Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Johor

10 Aktiviti Menarik Percutian di Pulau Tinggi Mersing

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
Kategori: Pakej Johor
Masa Bacaan: 2 mins read
5.7k 431
A A
0
tempat-menarik-di-pulau-tinggi
6.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Pernah dengar tentang Pulau Tinggi Mersing? Pulau Tinggi kurang dikenali tapi itu yang terbaik untuk pulau yang cantik ini.

Daerah Mersing tidak asing lagi sebagai rumah kepada beberapa pulau yang cantik di Malaysia.

Rata-rata pengunjung pasti tidak mengetahui bahawa daerah ini menpunyai tarikan pulau yang tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan pulau-pulau terkenal yang terdapat di negeri lain.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Antaranya Pulau Tinggi atau Pulau Topi Jeneral (General’s Hat Island) yang kurang dikomersialkan, namun begitu berbaloi untuk diterokai.

Pulau Tinggi yang berbentuk seperti topi ini terletak berdekatan dengan Pulau Besar, Pulau Rawa dan Pulau Sibu yang lebih terkenal dalam kalangan pelancong.

Untuk tiba ke Pulau Tinggi, anda hanya perlu menaiki bot selama 45 minit sahaja dari Jeti Tanjung Leman atau Jeti Mersing, jadi bagi yang mabuk laut destinasi ini masih sesuai untuk anda lawati.

Walaupun kurang dibangunkan, pulau ini masih menyediakan beberapa pilihan penginapan yang selesa buat anda seperti resort dan chalet yang bertaraf tiga bintang.

Jeti-Pulau-Tinggi-Mersing-Anis-Najihah
Jeti Pulau Tinggi | Imej oleh: Anis Najihah
  • Lihat Promosi Percutian Pulau Terkini
  • Lihat Penginapan di Pulau Tinggi
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Johor Bahru
  • Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor 
  • Lihat Peta Percutian di Pulau Tinggi

Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Tinggi

Aktiviti-Kayak-di-Pulau-Tinggi-Siti-Zaidah
Aktiviti Kayak di Pulau Tinggi | Imej oleh: Siti Zaidah

Aktiviti snorkeling dan selam skuba semestinya aktiviti air yang wajib anda lakukan untuk menikmati percutian di kawasan pulau.

Tidak ketinggalan bagi Pulau Tinggi yang merupakan salah satu taman marin yang dilindungi ini, semestinya keindahan dasar lautnya bakal mempersonakan anda!

Kejernihan air lautnya bakal menemukan anda dengan spesises hidupan laut yang eksotik seperti kepelbagaian terumbu karang, dugong, kuda laut, ikan garupa dan banyak lagi yang jarang ditemui di pulau lain.

Pantai-Pulau-Tinggi-Mersing-Vana-2
Pantai Pulau Tinggi | Imej oleh: Vana

Seterusnya anda boleh menyertai aktiviti island hoping ke pulau-pulau kecil di situ untuk sambung meneroka isi dasar laut tersebut! Anda boleh ke Pulau Mentigi, Pulau Simbang atau Pulau Lima Besar yang turut sesuai untuk anda bawak kanak-kanak mandi-manda.

Sebagai contoh Pulau Mentigi yang mengalami fenomena air pasang surut yang membolehkan anda melihat ke dasar laut tanpa perlu menyelam apabila air mulai surut.

Terumbu-Karang-Pulau-Tinggi-Mersing-Anis-Najihah
Terumbu Karang Pulau Tinggi | Imej oleh: Anis Najihah

Bagi menyaksikan keindahan Pulau Tinggi daripada aras yang tinggi, anda boleh mendaki ke puncak Gunung Semundu yang berketinggian 600 meter dari paras laut.

Pendakian ke puncak Gunung Semundu boleh dikatakan agak mencabar kerana memerlukan kira-kira 3 jam pendakian untuk tiba ke puncaknya.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Pulau-Tinggi-Mohd-Zamri
Pulau Tinggi | Imej oleh: Mohd Zamri

Namun begitu, pemandangan yang menanti anda pasti dapat menghilangkan segala penat lelah sepanjang tempoh pendakian tersebut.

Untuk menyertai aktiviti ini, anda dinasihatkan untuk merancang dengan sebaiknya bagi memastikan perjalanan anda lancar.

Air-Terjun-Pulau-Tinggi-Bubbli-Marzar
Air Terjun Pulau Tinggi | Imej oleh: Bubbli Marzar

Jika inginkan aktiviti lasak yang lebih santai anda mungkin boleh memilih untuk jelajah hutan ke Air Terjun Pulau Tinggi.

Bukan sahaja lebih santai malah titik pengakhirannya juga pasti menyeronokkan sebaik sahaja kaki anda menyentuh air sungainya!  Untuk tiba ke kawasan air terjun ini, anda hanya perlu meredah kawasan hutan sekitar 45 minit dengan bantuan jurupandu yang terlatih.

Resort-Pulau-Tinggi-Mersing-Esther-Molina
Pantai Resort di Pulau Tinggi Mersing | Imej oleh: Esther Molina

Bagi yang bercuti bersama-sama anak kecil, jangan lepaskan peluang untuk membawa mereka melawat Muzium & Pusat Penetasan Telur Penyu.

Mereka pasti berasa teruja untuk melihat koleksi anak-anak penyu yang terdapat di sini. Muzium yang turut berfungsi untuk memulihara dan melindungi habitat ini mengumpulkan telur penyu dengan selamat untuk ditetas sebelum melepaskannya ke laut apabila tiba masanya.

Pantai-Pulau-Tinggi-Mersing-Vana
Pantai Pulau Tinggi Mersing | Imej oleh: Vana

Selain Pusat Penentasan Penyu, anda boleh membawa anak-anak ke Zoo Mini Shaz yang dimajukan oleh pihak Shaz Resort.

Di sini kanak-kanak turut berpeluang untuk menyentuh atau memberi makan beberapa haiwan seperti arnab, burung merak, kuda dan lain-lain.

Selesai di bahagian zoo, bolehlah melawat ke taman botanik dan herba mereka pula. Nak lagi syok, bawa la anak-anak melihat kelawar buah bewarna hitam dan jingga yang terdapat di habitatnya!

Terumbu-Karang-Pulau-Tinggi-Mersing-Anis-Najihah
Terumbu Karang Pulau Tinggi | Imej oleh: Anis-Najihah

Pulau Tinggi yang diselaputi dengan hutan pamah dipterokarpa ini begitu kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan seperti rotan dan kayu balak.

Pulau ini turut mempunyai kawasan hutan bakau yang dijadikan sebagai tarikan pelancongan terutamanya pada waktu malam.

Resort-Pulau-Tinggi-Nurrad-Zieah
Resort Pulau Tinggi | Imej oleh: Nurrad Zieah

Anda boleh menyaksikan kelip-kelip dengan menaiki sampan di dalam kegelapan malam. Aktiviti ini boleh dikatakan begitu rare kerana tiada di pulau-pulau lain.

Jika anda bersiar-siar di sekitar Resort TAd Marine pada waktu petang, anda boleh menyaksikan fenomena matahari terbenam kerana di kawasan ini merupakan spot terbaik untuk menyaksikan fenomena tersebut.

SHAZ-Resort-Pulau-Tinggi-Emylia-Shakira
SHAZ Resort Pulau Tinggi | Imej oleh: Emylia Shakira

Malah di Resort Shaz pula menjadi spot terbaik untuk melihat matahari terbit di awal pagi!

Bercuti ke pulau semestinya anda tidak ingin melepaskan peluang untuk menikmati keindahan fenomena tersebut. Jangan lupa ootd untuk dimuatnaik ke sosial media anda!

Chalet-di-Pulau-Tinggi-Mersing-Vana
Chalet di Pulau Tinggi Mersing | Imej oleh: Vana

Waktu malam di pulau pasti lebih meriah dengan adanya aktiviti barbeku dan karaoke bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Anda boleh mendapatkan pakej untuk menikmati sajian makan malam BBQ daripada tempat penginapan anda di mana mereka bakal menyediakan kelengkapan buat anda.

Sambil menunggu makanan masak bolehlah berkaraoke atau bermain game bagi memeriahkan suasana percutian pada kali ini.


Waktu Terbaik ke Pulau Tinggi

Bot-Laju-Pulau-Tinggi-Christoph-Rippler
Bot Laju Pulau Tinggi | Imej oleh: Christoph Rippler

Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke Pulau Tinggi, anda boleh memilih bulan Mac sehingga September kerana keadaan cuaca yang lebih cerah dan ombak dalam keadaan yang terkawal.

Dikatakan bulan Jun dan Julai merupakan bulan terbaik kerana air yang sangat jernih pada bulan tersebut.

Bersambung…

Tags: chalet pulau tinggipakej pulau tinggiresort pulau tinggi
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-johor-bahru
Pakej Johor

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

  Apa tempat menarik di Johor Bahru yang terkini? Anda ada tempat atau aktiviti yang boleh anda syorkan untuk pelancong...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
93.3k
Tempat menarik di Desaru
Pakej Johor

20 Aktiviti Tempat Menarik di Desaru

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Desaru yang popular dikunjungi pelancong? Adakah berbaloi merancang percutian di Desaru? Desaru ialah...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
21.1k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my