Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kedah

10 Aktiviti Menarik Di World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
7 Februari, 2025
Kategori: Pakej Kedah
Masa Bacaan: 2 mins read
1.4k 14
A A
0
1.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

World of Phalaenopsis Ulu Yam, namanya begitu unik dan pasti membuat setiap orang tertanya-tanya tentang lokasi yang satu ini.

Untuk pengetahuan anda, Phalaenopsis merupakan nama bagi salah satu spesies orkid yang turut memberi maksud rama-rama.

Adakah lokasi ini merupakan habitat bagi rama-rama atau tumbuhan orkid?

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Lokasi pelancongan yang terletak di Kampung Sungai Kamin, Batang Kali ini merupakan sebuah taman orkid yang berkeluasan lebih kurang 6 ekar.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk anda meneroka isi taman yang dipenuhi dengan orkid yang pelbagai bentuk dan warna ini.

Ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

  • Lihat Penginapan Terbaik di Ulu Yam
  • Lihat Aktiviti Menarik di Ulu Yam Kedah
  • Lihat Peta Percutian World Of Palaenopsis

Tarikan unik di World of Phalaenopsis Ulu Yam

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Bagi peminat tumbuhan orkid ini merupakan syurga dan satu kepuasan buat mereka terokai!

Walaupun dikenali sebagai taman orkid, ia turut mempunyai pelbagai spesies tumbuhan yang lain bagi mencantikkan lagi dekorasi taman ini dan membuatkan anda seolah-olah berada di dalam dunia fantasi.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Setibanya anda di sini, anda bakal di sambut dengan tumbuh-tumbuhan hijau di sekeliling termasuklah di ruang udara yang turut digantung dengan pelbagai tumbuhan.

Suasana di sini memberikan rasa yang begitu nyaman dan tenang buat anda dan sesuai untuk dikunjungi bersama-sama ahli keluarga pada waktu cuti.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Di setiap penjuru kawasan dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang mekar berbunga, dan menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar!

Terdapat beberapa kawasan yang disediakan dengan bangku bagi anda duduk bersantai menghayati kawasan taman ini.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Tidak ketinggalan juga bagi pengunjung yang asyik memilih beberapa spesies orkid untuk dibeli sebagai tanda kenangan.

Rugilah jika anda tidak membeli sepasu dua tumbuhan di sini, kerana harga yang ditawarkan tidaklah begitu mahal sekitar RM25 untuk sepasu pokok orkid.

Anda mungkin boleh membelinya untuk dihadiahkan kepada orang tersayang.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Selain mendapatkan orkid dan tumbuh-tumbuhan lain, anda boleh membeli pasu juga di sini.

Pelbagai bentuk, saiz dan warna pasu yang dijualkan oleh mereka.

Nak memilih pasu pun boleh rambang mata ye! Jadi bolehlah bertanya kepada pekerja mereka pasu yang mana sesuai dengan jenis tumbuhan anda.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Pekerja di sini begitu ramah dalam melayani setiap soalan daripada pengunjung, tambahan lagi mereka turut mempunyai pengetahuan bagi penjagaan pokok-pokok di sini.

Bolehlah anda dapatkan tips penjagaan daripada mereka seperti jenis baja yang sesuai digunakan.

Menariknya lagi kerana terdapat spesies orkid yang digubah khas supaya ia boleh bertahan sehingga sebulan!

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Anda boleh dapatkannya di sini, jika anda tinggal di sekitar Lembah Klang ia merupakan bonus kerana mereka turut membuat servis penghantaran ke lokasi anda.

Selain melihat pelbagai spesies orkid anda boleh melihat cara mereka melakukan proses pembenihan hinggalah ia tumbuh mengeluarkan bunga yang mekar.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Walaupun anda bebas bergambar di kawasan ini, terdapat dua ruangan khas di mana dilengkapi dengan sistem pendingin hawa yang tidak membenarkan anda untuk merakamkan gambar dan tidak membenarkan kanak-kanak berada di situ.

Begitu eksklusif ye tumbuh-tumbuhan yang berada di ruangan ini?

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Jika anda nak tahu, lokasi ini bukanlah seperti taman bunga yang biasa kerana ia mempunyai sebuah tarikan rahsia!

Di dalam taman orkid yang luas ini turut mempunyai sebuah kafe yang begitu indah dan tersembunyi di balik tanaman mereka dan terletak di penghujung taman ini.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Teruskan penerokaan anda sehingga bertemu dengan kafe ini sebagai tanda lawatan anda sudah tiba ke penghujungnya.

Sebelum pulang, jom mengisi kekosongan perut terlebih dahulu.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Florescence Cafe begitu indah sekali dengan hiasan taman bunga beserta sebuah tasik yang turut dilitupi dengan tumbuhan teratai, ikan dan itik-itik yang bebas berenang.

Kafe ini menawarkan pemandangan yang berbeza dan anda bebas memilih untuk duduk di mana sama ada di ruang terbuka atau ruang yang lebih privasi.

Tambahan lagi idea dekorasi kafe yang rustic dengan perabot berasaskan kayu ini menjadi ia lebih serasi dengan kawasan taman ini.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Kafe ini menyajikan hidangan tempatan dan pencuci mulut yang tidak kurang enaknya untuk anda nikmati bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Anda boleh memesan menu Nasi Lemak Rendang Ayam, Mee Hoon Siam, Sate Chicken Chop. Big  Breakfast, Waffles, Matcha Mousse, Iced Chocolate, variasi aiskrim dan lain-lain.

Pasti syok berborak-borak sambil menikmati secangkir kopi atau teh dan sepotong kek di sini! Tunggu apa lagi, jom ajak rakan-rakan anda untuk cafe hopping ke sini pula.


Sejarah Ringkas World of Phalaenopsis

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Perniagaan yang diusahakan oleh Steven S.H. Cheong dan Yap Y.K ini asalnya bermula daripada hobi mereka yang suka menanam spesies orkid di halaman rumah sehingga ia terus berkembang.

Seterusnya mereka mula melakukan penyelidikan agar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang orkid Phalaenopsis ini sehingga menubuhkan Waltex Biotec Sdn Bhd pada 27 Februari 2006.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Mereka bukan sahaja berjaya membuka World of Phalaenopsis di Ulu Yam, malah turut membuka taman yang kedua di Gohtong Jaya, Genting Highlands seluas 1.6 ekar.

Selain itu turut menubuhkan butik orkid yang dikenali Budaya Orkid di Pusat Beli-belah Bangsar, di The Gardens Mall dan di Damansara City Mall yang menyediakan servis gubahan orkid premium menggunakan orkid kualiti terbaik.

World Of Phalaenopsis Ulu Yam

Sebagai pengusaha yang mendapat gelaran penanam orkid Phalaenopsis yang terbesar di Malaysia mereka turut menyertai beberapa pertunjukkan seperti Royal Floria Putrajaya yang merupakan Malaysia’s Largest Flower & Garden Festival.

Bersambung…

Tags: orkid World Of PhalaenopsisWorld Of Phalaenopsis
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat menarik di Alor Setar
Pakej Kedah

20 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah

  Apa perkara yang menarik ada di Alor Setar? Apakah tempat-tempat menarik di Alor Setar yang terkenal? Dengan slogan negeri...

Oleh: Hadi Ghazali
23 April, 2026
50.7k
Tempat Menarik di Sungai Petani
Pakej Kedah

25 Aktiviti Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah

  Ada apa dengan Sungai Petani? Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Sungai Petani? Sejak kebelakangan ini Sungai...

Oleh: Hadi Ghazali
30 Mac, 2026
71.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my