fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Malaysia Pakej Perak

Castella Cafe: Tempat Makan Menarik di Gerik Perak [VIRAL]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
1 November, 2022
Kategori: Pakej Perak
Masa Bacaan: 1 min read
331 9
A A
0
Castella-Cafe

Pelbagai menu masak ayam dan ikan bakar ada disini

14.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Apa yang menarik tentang Castella Cafe Perak itu? Malaysia terkenal sebagai salah satu destinasi syurga makanan yang terdiri daripada pelbagai pilihan menu menarik.

Tidak kiralah pelancong dari dalam negara mahupun luar negara pasti meletakkan makanan sebagai sasaran utama di setiap destinasi pelancongan yang mereka kunjungi.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Tambahan lagi di media sosial kini menjadi trend bagi setiap individu untuk ‘viral’kan destinasi food hunting yang enak dan menyeronokkan.

Castella Cafe atau Cafe dalam air yang terletak di Gerik, Perak ini begitu terkenal dengan keunikkan konsep yang digunakan sebagai tarikan untuk pelancong datang berkunjung.

Castella Cafe
Castella Cafe
  • Lihat Penginapan Sekitar Castella Cafe
  • Lihat Peta Percutian di Castella Cafe

Cafe ini diusahakan oleh Tok Janggut Putih yang merupakan anak tempatan dengan memilih resipi tradisional Melayu Hulu Perak iaitu masakan ikan Sungai Temenggor sebagai menu utamanya.

Cafe yang berkonsepkan dangau buluh ini beroperasi setiap hari kecuali hari selasa.

Aktiviti riadah mandi sungai di Castella-Cafe
Castella Cafe sentiasa dipenuh pelancong pada musim cuti

Tok Janggut Putih atau nama sebenar beliau adalah Mohd Isa Bin Mohammed Ramli ini memulakan kerjayanya sebagai penjual buah potong secara kecil-kecilan dan seterusnya memulakan perniagaan ikan pekasam.

Di sinilah tercetusnya idea untuk membina sebuah cafe di atas air ini yang menyajikan hidangan di atas para-para.

Sambutan daripada pengunjung menyebabkan beliau mula menyediakan ruang makan di kawasan sungai pula.


Menu Castella Cafe

Menu masakan kampung yang ringkas menjadi pilihan pengunjung yang pastinya memecah liur
Menu masakan kampung yang ringkas menjadi pilihan pengunjung yang pastinya memecah liur

Anda perlu mengunjungi destinasi ini bagi menikmati keeanakan hidangan tradisi yang menggunakan sumber ikan segar daripada Sungai Temenggor dan Tasik Bading.

Antara pilihan ikan yang disediakan adalah ikan sebarau, ikan tengas dan ikan kelah yang semestinya terkenal dalam penggemar menu berasaskan ikan sungai.

Inilah peluang anda untuk menikmati rasa ikan ‘King of the River’ yang sentiasa menjadi rebutan kaki pancing!

Ikan-ikan segar tersebuat akan dimasak dengan menu gulai sakau (gulai masam), masak lemak cili api, ikan pekasam tok janggut dan ikan bakar.

Rata-rata pengunjung memuji masakan dan usaha tok janggut
Rata-rata pengunjung memuji masakan dan usaha tok janggut

Bagi melengkapkan hidangan anda, bolehlah menambah ‘salad orang melayu’ iaitu umbut bayas, umbut mereding, pucuk paku, pucuk ubi dan kuah kerabu yang dihasilkan daripada kerisik.

Jangan lupa memesan Nasi Daun Bemban yang dimasak di dalam buluh untuk menikmati hidangan anda.

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda juga boleh memesan hidangan secara set yang terdiri daripada pilihan set ikan sebarau, set ikan tenggalan, set ikan kelah, set ikan trapia norway, set kelaba,dan set ayam.

Orang ramai dari segenap pelusuk akan datang ke Castella Cafe untuk mencuba menu
Orang ramai dari segenap pelusuk akan datang ke Castella Cafe untuk mencuba menu

Untuk menikmati hidangan di Castella Cafe ini anda disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu kerana ruang makan yang tersediakan begitu terhad serta terdapat beberapa menu yang memerlukan jangka masa yang agak lama untuk dimasak.

Rugilah jika berkunjung dari jauh tetapi tidak berpeluang menikmati hidangan di kawasan alam semulajadi ini.

Cafe yang mengenengahkan hidangan masakan Melayu-Pattani ini turut mempunyai hidangan lain seperti gulai siput, ikan baung masak lemak pekasam, sambal air lawa, sup tulang, aneka daging dan lain-lain.

menu-Castella-Cafe-Nguyen
Menu kampung terbaik ada Castella Cafe | Imej oleh: Nguyen

Anda juga boleh memesan set mengikut citarasa anda, seperti ingin menambah sup daging atau ulam-ulaman tambahan ke dalam hidangan anda.

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

Dicadangkan untuk ke sini di dalam kumpulan bagi merasai pengalaman makan yang lebih menyeronokkan seakan-akan makan di rumah atuk dan nenek di kampung!


Aktiviti Menarik di Castella Cafe

Aktiviti riadah mandi sungai di Castella-Cafe
Aktiviti riadah mandi sungai di Castella Cafe

Lokasinya yang terletak di dalam aliran air sungai yang bersih dan sejuk pasti menggamit rasa untuk turut mandi-manda di sini terutamanya bagi kanak-kanak yang sukakan aktiviti air.

Tambahan lagi jika anda singgah menjamu selera pada waktu tengahari dan petang pasti lagi syok untuk berendam dengan cuaca Malaysia yang agak panas ini!

Dah kenyang perut menjamu selera dengan masakan kampung, jom duduk bersantai menikmati air sungainya pula.

Kanak-kanak pastinya yang paling berasa seronok apabila berada di Castella Cafe
Kanak-kanak pastinya yang paling berasa seronok apabila berada di Castella Cafe

Selain mandi sungai anda boleh melakukan aktiviti berakit, bermain pelampung, memancing serta bermain permainan tradisional yang disediakan di sini.

Anda boleh mendapatkan pakej tempahan bagi melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dengan lebih privasi kerana ruang yang terhad.


Penginapan Castella Cafe

Penginapan dengan pemandangan tepi sungai dikelilingi hutan pokok yang mendamaikan jiwa
Penginapan dengan pemandangan tepi sungai dikelilingi hutan pokok yang mendamaikan jiwa

Castella Cafe juga mempunyai penginapan chalet untuk bagi pelancong yang berminat untuk bermalam di sini. Anda boleh beberapa pakej chalet yang menyediakan kelengkapan berbeza.

Sebagai contoh Bilik No 2 menyediakan katil single, Bilik No 1 dan 4 menyediakan katil queen dan Bilik No 3 menyediakan katil king dan single yang sesuai untuk pelancong berkeluarga.

Peralatan tambahan seperti tuala, toto, bantal, khemah dan sewa rehat turut disediakan mengikut bayaran.

Dihadapan penginapan adalah tempat makan diatas air sungai
Dihadapan penginapan adalah tempat makan diatas air sungai

Penginapan di sini turut diberi pilihan sama ada bilik berkipas atau bilik aircond mengikut keselesaan anda.

Selain itu, anda boleh menempah penginapan di sini dengan menambah pakej makan bagi memudahkan urusan percutian anda dan mendapat harga yang lebih berbaloi.

Bagi yang bercuti di dalam bilangan yang ramai anda boleh mendapatkan pakej homestay atau rumah tepi sungai yang merupakan penginapan terbaru ditawarkan oleh Castella Cafe.


Lokasi Castella Cafe

Sentiasa menjadi tumpuan pengujung apa tah lagi pada hari cuaca cerah
Sentiasa menjadi tumpuan pengujung apa tah lagi pada hari cuaca cerah

Castella Cafe (Dalam Air) ini terletak di Kampung Padang Stang kira-kira 12 kilometer dari Pekan Gerik. Jangan lupa membeli pekasam yang dihasilkan oleh Tok Janggut Putih untuk dibawa pulang.

Anda dapatkan pelbagai info di Facebook Castella Cafe.

Bersambung…

Tags: castella cafe homestaycastella cafe menumakan dalam sungai di lenggongtempat makan menarik di gerik
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-batu-gajah
Pakej Perak

Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH]

  Tahukah anda Batu Gajah digelar sebagai Bandar Bertuah? Hal ini kerana ia adalah tempat keputeraannya DYMM Sultan Perak. Baginda adalah...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Mac, 2023
19.3k
Refarm-Kampar-Saimeng-Lee
Pakej Perak

12 Aktiviti Menarik di Refarm Kampar

  Ramai yang kata Refarm Kampar sangat menarik untuk percutian hujung minggu. Benarkah Refarm Kampar berbaloi dikunjungi? Percutian di kawasan...

Oleh: Hadi Ghazali
25 Februari, 2023
14k
Selanjutnya
0 0 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas