Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pahang

Bercuti di Cameron Highlands: 10 Tempat Paling Popular Tumpuan Pelancong

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
Kategori: Pakej Pahang
Masa Bacaan: 3 mins read
6.9k 69
A A
3
7.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Kalau sebut kepada rakyat Malaysia, siapa yang tak pernah dengar Cameron Highlands kan?

Ia merupakan diantara destinasi percutian tumpuan yang utama di Malaysia.

Cameron Highlands sentiasa sesak dengan pengunjung dari dalam dan juga luar negara terutamanya pada hujung minggu dan ketika musim cuti persekolahan.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Suhu yang dingin dan panorama alam yang indah menjadikan Cameron Highlands sangat unik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Promo-Banner-Cameron-Highlands

  • Lihat Pakej Percutian di Cameron Highlands
  • Lihat Hotel Terbaik di Cameron Highlands
  • Lihat Resort Popular di Cameron Highlands
  • Lihat Aktiviti Menarik di Cameron Highlands
  • Peta Percutian Cameron Highlands Pahang

Pin

  • 1 Ladang Teh Boh Sungei Pala
  • 2 Cameron Lavender Garden
  • 3 Cameron Valley Tea House 1 & 2
  • 4 Pasar Malam Brinchang
  • 5 YZ Agro Farm
  • 6 Cameron Adventurous
  • 7 Bee Farm
  • 8 3D Wall Art Studio
  • 9 KEA Farm
  • 10 Taman Rama-Rama
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda 10 tempat paling menarik di Cameron Highlands yang anda wajib kunjungi. Jom baca!


Ladang Teh Boh Sungei Pala

bercuti-di-cameron-highlands
Pemandangan menyegarkan d Ladang Teh Boh Sungei Pala

Bercuti di Cameron Highlands: Nombor satu dalam senarai kami sudah pastinya Ladang Teh Boh Sungai Palas.

Bagi anda yang belum pernah ke Cameron Highlands pastinya tertanya-tanya kenapa ladang teh kan?

Pemandangan mengasyikkan dari Boh Cafe
Pemandangan mengasyikkan dari Boh Cafe

Kalau anda nak betul-betul tahu kenapa, anda perlu ke berkunjung sendiri ke sini. Laluan untuk ke ladang teh ini sahaja pun sudah cukup mempersona dan mengasyikkan.

Setibanya di sana, anda perlu menaiki anak tangga untuk ke puncaknya.

Teh Boh terkenal dengan kesedapannya di seluruh Malaysia
Teh Boh terkenal dengan kesedapannya di seluruh Malaysia

Disini, anda boleh menikmati hidangan teh dan kudapan sambil menikmati pemadangan ladang teh yang menghijau.

Suhunya yang dingin dan nyaman menjadi pelengkap kepada pemandangan yang mempersona.

Anda juga boleh membeli produk-produk keluaran Boh yang sukar ditemukan di tempat lain.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 39100 Brinchang, Cameron Highlands 4.519577, 101.416070

  • Tiket: Online | Tiada caj dikenakan, anda boleh duduk menikmati menu teh di cafe yang cantik ini

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 04.30 Petang

Cameron Lavender Garden

Melihat kecantikan dan menghidu keharuman bunga Lavender
Melihat kecantikan dan menghidu keharuman bunga Lavender

 Walaupun namanya Lavender Garden, namun, bukan hanya lavender sahaja yang ada disini.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda boleh temukan berbagai jenis lagi bunga yang menarik.

Bagaimana agaknya rasa kek yang diperbuat dari Lavender?
Bagaimana agaknya rasa kek yang diperbuat dari Lavender?

Himpunan pelbagai jenis bunga-bungaan yang berwarna warni ini menghasilkan satu pemandangan yang sangat cantik.

Suasana di Cameron Lavender Garden
Suasana di Cameron Lavender Garden

Rugi kalau anda tak ambil gambar disini! Ia dibuka setiap hari dari pagi sehingga petang dan mempunyai ruang parking yang agak luas.

Jadi, anda tidak perlu risau untuk berkunjung ke sini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 59, Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Online | Tiada caj dikenakan, anda boleh duduk menikmati menu teh di cafe yang cantik ini

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 06.00 Petang

Cameron Valley Tea House 1 & 2

Peluang merasai jenis-jenis Teh di Valley Tea
Peluang merasai jenis-jenis Teh di Valley Tea

Nama lain untuk kedua-dua tempat ini adalah Ladang Teh Bharat 1 & 2.

Kedua-duanya berkonsepkan kafe dan turut menawarkan pemandangan ladang teh yang menghijau serta mempersona.

Pemandangan Teh luas sejauh mata memandang di Cameron Valley Tea
Pemandangan Teh luas sejauh mata memandang di Cameron Valley Tea

Lokasi kedua-duanya tidak jauh diantara satu sama lain.

Sambil menikmati pemandangan, anda boleh menjamu selera dengan menikmati hidangan teh dan juadah lain di kafe yang disediakan.

Melihat ladang teh sambil menghirup teh di Valley Tea
Melihat ladang teh sambil menghirup teh di Valley Tea

Ruangan parking juga agak luas. Anda boleh melawat ladang teh secara percuma dan mengambil gambar.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 34 & 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

  • Tiket: Online | Rm3.00 caj dikenakan, caj minum dan makan juga dikenakan

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 06.00 Petang

Pasar Malam Brinchang

Pasar Malam Brinchang atau Golden Hill ini mula meriah seawal pukul 4 petang
Pasar Malam Brinchang atau Golden Hill ini mula meriah seawal pukul 4 petang

Sebenarnya pasar ini telah berpindah ke Golden Hill, Sungai Ruil, namun masih tidak jauh dari pasar asal dan masih digelar Pasar Malam Brinchang.

Ianya dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 4 petang. Pun begitu ia dibuka sepanjang cuti sekolah atau cuti umum.

Pelbagai juadah, barangan harian dan cenderhati dijual di pasar ini
Pelbagai juadah, barangan harian dan cenderhati dijual di pasar ini | CC: Nur Hafizah

Tidak sah sekiranya anda tidak berkunjung ke Pasar Malam Brinchang ini jika anda sudah sampai ke Cameron Highlands.

Lokasinya adalah di antara Brinchang dan Tanah Rata. Ada pelbagai jenis pasar disini.

Pada waktu malam ianya mula meriah dengan diterangi lampu malam
Pada waktu malam ianya mula meriah dengan diterangi lampu malam

Anda boleh temukan berbagai jenis produk unik Cameron Highlands sendiri seperti strawberi, anggur, sayur-sayuran segar, madu dan macam-macam lagi.

Selain itu, ia juga sesuai untuk anda mendapatkan cenderahati dan menikmati hidangan yang sedap-sedap.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Sungai Ruil, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Online | Tiada caj dikenakan dan tempat letak kereta adalah berbayar

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 Malam

YZ Agro Farm

YZ Agro Farm antara pengusaha strawberi muslim di Camerong Highlands
YZ Agro Farm antara pengusaha strawberi muslim di Camerong Highlands

YZ Agro Farm merupakan sebuah ladang strawberi yang menawarkan pengalaman untuk memetik sendiri strawberi.

Ia sangat sesuai sebagai aktiviti bersama keluarga dan anak-anak sekiranya anda berkunjung ke sini.

YZ Agro Farm pelbagai menu istimewa di Cafe YZ
YZ Agro Farm pelbagai menu istimewa di Cafe YZ

Disini juga disediakan fasiliti yang sangat mesra pengunjung dan anda boleh temukan kafe yang menawarkan hidangan berat seperti nasi lemak dan mee kari.

Melihat dan memetik buah strawberi segar dari Ladang YZ Agro Farm
Melihat dan memetik buah strawberi segar dari Ladang YZ Agro Farm

Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan ringan seperti waffle, aiskrim dan beberapa jenis menu lagi yang diperbuat daripada strawberi segar dari kebun.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | No. 22, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000

  • Tiket: Online | Tiada caj dikenakan, anda boleh duduk menikmati menu menarik di sini

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 05.30 Petang

Cameron Adventurous

Antara ATV dan 4x4 yang menanti anda untuk mencabar diri
Antara ATV dan 4×4 yang menanti anda untuk mencabar diri

Jika anda ingin lakukan aktiviti yang agak lain dari kebiasaan di cameron Highlands, anda boleh menikmati pemandangan di Cameron Highlands dengan menaiki jeep atau ATV yang disediakan oleh Cameron Adventurous ini.

Buat tempahan bersama rakan atau keluarga anda menghadapi cabaran ATV di Cameron Highlands
Buat tempahan bersama rakan atau keluarga anda menghadapi cabaran ATV di Cameron Highlands

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Satu nasihat untuk anda jika anda benar-benar ingin mencuba aktiviti ini adalah, anda perlu “booking” seminggu lebih awal kerana agak sukar untuk mendapatkan slot anda jika “walk-in”.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Kuala Terla, 39000 Tanah Rata

  • Tiket: Online | Caj dikenakan dari RM15 dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 06.00 Petang

Bee Farm

Madu segar dari ladang di Cameron Highlands
Madu segar dari ladang di Cameron Highlands

Berapa ramai penggemar madu lebah yang sedang membaca artikel ini?

Kalau anda berkunjung ke Cameron Highlands, jangan lupa untuk berkunjung ke Bee Farm kerana disini anda boleh melihat sendiri bagaimana proses untuk mengekstrak madu lebah dijalankan.

Anda berpeluang untuk melihat lebih dekat sarang lebah
Anda berpeluang untuk melihat lebih dekat sarang lebah

Untuk pengetahuan anda ada beberapa ladang madu di Cameron Highlands antaranya ialah , Ee Feng Gu Bee Farm, Cameron Tringkap Bee Farm dan Highlands Apiary Farm.

Anda juga boleh membeli produk madu seperti losyen madu, sabun madu dan yang paling penting, madu asli.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Green Cow, No 75, Batu 43, 39100, Pahang

  • Tiket: Online | Tiada caj dikenakan dan anda boleh riadah di cafe dan kedai cenderahati

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 Malam

3D Wall Art Studio

Aksi menarik di 3D Wall Art Studio
Aksi menarik di 3D Wall Art Studio

Sebenarnya dah terlalu banyak tempat di Malaysia ini yang mengetengahkan konsep 3D mural seperti ini.

Namun, itulah yang uniknya mengenai seni. Setiap tempat mempamerkan kesenian dan pengalaman yang berbeza.

3D Wall Art Studio memiliki lukisan ilusi yang unik
3D Wall Art Studio memiliki lukisan ilusi yang unik

Destinasi ini sangat sesuai untuk anda bergambar bersama keluarga terutamanya buat anda yang mempunyai anak-anak kecil, mereka pastinya teruja dengan hasil seni yang dipamerkan disini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Online | Rm20 caj masuk untuk dewasa

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 05.30 Petang

KEA Farm

Pelbagai jualan hasil pertanian Cameron Highlands anda boleh temukan disini
Pelbagai jualan hasil pertanian Cameron Highlands anda boleh temukan disini

Pada siang hari, KEA Farm merupakan diantara destinasi tumpuan buat pengunjung yang ingin mendapatkan produk segar Cameron Highlands seperti sayur-sayuran, strawberi, jagung dan berbagai lagi produk.

Pasar pada altitud tertinggi di Malaysia ini antara tarikan utama pelancong datang ke Camerong Highlands
Pasar pada altitud tertinggi di Malaysia ini antara tarikan utama pelancong datang ke Camerong Highlands

Anda juga boleh menikmati hidangan ringan seperti strawberi coklat, jagung manis dan beberapa hidangan lain yang tidak kurang sedapnya.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Online | Caj dikenakan dari RM15 dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 06.00 Petang

Taman Rama-Rama

Taman Rama Rama Cameron Highlands
Taman Rama Rama Cameron Highlands

Yang kesepuluh dalam senarai ini adalah Taman Rama-rama untuk anda dapatkan sedikit kelainan.

Selain daripada rama-rama, pelbagai tumbuhan, bunga, kumbang, reptilia dan haiwan lain ada disini
Selain daripada rama-rama, pelbagai tumbuhan, bunga, kumbang, reptilia dan haiwan lain ada disini

Bosan juga keluarga anda jika kesemuanya hanya pemandangan, teh, strawberi dan sayur sahaja kan?

Disini anda boleh berinteraksi dengan rama-rama kerana rama-rama disini dibiarkan bebas berterbangan.

Pelbagai spesis rama-rama dan kupu-kupu yang unik ada disini
Pelbagai spesis rama-rama dan kupu-kupu yang unik ada disini

Selain itu, anda juga boleh temukan haiwan lain seperti cicak, ular, serangga dan kala jengking.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | MDCH 3, Batu 43, Green Cow, 39100

  • Tiket: Online | Caj masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang

 

Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan 10 tempat menarik di Cameron Highlands. Sebenarnya di Cameron Highlands ini terdapat begitu banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi.

Pastikan anda merancang percutian anda dengan sebaiknya kerana ia akan menjadi sangat sesak pada waktu hujung minggu atau ketika cuti persekolahan. Jumpa anda dalam artikel seterusnya!

Promo Banner Cameron Highlands

Tags: cameron highlands homestaycameron highlands hotelcameron highlands malaysiatempat baru di cameron highland
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pakej Pahang

20 Tempat Menarik di Bukit Fraser Terkini

  Berbaloi mengunjungi Bukit Fraser? Apakah tempat menarik di Bukit Fraser patut pelancong lawati? Bukit Fraser ialah sebuah perkampungan tanah...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
39k
Pakej Pahang

20 Aktiviti Tempat Menarik di Temerloh

  Dekat mana Temerloh tu? Apa tempat menarik di Temerloh yang ramai orang kunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di...

Oleh: Hadi Ghazali
29 Mei, 2026
30.9k
Selanjutnya

Komen 3

  1. blank zafira izma binti razak says:
    + -

    Boleh semak harga untuk 4hari 3malam pada bulan oktober 2019?

    Reply
  2. blank Effa says:
    + -

    Boleh hantar harga utk 3h 2m tarikh 29-31 mac 2019?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh Cik Effa. Sila semak emel cik untuk maklumbalas lanjut. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.2k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.5k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.5k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my