Rasa cemburu dan pada masa sama mengujakan, kedudukan Vietnam sebagai ikon pelancongan adalah lebih daripada layak.
Tidak ada satu negara pun yang memiliki pertembungan sejarah Asia Tenggara di masa lalu, kini dan masa akan datang secara serentak.
- Lihat Pakej Percutian Ho Chi Minh
- Lihat Penginapan Terbaik di Ho Chi Minh
- Lihat Aktiviti Terbaik di Ho Chi Minh
- Lihat Peta Percutian Ho Chi Minh
Kadang-kadang pertembungan ini kelihatan begitu konfrontatif dan mengelirukan walaupun sekadar untuk menghantar seorang pengembara mahir ke hotel terdekat.
Namun, seperti semua yang ada dalam hidup ini, lebih banyak yang anda laburkan, lebih banyak anda masuk, lebih banyak lagi anda keluar dan di Vietnam adalah satu persiapan untuk pengembaraan terhebat anda.
1. Sentiasa Tersenyum
Meskipun terdapat banyak yang mengomel berkenaan hal ini, sesungguhnya orang-orang Vietnam kebanyakkannya ramah seperti juga rakan se-Asia tenggara mereka yang lain.
Walaubagaimapun, tidak seperti di Thailand, Kemboja dan laos – dimana penduduk tempatan benar-benar ingin tahu tentang siapa anda dan dari mana anda datang.
Orang-orang Vietnam cenderung mengabaikan pelancong yang kelihatan sesat kecuali anda benar-benar meminta bantuan.
Namun yakinlah bahawa seandainya anda bertanyakan soalan kepada orang tempatan dengan senyuman, anda pasti akan mendapat jawapan disertakan sekali dengan balasan senyuman.
2. Berjaga-jaga dengan penipuan teksi Vietnam
Untuk kebanyakan orang, teksi motorsikal adalah satu-satunya cara untuk benar-benar melihat jalan-jalan di Hanoi dan Ho Chi Minh. Namun, meskipun begitu tidak semestinya.
Penipuan boleh berlaku dan adalah penting untuk anda tahu ke mana anda pergi dan tanda-tanda penting di sepanjang jalan.
Jika anda rasa anda menuju kearah yang salah, beritahu pemandu anda untuk berheti dan dapatkan teksi motorsikal yang baru – mereka yang berhenti haruslah sekurang-kurangnya tahu akan nama Inggeris bagi tempat pelancongan utama.
Juga, aturkan untuk kereta hotel menjemput anda di lapanan terbang – teksi penipu sangat banyak dan ianya berbaloi meskipun lebih mahal berbanding anda kehilangan dompet dan duit anda keseluruhannya.
3. Kenali Bas Waktu Malam Anda Di Vietnam
Bas larut malam adalah salah satu cara yang baik untuk menampung jarak perjalanan yang jauh dan menjimatkan kos penginapan, namun pastikan anda duduk di temapt yang jauh daripada tandas (biasanya terletak di belakang).
Kebanyakan bas tidak memiliki sistem tandas yang baik jadi semakin jauh anda ke belakang, semakin kuat bau yang anda akan hidu.
Jangan minum lebih daripada yang diperlukan kerana bas amat jarang berhenti mengikut keinginan pemandu dan kadang-kadang mereka akan melangkau stesen-stesen tertentu.
Satu perjalanan tujuh jam boleh menjadi 16 jam, jadi anda pasti tidak ingin menyesalinya kelak.
4. Elakkan Daripada Kehidupan Malam Vietnam
Vietnam kemungkinannya memiliki makanan yang paling murah di dunia, namun anda harus mengelak untuk terlebih makan atau minum.
Di Hanoi, ada masa rasmi untuk pihak polis muncul dan menjalankan tindakan undang-undang di kelab-kelab malam atau bar, kecuali pemilik sudah membayar ‘yuran’ yang sesuai.
Bersembunyi di dalam gelap apabila kelab berpura-pura tutup ketika kereta peronda polis lalu mungkin mengujakan namun sebaliknya jika sebahagian daripada kawan anda ditahan oleh polis dan tidak dapat masuk kembali.
Sementara itu, Nha Trang adalah laluan yang agak kejam kerana ramai pelacur yang bijak menyeluk saku atau gang dalam perjalanan pulang dari kelab malam.
5. Keselamatan Motorsikal Semasa di Vietnam
Vietnam bukanlah tempat untuk belajar membawa motorsikal. Di sini, motrosikal masuk mencelah dari pelbagai sudut dan berada dekat sekali sesama kenderaan lainnya.
Jalanrayanya benar-benar menakutkan dan malangnya, kisah pelancong-pelancong yang terbunuh kerana cuba meraisai cabaran membawa motorsikal adalah berdasarkan fakta.
Jika anda nekad untuk mencuba, lebih baik anda pergi ke Dalat Easy Rider (dalat-easyrider.com) di mana seorang penunggang Vietnam yang berpengalaman akan mengendalikan motorsikal tersebut sementara anda hanya perlu menikmati pemandangan di sekitar sahaja.
6. Beranikan Diri Di Vietnam
Apa yang paling penting antara semua: jangan takut. Vietnam boleh menjadi seseuatu yang kelihatan menakutkan dan luar biasa pada awalnya, namun kekalkan sensitiviti kelakar dalam diri dan segalanya akan berjalan dengan baik.
Seperti juga jalan-jalan di Hanoi, ketika melintas jalan anda harus bergerak laju dan perkara terburuk yang anda boleh lakukan ialah berdiri kaku di tengah-tengah kesibukan tersebut.
Terus berjalan pada kadar yang stabil dan kesibukan itu akan perlahan-lahan menyelimuti anda dan berlalu di sekitar anda – dimana akhirnya anda melintas tanpa tercalar sedikitpun.
Baiklah, berdasarkan fakta-fakta di atas mungkin anda sangat berasa takut untuk ke Vietnam. Ketahuilah sekali lagi anda tidak perlu risau.
Bersambung…