Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

Percutian di Dusun Bonda Batang Kali

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
9 Oktober, 2024
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
2.3k 148
A A
0
Bercuti di Dusun Bonda Batang Kali
2.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ada apa di Dusun Bonda Batang Kali? Anda pasti terbayang-bayangkan suasana dusun atuk nenek yang dipenuhi dengan jenis buah-buahan kan?

Tunggu dulu, Dusun Bonda merupakan sebuah lokasi yang mempunyai villa persendirian dan Bell Tent Glamping.

Di mana anda boleh menikmati suasana perkhemahan di dalam dusun buah-buahan sambil menghayati keindahan alam.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bagi anda yang mencari lokasi santai atau destinasi untuk healing, ini merupakan pilihan yang tepat. Jom ketahui apa yang menarik tentang Dusun Bonda ini!

Dusun Bonda yang terletak di Kampung Orang Asli Gurney, Batang Kali ini menawarkan pilihan penginapan beberapa pilihan penginapan yang menarik.

Setiap penginapan mempunyai harga yang berbeza mengikut musim tempahan anda. Jika hari biasa harganya lebih murah berbanding pada hujung minggu atau musim cuti.

Menariknya kerana setiap penginapan akan disertakan dengan pakej sarapan pagi, dah macam menginap di hotel!

Dusun Bonda Batang Kali

  • Lihat Penginapan Terbaik di Batang Kali
  • Lihat Peta Dusun Bonda Batang Kali

Antara pilihan penginapan yang ditawarkan adalah:

  • Studio A & Studio B Villa with River View
  • Glam 5 Poolside Premium Bell Tent (Pool View)
  • Glam 5 Hillside Premium Bell Tent (Partial Pool View)
  • Glam 5A Riverside Premium Bell Tent (River View)
  • Glam 5A & 5B Upperside Premium Bell Tent (Partial Pool View)
  • Glam 5B & 5D Riverside Premium Bell Tent (River View)
  • Glam 5C Riverside Premium Bell Tent (River Front)
  • Glam 4A & 4B & 4D Riverside Bell Tent (Garden View)
  • Glam 4C Riverside Bell Tent (Partial Garden View)
  • Glam 4E & 4F Riverside Bell Tent (Orchard View)
  • Glam 4A & 4BHillside Bell Tent (Panoramic View)

Studio-A-Villa-with-River-View-Dusun-Bonda-Batang-Kali

Dah tahu senarai pakej yang disediakan? Untuk memberi lebih gambaran kepada anda, setiap studio dan Bell Tent Glamping mempunyai kemudahan yang tersendiri.

Jika anda memilih studio, anda bakal disediakan dengan tilam, bantal, selimut, penghawa dingin, televisyen, peti sejuk mini, kipas siling, kipas meja, cerek dan lain-lain.

Glam-5A-Upperside-Dusun-Bonda-Batang-Kali

Manakala untuk jenis penginapan yang satu mereka menyediakan tilam, bantal, selimut, penghawa dingin, kipas dan lain-lain.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda boleh lawati laman sesawang mereka bagi melihat peta kedudukan bagi setiap unit penginapan.

Studio-B-Villa-Dusun-Bonda-Batang-Kali

Mungkin dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!

Jangan bimbang tentang kebersihan dan lanskap di kawasannya yang cantik dan pasti menyejukkan mana-mana mata yang memandang.


Fasiliti Dusun Bonda Batang Kali

Dusun-Bonda-Batang-Kali-3

Dah sedia untuk memilih penginapan anda di sini? Jom tengok apa fasiliti yang disediakan oleh pihak Dusun Bonda pula.

usun-Bonda-Batang-Kali-8

Antaranya adalah kolam & air terjun buatan, sungai Ulu Tamu, buaian sungai (diy swing), taman permainan kanak-kanak, Riverside Tamu Hall, surau, dek peninjau, Hillside Kitchen, Riverside Kitchen I, Riverside Kitchen II, Rooftop Dining, kelengkapan peralatan BBQ dan lain-lain.


Aktiviti yang boleh dilakukan di Dusun Bonda

Dusun-Bonda-Batang-Kali-Glam-5A-Riverside

Selain menghayati keindahan suasana dusun, anda boleh menyertai beberapa aktiviti lain bagi memenuhi masa lapang anda.

Dengan adanya aktiviti yang menarik pengalaman bercuti anda pasti lebih puas.

Dusun-Bonda-Batang-Kali-4

Bagi yang suka berenang anda boleh berenang di kolam dewasa dan turut disediakan kolam bagi kanak-kanak yang beroperasi pada jam 8 pagi hingga 7 petang (ditutup pada jam 12.30 petang – hingga 2 petang untuk pembersihan).

Seterusnya anda boleh mandi-manda di kawasan sungai yang terletak berdekatan dengan tempat penginapan atau mencuba mini river tubing dengan kadar sewa RM8/pc.

Dusun-Bonda-Batang-Kali-9

Bagi yang berminat dengan aktiviti jungle trekking anda boleh memberitahu pihak pengurusan untuk mendapatkan trail yang terbaik.

Tambahan lagi mereka turut menyediakan pakej jurupandu selama 50 minit untuk jungle trekking dan anda dikenakan bayaran mengikut jumlah peserta iaitu RM80 seorang untuk 1-20 pax dan RM5 seorang untuk tambahan dan lebih dari 20 pax.

sun-Bonda-Batang-Kali-Glam-5-Hillside_0007

Pada waktu malam selain anda menikmati aktiviti BBQ, anda boleh merasai pengalaman bonfire yang bermula pada jam 9 setiap malam.

Namun begitu, aktiviti ini bergantung kepada keadaan cuaca.

Dusun-Bonda-Batang-Kali-Glam-5A-Upperside

Untuk pengetahuan anda, Dusun Bonda terletak kira-kira 3 minit pemanduan ke Cholo-Cholo Hot Spring dan 30 minit pemanduan ke Genting Highland Premium Outlet!

Jadi bolehlah tambah aktiviti anda apabila menginap di sini. Nak menikmati kehangatan air panas atau nak membeli-belah?


Peraturan sepanjang menginap di Dusun Bonda

Dusun-Bonda-Batang-Kali-Glam-5A-Riverside-Premium-Bell-Tent

  • Anda perlu membawa tuala sendiri atau menyewa RM2/sehelai dengan pihak Dusun Bonda.
  • Barang mandian disediakan kecuali ubat gigi dan berus gigi.
  • Hanya rangkaian Celcom yang berfungsi di kawasan Dusun Bonda tetapi anda boleh membeli prepaid wifi yang dijual di sini.

Dusun-Bonda-Batang-Kali-Glam-5-Hillside

  • Anda tidak dibenarkan merokok atau vaping di dalam kawasan Dusun Bonda.
  • Hanya sarapan pagi yang disediakan. Set makan malam BBQ hanya disediakan jika anda membuat tempahan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh menginap.
  • Anda dibenarkan untuk memasak di Riverside Kitchen I, Riverside Kitchen II dan Hillside Kitchen (Hanya makanan halal yang dibenarkan)

usun-Bonda-Batang-Kali-5

  • Anda boleh menyewa peralatan BBQ dan dibenarkan untuk membawa peralatan BBQ sendiri.
  • Dusun Bonda tidak menyediakan tapak perkhemahan dan aktiviti perkhemahan tidak dibenarkan di sini.

Dusun-Bonda-Batang-Kali-Glam-5-Poolside

Pengalaman percutian anda di Dusun Bonda cukup berbaloi dengan villanya yang bertemakan cotemporari dan industrial memberi rasa yang cukup mewah walaupun anda bercuti di kawasan dusun buah!

Tidak kurang juga Bell Tent Glam yang dihiasi dengan begitu cantik bagi memberi keselesaan buat pengunjung.

Dusun-Bonda-Batang-Kali-children-playground

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai berebut-rebut untuk menginap di lokasi yan turut mesra kanak-kanak ini.

Ia bukan sahaja sesuai untuk kumpulan dewasa malah turut memberi keselesaan buat kanak-kanak.

Bersambung…

Tags: Dusun Bonda reviewglamping batang kali
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.9k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.5k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.8k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.2k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my