Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pulau Pinang

18 Tarikan Kampung Agong Penang

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
6 Jun, 2026
Kategori: Pakej Pulau Pinang
Masa Bacaan: 3 mins read
28k 1.2k
A A
0
30.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Kampung Agong yang terletak di Bakar Kapur, Penaga ini memakan masa sekitar 15 ke 20 minit pemanduan dari Butterworth dan satu jam perjalanan dari Georgetown.

Kampung Agong Penang bukanlah sekadar sebuah perkampungan yang biasa, malah ia semakin terkenal sebagai ‘Agro Themed Park’ yang bakal menawarkan keasyikkan yang berbeza di dalam suasana kebun pokok kelapa dan sawah padi.

Untuk mengetahui keunikkan tentang lokasi pelancongan pada kali ini, jom teruskan pembacaan anda.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tanah ini mula dibangunkan dengan penanaman pokok kelapa dan sawah padi sekitar tahun 1942 oleh datuk kepada pemilik tempat ini.

Dalam dialek Hokkien, datuk dipanggil sebagai ‘Ah Gong’, dan dari situlah nama Kampung Agong diinspirasikan.

Nama “Agong” sebenarnya berasal daripada perkataan dialek Hokkien/Cina iaitu “Ah Gong” yang bermaksud “Datuk” (Grandfather).

Pemilik tempat pelancongan ini (yang merupakan sebuah keluarga berketurunan Cina) membangunkan tanah dusun kelapa milik datuknya yang dibeli sekitar tahun 1942. Oleh itu, ia dipanggil Kampung “Ah Gong” (Kampung Datuk).

Lokasi yang berkonsepkan seni tradisional ini mengenengahkan konsep jelapang padi serta rumah kampung.

Perlu diberi perhatian: Jadual penanaman padi di Seberang Perai Utara biasanya menghasilkan pemandangan sawah hijau yang cantik sekitar Februari/Mac dan Ogos/September, manakala musim padi menguning/menuai adalah sekitar Mei/Jun dan November/Disember (tertakluk kepada jadual cuaca semasa).

Kampung Agong Penang

  • Lihat Pakej Percutian ke Penang
  • Lihat Penginapan Terbaik Penang
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Penang
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Penang
  • Lihat Peta Percutian di Penang

Waktu Operasi & Tiket Kampung Agong

Kampung Agong Penang

Kampung Agong beroperasi setiap hari seawal jam 9 pagi hingga 6 petang. Bagi warganegara anda dikenakan bayaran RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak dan percuma bagi bawah umur 3 tahun.

Manakala bagi bukan warganegara, tiket dewasa adalah RM18 dan RM12 bagi kanak-kanak serta percuma bagi umur 3 tahun kebawah.

Harga untuk OKU pula RM6 bagi dewasa, RM3 bagi kanak-kanak dan percuma untuk berumur 3 tahun kebawah.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Nota: Harga tiket mungkin tertakluk kepada perubahan semasa daripada pihak pengurusan Kampung Agong


Aktiviti yang menarik di Kampung Agong

Kampung-Agong-Penang

Memandangkan destinasi ini semakin mendapat sambutan daripada pengunjung, pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk memberi lebih keseronokkan buat anda yang berkunjung ke sini.

Ada saja aktiviti dan perkara menarik yang dibawakan komuniti Kampung Agong ini dan antaranya yang terbaru adalah:

Bergambar

Kampung Agong Penang

Kampung Agong mula apabila orang ramai mula memuatnaik pelbagai foto menarik yang mereka rakamkan ketika berada di sini.

Antara lokasi bergambar yang popular adalah 15 sarang burung pelbagai bentuk dan saiz, buai gergasi, piano putih di tepi sawah, kereta lembu dan banyak lagi!

Berbasikal

Kampung Agong Penang

Mereka turut menyediakan laluan berbasikal bagi memudahkan pengunjung untuk menghayati keindahan suasana Kampung Agong.

Apa yang menarik anda boleh menyewa basikal samada yang moden atau basikal tua yang sangat menarik.

Berkelah

Kampung Agong Penang

Anda juga boleh merasai pengalaman berkelah di kawasan kampung dengan beralaskan tikar mengkuang sambil menikmati hidangan seperti orang kampung.

Terdapat juga pondok atau kawasan lapang dengan kerusi yang boleh disewa untuk sekeluarga bersantai.

Berkhemah

Kampung Agong Penang

Nak bermalam di sini? Selain mengambil pakej homestay, anda boleh menempah pakej untuk berkhemah yang turut mempunyai aktiviti barbeku. Biasa berkhemah di kawasan hutan je kan?

Jom rasai aktiviti berkhemah di kawasan kampung pula. Pagi-pagi boleh dengar penggera semulajadi iaitu bunyi ayam berkokok.

Bermain Layang-layang

Kampung-Agong-Penang

Untuk aktiviti yang satu ini adalah bermusim di mana musim angin yang kuat barulah anda berpeluang merasai pengalaman menaikkan layang-layang.

Anak-anak bandar pasti teruja untuk mencuba permainan ini.

Menuai Padi

Kampung Agong Penang

Sama seperti bermain layang-layang, untuk merasai pengalaman menuai padi ini juga adalah bermusim.

Jika anda ke sini pada musim menuai padi bolehlah turun ke bendang bersama-sama para petani untuk melihat mereka menuai padi dan mengetahui pelbagai kaedah unik dalam penghasilan padi ini.

Memberi Makan Ikan

Kampung-Agong-Penang

Kampung Agong mempunyai kolam yang dikenali sebgai Kolam Lili kerana dipenuhi dengan tumbuhan spesies lili.

Di sini mereka mempunyai beberapa spesies ikan dan turut membenarkan pengunjung untuk memberi makan ikan tersebut.

Menggayakan Pakaian Tradisional

Kampung Agong Penang

Dah berkunjung ke kawasan perkampungan ni apakata cuba mengenakan pakaian tradisional mereka, barulah lebih menikmati suasana kampung.

Anda boleh memilih beberapa koleksi pakaian tradisional yang disediakan dan jangan lupa berposing sakan ye!

Melawat Ladang Ayam Mini

Kampung-Agong-Penang

Anda bukan sahaja boleh melihat beberapa spesies ayam yang diternak, malah boleh belajar tentang cara untuk menternak bermula daripada telur ayam hinggalah ia menetas dan mengeluarkan hasil semula.

Terdapat juga kawanan lembu dipelihara disini.

Jelajah Tram

Kampung Agong Penang

Taknak mengayuh basikal? Atau datang dalam bilangan ahli yang ramai? Jom menaiki tram untuk menikmati suasana Kampung Agong.

Anda bakal dibawa mengelilingi kawasan kampung selama 10 ke 15 minit.

Jelajah Dusun Buah-buahan

Kampung-Agong-Penang

Bercuti ke sini pada musim buah pasti lebih menyeronokkan kerana anda berpeluang untuk menikmati keenakkan buah-buahan tempatan seperti kelapa, betik, belimbing, durian belanda dan lain-lain.

Susana kampung terasa apabila dapat memetik buah dipagi hari.

Melihat Sarang Lebah

Kampung-Agong-Penang

Nak tengok bagaimana koloni lebah bekerja dalam menghasilkan madu dan merasai sendiri madu itu?

Jom ke ladang lebah pula bagi mengetahui pelbagai fakta menarik tentang haiwan kecil ini.

Permainan Tradisional

Kampung Agong Penang

Selain menggayakan pakaian tradisional serta menjelajah kawasan kampung, jom mencuba permainan tradisional yang begitu popular seperti congkak dan jongkang jongket!

Menariknya jongkang jongket di sini diperbuat daripada batang pokok kelapa ye.

Menunggang Kuda

Kampung Agong Penang

Bawa anak-anak anda untuk menaiki kuda pasti memberikan lebih keseronokkan buat mereka.

Jom beramah mesra dengan Puteri, Bushra, Uncle Lucky, Snoopy dan Princess Appalosa di Kampung Agong ini.


Penginapan di Kampung Agong

Kampung Agong Penang

Selain berkhemah anda boleh menempah homestay untuk menginap di sini.

Homestay di sini direka seperti rumah tradisional tinggi yang beratapkan nipah untuk anda merasai kehidupan seperti zaman dahulu di kampung.

Kampung-Agong-Penang

Ia dilengkapi dengan balkoni, dapur, bilik tidur, tandas dan beberapa barangan asas.

Antara pilihan homestay yang terdapat di sini adalah Homestay Terkukur (3 Pax) yang menawarkan pakej sarapan kampung secara percuma! Harga bagi hari biasa dan hujung minggu adalah berbeza.


Acara istimewa di Kampung Agong

Kampung-Agong-Penang

Kampung Agong bukan sahaja beroperasi sebagai tarikan pelancongan malah ia turut terbuka untuk sebarang acara istimewa.

Sebagai contoh anda boleh menempah kawasan ini untuk aktiviti berkelah, explorace, majlis perkahwinan, lawatan sekolah dan lain-lain.

Kampung Agong Penang

Untuk pengetahuan anda di sini pernah diadakan sambutan hari raya, sambutan hari kemerdekaan dan penggambaran filem kebudayaan.

Bersambung…

Tags: Homestay Kampung Agongkampung agong chaletkampung agong hotelkampung agungtiket kampung agong
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-bukit-mertajam
Pakej Pulau Pinang

15 Tempat Menarik di Bukit Mertajam

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Bukit Mertajam yang anda boleh lakukan? Jika ke utara pastikan anda singgah disini....

Oleh: Hadi Ghazali
10 Jun, 2026
44k
tempat menarik di penang
Pakej Pulau Pinang

91 Tempat Menarik Di Penang Terkini

  Pulau Pinang adalah destinasi percutian eksotik yang terkenal di dunia. Ianya dikenali, suatu ketika dahulu, sebagai  "Isle of the...

Oleh: Hadi Ghazali
10 Februari, 2026
26.8k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
33.6k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86.7k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.1k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my