Apakah aktiviti dan tempat menarik di Gold Coast Australia yang popular untuk pelancong Malaysia?
Sememangnya Gold Coast menawarkan percutian yang cukup menyeronokkan untuk masa percutian anda yang sangat berharga.
Gold Coast sememangnya dirancang dan dibangunkan berkonsepkan pelancongan dan hiburan bertaraf dunia, yang terletak di pesisiran pantai yang sangat menawan.
Kerana kedudukannya yang strategi ini, maka banyaklah pusat-pusat peranginan bertaraf dunia dibangunkan di sini.
Turut tidak ketinggalan juga adalah taman-taman tema terkenal seperti Warner Bross & Dreamland boleh ditemukan di Gold Coast.
Maka tidak hairan ramai pelancong dari seluruh dunia datang ke sini untuk bercuti.
- Lihat Pakej Percutian Gold Coast
- Lihat Penginapan Terbaik di Gold Coast
- Lihat Aktiviti Paling Menarik di Gold Coast
- Lihat Peta Percutian Gold Coast
Pin
Mari kita lihat tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Gold Coast.
Tempat Menarik di Gold Coast: Pantai

Tarikan utama adalah tempat-tempat percutian Gold Coast yang sangat menarik, persisiran pantainya saja sudah cukup membuatkan anda seperti berada di dunia berbeza.
Queensland mempunyai kawasan pelayaran yang sangat popular dan pastinya bertaraf dunia seperti Surfers Paradise,The Spit, Main Beach, dan The Great Barrier Reef adalah perairan untuk aktiviti menyelam dan snorkeling yang sangat menyeronokkan.

Pasirnya yang putih dan pantainya yang panjang serta luas memberikan anda satu jarak pandangan yang sangat mendamaikan jiwa. Ini adalah salah satu kemestiaan yang anda patut pertimbangkan.
Bukan itu saja, Gold Coast sangat melengkapi dan membentuk percutian urban berkolaborasi dengan alam semulajadi. maka dengan itu dalam artikel ini kami akan senaraikan 20 tempat menarik di Gold Coast untuk anda kunjungi.
Tamborine Rainforest Skywalk

Tamborine Rainforest Skywalk merupakan aktiviti satu setengah kilometer perjalanan merentasi hutan hujan termasuklah Skywalk Bridge (binaan logam steel), Skywalk Cantilever sepanjang 40 meter (binaan logam steel) dan juga Cedar Creek Viewing Platform, yang disertai oleh laluan berangin sepanjang lantai kanopi hutan.
Boleh dimasuki secara langsung dari Eco Centre, laluan ini menayangkan keindahan hutan hujan yang mempesonakan dalam keadaan selamat dan mengujakan.

Aktiviti yang begitu mengagumkan ini dilakukan sepanjang 45 minit dalam keadaan santai dan bersahaja dan bermula dan berakhir di pusat utama.
Pusat utama ini termasuklah, Eco Centre, perhentian bas, kedai-kedai cenderahati, kafe dan juga tandas-tandas.
Terletak di dalam kawasan indah Gold Coast Hinterland, Skywalk ini terletak 45 minit daripada Surfers Paradise dan juga 60 minit dari Brisbane International Airport.
Infinity Attraction

Infinity Attraction merupakan nama tempat yang mana bermaksud tarikan tidak berpenghujung. Di sini anda boleh mencabar minda anda dan menyemarakkan lagi imaginasi dengan mengalami sendiri pengalaman yang sungguh menakjubkan, seperti teka-teki dunia masa depan. Ianya adalah seperti berada dalam mimpi, rumah permainan yang interaktif dari masa depan!
Ketawa dan berteriaklah untuk pengalaman deria anda selama 20 minit dengan keunikan efek-efek visual, bunyi-bunyian yang menguasai ruang atmosfera, muzik-muzik yang mengalunkan dan mempesona, ilusi yang luar biasa dan mengagumkan yang seakan-akan tiada berpenghujung.

