Apakah aktiviti dan tempat menarik di Bukit Mertajam yang anda boleh lakukan? Jika ke utara pastikan anda singgah disini.
Terletak tepat di seberang jambatan Pulau Pinang yang pertama, Bukit Mertajam merupakan salah satu tarikan di Seberang Perai dan terdapat banyak perkara menarik untuk dilakukan serta makanan yang sedap-sedap yang anda tidak boleh abaikan.
Ramai orang yang datang ke Negeri Pulau Pinang hanya melewati Bukit Mertajam (juga dikenali sebagai “BM”) dan sejujurnya mereka terlepas peluang.
Hakikatnya ialah majoriti gaya kehidupan sebenar Pulau Pinang yang dikatakan “real living heritage” yang boleh dilihat di kebanyakan hotel butik Pulau Pinang, restoran bertema cina lama, dinding yang dihiasi dengan seni jalanan Pulau Pinang, bar tersembunyi dan kafe aseptik untuk golongan hipster pada realitinya sangat hidup di Bukit Mertajam.

- Lihat Penginapan Terbaik di Bukit Mertajam
- Lihat Tiket Penerbangan ke Bukit Merajam
- Lihat Aktiviti Popular di Bukit Mertajam
- Lihat Peta Percutian di Bukit Mertajam
PinJom kita lihat tempat-tempat menarik di Bukit Mertajam.
Taman Rimba Bukit Mertajam

Taman Rimba Bukit Mertajam yang turut dikenali Cherok To’Kun ini mempunyai keluasan sekitar 37.0 hektar dengan puncak tertinggi 545.0 meter dari aras laut.
Taman rimba yang merupakan hutan lipur ini begitu terkenal di Bukit Mertajam kerana ia masih menyimpan khazanah alam seperti pokok Meranti Seraya dan pokok Meranti Rambai Daun.

Aktiviti yang sering mendapat sambutan di sini adalah mendaki bukit melalui Jeep Track dan acara downhill mountain bike.
Aktiviti mendaki di sini mempunyai jarak sekitar 3.6 kilometer dengan tempoh masa lebih kurang satu jam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 8:00pm | Jalan Kolam, Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Hutan Simpan Bukit Seraya

Satu lagi lokasi yang begitu berbaloi untuk anda lawati terutamanya bagi peminat aktiviti lasak adalah Bukit Seraya.
Jika anda meminati aktiviti mendaki, lokasi ini merupakan destinasi yang tepat buat anda. Sepanjang pendakian anda bakal menyaksikan keindahan pokok bonsai, pokok seraya dan air terjun Tok Janggut.

Satu lagi tarikan di sini adalah tinggalan empangan yang berketinggian bangunan tiga tingkat.
Tinggalan empangan ini dikatakan telah dibina oleh British Ketika abad ke-20 untuk tujuan bekalan tenaga kepala keretapi wap air pada zaman tersebut.
Tambahan lagi, Bukit Seraya sebenarnya terletak bertepatan di garisan sempadan antara Bukit Mertajam (Pulau Pinang) dan Kulim (Kedah).
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kolam, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Empangan Mengkuang

Empangan Mengkuang merupakan empangan air terbesar di Negeri Pulau Pinang yang telah beroperasi sejak tahun 1985. Empangan yang berkeluasan 3.9km persegi ini mampu menampung jumlah takungan air sebanyak 236 billion liter.
Jadi apa yang anda boleh lakukan di sini?

Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk menikmati kehijauan alam sekitar, berjoging dan juga berkayak.
Lokasi pernah menjadi tuan rumah bagi acara sukan air peringkat negeri dan antarabangsa iaitu Kejohanan Tahunan Perahu Naga.
Nota penting: Sebagai fasiliti strategik di bawah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), ada kalanya akses dihadkan bergantung kepada kapasiti atau SOP keselamatan semasa.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 7:00pm | P133, Kampung Mengkuang, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang
BM Best Cendol

Dah penat meneroka Kawasan hutan di Bukit Mertajam? Jom basahkan tekak dengan memesan semangkuk cendol di BM Best Cendol pula.
BM Best Cendol merupakan lokasi wajib untuk anda singgah kerana ia menyediakan cendol yang terbaik di sini.

Lokasi yang terletak di Gerai Jalan Danby ini menyediakan pelbagai cendol seperti cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang dan cendol biasa.
Anda juga boleh memesan makanan bergoreng sebagai hidangan tambahan, antaranya nasi, bihun, kuey teow dan maggi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:30pm | Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
BM Cup Rice

Seperti yang kita tahu Pulau Pinang begitu terkenal dengan ‘street food’ yang sentiasa menjadi buah mulut para pengunjung.
Tidak ketinggalan bagi Bukit Mertajam yang turut terkenal dengan ‘street food’ seperti BM Cup Rice atau nasi cawan yang menggunakan resepi turun-temurun.

Gerai yang sudah beroperasi sejak pertengahan tahun 1970 ini menawarkan nasi cawan yang secukup rasa dan beraroma herba.
Jadi tidak hairanlah jika ada pengunjung yang datang dari jauh dan membeli menu ini dengan banyak untuk dibawa pulang, tambahan lagi ia boleh bertahan sehingga dua ke minggu di dalam peti ais.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 9:00pm | 74, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Hua Guo Shan

Destinasi yang satu ini turut memerlukan anda untuk melakukan aktiviti mendaki! Namun begitu terdapat tarikan yang bakal membuat anda ralit apabila sudah sampai ke puncaknya.
Di sini terdapat tarikan yang begitu ‘instagrammable’ yang dikenali 328 steps of Rainbow Stairways. Lokasi ini merupakan 328 anak tangga yang dicat dengan warna seperti Pelangi.

Bukan itu sahaja, selepas 328 anak tangga anda bakal menemui pelbagai jenis patung haiwan yang menarik.
Huo Guo Shan ini turut menyediakan kemudahan dan keselesaan buat pengunjung iaitu trek mendaki, bangku berehat di sepanjang trek serta gerai makanan. Anda boleh mendaki di sini seawal jam 7 pagi dan ia dibuka setiap hari.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2696, Lor Aston Indah 2, 14000 Bukit Mertajam, Penang
Bukit Katak (Frog Hill)

Bukit Katak ini turut mempunyai sejarah yang tersendiri, di mana ia pernah menjadi tapak perlombongan bijih timah.
Oleh itu Kawasan ini dikelilingi dengan lumpur merah dan tanah liat sepanjang trek pendakian. Memandangkan ia bekas tapak perlombongan, jadi tiada fasiliti yang disediakan seperti tandas dan sebagainya.

Lokasi ini agak panas tanpa pokok jadi memerlukan anda menggunakan perlindungan tambahan seperti memakai topi dan membawa air putih secukupnya.
Pendakian selama 20 minit bakal menyajikan panorama kolam biru serta sawah padi yang begitu memukau! Jadi tidak hairanlah jika ia diberi gelaran ‘Jiuzaigou of Malaysia’ dan turut dianggap sebagai permata yang tersembunyi.
Nota: Frog Hill terletak di kawasan Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU). Bukit Mertajam pula berada di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dengan jarak memandu antara kedua-duanya hanya sekitar 20–30 minit.
Jadi mungkin agak kurang sesuai dilabelkan sebagai tarikan Bukit Mertajam tetapi kerana tempat ini unik, adalah berbaloi untuk menyenaraikan sekali.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 7:30pm | CFPM+PX Kubang Semang, Penang
Gereja Saint Anne

Gereja Saint Anne ini ditubuhkan sebagai sebuah gereja kecil pada tahun 1846 oleh seorang paderi Perancis Adolphe Couellan dan mula dibuka pada tahun 1888.
Di sini turut diadakan sambutan tahunan atau perayaan selama 10 hari yang telah menarik lebih 100,000 penganut dari Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Australia.

Antara perayaan yang diraikan di gereja ini adalah Hari St Patrick dan sambutan hari raya sebenar St Anne di mana mereka mengadakan perarakan lilin selama 45 minit.
Apabila berada di Bukit Mertajam bolehlah lawati bangunan ikonik yang cukup antic ini. Tambahan lagi gereja ini turut dinaikkan taraf menjadi sebuah basilika kecil yang diberikan oleh Takhta Suci.
Kemaskini: Pada tahun 2019, gereja ini telah diberikan status Minor Basilica oleh Pope Francis.
Nama rasminya kini ialah Minor Basilica of St. Anne. Ini adalah satu penghormatan besar dan menaikkan lagi nilai pelancongan lokasi tersebut. Acara tahunan St. Anne’s Feast pada akhir bulan Julai sentiasa menarik lebih 100,000 pelawat.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 14000 Bukit Mertajam, Penang
Menikmati Kelazatan Rasa Char Kuey Teow

Char Kuey Teow merupakan makanan yang wajib dicuba jika di Penang. Jika berada di Bukit Mertajam, anda boleh menikmati keenakan menu ini di beberapa lokasi yang begitu legend kerana sudah lama beroperasi.
Semestinya rasa char kuey teow tersebut begitu enak dengan kuahnya yang pekat serta dipenuhi dengan lauk udang serta kerrang yang begitu segar!

Antara beberapa lokasi untuk anda menikmati hidangan ini adalah di Char Kuey Teow Al-Karia, Wadie Char Koey Teow dan Matary Alma Char Koay Teow.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00pm – 2:00am | 485-487, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Pasar Awam Bukit Mertajam

Pasar Awam Bukit Mertajam merupakan pasar basah yang terletak di tengah-tengah bandar Bukit Mertajam. Pasar ini terletak di sepanjang Jalan Pasar yang menghadap ke persimpangan Danby Street.
Ia terletak di bangunan dua tingkat yang mana tingkat bawahnya diperuntukkan untuk bahagian basah manakala bahagian atas untuk kedai yang menjual barangan kering.
Jalan Pasar sering mengalami kesesakan pada waktu pagi kerana orang ramai berpusu-pusu untuk ke sini.
Insiden kebakaran pada tahun 2014 memusnahkan sebahagian tingkat atas pasar lama.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pasar Awam Kampung Baru Bukit Mertajam, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Vangohh Eminent
Vangohh Eminent merupakan sebuah pusat rekreasi dan hotel bertaraf mewah yang sangat tular kerana rekaan dalamannya yang sangat eksklusif dan estetik.
Tempat ini mempunyai pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang mini bertema (Aqua Splash) yang mesra kanak-kanak, spa premium, gimnasium moden, serta restoran pelbagai tema yang sangat unik.
Ia sangat sesuai untuk pelancong yang inginkan percutian gaya hidup (lifestyle) yang santai atau sekadar berehat pada hujung minggu dalam suasana yang menenangkan, elegan dan penuh bergaya bersama yang tersayang.
-
Alamat: 3406, Jalan Machang Bubok 2, Taman Machang Bubok, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
-
Harga Tiket: Kemasukan percuma untuk kawasan restoran; bayaran berbeza mengikut penggunaan fasiliti (Contoh Aqua Splash: anggaran RM15 – RM25).
Kids CEO Playland
Jika anda bercuti bersama anak-anak kecil, ini adalah ‘syurga’ idaman untuk mereka!
Kids CEO Playland merupakan taman permainan dalaman (indoor playground) pelbagai tingkat yang direka khusus dengan bermacam-macam zon interaktif.
Anak-anak boleh mencuba gelongsor tinggi, kolam bola, memanjat halangan yang selamat, dan melakukan pelbagai aktiviti simulasi (seperti menjadi bomba atau doktor).
Tempat ini berhawa dingin sepenuhnya, menjadikannya pilihan utama ibu bapa untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak tanpa perlu risau tentang cuaca panas atau hujan di luar.
-
Alamat: 3, Jalan Perda Jaya, Kawasan Perniagaan Perda Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
-
Harga Tiket: Anggaran RM25 – RM45+ (Harga berbeza mengikut pakej harian atau hujung minggu).
BM Art Walk
Pekan Lama Bukit Mertajam kini semakin popular dan kembali hidup dengan tarikan baharu khususnya di kawasan BM Art Walk.
Lorong-lorong lama di sini telah dihiasi dengan pelbagai lukisan mural yang sangat kreatif, memaparkan nostalgia sejarah, budaya, dan gaya hidup masyarakat setempat.
Sambil bergambar cantik untuk media sosial dengan berlatarbelakangkan bangunan warisan, anda juga boleh meneroka sekitar pekan ini untuk menikmati kopi klasik atau menjamu selera pelbagai makanan tempatan asli yang sangat mudah dijumpai di kawasan ini.
-
Alamat: Lorong Ann Cheng (Pekan Lama), 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
-
Harga Tiket: Percuma.
Icon City Bukit Mertajam
Icon City adalah pusat komersial dan gaya hidup yang paling meriah serta moden di Bukit Mertajam.
Kawasan ini amat popular untuk kunjungan waktu malam kerana limpahan lampu neon yang cantik dan menjadi pusat sehenti kepada pencinta makanan.
Di sini terdapat lambakan kafe hipster yang tular, kedai pencuci mulut mewah, pelbagai restoran antarabangsa (seperti Jepun dan Barat), serta tempat santai yang sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan.
Ia lokasi wajib singgah jika anda inginkan pengalaman makanan yang moden dan pelbagai budaya.
-
Alamat: Jalan Icon City, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
-
Harga Tiket: Percuma (Hanya perlu bayar untuk makanan/pembelian anda).
Taman Rekreasi PBAPP Bukit D.O.
Bagi penggemar kecergasan, Taman Rekreasi Bukit D.O. adalah destinasi beriadah ikonik yang cukup popular di kalangan penduduk tempatan.
Ia merupakan sebuah taman berbukit yang sangat menghijau, terurus rapi, dan mempunyai laluan trek bersimen yang amat selesa untuk aktiviti berjoging.
Anda boleh mendaki perlahan-lahan ke puncak bukit rekreasi ini untuk menghirup udara segar sambil menikmati persekitaran yang mendamaikan.
Suasananya yang teduh dengan rimbunan pokok menjadikannya amat sesuai untuk memulakan aktiviti senaman pagi atau bersantai bersama keluarga pada waktu petang.
-
Alamat: Jalan Chan Ewe Pin, Taman Kekwa, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
-
Harga Tiket: Percuma.
Bersambung…


