Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia Pakej Bandung

Trip Bandung Popular 2 Destinasi Terbaik: Dusun Bambu & Lembang Floating Market

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
3 Jun, 2024
Kategori: Pakej Bandung
Masa Bacaan: 2 mins read
4k 81
A A
162
Dusun-Bambu-Bandung
4.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Jika anda berkunjung ke Lembang, Dusun Bambu seharusnya berada didalam senarai tempat yang patut anda lawati.

Jaraknya tidak begitu jauh dari pusat kota Lembang.

Dusun Bambu Family Leisure Park: Terletak beberapa langkah dari Dusun Bambu Family Leisure Park.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Dusun Bambu Resort menawarkan penginapan dengan restoran, bar dan kaunter penyambut tetamu 24-jam untuk kemudahan anda.

Taman percutian ini mempunyai WiFi dan tempat letak kenderaan peribadi percuma.

Ia juga berdekatan dengan beberapa destinasi tumpuan lain sekaligus menjadikan kesemua tempat ini berada seolah-olah didalam sebuah pakej.

Pakej Percutian Bandung

  • Lihat Pakej Percutian Bandung
  • Lihat Penginapan Popular Bandung
  • Lihat Aktiviti Popular di Bandung
  • Lihat Peta Percutian Bandung

Tempat Menarik Di Bandung Dusun Bambu

Keindahan Dusun Bambu Lembang
Keindahan Dusun Bambu Lembang

  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Kolonel Masturi No.KM, Kertawangi, Kec. Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551, Indonesia

  • Tiket: Tiket masuk adalah IDR 25.000. Anda perlu mengambil bas ulang-alik ke taman utama dan kolam.

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 9:00 Malam

Ia mula dikenali sekitar tahun 2014 dimana sebelumnya ia hanyalah sebuah tempat yang agak kurang popular.

Konsepnya yang mesra alam menjadikannya unik berbanding dengan destinasi lain disamping ia turut menyajikan keindahan alam yang mengasyikkan serta binaan penginapan yang menambahkan lagi ciri unik disini.

Ia sekaligus menjadi sebuah destinasi yang sangat sesuai buat mereka yang suka mengabadikan kenangan dengan bergambar kerana ia mempunyai begitu banyak spot menarik untuk anda bergambar.


Fasiliti yang disediakan Dusun Bambu

Fasiliti Dusun Bambu Lembang
Fasiliti Dusun Bambu Lembang

Jarak dari tempat parking kenderaan untuk ke kawasan utama Dusun Bambu boleh dikatakan agak jauh.

Anda boleh memilih samada untuk berjalan menyusuri sawah dan berehat di gazebo-gazebo yang disediakan atau anda boleh memilih untuk menggunakan shuttle yang akan bertolak setiap 5 minit.

Shuttle yang disediakan juga sangat menarik perhatian dan ia dihiasi dengan bunga serta berwarna-warni.

Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan di beberapa kafe yang disediakan.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda juga boleh untuk duduk dan menikmati suasana bersama-sama dengan pasangan anda serta anda juga boleh membawa keluarga anda untuk bermain bersama atau berjalan santai di taman yang terdapat disini.

Anda juga boleh memilih untuk menginap di sini kerana ia turut menyediakan villa buat pengunjung yang ingin bermalam.

Destinasi sekitar Dusun Bambu yang harus anda lawati adalah seperti berikut:


Menikmati hidangan di Restoran Purbasari

Menu Menarik Purbasari
Menu Menarik Purbasari
Pemandangan di Restoran Purbasari
Pemandangan di Restoran Purbasari
Hidangan Menu Menarik Purbasari
Hidangan Menu Menarik Purbasari

Ia terletak di pinggir danau kecil dan merupakan sebuah destinasi tumpuan untuk anda menjamu selera.

Ia sangat unik kerana ia merupakan sebuah tempat makan yang berupa saung-saung kecil dan mengelilingi danau kecil ini.

Disebabkan keunikan dan popularitinya, anda perlu booking terlebih dahulu kerana bimbang ia penuh.


Lutung Kasarung – Nikmati juadah di tempat tinggi

Pemandangan di titian Lutung Kasarung
Pemandangan di titian Lutung Kasarung
Pemandangan Unik Lutung Kasarung
Pemandangan Unik Lutung Kasarung
Acara Majlis Perkahwinan di Lutung Kasarung
Acara Majlis Perkahwinan di Lutung Kasarung

Pada awal operasinya, boleh dikatakan bahawa tempat ini merupakan tempat yang paling menjadi tumpuan kerana ia merupakan sebuah tempat makan berbentuk sarang burung dan berada di kawasan yang agak tinggi.

Anda juga dapat melihat platform yang merentasi pokok.

Namun begitu, disebabkan oleh kewujudan platform ini yang seringkali dilalui orang ramai, ia sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan untuk anda menikmati hidangan anda disini.


Taman Arimbi – Spot terbaik untuk anda berselfie

Kehijauan di Taman Arimbi
Kehijauan di Taman Arimbi
Landskap Indah Taman Arimbi
Landskap Indah Taman Arimbi
Pemandangan Menarik di Taman Arimbi
Pemandangan Menarik di Taman Arimbi

Ia merupakan sebuah taman yang dijaga rapi dan mempunyai pemandangan yang indah.

Ditengah-tengah taman ini, anda boleh temukan sebatang sungai kecil yang mengalir.

Anda boleh berjalan mengelilingi taman ini, bermain air dengan si kecil dan juga bergambar kerana ia mempunyai beberapa spot yang sangat menarik untuk anda bergambar.


Trip Bandung Di Lembang Floating Market

Floating Market Lembang Bandung
Sentiasa meriah dikunjungi orang ramai pada hujung minggu

Sebuah lagi destinasi yang perlu anda kunjungi apabila anda berkunjung ke Lembang kerana ia mempunyai beberapa keunikannya yang tersendiri.

Ia menggabungkan keindahan pergunungan dan juga konsep pasar terapung tradisional.

Floating Market Lembang
Floating Market Lembang

  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia

  • Tiket: Masuk ke pasaran terapung Lembang datang pada harga yang sangat berpatutan. Harga tiket Pasaran Terapung Lembang hanya Rp 20.000 ($ 1.5) seorang, yang dapat digunakan untuk minuman ringan setelah masuk. Jadi, secara praktikalnya PERCUMA!

  • Waktu Operasi: 09:00 Pagi – 7:00 Malam

Berbeza dengan pasar terapung lain, Lembang Floating Market bandung ini bukan berada diatas sungai sebaliknya ia berada di danau.

Disini, anda dapat membeli beberapa jenis makanan tradisional, sayur, ikan segar dan bermacam-macam lagi. Selain itu, dari segi fasiliti yang ditawarkan juga agak menarik dan memuaskan. Antara fasiliti yang terdapat disini adalah:

Floating Market Bandung
Aktiviti riadah seperti mendayung sampan boleh dilakukan di Lembang Floating Market

Musolla atau ruang solat yang disediakan sangat selesa dan mengasingkan ruangan solat lelaki dan wanita. Disini, majoritinya beragama Islam, maka dari segi keselesaan untuk anda solat itu pastinya terjaga.

Tempat makan. Selain menikmati makanan yang boleh dibeli diatas perahu, anda juga boleh singgah makan dibeberapa buah tempat makan yang terdapat disini. Anda boleh temukan berbagai jenis hidangan seperti hidangan tradisional sunda, jawa barat, nusantara, asia dan juga masakan barat pada harga yang sangat berpatutan.

Hijab swimming pool. Khas untuk wanita muslim dan berhijab kerana disini anda boleh berenang-renang tanpa perlu risau mengenai aurat.

Rainbow Garden. Antara tarikan terbaru yang terdapat disini. Keindahan warna-warni bunga-bungaan yang terdapat disini pastinya memukau sesiapa sahaja yang berkunjung.

Pasar Terapung di Lembang
Pasar Terapung di Lembang

Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan Dusun Bambu dan juga Lembang Floating Market Bandung.

Bagi kami, jika anda telah sampai ke Lembang, sangat rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke kawasan-kawasan yang telah kami kongsikan diatas.

Bersambung…

 

Pakej Percutian Bandung

Bersambung…

Tags: dusun bambu lembanglembang bandung
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Trip Jakarta Bandung
Pakej Bandung

Trip Jakarta Bandung: Cadangan Itinerari 5 Hari 4 Malam

Indonesia, dengan keindahan alam semula jadi dan kekayaan budayanya, sentiasa menjadi destinasi pilihan utama bagi rakyat Malaysia. Antara banyak-banyak tempat,...

Oleh: Hadi Ghazali
22 September, 2025
3.4k
Percutian-ke-Bandung-Indonesia
Pakej Bandung

Panduan Melancong Ke Bandung: 4 Persediaan Penting

  Panduan melancong ke Bandung: Ingin melangsungkan percutian ke Bandung? Tapi tak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sampai ke...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Jun, 2024
17.7k
Selanjutnya

Komen 162

  1. blank azwin says:
    + -

    pakej 4 hari 3 malam di bandung,2 dewasa 3 kanak, 21 feb-24 feb

    Reply
  2. blank Intan Syahriza says:
    + -

    Assalamualaikum boleh x bagi saya pakej ke bandung yg economi? whatsapp saya 0173888149 tq

    Reply
  3. blank aziah says:
    + -

    boleh tak bagi saya pakej ground bandung 19 April hingga 21 April

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh cik Aziah. Mohon isikan borang untuk dapatkan sebutharga. Jika ada sebarang soalan boleh hubungi kami

Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my