Pantai Purnama ini menempatkan habitat burung unta yang begitu besar!

Burung unta begitu terkenal dengan kepantasan dan kepintarannya, jadi anda bolehlah meluangkan masa untuk melihat keletah mereka.

Inilah Puteri Rajen, burung unta yang suka mengambil gambar dengan pelancong
Inilah Puteri Rajen, burung unta yang suka mengambil gambar dengan pelancong

Tambahan lagi mereka begitu aktif berlari dan membolehkan anda untuk berlumba bersama mereka!

Selain berpeluang untuk menunggang burung unta dan berdiri di atas telur burung unta, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti.

Pelbagai kemeriahan boleh ditemukan di PD Ostrich
Pelbagai kemeriahan boleh ditemukan di PD Ostrich

Antaranya memberi makan kepada haiwan ternakan, menunggang kuda, bermain paintball, menunggang ATV dan memanah. Ingin menikmati keenakkan daging burung unta?

Di sini turut terdapat sebuah restoran yang menghidangkan makanan berasaskan burung unta.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Tiket Online | Tiket masuk adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi dari 9 pagi hingga 6 petang

Muzium Kota Lukut

Muzium Kota Lukut Negeri Sembilan
Muzium Kota Lukut Negeri Sembilan

Pada awal kurun ke-19 Kota Lukut mula beroperasi sebagai salah sebuah pelabuhan bijih timah.

Namun begitu, kegemilangan pelabuhan tersebut tidak bertahan lama ekoran daripada insiden pergaduhan antara para pelombong bijih timah.

Ia sudah runtuh dan kawasan ini telah diubah menjadi taman rekreasi bersejarah di atas muzium
Ia sudah runtuh dan kawasan ini telah diubah menjadi taman rekreasi bersejarah di atas muzium

Pada tahun 1840, Kota Lukut dibina untuk menempatkan sebuah istana dan dua buah perigi.

Ketika di bawah pemerintahan Raja Jumaat, pelabuhannya kembali maju.

Pelbagai penemuan tembikar
Pelbagai penemuan tembikar di Kota Lukut

Kini kota tersebut berfungsi sebagai muzium yang menempatkan Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut, Galeri Nassau, Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional dan Galeri Negeri Sembilan Beradat.

15 Aktiviti dan Tempat Paling Menarik Di Negeri Sembilan [PALING POPULAR] 2

IKLAN / ADVERTISEMENT
Meriam tinggalan Kota Lukut
Meriam tinggalan Kota Lukut

Muzium ini mempamerkan lebih kurang 200 artifak milik Raja Jumaat dan peralatan senjata yang digunakan pada kurun tersebut.

Selain melihat artifak tersebut, anda boleh melihat dua buah tinggalan perigi iaitu Perigi Beracun dan Perigi Raja.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Lot 730, Jalan Besar, Taman Pd Jaya, 71010 Port Dickson

  • Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma bagi dewasa dan kanak-kanak

  • Wakut beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang

Istana Seri Menanti (Istana Lamo Sari Mananti Minangkabau)

Istana Lama Seri Menanti
Istana Lama Seri Menanti | Imej oleh: Megat Asyraf

Sekitar tahun 1900an istana ini merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Menariknya tentang istana ini kerana ia diperbuat daripada kayu tanpa menggunakan paku besi.

Senibina Istana Lama Seri Menanti
Senibina Istana Lama Seri Menanti | Imej oleh: Megat Asyraf

Bangunan yang berkonsepkan senibina Minangkabau ini pernah beroperasi sebagai Sekolah Menengah Agama Tinggi sebelum ia terbiar tanpa penghuni sehingga tahun1992.

15 Aktiviti dan Tempat Paling Menarik Di Negeri Sembilan [PALING POPULAR] 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

Seterusnya istana ini telah diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan memaparkan koleksi-koleksi keluarga Diraja.

Pemandangan Istana Seri Menanti dari atas
Pemandangan Istana Seri Menanti dari atas | Imej oleh: Naza Ria

Muzium Diraja ini lebih dikenali dengan nama Istana Lama Seri Menanti dalam kalangan penduduk tempatan.

Muzium yang telah berusia hampir ratusan tahun ini sering dinaiktaraf bagi memastikan seni binanya sentiasa terpelihara dan bangunannya sentiasa utuh untuk menerima kunjungan para pelancong.

Bahagian belakang Pemandangan Istana Seri Menanti dari atas
Bahagian keemasan menyerlahkan Istana Seri Menanti dari atas | Imej oleh: Naza Ria

Anda juga boleh berkunjung ke daerah Rembau bagi melihat Replika Istana Raja Melewar yang turut mempamerkan Balai Dato’ Undang dan Ruang Pelaminan.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Minangkabau, 3, N24, Kampung Tanjung Beringin, 71550 Seri Menanti

  • Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma bagi dewasa dan kanak-kanak

  • Wakut beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang

Kompleks Taman Seni Budaya (Seremban Cultural Complex)

Kompleks Taman Seni Budaya
Kompleks Taman Seni Budaya

Kompleks Muzium Negeri Sembilan pada asalnya merupakan istana yang dibina oleh Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 5, dan digunakan pada tahun 1861-1869 lagi.

Seni binanya begitu menarik sekali, malah pintu gelangsar yang digunakan sudah tidak boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia pada masa kini.

Seremban Cultural Complex | Imej oleh: Daus Kaiju
Seremban Cultural Complex | Imej oleh: Daus Kaiju

Tahun berganti tahun, istana ini turut berpindah hak milik kepada kerabat diraja tersebut.

Kira-kira pada tahun 1930, istana ini mula terbiar tanpa penghuni. Menjelang tahun 1953 atas kebenaran Yamtuan ke-8, istana ini telah dipindahkan ke Seremban untuk dijadikan sebagai muzium.

Seni Lukis di Kompleks Muzium Negeri Sembilan | Imej oleh: Haifa Balkis
Seni Lukis di Kompleks Muzium Negeri Sembilan | Imej oleh: Haifa Balkis

Di Taman Seni Budaya ini turut menempatkan Rumah Negeri Sembilan yang dikatakan kepunyaan orang ternama.

Rumah ini turut mendapat liputan akhbar The Strait Times pada tahun 1979 yang menceritakan sejarah penubuhannya.

Rumah Negeri Sembilan
Rumah Negeri Sembilan | Imej oleh: Abe Muslim Ali

Menariknya lagi, catatan tersebut mengatakan bahawa rumah yang menggunakan belanja sekitar RM400 ini pernah dirombak dan dibawa ke London untuk pameran sekitar tahun 1924.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Sungai Ujong, Negeri Sembilan, 70200 Seremban

  • Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma bagi dewasa dan kanak-kanak

  • Wakut beroperasi dari 10 pagi hingga 6 petang

Alive 3D Art Gallery & Taman Tema Dalam Wild West Cowboy PD

Lukisan Ilusi di Alive 3D Art Gallery
Lukisan Ilusi di Alive 3D Art Gallery

Galeri Seni 3D Alive merupakan sebuah lokasi yang menempatkan variasi lukisan mural dengan menggunakan kaedah visual 3D.

Lokasi ini begitu menarik untuk anda menggayakan pelbagai aksi bagi mendapatkan hasil gambar yang menarik!

Alive 3D Art Gallery
Alive 3D Art Gallery

Galeri yang broperasi setiap hari ini terbahagi kepada 5 zon iaitu Zon Cabaran, Zon Akuarium, Zon Animasi, Zon Eksotik dan Zon Gelap.

Wild West Cowboy Port Dickson
Wild West Cowboy Port Dickson

Anda juga boleh berkunjung ke Rumah Terbalik Port Dickson untuk bergambar dengan lebih ekstrem.

Seterusnya anda boleh ke Taman Tema Dalam Wild West Cowboy pula untuk berseronok.

Wild West Cowboy Port Dickson pada waktu malam
Wild West Cowboy Port Dickson pada Waktu malam

Di sini terdapat pelbagai permainan yang terdiri daripada sudut funfair, 20 jenis permainan arked, Virtual Reality, drift Craft, 5D Motion Adventure, Escape Game, Dinosaur Century dan macam-macam lagi permainan menarik yang menanti anda.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | 59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Lihat Tiket Online Alive 3D | Lihat Tiket Online Wild West Cowboy

  • Wakut beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam

Kelip-Kelip Sungai Timun

Kelip Kelip Sungai Timun
Kelip Kelip Sungai Timun

Menghayati keindahan alam bakal memberikan pengalaman yang begitu berharga untuk anda.

Tambahan lagi dalam kalangan pencinta alam, semestinya bakal teruja untuk mengunjungi tarikan yang terdapat di Sungai Timun ini.

Dengan menggunakan perkhidmatan bot nelayan, anda akan dibawa menyelusuri sungai sepanjang 3 ke 5 kilometer untuk melihat cahaya Kelip-Kelip yang mulai menjelma menjelang waktu senja.

Jika bernasib baik anda akan menemukan kelip-kelip yang menerangi sepanjang sungai
Jika bernasib baik anda akan menemukan kelip-kelip yang menerangi sepanjang sungai

Keindahan cahaya Kelip-Kelip telah berjaya menarik minat pelancong dari luar negara seperti Korea, China, Taiwan dan Singapura. Selain melihat Kelip-kelip anda juga berpeluang untuk menyaksikan habitat burung bangau dan buaya yang berada di situ.

Setiap pakej yang disediakan bakal menawarkan harga dan tempoh masa pelayaran yang berbeza. Pelayaran ini disediakan secara berkumpulan, jadi lebih seronok jika anda mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan berkunjung ke sini!


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Pangkalan Nelayan Kg Sg Timun, Kampung Sungai Timun, 71150 Linggi

  • Lihat Pengangkutan | Harga sekitar RM15 seorang atau RM 200 untuk satu bot bergantung keadaan

  • Waktu yang sesuai untuk melihat kelip-kelip adalah pada waktu senja (dibuka 24 jam)

Pantai Selain Port Dickson

Pantai Tanjung Biru
Pantai Tanjung Bir

Sebut sahaja Negeri Sembilan, anda mesti terbayangkan keindahan pantai di Port Dickson.

Jangan tak tahu, Negeri adat pepatih ini begitu kaya dengan destinasi berpantai yang bakal memberi ketenangan kepada anda.

Pantai Cahaya Negeri
Pantai Cahaya Negeri

Sebagai contoh, Blue Lagoon atau nama lainnya adalah Pantai Tanjung Biru ini merupakan sebuah pantai yang agak privasi kerana tidak begitu ramai yang datang bertandang.

Seterusnya Pantai Saujana yang agak popular dengan pelbagai aktiviti sukan air yang ditawarkan. Bagi yang suka berswafoto, apa kata anda berkunjung ke Pantai Cahaya Negeri.

Pantai Teluk Kemang
Pantai Teluk Kemang

Pantai ini turut mempunyai jambatan kayu yang menghala ke kawasan payau bakau yang kecil, suasana di kawasan tersebut tidak kurang indahnya untuk anda bergambar!

Tidak ketinggalan juga, pantai yang paling terkenal dengan kesesakan para pelancong di Port Dickson iaitu Pantai Teluk Kemang yang mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

  • Lihat Tiket Tour | Masuk adalah percuma

  • Waktu dibuka adalah pada 6 pagi hingga malam

Balai Cerap Teluk Kemang

Balai Cerap Teluk Kemang
Balai Cerap Teluk Kemang

Balai Cerap Teluk Kemang ini begitu popular kerana mencatatkan jumlah penampakkan bulan yang paling tinggi di antara pusat pemerhati di seluruh Malaysia.

Destinasi yang turut dikenali dengan nama Kompleks Baitul Hilal ini merupakan satu-satunya pusat pemerhati bulan yang turut dijadikan tarikan pelancongan.

Redang Beach Resort
Telok Kemang Observatory

Balai cerap ini pernah mendapat anugerah sebagai Pemerhatian Bulan Sabit Rekod Dunia oleh Pusat Astronomi Antarabangsa di bawah kategori Pengimejan Biasa sebagai hilal dengan yang termuda umur dan pemanjangan terkecil dari Matahari pada tahun 2019.

Milky Way dari Balai Cerap Teluk Kemang
Milky Way dari Balai Cerap Teluk Kemang

Selain itu, balai ini turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti bilik teater, galeri, pusat pemerhatian rasmi, balai cerap solar dan sebagainya.

Di sini anda bakal didedahkan dengan pelbagai fakta sains dan ilmu astronomi yang begitu kompleks!


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Lot 4506, 8, Jalan Pantai, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson

  • Lihat Pengangkutan | Harga dari RM5 untuk kanak-kanak dan RM25 Untuk dewasa, diskaun untuk berkumpulan sehingga RM10

  • Waktu Operasi: 3 Petang hingga 4:30 Petang / 10 Malam hingga 11:30 Malam

Masjid Negeri Sembilan

Masjid Negeri Sembilan
Masjid Negeri Sembilan

Ekoran daripada pertambahan jumlah jemaah, Masjid Negeri Sembilan mulai dibina pada tahun 1967 di atas tanah yang berkeluasan sekitar 2 hektar.

Seni bina masjid ini merupakan mercu tanda bagi nama Negeri Sembilan, iaitu meletakkan sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung yang turut menjadi lambang kepada 9 daerah di negeri tersebut.

Masjid Negeri Sembilan mempunyai senibina yang unik memaparkan 9 tiang utama | Imej oleh: Mohd Ruzaini
Masjid Negeri Sembilan mempunyai senibina yang unik memaparkan 9 tiang utama | Imej oleh: Mohd Ruzaini

Tambahan lagi seni binanya kelihatan begitu unik hasil gabungan senibina moden dan senibina Minangkabau.

Selain itu anda boleh melawat Masjid Diraja Tuanku Munawir yang menggunakan konsep senibina Moghul.

Jika anda ingin menyaksikan keteguhan masjid yang berusia melebihi satu abad, anda boleh ke daerah Seremban yang menempatkan masjid pertama di Negeri Sembilan iaitu Masjid Jamek Seremban.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Dato Hamzah, Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

  • Lihat Pengangkutan | Dibuka mengikut waktu solat 5 waktu sepanjang hari

Muzium Adat Jelebu & Muzium Tentera Darat

Muzium Adat Jelebu
Muzium Adat Jelebu

Muzium yang mula beroperasi pada tahun 2008 ini merupakan muzium pertama yang memaparkan tentang adat daripada pelbagai etnik di Malaysia.

Sesuai dengan identiti Negeri Sembilan yang digelar sebagai ‘Tanah Beradat’, muzium ini bagi memberi pencerahan tentang Adat Perpatih dan Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan.

Bangunan 4 tingkat, setiap tingkat mempunyai bahagian asal adat Minang. Persembahan yang moden dan bersih pengetahuan dan sejarah
Bangunan 4 tingkat, setiap tingkat mempunyai bahagian asal adat Minang. Persembahan yang moden dan bersih pengetahuan dan sejarah

Antara adat lain yang turut diceritakan di dalam muzium ini adalah tentang kitaran hidup manusia, amalan ritual seperti bobohizan, adat turun perahu, perubatan tradisional dan juga adat yang berkaitan dengan alat muzik.

Aset ketenteraan di Muzium Tentera Darat Port Dickson
Aset ketenteraan di Muzium Tentera Darat Port Dickson

Tambahan lagi, Muzium Tentera Darat turut menarik untuk anda kunjungi. Muzium ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia dan setanding dengan muzium tentera dari luar negara.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Dato’ Ombi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

  • Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma

  • Waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 5 petang

Pusat Borong Nilai 3

Terkenal dengan karpet mewah pada harga murah
Terkenal dengan karpet cantik pada harga murah

Apabila anda melancong ke Negeri Sembilan tidak lengkap jika tidak singgah membeli-belah di Pusat Borong Nilai 3 ini.

