Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Tips Melancong

Faedah Melancong dan 10 Persediaan Melancong Secara Berkesan

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
2 Disember, 2025
Kategori: Tips Melancong
Masa Bacaan: 3 mins read
3.5k 262
A A
0
faedah-melancong-dan-kebaikan
3.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Melancong adalah aktiviti yang menyeronokkan dan memberi manfaat kepada pelancong.

Melancong bukan sahaja membolehkan kita melihat-lihat tempat baru, tetapi juga memberi peluang untuk belajar tentang budaya, sejarah, alam semula jadi dan kepelbagaian negara yang kita lawati.

Pin

  • 1 Melancong dapat meningkatkan kesihatan mental kita
  • 2 Melancong dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara
  • 3 Melancong dapat menggalakkan pendidikan global
  • 4 Melancong dapat mengeratkan hubungan keluarga dan rakan-rakan
  • 5 Persediaan Melancong Secara Berkesan
    • 5.1 Semak pasport anda dan mohon visa-visa yang perlu
    • 5.2 Dapatkan vaksinasi dan bawa bersama ubat yang perlu
    • 5.3 Semak untuk amaran/ nasihat perjalanan dan daftarkan perjalanan anda
    • 5.4 Sediakan Wang Anda Secukupnya
    • 5.5 Buat salinan dokumen perjalanan anda
    • 5.6 Dapatkan Permit Memandu Antarabangsa
    • 5.7 Dapatkan semua peralatan yang diperlukan untuk elektronik anda
    • 5.8 Belajar frasa utama dalam bahasa tempatan
    • 5.9 Semak yuran masuk dan keluar
    • 5.10 Beli insurans kesihatan dan perjalanan
  Berikut adalah beberapa faedah melancong yang boleh kita nikmati:

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Melancong dapat meningkatkan kesihatan mental kita

Melancong dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan mood, merangsang kreativiti dan memperkaya pengalaman hidup kita.

Melancong juga dapat membantu kita mengatasi masalah, menyesuaikan diri dengan situasi baru dan menyelesaikan konflik.

Melancong adalah salah satu cara untuk menjaga keseimbangan antara kerja dan rehat.

Melancong dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara

Melancong adalah salah satu industri yang penting untuk menjana pendapatan, mencipta pekerjaan, membangunkan infrastruktur dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Melancong juga dapat menarik pelaburan, mempromosikan produk tempatan dan meningkatkan hubungan antara negara.

Melancong dapat menggalakkan pendidikan global

Melancong adalah salah satu cara untuk mempelajari tentang dunia di luar sana. Melancong dapat memberi pendedahan kepada pelbagai budaya, bahasa, makanan, adat resam dan cara hidup orang lain.

Melancong juga dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap kita terhadap isu-isu global seperti alam sekitar, hak asasi manusia, kemiskinan dan perdamaian.

Melancong dapat mengeratkan hubungan keluarga dan rakan-rakan

Melancong bersama orang yang kita sayangi adalah salah satu cara untuk menghabiskan masa berkualiti dengan mereka.

Melancong dapat membantu kita berkomunikasi, bekerjasama, berseronok dan berkongsi kenangan dengan mereka.

Melancong juga dapat membina kepercayaan, penghargaan dan pengertian antara ahli keluarga dan rakan-rakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah dan kebaikan melancong, anda boleh lihat disini.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Persediaan Melancong Secara Berkesan

Hafal informasi-informasi berikut dan jadikan ia mantera anda: Sesebuah perjalanan atau aktiviti melancong yang baik adalah hasil daripada perancangan yang baik.

Ini tertakluk kepada mana-mana aktiviti melancong, namun ianya sangat-sangat perlu dilakukan terutama jika destinasi pelancongan anda adalah di negara luar.

Ianya boleh membuatkan anda merasa teruja, menempah tiket dan mulai menggambarkan percutian yang bakal anda alami, namun harus diingat, ada kerja yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.

Sebagai tambahan kepada perancangan anda, setiap percutian yang jauh dari rumah memerlukan tempat penginapan, restoran untuk makan, aktiviti untuk dilakukan, dan sebagainya.

Juga kadar panggilan telefon antarabangsa dan kajian tambahan bagi mengelakkan sebarang tekanan semasa menikmati pelancongan di destinasi anda tujui.

Namun anda amat bertuah kerana kami telah menyediakan ‘checklist’ ke semua informasi ini kepada 10 poin penting yang akan membantu menjayakan aktiviti pelancongan antarabangsa anda.


Semak pasport anda dan mohon visa-visa yang perlu

Visa Perjalanan Travel

Walaupun ianya tidak perlu untuk anda menghafal tarikh tamat tempoh pasport anda, namun begitu adalah sangat penting untuk anda menyemak dan mengesahkan bahawa anda tahu di mana passport anda disimpan dan tarikh tamat tempoh pasport. Sebelum anda membuat sebarang perancangan untuk melancong keluar negara.

Secara umumnya, anda perlu tahu pasport itu sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan selepas memasuki negara asing, meskipun ada sesetengah negara yang membenarkan untuk masuk dengan tempoh yang kurang dari enam bulan; sila rujuk laman web Jabatan Imigresen Malaysia (www.imi.gov.my) untuk maklumat penuh.

Jika tarikh tamat tempoh pasport telah hampir iaitu dalam tempoh enam bulan dan ke bawah, anda perlu memperbaharui pasport bagi perjalanan antarabangsa seterusnya.

Meskipun ianya bukanlah kemestian, visa pelancong diperlukan untuk melawat ke kebanyakan negara-negara di dunia, dan proses permohonan berbeza-beza dari bagi setiap negara.

Jika anda memiliki pasport Malaysia, laman web Jabatan Imigresen Malaysia adalah sumber terbaik untuk menentukan jika anda perlu memohon visa pelancong berdasarkan negara-negara yang bakal dikunjungi dan tempoh masa yang diperuntukkan kepada setiap negara terbabit.

Adalah penting untuk anda mengambil perhatian bahawa memohon visa boleh menjadi satu proses yang memakan masa dan mahal.

Jadi adalah penting untuk anda mendapatkannya secepat mungkin. Sesetengah negara, seperti China, menawarkan multiyear visa yang membenarkan anda untuk masuk dan keluar secara berulang-ulang.

Jadi dalam situasi anda perlu kembali ke sesebuah negara lebih awal dari yang dijangkakan, multiyear visa pastinya amat menjiamtkan masa dan wang anda untuk jangkamasa panjang.


Dapatkan vaksinasi dan bawa bersama ubat yang perlu

Dapatkan vaksinasi dan bawa bersama ubat yang perlu

Bergantung pada di mana anda merancang untuk pergi melancong, anda mungkin memerlukan vaksinasi atau ubat tertentu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap pelbagai jenis penyakit tempatan di destinasi pelancongan anda.

Untuk mendapatkan maklumat cadangan perubatan paling komprehensif dan terbaru, semak laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. (Malaysia Ministry of Health/Travel with good health and protection)

Di samping itu, jika anda secara rutin mengambil apa-apa ubat preskripsi, pastikan memiliki jumlah ubat-ubatan yang cukup meliputi tempoh masa perjalanan supaya anda tidak kehabisan ubat ketika berada di luar negara.

Akhir sekali-dan yang paling utama sekali, jika anda ke mana-mana kawasan terpencil-adalah bijak untuk membawa bersama ubat bukan preskripsi juga (aspirin (Panadol), Imodium, dll) yang mungkin sukar untuk didapatkan.


Semak untuk amaran/ nasihat perjalanan dan daftarkan perjalanan anda

nasihat perjalanan dan daftarkan perjalanan anda

Sebelum anda melancong ke luar negara, buat semakan di laman web Kementerian Luar Negeri untuk sebarang peringatan atau amaran perjalanan dan nasihat yang mungkin diperlukan untuk perjalanan anda.

Selain itu, anda boleh rujuk kepada agensi-agensi pelancongan bagi maklumat serupa. Wujud keadaan di mana negara Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya ke negara tertentu seperti negara yang mengalami peperangan dan sebagainya.

Adalah penting untuk anda membuat semakan ini sebelum anda menempah tiket pelancongan dan sebelum anda berlepas. Anda digalakkan untuk menangguhkan perjalanan sekiranya negara destinasi anda mengalami ancaman pengganas atau mana-mana aktiviti keganasan.

Anda boleh bertanya kepada Kementerian Luar Negeri jika mereka memiliki sebarang program perhubungan kecemasan ala-ala Program Smart Traveller Enrollment Program (STEP) yang terdapat di Amerika, di mana ia memudahkan Kementerian Luar Negeri untuk membantu anda sekiranya berlaku kecemasan.

Begitu juga, tuliskan alamat dan nombor telefon mana-mana kedutaan Malaysia atau konsulat di destinasi yang bakal dikunjungi; jika wujud sesuatu keadaan yang anda mungkin perlu menghubungi mereka.


Sediakan Wang Anda Secukupnya

Sediakan Wang Anda Secukupnya

Sebelum anda ke luar negara, hubungi bank dan pembekal kad kredit anda untuk memberitahu mereka di mana anda akan berada pada sesuatu tempoh.

Hal ini kerana, dalam sesetengah keadaan, jika syarikat-syarikat pembekal kad kredit ini mengesan caj asing tanpa notis bahawa anda berada di luar negara, mereka mungkin akan membekukan kad anda, yang mana agak melecehkan sekiranya anda sedang berada dalam kedai atau cuba untuk melakukan pembayaran makan malam.

Sebelum anda melakukan perjalanan di peringkat antarabangsa, semak kadar pertukaran wang dan ketahui berapa julat harga barangan yang anda ingin beli; supaya tidak kira di mana anda pergi, anda tahu serba sedikit berapa yang anda perlu belanjakan kelak.

Jika anda ingin mendapatkan cek kembara, lakukanlah, namun harus anda tahu bahawa cek kembara tidak diterima secara meluas dan kadar pertukaranya jauh lebih tinggi berbanding kadar pertukaran yang anda boleh dapat di mesin ATM, tidak kira di mana anda berada di dalam dunia.


Buat salinan dokumen perjalanan anda

Buat salinan dokumen perjalanan anda

Paling penting sekali adalah untuk anda memiliki sekurang-kurangnya satu salinan berwarna halaman ID pasport anda, dan menyimpannya di tempat yang selamat dan berasingan dari pasport sebenar anda.

Anda juga perlu membuat salinan mana-mana visa yang berkaitan dengan perjalanan semasa anda. Rekod tempahan hotel, tiket pengangkutan, dan semua dokumen perjalanan juga perlu memiliki salinan tersendiri.

Di dalam era digital ini, adalah sangat mudah (dan mesra alam) untuk anda memiliki sekadar salinan digital dokumen-dokumen penting ini. Ianya sudah cukup, namun pastikan ianya disimpan dalam telefon pintar anda dan bukannya sesuatu yang memerlukan akses internet untuk dibuka.

Juga, jika anda perlu menyimpan maklumat yang mungkin sulit (seperti salinan pasport anda) di dalam telefon pintar anda atau di dalam inbox emel anda, pastikan katalaluan anda adalah cukup selamat dan kuat dari ancaman penceroboh.


Dapatkan Permit Memandu Antarabangsa

Dapatkan Permit Memandu Antarabangsa

Perjalanan antarabangsa yang anda impikan tidak akan berjalan dengan lancar jika anda tidak merancang sebaiknya.

Ini kerana di kebanyakan negara ianya adalah salah di sisi undang-undang untuk memandu tanpa lesen memandu yang sah dan juga tanpa memiliki insurans, dan tidak semua pemandu berada di sebelah kanan kereta dan tidak semua berada di laluan kiri jalan.

Agensi sewaan kereta biasanya menawarkan insurans, namun untuk lesen memandu, anda perlulah mendapatkan Permit Memandu Antarabangsa, samada di mana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Adalah bijak untuk membiasakan diri dengan undang-undang memandu tempatan negara destinasi anda. Hubungi kedutaan asing untuk peraturan rasmi dan peraturan-peraturan berkenaan memandu.


Dapatkan semua peralatan yang diperlukan untuk elektronik anda

Dapatkan semua peralatan yang diperlukan untuk elektronik anda

Adalah perlu untuk anda ketahui bahawa perkakas-perkakas elektronik adalah berbeza-beza di seluruh dunia. Sebagai contoh, soket di negara Malaysia mungkin memiliki tiga lubang manakala di negara asing, hanya ada dua lubang sahaja.

Jika ingin mengecas barangan elektronik negara kita, mungkin akan menjadi satu kesukaran yang amat besar ketika berada di negara luar.

Pertaruhan terbaik anda adalah untuk membeli sebuah penyesuai dengan tetapan yang berbeza yang mana boleh disesuaikan dengan kebanyakan barangan elektronik, jadi anda hanya perlu memikirkan tentang satu penyesuai berbanding satu persatu penyesuai bagi setiap negara berbeza.

