fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Pakej Popular

15 Tarikan Paling Menarik di Maghribi Morocco [PERCUTIAN PADANG PASIR]

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
31 Oktober, 2022
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 2 mins read
412 41
A A
123
tempat menarik di morocco maghribi
12.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Morocco sudah tentu menjadi salah satu tarikan paling utama di Afrika.

Dengan gunung yang tinggi, pantai yang mencabar, padang pasir yang luas serta lorong-lorong untuk pasar dan bandar lama Medina, Morocco atau Maghribi mempunyai pelbagai jenis tarikan untuk pelancong yang datang.

Islam adalah agama terbesar di Maghribi, dengan lebih daripada 99% penduduk menganut agama islam. Subset terbesar umat Islam di Maghribi ialah Maliki Sunni; kumpulan lain yang banyak termasuk pengamal Zahirisme dan orang Islam bukan denominasi.

Morocco juga mempunyai perkampungan di tepi laut, bandar yang di cat dengan pelbagai warna yang berpaut di tepi bukit serta ibu negeri Morocco iaitu Rabat yang merupakan tempat kepada muzium penting, Istana Diraja dan Makam Mohamed V.

Promo-Pakej-Morocco-Spain

  • Lihat Pakej Percutian Popular di Morocco
  • Lihat Penginapan Terbaik di Morocco
  • Lihat Peta Percutian Morroco

Pin

  • 1 Marrakesh Medina Maghribi
  • 2 Masjid Hassan II
  • 3 Oudaias Kasbah
  • 4 Pantai Agadir
  • 5 Istana El Badi
  • 6 Jardin Majorelle
  • 7 Volubilis
  • 8 Meknes
  • 9 Bab al-Mansour
  • 10 Bandar Empayar
  • 11 Muzium Dar Jamai
  • 12 Lembah Dades
  • 13 Pelabuhan Essaouira
  • 14 Erg Chebbi
  • 15 Bou Inania Medersa
Disini, kami senaraikan 10 tempat yang paling cantik dan menarik di Morroco.


Marrakesh Medina Maghribi

Masjid Koutoubia di Marrakesh, Maghribi. Cahaya Matahari yang Cantik di Matahari Terbenam
Masjid Koutoubia di Marrakesh, Maghribi. Cahaya matahari yang cantik di matahari terbenam

Tempat yang menjadi tarikan semua orang kerana setiap masa dipenuhi oleh orang ramai membuatkan Morocco menjadi negara yang ramai pelancong datang.

Bahagian dalam Istana Bahia Muslim di Marrakesh, Maghribi
Bahagian dalam Istana Bahia Muslim di Marrakesh, Maghribi

Kota lama ini perlu dimasuki melalui Dataran Djemma el-fna dengan kota ini yang dipenuhi pelbagai kedai, pemuzik tradisional, penjinak ular dan ahli akrobatik.

Istana Bahia dengan Jubin dan Air Mancur Tradisional Arab, Marrakesh
Istana Bahia dengan Jubin dan Air Mancur Tradisional Arab, Marrakesh

Apabila anda berada di dalam, anda akan merasakan seperti berada di dalam sebuah maze kerana keluasan kawasan dan jumlah orang ramai yang padat.

Anda tidak boleh ketinggalan jika diberi peluang untuk memasuki kota ini.


Masjid Hassan II

Masjid Hassan II di Casablanca
Masjid Hassan II di Casablanca

Mercu tanda bagi Casablanca, masjid ini mejadi simbol mewah bukan sahaja untuk bandar Casablanca tetapi juga bagi Morocco itu sendiri.

Masjid putih di Casablanca
Masjid putih di Casablanca

Masjid moden ini yang telah siap pada tahun 1993 ini dihiasi dengan pelbagai jenis ukiran yang sangat unik yang memerlukan 10,000 tukang-tukang seni untuk menyiapkannya.

Masjid Hassan II di Casablanca
Masjid Hassan II di Casablanca

Kepingan marmar yang diukir halus, mozek yang menonjol serta butiran jubin yang terperinci memberi penghormatan kepada hasil seni tradisional Islam.


Oudaias Kasbah

Ait Benhaddou, sebuah kota kubu kuno di Maghribi berhampiran Ouarzazate di pinggir padang pasir sahara. Digunakan dalam fail seperti Gladiator, Kundun, Lawrence of Arabia, Kingdom of Heaven
Ait Benhaddou, sebuah kota kubu kuno di Maghribi berhampiran Ouarzazate di pinggir padang pasir sahara. Digunakan dalam fail seperti Gladiator, Kundun, Lawrence of Arabia, Kingdom of Heaven

Daerah Kasbah, Rabat merupakan salah satu tarikan paling utama di bandar itu.

Bahagian dalam kasbah Telouet lama - bekas kediaman palatia suku Glaoui
Bahagian dalam kasbah Telouet lama – bekas kediaman palatia suku Glaoui

Dalam kawasan dinding kubu yang telah dibina pada abad ke 11, lorong yang dipenuhi dengan rumah yang diwarnakan berwarna biru dan putih menandakan gaya Andalusia.

Kasbah yang luar biasa - kubu arab tradisional lama Di bandar Ouarzazate
Kasbah yang luar biasa – kubu arab tradisional lama Di bandar Ouarzazate

Ianya sangat menarik dan unik untuk dilawati dan tempat terbaik untuk mengambil gambar.

Di dalam juga terdapat masjid Kasbah yang bernama Rue el Jamma yang telah dibina pada tahun 1150 dan merupakan masjid tertua di Rabat.


Pantai Agadir

Pantai Agadir
Pantai Agadir

Pantai Agadir merupakan salah satu tempat paling banyak dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Morocco.

Ianya terletak di dalam bandar Agadir di laut Atlantik serta sangat hampir dengan Gunung Atlas.

Pantai Legzira berhampiran bandar Agadir memilik pemandangan yang sangat cantik
Pantai Legzira berhampiran bandar Agadir memilik pemandangan yang sangat cantik

Agadir dianggap pantai yang paling popular di Morocco kerana kawasan yang sesuai untuk aktiviti berenang dan melihat keindahan alam semula jadi.

Pantai lautan Legzira ketika matahari terbenam
Pantai lautan Legzira ketika matahari terbenam

Disini keluarga dan pasangan dapat menikmati pantai terkenal Morocco dengan pemandangan laut Atlantik dan pergunungan Atlas.


Istana El Badi

Reruntuhan Palais el-Badi abad ke-16 di Marrakesh, Maghribi
Reruntuhan Palais el-Badi abad ke-16 di Marrakesh, Maghribi | Imej oleh: David Stanley

Istana El Badi merupakan runtuhan yang masih lagi kekal sehingga ke hari ini dan nama El Badi bermaksud “tiada tandingan”.

Terdapat beberapa koridor bawah tanah seperti labirin di Istana El Badi, diterangi cahaya matahari yang mengalir dari atas
Terdapat beberapa koridor bawah tanah seperti labirin di Istana El Badi, diterangi cahaya matahari yang mengalir dari atas | Imej oleh: Alina Chan

Istana ini telah diduduki oleh Saadian Sultan Ahmed el Mansour pada tahun 1578.

Luas kawasan istana ini sangat besar kerana mempunyai taman dan kolam lebih 90 meter panjang yang menarik perhatian pelancong yang datang ke sini.

Bahagian depan dalaman Istana El Badi
Bahagian depan dalaman Istana El Badi | Imej oleh: M0tty

Istana ini juga mempunyai mahkamah pusat, astaka musim panas, kurungan bawah tanah, kandang kuda dan Minbar Koutoubia yang menjadi salah satu seni terkenal bagi masyarakat Islam.


Jardin Majorelle

Halaman Jardin Majorelle
Halaman Jardin Majorelle | Imej oleh: hazy momo

Jardin Majorelle atau lebih dikenali sebagai Taman Majorelle ini merupakan landskap taman seluas 12 ekar dengan taman botanikal yang boleh ditemui di Marrakech, Morocco.

Rumah yang direka indah di marrakech pernah menjadi milik yves saint laurent di taman jardin majo relle yang megah
Rumah yang direka indah di marrakech pernah menjadi milik yves saint laurent di taman jardin majo relle yang megah | Imej oleh: Raissa Lara Lütolf (-Fasel)

Taman ini telah direka khas oleh Jacques Majorelle yang mendapatkan namanya.

Jardin Majorelle, Rue Yves Saint Laurent, Marrakesh
Jardin Majorelle, Rue Yves Saint Laurent, Marrakesh | Imej oleh: rigel

Taman ini dianggap salah satu tarikan utama bagi pelawat yang datang kerana hasil reka bentuk yang unik.

Tempat ini juga sangat sesuai bagi sesiapa sahaja yang meminati hasi seni alam semula jadi.


Volubilis

Didirikan sebelum Era Kristiani, pada saat wilayah itu merupakan bagian dari Mauretania, Volubilis dianggap sebagai pusat pemerintahan kerajaan Mauritania
Didirikan sebelum Era Kristiani, pada saat wilayah itu merupakan bagian dari Mauretania, Volubilis dianggap sebagai pusat pemerintahan kerajaan Mauritania

Runtuhan Roman nombor satu di Morocco yang masih lagi mempunyai tinggalan untuk para pelancong yang sukakan sejarah dengan mozek masih lagi kelihatan di atas tanah.

Runtuhan Rom di Volubilis, Maghribi
Runtuhan Rom di Volubilis, Maghribi

Tapak ini masih lagi penuh dengan tiang-tiang yang jatuh dan sisa-sisa kuil yang ada menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa kerajaan yang paling hebat juga akan musnah suatu hari nanti.

Pemandangan Basilika, Volubilis
Pemandangan Basilika, Volubilis

Kawasan tapak yang berada di atas bukit membuatkan ia kelihatan lebih menakjubkan dari kawasan bandar.


Meknes

Runtuhan dan lengkungan di Meknes, Maghribi
Runtuhan dan lengkungan di Meknes, Maghribi

Meknes merupakan salah satu daripada empat empayar dan yang ke-6 paling ramai populasi di Morocco.

Meknes telah diperintah oleh Sultan Moulay Ismail pada tahun 1672 hingga 1727 dan bangunan di sini mempunyai gaya Sepanyol serta Moor.

Pintu emas istana Diraja di Meknes
Pintu emas istana Diraja di Meknes

Walaupun Meknes merupakan salah satu empayar yang besar dan mempunyai banyak bangunan bersejarah dan tapak semulajadi, ianya juga hampir dengan tapak runtuhan Roman iaitu Volubilis.


Bab al-Mansour

Pintu gerbang mengagumkan Bab Mansour, Meknes
Pintu gerbang mengagumkan Bab Mansour, Meknes | Imej oleh: Robert Prazeres

Bab al-Mansour merupakan pintu utama antara Meknes Medina dan daerah Bandar Empayar.

Ukiran yang terdapat pada pintu ini sangat unik dan menakjubkan apabila di ambil gambar serta pakar-pakar menyatakan gerbang ini menjadi salah satu contoh terbaik di Afrika Utara yang masih kekal sehingga sekarang.

Seni ukiran yang sangat halus Bab el-Mansur Meknes
Seni ukiran yang sangat halus Bab el-Mansur Meknes | Imej oleh: Chris Martin

Dibina oleh Sultan Moulay Ismail dan siap pada tahun 1732.

Seni bina yang rumit dan terperinci dapat dilihat di dinding gerbang menambahkan kecantikan gerbang ini.


Bandar Empayar

Empayar lama Maghribi
Empayar lama Maghribi | Imej oleh: Danae Tsoutreli

Bandar Empayar ini terdapat banyak runtuhan lama yang sangat menarik untuk diterokai oleh para pelancong dan ahli arkeologi yang datang.

Kebanyakan runtuhan berumur semasa pemerintahan Sultan Moulay Ismail.

Bazar Maghribi
Bazar Maghribi | Imej oleh: onasama

Kubat al Khayatine merupakan bangunan duta lama di bandar itu dan pada hari ini dibuka untuk para pelawat yang datang untuk mengambil gambar serta mempelajari sejarah kawasan di situ.


Muzium Dar Jamai

Muzium Dar Jamai, Meknes | Imej oleh:
Muzium Dar Jamai, Meknes | Imej oleh: Robert Prazeres

Dar Jamai di bina pada tahun 1882 sebagai kediaman keluarga Jamai yang masyhur dan telah ditukar menjadi Muzium Seni Morocco pada tahun 1920.

Dar Jamai Museum, Meknes
Dar Jamai Museum, Meknes

Muzium ini meninggalkan hasil hiasan tradisi seperti kayu yang dicat dan ukiran plaster dalaman yang sangat popular pada abad ke-19.

Muzium Dar Jamai, Meknes. Bilik penerimaan tetamu yang telah dipulihkan | Imej oleh:
Muzium Dar Jamai, Meknes. Bilik penerimaan tetamu yang telah dipulihkan

Muzium ini juga dikhaskan untuk seni dan kraf di rantau ini dan terdapat contoh-contoh yang menarik seperti barang-barang besi yang ditempa serta ukiran kayu.


Lembah Dades

Ngarai Du Dades Dades Gorge Maroko
Ngarai Du Dades Dades Gorge Maroko | Imej oleh: Daniel Wanke

Pelancong yang menyukai aktiviti seperti mendaki atau seorang yang sukakan alam semula jadi tidak boleh ketinggalan pengembaraan ke dalam landskap asli Morocco iaitu Lembah Dades.

Pemandangan menakjubkan Dadès Gorges, Morocco
Pemandangan menakjubkan Dadès Gorges, Morocco | Imej oleh: zakariae daoui

Dengan pemandangan pergunungan Atlas dari jauh yag dilitupi salji, kawasan ini sangat sesuai sebagai penawar kepada sesiapa yang inginkan sesuatu pengembaraan serta mengalami pengalaman seperti berada pada zaman empayar pada waktu dahulu.

Laluan berliku mencabar Anio Maroko Dades
Laluan berliku mencabar Anio Maroko Dades | Imej oleh: pixelRaw

Terdapat kampung yang kecil, kawasan untuk melihat burung serta peluang untuk memasuk padang menghijau yang sangat luas.


Pelabuhan Essaouira

Pemandangan pelabuhan Essaouira dengan kapal nelayan biru dan kubu Castelo Real of Mogador
Pemandangan pelabuhan Essaouira dengan kapal nelayan biru dan kubu Castelo Real of Mogador

Merupakan bandar di tepi pantai dan salah satu tempat sangat indah di Morocco, sangat terkenal dan eksotik dengan dinding yang mengelilingi bandar ini.

Kubu abad pertengahan Castelo Real of Mogador. Essaouira, Maghribi
Kubu abad pertengahan Castelo Real of Mogador. Essaouira, Maghribi

Bot-bot nelayan yang berwarna warni terapung di atas air menjadikan tempat ini kawasan yang meriah serta jalan-jalan kecil di tengah-tengah bandar menarik perhatian ramai pelancong yang datang.


Erg Chebbi

Alamai pengembaraan di padang pasir Erg Chebbi
Alamai pengembaraan di padang pasir Erg Chebbi

Di bahagian timur Gurun Sahara adalah bukit-bukit pasir yang bernama Erg Chebbi.

Kawasan ini sangat sesuai untuk para pengembara atau pendaki yang inginkan cabaran berada di padang pasir serta mengetahui ilmu-ilmu untuk hidup dan tinggal di padang pasir yang tiada air.

Singgah di oasis padang pasir Erg Chebbi
Singgah di oasis padang pasir Erg Chebbi

Pelancong yang datang juga boleh menyewa unta bagi perjalanan mereka merentasi padang pasir yang panas ini.

Bagi sesiapa yang tidak terlalu aktif boleh menikmati pemandangan bukit-bukit pasir ini dari jauh serta mengambil gambar.


Bou Inania Medersa

Madrasa Bu Inaniyya mungkin yang paling terkenal dari sekian banyak madrasah yang diasaskan oleh Marinids
Madrasa Bu Inaniyya mungkin yang paling terkenal dari sekian banyak madrasah yang diasaskan oleh Marinids | Imej oleh: Ahmed.magdy

Medersa yang cantik ini atau dipanggil Madrasah (sekolah pengajian Islam) telah dibina pada abad ke-14 dan telah dijaga dengan baik dengan rekaan corak jubin yang sangat unik masih lagi kekal tanpa kerosakan.

Bou Inania Madrasa
Bou Inania Madrasa | Imej oleh: Michal Huniewicz

Anda boleh menaiki kawasan bumbung sekolah ini bagi melihat pemandangan sekeliling Meknes.

Bersambung…

Tags: melancong ke maghribipakej morroco
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-singapore
Singapore

15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

  Singapore sering digambarkan sebagai sebuah taman permainan bagi golongan berada, dan ianya benar bahawa negara kecil ini memiliki kilauan...

Oleh: Hadi Ghazali
26 Mei, 2023
64.9k
percutian-muslim-krabi
Pakej Popular

Krabi Halal: Tips Percutian Muslim ke Krabi Thailand

  Krabi Halal: Tips Percutian Muslim ke Krabi Thailand. Krabi adalah salah satu destinasi percutian yang popular di Thailand, terutamanya...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2023
356
Selanjutnya
5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
123 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

bercuti-di-ho-chi-minh
Pakej Ho Chi Minh

Bercuti Di Ho Chi Minh: Senarai Pusat Membeli Belah [POPULAR]

Oleh: Hadi Ghazali
5 Julai, 2022
123
18.8k

  Bercadang untuk membeli-belah sambil bercuti di Ho Chi Minh? Dahulunya Vietnam terbahagi kepada dua, iaitu Vietnam Utara yang pro-komunis...

Baca Selanjutnya
melancong-ke-sarawak-terkini

Pakej Kuching Sarawak: Cadangan Tentatif Terbaik Percutian 4 Hari 3 Malam

22 Jun, 2022
13.9k
tempat-menarik-di-nepal

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Nepal Yang Paling Popular [RARE]

16 Mei, 2022
10k
tempat-menarik-di-sekinchan-nazarizal-mohammad

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Sekinchan [POPULAR]

13 Oktober, 2022
9.8k
Tempat-Menarik-di-Malaysia

10 Tempat Paling Menarik Di Malaysia Dikunjungi Pelancong Dunia [POPULAR]

26 Mac, 2022
28.7k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
123
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas