fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman China Pakej Xian

Tempat Menarik Di Xian China: 10 Destinasi & Aktiviti Popular [TERKINI]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
22 Januari, 2023
Kategori: Pakej Xian
Masa Bacaan: 4 mins read
433 12
A A
10
Misteri Patung Askar Terracotta
23.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Topik Tempat Menarik Di Xian China: Xi’an adalah bandar yang paling dipilih di China di dalam senarai pelancongan bandar selepas Beijing.

“Xian” di dalam Bahasa Cina bermaksud “Keamanan di Barat”, yang dahulunya dalam sejarah dikenali sebagai “Chang An” (Keamanan Kekal).

Sebuah ibu kota purba untuk beberapa dinasti yang paling penting di dalam sejarah China, termasuklah Zhou, Qin, Han, Sui dan dinasti Tang.

Tempat Menarik Di Xian China: 10 Destinasi & Aktiviti Popular [TERKINI] 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Ramai pelancong mengatakan kota Xian kelihatan lebih ke-Cina-an berbanding bandar-bandar metropolitan lain seperti Beijing dan Shanghai.

Ia adalah syurga kegemaran bagi mereka-mereka yang berminat akan budaya Cina dan rakyatnya.

Xian city wall ancient building at night, color toned picture, China.
Tarikan utama Xian adalah bangunan kuno zaman dinasti yang masih terpelihara

Jika ia adalah kali pertama rancangan lawatan anda ke Xian, maka anda mungkin tertanya-tanya apakah perkara yang paling penting untuk dilakukan di Xian bagi perjalanan yang singkat, 2-3 hari.

Terdapat maklumat yang besar akan apa yang harus dilihat di Xian, yang anda boleh dapatkan daripada mana-mana buku-buku pelancongan yang popular atau laman-laman web berkualiti termasuklah tripadvisor.com dan about.com.

Promo-Xian-China

  • Lihat Pakej Percutian ke Xian
  • Lihat Penginapan Terbaik di Xian
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Xian
  • Lihat Peta Percutian di Xian

Pin

  • 1 Melawat Patung Tentera: Terra Cotta Warriors
  • 2 Tang Dynasty Music and Dance Show
  • 3 Huaqing Hot Springs
  • 4 Xian City Wall
  • 5 Xian Muslim Quarters dan Masjid Besar
  • 6 Bell & Drum Towers
  • 7 Shaanxi Provincial History Museum
  • 8 Big Goose Pagoda
  • 9 Stone Steles Forest Museum
  • 10 Tempat Menarik Di Xian: Yangling Mausoleum Han Dynasty
Namun, untuk membantu anda, artikel ini membentangkan Senarai 10 aktiviti yang dapat dilaksanakan di Xian untuk rujukan anda.


Melawat Patung Tentera: Terra Cotta Warriors

Tempat Menarik di Xian
Misteri Penemuan Tentera Terra Cotta

Melawat Tentera Terra Cotta Warriors adalah sebab utama mengapa anda berada di sini di Xian. Anda mungkin telah melihat gambar-gambarnya dari pelbagai buku perjalanan ke China atau laman-laman web pelancongan berkaitan.

Tapak asal Tentera Terra Cotta-Warriors ditemui oleh petani tempatan ketika menggali perigi pada tahun 1974. Kini ia telah menjadi tarikan yang paling penting di Xian – Terracotta Warriors and Horse Museum. Ia terletak kira-kira 50 km di timur Bandar Xian.

terracotta-army
Tentera pengawal kerajaan mega Kaisar Qin Shi Huang (259 – 210BC)

Muzium ini termasuklah Pit 1, Pit 2 dan Pit 3 serta dewan pameran untuk tentera berkuda dan kuda-kuda. Pit 1 adalah yang terbesar antara mereka.

Untuk ke sana anda boleh menaiki bas awam dari Terminal Bas Stesen Kereta Api Xian, atau mengambil teksi atau menyewa kereta daripada sebuah syarikat pelancongan tempatan.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Lintong, Xi’an, Shaanxi, China

  • Tiket: Yuran Masuk Kompleks RMB 90

  • Waktu Operasi: 08:30 Pagi – 5:30 Petang

  • Bagaimana ke sana: Terminal Bas Stesen Kereta Api Xian: Ambil bas pelancongan no.5, bas no.914, 915 (kira-kira satu jam)

Tang Dynasty Music and Dance Show

Tarian & Persembahan Tang Dynasty Musical
Tarian & Persembahan Tang Dynasty Musical

Bagi pengunjung yang baru pertama kali datang, adalah satu kejutan istimewa bahawa anda tidak akan bersendirian ketika malam di kota kuno Xian ini.

Saluran utama Xi’an seperti Xi Dajie, Nan Dajie dan Dong Dajie adalah terang dan indah dipenuhi dengan nyalaan papan-papan tanda neon bercahaya.

Tempat Menarik Di Xian China: 10 Destinasi & Aktiviti Popular [TERKINI] 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

Jika anda tidak berminat untuk membeli-belah di waktu petang, maka Big Goose Pagoda Square dan Nanhu Lake adalah tempat keluar di waktu malam, di mana lampu yang mempesonakan dan pemandangan yang indah pasti akan mengejutkan anda!

tang-dynasty-music-dance-show-hall
Tang Dynasty Show selalu penuh dengan persembahan menakjubkan | Kredit: Wind Horse

Jika anda lebih sukakan persembahan malam untuk memenuhi waktu malam anda, antara tempat menarik di Xian, Tang Dynasty Show adalah pilihan terbaik anda, yang mana merupakan salah satu tarikan utama pelawat ke Xian.

Tang Dynasty Music and Dance Show adalah satu elemen agung akan masyarakat purba yang kaya dan makmur, memberi kefahaman tentang gaya hidup yang aman dari Dinasti Tang (618-907).

Ada dua tempat utama untuk melihat persembahan – Shaanxi Dance Theatre Song dan Dinasti Tang Palace, yang kedua-duanya menawarkan dua pilihan – persembahan termasuk makan malam atau tidak termasuk makan malam.

Di mana dan bila untuk meihat persembahan: 1. Shaanxi Song & Dance Theatre Masa Persembahan 20:00-21:00 No. 165, Wenyi Road, Xi’an (di luar pintu gerbang timur) | 2. Tang Dynasty Palace 20:30-21:40 No. 75, Chang’an Road, Xi’an (di luar pintu gerbang selatan)

Tempat Menarik Di Xian China: 10 Destinasi & Aktiviti Popular [TERKINI] 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 161 Wenyi N Rd, Yan Ta I T Shang Quan, Beilin Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China

  • Tiket: Yuran Masuk Teater:  RMB 240 | Dengan makan malam RMB 340

  • Waktu Operasi: 08:00 Malam – 10:00 Malam

Huaqing Hot Springs

Huaqing Hot Springs
Kolam Huaqing terkenal dengan kisah cinta romantis Tang Emperor Xuanzong dan gundiknya Yang Yuhuan

Orang ramai biasanya melawat Huaqing Hot Spring dalam perjalanan ke atau sekembali dari Terra Cotta Army memandangkan tapak ini terletak di bawah gunung Lishán hanya 5 km timur dari Terracotta Warriors and Horse Museum.

Ia terkenal untuk pemandangan musim bunga dan kisah cinta romantis akan Maharaja Xuanzong (685-762) dan gundiknya Yang Guifei dalam Dinasti Tang (618-907). Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai sejarah Cina, terutamanya Dinasti Tang dan menikmati perkebunan Cina, ini adalah tempat yang tepat.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | China, Shaanxi Sheng, Xian Shi, Lintong Qu, 华清路38号

  • Tiket: Yuran Masuk RMB 40

  • Waktu Operasi: 09:00 Pagi – 5:00 Petang

  • Talian Bas: 914 dan Bas Pelancong 5 di Dataran Timur Stesen Kereta Api Xian

Xian City Wall

Xian city wall at night, China.
Pintu selatan, Yongning, adalah yang paling indah dihiasi

Tempat menarik di Xian yang paling terkemuka adalah tembok kota, yang merupakan tembok yang paling lengkap yang telah terselamat di China dan juga sebagai salah satu sistem pertahanan ketenteraan purba terbesar di dunia.

Ia telah diperbesarkan dalam Dinasti Ming (1368-1644) dari tembok bandar yang mulanya dibina pada Dinasti Tang (618 -907). Kini ia adalah setinggi 12 meter, 12-14 meter lebar dan melebihi 14 kilometer panjang dengan parit dalam di sekitarnya.

ancient turret on city wall in xian
Dinding Kota Xi’an adalah dinding bandar yang paling lengkap yang telah bertahan di China

Anda boleh berjalan kaki malahan berbasikal di atas tembok ini. Pintu gerbang selatan adalah yang paling terbesar siap dengan jambatan gantung.

Sebahagian besar pelancong memilih pintu gerbang selatan untuk bersiar-siar.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | China, Shaanxi Sheng, Xian Shi, Beilin Qu, Zhong Lou Shang Quan, 陕西

  • Tiket: Yuran Masuk RMB 40

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 9:30 Malam (Musim Bunga dan Panas) 08:00 Pagi – 7:00 Malam (Musim Gugur dan Sejuk)

Xian Muslim Quarters dan Masjid Besar

Xian Muslim Quarters dan Masjid Besar
Xian Muslim Quarters juga dikenali sebagai Huimin Jie di Pingyin

Xian Muslim Quarters adalah tempat menarik di Xian yang juga unik, terletak di belakang (utara) Drum Tower.

Xian Islam Quarters adalah tempat yang menarik yang anda tidak akan terlepas! Masjid Besar yang terkenal tersebut terletak di Muslim Area.

Huimin Jie di Pingyin
Rata-rata peniaga di Xian Quarters adalah muslim

Untuk pelancong-pelancong yang datang ke sini, bazar di kawasan Islam adalah yang paling menarik dengan kawasan luas untuk pelbagai gerai yang menjual segala-galanya.

Jalan-jalan dan laluan pejalan kaki ini penuh dengan rasa kehidupan.

Membeli-belah di sini amat seronok, sangat murah dan anda boleh menemui beberapa barangan unik yang jarang kita jumpa di tempat lain di China. Masjid Besar di Xian adalah salah satu yang paling tua, yang terbesar dan paling terpelihara di China.

Tidak seperti kebanyakan masjid di Timur Tengah atau negara-negara Arab, Masjid Besar Xian adalah sepenuhnya Cina dalam pembinaan dan gaya seni binanya, kecuali beberapa huruf Arab dan hiasan.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 90 N Guangji St, Zhong Lou Shang Quan, Lianhu Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China, 710001

  • Tiket: Yuran Masuk RMB 25

  • Talian Bas: Ambil bas no.4, 6, 7, 8, 11, 12, 15, 26, 29, 32, 43, 118 dan turun di Drum Tower Station

Bell & Drum Towers

Xian Bell & Drum Towers
Menara yang menandakan pusat geografi ibu kota kuno Xian

Di dalam sejarah China dari Dinasti Ming, setiap bandar mempunyai sebuah menara loceng dan menara gendang. Loceng dibunyikan disubuh dan dram pada waktu senja setiap hari dalam masa purba, satu cara untuk memberitahukan masa.

Xian tidak terkecuali. Tempat menarik di Xian yang unik ialah Menara Loceng dan Gendang ini adalah bertarikh ke Dinasti Ming (1368-1644).

xian bell tower on nightfall, the ancient city in China, the famous tourist destination
Semasa Dinasti Ming, Xi’an adalah sebuah bandar tentera penting di China Barat Laut

Kedua-duanya terletak di tengah-tengah bandar Xian yang menghubungkan empat jalan raya dari timur, selatan, barat dan utara dalam tembok kota.

Di atas Menara Loceng, anda akan dapat menikmati pemandangan panorama kota Xian; atas Menara Gendang anda akan dapat menikmati pandangan mata burung daripada Quarters Muslim.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Beiyuanmen, Bei Yuan Men Xiao Chi Yi Tiao Jie, Lianhu Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China, 710001

  • Tiket: Yuran Masuk RMB 15 (Bell Tower); RMB 20 (Drum Tower)

  • Waktu Operasi: 09:10 Pagi – 5:00 Petang

  • Talian Bas: Ambil no.5 bas, 60, 107 atau 124 dan turun di Drum Tower Station

Shaanxi Provincial History Museum

Muzium Shaanxi
Dikenali sebagai ‘mutiara dinasti kuno dan rumah khazanah Cina’

Jika anda sukakan sejarah China, Muzium Wilayah Shaanxi adalah satu kemestian dalam perjalanan Xian anda.

Ia adalah salah satu daripada empat muzium terbesar di China (tiga yang lain adalah Forbidden City Museum, Shanghai Museum and Shaanxi Provincial History Museum dan Henan Provincial Museum.

Anda perlu untuk menempah tiket anda walaupun ia adalah percuma. Ia terletak 1 km dari barat laut Big Wild Goose Pagoda. Ia adalah sebuah kompleks seni bina gergasi dalam gaya Dinasti Tang.

Muzium Shaanxi
Muzium Shaanxi

Ia terletak di kawasan seluas 70,000 meter persegi, dan kawasan pembinaannya lebih daripada 50,000 meter persegi. Ia memberi tumpuan kepada acara kemuncak budaya Shaanxi dan menggambarkan pembangunan tamadun Cina.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 91 Xiaozhai E Rd, Xiao Zhai Shang Ye Jie, Yanta Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China, 710061

  • Tiket: Yuran Masuk Percuma

  • Waktu Operasi: Selasa-Ahad:9:00-17:30 (Nov.15 ke Mar.15) 8:30-18:00 (Mar.16 untuk Nov.14); Ditutup pada hari Isnin

  • Talian Bas: Turun di Guihhua Road Bus Station dengan mengambil bas 5, 19, 24, 26, 27, Bas Pelancong No.6, dan No. 8.

Big Goose Pagoda

Kecantikan Big Goose Pagoda Pada Waktu Malam
Pemandangan cantik Big Goose Pagoda pada waktu malam

Antara tempat menarik di Xian paling meriah pada waktu malam ialah Pagoda Angsa Besar, merupakan salah satu struktur tertua di China.

Pada asalnya Pagoda Angsa Besar terdiri daripada struktur bata lima tingkat dan adalah kira-kira 60 meter tinggi. Pertama kali dibina pada 589A.D.

Semasa Dinasti Sui. Antara AD 701 dan 704 AD semasa pemerintahan Maharani Wu Zetian, lima tingkat telah ditambah ke pagoda menjadikan kesemuanya sepuluh.

big wild goose pagoda at dusk ,Xian, China.
Dayan Pagoda telah tersenarai di dalam Senarai Warisan Dunia

Malangnya ia telah rosak semasa Perang Dunia II dan dikurangkan kepada tujuh tingkat, yang kekal hingga ke hari ini.

Pagoda Angsa Besar terletak di DaKuil Ci’en, empat kilometer di selatan jauh dari pusat bandar. Ia adalah salah satu yang paling terasing dan menonjol di bandar ini, mungkin juga bangunan yang paling indah yang masih kekal di Xian hari ini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Ci’en Rd, Xiao Zhai Shang Ye Jie, Yanta Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China

  • Tiket: Yuran Masuk RMB 25

  • Waktu Operasi:  9:00 Pagi – 5:30 Petang

  • Pengangkutan: Bas 5 21 22 23 24 27 30 34 41

Stone Steles Forest Museum

Forest of Stone Steles Museum
Muzium bertema yang memfokuskan kepada paparan stel batu, epigraphs dan ukiran batu dari dinasti yang lalu

Forest of Stone Steles atau Forest of Stone Tablets di Xian ini pada asalnya dibina pada 1087. Hutan Batu Steles di Xi’an menyimpan koleksi terbesar steles di China. Ia adalah struktur halaman gaya klasik di tapak bekas Kuil Confucian di Sanxue Street, Xian, berhampiran dengan pintu gerbang selatan Xi’an City Wall.

Muzium ini mempunyai kawasan seluas lebih 30,000 meter persegi. Ia adalah salah satu daripada pusat-pusat purba batu-ukiran klasik Cina. Ia juga adalah pusat untuk seni kaligrafi dari dinasti-dinasti lalu.

Steles yang banyak berdiri di sini mengibaratkan hutan, bersesuaian dengan namanya “Forest of Steles”. Dengan sejarah lebih 900 tahun, ia adalah satu khazanah seni yang terkenal di dalam dan di luar negara.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 18 Daxue E Rd, Beilin Qu, Xian Shi, Shaanxi Sheng, China

  • Tiket: Yuran Masuk RMB 30

  • Waktu Operasi:  9:00 Pagi – 5:30 Petang

  • Pengangkutan: bas 23 40 221 222 302 309 402

Tempat Menarik Di Xian: Yangling Mausoleum Han Dynasty

Hanyang Tombs
Ia adalah makam bersama Liu Qi, seorang maharaja terkenal Dinasti Han Barat (206 SM-24AD)

Hanyang Tombs (Makam Maharaja Han Barat Liu Qi) Baginda merupakan maharaja keempat – makam Maharaja Jing dalam Dinasti Han (206BC-AD 220) yang telah dibuka pada tahun 2001 dan terkenal dengan kekayaan koleksi patung tanah liat dan patung haiwan.

Sebenarnya kubur baginda belum lagi dibuka.

Apa yang dilihat di dewan pameran itu adalah artifak dari tapak perkuburan sekitar makam utama itu.

Yangling Mausoleum of Han Dynasty
Dinasti Han, Ia dibina pada tahun 153 AD dan meliputi kawasan seluas 20 kilometer persegi (4,942 ekar)

Tempat menarik di Xian paling misteri iaitu, Hanyang Tombs adalah kira-kira 20 Km dari lapangan terbang Xian, 30 km utara pusat bandar Xian.

Bagi kebanyakan pelancong, Hanyang Tombs lebih adalah seperti permata yang tersembunyi!


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Weicheng, Xianyang, Shaanxi, China

  • Tiket: Yuran Masuk RMB 90 | Istana bawah tanah: RMB 35

  • Waktu Operasi:  8:30 Pagi – 5:30 Petang

  • Pengangkutan: Bas Pelancong 4 dan 10

Bersambung…

Promo-Xian-China

Tags: bercuti di xianhotel di xianmelancong ke xian
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Kecantikan Big Goose Pagoda Pada Waktu Malam
China

Percutian di Xian: Sejarah Menarik Kewujudan Islam di China

  Anda merancang untuk percutian di Xian, China? Xi'an sudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan...

Oleh: Hadi Ghazali
15 September, 2022
9.3k
Selanjutnya
4.5 2 votes
Penilaian Artikel
10 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
22.9k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
51.3k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
15.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
18.3k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
47.6k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

Pakej-Uzbek-Final-Call-2023

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz