Apakah tempat menarik di Ho Chi Minh yang berbaloi untuk dikunjungi? Adakah Ho Chi Minh sesuai untuk anda bercuti?
Banyak tarikan menarik yang terdapat di tengah-tengah pusat Ho Chi Minh atau dikenali sebagai Saigon.
Kebanyakan tarikan disebabkan oleh peperangan yang telah berlaku pada waktu dahulu.
Hasil seni bina daripada Perancis klasik sehingga kapal terbang perang Amerika yang masih lagi dalam keadaan terjaga, membuatkan Ho Chi Minh menjadi tempat paling popular untuk penggemar sejarah.
Berjalan di sekitar Ho Chi Minh membuatkan anda seperti berada pada masa lalu dengan pelbagai tempat menarik terletak di sekitar bandar.
Pada hari ini, kawasan ini telah mula berkembang dengan bangunan-bangunan yang moden mula dibina menggabungkan bangunan baru dan lama menjadikan ia lebih unik.
- Lihat Pakej Percutian Ho Chi Minh
- Lihat Penginapan Terbaik di Ho Chi Minh
- Lihat Aktiviti Menarik di Ho Chi Minh
- Lihat Peta Percutian Ho Chi Minh
Pin
Disini kami akan senaraikan 30 tarikan yang perlu ada dalam senarai anda yang ingin bercuti ke tempat ini.
Muzium Perang Vietnam
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 4 Muzium Saigon War Memorial](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Muzium-Saigon-War-Memorial-1024x768.jpg)
War Remnants Museum: Muzium ini memberikan gambaran kepada sesiapa sahaja yang berada di sini bagaimana perang yang berlaku antara Amerika dan Vietnam pada masa dahulu.
Muzium ini memberikan maklumat terperinci kesan pada hari ini. Ia mengandungi pameran yang berkaitan dengan Perang Vietnam dan Perang Indochina pertama yang melibatkan penjajah Perancis.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 5 Jet Perang Amerika di depan Muzium](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Saigon-Museum.jpg)
Terdapat pelbagai jenis kenderaan yang digunakan pada waktu perang yang masih lagi kekal seperti kereta kebal, kapal terbang serta mesin perang yang lain.
Peralatan ketenteraan termasuk helikopter UH-1 “Huey”, pejuang F-5A, bom BLU-82 “Daisy Cutter”, tangki M48 Patton, pengebom serangan A-1 Skyraider, dan pengebom serangan Dragonfly A-37.
Di dalam tempat ini juga mempunya pelbagai jenis gambar serta dokumen bagaimana tentera Amerika berusaha menewasakan tentera Vietnam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 28 Võ Văn Tần, Phường 6, Quận 3, Thành phố Hồ Chí Minh 700000, Vietnam
Kuil Cao Dai
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 6 Kuil Cao Dai](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Kuil-Cao-Dai.jpg)
Kuil Cao Dai atau Tây Ninh Holy See merupakan pusat bagi agama Cao Dai yang telah mengambil sedikit daripada kefahaman Buddha, Kristian, Islam, Taoisme dan Konfusianisme. Agak unik juga.
Pelancong sangat dipelawa untuk melawati tempat ini dan belajar serba sedikit tentangnya, Setiap pengamal Cao Dai perlu memakai jubah putih untuk memasuki kuil ini.
Hiasan yang terdapat di dalam kuil ini menerangkan lagi kuil serta mencantikkan lagi pemandangan sekitar kuil.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Phạm Hộ Pháp, TT. Hoà Thành, Hoà Thành, Tây Ninh 80606, Vietnam
Pasar Cho Binh Tay (chợ bình tây)
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 8 Keriuhan di Pasar Pinh Tay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Keriuhan-di-Pasar-Pinh-Tay.jpg)
Bình Tây Market dibina, atau sekurang-kurangnya disokong secara kewangan, oleh ahli perniagaan Cina bernama Guoyan (郭 琰) yang lebih dikenali sebagai Quách Đàm, (1863-1927), yang berasal dari Chaozhou di Guangdong.
Pasar ini mempunyai pelbagai jenis barang dan makanan dengan harga yang sangat berpatutan.
Pasar ini merupakan salah satu pasar paling utama yang terletak di kawasan Cholon bandar Ho Chi Minh.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 9 Pasar Cho Binh Tay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Pasar-Cho-Binh-Tay.jpg)
Jika anda sampai di sini pada waktu pagi sekitar 6 – 8 pagi, anda akan dapat merasai pelbagai jenis makanan yang mempunyai ramuan-ramuan segar dari masyarakat Vietnam.
Terdapat juga kawasan kedai makan kecil yang mempunyai pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan yang tidak boleh anda tertinggal.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:00am – 7:30pm | 57A Tháp Mười, Phường 2, Quận 6, Thành phố Hồ Chí Minh 700900, Vietnam
Pagoda Maharaja Jade
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 11 Pagoda Maharaja Jade](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Pagoda-Maharaja-Jade.jpg)
Pagoda ini merupakan salah satu kuil yang sangat dihormati di dalam bandar Ho Chi Minh.
Pada asalnya telah dibina pada tahun 1909 oleh imigren Cina, kuil ini mempelawa penganut Buddha untuk datang dan mempunyai atmosfera yang menakjubkan dengan asap bau-bauan hasil aktiviti penganut Buddha.
Seni bina yang sangat rumit, ukiran dan patung-patung tuhan yang terdapat di kuil ini membuatkan ia menjadi lebih eksotik.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 5:30pm | 73 Đ. Mai Thị Lựu, Đa Kao, Quận 1, Thành phố Hồ Chí Minh 700000, Vietnam
Rumah Opera Saigon
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 12 Opera Saigon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Opera-Saigon.jpg)
Bangunan yang berbentuk sangat elegan ini juga dikenali sebagai Teater Perbandaran Ho Chi Minh yang telah siap pada tahun 1897 dan direka khas oleh arkitek Perancis iaitu Ferret Eugene.
Pada waktu ia dibuka sehingga pada tahun 1955, bangunan yang mempunyai tempat duduk lebih 800 ini menyediakan hiburan untuk koloni Perancis.
Bangunan ini telah dibuka semula pada tahun 1975 dan digunakan untuk tujuan ia yang utama. Dengan membeli tiket, anda boleh memasuki bangunan ini dan melihat pertunjukkan yang ada.
Menara Bitexco
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 13 Bitexco Financial Tower](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bitexco-Financial-Tower-1024x576.jpg)
Mempunyai 68 tingkat, menara dengan ketinggian 262meter yang telah siap pada tahun 2010 merupakan menara tertinggi di Vietnam. Menara itu dimiliki oleh Bitexco Group, sebuah perbadanan multi-industri Vietnam, dengan tumpuan terhadap pembangunan hartanah.
Pada hari ini, SkyDeck yang terletak di tingkat 49 merupakan kawasan yang sangat popular bagi pelancong yang datang kerana mereka dapat melihat pemandangan bandar dan Sungai Saigon 360 darjah.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 14 Pemandangan Menara Bitexco](http://wpfc.ml/b.gif)
Dek pemerhatian menawarkan pemandangan 360 darjah panoramik Kota Ho Chi Minh, kemudahan pelancong dan kedai hadiah. Skydeck Saigon dibuka setiap hari dan kos tiket sekitar $ 10.
Menara ini juga terdapat restoran di tingkat 50 dan 51 di mana pelancong yang datang makan juga boleh menikmati pemandangan kawasan sekitar.
Ternyata pemandang dari Sky Deck adalah sangat cantik dan anda boleh melihat sejauh mata memandang keindahan bandaraya Ho Chi Minh.
Jalan Dong Khoi
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 15 Dong Khoi Street](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Dong-Khoi.jpg)
Đường Đồng Khởi adalah lokasi beberapa bangunan penjajah yang terkenal antaranya Hotel Continental, Hotel Majestic, Grand Hotel & Palais Cafe yang telah diubahsuai di mana sebelum ini menjadi bangunan pentadbiran penjajah.
Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat terbaik untuk membeli belah dan pengalaman makan di Saigon, Jalan Dong Khoi inilah tempatnya.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 16 Suasana di Jalan Dong Khoi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Dong-Khoi-Jalan.jpg)
Jalan yang mempunyai bangunan-bangunan lama ini mempunyai pelbagai pusat membeli belah dengan jenama yang terkenal, kafe yang cantik, restoran serta hotel yang mewah.
Beberapa tempat yang popular di sini juga adalah rumah opera, pejabat pos pusat Saigon dan Katedral Notre Dame.
Jika berjalan kaki, anda boleh melihat secara keseluruhan tempat-tempat menarik di Ho Chi Minh ini.
Pejabat Pos Pusat Saigon
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 17 ho chi minh post office](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/ho-chi-minh-post-office-4.png)
Bangunan ini dibina apabila Vietnam adalah sebahagian daripada Indochina Perancis pada akhir abad ke-19. Ia sangat dipengaruhi Gothic, Renaissance dan Perancis. Ia dibina antara 1886-1891 dan kini menjadi tarikan pelancong.
Pejabat pos ini bukan sahaja salah satu tempat yang menarik, ianya juga merupakan salah satu bangunan tertua di Ho Chi Minh.
Ruang legar bangunan ini terdapat beberapa lukisan peta dan mozek presiden negara itu yang dahulu.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 18 Saigon Central Post Office](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/11/Saigon-Central-Post-Office.jpg)
Bangunan ini mempunyai siling berkubah yang begitu elegan, jubin lantai yang cantik serta tempat telefon berfesyen lama yang masih lagi digunakan.
Terdapat juga kedai di dalam bangunan ini untuk pelancong yang datang di mana mereka menjual poskad serta cenderahati.
Istana Penyatuan Semula
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 19 Reunification Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Reunification-Palace-e1523511027411-750x506.jpg)
Merupakan pusat arahan bersekutu serta tempat di mana Vietnam Utara mendapat kemenangan semasa perang dengan Amerika, tempat ini telah menjadi saksi beberapa kejadian yang menakjubkan.
