Anda merancang untuk percutian di Xian, China? Xi’an sudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain.
Bangsa Siam ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang menetap di kota ini.
- Lihat Pakej Percutian Xian
- Lihat Penginapan Terbaik Xian
- Lihat Aktiviti Menarik di Xian
- Lihat Peta Percutian Xian
Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari 4 Kota Purba China bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Siam Lama ini sebagai ibunegara mereka.
Kota Xian memiliki dasar tanah seperti di dasar tanah Kedah yang mempunyai ribuan artifak yang berharga seperti di Sungai Batu, Lembah Bujang serta Pangkalan Bujang.
Percutian di Xian: Mengenali Sejarah Islam di China
Di Xian, dasar buminya turut juga memiliki beribu artifak purba, antaranya ialah Patung Perajurit Purba yang berlainan wajah seperti di sumpah menjadi batu di kenali sebagai Panglima Terakota.
Di dalam bahasa Indonesia China bermaksud Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula di sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina.
Di dalam bahasa Siam Melayu ia di gelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah ‘Petunjuk’ dan ‘Na’ ialah Datuk.
Dalam bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus.
Tai Zhong yang merupakan Tabien dan salah seorang anak murid Penakluk Agung empayar Parsi dan seorang sahabat besar nabi S.AW.
Sesudah beriman telah membina Masjid Raya Xian yang sangat besar dan unik terletak di kota Xian. Ia di anggap salah satu masjid dengan arkitektur paling indah di dunia.
Pada tahun 1988 pemerintah China menetapkannya sebagai salah satu bangunan bersejarah terpenting di China.
Ia mempunyai halaman berkeluasan seluas 12.000 – 13.000 m2 manakala bangunan masjidnya mempunyai keluasan lebih dari 6.000 m2.
Ia berbentuk empat persegi panjang, memanjang dari Timur ke Barat.
Selepas siap di bina ramailah orang-orang dari Arab dan Persia mendatangi China melalui Jalur Sutera singgah di situ.
Dari Kota Xian ini sesetengah dari mereka berpindah pula ke beberapa kota seperti Zaitun, Quanzhou, Hoangzho, Yangzhou, dan seluruh China.
Selain berdakwah mereka juga bermuamalat dengan orang tempatan seperti berniaga, berternak dan lain-lain sambil meninjau tempat yang perlu guna menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk setempat.
Aktiviti utama Masjid Agung Xi’an iaitu Dakwah ila Allah menjadi salah satu jejak asas aktiviti dakwah mereka.
Kerajaan China selepas kematian Mao Tze Tong telah menjaga masjid ini dengan teliti dan ia disenaraikan pula sebagai bandar bersejarah lama yang terkenal oleh UNESCO manakala kotanya pula diiktiraf sebagai sebuah daripada 4 buah ibu negara purba yang terkenal di dunia, bersama-sama dengan Athens, Rome dan Kahirah.
Ini kerana Xian merupakan ibu negara China sepanjang 13 dinasti pada sejarah zaman purbanya. Untuk percutian di Xian, lawati tempat yang bersejarah ini melalui pakej Xian yang menarik kami sediakan.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang keindahan Xian?
Bersambung…