Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kelantan

10 Air Terjun di Kelantan Paling Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
1 Mei, 2024
Kategori: Pakej Kelantan
Masa Bacaan: 2 mins read
16.6k 1.1k
A A
0
Air-Terjun-Kelantan
18.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Benarkah ada banyak air terjun di Kelantan? Adakah berbaloi berkunjung ke tempat-tempat riadah ini?

Kelantan adalah rumah kepada Air Terjun Jelawang, salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Air terjun yang menawan ini adalah 460m di atas paras laut, ia boleh dilihat dari tepi jalan di pekan Dabong.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Banyak aktiviti ditawarkan di sini seperti gua, mendaki dan menyeberangi sungai.

Tetapi Air Terjun Jelawang bukanlah satu-satunya lata yang luar biasa di Kelantan, ada banyak lagi tempat riadah yang anda boleh temukan di negeri Kelantan.

air-terjun-di-kelantan-jelawang-Syed-Al-Yahya
Imej oleh: Syed Al Yahya

Pin

  • 1 Air Terjun Jelawang
  • 2 Air Terjun Lata Berangin
  • 3 Lata Telaga Bijih
  • 4 Jeram Mengaji
  • 5 Air Terjun Jeram Pasu
  • 6 Lata Jeram Linang
  • 7 Air Terjun Lata Rek
  • 8 Taman Rekreasi dan Air Terjun Lata Hujan
  • 9 Pusat Rekreasi Air Terjun Lata Renyok
  • 10 Air Terjun Lata Janggut
Oleh itu, mari kita lihat 10 tempat riadah dan air terjun di Kelantan yang selalu dikunjungi orang ramai.


Air Terjun Jelawang

Air-Terjun-Jelawang-Wan-Othman
Air Terjun Jelawang | Imej oleh: Wan Othman

Kelantan terpencil dari negeri-negeri barat dan Terenggannu oleh pergunungan tinggi. Tanahnya bergunung-ganang di sebelah barat dan selatan. Terdapat dataran aluvium rata yang dicipta oleh Sungai Kelantan di mana kebanyakan bandar utama terletak.

Terdapat banyak air terjun di kawasan pergunungan ini. Salah satu yang paling terkenal adalah Air Terjun Jelawang.

Air Terjun Jelawang yang berada di dalam Taman Hutan Negeri Stong ini merupakan air terjun tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian 303 meter.

Destinasi ini bukan sahaja meriah dengan aktiviti mandi-manda malah begitu terkenal dalam kalangan pendaki untuk ke Kem Taha yang berada di puncak air terjun dan Gunung Stong.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

Air Terjun Lata Berangin

Air-Terjun-Lata-Berangin-Ruslan-Yaman
Air Terjun Lata Berangin | Imej oleh: Ruslan Yaman

Air Terjun Lata Berangin yang berada di Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Pas ini kira-kira 18km dari Bandar Kuala Krai.

Air terjun ini mempunyai ketinggian 120 meter dan begitu sesuai untuk mandi-manda, berkelah serta berkhemah secara berkumpulan di sini.

Dikatakan lokasi ini mendapat nama Lata Berangin kerana terdapat angin di kawasan kolam utamanya. Tambahan lagi kebanyakkan pengunjung turut berpendapat bahawa lokasi ini begitu mendamaikan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kelantan

Lata Telaga Bijih

Lata-Telaga-Bijih
Lata Telaga Bijih

Destinasi air terjun yang terletak di Kampung Lawang ini menyajikan permandangan alam semulajadi yang cukup indah. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kerusi rehat, wakaf, surau, kolam mandi kanak-kanak, warung makan dan permainan air untuk kanak-kanak.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Walaupun terletak di kawasan yang agak terpencil, destinasi ini turut menjadi pilihan badan beruniform untuk mengadakan perkhemahan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 17700 Tanah Merah, Kelantan

Jeram Mengaji

Jeram-Mengaji-Ruslan-Yaman
Jeram Mengaji | Imej oleh: Ruslan Yaman

Jeram Mengaji kian menjadi sebutan ekoran tarikan terbaru yang dimajukan di sekitarnya iaitu ladang ternak lembu, permainan ATV, jungle flight dan menunggang kuda di Jeram Mengaji Agro Resort.

Jadi sebelum tiba ke Jeram Mengaji anda akan melalui lokasi tersebut atau turut dikenali sebagai ‘Kundasang Kelantan’ atau ‘New Zealand Kelantan’. Tambahan lagi, ia semakin menarik untuk dilawati sekitar jam 8 pagi hingga 11 pagi kerana keadaan yang berkabus seperti di New zealand!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 972, Kg. Sungai Durian Mukim Banggol Setoi, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Air Terjun Jeram Pasu

Air-Terjun-Jeram-Pasu-Wan-Abdullah
Air Terjun Jeram Pasu | Imej oleh: Wan Abdullah

Air Terjun Jeram Pasu ini begitu tersohor dalam kalangan penduduk Pasir Puteh kerana ia merupakan destinasi rekreasi yang terawal dimajukan di sini. Keistimewaan pusat rekreasi ini kerana ia mempunyai pembahagian kawasan mandi mengikut kesesuaian peringkat usia.

Tambahan lagi, di sini turut mempunyai gelongsor air yang panjang untuk dewasa. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah surau, bilik persalinan, wakaf, gerai makanan dan tandas.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 7:00pm | 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Lata Jeram Linang

Lata-Jeram-Linang-Amirul-Iman
Lata Jeram Linang | Imej oleh: Amirul Iman

Lata Jeram Linang yang terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Sat, Machang ini mempunyai air terjun setinggi 12 meter. Lokasi ini turut sesuai untuk anda berkelah, berkhemah atau merentas hutan.

Untuk ke sini anda dinasihatkan memilih masa dan cuaca yang baik iaitu sekitar bulan April hingga September bagi menggelakkan musim tengkujuh dan fenomena kepala air.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 7:00pm | 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Air Terjun Lata Rek

Air-Terjun-Lata-Rek-Mohd-Arizman
Air Terjun Lata Rek | Imej oleh: Mohd Arizman

Destinasi air terjun yang terletak kira-kira 27km dari Bandar Kuala Krai ini cukup terkenal di negeri Kelantan. Lata Rek menerima kunjungan yang lebih ramai pada hujung minggu terutamanya hari Jumaat.

Kumpulan berkeluarga sering memilih destinasi ini ekoran airnya yang cetek, jernih dan selamat untuk kanak-kanak turut mandi-manda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Lata Rek, Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Taman Rekreasi dan Air Terjun Lata Hujan

Air-Terjun-Lata-Hujan-Yanti-Ti
Air Terjun Lata Hujan | Imej oleh: Yanti Ti

Lokasi yang lebih dikenali sebagai Lata Hujan ini terletak di Kampung Gual Ipoh iaitu 8km dari Bandar Tanah Merah.

Pengunjung sering ke sini bagi menikmati suasana yang hening, segar dan mendamaikan kerana ia merupakan kawasan hutan yang tidak diterokai dan bebas pencemaran. Anda juga boleh mendaki ke Bukit Lata Hujan untuk melihat curahan air terjun.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pusat Rekreasi Air Terjun Lata Renyok

Air-Terjun-Lata-Renyok-Mohd-Adli
Air Terjun Lata Renyok | Imej oleh: Mohd-Adli

Jika berada di Jeli, anda boleh ke Air Terjun Lata Renyok iaitu 14km dari Bandar Jeli. Aliran air terjun yang terhasil dari Banjaran Titiwangsa ini menyediakan kemudahan seperti dewan, surau, tandas dan tapak perkhemahan.

Di sini sesuai untuk anda bersantai bersama-sama ahli keluarga, memancing dan barbeku.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Unnamed Road, Kampung Renyok, 17610 Jeli, Kelantan

Air Terjun Lata Janggut

Air-Terjun-Lata-Janggut-Adnan-Latif
Air Terjun Lata Janggut | Imej oleh: Adnan Latif

Air Terjun Lata Janggut yang berada dalam jajahan Jeli ini mempunyai beberapa buah kolam mandi yang selamat untuk pengunjung. Kolam tersebut terbentuk daripada batu-batu di jeram.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah mandi-manda, BBQ, jungle trecking dan berkhemah. Jom habiskan percutian anda di kawasan alam semulajadi ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Sungai Long, 17600 Jeli, Kelantan

Bersambung…

 

Tags: air terjun di jeli kelantanair terjun di tanah merah kelantanlata di jeli kelantantaman tema air di kelantan
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kelantan
Pakej Kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

  Kelantan adalah negeri luar bandar di timur laut Semenanjung Malaysia yang sangat popular dan terkenal sebagai serambi Mekah. Kota...

Oleh: Hadi Ghazali
23 Mac, 2026
30.2k
Tempat menarik di Kelantan
Pakej Kelantan

35 Aktiviti Tempat Menarik di Kota Bharu Berserta Tentatif Percutian

  Apa yang unik tentang Kota Bharu? Apakah tempat menarik di Kota Bharu yang popular? Adakah tempat makan yang sedap...

Oleh: Hadi Ghazali
17 Mac, 2026
45.1k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my