Menarik tentang Genting Dream Cruise Malaysia yang perlu tahu: Bagi anda yang gemar melancong, anda pastinya sentiasa mencari kelainan dan keunikan untuk setiap sesi pelancongan atau percutian anda kan?
Ada masanya anda menggemari tempat percutian yang sesak dengan orang ramai. Ada masanya juga anda perlukan masa untuk bersendiri di tempat-tempat yang tenang.
Tempat percutian anda kebiasaannya bergantung kepada jenis kelainan yang anda cari pada waktu tersebut.
Dalam banyak-banyak tempat percutian, pernah tak terlintas difikiran anda untuk bercuti di atas kapal mewah atau percutian dalam bentuk pelayaran di lautan biru?
Percutian di atas kapal juga merupakan suatu kelainan dan keunikan untuk bercuti.
Tidak dinafikan bahawa percutian ini mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri. Mungkin ramai yang beranggapan percutian jenis ini hanya untuk mereka yang tergolong dalam kelas elit sahaja. Namun, hakikatnya ia tidak terhad seperti apa yang anda fikirkan.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa fakta atau perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai Genting Dream Malaysia. Jom baca!
Penginapan Mewah Genting Dream Memukau
Dengan Genting Cruise Malaysia, anda boleh dapatkan berbagai jenis penginapan mengikut keselesaan dan bajet anda.
Pelbagai bilik dan villa penginapan menarik untuk anda pilih dari kos rendah hingga ke senarai termewah. Antara jenis penginapan yang ditawarkan adalah:
The Palace
The Palace – Kolam Renang
Salah satu bilik di The Palace
The Palace – Ruang Makan Mewah
The Palace merupakan diantara penginapan eksklusif yang ditawarkan oleh Genting Dream Cruise Malaysia. Sebahagiannya merupakan “boutique hotel” dan sebahagian lagi merupakan “private clubhouse”.
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki masuk ke sini, anda akan merasakan seolah-olah anda berada di dunia lain. Disini anda akan nikmati tahap hospitaliti yang sangat berkualiti daripada “butler” Eropah.
Palace Villa
Bilik Tidur di Palace Villa
Ruang Privasi Palace Villa
Jika anda bandingkan penginapan atas air, tiada yang mampu menandingi Palace Villa yang menawarkan Suite Duplex yang direka khas dengan penuh elegan dan juga merupakan diantara penginapan pelayaran terbesar.
Pastinya penginapan dengan Palace Villa ini juga merupakan idaman para pelancong yang sangat istimewa.
Palace Penthouse
Bilik Executive Suite Palace Penthouse
Executive Suite Palace Penthouse
Kecantikan Palace Penthouse
Palace Penthouse menawarkan rekaan dalaman yang tersangat mengagumkan dan mewah serta turut dilengkapi dengan pemandangan lautan yang cukup mempesona.
Dilengkapkan lagi dengan katil berkonsepkan rekaan Itali dan bilik air berkualiti spa, setiap apa yang anda lihat, dengar dan rasa akan sentiasa satu tahap lebih tinggi dari kebiasaan.
Palace Deluxe Suite
Bilik Master Palace Deluxe Suite
Pemandangan dari Dream Deluxe Suite
Privasi di Palace Deluxe Suite
Dilengkapi corak dan hiasan dalaman kontemporari, ruangan luas Palace Deluxe Suite menawarkan tahap kemewahan yang sangat luar biasa.
Dengan adanya servis butler, hidangan makanan yang menyelerakan serta ruang balkoni perbiadi yang dilengkapi dengan binokular, pastinya susah untuk anda meninggalkannya sebaik sahaja percutian pelayaran anda ini tamat.
Palace Suite
Bilik di Palace Suite
Pemandangan di Palace Suite
Daripada dek 13, 15, 16 dan 17, Palace Suite menawarkan anda satu pemandangan langit, laut dan juga horizon tanpa gangguan.
Hirup udara segar daripada ruangan luas balkoni elegan anda atau rehat dan nikmati keselesaan yang ditawarkan oleh suite mewah ini.
Untuk makluman anda juga, ini adalah sebahagian penginapan mewah ditawarkan di Genting Dream Cruise Malaysia. Anda banyak lagi bilik yang boleh anda pilih sehinggalah kepada bajet yang terendah.
Sila rujuk selanjutnya di Pakej Genting Dream Cruise yang disediakan disini.
Genting Dream Menawarkan Hiburan Tanpa Henti
Kawasan rekreasi Genting Dream yang luas
Menariknya di Genting Dream ini adalah anda boleh temukan berbagai bentuk hiburan untuk menjadikan percutian pelayaran anda lebih bermakna.
Pelbagai permainan, persembahan dan aktiviti yang akan membuatkan anda tidak senang duduk dan pasti ingin mencuba semua aktiviti yang ada di kapal peranginan ini.
Antara hiburan yang menarik tentang Genting Dream adalah:
Genting Dream Live Concert & Live Music
Zouk Beach Club Genting Dreams
Apa perasaan anda jika anda dapat melihat konsert secara langsung daripada artis popular Asia?