Ia adalah tapak akhir Perang Vietnam semasa Kejatuhan Saigon pada 30 April 1975, ketika sebuah kereta kebal Tentera Vietnam Utara jatuh melanggar dan melalui pintu gerbangnya.
Pelawat yang datang ke sini dapat melihat bilik rahsia, kawasan menyambut tetamu serta kubu arahan di mana Jeneral Ngo Dinh Diem merancang strategi beliau.
Pasar Ben Thanh
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 20 Melancong Ke Ho Chi Minh](http://wpfc.ml/b.gif)
Pasar Bến Thành adalah pasar besar di pusat bandar Ho Chi Minh, Vietnam di District 1. Pasar ini penuh dengan sejumlah kedai yang banyak di mana pelancong yang datang dapat membeli pelbagai jenis cenderahati serta barang buatan penduduk tempatan.
Pasar ini bukan sahaja untuk pelancong yang datang, ia juga merupakan tempat untuk penduduk tempatan membeli barang keperluan mereka.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 21 Ben Than Market](http://wpfc.ml/b.gif)
Pasar ini sebenarnya dibangunkan akibat dari pasaran tidak formal yang telah sesak oleh pemborong jalanan pada abad ke-17 yang berkumpul di dekat Sungai Saigon.
Untuk mendapatkan harga yang berpatutan, pelancong yang datang perlu pergi ke setiap kedai yang ada untuk membandingkan harga serta pandai berunding.
Pasar yang telah dibina pada tahun 1870 ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk menikmati makanan tempatan Vietnam.
Cathedral Notre Dame Saigon
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 22 Katedral Notre Dame Ho Chi Minh](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/05/Katedral-Notre-Dame-Ho-Chi-Minh-4.jpg)
Katedral ini telah dibina pada tahun 1880 oleh koloni Perancis dan merupakan salah satu tarikan utama pelancong yang terdapat di Ho Chi Minh.
Semua bahan-bahan binaan untuk membina katedral ini telah di import dari Perancis. Ia mempunyai dua menara loceng, mencapai ketinggian 58 meter (190 kaki).
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 23 Indah Pergunungan Seoraksan Waktu Salji](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/05/Binaan-dalaman-Cathedral-Notre-Dame-Saigon-Update-e1627102484758.jpg)
Berukuran dengan ketinggian 60 meter, katedral ini mempunyai corak seni bina roman dengan corak tingkap berkaca yang unik serta dua menara loceng yang mempunyai enam loceng gangsa yang masih lagi kedengaran pada hari ini.
Kuil Hindu Mariamman
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 24 Kuil Hindu Mariamman](http://wpfc.ml/b.gif)
Kuil hindu ini merupakan contoh hasil seni bagi penganut agama Hindu. Merupakan hanya satu sahaja kuil Hindu yang terdapat di Ho Chi Minh, ianya menjadi pusat komuniti bagi sebilangan penganut Hindu yang tinggal di bandar itu.
Dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam, ianya juga dibuka untuk bukan penganut agama Hindu yang ingin mengambil gambar serta mengenali agama Hindu.
FITO Museum
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 25 Bảo Tàng Y Học Cổ Truyền Việt Nam tại TP Hồ Chí Minh - Fito Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bảo-Tàng-Y-Học-Cổ-Truyền-Việt-Nam-tại-TP-Hồ-Chí-Minh-Fito-Museum-1024x683.jpg)
Fito Museum (Museum of Traditional Vietnamese Medicine). Kalau anda tanya kami, kami akan kata muzium ini pastinya akan menjadi salah satu daripada destinasi yang paling menarik anda boleh temukan di Saigon.
Tak kira siapa saja terutamanya anda yang berminat dengan ilmu-ilmu perubatan tidak patut lepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 26 Galeri Perubatan Muzium FITO](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Galeri-Perubatan-Muzium-FITO-1024x683.jpg)
Sebaik saja anda masuk ke muzium ini, anda akan diberikan sedikit pendedahan dan informasi menerusi sebuah video pengenalan.
Muzium ini merupakan sebuah rumah kayu yang mempunyai banyak tingkat dan jangan risau kerana akan ada “guide” untuk membawa anda serta mereka akan menerangkan sedikit sebanyak kepada anda berkenaan perkara-perkara penting yang anda perlu tahu.
San Art Laboratory
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 27 San Art Laboratory](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/San-Art-Laboratory.jpg)
San Art Laboratory merupakan sebuah program yang berpusat di Saigon dan merupakan sebuah inisiatif bebas yang unik untuk kawasan Asia Tenggara.
Ia ditubuhkan pada tahun 2012 oleh San Art dan fokus utamanya adalah untuk memperkasakan semula pendidikan berkaitan seni kontemporari di Vietnam.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 28 San Art Laboratory Exhibition](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/San-Art-Laboratory-Exibition-1.jpg)
Ia mempunyai dua sesi pada setiap tahun dan durasi untuk setiap sesi adalah selama 6 bulan.
Seramai 3 pengkarya akan dipilih berdasarkan permohonan daripada kawasan Asia Tenggara.
Pada akhir sesi ini, anda akan dapat melihat hasil seni dipamerkan untuk tatapan umum.
Anda pastinya akan berasa kagum dengan kreativiti para pengkarya ini.
Phu My Hung and Starlight Bridge
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 29 Phu My Hung](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Phu-My-Hung-1024x536.jpg)
Phu My Hung merupakan sebuah bandar terancang yang dibina di District 7, dikawasan selatan Bandar Ho Chi Minh.
Ia merupakan sebuah kawasan yang kurang membangun pada awalnya namun selepas sebuah projek pembangunan dijalankan oleh Phu My Hung Corporation sejak dari tahun 1997, ia telah melalui sebuah transformasi yang sangat luarbiasa menerusi “architectural masterpiece” ini.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 30 Star Light Bridge](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Star-Light-Bridge-1024x682.jpg)
Starlight Bridge pula merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk anda berjalan santai.
Kebiasaannya, ia akan sentiasa penuh dengan warga tempatan. Jadi, anda boleh ambil “feel” betul-betul sebagai seorang pelancong apabila berada dalam kelompok penduduk setempat ini.
Jambatan ini sangat cantik terutamanya sewaktu lampu LED dinyalakan. Ia juga mempunyai air pancut yang menambahkan lagi seri tempat ini.
Water Puppet Show
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 31 Golden Dragon Water Puppet Theatre](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Golden-Dragon-Water-Puppet-Theatre-1024x683.jpg)
Persembahan Water Puppet terus kekal sebagai antara persembahan kebudayaan yang sering mencuri tumpuan para pelancong yang datang berkunjung ke Ho Chi Minh.
Ada dua lokasi yang menjadi tarikan untuk persembahan ini iaitu di The Golden Dragon Water Puppetry dan juga di Villa Song Saigon.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 32 Iringan muzik klasik Vietnam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Golden-Dragon-Water-Puppet-Theatre-2-1024x683.jpg)
Persembahan ini memaparkan kekayaan budaya, tradisi dan cerita dongeng masyarakat setempat.
Anda pastinya akan rasa terpukau dan akan terpegun dengan persembahan yang dibuat diatas pentas air sambil diiringi dengan muzik klasik Vietnam.
Walaupun persembahan semuanya dalam bahasa mereka sendiri, kebanyakan pengunjung dapat memahami sedikit sebanyak berkenaan persembahan tersebut menerusi pergerakan-pergerakan boneka.
Jadi jangan risau. Anda masih boleh menangkap isi serta jalan cerita yang dipersembahkan.
Museum of Vietnamese History
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 33 Museum of Vietnamese](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Museum-of-Vietnamese-1024x768.jpg)
Tak kira walau ke negara mana sekalipun anda berkunjung, muzium pastinya akan menjadi diantara destinasi terbaik untuk anda mendapatkan informasi yang lebih lanjut dan mendalam berkenaan negara tersebut.
Di Museum of Vietnamese History, anda pastinya akan “terluang” masa selama beberapa jam untuk melihat kesemua bahan pameran.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 34 Pelajari sejarah Vietnam dan gabungan budaya yang membentuk masyarakatnya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Museum-of-Vietnamese-History-1.jpg)
Kebanyakannya adalah berkenaan budaya, senibina dan juga pakaian. Artifak dari zaman pra-sejarah juga ada dipamerkan.
Penerangan ada disediakan dalam Bahasa Inggeris.
Jadi, tiada masalah untuk anda memahami sejarah berkenaan bahan yang dipamerkan.
Fine Arts Museum
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 35 Fine Arts Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Fine-Arts-Museum-1024x768.jpg)
Selepas anda penat berjalan di bandar, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk datang ke sini. Suasananya agak damai dan suhu didalamnya tidak terlalu panas.
Terdapat beberapa hasil seni yang menggambarkan sejarah negara ini.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 36 Ho Chi Minh Fine Arts Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ho-Chi-Minh-Fine-Arts-Museum-1024x683.jpg)
Ia mempunyai tiga buah galeri dalam tiga buah bangunan yang berada didalam sebuah rumah agam lama.
Sakitnya disini adalah, ia tidak mempunyai kemudahan lif, jadi anda terpaksa menaiki anak tangga.
Kebanyakan hasil seni disini adalah daripada pengkarya tempatan dan kebanyakannya membawa ideal komunis.
Terdapat juga lukisan yang menggambarkan keadaan kampung dan askar sewaktu perang menentang Amerika.
Local Wet Market
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 37 Cái Bè Market Stall](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/cai-be-market-stall-MLJ87HP-1024x682.jpg)
Jika di Vietnam, agak rugi sebenarnya jika anda tidak ke pasar-pasar yang ada disini. Untuk kali ini, kami akan kongsikan dengan anda sebuah pasar basah yang anda patut kunjungi.
Pasar basah yang sangat-sangat kami “recommend” untuk anda kunjungi adalah Binh Dien Market yang terletak di Saigon.
Ia menjual pelbagai jenis kerang, sotong, ikan dan macam-macam lagi jenis makanan laut.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 38 Binh Dien Market ho chi minh-vietnam-1348110_1920](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Binh-Dien-Market-ho-chi-minh-vietnam-1348110_1920-683x1024.jpg)
Hasil laut disini kebanyakannya diambil daripada sungai, pantai dan kolam ternakan ikan daripada kawasan selatan Vietnam.
Antara tarikan utama yang ada disini adalah lelongan udang, kawasan ikan yang masih hidup, ikan pari dan kerang.
Vietnamese Street Food
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 39 Unidentified man selling traditional asian style spicy grilled seafood at street market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/street-food-vietnam-P2EFEEJ-1024x697.jpg)
Gerai jalanan dan Vietnam memang tak dapat dipisahkan. Anda boleh temukan begitu banyak gerai jalanan berada di hampir semua ceruk lorong, tepi jalan, di kawasan kejiranan dan merata lagi.
Bayangkan setiap hari ada beribu gerai jalanan yang menawarkan makanan yang bukan sahaja lazat malah harganya juga tersangat murah. Tapi, apa yang menarik disini bukan sekadar pada makanan sahaja. Ia lebih kepada suasana.
Takkan sama makanan yang anda beli di gerai jalanan dan balik makan di hotel dengan anda makan terus di gerai. Hilang “feel”.
Suoi Tien Theme Park
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 40 Suoi Tien Theme Park Water Buddha](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Suoi-Tien-Theme-Park-Water-1024x683.jpg)
Suio Tien Theme Park tidak sama dengan kebanyakan taman tema lain yang ada didunia. Mercu tanda Suoi Tien Theme Park adalah patung Buddha gergasi dan berbagai jenis haiwan mistik yang ada disekitar taman tema ini.
Patung-patung inilah yang memberikannya kelainan berbanding dengan taman tema lain.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 41 Suoi Tien Theme Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Suoi-Tien-Theme-Park-1024x682.jpg)
Selain kelainan tersebut, ia juga mempunyai tarikan-tarikan yang sama seperti kebanyakan taman tema dimana ia turut menyediakan gelongsor air, “rides” dan lain-lain.
Disini juga terdapat sebuah bangunan yang disejukkan hingga ke bawah takat beku dan diselaputi dengan salji buatan.
Gia Long Palace
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 42 Gia Long Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Gia-Long-Palace-1024x768.jpg)
Gia Long Palace atau nama barunya Ho Chi Minh City Museum merupakan sebuah tapak yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Muzium ini terletak di penjuru jalan Ly Tu Trong dan juga Nam Ky Khoi Nghia diatas sebuah tanah berkeluasan 2 hektar berdekatan dengan Independence Palace.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 43 Ho Chi Minh City Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ho-Chi-Minh-City-Museum-1024x768.jpg)
Muzium ini mengetengahkan sebuah tempat simpanan bahan api bawah tanah yang dibina sewaktu zaman perang Vietnam.
Bangunan ini juga merupakan tempat dimana Jepun menandatangani penyerahan kalah mereka. Antara pameran yang ada disini adalah matawang Vietnam, tradisi perkahwinan setiap etnik dan beberapa pameran yang berkaitan perang.
Saigon Zoo and Botanical Gardens
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 44 Saigon Zoo and Botanical Gardens](http://wpfc.ml/b.gif)
Saigon Zoo and Botanical Gardens merupakan diantara destinasi yang agak sesuai untuk anda kunjungi di Ho Chi Minh. Anda akan dikenakan caj masuk sebanyak 40,000 Dong.
Dari segi susun aturnya, zoo ini boleh dikatakan agak memuaskan dan sesuai untuk anda luangkan masa bersama dengan keluarga.
Zoo ini mempunyai banyak ruang untuk anda duduk, tempat berteduh dan juga gerai-gerai yang menjual snek serta minuman. Antara tarikan utama disini sudah pastinya haiwan.
Selain itu, ada juga persembahan untuk kanak-kanak seperti persembahan akrobatik, muzik, tarian dan juga sesi untuk anak-anak anda mencuba basikal mini.
Tao Dan Park
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 46 Parque Tao Dan](http://wpfc.ml/b.gif)
Disini, anda boleh menikmati keindahan warna-warni bunga-bungaan yang ada seperti bonsai, orkid dan lain-lain.
Ada masa-masa tertentu jika kebetulan dengan anda, anda boleh menikmati pameran bunga yang pastinya akan membuatkan anda terpukau!
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 47 Tao Dan Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Tao-Dan-Park-904x1024.jpg)
Caj masuk dikenakan sekitar 30,000 Dong. Apapun, caj masuk tersebut sangat setimpal dengan apa yang bakal anda peroleh. Sangat sesuai untuk anda bersiar-siar santai samada secara bersendirian atau bersama dengan keluarga.
Disini juga ada disediakan kawasan “funfair” kecil untuk anak-anak dan juga gerai-gerai makan.
Vĩnh Nghiêm Pagoda
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 48 Chùa Vĩnh Nghiêm](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Chùa_Vĩnh_Nghiêm-1024x400.jpg)
Vinh Nghiem Pagoda merupakan diantara kuil terbesar yang ada disini dan merupakan diantara kuil yang masih beroperasi, jadi anda berpeluang untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh mereka yang berkunjung kesini.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 49 Vĩnh Nghiêm Pagoda](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/05/Vinh-Nghiem-Pagoda-update-e1627123154472.jpg)
Ramai pengunjung memilih untuk kesini kerana tempat-tempat spiritual pastinya akan menimbulkan ketenangan dalam diri mereka. Antara tarikan lain adalah rekaan luarannya yang menarik.
Disini juga ada disediakan restoran yang fokus kepada masakan jenis vegetarian. Staf disini juga agak ramah walaupun terdapat kekangan dari segi komunikasi.
An Đông Market
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 50 An Đông Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/An-Đông-Market-1024x682.jpg)
Ramai yang mencadangkan jika anda dah berkunjung ke Vietnam dan berada di Ho chi Minh, tak salah kiranya anda lajak sikit untuk ke An Dong Market. Ia terletak sekitar 15 minit dengan menaiki teksi dari Saigon dan cajnya agak berpatutan.
An Dong Market ni bukan sembarangan kerana anda boleh temukan hampir segalanya disini terutamanya untuk barang-barang seperti pakaian, kasut, beg tangan dan barang kemas.
Disini juga terdapat banyak tempat makan menarik. Antaranya adalah “outdoor cafe”, restoran dim sum dan juga restoran di Windsor Hotel yang menawarkan pakej bufet dengan 200 jenis hidangan makanan dari serata dunia.
Bến Dược Memorial Temple
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 51 Ben Duoc Memorial Temple](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ben-Duoc-Memorial-Temple-1024x683.jpg)
Ben Duoc Memorial Temple merupakan sebuah projek sejarah kebudayaan oleh Parti Komunis dan juga warga Ho Chi Minh.
Ia dibina untuk mengingati jasa dan perngorbanan para tentera dan mereka yang terkorban sewaktu perang anti-Amerika dan juga anti-Perancis.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 52 Ben Duoc Tempel Cu Chi Tunnel](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ben_Duoc_Tempel_Cu_Chi_Tunnel-683x1024.jpeg)
Ben Duoc Memorial Temple ini terletak berdekatan dengan Phu My Hung yang juga merupakan penghujung terowong Chu Chi.
Pada tahun 1975, pentas pertama Memorial Monument telah dibina dan dibuka kepada orang ramai untuk membakar colok serta memberikan penghormatan.
Dan Sinh Market
Dan Sinh Market menjadi tumpuan atas dua faktor. Faktor yang pertama adalah, ia mempunyai pelbagai pilihan barangan “hardware” pada harga yang agak murah dan berpatutan. Faktor kedua adalah, ia menjual barangan ketenteraan yang agak sukar untuk anda temukan di tempat lain!
Dan Sinh Market tidaklah terlalu besar namun ia juga tidak terlalu padat dengan pelancong. Kebanyakan peniaga disini agak ramah dan mungkin akan ada sedikit isu dari segi komunikasi namun ia bukanlah isu yang besar.
Penting untuk kami ingatkan anda adalah, anda perlu berhati-hati dengan pilihan barangan yang ada disini kerana ada yang asli dan ada juga yang tiruan. Tapi, kalau anda bernasib baik, anda boleh dapatkan barangan asli pada harga yang sangat murah.
The Bamboo Village
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 54 The Bamboo Village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/The-Bamboo-Village-1024x682.jpg)
Port terbaik untuk berbulan madu di Vietnam dan menjadi pilihan ramai pelancong adalah The Bamboo Village. Bayangkan yang destinasi ini telah memenangi anugerah “Home of the Blissful Bamboo Villager” selama 18 tahun berturut-turut!
Ia memuatkan 147 buah bilik berkonsepkan Vietnam dan banglo yang dikelilingi suasana menghijau dan taman tropika yang dipenuhi dengan pokok buluh dan juga tumbuhan tropikal.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 55 The Bamboo Village Beach Resort & Spa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/The-Bamboo-Village-Beach-Resort-Spa-1024x576.jpg)
Selain itu, pantainya yang putih dan lautan biru menambahkan lagi suasana.
Disini juga letaknya restoran Strawy yang menghidangkan berbagai jenis bufet untuk setiap waktu makan sambil diiringi dengan persembahan muzik secara “live”.
Rin Rin Park
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 56 Rin Rin Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Rin-Rin-Park-1024x542.jpg)
Rin Rin Park merupakan sebuah taman yang agak unik dimana tarikan yang ada disini sukar untuk anda temukan di tempat lain. Ramai yang memilih untuk datang ke sini untuk bersantai-santai, bersiar-siar dan juga membaca buku.
Namun, ia bukanlah sebuah taman yang agak sesuai untuk anda meluangkan masa yang lama bersama keluarga kerana ia tidaklah terlalu besar.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 57 Rin Rin Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Rin-Rin-Park-2-1024x542.jpg)
Walaupun begitu, ia mempunyai tarikan-tarikan yang pastinya akan membuatkan anda terlupa berkenaan kekurangan dari segi sazinya itu. Disini letaknya kolam ikan koi, arca dan juga tanglung.
Taman ini juga dijaga dengan rapi. Ditambah pula dengan tarikannya, ia menjadikan taman ini sangat sesuai sebagai destinasi untuk bergambar.
KizCiti
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 58 KizCiti](http://wpfc.ml/b.gif)
Disini, kanak-kanak yang berusia dari 3 tahun sehingga 15 tahun boleh bermain dan membayangkan diri mereka sebagai seorang dewasa!
Di KizCiti, anak-anak anda akan diberikan 24 jenis pilihan pekerjaan seperti juruterbang, doktor, pramugari, ahli bomba, petani, penjual ais krim, pegawai bank, jururawat, pendadan rambut dan macam-macam lagi.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 59 KizCiti Fireman](http://wpfc.ml/b.gif)
Bagi kanak-kanak, ia seolah-olah mimpi menjadi realiti kerana mereka tidak perlu lagi berimaginasi untuk pekerjaan-pekerjaan tersebut. Anak-anak anda pastinya akan berasa begitu seronok bermain disini.
Jika anda ingin memberikan peluang untuk anak anda benar-benar menikmati semuanya disini, pilih tarikh kunjungan yang bukan pada hari minggu kerana besar kemungkinan anak-anak anda terpaksa berebut dengan pelajar-pelajar sekolah yang datang secara rombongan.
Xá Lợi Pagoda
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 60 Xa Loi Pagoda](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Xa-Loi-Pagoda-768x1024.jpg)
Xa Loi Pagoda merupakan diantara tempat yang agak menarik untuk dikunjungi dan sesuai untuk anda meluangkan sedikit masa disini. Ia mempunyai sebuah taman yang agak menarik perhatian yang dipenuhi dengan bungai dan juga pokok bonsai. Disini juga terdapat sebuah patung besar Kuan Yin yang berada pada salah satu daripada 3 pintu masuk.
Fungsi utama tempat ini adalah untuk penganutnya berdoa dan mengabdikan diri. Ia juga mempunyai sebuah perpustakaan, kedai cenderahati, pagoda besar dan juga kuil. Menurut masyarakat setempat, kuil merupakan tempat berkumpul bagi mereka yang berhaluan komunis manakala pagoda pula adalah untuk penganut Buddha.
Chợ Tân Định Market
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 61 Chợ Tân Định Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Chợ-Tân-Định-Market-1024x575.jpg)
Ramai yang bersetuju bahawa Cho Tan Dinh Market merupakan alternatif kepada Ben Tanh Market. Hal ini adalah berdasarkan kepada jenis barangan yang dijual serta pengalaman menikmati hidangan-hidangan yang disediakan disini.
Namun, tarikan utamanya adalah fabrik sutera yang dijual oleh ramai peniaga disini. Disebabkan oleh persaingan yang tinggi, besar juga kemungkinan untuk anda mendapatkan fabrik pilihan anda pada harga yang jauh lebih murah. Kekurangan tempat ini adalah, ia agak padat dengan orang ramai dan barangan yang dijual lebih mengfokuskan kepada penduduk tempatan.
Artinus 3D Art Museum
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 62 Artinus 3D Art Museum Vietnam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Artinus-3D-Art-Museum-Vietnam-1024x512.jpg)
Kalau anda bukanlah seorang yang gemarkan percutian jenis yang seronok-seronok, Artinus 3D Art Museum bukanlah destinasi yang sesuai untuk anda. Artinus 3D Art Museum merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai jika anda ingin mengambil gambar dalam aksi yang pelbagai.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 63 Artinus 3D Art Museum Saigon](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Artinus-3D-Art-Museum-Saigon.jpg)
Hasil seni 3D bukan saja mampu membuatkan kanak-kanak teruja. Orang dewasa seperti kita pun akan jadi terlebih “excited”.
Sewaktu masuk, anda akan diberikan sebentuk “key ring”. Menariknya mengenai “key ring” ini adalah, anda boleh tukarkan mana-mana gambar pilihan anda menjadi “key ring” pada harga yang sangat murah.
Thủy Châu Ecotourism
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 64 Thủy Châu Ecotourism](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Thủy-Châu-Ecotourism.jpg)
Ecotourism merupakan salah satu bentuk pelancongan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong. Disebabkan oleh hal ini, muncul pula ecotourism yang bersifat artifisial seperti Thuy Chau di Vietnam ini.
Berkeluasan sekitar 18 hektar, Thuy Chau Ecotourism ini sering didatangi pengunjung dek suasana damai dan segar yang ditawarkannya. Tempat tumpuan pelancong ini dipenuhi dengan pokok, sungai, air terjun dan bermacam jenis keindahan lain yang pastinya akan membuatkan anda terpesona.
Đầm Sen Water Park
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 65 Đầm Sen Water Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Đầm-Sen-Water-Park-1024x316.jpg)
Bayangkan ada pelancong yang setiap kali datang ke Vietnam, pasti akan mengnjungi Dam Sen Water Park ini. Ia jelas menunjukkan bahawa taman tema air ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri.
Anda boleh temukan bermacam jenis gelongsor dan aktiviti air.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 66 Đầm Sen Water Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Đầm-Sen-Water-Park-way.jpg)
Namun, jika anda bandingkan ia dengan taman tema air yang popular di sekitar Malaysia, ia ada sedikit kekurangan. Apapun, ia masih boleh dimasukkan dalam kategori 4 bintang!
Untuk masuk kesini, anda perlu membayar sekitar 150,000 Dong untuk pas masuk sehari. Selain itu, ia juga menawarkan perkhidmatan loker percuma untuk pelancong asing.
Giác Lâm Pagoda
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 67 Giac Lam Pagoda](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Giac-Lam-Pagoda.jpg)
Giac Lam Pagoda merupakan sebuah pagoda yang dibina pada tahun 1744. Pagoda yang dikelilingi oleh taman bertembok yang dipenuhi dengan tumbuhan dan juga patung-patung ini merupakan pagoda yang tertua di Saigon.
Anda pasti akan terkejut dengan simbol swastika yang ada pada kebanyakan batu nisan sami Buddha disini. Ia sebenarnya berkonsepkan geometri dan merupakan salah satu daripada ikon keagamaan purba dari kebudayaan Eurasia. Simbol ini melambangkan keabadian dan juga spiritual untuk agama-agama yang ada di India dan juga Asia Timur.
Hồ Chí Minh City People’s Committee
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 68 Majlis Rakyat di 86 Le Thank Ton Street, Ho Chi Minh, Vietnam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Hồ-Chí-Minh-City-People’s-Committee-1024x690.jpg)
Ho Chi Minh City People’s Committee merupakan sebuah bangunan yang terletak di Ho Chi Minh yang patut anda kunjungi.
Berhadapan dengan bangunan ini adalah sebuah taman yang mempunyai air pancut.
Ramai yang memilih untuk ke taman ini selepas selesai bergambar di Ho Chi Minh City People’s Committee.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 69 Bangunan Majlis Rakyat Ho Chi Minh Vietnam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bangunan-Majlis-Rakyat-Ho-Chi-Minh-Vietnam-1024x695.jpg)
Ia menjadi destinasi tumpuan untuk bergambar terutamanya pada waktu Vietnam Lunar New Year dimana ia akan dihias dengan bunga-bungaan dan juga lampu-lampu yang menaikkan lagi seri serta menceriakan lagi suasana.
Memang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan memori mereka disini dengan bergambar.
Đại Nam Wonderland
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 70 Đại Nam Wonderland View](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Đại-Nam-Wonderland-View-1024x683.jpg)
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 71 Kemeriahan Dai Nam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Đại-Nam-Wonderland-1024x680.jpg)
Dai Nam Wonderland merupakan sebuah tempat yang sama ada anda sukakannya atau terus tak suka. Tapi, kebanyakan pengunjung sukakannya. Bukan apa.
Kalau anda pernah pergi ke wonderland di tempat lain yang lebih gah, pastinya anda akan membanding-bandingkan tempat-tempat tersebut.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 72 Đại Nam Wonderland Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Đại-Nam-Wonderland-Park-1024x608.jpg)
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 73 Đại Nam Wonderland 3](http://wpfc.ml/b.gif)
Tempat ini sangat besar dan terdapat terlalu banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Antaranya ialah, “rides”, rumah hantu, zoo dan juga pantai.
Untuk masuk ke pantai dan zoo, anda akan dikenakan caj sebanyak 100,000 dong untuk setiap tempat tersebut.
Tân Định Church
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 74 Tân Định Church Pink](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Tân-Định-Church-Pink.jpg)
Tan Dinh Church merupakan sebuah gereja katolik yang mempunyai warna luaran yang sedikit merah jambu. Unik kan warna gereja ini?
Apa yang menjadikan gereja ini lebih menarik adalah, ia dikelilingi oleh bangunan-bangunan moden dan warna merah jambunya benar-benar menjadikan gereja ini lebih terserlah.
![40 Tempat Paling Menarik di Ho Chi Minh Vietnam [SENARAI POPULAR] 75 Tân Định Church](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Tân-Định-Church.jpg)
Bahagian dalam gereja ini telah melalui proses pengubahsuaian dan pengecatan semula kepada warna putih. Namun, ia sedikitpun tidak mengurangkan daya tarik gereja ini.
Gereja ini hanya boleh diakses bahagian dalamnya jika ada sebarang aktiviti sahaja. Kebanyakan masanya, ia berkunci. Apapun, rata-rata pengunjung cuma ingin mengambil gambar diluarnya sahaja.
Bersambung…