Ianya merupakan pengalaman yang menakjubkan, kelakar dan interaktif dengan kesan yang tidak dapat dilupakan!
Ianya meyeronokkan untuk mereka yang 8 tahun ke atas, hiburan untuk seisi keluarga dan merupakan aktiviti yang menarik untuk motivasi kumpulan akan pasukan masing-masing.
Pengalaman Infinity ini melibatkan kepelbagaian emosi di dalam pelbagai dunia seperti:
- Inter-Dimensional Space – masuk ke dalam dunia yang pelik dan dalam,
- The Cyclotron – Bawa diri anda merentasi masa,
- Electron Maze – Temui keindahan yang menakjubkan di sini,
- The Mystery Zone – Bebaskan imaginasi anda dan jangkakan sesuatu yang tidak terjangkakan,
- Laser Zone – Elakkan daripada sinaran jutaan cahaya infiniti,
- The Infinite Light Canyon – Lalui jambatan yang tiada berdasar,
- Infinite Recession – Cari jalan keluar infiniti anda.
Ianya terletak berhampiran dengan Surfer paradise.
Surfers Paradise Beachfront Markets

Pada setiap hari Rabu, Jumaat dan malam Ahad, pemburu harta karun, pencari barang-barang pada harga murah dan juga penjual barang-barang jalanan memenuhi laluan sepanjang pantai. Melebih 100 buah gerai jualan dengan hiburan secara langsung menggamit suasana.
Gerai-gerai jualan Surfers Paradise ini menampilkan kepelbagaian produk-produk premium, termasuklah untuk tujuan fesyen, barang kemas, aksesori, hasil seni, gambar-gambar, produk-produk kecantikan dan juga barang kegunaan rumah.

Jika anda mencari cenderahati yang unik, Surfers Paradise Beachfront Markets merupakan lokasi yang tepat untuk anda, dengan para peniaga yang ramah dan sentiasa bersedia untuk berbual akan ‘bagaimana’, ‘apa’ dan ‘mengapa’ akan barangan-barangan jualan mereka.
Surfers Paradise Beachfront Markets terletak sepanjang Surfers Paradise Foreshore (utara dan selatan Cavill Mall). Jualan di pasar ini akan ditutup andai cuaca tidak mengizinkan.
Dreamworld: Taman Tema Terbesar Australia

Taman tema terbesar di Australia, Dreamworld menyediakan hiburan menggembirakan dengan lebih 50 kereta gelongsor untuk dinaiki dan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua orang tidak kira dari yang bayi kepada mereka yang mencari aktiviti lasak dan sebagainya.
Terkenal kerana memiliki kereta gelongsor tertinggi, terpantas dan paling mengagumkan di Australia, Dreamworld adalah rumah kepada kereta gelongsor Big 9 Thrill Rides termasuklah yang terbaru Tail Spin, di mana kawalan adalah di dalam tangan anda.

Ahli keluarga tentunya akan bergembira bersama dengan si kecil mereka di dalam Wiggles World dan DreamWorks Experience menampilkan Madagascar Madness, Shrek’s Faire Faire Away dan Kung Fu Panda: Land of Awesomeness.
Diisi sepenuhnya dengan karakter-karakter terkenal, kenderaan gelongsor yang penuh lasak, tayangan perdana dan pelbagai tarikan menarik, ini tentunya adalah hiburan paling sempurna untuk seisi keluagra menggabungkan aktiviti lasak dan hiburan pada masa yang sama.

Pengunjung dewasa dan juga yang muda kesemuanya pasti akan seronok untuk berada di Gold Rush County dimana kenderaan gelongsor klasik, Thunder River Rapids, Rocky Hollow Log Ride dan AVIS Vintage Cars ditawarkan untuk mendapatkan pengalaman penuh lasak dan menggembirakan.
Berhadapan dengan Harimau Benggala dan Sumatera dan lihatlah binatang-binatang penuh keagungan ini ketika mereka bermain, bergasak dan mandi di Tiger Island. Kemudiannya, temui hidupan natif liar dan alami dunia dari sudut pandangan orang-orang natif (orang asli) di Dreamworld Corroboree. Terlalu banyak keseronokan untuk di alami dalam sehari saja!
Harbour Town Outlet Shopping Centre

Harbour Town yang terletak di Gold Coast ini merupakan rangkaian membeli-belah terbesar di Australia dengan lebih daripada 220 kedai berbeza jenama samada yang secara langsung kebanyakannya menjual barangan pada harga penghabisan stok.
Ia menawarkan 30 peratus potongan harga dari harga asal, dan juga kedai-kedai khas, makan malam alfresco (secara terbuka), hiburan dan juga pelbagai perkhidmatan.

Dengan jenama-jenama antarabangsa seperti Coach, Ralph Lauren, Hugo Boss, dan Nike. Terdapat juga ikonik Australia termasuklah Oroton, R.M. Williams dan Ugg, Harbour Town yang memiliki sesuatu yang pastinya bersesuaian dengan stail semua orang.
The Centre merupakan rumah kepada gedung membeli-belah Gold Coast, Tourism Lounge yang menawarkan kepelbagaian perkhidmatan, kemudahan dan kad percuma Tourism Club untuk mendapatkan diskaun.

Harbour Town adalah ideal untuk lawatan antarabangsa dan juga lawatan berkumpulan kerana tempat letak kereta.
Juga khidmat pelanggan yang penuh dedikasi yang berada di Tourism Lounge ini, tukaran wang asing, bilik sembahyang dan juga pilihan makanan Halal.
Terletak di antara pantai yang menawan dan taman tema yang popular, Harbour Town adalah sekadar 20 minit dari Surfers Paradise.

Suasana yang nyaman dan reka bentuk terbuka The Centre ini membolehkan para pelancong untuk menyerap sinaran mentari Gold Coast.
Dapatkan rangkaian terapi pada harga rendah yang ditawarkan oleh Harbour Town!
Currumbin Wildlife Sanctuary

Currumbin Wildlife Sanctuary adalah lebih bercirikan Australia, lebih semulajadi, lebih menyeronokkan!
Hidupan liar Australia adalah luar biasa, anda dapat memeluk beruang koala; memberi makan kepada kawanan kangaroo, mengalami sendiri pemberian makan lorikeet, pertunjukan burung terbang dan juga proses memotong bulu kambing biri-biri.

Saksikan sendiri persembahan daripada kaum Aboriginal (orang asli Australia) mempersembahkan didgeridoo dan persembahan tarian, uji kehebatan fizikal anda dalam Adventure Parc High Ropes Course, satu aktiviti 80 cabaran bertali, dan biarkan anak-anak anda berhibur di Wild Island.
Kawasan permainan penuh hiburan dan melihat pakar haiwan beraksi dalam kawasan Wildlife Hospital.Tiada kata terungkap apabila dapat memeluk sendiri beruang koala dan memberi makan kangaroo di sini!
Keunikan Pemandangan Empangan Hinze

Terletak di Selatan Timur Queensland, Empangan Hinze yang bernilai AUD 395 Juta ini pada mulanya dibina sekitar tahun 1976, kemudiannya dinaikkan setinggi 15 meter pada tahun 1989 dan baru-baru ini ditambahkan lagi pada tahun 2011.
Benteng besar dan alur limpah yang tidak berpagar sepanjang Sungai Nerang menyediakan bekalan air secukupnya dan menjadi kawalan banjir kepada Gold Coast.
Kawasan tadahan seluas 207 kilometer persegi merangkumi Lembah Numinbah dan Dataran Tinggi Springbrook yang menjadi kolam takungan seluas 3700 ekar yang dipanggil Tasik Advancetown.
Tasik ini menyediakan trek berjalan dan laluan berkuda untuk penggemar aktiviti rekreasi dan ia juga merupakan tempat perhentian yang popular untuk penunggang basikal berpakaian lycra yang melalui daerah pedalaman Gold Coast.

Bagi kaki pancing berpermit dan motor sangkut elektrik (pelayar ataupun pendayung) ini adalah taman permainan untuk memancing ikan kerakap emas dan kerakap putih, ikan saratoga, ikan kod di Sungai Mary dan ikan bass Australia samada dari barat (Jalan Nerang Murwillumbah) atau Laluan bot timur (Nerang Kecil dan Jalan Range).
Terdapat empat kawasan perkelahan dan memanggang (barbeku) yang mempunyai taman permainan untuk kanak-kanak dan penonton, di tambah dengan pusat pendidikan tafsiran terkini yang bertempat di atas taman dan tasik.
Laluan Di atas Pokok O’Reilly

O’Reilly’s Tree Top Walk atau laluan di atas pokok O’Reilly membolehkan anda berjalan menerusi kanopi pokok berbunga dan pokok berbuah yang ditutupi oleh tumbuhan menjalar sementara anda melihat orkid epifit dan tumbuhan paku pakis yang dikelilingi oleh pelbagai burung dan haiwan yang mendiami puncak pokok.
Laluan di atas pokok ini adalah yang pertama di Australia, ia dibina sepanjang 180 meter yang terdiri daripada sembilan jambatan gantung, dengan majoriti laluan pejalan kaki adalah setinggi 15 meter dari atas tanah.
Profil yang menggambarkan flora hutan hujan telah diletakkan di sepanjang laluan untuk membantu pengunjung dalam mengenal pasti tumbuhan-tumbuhan di kawasan berhampiran.
Gambaran sejarah O’Reilly’s Tree Top Walk
Dua dek pemerhatian telah dibina di dalam pohon pencekik (pohon beringin @ pohon ara) di atas laluan berjalan kaki, yang tertinggi adalah pada ketinggian 30 meter (kira-kira 110 kaki) dari atas tanah.
Laluan pejalan kaki di atas pokok adalah satu struktur yang unik dan inovatif yang memberikan pengunjung satu perasaan yang hanya boleh digambarkan sebagai satu pengalaman yang menggembirakan – yakni untuk pertama kalinya peluang melihat flora dan fauna yang terdapat di kanopi hutan hujan pada jarak yang dekat.
Aktiviti ini adalah percuma dan tiada had umur ataupun ketinggian yang disyorkan. Walau bagaimanapun, bimbingan ibubapa terhadap anak-anak kecil sewaktu pendakian adalah sangat dinasihatkan.
Pasar Seni dan Kraf Broadbeach

Broadbeach Art and Craft Markets menawarkan hari keluarga yang menyeronokkan pada hari Ahad pertama dan ketiga pada setiap bulan untuk sepanjang tahun.
Terdapat lebih dari 150 gerai-gerai kraftangan tempatan, produk makanan segar, makanan awet asam-asam manis, aneka biskut dan kek untuk dinikmati oleh semua pengunjung.

Anda boleh turun dan memenuhkan hari Ahad anda secara santai dan berjalan-jalan di sekitar Kurrawa Park dan menikmati semua pemandangan indah yang ditawarkan oleh lokasi ini, di mana ia berada di hadapan pantai Broadbeach.
Samada anda mengejar fesyen buatan tangan, barang kemas, perkakas rumah, penjagaan kulit, alat mainan, produk makanan segar atau hanya sesuatu yang unik yang anda tidak akan dapati di kedai-kedai lain, pasti ada sesuatu tawaran hebat untuk anda.
Gerai-gerai beroperasi antara jam 8:00am dan 2:30pm, jika cuaca mengizinkan.
Gua Cacing Bercahaya Gunung Tamborine

Glow Worm Cave Tamborine Mountain terletak di Ladang Cedar Creek. Marilah mengembara di bawah tanah melalui gua buatan manusia yang menakjubkan!
Gua tersebut terdiri dari dua ruang yang besar yang dihubungkan oleh satu terowong. Ruang pertama adalah “gua persembahan”, di mana anda akan dipersembahkan dengan paparan audio visual tentang cacing bercahaya dan seni bina gua tersebut.

Ruang ini lengkap dengan pembentukan realistik (speleothems), seperti stalagmit dan stalaktit, ciri-ciri air dan batu aliran.
Dari gua yang menakjubkan ini, anda akan dibimbing menerusi keajaiban “gua cacing bercahaya”, penuh dengan beribu-ribu sumber cahaya dari cacing yang bercahaya!
Pengalaman ini adalah sesuatu yang anda harus lihat sendiri untuk percaya!
Gua cacing bercahaya ini buka setiap hari dari 10.00 am hingga 4.00 pm dan tempahan terlebih dahulu adalah digalakkan bagi lawatan berkumpulan.
Ripley’s Believe It or Not! Oditorium

Ripley’s Believe It or Not! Surfers Paradise adalah syurga untuk para peluncur yang amat luar biasa dan suatu tarikan yang sukar untuk dipercayai di Hemisfera Selatan!
Surfers Paradise terletak di Soul Centre, Cavill Mall, Ripley’s menawarkan 15 galeri berasingan yang bertemakan artifak yang menakjubkan dan pameran berinteraktif di mana anda akan mengalami keseronokkan di setiap sudut pameran.
Penggambaran secara sendiri pasti membuat anda terkesan apabila anda berhadapan dengan peninggalan yang luar biasa dan khazanah yang jarang ditemui dari seluruh dunia.
Dengan hampir 9,000 kaki persegi untuk meneroka, anda akan menemui 350 artifak tulen, cerita sejarah pengembaraan yang menakjubkan, magik, misteri, ilusi luar biasa, permainan interaktif yang menyeronokkan, patung bersaiz hidup watak-watak luar biasa yang sebenar dan filem yang luar biasa!

Satu perjalanan yang menakjubkan hanya dalam jangka masa satu jam atau lebih – Itu Wow Factor yang menyeronokkan untuk semua orang!
Penambahan baru, Ripley’s Impossible LaseRace™, adalah satu-satunya lumba lari berlaser di Hemisfera Selatan dan menguji kelicikan dan ketangkasan peserta ketika mereka tunduk, berpusing, pangsi menyenget badan, dan merangkak melalui mez bercahaya laser hijau terang dalam usaha untuk mencapai rekod masa yang sebaik mungkin.
Tersentuh laser, maka masa ditambah ke skor anda. Nikmati empat tahap kesukaran dan bermain selama yang anda mahu! (tertakluk dalam Kemasukan Am).
Warner Bros. Movie World

Tenggelam dalam dunia fantasi dan keseronokkan, bertemu bintang dan super-hero kesukaan anda. Alami keseronokkan pengembaraan tunggangan-tunggangan bertaraf dunia dan tarikan filem di Warner Bros. Movie World. Yehahh..
Bersiap sedialah untuk pertempuran yang paling mendebarkan dalam hidup anda di Justice League 3D – The Ride, rebut penembak laser anda dan sertai Justice League dalam satu pertempuran untuk menyelamatkan dunia!

Alamilah keseronokkan dan keterujaan paksi graviti galaksi dengan menaiki Green Lantern Coaster kerana anda boleh merasakan perasaan kejatuhan pada kecerunan tahap tertinggi di dunia.
Tambahan lagi, terdapat aktiviti mendebarkan pada Batwing Spaceshot, Arkham Asylum dan Superman Escape yang akan mengepam hormon adrenaline anda.
Sertailah pengembaraan sekali seumur hidup dalam Rio 4D Experience yang baru, dan tontonlah aksi-aksi hebat Hollywood Stunt Driver 2! Tambahan lagi, kanak-kanak dari semua peringkat umur boleh belajar untuk memandu di Junior Driving School.

Dan jangan ketinggalan Perarakan bintang yang ajaib di mana anda boleh melihat semua watak-watak kegemaran anda di Main Street (jalan utama) Movie World yang terkenal.
Tambah lagi, banyak lagi pertunjukkan aksi secara langsung dan peluang untuk mengalami sendiri sebagai watak-watak filem untuk hiburan seisi keluarga sepanjang hari .
Alamilah Hollywood di Gold Coast dalam gaya bintang sebenar di Warner Bros. Movie World!
Australia’s Sea World

Alamilah Dunia Marin Australia keseronokkan dan pengembaraan di bawah permukaan air untuk melihat Dunia Marin!
Sertai mereka untuk pengembaraan pantai dalam pertunjukkan ikan lumba-lumba yang baru lagi menakjubkan serta meraikan cahaya mentari, meluncur dan marin sambil anda merasai pengalaman di atas dan di bawah ombak untuk satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan salah satu haiwan yang paling menarik di dunia.

Temui hero-hero Bersepara Cengkerang iaitu Teenage Mutant Ninja Turtles Nickelodeon muncul dari paip-paip besar bandar New York dan menyusuri jalan ke Dunia Marin!
Sertai Leonardo, Donatello, Raphael dan Michelangelo kerana mereka bakal menunjukkan gerakkan pusingan ninja setiap hari.
Berkawan dengan hidupan marin yang menakjubkan, dari ikan lumba-lumba ke anjing laut, beruang kutub, penguin dan banyak lagi.
Capai ketinggian baru di Castaway Bay dan rasailah Storm Coaster yang baru lagi hebat.

Bantu Dora The Explorer dan rakan-rakan untuk mencari satu sama lain dalam pertunjukkan secara langsung yang menceriakan, Pengembaraan Rakan Baik Dora, dan anda pasti terkesima dengan pertunjukkan lagak jet ekstrem yang penuh aksi.
Dunia Marin ini menawarkan hari percutian yang penuh dengan keseronokkan bersama keluarga.
Pacific Fair Shopping Centre

Pusat Membeli-Belah Pacific Fair Lokasi Pacific Fair yang penuh keceriaan adalah unik. Di Lebuhraya Gold Coast di Broadbeach, dikelilingi oleh mentari, pasir dan marin, pusat ini sedang menjalani pembangunan semula yang menanggung kos AUD 670 juta untuk mewujudkan pusat membeli-belah bertaraf dunia, pusat hiburan dan kawasan hidup penuh gaya.
Pacific Fair adalah sangat mudah diakses melalui pengangkutan awam G;link Broadbeach Stesen Selatan dan melalui pertukaran bas, dan hanya lima minit berjalan kaki dari Hotel Jupiter & Casino, Konvensyen Gold Coast dan Pusat Pameran dan Pantai Kurawa.

Perdagangan melalui pembangunan semula, kini Pacific Fair menawarkan Myer (Kependudukan) terbesar Gold Coast, termasuklah Coles, Kmart, Target, JB Hi-Fi HOME, Giant Chemist dan lebih 170 kedai perdagangan khusus yang berjalan 7 hari seminggu.
Dengan pelbagai khidmat pelancongan yang sentiasa bersedia untuk membuatkan lawatan para pelancong sesuatu yang selamat dan satu memori inda.
Pastikan anda berkunjung ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan usai tiba untuk menerima Pas Pelawat VIP yang penuh dengan berdozen-dozen diskaun dan tawaran menarik, eksklusifnya untuk pelancong Gold Coast.
Pasar Seni & Kraf Coolangatta

Coolangatta Art and Craft Markets menawarkan hari Ahad kedua setiap bulan selama sepanjang tahun sebagai hari yang menyeronokkan untuk berjalan-jalan.
Dengan lebih 150 gerai kraftangan tempatan, produk makanan segar, makanan awet seperti asam-asam manis, biskut dan kek, pasti terdapat sesuatu untuk setiap orang.
Turun dan penuhi hari Ahad anda dengan santai sambil berjalan-jalan di sekitar Taman Queen Elizabeth, menikmati semua pemandangan cantik yang terdapat di lokasi ini, yang terletak di hadapan pantai Coolangatta.

Samada anda mencari fesyen kraftangan, barangan kemas, perkakas rumah, produk penjagaan kulit, barang permainan, produk makanan segar atau sesuatu yang unik yang mana anda tidak akan jumpa di kedai lain, pasti ada sesuatu untuk setiap orang di sini.
Oleh itu, marilah bersama-sama untuk menikmati hari keluarga yang ceria. Gerai-gerai beroperasi di antara 8.00 am dan 2.30 pm, bergantung pada cuaca.
Dunia Buah Tropika

Tropical Fruit World. Lihat, rasa, dan belajar tentang buah-buahan dari seluruh pelusuk dunia yang semuanya ditanam dalam satu tempat yang unik. Lawat ladang buah-buahan tropika untuk menemui lebih 500 jenis buah eksotik yang indah dan terpelik sekali di dunia.
Ia terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Gold Coast dan 10 minit dari pantai, Dunia Buah Tropika mempamerkan tanah ladang pantai yang subur melangkaui ciri tanah berpasir.
Mari menaiki kereta api traktor untuk lawatan ke ladang bersama pemandu pelancong. Anda akan menemukan manisan eksotik yang jarang dijumpai seperti Puding Buah Bercoklat, Buah Naga, Pokok Gula Getah & Buah Lemonade. Keajaiban Persembahan Buah-Buahan juga adalah peluang yang terbaik untuk mendapat semua sampel buah-buahan yang lazat.

Nikmati pelayaran bot hidupan liar ke taman fauna di mana anda akan bertemu dengan Kanggaru, emu dan haiwan ternakan. Terokai Pulau Taman Permainan – cubalah menaiki keretapi, flying fox dan padang golf kecil putt-putt.
Nikmati pemandangan Warisan Dunia yang disenaraikan di Pegunungan Warning dan sekitarnya.
Semua aktiviti ini adalah termasuk dalam pakej tiket Masuk ke Taman. Ingin merasai lebih lagi? Ujilah tunas rasa anda dengan ais krim buah-buahan eksotik dan manisan tropikal yang menyelerakan di Plantation Cafe.
Cabaran Tarzan di Taman Tema Pokok

Treetop Adventure Theme Park. Ya cabaran untuk anda di atas pokok, anda akan meraih pengalaman pengembaraan yang ulung sekali kerana anda bakal mengharungi melebihi 100 cabaran atas pokok yang tersebar melebihi enam bahagian yang besar, menusuri 10 ekar belukar semulajadi yang digabungkan dengan cabaran bertali dan berwayar.
Anda akan bergayut di atas pokok, mengimbangi jambatan gantung, mengharungi hayunan Tarzan yang besar dan melompat kepada 12 lokasi flying fox dengan ketinggian melebihi 130 meter – ia sangat menyeronokkan, keselamatan yang mantap, dan menonjolkan keberanian dalam diri setiap individu yang mencubanya!
Video demo dan aksi cabaran di Treetop Adventure
Semua peralatan keselamatan akan dibekalkan dan peserta akan mendapat arahan sepenuhnya bagaimana penggunaannya sebelum peserta bermula.
Penyelia yang diiktiraf akan memberi panduan kepada peserta pengembara untuk memastikan hari peserta terisi dengan pengembaraan yang menyeronokkan lagi selamat.
Apa yang anda harus bawa adalah kasut dan sikap berani! Aktiviti ini dibuka selama tujuh hari dan dibuka kepada semua orang berumur 7 dan ke atas.
Taman Botani Wilayah Gold Coast

Gold Coast Regional Botanic Gardens adalah suatu tempat yang mesti dikunjungi tidak kira pelancong mahupun penduduk tempatan.
Taman tersebut hanyalah 10 minit memandu dari pusat Surfers Paradise, dan ditempatkan seluas 31 hektar menghadap Gold Coast Hinterland (Dataran Tinggi).
Terdapat pengalaman khas untuk setiap individu – aroma dan sentuhan pepohon dan bunga di Taman Sensory, berjalan meninjau pohon bakau ke kaki gunung untuk mempelajari tentang tumbuhan tempatan, aroma semerbak bunga ros di Taman Rose dan lawati Taman Butterfly (Rama-Rama) untuk melihat tumbuhan yang dapat menarik rama-rama ke halaman rumah anda.

Seronok untuk seisi keluarga termasuk berjalan-jalan di laluan pejalan kaki mengelilingi tasik, terdapat satu taman permainan kanak-kanak, tempat berkelah ataupun untuk barbeku (memanggang) di salah satu tempat perkelahan di antara yang banyak disediakan.
Servis pemandu pelancong juga disediakan melalui temujanji, atau bawa anak-anak anda bersama ke salah satu aktiviti cuti sekolah mereka.
Pasar Carrara

Pasar Carrara adalah pasar tetap terbesar di Australia. Dengan melebihi 400 gerai melitupi 10 ekar kawasan, ia adalah longgokan harta karun yang didambakan yang sangat luar biasa.
Ia juga adalah lokasi untuk mendapat harga termurah untuk membeli-belah produk makanan segar, perkakas rumah, pasu, tumbuhan, keropos–kerapis, barangan seni dan kraf, dan hampir segala-galanya ada dijual di sini.
Selama lebih 30 tahun Pasar Carrara telah menjadi destinasi pelancongan utama di Gold Coast. Mudah saja untuk ke Pasar Carrara. Naik G:Link Light Rail ke Stesen Selatan Broadbeach, kemudian ambil Translink atau Bas Surfside ke pasar Carrara.

Pasar Carrara adalah lokasi popular untuk keluar bersama keluarga dengan adanya aktiviti menunggang kuda kecil, jumping castle, bungy trampolin dan pelukis-pelukis wajah jalanan.
Ia juga adalah rumah kepada Luke Reptilia Kingdom – pertunjukkan interaktif yang menakjubkan memaparkan berdozen-dozen hidupan Australia yang unik dan hidupan yang luar biasa termasuklah spesies yang jarang dijumpai, dan ular-ular paling berbisa di dunia
Kini terbaru di pasaran, adalah Putt Putt yang menakjubkan milik Raja Tutt, yang memaparkan tema padang golf mini yang sesuai untuk yang muda dan yang berumur. Pasar Carrara – Masuk percuma. Tempat letak kereta percuma.
Pusat Membeli Belah Paradise

Pusat Paradise adalah Pusat Membeli-belah yang terbesar di Surfers Paradise, ia terletak di sudut Surfers Paradise Boulevard dan Cavill Mall, dan ditonjolkan dengan hanya 100 meter bertentangan pantai Surfers Paradise yang terkemuka di dunia.
Dengan lebih dari 100 kedai khusus yang dilengkapi dengan tempat makan terbuka dan sebuah kawasan hiburan yang menarik, Pusat Paradise menawarkan sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan.
Anda akan mendapati kedai-kedai yang menarik untuk diterokai yang segalanya bersumber dari pantai, pakaian renang dan pakaian santai ke fesyen ‘funky’ dan pakaian kasual semuanya boleh didapati di satu tempat.

Terdapat pilihan tempat makan bagi setiap ketika, yang menyediakan pelbagai perisa untuk santapan tunas rasa anda. Tenggelam dalam suasana kasual yang menenangkan dan makan di tempat terbuka gaya santai di salah satu restoran atau kafe di Cavill Mall atau cubalah di Hard Rock Cafe yang terkenal!
Terdapat juga pelbagai aktiviti dan pengembaraan untuk seisi keluarga bertempat di Tingkat Satu termasuk Tenpin bowling, Timezone yang terbesar di Hemisfera Selatan dan Akademi Menembak Australia.
Untuk kemudahan anda, pusat menawarkan pasar raya Woolworths dan kedai-kedai runcit Australia Post yang beroperasi hingga larut malam. Tempat letak kereta berbumbung disediakan di off Jalan Hanlan.
Bersambung…