Apakah tempat menarik di Dalat Vietnam yang menjadi sebutan ramai itu? Kenapa ia menjadi tarikan utama percutian ke Vietnam?
Terletak di selatan Vietnam adalah Da Lat yang menawan yang terkenal sebagai destinasi popular untuk berbulan madu bagi pelancong domestik.
Da Lat juga amat dikenali sebagai sebuah bandar pergunungan yang indah yang pernah menjadi stesen berisirehat dikawasan tinggi semasa zaman penjajahan Perancis apabila orang ramai datang ke sini untuk bercuti untuk mencari cuaca yang lebih sejuk.
Bak kata orang, di Malaysia ada Cameron Highlands, dan di Vietnam ada Dalat.
Kini Dalat juga menjadi tarikan pelancong Malaysia yang bercuti ke Ho Chi Minh dan mengambil peluang sehari dua untuk melancong ke Dalat bagi menyaksikan sendiri keindahan alam dan budayanya.
- Lihat Pakej Percutian di Dalat
- Lihat Penginapan Terbaik di Dalat
- Lihat Aktiviti Popular di Dalat
- Lihat Peta Percutian di Dalat
Mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Dalat yang popular.
Crazy House

Lokasi ini wajib untuk anda kunjungi di sini. Rata-rata pengunjung pasti kagum dengan rekabentuk rumah yang cukup unik ini.
Rumah Gila atau nama lainnya adalah Ha Nga Guesthouse dibina sebagai rumah penginapan untuk pengunjung dan turut dibuka untuk sesi lawatan kepada orang ramai.

Berada di sini anda pasti merasakan seperti berada dalam dunia fantasi kerana reka bentuknya yang seakan-akan menyerupai kumpulan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga rumah ahli sihir di dalam filem Hansel dan Gretel!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 03 Đ. Huỳnh Thúc Kháng, Phường 4, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng 66115, Vietnam
Air Terjun Datanla

Datanla Waterfall: Keistimewaan tentang Air Terjun Datanla adalah cara pengangkutan yang digunakan untuk sampai ke desinasinya.
Bagi merasai pengalaman yang berbeza yang mungkin tiada di destinasi lain anda boleh memilih lokasi ini untuk percutian kali ini.

Untuk sampai ke kawasan air terjunnya, anda boleh menaiki roller coaster yang dikendalikan oleh anda sendiri!
Selain itu anda boleh menyaksikan keindahan air terjun dengan menaiki kereta kabel atau berjalan kaki meredah hutan sekitar 15 minit untuk tiba ke lokasi air terjun.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 5:00pm | QL20 Đèo Prenn, Phường 3, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng 66000, Vietnam
Pagoda Linh Phuoc

Pagoda Linh Phuoc merupakan sebuah kuil Buddha yang menggagumkan dan terkenal di Dalat.
Menariknya tentang kuil ini kerana menempatkan menara loceng pada ketinggian 37 meter yang menjadikannya sebagai menara loceng yang tertinggi di Vietnam!

Anda juga boleh menyaksikan pelbagai lukisan mural yang menceritakan tentang kehidupan pengganut mereka serta mengetahui sejarah agama tersebut.
Keunikkan senibinanya turut menjadi lokasi terbaik untuk anda bergambar. Anda juga boleh melawat Pagoda Lam Ty Ni dan Pagoda Thien Vuong.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Trai Mat, Thành phố Đà Lạt, Lam Dong, Vietnam
Taman Bunga Khu du lịch Fresh Garden Dalat

Khu du lịch Fresh Garden Dalat: Untuk pengetahuan anda, Dalat turut dikenali sebagai Bandar Musim Bunga Abadi atau The City of Eternal Spring kerana mempunyai sebuah taman bunga yang begitu subur.

Di sini mempunyai lebih kurang 300 jenis bunga seperti kaktus gergasi, orkid, bunga mawar, hydrangea, bunga matahari, tulip dan banyak lagi.
Menariknya lagi kerana spesies bunga yang terdapat di taman ini kembang mekar mengikut musim yang tersendiri seperti musim panas dan musim sejuk.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am-5:30pm | 90B Vạn Thành, Phường 5, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng 670000, Vietnam
Pasar Dalat

Dah bercuti ke negara orang anda pasti ingin mencari beberapa barangan yang unik untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Jom ke Pasar Dalat yang menjadi pilihan utama setiap pengunjung bagi mendapatkan pelbagai jenis sayur, buah, rempah ratus, tekstil dan produk tempatan.

Pasar yang dibina sejak tahun 1960 ini menempatkan sekitar 1000 kedai yang beroperasi selama 24 jam!
Bagi merasai suasana malam di Dalat anda boleh berkunjung ke pasar malamnya yang turut menjual pelbagai street food yang menarik seawal jam 5 petang hingga 2 pagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | WCVP+5PH, Nguyễn Thị Minh Khai, Phường 1, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam
Tasik Xuan Huong

Pada waktu petang anda boleh bersiar-siar di kawasan tasik buatan manusia iaitu Xuan Huong Lake.
Persekitarannya yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan menjadi lebih menarik dengan adanya restoran, kafe, kedai serta rumah penginapan di tepi tasik.

Ia merupakan lokasi santai yang terbaik di Dalat dengan aktiviti berbasikal, menaiki kereta kuda serta berkayak yang ditawarkan.
Anda juga boleh ke Ho Than Tho yang lebih dikenali sebagai Lake of Sights untuk menyaksikan keindahan tasik semulajadi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1 Đ. Trần Quốc Toản, Phường 2, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam
Muzium Lam Dong

Tidak lengkap percutian anda jika tidak menjejakkan kaki ke Muzium Lam Dong bagi mengetahui tentang sejarah Dalat ini.
Muzium ini mempunyai 9 galeri yang menyimpan tinggalan arkeologi, peralatan memburu, pakaian tradisional, artifak zaman perang dan lain-lain.

Anda juga boleh menyaksikan aktiviti membuat tembikar, mengait serta menganyam dialkukan secara tradisional.
Selain itu tradisi membunuh kerbau atau minum arak pada majlis khas turut dipertonton. Meneroka isi muzium ini pasti melekakan terutamanya bagi penggemar sejarah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:15am – 5:30pm | 4 Đ. Hùng Vương, Phường 10, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam
Valley of Love

Jika bercuti ke Dalat bersama pasangan anda, jangan lupa bawa mereka ke Valley of Love yang merupakan destinasi sesuai bagi pasangan kekasih untuk melamar atau untuk pasangan pengantin baru berbulan madu.

Kawasan yang berkeluasan 242 hektar ini dihiasi dengan pelbagai tanaman serta monumen simbol tangan yang sedang menyarungkan cincin sebagai simbol lamaran.
Selain bersiar-siar dikawasan taman, anda boleh menaiki bot di Da Thien Lake atau ke puncak Vong Canh Hill untuk menyaksikan panorama keseluruhan kawasan tersebut.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 5:30pm | 5 – 7 Đường Mai Anh Đào, Phường 8, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng 670000, Vietnam
Istana Musim Panas Bao Dai

Ingin melihat suasana istana yang pernah didiami oleh maharaja terakhir Vietnam? Istana Musim Panas Bao Dai ini dimiliki oleh Maharaja Bao Dai yang dibina pada tahun 1933.
Tujuan pembinaannya adalah untuk sang maharaja datang beristirahat pada musim panas.

Kini istana tersebut terbuka untuk orang ramai, di mana anda boleh menghayati senibina dan lanskapnya yang tersusun indah.
Tambahan lagi anda istana ini masih mengekalkan perabot dan barangan milik maharaja menjadikan suasananya seakan berada di zaman pemerintahan Maharaja Bao Dai.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 7:30pm | 1 Đường Triệu Việt Vương, Phường 4, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam
Stesen Kereta Api Dalat

Dalat Railway Station begitu menarik untuk anda kunjungi bagi merasai kehidupan penggembara di masa lampau.
Stesen kereta api yang dibina pada tahun 1932 ini pernah menjadi satu sumber pengangkutan yang penting di Dalat, kini ia hanya beroperasi untuk tujuan pelancongan sahaja.

Anda boleh melayari perjalanan sekitar 5 kilometer bagi merasai pengalaman menaiki kereta api stim ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Quang Trung, Phường 9, Thành phố Đà Lạt, Lâm Đồng, Vietnam
Taman Negara Bidoup Niu Ba

Taman negara ini merupakan sebahagian daripada kawasan hutan yang besar dan terletak di kawasan tinggi iaitu dataran tinggi di atas Da Lat.
Apabila tiba di sini, anda bakal menyaksikan rumpun buluh dan padang rumput dengan ketinggian sekitar 650 hingga 2288 meter.

Dengan menggunakan perkhidmatan jurupandu daripada ahli komuniti orang asli, anda akan dibawa untuk meneroka isi hutan konifer.
Di sini turut menempatkan ruang ilmu tentang sejarah dan budaya puak bukit K’Ho.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4GMM+FCC, Xã Đạ Nhim, Lạc Dương, Lâm Đồng, Vietnam
Bersambung…