fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Pulau Pinang

10 Perkara & Tempat Menarik di Bukit Mertajam [POPULAR]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
29/06/2022
Kategori: Pakej Pulau Pinang
Masa Bacaan: 3 mins read
311 13
A A
0
tempat-menarik-di-bukit-mertajam
10.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Bukit Mertajam yang anda boleh lakukan? Jika ke utara pastikan anda singgah disini.

Terletak tepat di seberang jambatan Pulau Pinang yang pertama, Bukit Mertajam merupakan salah satu tarikan di Seberang Perai dan terdapat banyak perkara menarik untuk dilakukan serta makanan yang sedap-sedap yang anda tidak boleh abaikan.

Ramai orang yang datang ke Negeri Pulau Pinang hanya melewati Bukit Mertajam (juga dikenali sebagai “BM”) dan sejujurnya mereka terlepas peluang.

Permatang-Rawa-Bukit-Mertajam
Permatang Rawa Bukit Mertajam
  • Lihat Penginapan Terbaik di Bukit Mertajam
  • Lihat Peta Percutian di Bukit Mertajam

Hakikatnya ialah majoriti gaya kehidupan sebenar Pulau Pinang yang dikatakan “real living heritage” yang boleh dilihat di kebanyakan hotel butik Pulau Pinang, restoran bertema cina lama, dinding yang dihiasi dengan seni jalanan Pulau Pinang, bar tersembunyi dan kafe aseptik untuk golongan hipster pada realitinya sangat hidup di Bukit Mertajam.

Pin

  • 1 Taman Rimba Bukit Mertajam
  • 2 Hutan Simpan Bukit Seraya
  • 3 Empangan Mengkuang
  • 4 BM Best Cendol
  • 5 BM Cup Rice
  • 6 Hua Guo Shan
  • 7 Bukit Katak (Frog Hill)
  • 8 Gereja Saint Anne
  • 9 Menikmati Kelazatan Rasa Char Kuey Teow
  • 10 Pasar Awam Bukit Mertajam
Jom kita lihat 10 perkara yang anda boleh lakukan di Bukit Bertajam.


Taman Rimba Bukit Mertajam

Cherok-To-Kun-HS-Ng
Cherok To Kun | Imej oleh: HS Ng

Taman Rimba Bukit Mertajam yang turut dikenali Cherok To’Kun ini mempunyai keluasan sekitar 37.0 hektar dengan puncak tertinggi 545.0 meter dari aras laut.

Taman rimba yang merupakan hutan lipur ini begitu terkenal di Bukit Mertajam kerana ia masih menyimpan khazanah alam seperti pokok Meranti Seraya dan pokok Meranti Rambai Daun.

Taman-Rimba-Bukit-Mertajam-Rahana-Taha
Taman Rimba Cherok Tokun (Hutan Negara) | Imej oleh: Rahana Taha

Aktiviti yang sering mendapat sambutan di sini adalah mendaki bukit melalui Jeep Track dan acara downhill mountain bike.

Aktiviti mendaki di sini mempunyai jarak sekitar 3.6 kilometer dengan tempoh masa lebih kurang satu jam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 8:00pm | Jalan Kolam, Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Hutan Simpan Bukit Seraya

Hutan-Simpan-Bukit-Seraya-PL-Tan
Hutan Simpan Bukit Seraya | Imej oleh: PL Tan

Satu lagi lokasi yang begitu berbaloi untuk anda lawati terutamanya bagi peminat aktiviti lasak adalah Bukit Seraya.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Jika anda meminati aktiviti mendaki, lokasi ini merupakan destinasi yang tepat buat anda. Sepanjang pendakian anda bakal menyaksikan keindahan pokok bonsai, pokok seraya dan air terjun Tok Janggut.

Pokok-Bonsai-Bukit-Seraya-Forest-Ang
Pokok Bonsai Bukit Seraya | Imej oleh: Forest Ang

Satu lagi tarikan di sini adalah tinggalan empangan yang berketinggian bangunan tiga tingkat.

Tinggalan empangan ini dikatakan telah dibina oleh British Ketika abad ke-20 untuk tujuan bekalan tenaga kepala keretapi wap air pada zaman tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kolam, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Empangan Mengkuang

Empangan-Mengkuang-Bukit-Mertajam-Chin-SY
Empangan Mengkuang Bukit Mertajam | IMej oleh: Chin SY

Empangan Mengkuang merupakan empangan air terbesar di Negeri Pulau Pinang yang telah beroperasi sejak tahun 1985. Empangan yang berkeluasan 3.9km persegi ini mampu menampung jumlah takungan air sebanyak 236 billion liter.

Jadi apa yang anda boleh lakukan di sini?

Pemandangan-Petang-di-Empangan-Mengkuang-Charmaine-Ang
Pemandangan Petang di Empangan Mengkuang | Imej oleh: Charmaine Ang

Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk menikmati kehijauan alam sekitar, berjoging dan juga berkayak.

Lokasi pernah menjadi tuan rumah bagi acara sukan air peringkat negeri dan antarabangsa iaitu Kejohanan Tahunan Perahu Naga.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 7:00pm | P133, Kampung Mengkuang, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang

BM Best Cendol

Bm-Best-Cendol-Alieyy-Hakimie
BM Best Cendol | Imej oleh: Alieyy Hakimie

Dah penat meneroka Kawasan hutan di Bukit Mertajam? Jom basahkan tekak dengan memesan semangkuk cendol di BM Best Cendol pula.

BM Best Cendol merupakan lokasi wajib untuk anda singgah kerana ia menyediakan cendol yang terbaik di sini.

Pelbagai-Menu-Cendol-Ratna-Inzah
Pelbagai Menu Cendol | Imej oleh: Ratna Inzah

Lokasi yang terletak di Gerai Jalan Danby ini menyediakan pelbagai cendol seperti cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang dan cendol biasa.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda juga boleh memesan makanan bergoreng sebagai hidangan tambahan, antaranya nasi, bihun, kuey teow dan maggi.

IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:30pm | Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

BM Cup Rice

Nasi-Ayam-Gelas-BM-Dave-Choong
Nasi Ayam Cawan BM | Imej oleh: Dave Choong

Seperti yang kita tahu Pulau Pinang begitu terkenal dengan ‘street food’ yang sentiasa menjadi buah mulut para pengunjung.

Tidak ketinggalan bagi Bukit Mertajam yang turut terkenal dengan ‘street food’ seperti BM Cup Rice atau nasi cawan yang menggunakan resepi turun-temurun.

Menu-popular-di-BM-Cup-Rice-Restaurant-Chung-Mei
Menu popular di BM Cup Rice Restaurant | Imej oleh: Chung Mei

Gerai yang sudah beroperasi sejak pertengahan tahun 1970 ini menawarkan nasi cawan yang secukup rasa dan beraroma herba.

Jadi tidak hairanlah jika ada pengunjung yang datang dari jauh dan membeli menu ini dengan banyak untuk dibawa pulang, tambahan lagi ia boleh bertahan sehingga dua ke minggu di dalam peti ais.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 9:00pm | 74, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Hua Guo Shan

Huo-Guo-Shan-Bukit-Mertajam-Irene-Ng
Pemandangan matahari terbenam di Huo Guo Shan Bukit Mertajam | Imej oleh: Irene Ng

Destinasi yang satu ini turut memerlukan anda untuk melakukan aktiviti mendaki! Namun begitu terdapat tarikan yang bakal membuat anda ralit apabila sudah sampai ke puncaknya.

Di sini terdapat tarikan yang begitu ‘instagrammable’ yang dikenali 328 steps of Rainbow Stairways. Lokasi ini merupakan 328 anak tangga yang dicat dengan warna seperti Pelangi.

Huo-Guo-Shan-Bukit-Mertajam-Chee-Wei-Lee
Huo Guo Shan Bukit Mertajam | Imej oleh: Chee Wei Lee

Bukan itu sahaja, selepas 328 anak tangga anda bakal menemui pelbagai jenis patung haiwan yang menarik.

Huo Guo Shan ini turut menyediakan kemudahan dan keselesaan buat pengunjung iaitu trek mendaki, bangku berehat di sepanjang trek serta gerai makanan. Anda boleh mendaki di sini seawal jam 7 pagi dan ia dibuka setiap hari.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2696, Lor Aston Indah 2, 14000 Bukit Mertajam, Penang

Bukit Katak (Frog Hill)

Bukit-Katak-Kelvin-Tan
Bukit Katak | Imej oleh: Kelvin Tan

Bukit Katak ini turut mempunyai sejarah yang tersendiri, di mana ia pernah menjadi tapak perlombongan bijih timah.

Oleh itu Kawasan ini dikelilingi dengan lumpur merah dan tanah liat sepanjang trek pendakian. Memandangkan ia bekas tapak perlombongan, jadi tiada fasiliti yang disediakan seperti tandas dan sebagainya.

Frog-Hills-Alex-Goh
Frog-Hills | Imej oleh: Alex Goh

Lokasi ini agak panas tanpa pokok jadi memerlukan anda menggunakan perlindungan tambahan seperti memakai topi dan membawa air putih secukupnya.

Pendakian selama 20 minit bakal menyajikan panorama kolam biru serta sawah padi yang begitu memukau! Jadi tidak hairanlah jika ia diberi gelaran ‘Jiuzaigou of Malaysia’ dan turut dianggap sebagai permata yang tersembunyi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 7:30pm | CFPM+PX Kubang Semang, Penang

Gereja Saint Anne

Saint-Anne-Church-Allan-Lau
Saint Anne Church | Imej oleh: Allan Lau

Gereja Saint Anne ini ditubuhkan sebagai sebuah gereja kecil pada tahun 1846 oleh seorang paderi Perancis Adolphe Couellan dan mula dibuka pada tahun 1888.

Di sini turut diadakan sambutan tahunan atau perayaan selama 10 hari yang telah menarik lebih 100,000 penganut dari Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Australia.

St-Annes-Water-Suk-Cheing-Tiong
St Annes Water | Imej oleh: Suk Cheing Tiong

Antara perayaan yang diraikan di gereja ini adalah Hari St Patrick dan sambutan hari raya sebenar St Anne di mana mereka mengadakan perarakan lilin selama 45 minit.

Apabila berada di Bukit Mertajam bolehlah lawati bangunan ikonik yang cukup antic ini. Tambahan lagi gereja ini turut dinaikkan taraf menjadi sebuah basilika kecil yang diberikan oleh Takhta Suci.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 14000 Bukit Mertajam, Penang

Menikmati Kelazatan Rasa Char Kuey Teow

Matary-Char-Koay-Teow-Mevin-Ang
Matary Char Koay Teow | Imej oleh: Mevin-Ang

Char Kuey Teow merupakan makanan yang wajib dicuba jika di Penang. Jika berada di Bukit Mertajam, anda boleh menikmati keenakan menu ini di beberapa lokasi yang begitu legend kerana sudah lama beroperasi.

Semestinya rasa char kuey teow tersebut begitu enak dengan kuahnya yang pekat serta dipenuhi dengan lauk udang serta kerrang yang begitu segar!

Wadie-Perda-Char-Koay-Teow-mohammad-fairoz
Wadie Perda Char Koay Teow | Imej oleh: Mohammad Fairoz

Antara beberapa lokasi untuk anda menikmati hidangan ini adalah di Char Kuey Teow Al-Karia, Wadie Char Koey Teow dan Matary Alma Char Koay Teow.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00pm – 2:00am | 485-487, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Pasar Awam Bukit Mertajam

Pasar-Awam-Kampung-Baru-William-Loh
Pasar Awam Kampung Baru | Imej oleh: William Loh

Pasar Awam Bukit Mertajam merupakan pasar basah yang terletak di tengah-tengah bandar Bukit Mertajam. Pasar ini terletak di sepanjang Jalan Pasar yang menghadap ke persimpangan Danby Street.

Ia terletak di bangunan dua tingkat yang mana tingkat bawahnya diperuntukkan untuk bahagian basah manakala bahagian atas untuk kedai yang menjual barangan kering.

Jalan Pasar sering mengalami kesesakan pada waktu pagi kerana orang ramai berpusu-pusu untuk ke sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pasar Awam Kampung Baru Bukit Mertajam, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Bersambung…

Tags: alma bukit mertajambukit mertajam 14000bukit mertajam hotelhotel bukit mertajam
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Yaopey Yong
Pakej Pulau Pinang

26 Aktiviti & Tempat Paling Menarik Di Penang [POPULAR & TERKINI]

  Pulau Pinang adalah destinasi percutian eksotik yang terkenal di dunia. Ianya dikenali, suatu ketika dahulu, sebagai  "Isle of the...

Oleh: Hadi Ghazali
17/12/2021
19.9k
Selanjutnya
Seterusnya
Tempat-Menarik-di-Istanbul

23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR]

Dream Cruises Genting Dream 11

Resort World Cruise Membawakan anda Genting Dream Ke Malaysia

4 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
tempat-menarik-di-johor-bahru-imran-azman
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

11/06/2022
150.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
34.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
48.1k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas