fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

Dinamakan sempena William Cameron - seorang juru ukur pemerintah Britain yang 'menemui' kawasan itu pada tahun 1885 sementara dalam ekspedisi pemetaan

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
27/11/2021
Kategori: Pakej Pahang
Masa Bacaan: 9 mins read
1.2k 31
A A
38
tempat menarik di cameron highlands
47k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Terletak di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa, di atas dataran panas terik Semenanjung Malaysia namun dengan suhu yang berbeza.

Cameron Highlands menawarkan iklim yang menyegarkan dengan suhu harian purata 17 hingga 23 darjah Celcius.

Seperti sebuah syurga musim panas yang berkekalan, Cameron Highlands yang satu ketika dahulu khusus untuk percutian pegawai British dan sanak-saudara mereka, kini telah berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan yang sibuk dan pusat pertanian sederhana.

Apa yang menariknya, ia terbuka untuk dilawati oleh semua orang. Bunga-bungaan, tempat-tempat penginapan dan kedai-kedai makan, hutan yang unik di Cameron Highlands adalah satu tarikan utama yang tersendiri.

Promo-Banner-Cameron-Highlands

  • Lihat Penginapan Terbaik Cameron Highlands
  • Lihat Aktiviti Menarik di Cameron Highlands
  • Peta Percutian Cameron Highlands Pahang

Hal ini di mana trek dan laluan yang ada menarik pelancong ke dalam laluan penuh menyegarkan dan mempesonakan.

Ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Cameron Highlands, dalam video ini dipaparkan perkara-perkara menarik yang boleh dilakukan:

Setelah melihat video Cameron Highlands ini pasti anda teruja untuk melancong bukan?

Itu hanya sebahagian sahaja, anda perlu masuk lebih dalam ke ladang-ladang teh dan kawasan semulajadi untuk menikmati percutian yang memuaskan.

Pin

  • 1 Perladangan Teh Terkenal Cameron Highlands
    • 1.1 Boh Tea Plantations Cameron Highlands
    • 1.2 Sungai Palas Tea Estate
    • 1.3 Cameron Valley Tea Plantation (Bharat Tea Plantation)
  • 2 Hutan Berlumut (The Mossy Forest)
  • 3 Muzium Time Tunnel Cameron Highlands
  • 4 Pasar KEA Farm Cameron Highlands
  • 5 Ladang-Ladang Sayur Cameron Highlands
  • 6 Tanah Rata Cameron Highlands
  • 7 Tringkap, Kuala Terla & Kampung Raja
  • 8 Cameron Highland Butterfly Farm
  • 9 Flower Nurseries & Fragrance Nursery Cameron Highlands
  • 10 Ladang Lebah Madu Cameron Highlands
  • 11 Lavender Garden Cameron Highlands
  • 12 Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands
  • 13 Sejarah Ringkas Tempat Menarik Di Cameron Highlands
  • 14 Bercuti di Cameron Highlands Ringlet
  • 15 Brinchang Cameron Highlands
Untuk panduan lengkap anda, kami senaraikan di bawah adalah beberapa perkara terbaik untuk dilihat dan dilakukan di Cameron Highlands.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Perladangan Teh Terkenal Cameron Highlands

Cameron-Highlands-Tea-plantation.
Ladang Teh Cameron Highlands

Boleh kata kunjungan anda ke Cameron Highlands tidak lengkap jika tidak melawat ke ladang teh. Ini adalah salah satu tarikan utama yang dikategorikan “mesti pergi” di sini.

Anda boleh melawat kilang-kilang bagi melihat bagaimana teh diproses dan anda juga boleh sekadar duduk menikmati secawan teh di kafe berhampiran.

Pemandangan mengarah ke ladang-ladang ini adalah sangat cantik dan sesuai untuk disemat dalam gambar anda.


Boh Tea Plantations Cameron Highlands

Boh-Tea-Plantations-Cameron-Highlands
Ladang teh Boh menawarkan pemandangan indah serta pusat kafe, galeri & kedai cenderahati
  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Lihat Tour | Tiada caj dikenakan, anda boleh duduk menikmati menu teh di cafe yang cantik ini

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 04.30 Petang

BOH Plantations Sdn Bhd merupakan penanam teh utama di Malaysia, dengan pemilikan ke atas empat buah kebun teh – Boh, Sungei Palas dan Fairlie terletak di Cameron Highland; dan Bukit Cheeding di Selangor – membentuk kira-kira 1200 hektar ladang teh.

Dengan kapasiti pengeluaran menghampiri 3000kgs per hektar, syarikat ini menghasilkan 4 juta kilogram teh setahun yang mana kira-kira 5.5 juta cawan sehari. Ini mewakili kira-kira 70% daripada semua teh yang dihasilkan di Malaysia.


Sungai Palas Tea Estate

Sungai Palas Tea Estate
Ladang teh ini mempunyai pusat cafe dengan lokasi yang sangat strategik
  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | GC87+Q9 Road Brinchang 39000, Pahang

  • Tiket: Lihat Tour | Tiada caj dikenakan, anda boleh duduk menikmati menu teh di cafe dengan pemandangan yang cantik

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 04.30 Petang

Ini merupakan satu lagi ladang teh milik Boh dan ianya terletak jauh ke utara dari ladang utama. Adalah menjadi satu kemestian untuk bertandang ke Sungai Palas Tea Centre.

Baru saja dibuka oleh BOH Plantations di atas taman teh Sungei Palas, ianya adalah di atas Brinchang, di tengah-tengah kawasan penanaman teh Genting Highlands ini.

Terletak di atas puncak bukit, di tengah-tengah barisan tanaman teh dan berdekatan dengan Gunung Brinchang, ia menawarkan pengenalan kepada teh Malaysia dalam suasana yang benar-benar menakjubkan.


Cameron Valley Tea Plantation (Bharat Tea Plantation)

Pemandangan bharattea


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 15-16, Jalan Besar, Cameron Highlands, Pahang, 39000 Tanah Rata

  • Tiket: Lihat Tour | Tiada caj dikenakan, anda boleh duduk menikmati menu teh di cafe

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 07.30 Malam

Bagi para pelancong yang menghala ke arah Tanah Rata dari jalan Tapah-Cameron Highlands yang lama, pasti tidak akan terlepas keindahan Bharat Tea Plantation yang meliputi pelbagai jenis bukit beralun.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Terletak hanya 5 km sebelum Tanah Rata, Bharat ditubuhkan pada tahun 1933 dan merupakan pengeluar teh kedua terbesar di Cameron Highlands.

Syarikat teh yang sedang membangun ini juga memiliki ladang teh di pekan Tringkap, lebih bawah di sepanjang jalan utama Cameron Highlands di mana jenama teh “Cameron Valley” dihasilkan.

Cameron Valley
Cameron Valley

Walau bagaimanapun, estete teh utama Bharat adalah yang paling dikunjungi oleh para pelancong kerana ia terletak sepanjang jalan utama berdekatan Tanah Rata.

Kawasan perladangan ini khususnya memiliki dua buah rumah teh terletak beberapa ratus meter jarak, kedua-duanya menghidangkan teh segar yang sedap, pelbagai jenis kek, skon dan jem strawberi, serta biskut Inggeris.

Kedua-dua rumah teh ini menjual cenderamata juga dan menerima pengunjung tak kira hujung minggu atau cuti.

bharattea tea store
Kedai Cenderhati Bharattea Tea Store

Namun rumah yang lebih tua lebih awal menyambut pelancong kerana terletak di tanah rendah, di mana pengunjung boleh kemudiannya, berjalan kaki melalui laluan yang ada untuk meneroka ladang teh tersebut.

Rumah teh kedua pula, bagaimanapun, memiliki tempat letak kereta yang lebih luas bagi menampung pelancong yang tiba dengan kereta semasa musim puncak dan kedua-dua pusat ini menawarkan pemandangan hebat lembah ini.

Bharat Tea dibuka setiap hari; dari 9 pagi hingga selewat 6 petang pada hari sibuk.


Hutan Berlumut (The Mossy Forest)

Hutan Berlumut Mossy Forest Cameron Highlands
Hutan Berlumut Mossy Forest Cameron Highlands

Keindahan menakjubkan yang ada pada Cameron Highlands semestinya adalah sebab utama mengapa ianya menarik ramai pelancong datang, dan tarikan semulajadinya yang utama semestinya adalah Mossy Forest.

Bergantung kepada lokasi, hutan ini mungkin juga dipanggil Cloud Forest, Elfin Forest, atau Upper Montane Forest dengan semua paparan ciri-ciri serupa dan tumbuh-tumbuhan yang hanya boleh ditemui di dalam persekitaran yang sentiasa sejuk, berangin, basah dan berkabus.

Mossy Forest Cameron Highlands
Mossy Forest Cameron Highlands

Di Malaysia, Mossy Forest ini meliputi rabung dan lembah pada ketinggian di atas 1800 meter di mana ia sentiasa diselubungi kabus dan awan yang lebih rendah dengan suhu antara 10 hingga 18 darjah Celsius.

Mossy Forest Cameron Highlands ini terletak di rabung Gunung Brinchang yang setinggi 2032 meter itu, yang mana merupakan gunung tertinggi di Cameron Highlands.

Di sini, pemandangan bukit-bukau dan lembah di bawahnya dan dataran yang boleh dilihat adalah sangat indah dan pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam adalah sangat menakjubkan.

Keadaan Mossy Forest Cameron Highlands

Bagi mereka yang berani meneroka pada waktu malam, pemandangan bintang-bintang dan Milky Way di atas langit pada hari cerah dan cahaya bandaraya Ipoh yang terletak jauh dibawah adalah pemandangan yang menyeronokkan sekali.

Tolak pemandangan jauh, hutan di sini turut memikat dengan lapisan tebal lumut melekap di permukaan pokok dan juga tanah.

Pokok-pokok di sini juga terbantut, jarang melebihi 10 meter tinggi dan kebanyakannya merupakan famili laurel dengan rhododendron yang menonjol apabila mekar, orkid kecil, periuk kera dan epifit-epifit yang lain, berkembang maju dalam persekitaran ini.

Akar Menjalar Mossy Forest Cameron Highlands
Akar Menjalar Mossy Forest Cameron Highlands

  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 6PP3G9FJ+MQ, 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Lihat Tour | Tiket masuk adalah RM10 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 07.00 Malam

Mossy Forest di Brinchang ini sebenarnya adalah salah satu tempat paling mudah di dunia untuk mengakses hutan berlumut dengan jalannya yang berturap hingga ke puncak rabung di sini.

Terdapat lawatan berpandu harian ke hutan berlumut ini yang dianjurkan oleh pelbagai pengusaha pelancongan di Cameron Highlands, yang mana akan membawa para pelancong melalui hutan menggunakan laluan berjalan kaki diperbuat daripada kayu sepanjang 400 meter

Ianya dibina khas melalui hutan untuk pemandangan lebih dekat dan peribadi akan keajaiban semulajadi ini.


Muzium Time Tunnel Cameron Highlands

Muzium Terowong Masa
Muzium Terowong Masa

Jika anda berhasrat untuk meneroka Cameron Highlands yang sebenar, maka adalah menjadi satu kemestian untuk anda membuat lawatan ke Galeri Terowong Masa.

Ambil peluang untuk mengintip ke Cameron Highlands di masa lalu melalui gambar-gambar dan cerita-cerita yang ramai orang tak tahu lagi tentangnya.

Terowong Masa Cameron Highlands
Pelbagai barangan antik zaman awal 1900 boleh ditemukan

Kebanyakan gambar-gambar yang menggambarkan masa lalu ini adalah daripada koleksi-koleksi peribadi penduduk-penduduk tempatan yang telah menetap di sini sejak zaman sebelum perang lagi.

Di sini, anda juga boleh menemui barang-barangan yang biasa dari zaman silam masyarakat-masyarakat kita dulu.

Time Tunnel Cameron Highlands
Time Tunnel Cameron Highlands

  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | F9WW+V3, Cameron Highland, 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Lihat Tour | Tiket masuk adalah RM6 bagi orang dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 06.00 Petang

Bagi mereka yang membesar dalam tahun 40-an ke 80-an, ini adala seperti anda berjalan kembali ke lorong memori.

Ia pasti menyeronokkan dan penuh nostalgia!


Pasar KEA Farm Cameron Highlands

Pasar Cameron Highlands
Pasar KEA Farm

Sangat popular di kalangan pelancong tempatan untuk hasil sayur-sayuran tanah tingginya, Kea Farm merupakan pasar terbuka yang agak sibuk di Cameron Highlands, bertempat 3km di utara pekan Brinchang.

Pasar sayur-sayuran dan buah-buahan di sepanjang jalan utama tanah tinggi ini terletak berdekatan dengan Copthorne Hotel (Dulunya dikenali sebagai Equatorial Resort).

Copthorne Hotel
Copthorne Hotel | Lihat Hotel

Di sini, para petani menjual produk terbaik mereka sepanjang hari, menawarkan pembeli kubis, lobak merah segar, pelbagai jenis sayur-sayuran lai tanah tinggi, jagung, strawberi, bunga, cenderamata, madu dan tumbuh-tumbuhan dalam pasu.

Kea Farm yang terletak pada ketinggian 1610 meter dari atas paras laut (5282 kaki) juga merupakan kampung tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan terletak berhampiran dengan Estet Teh Sungai Palas dan gunung tertinggi di Cameron Highlands, Gunung Brinchang (2031 m). Antara lain tarikan di sini merangkumi Pusat Ros dan Taman Rama-rama.

Kea Garden
Kea Garden

Iklim di Cameron Highlands adalah sesuai untuk penghasilan strawberi sepanjang tahun dan ini menggalakan ramai petani menjual buah ini.

Malah, pengeluaran strawberi merupakan salah satu perniagaan terbesar di sini, dan penduduk tempat amat berkait rapat dengan buah ini.