Saksikan persembahan memukau daripada artis-artis Asia yang telah merangkul berbagai jenis anugerah sepanjang penglibatan mereka dalam dunia seni ini.
Genting Dream Shows & Entertainment
Silk Road Chinese Restaurant
Genting Dream telah dianugerahkan “The Best Cruise Line – Entertainment, Travel Weekly Asia Reader’s Choice Awards 2017”.
Impian menjadi realiti buat anda yang gemarkan persembahan luarbiasa yang akan dipersembahkan secara langsung didepan mata anda sendiri seperti:
- China’s Got Talent
- The Voyage of a Lover’s Dream
- Sonio- A Tale of Two Dreams
- Rhythm Divine – Latin Ballrom Dance Show
- Some Like it Hot
Cinema at Sea Genting Dream
Esports Arena Genting Dreams
-
Zodiac Theatre
- Alami sendiri pengalaman menonton filem blockbuster secara 3D dengan sistem penataan bunyi Dolby, kacamata 3D dan juga skrin yang direka khas untuk memberikan anda rasa sinematik.
-
Lobby
- Siaran filem blockbuster pada kualiti HD akan disiarkan di siang hari dan juga pada tengah malam khas untuk anda yang mendapatkan percutian pelayaran Genting Dream.
Genting Dream ESC Experience Lab
Virtuix Omni Genting Dreams
Alami keseronokan berganda dengan menikmati keseronokan teknologi VR (Virtual Reality) disini.
Genting Dream menawarkan pengalaman dan suasana VR yang sukar untuk anda temukan di tempat lain.
Santapan Genting Dream Cruise Malaysia
Vintage Room
Hidangan Makanan dan Minuman Asia & Antarabangsa
Tidak kira walau apa jenis percutian sekalipun yang anda ingin lalui, antara elemen terpenting percutian sudah semestinya menikmati hidangan yang lazat dan unik.
Jangan risau. Dengan Genting Dream, anda boleh nikmati lebih dari apa yang anda harapkan.
Bread Box Palm Court
Gelatiria
Seafood Grill
Dream Dining Room
Pelbagai Pilihan Masakan & Pilihan Halal
Di Genting Dream, terdapat beberapa jenis masakan yang boleh anda rasai sendiri yang dimasak oleh cef-cef pakar dan anda pastinya akan merasa sangat puas hati dengan kualiti hidangan yang ditawarkan.
Antara jenis hidangan menarik yang anda boleh rasa di atas kapal peranginan Genting Dream adalah:
- Masakan Cina
- Masakan Asia Tenggara
- Masakan Jepun dan Korea
- Masakan Barat
- Pencuci mulut dan snek
Aktiviti Menyeronokkan Di Genting Dream
Zouk Glow Bowling Genting Dreams
Di Genting Dream, anda boleh temukan berbagai jenis aktiviti yang menarik.
Boleh dikatakan jika anda menikmati percutian pelayaran dengan Genting Dream, anda tidak akan sempat untuk merasa bosan.
Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan disini adalah:
Waterslides Park
Waterslide Park Genting Dreams
Menarik bunyinya kan? Menikmati keseronokan gelongsor air di tengah lautan dan diatas kapal mewah!
Memang satu pengalaman yang akan menjadi pengalaman yang sukar untuk anda lupakan.
Ropes Course
Rope Course Genting Dream
Salah satu cara terbaik untuk anda menguji keseimbangan dan koordinasi tubuh badan anda.
Buat anda yang sukakan aktiviti yang mencabar dan “thrill”, Ropes Course merupakan diantara aktiviti yang tidak patut anda lepaskan di Genting Dream.
Rock Climbing Walls
Rock Climb World
Jangan biarkan otot anda melemah walaupun anda sedang bercuti.
Rock Climbing Walls mampu memberikan satu senaman yang sangat menyihatkan buat anda yang sedang menikmati percutian pelayaran dengan Genting Dream.
Mini Golf
Mini Golf Course Genting Dream
Aktiviti Mini Golf sesuai untuk anda yang perlukan aktiviti yang lebih santai buat anda yang menikmati percutian pelayaran Genting Dream bersama-sama dengan keluarga.
Cabar diri anda untuk bermain golf di atas kapal pelayaran.
Spa Genting Dream
Crystal Life Spa VIP
Bercuti adalah waktu untuk anda menenangkan fikiran dan merehatkan tubuh badan.
Dengan Genting Dream, anda boleh nikmati rawatan dan urutan di spa yang pastinya akan memberikan kelegaan menyeluruh terhadap minda dan tubuh badan anda.
Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan perkara dan fakta menarik tentang Genting Dream Cruise Malaysia. Macam mana sekarang?
Adakah percutian pelayaran akan termasuk dalam “bucket list” anda? Kelainan juga sangat diperlukan dalam percutian dan ternyata percutian pelayaran bersama Genting Dream akan memberikan anda satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak dapat anda temukan di tempat lain.
Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan terdapat begitu banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bersama Genting Dream untuk menjadikan percutian pelayaran anda lebih bermakna.