Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pahang

Taman Tema Genting SkyWorlds: Panduan Lengkap Percutian

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
12 Jun, 2024
Kategori: Pakej Pahang
Masa Bacaan: 2 mins read
3.8k 286
A A
0
Taman-Tema-Genting-Skyworlds

Taman Tema Genting Skyworlds

4.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Anda sedang merancang untuk bercuti ke Taman Tema Genting Skyworlds? Ada apa yang menarik di Genting Skyworlds?

Genting Highlands merupakan antara destinasi percutian tanah tinggi yang terkenal di Malaysia.

Rata-rata pelancong sama ada daripada luar atau dalam negara pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke destinasi yang diibaratkan seperti ‘disneyland’ ini.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Genting Highlands bukan sahaja sesuai untuk anda bersiar-siar menikmati suhu yang dingin tetapi di sini merupakan syurga permainan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur di Taman Tema Genting Skyworlds!


9 Zon Bertema Genting Skyworlds

https://www.youtube.com/watch?v=4o0rxJehoZ4

  • Lihat Pakej Percutian Genting SkyWorlds
  • Lihat Penginapan Sekitar Genting SkyWorlds
  • Lihat Promosi Tiket Masuk Genting SkyWorlds
  • Lihat Peta Percutian Genting SkyWorlds

Taman Tema Genting Skyworlds yang baru beroperasi pada Februari 2022 ini terbahagi kepada 9 zon utama.

Pengembaraan anda di sini bakal bermula di Studio Plaza, Eagle Mountain, Central Park, Rio, Andromeda Base, Liberty Lane, Epic, Robots Rivet Town dan Ice Age.

Setiap zon di taman tema ini mempunyai tema yang berbeza seperti Eagle Mountain yang bertemakan kehangatan padang pasir California manakala Robots Rivet Town pula menggunakan tema Robot City!


Aktiviti dan Permainan Genting Skyworlds

Mammoth-Fun-Zone-O
Mammoth Fun Zone

Anda bingung untuk mencuba permainan yang mana satu? Anda boleh ke zon Ice Age yang mempunyai Mammoth Fun Zone iaitu pelayaran kapal lanun melawan ikan piranha.

Seterusnya Acorn Adventure iaitu penggembaraan roller coaster setinggi 65-kaki yang mengelilingi air terjun ais yang begitu mendebarkan.

Acorn Adventure
Acorn Adventure

Manakala Sid’s Rock ‘N’ Slide dan Expedition Thin Ice begitu sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dalam menerokai gua ais.

Jom kita meneroka dunia robotik di Robots Rivet Town bersama-sama ahli keluarga.

Robots-Rivet-Town-O
Robots Rivet Town Bigweld’s Zeppelins

Di zon ini terdapat dua tarikan utama iaitu Bigweld’s Zeppelins dan Rivet Town Roller mengikut tahap keseronokan yang bersesuaian dengan umur anda.

Di sini anda berpeluang untuk menikmati permainan kapsul bagi menikmati keseluruhan pemandangan Robots Rivet Town.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Rivet Town Roller
Rivet Town Roller

Seperti namanya iaitu zon Epic, anda bakal menikmati cabaran yang begitu epik dalam menghabiskan pengembaraan di zon ini.

Anda bakal bertempur dengan sihir Queen Marigold dan ciptaan Professor Bomba! Terokai zon ini dengan Epic Hummingbird Flyers yang bakal membawa anda berpusing-pusing di awan.

Epic Hummingbird Flyers
Epic Hummingbird Flyers

Sudah penat menggembara di dunia Epic ini, anda boleh ke kafe yang dicipta dari tin penyiram tembaga Professor Bomba pula!

Jom menikmati hidangan wafel, ais krim dan buah-buahan di Mub & Grub’s BIG Bites yang terletak di Genting SkyWorlds’ F&B outlets. Ada lebih dari 10 tempat makan enak Genting SkyWorlds sediakan disini:

  • Buck’s Café
  • Classic Burgers
  • Crash And Eddie’s Frozen Treats
  • Cosmic Cafe
  • EXO Grab ‘N’ Go
  • Golden Gate Garage
  • Han’s Cha Chaan Teng
  • Harry Ramsden World Famous Fish & Chips
  • Trattoria Il Lago – Simply Italian
  • Jetpack – Coffee & Fast Fuels
  • Mub & Grub’s BIG Bites
  • Popcornlicious
  • Santa Teresa Trolley Treats
  • Vila Festa
Mub & Grub’s BIG Bites
Genting SkyWorlds’ F&B outlets

Ayuh sambung penggembaraan anda ke ruang angkasa di zon Andromeda Base.

Di sini terdapat beberapa tarikan iaitu Boot Camp Training yang menyediakan laluan berhalangan, Alpha Fighter Pilots untuk anda merasai simulasi 360 darjah dan Terraform Tower Challenge yang paling menggerunkan!

Terraform-Tower-Challenge-O
Terraform Tower Challenge

Jeritan pengunjung memenuhi ruang angkasa bagi mengatasi rasa yang begitu mendebarkan apabila naik dan turun dari tempat tinggi dengan laju!

Debaran berada di ruang angkasa masih terasa?

Alpha-Fighter-Pilots
Alpha Fighter Pilots

Jom legakan debaran anda dengan berpesta di zon Rio yang sentiasa meriah seperti di parti musim panas.

Anda boleh memilih untuk menaiki Blue Sky Carousel, Samba Gliders yang berketinggian 65 kaki atau menikmati permainan cawan Rio Carnaval Chaos.

Samba Gliders
Samba Gliders

Bagi yang inginkan permainan yang santai, zon ini begitu sesuai untuk anda!

Seterusnya Central Park yang merupakan zon terbesar di taman tema ini menjadi titik tumpu bagi setiap pengunjung untuk bersiar-siar, menikmati hidangan dan bermain beberapa permainan.

Night At The Museum
Night At The Museum

Night at the Museum: Midnight Mayhem merupakan tarikan berkonsepkan 3D.

Inginkan permainan yang lebih mencabar, anda boleh mencuba ESD Global Defender untuk mempertahankan bumi atau mencuba Independence Day: Defiance.

ESD Global Defender
ESD Global Defender

Tarikan lain di sini adalah Madison Square dan Central Park Gardens yang menyajikan pertunjukan pentas.

Anda juga boleh menikmati hidangan unik yang bertemakan karakter kartun di Studio Plaza.

Central-Park
Central Park

Di sini anda boleh ke Legends Cafe yang menyediakan kek, kopi serta makanan barat.

Atau mencari makanan ringan seperti bertih jagung di Popcornlicious.

Popcornlicious
Popcornlicious

Satu lagi lokasi menjamu selera yang terkenal adalah Han’s Cha Chaan Teng yang menyajikan makanan Hong Kong serta makanan Asia.

Jadi anda tidak perlu bimbang untuk mencari lokasi makan jika berada di Taman Tema Genting Skyworlds.


Penginapan di Genting Skyworlds

Genting SkyWorlds Hotel

Anda pasti sudah penat bertempur di ruang angkasa dan menaiki pelbagai karousel yang berpusing-pusing.

Atau anda masih tidak puas untuk meneroka taman tema ini? Pengembaraan anda boleh disambung pada keesokkan harinya dan anda boleh memilih beberapa penginapan yang beroperasi di sini.

Antaranya Crockfords, Genting Grand, Highlands Hotel, Resorts World Awana, Resort Hotel.

First World Hotel dan Genting SkyWorlds Hotel yang lengkap dengan pelbagai fasiliti.


Pengangkutan ke Genting Skyworlds

Awana-SkyWay
Awana SkyWay

Seperti yang kita sedia maklum, Taman Tema Genting Skyworlds ini terletak di kawasan tanah tinggi jadi anda boleh mengunakan perkhidmatan kereta kabel Awana Skyway yang mengambil masa 10 minit perjalanan.

Kebanyakkan pengunjung pasti memilih kereta kabel bagi menikmati pemandangan indah hutan hujan yang berusia 100 juta tahun!

Namun begitu anda juga boleh ke sini dengan menggunakan kenderaan lain seperti kereta dan bas.


Waktu Operasi Genting Skyworlds

Waktu-Operasi-Genting-Skyworlds
Genting Skyworlds

Jangan lupa semak waktu operasi sebelum anda merancang percutian ke sini! Taman tema ini beroperasi seawal jam 11 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Namun begitu jika anda tiba ke sini pada hari hujan, pihak pengurusan akan menangguhkan waktu operasi untuk keselamatan para pengunjung.

Menariknya tentang taman tema ini adalah, jika cuaca hujan berterusan selama lebih daripada 2 jam Jaminan Hari Hujan akan diberikan iaitu anda akan ditawarkan tiket lawat balik yang boleh digunakan untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Lihat juga: 10 Taman Tema Air & Theme Park Terbaik di Malaysia atau  15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR]

Bersambung…

Tags: cara beli tiket genting skyworldsgenting skyworlds ticket bookinggenting theme park ticket promotion
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pakej Pahang

20 Aktiviti Tempat Menarik di Temerloh

  Dekat mana Temerloh tu? Apa tempat menarik di Temerloh yang ramai orang kunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di...

Oleh: Hadi Ghazali
29 Mei, 2026
30.3k
Pakej Pahang

50 Tempat Menarik Di Cameron Highlands

  Apakah tempat menarik di Cameron Highlands yang wajib dikunjungi? Adakah Cameron Highlands masih berbaloi untuk percutian? Terletak di tengah-tengah...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
30.6k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
84k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
84.9k
tempat-menarik-di-johor-bahru

10 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

4 Mac, 2026
91.2k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
28.4k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
22.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my