Berada di sini seperti sebuah syurga bagi semua wanita kerana pelbagai barangan kelengkapan rumah yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Jualan borong langsung menjadi aktiviti popular di Nilai 3
Jualan borong langsung menjadi aktiviti popular di Nilai 3

Antara barangan yang ditawarkan adalah produk tekstil, perabot, permaidani, aksesori kereta, peralatan taman, pakaian dan pelbagai aksesori wanita. Nilai 3 yang berkeluasan sekitar 165 hektar ini turut memegang rekod sebagai pusat borong terbesar di Malaysia!

Dikatakan awal penubuhannya pada penghujung tahun 2001 adalah bertujuan mempromosikan barangan dari China.

Pusat Borong Nilai 3 City
Pusat Borong Nilai 3 City

Kini ia bukan sahaja menawarkan produk dari China malah dari beberapa negara lain juga.

Destinasi ini sering sesak dengan para pengunjung terutamanya menjelang hujung minggu dan sebarang cuti rasmi di Malaysia.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta |  No, 823, Jalan Nilai 3/2, Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai

  • Lihat Pengangkutan | Harga borong sangat murah dari RM1

  • Waktu operasi dari pukul 9 pagi hingga pukul 9 malam

Teratak Za’ba

Teratak Za'ba
Teratak Za’ba

Teratak Za’ba merupakan destinasi pelancongan yang berkonsepkan pendidikan dan terletak di Kampung Bukit Kerdas daerah Jempol.

Teratak ini dibina dengan menggunakan Kayu Cengkal dan berkonsepkan Rumah Tradisional Negeri Sembilan yang mempunyai Tupai-Tupai, Tabir Layar, Kisi-Kisi, Anjung Serambi, pelantar dan menggunakan kaedah tanggam serta pasak.

Ruang pameran di dalam teratak ini dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Tertak Za'ba terletak di Kampong Bukit Kerdas
Tertak Za’ba terletak di Kampong Bukit Kerdas

Antaranya ruang bibliografi yang memaparkan kisah hidup Za’ba bermula tahun kelahiran sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir, ruang peribadi pula mempamerkan koleksi peribadi beliau yang berkaitan bidang penulisan dan seni, ruang pakaian turut dibina untuk menunjukkan koleksi pakaian beliau.

Seterusnya, sudut umum pula menempatkan barangan antik yang dikatakan seusia dengan beliau serta ruang multimedia dan perpustakaan.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Kampong Bukit Kerdas, 72100 Batu Kikir

  • Lihat Pengangkutan | Masuk adalah percuma

  • Waktu operasi dari 9 pagi hingga 5 petang

Pusat Ikan Hiasan PD

Pusat Ikan Hiasan PD
Pusat Ikan Hiasan PD

Anda penggemar ikan hiasan atau mungkin turut mempunyai ikan hiasan di rumah?

Jom melawat ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson bagi melihat kira-kira 2000 spesies ikan dan hidupan laut yang lain.

Terkenal sebagai pusat aqua marin Malaysia
Terkenal sebagai pusat menghimpunkan aqua marin Malaysia

Destinasi pelancongan yang diuruskan oleh Jabatan perikanan Malaysia ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang.

Selain dapat melihat spesies ikan yang pelbagai saiz dan warna, anda boleh menyaksikan Penyu Agar, Penyu Kara, Batu Karang, Ikan Inggu dan Kuda Laut di pusat ternakkannya.

Mempamerkan pelbagai spesies ikan hiasan marin, teknologi kultur dan propagasi karang, kaedah pembiakan kuda laut dan ikan clownfish
Mempamerkan pelbagai spesies ikan hiasan marin, teknologi kultur dan propagasi karang, kaedah pembiakan kuda laut dan ikan clownfish

Tambahan lagi, terdapat ruangan yang menggunakan kaedah video 3D bagi memberi pengalaman yang lebih menarik kepada anda.

Pusat Ikan Hiasan yang turut diberi gelaran ‘Aquaria Negeri Sembilan’ ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk kepada semua pelancong!

Spesis yang terancam dan jarang ditemukan juga boleh dilihat di Pusat Ikan Hiasan PD
Spesis yang terancam dan jarang ditemukan juga boleh dilihat di Pusat Ikan Hiasan PD

Walaupun tarikan ini hanyalah percuma, tetapi keselesaan dan kepelbagaian spesies yang ada di sini begitu berbaloi untuk anda kunjungi.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson

  • Lihat Pengangkutan | Tiada bayaran dikenakan kepada pengujung

  • Waktu operasi dari 9 pagi hingga 5 petang

Taman & Dataran Negeri Sembilan

Taman Tasik Seremban
Taman Tasik Seremban | Imej oleh: Atho

Negeri Sembilan cukup terkenal dengan adat istiadat yang diamalkan oleh mereka. Walaupun begitu, mereka turut menekankan aspek kesihatan fizikal dan mental dengan menyediakan beberapa taman awam dan dataran untuk melakukan aktiviti rekreasi.

Sendayan Green Park
Sendayan Green Park

Aktiviti rekreasi ini boleh dilakukan di Taman Tasik Seremban, Taman Budaya Jalan Keliling, S2 Park Seremban 2, Taman Awam Nilai, Green Park Sendanyan dan Laman Basikal.

S2 Seremban Hill Park
S2 Seremban Hill Park | Imej oleh: Zax Mohd

Jika anda ingin menghayati keindahan lanskap, bolehlah singgah ke Taman Orkid, IJM Hill Park, dan Taman Malaysia.

Anda bakal terpegun apabila melihat pelbagai spesies pokok seperti Balau dan Keruing yang berusia sekitar puluhan tahun.

Dataran Seremban
Dataran Seremban | Imej oleh: Agus PD

Tambahan lagi apabila melihat variasi orkid yang terdiri daripada spesies liar dan hibrid semestinya bakal memukau pandangan anda sepanjang sesi menjelajah di dalam taman-taman tersebut.

Nak tengok tiang bedera Malaysia yang tertinggi di Negeri Sembilan? Ayuh bersantai di Dataran Seremban yang turut dihiasi dengan pancuran air dan lampu hiasan yang bewarna-warni.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

  • Lihat Pakej Tour | Tiada bayaran dikenakan kepada pengujung

Tokong Sak Dato

Sak Dato Temple
Sak Dato Temple | Imej oleh: CY Lee

Tarikan yang bercirikan keagamaan ini turut sesuai untuk dilawati bagi pencinta seni dan pencinta alam sekitar ekoran daripada lokasinya yang terletak di atas bukit yang menghidangkan pemandangan hutan hijau.

Sak Dato Temple
Kawasan menghijau dengan jembatan gantung di Sak Dato Temple | Imej oleh CW Hornz

Setiap sudut taman di sini dihiasi dengan pelbagai jenis ukiran patung yang terdiri daripada pelbagai saiz.

Antara tarikan di sini adalah arca Zodiak 12, arca naga simbol kekayaan,, patung Tuhan Monyet, Gerbang Naga dan pelbagai arca di setiap sudut taman.

15 Aktiviti dan Tempat Paling Menarik Di Negeri Sembilan [PALING POPULAR] 4
Kuil Sak Dato memberi susana ketenangan dengan kawasan hijau bagi pengunjung yang datang

Tokong Sak dato ini pernah menerima Anugerah Malaysia Book of Records sebagai ‘Tallest Sun Wukong Statue’ iaitu Kategori Building & Structure.

Di sini anda boleh meniti di jambatan gantung untuk menghayati pemandangan keseluruhan taman ini.


  • Lihat Hotel | Lihat Peta | No. 4, Jalan Besar, 71750 Negeri Sembil,, Broga, 71750 Semenyih

  • Lihat Pengangkutan | Tiada bayaran dikenakan kepada pengujung

  • Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 11 malam

Bersambung…

Tags: daerah negeri sembilanminangkabau negeri sembilanrumah tradisional negeri sembilan
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-port-dickson-negeri-sembilan-deva-darshan-7FL83f1M3fg-unsplash
Malaysia

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI]

  Port Dickson, atau PD pendeknya, terkenal dengan pantainya yang merupakan salah satu pusat peranginan pantai yang terdekat dengan Kuala...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Ogos, 2023
16.3k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.4k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas