Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

Shanghai Disneyland: 9 Permainan Paling Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
18 Januari, 2026
Kategori: Pakej Popular, Pakej Shanghai
Masa Bacaan: 3 mins read
1k 53
A A
4
tempat menarik di shanghai Disneyland
1.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Tiada Space Mountain, Small World, Jungle Cruise dan juga Haunted Mansion. Tetapi percaya atau tidak, anda tidak akan kisah tentang semua itu.

Shanghai Disneyland merupakan taman tema yang penuh dengan tarikan yang tidak pernah dilihat di tempat lain.

Terdapat watak-watak dari filem yang anda suka dan sebuah istana yang besarnya sama seperti Istana Versailles.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Walaupun setiap tunggangan ada yang masih baru atau telah dinaik taraf di dalam taman itu, amat sukar untuk memilih yang mana ingin anda cuba.

Pakej Percutian China

  • Lihat Promo Pakej Percutian di Shanghai 
  • Lihat Penginapan Terbaik di Shanghai
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Shanghai
  • Lihat Aktiviti Popular di Shanghai
  • Lihat Peta Percutian di Shanghai

 

Pin

  • 1 TRON Light Cycle Power Run
  • 2 Pirates of the Caribbean: Battle For The Sunken Treasure
  • 3 Roaring Rapids
  • 4 Camp Discovery Challenge Trails
  • 5 Soaring Over The Horizon
  • 6 Peter Pan’s Flight
  • 7 Hunny Pot Spin Shanghai Disneyland
  • 8 The Many Adventures of Winnie The Pooh
  • 9 Voyage To The Crystal Grotto
 Jika anda menjelajah jauh di luar negara untuk pergi ke Shanghai Disneyland, terdapat beberapa jenis tunggangan yang anda tidak boleh ketinggalan.


TRON Light Cycle Power Run

TRON-lightcycle-Power-Run-roller-coster
Lihat Hotel | Peta | Shanghai Disneyland Tron Light-cycles Power Run | CC: Jeremy Thompson

Jika anda pernah terasa ingin menaiki salah satu tunggangan Jeff Bridges iaitu motosikal TRON, anda sangat bernasib baik.

Menaiki roller coaster bertemakan filem tersebut merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

TRON-lightcycle-Power-Run-roller-coster
Tron Light-cycles bergerak dengan sangat laju menguji adrenaline anda

Dengan corak cakera backplates, bersedia untuk bergerak mengelilingi Tomorrowland sebelum melalui lencongan belakang bangunan yang berangin.

Anda akan bergerak dengan sangat laju sehingga merasa mata anda sangat berair, otak anda akan fikir seolah-olah anda ingin terbang keluar daripada roller coaster tersebut dan anda mungkin akan merasa mabuk dan loya selepas menaikinya.


Pirates of the Caribbean: Battle For The Sunken Treasure

Entrance_to_Pirates_of_the_Caribbean_Battle_for_the_Sunken_Treasure_at_Shanghai_Disneyland_Park
Lihat Hotel | Peta | Masuk ke Pirates of the Caribbean | CC: xiquinhosilva

Satu-satunya persamaan antara ini dan di US ialah beberapa jenis set, pernyertaan Kapten Jack Sparrow dan saya tidak tahu bahawa kedua-duanya mempunyai bot.

Pelancaran Pirates 2.0 sangat menarik dengan perasaan teknologi tinggi, campuran media dengan tetapan yang realistik dan kenderaan yang sudah di naik taraf untuk memberikan pandangan 360 darjah untuk semuanya, termasuk patung Audio-Animatronic yang terkini.

Pertempuran-untuk-Treasure-Sunken-di-Shanghai-Disneyland-Park
Pertempuran Treasure Sunken di Shanghai Disneyland Park | CC: Jeremy Thompson

Sangat besar, menakjubkan dan anda akan merasa persaan yang tidak dapat dilupakan dengan salah satu francais filem terbesar yang berjaya.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Itulah sebabnya ia merupakan tempat yang paling popular bagi pelawat yang ingin sesuatu yang menarik. Jika anda tunggang permainan ini, anda dapat rasa bahawa anda sudah menjadi seorang ketua lanun dengan ganjaran ke atas anda.


Roaring Rapids

Shanghai_Disneyland_Roaring_Rapids_Jeremy
Lihat Hotel | Peta | Masuk ke Pirates of the Caribbean | CC: Jeremy Thompson

Tunggangan rakit yang akan membawa anda melalui sebuah kampung di hutan, melambung ke sana sini melalui perairan bergelora, dengan memakai tali pinggang keselamatan, anda akan jatuh ke dalam kegelapan, tidak tahu apa akan terjadi seterusnya, jatuh dan ketakutan akan datang.

Tarikan yang sama di Taman Disney di Amerika seperti Grizzly River Run dan Kali River Rapids, cenderung untuk menjadi lebih baik daripada keseronokan, tetapi Roaring Rapids lebih dari itu.

Shanghai_Disneyland_Roaring_Rapids
Lihat Hotel | Peta | Masuk ke Pirates of the Caribbean | CC: MNXANL

Anda akan mula merasa panik, menjerit dan ketawa dengan penumpang yang lain selepas anda bersemuka dengan Q’aráq, makhluk seperti buaya yang tinggal di dalam “Roaring Mountain”.

Anda akan berjalan dengan riang dan gembira di luar dengan badan yang basah dan perasaan takut yang menyelubungi anda.


Camp Discovery Challenge Trails

Camp Discovery Challenge Trails
Lihat Hotel | Peta | Aktiviti mencabar melintasi rupa Gunung Roaring, melangkah melalui gua-gua yang menakjubkan | CC: Jeremy Thompson

Selamat datang ke zaman moden Disneyland, di mana anda boleh mencapai impian anda untuk menjadi American Ninja Warrior. Anda akan memakai abah-abah, klip di tali keselamatan dan pilih jalan anda sendiri.

Terdapat banyak cabaran yang akan anda tempuhi seperti gunung memuntahkan air, menyeberangi palang, jambatan using dan pembentukan batu.

Camp Discovery Challenge Trails

Saya tidak pernah memakai set baju kecergasan dalam taman tema, tapi ini sesuata yang mencabar. Orang ramai kebanyakan yang memasuki cabaran ini memakai kasut untuk mendaki dan tahu serba sedikit tentang tebing batu.

Satu-satunya perkara yang mengecewakan ialah anda perlu memakai alat keselamatan sewaktu ingin mengharungi cabaran seperti tikus makmal sedang mencari keju. Tapi mestilah keselamatan perlu diutamakan.


Soaring Over The Horizon

Soaring Over The Horizon

Tidak seperti benda lain yang baru terdapat di taman Shanghai, anda boleh merasai pengalaman yang mengasyikkan. Tergantung seperti sedang terbang dengan simulasi IMAX.

Soarin’ di Disney California Adventure dan Epcot telah dikemaskini dengan menunjukkan filem yang baru ini, membawakan landskap, struktur dan pemandangan dari seluruh dunia pada 80 kaki skrin tayangan bertentangan dengan kerusi terapung.

Soaring Over The Horizon

Peminat Disney sangat suka dengan penambahan imej janaan komputer, yang membuat beberapa peralihan dan lokasi sebenar.

Filem yang ditayangkan akan diiringi dengan aroma yang wangi daripada bunga dan rumput serta terasa seperti kita sedang berada di sana.


Peter Pan’s Flight

Peter Pan’s Flight

Nostalgia daripada pengembaraan Peter Pan membuatkan versi di Shanghai lebih menarik.

Kawasan dalam tempat itu menakjubkan, dengan beberapa peningkatan baru telah ditambah untuk merasa terbang lebih realistic dan kesan digital lebih ajaib.

Peter Pan’s Flight

Peter Pan’s Flight

Anda akan meluncur di atas batu yang tiba-tiba muncul di atas air, terus memasuki tingkap bilik tidur Darling dan melalui kapal lanun Captain Hook yang dibina mengikut skala.

Ianya bertujuan untuk kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga akan berasa seronok mengalaminya.


Hunny Pot Spin Shanghai Disneyland

Hunny Pot Spin Shanghai Disneyland

Menaiki cawan berputar Mad Tea Party yang comel menghasilkan kegembiraan yang asal tanpa soundtrack yang berbunyi pelik.

Hunny Pot Spin Shanghai Disneyland

Paling menarik kerana hasil cat era 70-an yang dihasilkan di tapak permainan kelihatan lebih “psychedelic” apabila putaran bermula.


The Many Adventures of Winnie The Pooh

The Many Adventures of Winnie The Pooh

Untuk peminat Disney, ini tidak menawarkan banyak peningkatan daripada yang asal, walaupun berbanding tarikan di Florida, ia mempunyai sistem yang lebih lancar dan efek air yang menarik.

Namun, apa yang perlu mengadu?

The Many Adventures of Winnie The Pooh

Anda melantun bersama Tigger, terapung melalui hujan yang lebat ketika masih kering dan masuk ke bilik “trippy” Heffalumps, Woozles dan makhluk gelap kabur yang anda akan terjumpa ketika imbasan Coachella.


Voyage To The Crystal Grotto

Voyage To The Crystal Grotto

Setiap taman di Disney memerlukan tarikan yang cantik dan menarik untuk anda lihat dan berehat disitu. ‘

  • Baca Juga: 10 Tempat Paling Menarik Di Shanghai China

Di Amerika, terdapat Enchanted Tiki Room, PeopleMover atau pod tidur yang dikenali sebagai Carousel of Progress.

Voyage To The Crystal Grotto

Di Shanghai Disneyland, terdapat tempat yang bernama Crystal Grotto atau sepatutnya dipanggil Princess Jungle Cruise.

Menaiki bot mengantuk (sleepy boat) bertujuan untuk memberi penonton Cina berinteraksi dengan watak-watak dari Disney klasik, tetapi tanpa sebarang ayat atau percakapan atau apa sahaja selain beberapa instrumental dan percikan air, mungkin mengurangkan minat penonton.

Voyage To The Crystal Grotto

Ianya dibuat begitu untuk memberi potensi yang baik kepada pengguna Instagram untuk mengambil gambar dan video pendek sambil anda rehat dan menyaksikan permainan yang dinaiki orang ramai.

Bersambung…

Tags: pakej shanghai disneylandpercutian shanghai
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.7k
Percutian Scandinavia
Pakej Popular

Percutian Scandinavia: Destinasi Impian Pelancong Malaysia

Negara-negara Scandinavia, yang terdiri daripada Norway, Sweden dan Denmark, merupakan destinasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong Malaysia yang ingin...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
611
Selanjutnya

Komen 4

  1. blank Rosni says:
    + -

    Nak tanya, pakej Bander Acheh bila tkh dan berapa kos

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam Cik Rosni. Ini ialah pakej private. Cik boleh dapatkan sebutharga dengan mengisikan borang di . Kami akan emailkan selepas cik isi. 🙂

  2. blank Lyena says:
    + -

    nak tanya, pakej lombok tu bila date pergi? dan berapa bayaran deposit

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam, ini ialah pakej private. Kita boleh ikut masa Cik dan kumpulan cik. 🙂

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my