Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Vietnam Pakej Ho Chi Minh

Bercuti Di Ho Chi Minh: Senarai Pusat Membeli Belah Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
1 Mac, 2026
Kategori: Pakej Ho Chi Minh
Masa Bacaan: 3 mins read
332 42
A A
0
bercuti-di-ho-chi-minh
41.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Bercadang untuk membeli-belah sambil bercuti di Ho Chi Minh? Dahulunya Vietnam terbahagi kepada dua, iaitu Vietnam Utara yang pro-komunis dan berpusat di Hanoi.

Vietnam Selatan pula anti-komunis dan berpusat di Saigon ( kini dikenali sebagai Ho Chi Minh).

Namun, kedua negara ini telah bersatu secara rasminya pada 2 Julai 1976 dan menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai Vietnam.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Asalnya, ia merupakan merupakan pelabuhan utama Kemboja, yang kemudian ditakluki oleh bangsa Vietnam pada abad ke-16.

Pakej-Percutian-Ho-Chi-Minh

  • Lihat Pakej Percutian Popular Ho Chi Minh
  • Lihat Penginapan Terbaik di Ho Chi Minh
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Ho Chi Minh
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik Ho Chi Minh
  • Lihat Peta Percutian Ke Ho Chi Minh

Pin

    • 0.1 Bercuti di Ho Chi Minh Sambil Membeli Belah
  • 1 Ben Thant Market
  • 2 Cho Binh Tay Market: Chinatown
  • 3 Nguyen An Ninh Street: Malaysian Street
  • 4 Butik Hong Anh
  • 5 Membeli Belah di Ho Chi Minh: Mac Viet
  • 6 Saigon Centre / Takashimaya
  • 7 Vincom Center Landmark 81
  • 8 Crescent Mall
  • 9 AEON Mall (Tan Phu Celadon)
  • 10 Gigamall
  • 11 Diamond Plaza
  • 12 SC VivoCity
Meskipun nama Ho Chi Minh yang digunakan namun rata-rata masyarakat di sini lebih mesra menggunakan istilah SAIGON.


Bercuti di Ho Chi Minh Sambil Membeli Belah

tran-the-hien

Ho Chi Minh, Vietnam ialah salah satu tempat yang merupakan syurga dunia bagi kaum wanita.

Apa lagi, tempat shopping la! Jika anda bercuti ke Ho Chi Minh, jangan lupa bawa lebih duit untuk membeli-belah pada harga yang sangat murah.

Ho Chi Minh dikenali sebagai syurga membeli belah kerana barangan yang dijual di sana sangat murah jika dibandingkan di Malaysia.

Jom kita lihat tempat manakah yang wajib anda kunjungi seusai tiba di Ho Chi Minh.


Ben Thant Market

Inside_Ben_Thanh_market-update

Pasar ini sangat popular di Bandar Saigon, Vietnam.

Ianya adalah salah satu destinasi yang wajib singgah untuk membeli belah kerana bermacam-macam barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bercuti di Ho Chi Minh Sambil Membeli Belah

Seperti kain ela, kasut, beg, dan cenderamata. Makcik-makcik dan kakak-kakak sudah pasti rambang mata memborong kain-kain di sini.

Walaupun harganya murah, anda masih lagi boleh tawar-menawar ketika membeli barang.

Melancong Ke Ho Chi Minh

Selain itu, bagi yang berminat untuk menempah baju atau kasut mengikut stail dan ‘design’ anda sendiri, tempahan diterima dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh disiapkan hanya dalam masa satu hari!

Menarik bukan? Anda akan dapat apa yang anda mahukan di pasar ini dengan pakaian yang cantik, berkualiti pada harga yang cukup murah.

Kualiti jahitannya sangat tiptop dan harga upah yang anda tidak akan pernah dapat di Malaysia. Jadi, bercuti di Ho Chi Minh dan membeli-belah di Ben Thant Market adalah satu pelaburan yang bijak.

Di kala kepenatan menawar harga dengan penjual dan mengusung beg yang penuh berisi barangan, kudap-kudapan seperti makanan kering, buah-buahan ada dijual di sini.


Cho Binh Tay Market: Chinatown

melancong ke vietnam

Senario di sini sebenarnya anda dapat lihat di Ben Thant Market. Di Cho Binh Tay Market turut menjual kain-kain ela, kain cotton, kain sulam dan telekung, dan harganya juga lebih murah daripada Ben Thant Market dengan beza lebih kurang RM5 ke RM10.

Malah, kebanyakan penjualnya sudah fasih berbahasa melayu dan ini memudahkan para pengunjung yang datang dari Malaysia untuk berurusniaga.


Nguyen An Ninh Street: Malaysian Street

Nguyen An Ninh Street
Nguyen An Ninh Street

Malaysian Street ini pula ala-ala Jalan TAR dan terdapat pelbagai barangan Malaysia yang dijual di sini. Selain itu, seperti biasa, telekung, baju, dan jubbah adalah barangan yang biasa dujual di sini.

Bagi orang melayu yang mempunyai tekak melayu yang sangat pekat sehingga tidak lalu menjamah masakan lain, jangan risau.

Di Nguyen An Ninh Street ini turut menyediakan restoran makanan Malaysia yang halal. Oleh itu, anda tidak perlu risau kelaparan sepanjang berada di Vietnam.

Namun begitu, walaupun Vietnam dikenali dengan barangan yang murah dan mampu dimiliki, makanan yang dijual di sini agak mahal berbanding Malaysia.


Butik Hong Anh

Butik Hong Anh

Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, kebaya, dan jubbah yang khusus buat wanita.

Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan dengan Ben Thant Market, kualiti kainnya lebih menarik dan eksklusif.

Rata-rata pelancong Malaysia sangat berpuas hati membeli-belah disini kerana kualitinya sangat baik.


Membeli Belah di Ho Chi Minh: Mac Viet

Mac Viet
Mac Viet

Anda juga merancang untuk mencari kraftangan dan cenderamata buat keluarga dan sahabat handai di Malaysia?

Mac Viet adalah tempat yang harus dituju. Di sini, pelbagai hasil kraftangan yang unik dan kreatif boleh didapati dengan harga yng murah.

Malah, kepada bakal pengantin, anda mungkin boleh menempah kad kahwin di sini kerana seni rekanya begitu unik jika dibandingkan dengan kad jemputan yang dicetak di Malaysia.

Tambahan pula, yang lebih mengujakan ialah harganya yang lebih murah ditawarkan daripada barangan kraftangan yang dijual di pasar malam.

Saigon Centre / Takashimaya

Pusat beli-belah premium ini terletak di tengah-tengah bandar. Sebahagian besarnya diduduki oleh Takashimaya, membawakan jenama mewah dan gaya hidup eksklusif dari Jepun.

Reka bentuk dalamannya amat estetik, menyediakan sudut cantik untuk merakam gambar.

Ia syurga bagi peminat barangan Jepun, termasuk pameran istimewa yang kadangkala menampilkan koleksi dari siri anime popular.

Lorongnya luas dan sangat selesa bagi keluarga yang membawa kereta sorong bayi.

Di tingkat bawah pula, terdapat medan selera bertaraf antarabangsa yang menyajikan pelbagai pilihan hidangan lazat untuk dicuba.

  • Lokasi: 65 Lê Lợi, Bến Nghé, District 1.

Vincom Center Landmark 81

Terletak gah di bahagian bawah bangunan tertinggi di Vietnam, pusat beli-belah ini menawarkan pengalaman eksklusif yang memukau.

Seni binanya amat moden, menjadikannya subjek menarik untuk peminat fotografi landskap dan rekaan bandar.

Anda boleh menemui pelbagai butik jenama antarabangsa, restoran mewah, serta kemudahan hiburan seperti gelanggang luncur ais yang luas.

Ia dikelilingi taman hijau yang mendamaikan berhampiran sungai, tempat yang sesuai untuk berehat bersama keluarga.

Pengunjung juga boleh menaiki lif ke balai cerap untuk menikmati pemandangan panoramik bandar raya dari aras tertinggi yang sungguh menakjubkan.

  • Lokasi: 720A Điện Biên Phủ, Vinhomes Tân Cảng, Binh Thanh District.

Crescent Mall

Berada sedikit jauh dari kesibukan pusat bandar, lokasi ini menyajikan suasana beli-belah yang jauh lebih santai dan tenang.

Reka letak ruangannya sangat luas, amat mesra pengguna dan memberikan pergerakan mudah khususnya untuk keluarga bersama anak kecil.

Kompleks ini bersambung terus dengan kawasan pejalan kaki yang mengelilingi Tasik Crescent yang cantik.

Pada waktu malam, anda boleh bersiar-siar merentasi Jambatan Starlight yang dilimpahi cahaya lampu neon berwarna-warni yang mempesonakan.

Banyak pilihan kafe moden dan restoran alfresco berderet di tasik untuk anda sekeluarga bersantai.

  • Lokasi: 101 Tôn Dật Tiên, Tân Phú, District 7.

AEON Mall (Tan Phu Celadon)

Kompleks gergasi dari Jepun ini merupakan destinasi beli-belah dan hiburan sehenti yang amat popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Kemudahan yang ditawarkan sangat lengkap, termasuk bilik persalinan dan penjagaan bayi yang bersih dan selesa.

Sebagai pusat komersial Jepun, terdapat banyak kedai yang menjual mainan, barangan hobi, serta pasar raya besar yang menawarkan pelbagai jenis makanan panas Jepun.

Kawasan luar pusat ini juga dikelilingi ruang hijau yang luas. Ia adalah destinasi yang sempurna untuk keluarga meluangkan masa berkualiti sambil menikmati pelbagai pilihan makanan dengan harga yang berpatutan.

  • Lokasi: 30 Tân Thắng, Sơn Kỳ, Tan Phu District

Gigamall

Pusat beli-belah ini sangat terkenal kerana berjaya menggabungkan elemen gaya hidup kontemporari dengan inovasi teknologi terkini.

Daya tarikan paling utama di sini ialah “JP World”, iaitu sebuah pusat pameran seni digital interaktif yang mengagumkan.

Ia menggunakan teknologi pemetaan 3D termaju yang menyajikan pengalaman visual serta rekaan grafik memukau, sesuai untuk mencetuskan inspirasi kreatif.

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan fesyen, pawagam moden, dan zon hiburan keluarga.

Medan selera di sini juga sangat besar, menawarkan seleksi juadah tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan.

  • Lokasi: 240 Phạm Văn Đồng, Hiệp Bình Chánh, Thu Duc.

Diamond Plaza

Terletak secara strategik bersebelahan dengan bangunan warisan bersejarah utama seperti Gereja Notre Dame dan Pejabat Pos Pusat.

Reka bentuk klasiknya menawarkan nilai estetika visual yang sangat menarik dan berbeza berbanding bangunan pencakar langit lain, menjadikannya lokasi ideal untuk bergambar.

Walaupun saiznya lebih kecil berbanding kompleks lain, ia menempatkan jenama kosmetik dan fesyen bertaraf premium.

Ia juga merupakan destinasi persinggahan yang sangat mudah untuk berehat dan menyejukkan badan selepas anda penat berjalan kaki meneroka tarikan pelancongan di sekitar kawasan bersejarah bandar raya ini.

  • Lokasi: 34 Lê Duẩn, Bến Nghé, District 1

SC VivoCity

Pusat beli-belah berskala besar ini sering menjadi tumpuan utama pengunjung pada hujung minggu. Ia menempatkan pelbagai jenama fesyen jalanan, kedai buku, dan pasar raya yang luas.

Keistimewaan utamanya terletak pada taman permainan air interaktif kanak-kanak yang dibina di bahagian bumbung terbuka.

Ruang luas di dalam bangunan pula memudahkan pergerakan pengunjung dari segenap usia.

Dengan pelbagai pilihan kemudahan hiburan moden dan berpuluh-puluh restoran yang menyediakan aneka cita rasa, kompleks ini menawarkan pengalaman bersantai yang menyeluruh dan sangat menyeronokkan untuk keperluan semua.

  • Lokasi: 1058 Nguyễn Văn Linh, Tân Phong, District 7.

Bersambung…

Pakej-Percutian-Ho-Chi-Minh

Tags: harga barang di vietnamtempat shopping di ho chi minh
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-ho-chi-minh
Pakej Ho Chi Minh

40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR]

  Apakah tempat menarik di Ho Chi Minh yang berbaloi untuk dikunjungi? Adakah Ho Chi Minh sesuai untuk anda bercuti?...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Mac, 2026
27.9k
Melancong Ke Ho Chi Minh
Pakej Ho Chi Minh

Melancong Ke Ho Chi Minh: 8 Aktiviti Paling Menyeronokkan [TERKINI]

  Anda pernah melancong ke Ho Chi Minh? Kebanyakan tarikan utama pelancong yang terbaik di Ho Chi Minh (Saigon) adalah...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Mac, 2026
10.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my