Kebiasaannya, jika anda terlupa membeli penyesuai soket ini, lazimnya di dalam penerbangan ada dijual tetapi pada harga jauh lebih mahal tentunya.

Anda juga perlu menyemak kekuatan arus elektrik di mana sahaja anda pergi dan memastikan peranti anda adalah sesuai – biasanya melibatkan telefon bimbit dan komputer riba.

Jika anda memiliki peranti yang tidak bersesuian dengan kekuatan arus eletrik yang ada, maka perlulah mendapatkan transformer atau tinggalkan sahaja peralatan tersebut dari aktiviti pelancongan anda.

Akhir sekali, jika anda tidak memiliki peranti-peranti ini, adalah berbaloi untuk melabur pengecas telefon mudah alih dan bateri ganti yang boleh dicas dan digunakan untuk telefon, kamera, dan bahan-bahan elektronik yang lain supaya anda sentiasa bersama peranti yang dicaj sepenuhnya di mana sahaja anda berada.


Belajar frasa utama dalam bahasa tempatan

Belajar frasa utama dalam bahasa tempatan

Sudah tentu ianya adalah amalan terbaik untuk belajar frasa-frasa asas seperti “Hello”, “Terima kasih” dan “Di manakah tandas?”, namun lebih banyak yang anda boleh tuturkan dalam bahasa tempatan, lebih baik lagi untuk anda.

Ada masanya kemahiran berkomunikasi dengan baik dalam bahasa asing ini menjadi sangat penting terutamanya melibatkan isu penting seperti keselamatan dan masalah kesihatan.

Jika anda memiliki sebarang alahan makanan atau masalah kesihatan yang teruk, adalah penting untuk belajar bagaimana untuk memberitahu orang lain tentang isu-isu tersebut dalam bahasa asing.

Jika anda rasa tidak yakin dengan kemahiran berbahasa anda, langkah terbaik adalah dengan mencetak frasa-frasa penting ini atau menyediakan flashcard yang anda boleh bawa bersama-sama.


Semak yuran masuk dan keluar

Semak yuran masuk dan keluar

Tidak kira samada sesebuah negara itu memerlukan anda mendapatkan visa pelancong, ia boleh mengenakan yuran masuk atau yuran keluar keatas perjalanan anda.

Sebagai contoh, Argentina membolehkan rakyat Amerika untuk melawat sehingga sembilan puluh hari tanpa visa, namun “yuran timbal balik” $160 mesti dibayar sebelum memasuki negara tersebut dan anda tidak akan dibenarkan memasuki negara tersebut tanpa salinan resit.

Cuba untuk merujuk kepada konsulat berkenaan yuran yang mungkin ada pada mana-mana negara yang anda bakal kunjungi.


Beli insurans kesihatan dan perjalanan

Beli insurans kesihatan dan perjalanan

Sebelum memulakan perjalanan pelancongan anda, semak polisi insurans kesihatan anda adakah ianya termasuk liputan antarabangsa. Jika tidak, pertimbangkan untuk membeli polisi insurans jangka pendek yang akan melindungi anda semasa berada di luar negara, seandainya sesuatu berlaku.

Serupa juga, satu langkah bijak untuk melindungi perjalanan dan wang anda adalah dengan membeli insurans perjalanan.

Polisi dan liputan berbeza yang ditawarkan oleh satu pembekal insurans dan pembekal insurans yang lain, namun idea asasnya adalah bahawa anda boleh mendapatkan wang anda semula jika perjalanan anda dibatalkan, ditunda, atau terpaksa dipercepatkan untuk pelbagai apa-apa sebab yang mungkin.


Melancong adalah aktiviti yang bermanfaat dan menyenangkan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melancong ke tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara.

Melancong bukan sahaja memberi keseronokan kepada kita, tetapi juga memberi sumbangan kepada negara dan dunia. Mari kita melancong dengan bijak, bertanggungjawab dan beretika. Selamat melancong!

Tags: faedah melancong dalam negara
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia
Tips Melancong

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

  Sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan pembangunan negara Malaysia. Pelancongan bukan sahaja...

Oleh: Hadi Ghazali
4 Mei, 2026
55.3k
Tips Beg Bagasi
Tips Melancong

Tips Beg Bagasi: Panduan Mudah Semasa Melancong

Pernah sekali, suami kepada seorang kawan bercuti selama dua minggu di Bali dengan membawa bersama sebuah beg gergasi, mengheret beg...

Oleh: Hasrul Wayne
9 Disember, 2025
5k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my