Port Dickson, atau PD pendeknya, terkenal dengan pantainya yang merupakan salah satu pusat peranginan pantai yang terdekat dengan Kuala Lumpur.
Namun hari ini terdapat lebih banyak perkara menarik yang harus dilakukan di PD daripada hanya bermalas-malasan di pantai dan terdapat banyak tempat yang menyeronokkan untuk anda bawa keluarga bercuti dalam apa juga keadaan cuaca.
Port Dickson adalah sebuah bandar di pantai barat Malaysia, di selatan Kuala Lumpur.
Pantainya melintasi garis pantai yang menuju ke Tanjung Tuan, tempat perlindungan hidupan liar dan tempat pemerhatian burung dengan rumah api abad ke-16.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 5 tempat-menarik-di-port-dickson-izuddin-helmi-adnan-rDjCDwL3WLs-unsplash](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/tempat-menarik-di-port-dickson-izuddin-helmi-adnan-rDjCDwL3WLs-unsplash.jpg)
- Lihat Penginapan Terbaik di Port Dickson
- Lihat Aktiviti Popular di Port Dickson
- Lihat Peta Percutian di Port Dickson
Mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Port Dickson Negeri Sembilan:
Masjid Sri Sendayan
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 6 Pintu masuk Masjid Sri Sendayan Seremban](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Masjid-Sri-Sendayan-afdhal-n-sxmN4wiShjE-unsplash.jpg)
Masjid Sri Sendayan yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB iaitu Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain ini merupakan salah satu masjid yang tercantik di negara Malaysia.
Ia mula dibina pada tahun 2015 dan menggabungkan beberapa konsep untuk hiasan dalamannya.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 7 Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Masjid-Sri-Sendayan-afdhal-n-XkOewE7rGQo-unsplash.jpg)
Selain menggunakan cat emas 24k bagi kubah utama, ia turut menggunakan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China bagi menghiasi isi masjid tersebut.
Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu masjid yang tercantik dan sering menerima kunjungan daripada pelancong luar negara dan dalam negara.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 8 Bahagian dalam masjid Sri Sendayan yang indah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Masjid-Sri-Sendayan-ridzuan-naina-XqxohktcssQ-unsplash.jpg)
Masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat malah turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bangunan pentadbiran, dewan makan dan enam unit rumah untuk kediaman petugas masjid.
Hutan Simpan Sungai Menyala
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 9 PD Forest Sungai Menyala](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Hutan-Simpan-Sungai-Menyala-2.jpg)
Hutan Simpan Sungai Menyala ini turut dikenali sebagai Hutan Keruing-Meruing Merah kerana didominasikan oleh spesies tersebut.
Dikatakan tempat tersebut mendapat nama daripada aktiviti penduduk setempat yang sering menjala ikan atau di dalam loghat Negeri Sembilan disebut ‘Menyalo ikan’.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 10 Pokok terbesar di Negeri Sembilan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Pokok-Terbesar-Sungai-Menyala.jpg)
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Hutan Dipterokarp Tanah Pamah ini.
Antaranya anda boleh merentas hutan, memerhati burung, memerhati hidupan liar, aktiviti malam, berbasikal, penyelidikan, interpretasi alam dan melawat galeri.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 14 Hutan Simpan Sungai Menyala](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Hutan-Simpan-Sungai-Menyala.jpg)
Tambahan lagi, di sini turut terdapat beberapa trek yang disediakan seperti Denai Razani, Denai Warisan Hutan dan Denai Pelbagai Guna di mana setiap denai mempunyai keistimewaannya.
Apabila meneroka isi hutan ini, anda bakal melihat Pokok Jelutong dan Pokok Mersawa yang terbesar!
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 15 Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Kompleks-Sejarah-Pengkalan-Kempas.jpg)
Lokasi bersejarah ini dipercayai sebagai tapak perkuburan misteri yang mempunyai sebuah makam tua, batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang berukir.
Ahli sejarawan mendapati tinggalan ini didirikan pada abad ke-2 dan ke-3 masihi.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 19 Batu 1 : Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah )](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Kompleks-Sejarah-Pengkalan-Kempas-2.jpg)
Makam tua tersebut dipercayai milik Syeikh Ahmad Majnun yang dikatakan seorang penyebar syiar Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Malah makam ini merupakan makam islam yang tertua di Malaysia serta mempunyai Batu Megalith yang lebih dikenali sebagai batu hidup kerana ia semakin membesar dari semasa ke semasa.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 20 Tulisan -tulisan seperti ini menyerupai tulisan di batu nisan yang dijumpai di Kompleks Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertuliskan kuno bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit yang belum dijelaskan.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Kompleks-Sejarah-Pengkalan-Kempas-3.jpg)
Menariknya di sini turut ditubuhkan satu-satunya Muzium Megalit yang terdapat di Malaysia!
Oleh itu anda bukan sahaja dapat menziarah makam tua, tetapi turut memperoleh ilmu pengetahuan tentang penyelidikan arkeologi di situ.
Extreme Park Port Dickson
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 21 Extreme Park Port Dickson](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Extreme-Park-Port-Dickson.jpg)
Jom berhibur dengan 18 aktiviti rekreasi di taman yang terbesar di Negeri Sembilan!
Bagi pencinta aktiviti lasak, anda dinasihat agar tidak memandang sebelah mata terhadap destinasi ini. Pelbagai aktiviti menarik yang menguji cabaran sudah sedia menanti ketibaan anda.
Aktiviti ini terbahagi kepada dua zon iaitu aktiviti dalaman dan luaran. Semestinya anda ingin tahu aktiviti yang ditawarkan bukan?
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 22 Extreme Park ini adalah taman tema pertama di Malaysia yang dikhaskan untuk bermotor dan bukan bermotor](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Extreme-Park-Port-Dickson-Go-Card.jpg)
Antaranya adalah permainan go-kart, ATV jungle trail, memanah, menembak sasaran paintball dan permainan perang paintball.
Menariknya tentang destinasi ini kerana ia dikelilingi dengan lanskap alam semulajadi yang memberikan pengalaman yang berbeza daripada extreme park yang lain.
Tambahan lagi ia bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh golongan dewasa, malah remaja berumur 12 tahun ke atas sudah boleh mencuba permainan di sini.
Bukit Batu Putih
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 23 Di puncak puncak bukit dan menyaksikan pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan ini](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Bukit-Batu-Putih-farhan-azam-bi5wORO_a2k-unsplash.jpg)
Bukit Batu Putih ini turut menjadi tumpuan pelancongan ekoran daripada kedudukannya yang terletak berhampiran dengan rumah api Tanjung Tuan atau lebih tepat Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.
Orang ramai sering mendaki ke puncak bukit ini bagi melihat keindahan panorama seluruh garis pantai Port Dickson.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 24 Taman Eko Rimba Tanjung Tuan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Taman-Eko-Rimba-Tanjung-Tuan.jpg)
Trek pendakian ke puncaknya tidaklah begitu mencabar kerana disediakan pelbagai kemudahan, sekitar 30 minit pendakian anda bakal tiba ke puncaknya.
Menariknya kerana anda bakal bertemu dengan sebuah pantai, agak cantik dan bersih untuk mandi-manda.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 25 Di puncak Bukit Batu Putih](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Bukit-Batu-Putih.jpg)
Selain menghayati keindahan panorama lautan, orang ramai turut mendaki puncak ini bagi melihat matahari terbenam dan terbit.
Jadi bolehlah rancang masa pendakian anda ke sini bagi melihat fenomena tersebut!
Rumah Api Tanjung Tuan
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 26 Sebelum kawasan ini dinamakan sebagai Tanjung Tuan, ia terlebih dahulu memakai nama Cape Rachado](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Rumah-Api-Tanjung-Tuan.jpg)
Jika dilihat di dalam peta Malaysia, Rumah Api Tanjung Tuan ini bukanlah berada di Negeri Sembilan, tetapi di Alor Gajah Melaka.
Namun begitu ia lebih dikenali sebagai salah satu tarikan pelancongan di Port Dickson ekoran daripada kedudukannya yang dikelilingi oleh kawasan Negeri Sembilan.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 27 Rumah Api Tanjung Tuan ini adalah warisan pelaut yang dipulihara dan dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Laut Malaysia](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Rumah-Api-Tanjung-Tuan-2.jpg)
Rumah api yang turut dikenali sebagai Cape Rachado ini merupakan rumah api yang tertua di Malaysia yang dibina oleh Belanda pada tahun 1817.
Asalnya dibina bagi mengawal dan memantau kapal-kapal di Selat melaka pada zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan.
Kini ia hanya dijadikan sebagai tarikan pelancongan serta sebagai rumah persinggahan atau santuari kepada 300,000 burung setiap tahun.
PD Famous Cendol Coconut Shake
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 28 PD Famous Cendol Coconut Shake Terkenal](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/PD-Famous-Cendol-Coconut-Shake.jpg)
Anda mencari-cari makanan yang viral di Port Dickson? Jom singgah ke PD Famous Cendol Coconut Shake yang berkonsepkan ‘food court’ ini bagi menikmati hidangan yang dijual di sini.
Seperti namanya, cendol dan coconut shake merupakan menu utama yang paling laris!
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 29 Cendol Durian PD antara yang paling popular](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/PD-Famous-Cendol-Coconut-Shake-2.jpg)
Dengan bertemakan ‘food court layan diri’ di sini turut menghidangkan pelbagai menu seperti nasi ayam, kambing bakar, kerang bakar, mee bandung, asam pedas dan bermacam pilihan lagi yang bakal buat anda rambang mata.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 30 Nasi berlauk asam pedas juga menjadi pilihan pengunjung](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/PD-Famous-Cendol-Coconut-Shake-Menu.jpg)
Tidak lengkap rasanya episod jalan-jalan cari makan anda jikalau tidak mencuba makanan tradisional Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api salai.
Tidak usah pening kepala mencari pelbagai lokasi restoran, singgah sahaja di sini semua hidangan sudah sedia menanti anda.
Pulau Burung
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 31 Panorama Pulau Burung Port Dickson](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Pulau-Burung.jpg)
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Port Dickson begitu kaya dengan destinasi berpantai, malah turut terdapat pulau kecil yang digelar Pulau Burung yang tidak kurang popular juga untuk dilawati.
Pulau Burung ini terletak bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri dan dihubung dengan menggunakan jambatan.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 32 Menara tinjau Pulau Burung](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/menara-tinjau-Pulau-Burung.jpg)
Jadi anda tidak perlu berkenderaan untuk ke pulau ini. Pulau ini begitu kecil tetapi cukup menarik untuk anda menghabiskan masa bersantai di sini.
Destinasi ini bukan sahaja untuk bersantai malah menjadi tumpuan kaki pancing!
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 33 Paya Bakau Pulau Burung](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Pulau-Burong.jpg)
Pulau yang berkeluasan 2.5 hektar ini turut menjadi habitat kepada pokok Api-api Putih, Bakau Minyak dan Bakau Kurap.
Anda juga boleh naik ke menara tinjau bagi melihat keseluruhan pemandangan pulau ini.
Muzium Tentera Darat
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 34 Muzium Tentera Darat Port Dickson](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Muzium-Tentera-Darat-Port-Dickson.jpg)
Selaku muzium tentera darat yang terbesar di Malaysia, semestinya terdapat bermacam tarikan sejarah yang mengujakan buat para pelancong.
Port Dickson sering diberi jolokan sebagai ‘Port Dickson Bandar Tentera Darat’ kerana setiap pelosoknya sering terlihat pasukan keselamatan ini.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 35 Sibmas AFSV 90](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Sibmas_AFSV-90_Muzium_Tentera_Darat.jpg)
Jadi tidak hairanlah jika muzium ini turut dibina berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).
Tambahan lagi muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian galeri utama iaitu sejarah lengkap tentera dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Galeri Portugis dan Belanda, Galeri Bristish, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan, Galeri Era Kemerdekaan, Galeri Tentera Darat Hari Ini dan Galeri Sumbangan Tentera Darat.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 36 Aset ketenteraan di Muzium Tentera Darat Port Dickson](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Muzium-Tentera-Darat-Port-Dickson-Aset.jpg)
Paling menarik tentang muzium ini kerana terdapat sebuah terowong sepanjang 142 meter yang dibina bagi menggambarkan zaman penjajahan Parti Komunis Malaya.
Rumah Terbalik Port Dickson
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 37 Aksi menarik di Rumah Terbalik Port Dickson](http://wpfc.ml/b.gif)
Jom meneroka isi Rumah Terbalik Port Dickson pula! Anda bakal teruja dan kagum melihat hasil kerja setiap peralatan yang direka dan diletak bagi memberi efek tunggang terbalik.
Destinasi indoor ini begitu sesuai untuk seisi keluarga, dimana anda bebas mengayakan aksi untuk bergambar dengan setiap perabot dan peralatan rumah yang terbalik.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 38 Rumah Terbalik Port Dickson](http://wpfc.ml/b.gif)
Tambahan lagi mereka turut memberi tunjuk ajar dan contoh-contoh aksi bergambar yang sesuai bagi mendapatkan gambar yang begitu menarik!
Kanak-kanak semestinya bakal teruja meneroka setiap ruang yang terdapat di bangunan dua tingkat ini.
![10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Port Dickson [TERKINI] 39 Aksi kanak-kanak di Rumah Terbalik Port Dickson](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/10/Rumah-Terbalik-Port-Dickson-3.jpg)
Di sini turut terdapat ruang pameran bagi lukisan 3D dan rumah orang kerdil. Jika anda membawa anak yang berketinggian 90cm ke bawah, tiada bayaran masuk dikenakan.
Bersambung…