Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
8 Oktober, 2025
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
28.6k 2.2k
A A
22
Tempat Menarik di Bukit Tinggi
32.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Bukit Tinggi Pahang adalah salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Apakah tempat menarik di Bukit Tinggi berbaloi dikunjungi?

Terletak di Daerah Bentong, Bukit Tinggi menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua golongan.

Sama ada anda mencari suasana sejuk, seni bina menawan, aktiviti lasak, atau relaksasi, anda pasti akan menemui sesuatu yang memenuhi cita rasa anda di Bukit Tinggi.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tempat-Menarik-di-Bukit-Tinggi

  • Lihat Pakej Percutian di Bukit Tinggi
  • Lihat Penginapan Terbaik di Bukit Tinggi
  • Lihat Aktiviti Menarik di Bukit Tinggi
  • Lihat Peta Percutian di Bukit Tinggi

Pin

  • 1 Bergambar di Pintu Masuk Colmar Tropicale
  • 2 Menunggang Kuda di Berjaya Hills Horse Trails
  • 3 Melawat Rabbit Park
  • 4 Mencabar Diri di Adventure Park
  • 5 9D Motion Adventure
  • 6 Melawat Japanese Village
  • 7 Mengenali herba di Botanical Garden
  • 8 Bermain golf di Berjaya Hills Golf & Country Club (BHGCC)
  • 9 Kehijuan Kesyar Falls Eco Sanctuary
  • 10 Puncak Rimba Bukit Tinggi
  • 11 Menikmati hidangan di Restoran Ala Perancis
  • 12 Menginap di Hotel
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda harus memilih Bukit Tinggi sebagai destinasi percutian anda:


Bergambar di Pintu Masuk Colmar Tropicale

Colmar-Tropicale-Bukit-Tinggi-2
Pemandangan Bukit Tinggi

Bukit Tinggi terletak di kawasan hutan tropikal yang tertua di Malaysia ini memberi pengalaman seolah-olah anda berada di negara Perancis.

Colmar Tropicale yang dibuka sekitar tahun 2000 ini menjadi tumpuan pelancong untuk datang bergambar, bersiar-siar dan berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Setibanya di Colmar Tropicale, perkara pertama yang wajib pelancong lakukan adalah bergambar di hadapan pintu masuknya!

Anda bakal berjalan di sepanjang jambatan kayu yang merentangi sebuah tasik. Keindahan kawasan sekitar menjadikannya seperti anda berada di dunia fantasi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Pakej | Lihat Tiket | Lihat Peta | KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Menunggang Kuda di Berjaya Hills Horse Trails

Colmar-Tropicale-Berjaya-Hills-Horse-Ride-Adventure-2
Horse Trails

Aktiviti menunggang kuda begitu menarik untuk anda cuba, tambahan lagi kuda di sini bukanlah daripada baka yang biasa-biasa!

Kuda yang terdapat di sini daripada baka Australia, Arab Draf cross, Appaloosa, Standard Bred, Argentina Criollo dan Palomino Sisters.

Pusat menunggang kuda ini diuruskan oleh jurulatih antarabangsa yang profesional dan arif tentang kuda.

Aktiviti ini boleh disertai oleh orang dewasa dan kanak-kanak mengikut trail yang berbeza seperti kawasan berbukit, lembah atau landai. Pasti seronok menunggang kuda sambil melihat pemandangan bukit-bukau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Bukit Tinggi Southern Loop Rd, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Melawat Rabbit Park

Taman-Arnab-Bukit-Tinggi
Taman Arnab

Destinasi keluarga yang menyeronokkan menanti anda di Taman Arnab yang menempatkan lebih 40 arnab daripada pelbagai spesies.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Para pelancong boleh memanjakan diri dengan memeluk dan memberi makan kepada haiwan comel ini di kawasan lapang di mana mereka bebas berkeliaran.

Antara kemudahan di taman ini adalah taman permainan kanak-kanak, tandas dan kiosk makanan ringan.


  • Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Mencabar Diri di Adventure Park

Adventure Park
Adventure Park

Adventure Park mempunyai beberapa pilihan aktiviti lasak yang menyeronokkan untuk anda terokai bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Menariknya di sini, terdapat flying fox yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 1 km dan setinggi 100 meter.

Anda boleh mencuba aktiviti yang lebih santai iaitu canopy walk dan jungle treking. Jika anda ke sini secara berkumpulan, aktiviti paintball warfare begitu sesuai untuk anda beraksi.

Selain aktiviti tersebut, Adventure Park turut menawarkan rock climbing dan high rope obstacle course.


  • Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

9D Motion Adventure

family-having-fun-bukit-tinggi

Datang dan rasai keseronokan pengembaraan dengan grafik dan tempat duduk bergerak dengan perjalanan 9D Motion Adventure di Colmar Tropicale.

Tarikan ini membolehkan anda untuk merasai efek hujan, angin kencang serta getaran ketika menikmati teater!

Anda boleh memilih perjalanan dan genre yang berbeza dengan harga RM20 setiap seorang dan jangan lepaskan peluang untuk merasai tarikan unik ini bersama rakan dan keluarga anda.


Melawat Japanese Village

Colmar-Tropicale-Bukit-Tinggi-Japanese-Village-Promo
Japanese Village

Walaupun Colmar Tropicale ini berkonsepkan Perancis, di sini turut terdapat sebuah Japanase Village untuk anda merasai kehidupan orang Jepun.

Di taman ini anda berpeluang untuk menyewa kimono sambil berjalan-jalan di sekitarnya, dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pakaian tradisi mereka.

Selain mengenakan pakaian tradisi Jepun, anda boleh menikmati urutan badan Kyukyoku di Tatami Spa yang begitu menenangkan.

Selain itu pengalaman menikmati teh di Japanase Tea House serta menjamu selera di Ryo Zan Tei Restaurant turut menarik untuk melengkapkan percutian ala Jepun anda!


  • Lihat Peta |  9:30am – 5:00pm | km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750

Mengenali herba di Botanical Garden

Botanical-Garden-Ali-Abdollahi
Botanical Garden | Imej oleh: Ali Abdollahi

Satu lagi tarikan di Japanase Garden adalah Botanical Garden iaitu sekitar 5 minit dari Colmar Tropicale.

Anda boleh ke sini menaiki kereta atau bas ulang-alik yang disediakan. Taman herba dengan luas 4 ekar ini mempunyai herba dan paku-pakis yang ditanam di sepanjang laluan penjalan kaki.

Bukan sahaja tumbuhan herba, pokok bunga hiasan seperti orkid turut menghiasi taman ini. Anda boleh bergambar di kawasan jambatan atau bangku yang disediakan.


  • Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | KM48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Bentong, Pahang

Bermain golf di Berjaya Hills Golf & Country Club (BHGCC)

berjaya-hills-golf-country-club
BHGCC

Padang golf yang berkeluasan 16,000 ekar ini menjanjikan pengalaman bermain golf yang tidak dapat dilupakan.

Bermain golf di kawasan tanah tinggi pasti berbeza dengan padang golf yang biasa. Padang golf disini menyediakan kemudahan yang cukup hebat dan menjadi ‘’Top 20 Best Golf Course in Malaysia’’ dan ‘’4th Most Scenic Hole in Malaysia’’ pada tahun 2010-2011.

Jadi tidak hairanlah jika padang golf ini pernah menyaksikan beberapa kejohanan golf peringkat antarabangsa seperti Terbuka Amatur Antara Pasukan Dunia.

Anda juga boleh menikmati snek di The Golfer’s Lounge atau melihat barangan golf di Kedai Pro mereka.


  •  Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 11:00pm | KM 48, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Kehijuan Kesyar Falls Eco Sanctuary

Kesyar Falls Eco Sanctuary
Imej oleh: Michelle T

Destinasi semula jadi tersembunyi di Bukit Tinggi yang menawarkan suasana tenang dan kehijauan hutan tropika.

Air terjun bertingkat ini sesuai untuk aktiviti hiking ringan, berkelah, dan fotografi alam.

Laluan ke lokasi agak mencabar tetapi berbaloi dengan pemandangan yang memukau.

Ia kurang dikomersialkan, menjadikannya pilihan ideal bagi pencinta alam yang inginkan ketenangan jauh dari kesibukan pelancongan biasa. Pastikan memakai kasut sesuai dan bawa bekalan air.


Puncak Rimba Bukit Tinggi

Puncak Rimba Bukit Tinggi
Puncak Rimba Bukit Tinggi

Konsep enginapan eksklusif berkonsepkan vila hutan yang terletak di tengah kehijauan tropika. Ia menawarkan suasana tenang, jauh dari kesibukan bandar, sesuai untuk percutian romantik atau rehat minda.

Dikelilingi flora dan fauna semula jadi, pengunjung boleh menikmati udara segar, bunyi alam, serta pemandangan bukit yang memukau.

Setiap vila direka dengan elemen kayu dan seni bina tradisional, mencipta pengalaman mewah yang selesa dan damai.

Tempat ini juga popular untuk sesi fotografi dan majlis peribadi.


Menikmati hidangan di Restoran Ala Perancis

Le-Flamme-Perancis
Le Flamme

Sudah penat meneroka isi Bukit Tinggi ini, perut anda pasti minta diisi semula. Jom terokai beberapa pilihan restoran yang menyediakan pelbagai menu utama dan pencuci mulut yang enak.

Le Blason menyediakan hidangan melayu serta sesuai untuk menikmati barbeku di waktu malam. Le Flamme adalah restoran kaki lima seperti di Perancis yang menyajikan hidangan pasta serta pizza.

Akhir sekali destinasi kafe bagi mendapatkan hidangan ringan iaitu La Boulangerie Cafe sesuai untuk anda menikmati hidangan pastri, sandwic dan pencuci mulut.


Menginap di Hotel

Colmar-Tropicale-Bukit-Tinggi-4

Untuk rasai pengalaman yang lebih menarik, bolehlah bermalam di sini bersama ahli keluarga anda. Pelbagai pilihan penginapan yang disediakan seperti deluxe room, family room dan La Colmar Suite dengan kemudahan yang cukup memuaskan.

Selain menginap di Colmar Tropicale, anda boleh memilih untuk menginap di The Chateau Spa & Wellness Resort yang begitu mewah.

Di sini anda boleh memanjakan diri di La Sante Spa yang menyediakan pelbagai pilihan rawatan seperti gentle facials, therapeutic body wrap, therapeutic massage, wellness antidote dan banyak lagi.

Ada cadang percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang terkini yang anda boleh kongsikan?

Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.7k
Percutian Scandinavia
Pakej Popular

Percutian Scandinavia: Destinasi Impian Pelancong Malaysia

Negara-negara Scandinavia, yang terdiri daripada Norway, Sweden dan Denmark, merupakan destinasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong Malaysia yang ingin...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
610
Selanjutnya

Komen 22

  1. blank abdullah says:
    + -

    nama hotel dlm pakej ini

    Reply
  2. blank khairul says:
    + -

    Kalau nak ke trans studio tiket perlu dibayar sendiri atau masuk sekali dalam pakej?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Trans Studio adalah pilihan. Pakej tidak termasuk tiket Trans Studio.

  3. blank aishah says:
    + -

    hi nak tanya package nie masih valid x?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya masih sah Cik Aishah. Sila dapatkan sebutharga untuk percutian cik.

Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my