fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Cruise

Kapal Cruise Mewah: 5 Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia [PAKEJ CRUISE]

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
10/11/2021
Kategori: Cruise
Masa Bacaan: 3 mins read
311 22
A A
20
Kapal Cruise Mewah: 5 Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia [PAKEJ CRUISE]
17.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Percutian di atas Kapal Cruise mewah adalah impian dan menjadi idaman bagi semua orang.

Kapal-kapal yang mempunyai keluasan yang luar biasa dan lebih luas daripada padang bola sepak.

Kapal-kapal persiaran ini juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan serta tempat-tempat yang mewah.

Pakej Percutian Cruise

  • Lihat Pakej Dream Cruise Paling Popular
  • Lihat Tour Cruise Royal Caribbean
  • Lihat Tour Cruise to Nowhere Singapore

Anda akan merasa seperti berada di sebuah pekan apabila berada di atas salah satu kapal cruise mewah ini.

Disini kami ingin menyertakan lima tangga teratas kapal terbesar bagi percutian mewah anda.


Kapal Cruise Anthem of the Seas

Anthem of the Seas
Kapal Cruise Anthem of the Seas

Anthem of the Seas telah dihantar ke pihak Royal Caribbean pada 10 April 2015.

Antara salah satu kapal yang terbesar dan mewah ini, ia dapat menampung sehingga 4,180 penumpang.

Anthem of the Seas

Mempunyai kapsul kaca berbentuk berlian setinggi 300 kaki dari permukaan air, ia menawarkan pemandangan 360 darjah sekitar lautan.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Di dalam kapal ini terdapat tempat bernama SeaPlex yang mempunyai kawasan sukan dalaman dan hiburan terbesar seperti kereta bumper, roller skating dan permainan video.

Anthem of the Seas

Di dalam setiap kabin kapal ini mempunyai televisyen, telefon dan juga tempat mandi.

Di dalam kabin ini juga terdapat balkoni alam maya yang memberikan anda pemandangan lautan yang sangat indah.


Quantum of the Seas

Quantum of the Seas
Quantum of the Seas

Quantum mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dengan pelbagai teknologi masa hadapan yang buatkan anda teruja apabila menaiki kapal ini.

Ia mempunyai gondola yang melekat pada tangan mekanikal dan memberikan pemandangan sekitar lautan pada ketinggian 300 kaki dari permukaan air.

Quantum of the Seas

Pelayan bar yang terdapat di dalam kapal cruise ini juga adalah secara automatik menggunakan robot.

Anda hanya perlu memesan minuman melalui tablet dan menunggu pelayan bar automatik buat minuman untuk anda.

Quantum of the Seas

IKLAN / ADVERTISEMENT

Sistem mengesan bagasi jika anda hilang juga boleh didapati di sini. Anda hanya perlu melihat tablet anda untuk mengesan di mana bagasi anda berada.

Band pergelangan tangan yang menggunakan teknologi RFID memberikan kemudahan kepada anda kerana anda hanya perlu imbas band tersebut untuk memasuki bilik atau ingin membayar makanan anda.


Oasis of the Seas

Oasis_of_the_Seas_Ship
Oasis of the Seas

Oasis merupakan saudara kembar kepada kapal yang bernama Allure of the Seas.

Oasis of the Seas membuat rekod baru dengan membawa penumpang dengan lebih 6,000 orang.

Oasis of the Seas Interior

Kos pembuatan kapal ini mencecah 1.4 bilion dollar dengan berat 100,000 tan.

Terdapat pelbagai jenis kemudahan untuk penumpang yang berada di atas kapal ini seperti mini-golf, beberapa buah bar, kelab, kolam renang serta gelanggang bola tampar dan bola keranjang.

Oasis of the Seas

Jika anda inginkan pengalaman yang sangat menarik, anda boleh pergi ke taman di tengah kapal tersebut yang menawarkan pemandangan lebih 12,000 pokok yang hidup.

Sukar untuk dibayangkan keluasan yang ada di dalam kapal ini untuk menampung muatan yang cukup besar!


The Allure of The Seas

Allure of the Seas Side
Allure of the Seas

Allure merupakan salah satu kapal terbesar di dunia yang telah dibina di Turku, Finland.

Perjalanan pertamanya adalah pada Oktober 2010, ketika kapal berangkat ke port asalnya, di Florida.

Allure of the Seas Interior

Di dalam kapal ini, anda dapat merasa meluncur ais di kawasan tertutup. Royal Promenade yang terdapat di atas kapal ini menjadi kawasan popular bagi sesiapa sahaja yang suka membeli belah.

Dengan kawasan seluas padang bola sepak membuatkan ia tempat yang sangat menarik serta pencahayaan sinaran cahaya matahari pada waktu siang.

Allure of the Seas

Jika anda sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh cuba zipline yang merentasi kapal tersebut serta aktiviti rock climbing.

Aktiviti ini adalah percuma dan anda boleh mencuba sebanyak mana yang anda mahukan. Jika anda ingin meluncur air, kapal ini juga menyediakan simulator meluncur air yang sangat menarik.


Harmony of the Seas

Harmony of the Seas
Harmony of the Seas

Harmony of the Seas merupakan kapal cruise terbesar didunia dan penuh dengan aktiviti yang perlu anda lakukan.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Kapal yang mempunyai kepanjangan 1,187 kaki ini melebihi ketinggian Menara Eiffel dan juga mempunyai keluasan yang tidak terdapat pada mana-mana kapal cruise yang lain.

Harmony of the Seas

Ia boleh membawa 6,360 penumpang. Bayangkan keluasan dan berat yang dapat ditampung, ianya seperti sebuah kompleks di atas air.

Merupakan kakak kepada kapal Oasis dan Allure, ia mempunyai berat melebih 226,963 tan.

Harmony of the Seas

Harmony mempunyai kawasan slide air multi-deck yang merupakan pertama dari pihak Royal Carribean.

Kapal yang dilengkapi dengan 40 buah restoran ini juga mempunyai lebih 2,000 kru kapal yang bekerja pada satu-satu masa.

Saiz kapal yang sangat besar ini membuatkan anda terlupa bahawa anda sedang berada di atas kapal.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dapat anda lakukan di atas kapal ini seperti rock climbing, dua pusat luncur air, meluncur ais serta pelbagai lagi.


Kapal Cruise Terbesar di Malaysia?

kapal-cruise

Tentu anda tertanya-tanya apa pula kapal curise yang terbesar di Malaysia? Ya kapal pelayaran mewah yang terkini dan gah belayar di Selat Melaka adalah Dream Cruise Line!

Jika anda mengimpikan untuk mencuba belayar dengan kapal peranginan mewah anda boleh memilih samada untuk mendapatkan pakej dari Port Klang (bermusim) atau juga yang popular dari pelabuhan Singapore.

Dream Cruise Line menampilkan dua kapal mewah iaitu World Dream dan Genting Dream yang belayar di Selat Melaka hingga ke Thailand atau Indonesia.

Selain itu terdapat juga sebuah Explorer Dream yang belayar ke timur Laut china Selatan.

Bersambung…

Pakej Percutian Cruise

Tags: cruise packagescruise shipsgenting dream cruisestar cruise malaysia
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Star-Cruise-Star-Pisces
Cruise

Star Pisces: Pelayaran Genting Star Cruise Yang Dinantikan Telah Tiba [POPULAR & LIMITED EDITION]

  Ingin Belayar dengan STAR Cruise? Ini adalah sebab-sebab mengapa ramai pelancong memilih berlayar dengan Star Cruises Star Pisces. Dengan...

Oleh: Hadi Ghazali
19/12/2021
32.9k
Dream Cruises Genting Dream 11
Cruise

Genting Dream Cruise Malaysia: Pelayaran & Percutian Terhebat No 1

  Menarik tentang Genting Dream Cruise Malaysia yang perlu tahu: Bagi anda yang gemar melancong, anda pastinya sentiasa mencari kelainan...

Oleh: Hadi Ghazali
06/04/2022
30k
Selanjutnya
Seterusnya
tempat-menarik-di-batam

Tempat Menarik di Batam: 25 Sebab Pelancong Memilih Percutian di Batam

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Semporna [PILIHAN EKSOTIK POPULAR]

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Semporna [PILIHAN EKSOTIK POPULAR]

4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
20 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Tempat Menarik di Johor
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

15/06/2021
59.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
31.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
47k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
20
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply