Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman China Pakej Beijing

Melancong Ke Beijing: 10 Aktiviti Destinasi Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
18 Januari, 2026
Kategori: Pakej Beijing
Masa Bacaan: 7 mins read
5.5k 353
A A
5
melancong ke Beijing
6.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Anda bercadang untuk melancong ke Beijing? Beijing pastinya adalah salah satu daripada bandar-bandar yang paling dikunjungi di dunia.

Setiap tahun, berjuta-juta pelawat berkunjung ke Beijing untuk melihat ibu negara China ini, sebuah gabungan tradisi lama dan baru.

Beijing merupakan sebuah bandar untuk semua musim. Anda sentiasa boleh menemui sesuatu untuk diri anda tidak kira bila anda ke Beijing dan apa yang anda minati.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Sebenarnya ada beratus-ratus tempat pelancongan dan tempat bersejarah yang menarik di Beijing.

Pakej Percutian China

  • Lihat Pakej Beijing China Popular
  • Lihat Penginapan Terbaik di Beijing
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Beijing
  • Lihat Aktiviti Menarik di Beijing
  • Lihat Peta Percutian Beijing China

Pin

  • 1 Panduan Melancong Ke Beijing
  • 2 Kota Larangan (Forbidden City)
  • 3 Tiananmen Square
  • 4 Temple Of Heaven
  • 5 Istana Musim Panas (Summer Palace)
  • 6 Makam Ming (Batu Nisan 13)
  • 7 Tembok Besar Cina (Great Wall of China)
  • 8 Hutongs (Beijing Lama -Shichahai)
  • 9 Tapak Olimpik (2008 Summer Olympics)
  • 10 Itik Panggang Beijing (Halal Peking Duck)
  • 11 Opera Beijing (Teater Opera Peking)
Ada yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki sahaja. Sebilangannya berada tidak jauh dari pusat bandar.


Panduan Melancong Ke Beijing

Peking Opera

Ianya pasti akan memerlukan banyak masa untuk menikmati kesemua yang ditawarkan di Kota Beijing ini.

Jika waktu melancong ke Beijing hanya ada beberapa hari sahaja, anda boleh memfokuskan kepada 10 tempat menarik atau aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Beijing.

a buddha pagoda in beijing tianning temple,China

Dengan itu, anda boleh katakan bahawa anda telah mengalami pengalaman Kota Beijing, meskipun anda hanya melancong ke Beijing untuk beberapa hari atau hujung minggu sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan atau boleh lihat di Beijing sebahagian besarnya bergantung kepada masa, bajet, kepentingan peribadi anda dan penerimaan oleh orang ramai. Di sini adalah senarai destinasi menarik:


Kota Larangan (Forbidden City)

Beijing, China di pintu masuk utara Imperial City.

 Lihat Hotel | Lihat Peta | Beijing, China di pintu masuk utara Imperial City

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tip Pelancongan Ke Kota Larangan & Tip Pelancongan Istana Muzium. Bagi kebanyakan orang, Beijing adalah wilayah purba yang terletak di timur.

Kota Larangan adalah tempat yang terbaik untuk anda mulakan aktiviti melancong ke Beijing anda dengan merungkap banyak misteri yang ada.

the eaves of forbidden city on the hall of supreme harmony ,the highest level of ancient architectural style in China.

Terdapat lebih 9,000 bilik dengan keluasan lebih 250 ekar, istana luas lagi kompleks ini dibina di antara 1406 dan 1420, tetapi ianya runtuh terbakar, dibina semula, dipecahkan dan dipulihkan semula berkali-kali.

Oleh itu seni bina yang anda lihat adalah dari kurun ke-18 dan juga semasa Dinasti Qing.

The Palace Museum in the Forbidden City, China

Sarungkan kasut yang selesa kerana anda akan banyak berjalan! Adalah sangat membantu untuk anda mempunyai pemandu pelancong yang menceritakan sejarah-sejarah yang tersimpan di tapak-tapak Kota Larangan ini.

Atau jika anda adalah pelancong persendirian, disyorkan agar anda menyewa pita suara multi-lingual sama ada di Pintu Meridian (Pintu Selatan Kota Larangan) atau Pintu Divine Prowess (Pintu Utara Kota Larangan) dan pulangkan setelah anda selesai menerokai Kota Larangan.

Forbidden City

Selepas anda melawat Istana Imperial dan keluar melalui Pintu Divine Prowess, anda boleh masuk ke dalam Jingshan Park, daki sedikit dan lihat pemandangan yang menyejukkan mata di Istana Imperial.

Pada petang hari, terutama pada musim panas, Kota Larangan adalah kota bercahaya. Cahaya berwarna-warni dari semua arah memeriahkan Pintu Meridian, Pintu Divine Prowess, menara, dinding istana dan istana-istana utama yang lain.


Lihat Hotel | Lihat Peta | Bagaimana untuk ke Kota Larangan: www.dpm.org.cn | Alamat : No.4 Jingshan Front Street, Dongcheng District 65132255 | Waktu buka: 8:30-17:00 | Waktu tiket habis dijual: 15:00 pm | Waktu pengembaraan: 2 Jam

Harga Masuk: RMB 60 | Ambil bas No. 1, 2, 4, 5, 10, 20, 52, 57, 22, 54, 120, 802, bas istimewa No.1 dan turun di perhentian Zhongshan Phongshan Park atau di perhentian Tian Am Men. Ambil subway.


Tiananmen Square

Tiananmen Square, Beijing China - Pintu Damai Syurga.

 Lihat Hotel | Lihat Peta | Tiananmen Square, Beijing China – Pintu Damai Syurga


Apakah simbol untuk Beijing? Terdapat pelbagai jawapan. Tetapi Tiananmen Square pastinya berada dalam senarai teratas.

Terletak di tengah-tengah Kota Beijing, ia adalah tapak untuk perarakan besar-besaran dan rali, petak terbesar seumpamanya di dunia.

Forbidden City Chinese Culture Ancient Concept

Pada 1949, ini adalah tapak di mana Rostrum Tiananmen (Pintu Syurga Keamanan), Chairman Mao mengiystiharkan penubuhan Republik Rakyat Cina.

Tiananmen Square dikelilingi oleh Tiananmen (Pintu Syurga Keamanan) yang berada di utara; Dataran Lapang Rakyat (the Great Hall of the People) terdapat di barat, tempat perjumpaan kongres antarabangsa bagi Republik Rakyat Cina.

Forbidden City Chinese Culture Ancient Concept

Di timur Tiananmen Square adalah Muzium Negara Cina, dan lawatan pameran adalah seperti membaca Sejarah Keseluruhan Cina yang padat; di situ terdapat tugu Pewira Rakyat dan Mausoleum Chairman Mao yang terletak di barat.

Ketika matahari terbit dan matahari terbenam, majlis menaikkan dan menurunkan Bendera Kebangsaan China adalah sesuatu yang perlu diamati. Ketertiban kadet-kadet muda yang memberi pertunjukan yang hebat.

melancong ke beijing tiananmen square

Usahakan untuk tiba di sini 30 minit lebih awal agar mendapat tempat yang baik untuk menonton.

Ambil masa untuk melihat gelagat orang ramai (tentera, pelancong dan rakyat tempatan) menjadikan tapak itu satu tumpuan untuk pelawat yang baru pertama kali datang. Pastinya ini adalah satu pengalaman baru ketika anda melancong ke Beijing.


Lihat Hotel | Lihat Peta | Bagaimana untuk ke Tiananmen: Tiananmen Square: Percuma | Tiananmen (Gate of Heavenly Peace): RMB 15 | The Great Hall of the People: RMB 15 | Chairman Mao’s Mausoleum: Percuma

Muzium Negara Cina: RMB 15 | Waktu Buka (Tiananmen Square): Sepanjang Hari | Jangka masa Pengembaraan: 2-4 jam | Ambil bas No.1, 2, 4, 5, 10, 20, 52, 57, 22, 54, 120, 802, Bas Istimewa No.1 dan turun di perhentian Zhongshan Park atau perhentian Tian An Men. Ambil subway


Temple Of Heaven

Beijing, China at Temple of Heaven.

Lihat Hotel | Lihat Peta | Temple of Heaven adalah kompleks imperial bangunan keagamaan


Kami juga mengesyorkan anda untuk melihat Temple of Heaven jika melancong ke Beijing, ia juga tempat tumpuan utama pelancong di Beijing.

Ia terletak di selatan Beijing, dan menjadi tempat paling suci masyarakat Beijing di seluruh negara untuk lebih lima kurun.

Temple of Heaven in Beijing, China.

Ia digunakan sebagai complex of Sacrificial Buildings (kompleks bangunan pancung kepala) untuk Maharaja Ming dan Qing, dan ia adalah altar terbesar di Beijing antara beberapa altar Diraja Langit (Syurga/Heaven), Bumi, Matahari, Bulan dan dewa-dewa yang lain atau simbol kekuatan alam.

Jika anda melawat kuil ini pada waktu pagi, anda boleh melihat sekumpulan orang berlatih pelbagai jenis seni mempertahankan diri kung fu dan taiji.

Beijing, China at the historic Temple of Heaven.

Ramai yang menghiburkan sesama sendiri dengan muzik, lagu atau bermain kad dengan sangat asyik. Anda juga boleh berlatih bersama mereka jika anda mahu.

Ini adalah aktiviti yang baik untuk menghilangkan penat menaiki kapal terbang.

temple of heaven in beijing,China

Apa yang membuatkan kuil ini unik adalah pokok yang berumur berkurun-kurun lamanya. Berbaris-baris pokok Cypress Cina, Juniper Kuil Syuga Cina dan pokok Scholar (perubatan).

Beberapa pokok cypress tersebut adalah berusia lebih 600 tahun. Dr Henry Kissinger, ketika melawat kuil tersebut menyatakan, USA boleh membina semula Kuil Syurga jika ia menginginkannya, namun ia tidak akan mampu membina pokok-pokok ini semula.


Lihat Tiket | Lihat Hotel | Lihat Peta | Bagaimana ke sana: Alamat: Disebelah timur Tianqiao, Chongwen District 67018866 | Buka: 6:00-21:00 | Ambil Bas 6, 20, 39 | Jangka masa perjalanan: 1.5 jam | Harga masuk: RMB 35


Istana Musim Panas (Summer Palace)

Summer Palace

 Lihat Hotel | Lihat Peta | Menara Insensif Buddha di Summer Palace, Beijing


Sebagai Taman Diraja yang terbesar di China, Istana Musim Panas Beijing merupakan seperti taman imperial dengan keluasan lebih 10 km persegi.

Istana Musim Panas di barat laut desa (Suburban) Beijing adalah taman diraja (Imperial) yang terbesar dan paling sempurna yang terdapat di China.

Summer Palace

Pada suatu ketika dahulu taman rehat musim panas ini adalah untuk Maharaja, namun taman seluas 250 ekar ini masih buka untuk pelancong, untuk berehat dan beriadah di sekeliling pavilion, rumah agam, kuil, jambatan dan tasik besar purba.

Istana Musim Panas khususnya mempunyai Longevity Hill (Washoushan) dan Tasik Kunming.

Summer Palace

Majoritinya merangkumi Tasik Kunming. Dengan seni reka bentuk yang hebat dan arkitektur yang halus dan menampilkan kemahiran seni taman Cina, Istana Musim Panas mempunyai gelaran “Muzium Taman Imperial“.

Ia adalah taman Imperial yang keseluruhanya dikhususkan dengan landskap yang termewah dan tumpuan terhebat bangunan Istana Musim Panas.

Tower of Buddhist Incense in Summer Palace, Beijing

Istana Musim Panas telah dimasukkan ke dalam senarai warisan kebudayaan dunia (The World Cultural Heritage) pada 1998.

Jadi jika anda melancong ke Beijing, pun tempat ini jangan anda lepaskan peluang untuk melawatnya.


Lihat Hotel | Lihat Peta | Bagaimana untuk ke sana: URL: www.summerpalace-china.com | Alamat: Yiheyuan (Summer Palace) Road, Haidian District 62881144-209 | Waktu buka: 6:30-20:30 | Ambil bas No.726, 826, 718, 332, 331 atau 737 dan turun di Yiheyuan Dongmen | Harga masuk: RMB 40 (musim biasa) / RMB 50 (musim pelancongan)


Makam Ming (Batu Nisan 13)

Ming Dynasty Tombs

Lihat Hotel | Lihat Peta | Makam Ming adalah mausoleum yang dibina oleh kaisar dinasti Ming


Ini adalah laman yang menarik untuk beberapa sebab. Pertama, ia terletak di luar Beijing, oleh itu anda mempunyai peluang untuk keluar dari kota dan melihat kawasan desa.

Kedua, secara relatif ia terletak berhampiran The Great Wall, oleh itu, anda boleh melawat kedua-duanya dalam satu hari.

Makam Ming

Ketiga, batu nisan itu sendiri adalah pembuka mata. Lebih kurang 50 kilometer arah barat laut ke pusat bandar Beijing, dikenali sebagai “Batu Nisan 13”, ini adalah tempat tertanamnya 13 daripada 17 Maharaja dari Dinasti Ming.

Terdapat hanya dua batu nisan yang telah ditemui/diukir/digali dan dipamerkan kepada awam: Dingling dan Changling. Changling adalah batu nisan yang pertama yang dibina.

Ming Dynasty Tombs

Ia memakan masa 2 tahun untuk dibaikpulih, dan dibuka pada 1958.

Dingling telah ditemui/diukir/digali dengan begitu teliti hinggakan seseorang perlu masuk kedalam lubang keranda itu sendiri.

Ming Dynasty Tombs

Walau bagaimanapun, Batu Nisan Ming sangat curam untuk diterokai maka sesiapa yang mempunyai masalah jantung atau masalah lutut tidak digalakkan untuk melawat batu nisan bawah tanah ini.

Bagi pelawat yang menggunakan kerusi roda, atau sesiapa yang tidak mahu meneroka terlalu dalam ke batu nisan, disyorkan hanya melawat Batu Nisan Changling.


Lihat Hotel | Lihat Peta | Harga masuk seperti dibawah: Changling Tomb: RMB 30 (Nov.01 ke Mac.31) / RMB 45 (Apr.01 ke Okt.31) | Dingling Tomb: RMB 40 (Nov.1 ke Mac.31) / RMB 60 (Apr.1 ke Okt.31)

Waktu buka: Changling Tomb: 08:30 hingga 17:30 / Dingling Tomb: 08:30 hingga 18:00 | Jangka masa perjalanan: dua jam | Jalan Bas pelancong: 1, 2, 3, 4, 5


Tembok Besar Cina (Great Wall of China)

the Great Wall at beijing,china

Lihat Hotel | Lihat Peta | 5,500 batu panjang merentas seluruh China


Jika anda dalam keadaan tergesa-gesa, anda boleh meninjau sebahagian besar tempat lawatan anda dengan mendaki satu tempat khusus di Tembok Besar Cina.

Tembok Besar China menjangkau 600 km panjang menerusi utara Beijing. Anda pastinya sudah tahu tentang kewujudan keajaiban dunia ini kan?

Detail of the wall as it meandrs across the rough terrain.


Great Wall of China at the Jinshanling section at dusk.


Great Wall of China at the Jinshanling section at dusk.

Bersama-sama jumlah panjang Tembok Besar di Beijing, terdapat lapan bahagian utama termasuk Badaling, Juyongguan, Huanghuacheng, Jiankou, Mutianyu, Gubeikou, Jinshanling, dan Simatai.

Sebahagian besar dari Tembok Besar China di Beijing dijaga dengan rapi dan kebanyakannya adalah peninggalan dari Dinasti Ming, di mana era yang penuh dengan pembangunan.

The Great Wall at beijing,china


the great china wall with sunset glow.


the great wall in ridge mountains at sunrise

Untuk menaiki Tembok Besar Cina, kasut yang tahan lasak lagi selesa sangat dititik beratkan!

Pada musim panas, perlu diingati untuk menggunakan sunblock, cermin mata hitam dan air.


Lihat Hotel | Lihat Peta | Tembok Besar Badaling: Harga Masuk: RMB40 (Nov. 01 ke Mac. 31); RMB 45 (Apr. 01 ke Okt. 31) | Waktu buka: 06:40 ke 18:30 | Jangka masa mendaki: dua jam setengah | Bagaimana untuk ke destinasi: Ambil bas 919. | Atau ambil bas pelancong | No. 1 di Pintu Depan ( Qianmen ); | No. 2 di Stesen keretapi Beijing; | No. 3 di Jambatan Timur; | No. 4 di Pintu Xizhi atau Zoo Beijing;

Tembok Besar Juyongguan: Harga masuk: RMB 45 | Waktu Masuk: 07:30 ke 17:30 | Jangka masa mendaki: dua jam | Bagaimana untuk ke destinasi: | Ambil jalan bas pelancong seperti di bawah: Take No. 1 di Pintu Depan( Qianmen ) | Take No. 2 di Stesen Keretapi Beijing | Take No. 3 di Jambatan Timur | Take No. 4 di Zoo Beijing atau Pintu Xizhimen (top)

Tembok Besar Mutianyu: Harga Masuk: RMB35 | Waktu buka: 07:30 ke 17:30 | Jangka masa mendaki: dua jam setengah | Bagaimana untuk ke destinasi: Ambil bas nombor 916

Tembok Besar Simatai: Harga masuk: RMB 35 | Waktu buka: 08:00 ke 17:00 | Jangka masa mendaki: dua jam | Bagaimana untuk ke destinasi: Ambil bus 970 dari Beijing ke Miyun dan sewa teksi dari situ.

Tembok Besar Jinshanling: Harga masuk: RMB 30 | Waktu buka: 08:00 ke 16:50 | Jangka masa mendaki: dua jam


Hutongs (Beijing Lama -Shichahai)

Hutong

Lihat Hotel | Lihat Peta | Sekitar Qianhai Beiyan di Tasik Houha, Dongcheng


Anda pernah menaiki beca? Di kawasan Hutong, Beijing lama, anda boleh menemui pengangkutan lapuk ini yang dikekalkan khas untuk pelancong yang gemar menggunakan beca untuk bersiar-siar keliling Hutings, menyelusuri lorong kota lama Beijing yang unik.

Di kejiranan yang jalannya sempit, berpusing-pusing menggambarkan suasana “kehidupan sebenar” di Beijing, di mana laluannya bersambung ke halaman perkampungan tradisional yang padat.

Tiaozhou Hutong, Xicheng Qu, Beijing Shi, China, 100801

Jika melancong ke Beijing pastikan anda tidak melepaskan peluang menaiki beca ini.

Pelawat Hutong yang menggunakan beca biasanya dapat meliputi tempat menarik seperti Menara Drum, halaman kejiranan dan Rumah Agam Putera Gong.

Di situ terdapat banyak restoran-restoran kecil, bar dan rumah tumpangan.

Hutong

Dari Hutongs, di atas puncak Menara Loceng anda boleh melihat pemandangan pelan sekitar Hutong. Bahagian yang paling menarik jelajah itu ialah berjalan melalui “Lembah Paip Tembakau” berdekatan Menara Loceng.

Di lawatan ini anda akan menikmati kebudayaan Beijing. Pada hujung lembah paip tembakau terdapat beberapa kedai kopi Beijing dengan gaya yang tersendiri.


Lihat Hotel | Lihat Peta | Bagaimana untuk ke destinasi: Dua tapak untuk meneroka hutongs: Kawasan Shichahai : Taman Beihai utara Kawasan Dazhalan : Tiananmen Square selatan | Beca: RMB 50-100


Tapak Olimpik (2008 Summer Olympics)

Olympic Stadiums

Lihat Hotel | Lihat Peta | Dikenali juga sebagai Bird’s Nest, adalah sebuah stadium di Beijing


Tapak Olimpik Usain Bolt dari Jamaica memecah rekod dunia dengan memenangi kedua-dua 100 dan 200 pingat emas di Olimpik

Di Kubik Air (Pusat Akuatik Nagara), Michael Phelps dari Amerika mencatat sejarah dengan memenangi 8 pingat emas di Beijing!

Beijing Cube Olympic

Dengan kedudukan dari hujung utara Olimpik Hijau Beijing anda dapat melihat paksi bandar Beijing yang menunjukkan keseluruhan lawatan Beijing anda.


Lihat Hotel | Lihat Peta |  Bagaimana ke destinasi: Harga Masuk: Kubik Air RMB 40; Kubik Air RMB 60 | Subway Line 8 (Line khusus Olimpik): turun di Stesen Pusat Sukan Olimpik, keluar dari stesen dari Exit B1 (exit barat laut) atau Exit B2 (exit timur laut), dan jalan ke arah utara.

Jalan melalui bas, ambil bas nombor 82, 538 dan turun di Stesen Timur Stadium Negara.


Itik Panggang Beijing (Halal Peking Duck)

Itik Panggang Beijing Halal

Lihat Hotel | Lihat Peta | Itik Peking Panggang Halal di Beijing Terkenal Kesedapannya


Itik Panggang Peking adalah citarasa masakan tempatan Beijing.

Mendaki Tembok Besar China, menonton Opera Beijing dengan asyik dan menikmati Itik Beijing adalah tiga perkara “mesti” dan tidak boleh dilepaskan bagi yang melancong ke Beijing untuk pertama kali.

Chef is cutting the famous Peking roasted duck

Cara tradisional untuk menyediakan juadah Itik Beijing mempunyai sejarah melebihi 100 tahun dan ia mengekalkan reputasinya hingga ke hari ini.

Hongbinlou

Jika anda bertanya yang manakah rumah (restoran) Itik Beijing yang terhebat, lain orang akan memberi jawapan yang berbeza.

Sebenarnya ia bergantung pada citarasa individu yang mana yang terbaik.


Lihat Hotel | Lihat Peta| Popular di Hong Bin Lou menyediakan Itik panggang halal. Sila rujuk pemandu pelancong anda untuk mendapatkan restoran yang terbaik bagi Itik Panggang Beijing | Untuk muslim juga terdapat itik panggang halal ini disekitar Beijing


Opera Beijing (Teater Opera Peking)

Peking Opera

Lihat Hotel | Lihat Peta | Opera Peking muncul di Beijing pada dinasti pertengahan Qing


Opera Beijing mempersembahkan beberapa aksi terlatih, termasuklah menyanyi, menari, berdialog dan akrobatik bertugkus-lumus menyampaikan sesebuah cerita.

Juga mempersembahkan beberapa karektor dan memimikkan perasaan gembira, marah, sayu,terkejut, takut dan kesedihan.

Peking Opera

Di Opera Peking terdapat empat jenis watak utama: Heng (lelaki) dan (wanita muda), Jing (muka dicat, lelaki), dan Chou (badut, lelaki atau perempuan).

Peking Opera

Karektor mungkin bersifat setia atau pengkhianat, cantik atau hodoh, baik atau jahat, imej mereka dipersembahkan dengan amat berkesan.


Lihat Hotel | Lihat Peta | Opera Beijing bagaimana hendak ke sana: Bangunan Opera Kuno Huguang Huiguan | Alamat: 3 Hufang Road, Xuanwu District ,Beijing | Masa: 9:00-19: 00 tutup pada hari Isnin | Bas: Ambil bas nombor 5,6,23,50,53,102,105 dan turun di hentian Hufangqiao | Tiket: 150 yuan

Teater Liyuan | Alamat : 1/F Qianmen Hotel, Yongan Road, Hufangqiao, Xuanwu District, Beijing | Bas: Ambil bas nombor 19,40,59,61,122,819 dan turun di hentian Hufangqiao | Tiket: 20-150 yuan


  • Baca juga: Tempat Menarik Di Xian China: 10 Aktiviti Menarik

Pakej-Beijing-China

Demikianlah tadi 10 aktiviti dan tempat menarik di Beijing China yang anda boleh lawati bagi perancangan percutian anda

Ada banyak tempat-tempat yang menarik lagi di Beijing untuk kami senaraikan.

Bersambung…

Tags: bercuti di beijingtempat menarik di beijing
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Selanjutnya

Komen 5

  1. blank Eulalia Lominus says:
    + -

    Slmt malam,nak tanya berapa bajet kalau nak melancong di beijing utk 5hari?

    Reply
  2. blank Wahid Anwar says:
    + -

    Ada pakej ke Beijing bulan Mac 19?

    Reply
  3. blank Mohd eric yong says:
    + -

    Salam,
    Saya akan ke beijing 29th november – 9th december. Saya akan ke sana dgn isteri n 3 anak berumur 14, 12 and 7.

    Boleh bagi cadangan itinerari n harga pls. 3rd december-5th december nak pergi xian. Tolong cadangan itinerari termasuk harga keretapi laju utk xian jugak pls. Terima kasih.

    P/s Bagi harga dgn hotel (4 *) dan tanpa hotel. Nak tour guide english pls. Tk.

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam. Terima kasih Mohd Eric Yong kerana menghubungi kami. Krew konsultan pelancogan kami akan mengubungi tuan melalui email untuk bantuan selanjutnya. 🙂

    • blank Mieda says:
      + -

      Salam.. Sy akan ke beijing pada 8-11 December. Tolong cadangkan itinery yang sesuai

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86.9k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.3k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.2k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my