Big-Red-Strawberry-Farm
Big Red Strawberry Farm

Hotel-hotel dinamakan sempena strawberi, pakaian dicetak gambar strawberi, terdapat alat permainan strawberi, cenderamata strawberi, malahan bantal juga, lawatan ke taman strawberi, jem strawberi, aiskrim dan pelbagai jenis makanan Malaysia yang terkait dengan beri ini.

Kebanyakan ladang strawberi tertumpu di Tanah Rata, Brinchang dan Kea Farm. Semasa musim pengeluaran lebih tinggi sekitar bulan Mei hingga Ogos, kebanyakan ladang menawarkan para pelancong untuk memetik sendiri buah strawberi.

Raju Hill Strawberry Farm
Raju Hill Strawberry Farm

  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Cameron Highland, 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Lihat Tour | Tiket masuk adalah RM10 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 06.00 Petang

Pengunjung yang ingin menikmati aktiviti ini dikenakan bayaran antara RM50 hingga RM60 sekilogram buah dipetik.

Tiga daripada ladang strawberi paling popular di mana para pengunjung boleh melakukan lawatan interaktif adalh Big Red Strawberry Farm di Brinchang, Ladang Kasimani berhampiran Padang Golf dan Raju Hill Strawberry Farm berdekatan Kea Farm.


Ladang-Ladang Sayur Cameron Highlands

cameron highlands pasar sayur
Pasar Sayur Cameron Highlands

Ladang-Ladang Sayur di Cameron Highlands kebanyakannya terletak di seluruh kawasan tanah tinggi dan sebahagian besar daripada ladang-ladang ini membenarkan kunjungan masuk oleh para pelawat.

Anda boleh melakukan pemanduan ke Tringkap atau Kuala Terla untuk mendapatkan gambaran dari tepi jalan akan ladang-ladang sayur yang agak besar di sini.

Ladang-cameron-highlands
Ladang Hydroponic

Oleh kerana kedatangan pelancong yang semakin meningkat, semakin banyak ladang-ladang kecil dibuka di seluruh tanah tinggi ini.

Ladang-ladang ini menghasilkan segalanya daripada bunga-bungaan kepada sayur-sayuran kepada strawberi.

Pasar Sayur Cameron Highlands
Sayur-sayur segar di Cameron Highlands

Kebanyakannya ini adalah untuk para pelancong dapat berjalan-jalan di dalamnya. Ladang-ladang besar yang lain menghasilkan sayur-sayuran untuk keperluan negara dan kebiasaannya tiada dalam peta pelancongan dan terletak di kawasan pedalaman atau Kuala Terla dan Bertam Valley.

Bagi anda yang berminat, lawatan ke ladang-ladang organik boleh diaturkan oleh sebilangan syarikat pelancongan dan anda sekadar meminta ia ditambahkan dalam itenari anda sahaja.


Tanah Rata Cameron Highlands

Tanah Rata Cameron Highlands
Tanah Rata adalah pekan lama yang agak sibuk dan sejuk | CC: See Kok Shan

Pusat kepada Cameron Highlands semestinya adalah pekan pentadbirannya iaitu Tanah Rata, yang mana amat popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.

Terletak di ketinggian 1,440 meter (4,720 kaki) dengan julat suhu harian 16-24 darjah Celcius, udara di sini agak segar dan kawasan tanah sekitarnya adalah sesuai untuk pelbagai jenis bunga tropika sederhana dan sub tropika yang hidup dengan banyak di sini.

Nama “tanah rata” ini adalah berasal daripada perkataan tanah rata dalam Bahasa Melayu kita, dan ia merujuk kepada lembah yang agak rata di mana pekan ini terletak, ditengah-tengah bukit disekitarnya dan puncak-puncak gunung.

Menjadi lokasi popular di kalangan para pelancong, terdapat banyak hotel, resort, pangsapuri percutian, tempat penginapan backpacker dan lodge terletak di dalam pekan ini dan juga di kawasan luar bandar di sekitarnya.

pasar-malam-cameron-highlands
Pasar Malam Cameron Highlands

Tanah Rata memiliki bank, pusat tukaran wang, kedai dobi, pusat siber, kaunter lawatan, restoran, gerai makanan segera malahan kafe Starbucks.

Para pelacong biasanya memilih untuk meneroka kawasan hutan sub-gunung di sekitar sini kerana terdapat banyak denai hutan dengan bermacam jarak dan kesukaran yang dengan mudah boleh diakses dari pekan.

Beberapa laluan yang popular termasuklah Denai No. 4 dari Parit Falls yang antara lainnya membawa kepada puncak gunung seperti Gunung Beremban (1,812m), Gunung Mentigi (1,535m), Gunung Perdah (1,551m) dan Gunung Jasar (1,670m).

Semua denai hutan di sini diberi nombor dan dengan mudah boleh dirujuk dari peta pelancongan yang boleh didapati dari kedai-kedai, kafe dan hotel-hotel di sekitar pekan.


Tringkap, Kuala Terla & Kampung Raja

Pemandangan Indah Blue Valley, Cameron Highlands
Pemandangan Indah Blue Valley, Cameron Highlands

Melangkaui Brinchang, jalan yang ada akan membawa anda kepada Blue Valley. Kebanyakan tempat bercuti di Cameron Highlands adalah terletak di sekitar laluan ini.

Di sinilah di mana anda akan menemui pasar, ladang sayur-sayuran, taman-taman bunga, ladang lebah dan taman rama-rama.

Jalan itu juga bercabang keluar ke ladang teh Sungai Palas dari sini, di mana anda boleh melawat kilang atau minum teh sambil menikmati pemandangan ladang yang menakjubkan di sini.

Jika anda meneruskan perjalanan menuju ke utara di jalan utama, anda akan menuruni bukit dari Kea Farm.

Panorama of Cameron Highlands with visible tea plantations and human settlements under blue sky with white clouds
Panorama ladang teh Cameron Highlands

Anda akan dapat melihat ladang-ladang sayur-sayuran di sepanjang jalan dari sini ke Tringkap dan seterusnya. Tringkap merupakan sebuah komuniti pertanian kecil di mana anda boleh menemui gerai-gerai di sepanjang jalan yang menjual produk tempatan.

Lima belas minit dari sini adalah Kuala Terla, satu lagi kawasan masyarakat petani yang kecil. Kampung Raja merupakan pekan terakhir di dalam peta.

Sejak pembukaan jalan Simpang Pulai, pekan ini telah menjadi pintu masuk ke kawasan tanah tinggi dari utara. Dari sini, anda bolehlah menuju ke barat –  ke arah Ipoh atau ke timur – ke Gua Musang di Kelantan.

Ini adalah serba sedikit info penting yang anda perlu tahu jika bercadang untuk bercuti di Cameron Highlands. Ada banyak lagi tarikan yang kami akan bawakan kepada anda pada artikel seterusnya. Stay tune!


Cameron Highland Butterfly Farm

Taman Rama Rama Cameron Highlands
Taman Rama Rama Cameron Highlands

Melihat rama-rama di kawasan terbuka merupakan satu pemandangan yang jarang berlaku pada hari ini.

Dengan kesibukan kota bangunan batu, alam tercemar dan cuaca panas terik tak menentu, kelibat rama-rama semakin sukar ditemui.

Dengan berkunjung ke sini, anda akan dapat melihat pelbagai jenis spesies rama-rama yang pernah menjadi pemandangan biasa di kawasan tanah tinggi bertahun-tahun dahulu.

Taman Rama-Rama Cameron Highlands

  • Lokasi: Lihat Hotel| Lihat Peta | 43rd Miles Kea Farm, 39100, Pahang

  • Tiket: Tiket masuk ialah RM5 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 06.00 Petang

Berjalan kaki melalui kawasan tertutup dengan pelbagai spesis rama-rama gembira berterbang-terbangan di dalam taman tumbuhan yang penuh subur merupakan kemuncak aktiviti ini.

Terdapat dua buah taman rama-rama di Cameron Highlands ini dan kedua-duanya terletak di kawasan Kea Farm.


Flower Nurseries & Fragrance Nursery Cameron Highlands

Nurseri Bunga Bungaan Cameron Highlands
Nurseri Bunga Bungaan Cameron Highlands

Cameron Highlands merupakan pengeluar bunga-bungaan segar yang utama di Malaysia. Kebanyakan tapak semaian bunga ini berpusat di sekitar Bertam Valley dan di sepanjang jalan dari Brinchang ke Kg. Raja.

Di taman-taman bunga dan tapak-tapak semaian ini, anda pasti akan terpesona dengan pelbagai campuran warna dan spesies bunga yang ditanam di sini.

Nurseri Bunga Bungaan Cameron Highlands

  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | GC23+J9 Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

  • Tiket: Tiket masuk ialah RM5 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 06.00 Petang

Bunga-bunga yang biasa ditanam di sini adalah mawar, teluki, kekwa, dahlia, geranium, fuchsia dan gladioli.

Anda boleh membeli bunga-bunga murah di tapak-tapak semaian ini atau di mana-mana pasar di dalam kawasan tanah tinggi ini.


Ladang Lebah Madu Cameron Highlands

Ladang Madu Cameron Highlands
Ladang Madu Cameron Highlands

Bak kata pepatah, “Di mana ada bunga, di situ ada lebah”. Pepatah ini amat sesuai untuk menggambarkan Cameron Highlands.

Sebagai pengeluar terbesar bunga suhu sederhana di Asia Tenggara, adalah masuk akal untuk menternak lebah bagi mendapatkan madu.

Di Cameron Highlands, terdapat ladang di Habu, Brinchang dan Kea Farm di mana madu, pollen lebah dan royal jelly dikumpul dan dibotolkan untuk dijual sebagai produk tempatan dalam pasar-pasar dan kedai-kedai khusus.

Lebah Madu Cameron Highlands
Peluang menikmati madu dari ladang

Ladang-ladang lebah di sini adalah terbuka kepada para pengunjung, di mana anda boleh melawat ladang dan membeli produk lebah dan menikmati minuman di kafe-dalam-bangunan sambil menikmati pemandangan sekitar.

Ladang-ladang lebah yang terkenal adalah:

1. Ee Feng Gu Honey Bee Farm (berdekatan kawasan Kea Farm)

2. Highland Honey Bee Farm (sepanjang jalan ke Boh Tea Plantation)

3. Cameron Tringkap Bee Farm (Tringkap)


Lavender Garden Cameron Highlands

Lavender Garden Cameron Highlands
Harum semerbak dengan kebun bunga lavender

Dibuka pada tahun 2013, Lavender Garden merupakan antara tarikan terbaru di Cameron Highland yang mana terletak sebelum Pekan Tringkap apabila melakukan perjalanan dari Simpang Pulai.

Taman bertemakan bunga-bungaan dengan cerun bukti berteres yang kukuh ini membariskan penanaman bunga mereka, menawarkan pelbagai warna menarik untuk para pelawat mengagumi dan mengambil gambar keindahan alam semulajadi ini.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Lavender itu sendiri tidaklah sebanyak yang disangka dengan bau lavender tiruan meresapi udara di pintu masuk, namun anda masih boleh melihat secara langsung lavender sebenar yang ditanam di plot besar ditengah-tengah taman ini.

Lavender Garden Cameron Highlands
Pesona Kebun Bunga
  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang

  • Tiket: Tiket masuk ialah RM8 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak

  • Waktu Operasi: Dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 05.00 Petang

Terdapat juga banyak jenis bunga ditanam di sini seperti gerebas, camellia, bunga ros, peonies dan daisies kuning.

Sebuah tempat pemeliharaan lebah dan kedai hadiah kecil yang menjual produk lavendar adalah antara apa yang ditawarkan kepada pengunjung yang bertandang, manakala lavendar di dalam pasu dijual pada harga RM15 tiap satu.

Pengunjung juga boleh memilih sendiri bunga daisies pada harga RM2 setangkai dan RM10 untuk 6 tangkai.

Terdapat sebuah kedai cenderamata yang menjual produk lavendar di sini, juga sebuah kafe yang menawarkan strawberry milk shake yang sedap, dan aiskrim lavender pada harga RM5.50.

Pusat ini dibuka setiap hari dan mengenakan bayaran RM5 untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands

Taman Teknologi Agro Cameron Highlands
Taman Teknologi Agro Cameron Highlands

Tarikan utama di Taman Teknologi Agro di MARDI Cameron Highlands semestinya adalah Butterfly Jade Vine dan Lady Slipper Vine, yang mana kedua-duanya memaparkan bunga melata yang menakjubkan.

Lady Slipper Vine atau dikenali juga sebagai Clock Vine atau Doll’s Shoes ini berasal dari India, dan bunganya yang berwarna kuning menakjubkan serta kemerah-merahan coklat yang tergantung merupakan satu pemandangan yang penuh eksotik.

Malah, lebih eksotik lagi adalah bunga-bunga cakar biru iaitu Butterfly Jade Vine yang menyerupai rama-rama apabila dua bunga diletakkan bersama-sama.

Butterfly Jade Vine
Butterfly Jade Vine

Sebuah kekuda tergantung boleh menampung sehingga 75 atau lebih bunga individu dan boleh mencapai sehingga tiga meter panjang.

Paparan indah dan menonjol yang lain yang mempelawa pengunjung untuk bergambar adalah bunga teratainya yang berwarna-warni, bunga ros dan dalia.

Pusat ini juga menanam dan memaparkan pelbagai jenis tumbuhan bunga sub-tropika yang lain, herba-herba, buah-buahan dan sayur-sayuran tanah tinggi termasuklah strawberi, dan tumbuh-tumbuhan pasu yang boleh dibeli.

Clock Vine
Clock Vine

MARDI Cameron Highlands telah ditubuhkan oleh pentadbir British pada tahun 1925 dan pada ketika itu dikenali sebagai Stesen Eksperimen Persekutuan bagi hasil pertanian.

Taman teknologi Agro ini terletak di dalam kawasan stesen dan telah dirasmikan pada tahun 2003.

Taman ini menempatkan beberapa batang pokok teh tertua di negara ini yang ditanam di sini semasa peringkat eksperimen apabila kilang itu diperkenalkan di negara ini pada tahun 1925.

Ia juga memiliki sebuah rumah hijau eksperimental untuk buah-buahan bersuhu sederhana seperti epal dan pisang kaki.

Taman Teknologi Agro Cameron Highlands Vine
Taman Teknologi Agro Cameron Highlands Vine

  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | JKR266, Jalan Persiaran Endah, Tanah Rata, Pahang, 39000 Tanah Rata

  • Tiket: Bayaran masuk ke taman ini adalah RM3 dan boleh dibeli di pusat maklumat yang ada di sana

  • Waktu Operasi: Waktu melawat adalah Isnin hingga Khamis 8:00-12:45 / 14:00-17:00 dan Jumaat 08:00-12:30 / 14:30-05:00.

Taman Teknologi Agro yang terletak kira-kira satu kilometer dari Tanah Rata ini juga turut memiliki sebuah Taman Inggeris, ladang dan pusat penghasilan strawberi, penghasilan sayur-sayuran dan bunga potong, kemudahan penyelidikan rumah hijau dan pusat jualan.

Ia juga menawarkan penginapan dalam bentuk ‘English Cottage’.


Sejarah Ringkas Tempat Menarik Di Cameron Highlands

Sungai Palas Tea Plantation, Brinchang, Cameron Highlands
Sungai Palas Tea Plantation, Brinchang, Cameron Highlands | CC: deyismail

Cameron Highlands telah dinamakan sempena nama William Cameron, seorang jurukur kerajaan British yang mana telah menemui sebuah dataran tinggi pada tahun 1885, sewaktu membuat ekspedisi pemetaan di Banjaran Titiwangsa.

Gagal untuk menandakan penemuannya di atas peta, lokasi dataran tinggi itu akhirnya disahkan melalui ekspedisi seterusnya di mana, Sir Hugh Low mencadangkan yang ianya pasti akan menjadi lokasi ideal untuk beristirehat dan berladang.

Sebuah laluan sempit ke tanah tinggi ini kemudiannya telah dibuka dengan menebang hutan tebal tadi menuju ke tanah tinggi yang dimaksudkan.

Tidak banyak yang berlaku selepas itu sehinggalah pada tahun 1925, apabila Sir George Maxwell melawat kawasan tanah tinggi berkenaan dan mengambil keputusan untuk membangunkan ia sebagai sebuah stesen bukit.

Satu jawatankuasa pembangunan kemudiannya dibentuk, dimana ianya berfungsi sehingga 1931.

Cameron Highlands merupakan syurga bagi pegawai-pegawai British yang bertugas di Malaya ketika itu kerana ia menyediakan perlindungan dari iklim panas dan lembab tropika di kawasan tanah rendah.

Cameroon Highlands
Keindahan suasana kediaman di Cameron Highlands | CC: Peter Gronemann

Setelah jalan raya siap dibina, penduduk kaya dan pegawai kerajaan British mulai membina tempat berlindung mereka di lereng tanah tinggi di sini.

Kemudiannya, sebilangan daripada mereka menetap di sini secara tetap dan komuniti perniagaan dibangunkan.

Pada masa itu, pertanian merupakan aktiviti utama. Pada tahun 1929, John Archibald Russell, yang merupakan anak kepada pegawai pentadbiran British memulakan perladangan teh yang mana kini terkenal sebagai Ladang Teh Boh.

Tanah tinggi ini membangun dengan jayanya sehingga meletusnya Perang Dunia II di mana pencerobohan Jepun pada tahun 1941 memaksa tentera British dan orang awam keluar dari tanah tinggi ini.

Jepun terus mentadbir kawasan ini setelah mereka melihat ladang tanah tinggi ini merupakan lokasi sumber makanan penting bagi pasukan tentera mereka.

Apabila tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, pihak British secara beransur-ansur kembali ke kawasan tanah tinggi ini sehinggalah kemerdekaan Tanah Melayu dicapai dariipada British pada tahun 1957.

Cameron Highlands merupakan daerah paling kecil di Pahang yang mana terletak di sudut barat laut negeri itu.

Dikenali sebagai salah satu daripada pusat peranginan bukit paling popular di negara ini, pusat peranginan ini masih mengekalkan banyak tarikan perkampungan gaya Inggeris sejak zaman penjajah lagi.

Land Rover in the Cameron Highlands
Derelict Series II Land Rover in the Cameron Highlands | CC: Peter Gronemann

Meskipun kemajuan besar-besaran telah mengubah landskap kawasan tanah tinggi ini, ia masih kekal popular bagi mereka-mereka yang ingin melarikan diri sekejap daripada cuaca panas di kawasan tanah rendah.

Menjadi domain utama kepada aktiviti pertanian, anda akan menemui banyak sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam di seluruh tanah tinggi ini. Cameron Highlands juga merupakan pengeluar utama bunga dan teh di Malaysia.

Bersedialah untuk pemandangan indah akan ladang teh dan bunga yang cantik yang anda mungkin takkan dapat temui di tempat lain di Malaysia. Keindahan semulajadinya merupakan tarikan utama kepada pelancong yang ingin bercuti di Cameron Highlands.

Terletak di Banjaran Titiwangsa kira-kira 1500 meter dari paras laut, suhu di sini boleh turun serendah 16 ËšC atau lebih rendah lagi pada masa-masa tertentu. Cuaca di sini kekal di bawah 20 ËšC untuk kebanyakan masa.

Cameron Highlands terdiri daripada 4 perbandaran utama, diikuti dengan kawasan penempatan lebih kecil pada ketinggian berbeza. Pekan pertama dari selatan adalah Ringlet, diikuti dengan Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.


Bercuti di Cameron Highlands Ringlet

Lembah Bertam, Ringlet Cameron Highlands
Lembah Bertam, Ringlet Cameron Highlands | CC: Will Ellis

Jika anda mengambil jalan lama melalui Tapah, ini adalah pekan pertama yang anda akan sampai dahulu selepas 1 jam pemanduan melalui hutan hujan.

Terletak di ketinggian 1,200 meter di atas paras laut, Ringlet merupakan salah satu hab pertanian utama bagi kawasan tanah tinggi.

Tidak banyak perkara boleh dilakukan di sini bagi pelancong biasa selain untuk mengisi minyak kerana ini merupakan salah satu daripada pekan di sini yang memiliki stesen minyak petrol.

Bertam Valley yang terletak kira-kira 5km dari sini merupakan salah satu daripada pengeluar utama bunga dan sayur di Cameron Highlands, Hotel terdekat pula adalah LakeHouse yang mana kurang 5 minit pemanduan dari sini.


Brinchang Cameron Highlands

Ladang-Strawberry-Brinchang-Cameron-Highlands
Ladang Strawberry Red, Cameron Highlands | CC: Hakeem Ibnfaisal

Brinchang merupakan sebuah pekan yang sibuk di Cameron Highlands yang terletak 5 km dari Tanah Rata. Ia merupakan pekan paling tinggi dan kedua terbesar di Cameron Highlands, menjadi tarikan kepada sejumlah besar pelancong pada hujung minggu dan cuti umum.

Brinchang memiliki pasar malam yang popular pada hujung minggu dan cuti umum, yang mana menarik para pelancong tempatan dengan hasilan tanah tingginya, makanan jalanan tempatan, alat-alat permainan dan buah-buahan.

Pekan ini memiliki banyak restoran yang menyajikan masakan Cina, Melayu dan India dan pelbagai hotel bajet dan sederhana.

Disebabkan ia terletak lebih tinggi, tempat ini seringkali diselimuti kabus tebal, manakala pada hari cerah, udara segar dan pemandangan gunung di sekitar adalah sangat menakjubkan.

Banyak ladang sayur-sayuran, nurseri bunga dan kebun buah-buahan terletak berhampiran dengan pekan ini, dan antara tempat pelancongan popular di sini termasuklah Cactus Valley dan Big Red Strawberry Farm.

Tidak sah rasanya jika bercuti di Cameron Highlands tanpa menikmati kesegaran rasa buah strawberry di sini.

Bersambung…

Promo-Banner-Cameron-Highlands

Tags: avillion cameron highlandscameron highlands hotelcameron highlands resortcopthorne cameron highlands
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

pakej-cameron-highlands
Pakej Pahang

Pakej Cameron Highlands: Cadangan Percutian 3 Hari 2 Malam [TERBAIK]

  Pakej Cameron Highlands: Bagi anda yang kesuntukan masa untuk merancang percutian, apa kata anda pergi melancong ke Cameron Highlands...

Oleh: Hadi Ghazali
24/05/2022
32.8k
tempat-menarik-di-janda-baik
Pakej Pahang

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Janda Baik yang boleh anda terokai? Apa yang menyeronokkan di Janda Baik ini?...

Oleh: Hadi Ghazali
19/01/2022
12.5k
Selanjutnya
Seterusnya
Via Ferrata - Low's Peak Circuit

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah [POPULAR]

Star-Cruise-Star-Pisces

Star Pisces: Pelayaran Genting Star Cruise Yang Dinantikan Telah Tiba [POPULAR & LIMITED EDITION]

4.7 7 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
38 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Tempat Menarik di Johor
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

15/06/2021
59.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
31.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
47k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
38
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply