Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia

10 Tempat Paling Menarik di Port Dickson Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
14 April, 2024
Kategori: Malaysia, Pakej Negeri Sembilan
Masa Bacaan: 2 mins read
225 18
A A
1
tempat-menarik-di-port-dickson-negeri-sembilan-deva-darshan-7FL83f1M3fg-unsplash

Imej oleh: Deva Darshan

27.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Port Dickson, atau PD pendeknya, terkenal dengan pantainya yang merupakan salah satu pusat peranginan pantai yang terdekat dengan Kuala Lumpur.

Namun hari ini terdapat lebih banyak perkara menarik yang harus dilakukan di PD daripada hanya bermalas-malasan di pantai dan terdapat banyak tempat yang menyeronokkan untuk anda bawa keluarga bercuti dalam apa juga keadaan cuaca.

Port Dickson adalah sebuah bandar di pantai barat Malaysia, di selatan Kuala Lumpur.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pantainya melintasi garis pantai yang menuju ke Tanjung Tuan, tempat perlindungan hidupan liar dan tempat pemerhatian burung dengan rumah api abad ke-16.

tempat-menarik-di-port-dickson-izuddin-helmi-adnan-rDjCDwL3WLs-unsplash
Imej oleh: Izuddin Helmi Adnan
  • Lihat Penginapan Terbaik di Port Dickson
  • Lihat Aktiviti Popular di Port Dickson
  • Lihat Peta Percutian di Port Dickson

Pin

  • 1 Masjid Sri Sendayan
  • 2 Hutan Simpan Sungai Menyala
  • 3 Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
  • 4 Extreme Park Port Dickson
  • 5 Bukit Batu Putih
  • 6 Rumah Api Tanjung Tuan
  • 7 PD Famous Cendol Coconut Shake
  • 8 Pulau Burung
  • 9 Muzium Tentera Darat
  • 10 Rumah Terbalik Port Dickson
Mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Port Dickson Negeri Sembilan:


Masjid Sri Sendayan

Pintu masuk Masjid Sri Sendayan Seremban
Pintu masuk Masjid Sri Sendayan Seremban | Imej oleh: Afdhal N.

Masjid Sri Sendayan yang diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB iaitu Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain ini merupakan salah satu masjid yang tercantik di negara Malaysia.

Ia mula dibina pada tahun 2015 dan menggabungkan beberapa konsep untuk hiasan dalamannya.

Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Selain menggunakan cat emas 24k bagi kubah utama, ia turut menggunakan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China bagi menghiasi isi masjid tersebut.

Jadi tidak hairanlah jika ia menjadi salah satu masjid yang tercantik dan sering menerima kunjungan daripada pelancong luar negara dan dalam negara.

Bahagian dalam masjid Sri Sendayan yang indah
Bahagian dalam masjid Sri Sendayan yang indah | Imej oleh: Ridzuan Naina

Masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat malah turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bangunan pentadbiran, dewan makan dan enam unit rumah untuk kediaman petugas masjid.


Hutan Simpan Sungai Menyala

PD Forest Sungai Menyala
PD Forest Sungai Menyala | Imej oleh: tareh365

Hutan Simpan Sungai Menyala ini turut dikenali sebagai Hutan Keruing-Meruing Merah kerana didominasikan oleh spesies tersebut.

Dikatakan tempat tersebut mendapat nama daripada aktiviti penduduk setempat yang sering menjala ikan atau di dalam loghat Negeri Sembilan disebut ‘Menyalo ikan’.

Pokok terbesar di Negeri Sembilan
Pokok terbesar di Negeri Sembilan

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Hutan Dipterokarp Tanah Pamah ini.

Antaranya anda boleh merentas hutan, memerhati burung, memerhati hidupan liar, aktiviti malam, berbasikal, penyelidikan, interpretasi alam dan melawat galeri.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hutan Simpan Sungai Menyala
Hutan Simpan Sungai Menyala

Tambahan lagi, di sini turut terdapat beberapa trek yang disediakan seperti Denai Razani, Denai Warisan Hutan dan Denai Pelbagai Guna di mana setiap denai mempunyai keistimewaannya.

Apabila meneroka isi hutan ini, anda bakal melihat Pokok Jelutong dan Pokok Mersawa yang terbesar!


Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas | Imej oleh: MyPD

Lokasi bersejarah ini dipercayai sebagai tapak perkuburan misteri yang mempunyai sebuah makam tua, batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang berukir.

Ahli sejarawan mendapati tinggalan ini didirikan pada abad ke-2 dan ke-3 masihi.

Batu 1 : Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah )
Batu 1 : Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah )

Makam tua tersebut dipercayai milik Syeikh Ahmad Majnun yang dikatakan seorang penyebar syiar Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Malah makam ini merupakan makam islam yang tertua di Malaysia serta mempunyai Batu Megalith yang lebih dikenali sebagai batu hidup kerana ia semakin membesar dari semasa ke semasa.

Tulisan -tulisan seperti ini menyerupai tulisan di batu nisan yang dijumpai di Kompleks Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertuliskan kuno bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit yang belum dijelaskan.
Tulisan -tulisan seperti ini menyerupai tulisan di batu nisan yang dijumpai di Kompleks Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertuliskan kuno bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit yang belum dijelaskan.

Menariknya di sini turut ditubuhkan satu-satunya Muzium Megalit yang terdapat di Malaysia!

Oleh itu anda bukan sahaja dapat menziarah makam tua, tetapi turut memperoleh ilmu pengetahuan tentang penyelidikan arkeologi di situ.


Extreme Park Port Dickson

Extreme Park Port Dickson
Extreme Park Port Dickson

Jom berhibur dengan 18 aktiviti rekreasi di taman yang terbesar di Negeri Sembilan!

Bagi pencinta aktiviti lasak, anda dinasihat agar tidak memandang sebelah mata terhadap destinasi ini. Pelbagai aktiviti menarik yang menguji cabaran sudah sedia menanti ketibaan anda.

Aktiviti ini terbahagi kepada dua zon iaitu aktiviti dalaman dan luaran. Semestinya anda ingin tahu aktiviti yang ditawarkan bukan?

Extreme Park ini adalah taman tema pertama di Malaysia yang dikhaskan untuk bermotor dan bukan bermotor
Extreme Park ini adalah taman tema pertama di Malaysia yang dikhaskan untuk bermotor dan bukan bermotor

Antaranya adalah permainan go-kart, ATV jungle trail, memanah, menembak sasaran paintball dan permainan perang paintball.

Menariknya tentang destinasi ini kerana ia dikelilingi dengan lanskap alam semulajadi yang memberikan pengalaman yang berbeza daripada extreme park yang lain.

Tambahan lagi ia bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh golongan dewasa, malah remaja berumur 12 tahun ke atas sudah boleh mencuba permainan di sini.


Bukit Batu Putih

Di puncak puncak bukit dan menyaksikan pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan ini
Di puncak  bukit dan menyaksikan pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan ini | Imej oleh: Farhan Azam

Bukit Batu Putih ini turut menjadi tumpuan pelancongan ekoran daripada kedudukannya yang terletak berhampiran dengan rumah api Tanjung Tuan atau lebih tepat Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

Orang ramai sering mendaki ke puncak bukit ini bagi melihat keindahan panorama seluruh garis pantai Port Dickson.

Taman Eko Rimba Tanjung Tuan
Taman Eko Rimba Tanjung Tuan

Trek pendakian ke puncaknya tidaklah begitu mencabar kerana disediakan pelbagai kemudahan, sekitar 30 minit pendakian anda bakal tiba ke puncaknya.

Menariknya kerana anda bakal bertemu dengan sebuah pantai, agak cantik dan bersih untuk mandi-manda.

Di puncak Bukit Batu Putih
Di puncak Bukit Batu Putih

Selain menghayati keindahan panorama lautan, orang ramai turut mendaki puncak ini bagi melihat matahari terbenam dan terbit.

Jadi bolehlah rancang masa pendakian anda ke sini bagi melihat fenomena tersebut!


Rumah Api Tanjung Tuan

Sebelum kawasan ini dinamakan sebagai Tanjung Tuan, ia terlebih dahulu memakai nama Cape Rachado
Sebelum kawasan ini dinamakan sebagai Tanjung Tuan, ia terlebih dahulu memakai nama Cape Rachado | Imej oleh: UtusanTV

Jika dilihat di dalam peta Malaysia, Rumah Api Tanjung Tuan ini bukanlah berada di Negeri Sembilan, tetapi di Alor Gajah Melaka.

Namun begitu ia lebih dikenali sebagai salah satu tarikan pelancongan di Port Dickson ekoran daripada kedudukannya yang dikelilingi oleh kawasan Negeri Sembilan.

Rumah Api Tanjung Tuan ini adalah warisan pelaut yang dipulihara dan dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Laut Malaysia
Rumah Api Tanjung Tuan ini adalah warisan pelaut yang dipulihara dan dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Laut Malaysia

Rumah api yang turut dikenali sebagai Cape Rachado ini merupakan rumah api yang tertua di Malaysia yang dibina oleh Belanda pada tahun 1817.

Asalnya dibina bagi mengawal dan memantau kapal-kapal di Selat melaka pada zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan.

Kini ia hanya dijadikan sebagai tarikan pelancongan serta sebagai rumah persinggahan atau santuari kepada 300,000 burung setiap tahun.


PD Famous Cendol Coconut Shake

PD Famous Cendol Coconut Shake Terkenal
PD Famous Cendol Coconut Shake Terkenal | CC: Shafiha Suhaimi

Anda mencari-cari makanan yang viral di Port Dickson? Jom singgah ke PD Famous Cendol Coconut Shake yang berkonsepkan ‘food court’ ini bagi menikmati hidangan yang dijual di sini.

Seperti namanya, cendol dan coconut shake merupakan menu utama yang paling laris!

Cendol Durian PD antara yang paling popular
Cendol Durian PD antara yang paling popular | CC: Emma L January

Dengan bertemakan ‘food court layan diri’ di sini turut menghidangkan pelbagai menu seperti nasi ayam, kambing bakar, kerang bakar, mee bandung, asam pedas dan bermacam pilihan lagi yang bakal buat anda rambang mata.

Nasi berlauk asam pedas juga menjadi pilihan pengunjung
Nasi berlauk asam pedas juga menjadi pilihan pengunjung | CC: Zura Zainudin

Tidak lengkap rasanya episod jalan-jalan cari makan anda jikalau tidak mencuba makanan tradisional Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api salai.

Tidak usah pening kepala mencari pelbagai lokasi restoran, singgah sahaja di sini semua hidangan sudah sedia menanti anda.


Pulau Burung

Panorama Pulau Burung Port Dickson
Panorama Pulau Burung Port Dickson | CC: Hanif Hassim

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Port Dickson begitu kaya dengan destinasi berpantai, malah turut terdapat pulau kecil yang digelar Pulau Burung yang tidak kurang popular juga untuk dilawati.

Pulau Burung ini terletak bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri dan dihubung dengan menggunakan jambatan.

Menara tinjau Pulau Burung
Menara tinjau Pulau Burung

Jadi anda tidak perlu berkenderaan untuk ke pulau ini. Pulau ini begitu kecil tetapi cukup menarik untuk anda menghabiskan masa bersantai di sini.

Destinasi ini bukan sahaja untuk bersantai malah menjadi tumpuan kaki pancing!

Paya Bakau Pulau Burung
Paya Bakau Pulau Burung | CC: Zara Anoh

Pulau yang berkeluasan 2.5 hektar ini turut menjadi habitat kepada pokok Api-api Putih, Bakau Minyak dan Bakau Kurap.

Anda juga boleh naik ke menara tinjau bagi melihat keseluruhan pemandangan pulau ini.


Muzium Tentera Darat

Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium Tentera Darat Port Dickson | CC: Noor Ikhsan

Selaku muzium tentera darat yang terbesar di Malaysia, semestinya terdapat bermacam tarikan sejarah yang mengujakan buat para pelancong.

Port Dickson sering diberi jolokan sebagai ‘Port Dickson Bandar Tentera Darat’ kerana setiap pelosoknya sering terlihat pasukan keselamatan ini.

Sibmas AFSV 90
Sibmas AFSV 90 | Imej oleh: D-M Commons

Jadi tidak hairanlah jika muzium ini turut dibina berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

Tambahan lagi muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian galeri utama iaitu sejarah lengkap tentera dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Galeri Portugis dan Belanda, Galeri Bristish, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan, Galeri Era Kemerdekaan, Galeri Tentera Darat Hari Ini dan Galeri Sumbangan Tentera Darat.

Aset ketenteraan di Muzium Tentera Darat Port Dickson
Aset ketenteraan di Muzium Tentera Darat Port Dickson | CC: Hafizan Hassan

Paling menarik tentang muzium ini kerana terdapat sebuah terowong sepanjang 142 meter yang dibina bagi menggambarkan zaman penjajahan Parti Komunis Malaya.


Rumah Terbalik Port Dickson

Aksi menarik di Rumah Terbalik Port Dickson
Aksi menarik di Rumah Terbalik Port Dickson

Jom meneroka isi Rumah Terbalik Port Dickson pula! Anda bakal teruja dan kagum melihat hasil kerja setiap peralatan yang direka dan diletak bagi memberi efek tunggang terbalik.

Destinasi indoor ini begitu sesuai untuk seisi keluarga, dimana anda bebas mengayakan aksi untuk bergambar dengan setiap perabot dan peralatan rumah yang terbalik.

Rumah Terbalik Port Dickson
Rumah Terbalik Port Dickson

Tambahan lagi mereka turut memberi tunjuk ajar dan contoh-contoh aksi bergambar yang sesuai bagi mendapatkan gambar yang begitu menarik!

Kanak-kanak semestinya bakal teruja meneroka setiap ruang yang terdapat di bangunan dua tingkat ini.

Aksi kanak-kanak di Rumah Terbalik Port Dickson
Aksi kanak-kanak di Rumah Terbalik Port Dickson

Di sini turut terdapat ruang pameran bagi lukisan 3D dan rumah orang kerdil. Jika anda membawa anak yang berketinggian 90cm ke bawah, tiada bayaran masuk dikenakan.

Bersambung…

Tags: bercuti di port dicksonhotel di port dicksonhotel menarik di port dicksonmelancong ke port dicksontempat beli belah di port dickson
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Menara-Merdeka-118
Pakej Kuala Lumpur

Menara Merdeka 118: Panduan Trip ke Menara Kedua Tertinggi di Dunia!

Pernah tidak terbayang untuk menjejakkan kaki di salah satu mercu tanda paling hebat di dunia masa kini? Hai, dan selamat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
308
tempat-menarik-di-bukit-mertajam
Pakej Pulau Pinang

15 Tempat Menarik di Bukit Mertajam

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Bukit Mertajam yang anda boleh lakukan? Jika ke utara pastikan anda singgah disini....

Oleh: Hadi Ghazali
10 Jun, 2026
43.8k
Selanjutnya

Komen 1

  1. blank budiman says:
    + -

    berape harganye

    Reply

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.4k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.9k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.4k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.5k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.5k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my