Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Hong Kong

15 Tempat Menarik di Hong Kong Paling Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Julai, 2026
Kategori: Pakej Hong Kong, Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
4.3k 323
A A
0
tempat menarik di hong kong
4.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat menarik di Hong Kong yang popular? Adakah Hong Kong sesuai untuk pelancong dari Malaysia?

Hong Kong ialah sebuah bandar yang sangat bertenaga dan menarik yang menawarkan gabungan unik budaya Timur dan Barat.

Salah satu sebab utama pelancong Malaysia melancong ke Hong Kong adalah untuk makanan. Bandar ini terkenal dengan masakan Kantonis yang sedap, serta pilihan tempat makan antarabangsa yang pelbagai. Tak terkecuali anda juga boleh menemukan restoran kantonis halal di Hong Kong.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Satu lagi tarikan utama untuk pelancong ialah membeli-belah. Hong Kong ialah syurga ‘Shopping’, dengan banyak butik mewah, pasar dan penjual jalanan yang menjual segala-galanya daripada jenama berjenama kepada barangan tradisional China.

Bandar ini juga mempunyai sejarah dan budaya yang kaya, dengan banyak kuil, muzium dan tapak bersejarah untuk diterokai.

Selain itu, Hong Kong adalah rumah kepada beberapa latar langit dan pemandangan semula jadi yang paling menakjubkan di dunia, seperti Victoria Peak dan The Big Buddha.

Hong Kong ialah hab yang mudah untuk anda mengenali bahagian lain di Asia, menjadikannya titik permulaan yang terbaik untuk percutian anda.

Pakej Hong Kong

  • Lihat Pakej Percutian ke Hong Kong
  • Lihat Penginapan Terbaik di Hong Kong
  • Lihat Tiket Penerbangan Ke Hong Kong
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Hong Kong
  • Lihat Peta Percutian di Hong Kong

Pin

  • 1 Hong Kong Disneyland
  • 2 Ocean Park
  • 3 Sky 100 Hong Kong Observation Deck
  • 4 Victoria Harbour
  • 5 Tai Kwun – Centre for Heritage and Arts
  • 6 Ngong Ping 360
  • 7 Madame Tussauds Hong Kong
  • 8 The Peak Tram
  • 9 Tsing Ma Bridge
  • 10 Stanley Market
  • 11 M+ Museum
  • 12 K11 MUSEA
  • 13 ARTE M Hong Kong
  • 14 Hong Kong Palace Museum
  • 15 Monopoly Dreams Hong Kong
Baiklah, jom kita lihat 10 tempat menarik di Hong Kong yang paling ramai dikunjungi pelancong.


Hong Kong Disneyland

Hong-Kong-Disneyland-Castle-Of-Magical-Dreams
Hong Kong Disneyland Castle Of Magical Dreams

Kita mulakan keseronokkan di Hong Kong Disneyland terlebih dahulu sebelum meneroka ke destinasi lain!

Taman tema yang pertama di Hong Kong ini terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu Main Street U.S.A, Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland, Gizzy Trail, Mystic Point dan Toy Story Land.

Hong-Kong-Disneyland
Hong Kong Disneyland

Selain mencuba pelbagai permainan, anda boleh bergambar dengan watak-watak Disney atau membawa anak-anak berdandan seperti watak puteri yang mereka idamkan di New Bibbidi Bobbidi Boutique.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Park Promenade, Hong Kong Disneyland Resort, Hong Kong

Ocean Park

Ocean-Park-Hong-Kong
Ocean Park Hong Kong

Ocean Park yang berkeluasan 9.15 hektar ini menawarkan kira-kira 80 tarikan! Taman yang menggabungkan taman hiburan, taman akuarium dan ladang haiwan ini pasti membuat anda tidak cukup sehari untuk meneroka kesemua isinya!

Di sini anda boleh menyaksikan telatah panda yang bernama Le Le dan Ying Ying, Meneroka Old Hong Kong, mencuba permainan ekstrem di The Summit dan banyak lagi.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Water-World-Ocean-Park-Hong-Kong
Water World Ocean Park Hong Kong

Oleh kerana taman ini begitu luas, mereka turut menyediakan cable car dan ocean express sebagai pengangkutan utama.

Tambahan lagi mereka turut mempunyai tempat penginapan iaitu Ocean Park Marriot Hotel.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 65MC+5P Ocean Park, Hong Kong

Sky 100 Hong Kong Observation Deck

Sky-100-Hong-Kong-Observation-Deck
Sky 100 Hong Kong Observation Deck

Dah penat mencuba pelbagai permainan di taman hiburan, jom ke lokasi yang lebih santai. Destinasi pelancongan ini menawarkan pemandangan Hong Kong dari ketinggian 393 meter di atas permukaan laut.

Dari ketinggian tersebut anda boleh melihat Pulau Hong Kong, Kowloon, New Territories dan Victoria Harbour.

Sky-100-Hong-Kong-Observation-Deck-View
Sky-100-Hong-Kong-Observation-Deck-View

Selain menyaksikan pemandangan 360 darjah, anda boleh melihat pameran tentang sejarah, budaya Hong Kong dan menikmati hidangan di Cafe 100 by The Ritz Carlton.

Anda juga boleh memilih Hong Kong Observation Wheel & AIA Vitality Park sebagai lokasi untuk menyaksikan keindahan kota Hong Kong.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 8:30pm | International Commerce Centre (ICC), 1 Austin Rd W, West Kowloon, Hong Kong

Victoria Harbour

junk-boat-in-hong-kong-victoria-harbour
Hong Kong Victoria Harbour

Victoria Harbour dikatakan sebuah destinasi yang ikonik dan anda wajib pergi di Hong Kong!

Pelabuhan ini dikenali sebagai jantung kepada Hong Kong yang menjadikan pusat perdagangan mereka berkembang pesat.

hong-kong-victoria-harbor-at-night
Terang benderang di Hong Kong Victoria Harbour

Anda boleh berjalan di sekitar pelabuhan ini sambil menyaksikan deretan bangunan ikonik dan bangunan pencakar langit seperti Convention Centre, IFC Two Tower, Bank of China dan lain-lain.

Pemandangan pada waktu malam lebih menarik dengan limpahan cahaya berwarna-warni daripada bangunan dan kapal-kapal besar yang berlabuh di situ.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Golden Bauhinia Square, E, 1 Expo Dr, Wan Chai, Hong Kong

Tai Kwun – Centre for Heritage and Arts

Tai-Kwun-Centre-for-Heritage-and-Arts-June-Kwok
Tai Kwun Centre for Heritage and Arts | Imej oleh: June Kwok

Melihat atau belajar adat budaya tentang sesuatu kaum pasti menyeronokkan. Pusat budaya yang beroperasi sejak tahun 2018 ini menempatkan 27 bangunan yang terdiri daripada bangunan bersejarah.

Tarikan sejarah ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Central Police Station, Central Magistracy dan Victoria Prison yang bakal membawa anda menggembara ke masa lampau.

Tai-Kwun-Centre-for-Heritage-and-Arts-Terrence-Yee
Pelan kawasan Tai Kwun – Centre for Heritage and Arts | Imej oleh: Terrence Yee

Di sini turut menempatkan galeri, ruang seni kotemporari dan auditorium untuk sebarang pertunjukkan.

Tidak cukup dengan pameran di sini anda boleh ke Hong Kong Heritage Museum, Hong Kong Museum of Art dan Hong Kong Cultural Centre.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10 Hollywood Rd, Central, Hong Kong

Ngong Ping 360

Ngong-Ping-artur-kornakov
Pemandangan Ngong Ping | Imej oleh: Artur Kornakov

Ingin lari daripada kesibukan kota Hong Kong, anda boleh melawat perkampungan mereka pula untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan mereka!

Tarikan utama Ngong Ping 360 adalah pengalaman menaiki kereta kabel yang menghubungkan Tung Chung dan Ngong Ping.  Untuk kereta kabel anda boleh memilih Standard Cabin, Crystal Cabin dan Private Cabin.

high-angle-of-huge-buddha-monument-in-ngong-ping
Pemandangan dari puncak Big Buddha

Di Kampung Ngong Ping terletaknya tarikan seperti Cable Car Discovery Centre, The Art of Chocolate Hong Kong, Motion 360, kafe makanan dan lokasi membeli-belah.

Selain itu, tarikan yang berdekatan dengannya adalah Big Buddha, Po Lin Monastery dan Tai O Fishing Village.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 7W42+GH Lantau Island, Hong Kong

Madame Tussauds Hong Kong

Madame-Tussauds-Hong-Kong-mthk-louis-koo-restyle
Madame Tussauds Louis Koo

Muzium Madame Tussauds yang dibentuk oleh Marie Tuassaud dari Perancis ini begitu terkenal di serata dunia, rata-rata negara besar pasti mempunyai tarikan yang satu ini.

Museum Madame Tussauds Hong Kong merupakan yang pertama di Asia yang mempunyai kira-kira 100 patung lilin.

ed-sheeran
Ed Sheeran

Patung lilin di sini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Hong Kong Glamour, Music Icons, Fashion Zone, K-Wave Zone, World Premiere, Animated World, Art Gallery, The Champions, Kung Fu Zone dan Historical and National Heroes.

Jangan lepaskan peluang untuk merakamkan foto yang menarik di sini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – 8:00pm | Shop P101, The Peak Tower, No, 128 Peak Rd, The Peak, Hong Kong

The Peak Tram

the-peak-tram-in-hong-kong
The Peak Tram Hong Kong

Kereta api bewarna hijau klasik ini merupakan kereta api furnikular yang tertua di Asia dan masih beroperasi sehingga kini sebagai tarikan pelancongan di Hong Kong.

Ia mampu memuatkan 210 penumpang dalam satu masa dan menawarkan lima zon.

The-Peak-Tram-chapman-chow
The Peak Tram | Imej oleh: Chapman Chow

Kereta api ini mengambil masa sekitar 7 minit untuk tiba ke puncak bukit Victoria Peak yang merupakan titik tertinggi di Hong Kong.

Anda juga boleh menyaksikan panorama kota Hong Kong melalui Sky Terrace 428.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 7:00am – 12:00am | 75H5+3M Central, Hong Kong

Tsing Ma Bridge

tsing-ma-bridge-in-hong-kong-at-sunset
Matahari terbenam di Tsing Ma Bridge

Jambatan yang menjadi penghubung antara Pulau Lantau dan Hong Kong ini menjadi antara jambatan gantung yang terpanjang di dunia.

Menariknya tentang jambatan ini kerana ia bukan sahaja boleh digunakan sebagai laluan kenderaan dua roda dan empat roda malah digunakan untuk kereta api!

tsing-ma-bridge
Jembatan gantung Tsing Ma diterangi lampu

Tambahan lagi, kapal-kapal besar turut boleh melalui bahagian bawah jambatan tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 932F+F8 Tsing Yi, Hong Kong

Stanley Market

Stanley-Market-Eddy-Lam
Pasar Stanley | Imej oleh: Eddy Lam

Stanley Market adalah destinasi wajib untuk anda kunjungi sebelum pulang, di sini antara lokasi terbaik yang menawarkan barangan cenderamata.

Anda boleh mendapatkan barangan seperti pakaian, lukisan, kraftangan, jam tangan dan banyak lagi. Tambahan lagi, suasana di sini lebih santai dengan pemandangan bukit dan pantai teluk.

Stanley-Market-Dennis-Leung
Stanley Market | Imej oleh: Dennis Leung

Antara lokasi menarik sekitarnya adalah Murray House, Muzium Maritim Hong Kong dan Stanley Ma Hang Park.

Anda juga boleh membeli-belah dengan harga yang berpatutan di Ladies Market yang terletak di Mong Kok.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 7:00pm | 6697+73 Stanley, Hong Kong

M+ Museum

M+ Museum merupakan muzium seni visual kontemporari global pertama di Asia yang kini sangat tular di media sosial.

Reka bentuk bangunannya yang moden berkonsepkan minimalis menjadikannya lokasi bergambar yang sangat estetik.

Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi seni visual, reka bentuk, dan seni bina abad ke-20 dan 21 yang menakjubkan.

Pengunjung pasti terpegun dengan pameran interaktif serta paparan skrin LED gergasi di luar bangunan yang menghadap keindahan Victoria Harbour.

Ia sungguh sesuai untuk percutian santai sambil menghayati karya seni bertaraf dunia.

  • Alamat: West Kowloon Cultural District, 38 Museum Drive, Kowloon, Hong Kong.

  • Anggaran Harga Tiket: HKD 120 (Sekitar RM 72) untuk tiket standard.

K11 MUSEA

K11 MUSEA bukanlah sekadar pusat beli-belah biasa, tetapi sebuah destinasi gaya hidup mewah yang menggabungkan seni, budaya, dan alam semula jadi.

Reka bentuk dalamannya sangat memukau dan sering viral kerana ia kelihatan seperti sebuah galeri seni yang gah.

Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenama antarabangsa, restoran mewah, dan karya seni kreatif di setiap sudut.

Terdapat juga taman bumbung yang menghijau untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan bandar raya Hong Kong yang sungguh mendamaikan.

  • Alamat: Victoria Dockside, 18 Salisbury Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong.

ARTE M Hong Kong

ARTE M adalah sebuah pameran seni media digital imersif yang sangat popular dan menjadi kegilaan ramai pengunjung masa kini.

Berasal dari Korea Selatan, pameran ini menawarkan pengalaman visual luar biasa menggunakan teknologi cahaya, bunyi, dan bau yang mengasyikkan.

Setiap ruang bertemakan alam semula jadi yang dihidupkan secara maya, seperti ombak laut, hutan bercahaya, dan bunga yang kembang mekar.

Tarikan futuristik ini sangat sesuai untuk pelancong dari pelbagai usia yang mencari kelainan serta gambar mempesonakan untuk Instagram.

  • Alamat: 2F, K11 HACC, K11 ATELIER King’s Road, Quarry Bay, Hong Kong.

  • Anggaran Harga Tiket: HKD 88 hingga HKD 148 (Sekitar RM 53 – RM 90, bergantung pada hari lawatan).

Hong Kong Palace Museum

Bagi penggemar sejarah, muzium terbaharu ini wajib dimasukkan dalam jadual perjalanan anda.

Bangunan yang indah ini menempatkan lebih 900 artifak berharga yang dipinjamkan secara eksklusif dari Palace Museum di Beijing, di mana kebanyakannya tidak pernah dipamerkan kepada umum.

Seni binanya menggabungkan elemen tradisional Cina dan gaya moden dengan sempurna.

Anda berpeluang menerokai sejarah dinasti empayar, melihat pakaian diraja yang megah, serta pelbagai barangan antik yang memukau dalam suasana yang sungguh eksklusif dan selesa.

  • Alamat: West Kowloon Cultural District, 8 Museum Drive, Kowloon, Hong Kong.

  • Anggaran Harga Tiket: HKD 60 hingga HKD 150 (Sekitar RM 36 – RM 90, bergantung pada akses pameran khas).

Monopoly Dreams Hong Kong

Monopoly Dreams ialah taman tema bertaraf dunia pertama yang diinspirasikan sepenuhnya daripada permainan papan klasik, Monopoly.

Destinasi viral ini menjanjikan pengalaman interaktif yang sangat menyeronokkan, terutamanya jika anda bercuti bersama keluarga.

Anda akan berasa seolah-olah melangkah masuk ke dalam dunia Mr. Monopoly dengan melawat rumah agamnya, stesen kereta api, dan bilik kebal bank.

Terdapat pelbagai permainan realiti maya, pengalaman tayangan 4D, serta peluang memenangi wang (Monopoly) yang boleh ditebus, menjadikan percutian anda lebih ceria.

  • Alamat: Level 3, The Peak Galleria, 118 Peak Road, The Peak, Hong Kong.

  • Anggaran Harga Tiket: HKD 260 (Sekitar RM 156 untuk tiket dewasa).

 

 

 

Tags: Cuti cuti hong konghotel hong kongmenarik di hong kongpakej hong kong
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Pakej Popular

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

  Bukit Tinggi Pahang adalah salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Apakah tempat menarik di Bukit Tinggi berbaloi...

Oleh: Hadi Ghazali
15 Jun, 2026
34.4k
tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.8k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.4k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.2k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.6k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.5k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my