fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Jepun

Melancong ke Jepun: 12 Tempat Tarikan Pelancong Terbaik [POPULAR]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
7 Disember, 2022
Kategori: Jepun
Masa Bacaan: 4 mins read
244 24
A A
2
melancong-ke-jepun-o
9.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Melancong ke Jepun adalah seperti melancong ke bandaraya Kuala Lumpur, ianya sibuk sepanjang hari tak kira siang atau malam.

Antara perbezaan ketara antara dua tempat ini adalah kebersihan dan layanan mesra masyarakat Jepun kepada para pelacong.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Namun, yang paling utama khususnya bagi pelancong adalah, di bandar Tokyo ini, berjalan kaki sahaja sudah memadai untuk anda menjelajah tempat ini untuk pergi ke tempat-tempat menarik.

Tokyo merupakan ibu negeri kepada negara demokratik berparlimen iaitu Jepun. Ia merupakan lokasi di mana terletaknya Imperial Palace juga bangunan-bangunan kerajaan dan Parlimen.

Di Timur-Pusat Honsu, pulau utama yang terbesar Jepun, bandar berpopulasi tinggi ini amat berbaloi untuk diterokai.

Tokyo merupakan salah satu daripada bandar paling moden di dunia dari segi infrastruktur dan rekaan – kebanyakannya disebabkan gempa bumi pada tahun 1923 dan Perang Dunia ke-2.

japan-tokyo-shibuya-japanese

Tokyo juga memegang gelaran bandar paling mahal di dunia untuk diduduki (namun antara paling mudah untuk diterokai, terima kasih kepada rangkaian landasan dan keretapi bawah tanahnya).

Dari sisi kebudayaan, Tokyo terkenal dengan muziumnya yang banyak; perayaan; makanan bertaraf antarabangsa; dan kelab-kelab sukan profesional, termasuklah baseball, bola sepak, termasuk juga sukan tradisional Jepun seperti gusti Sumo.

Ia juga merupakan bandar yang kaya dengan muzik dan teater, dengan banyak tempat menawarkan segala-galanya tentang Jepun seperti drama moden, orkestra simfoni, dan konset pop dan rock.

Promo-Banner-Tokyo

  • Lihat Promosi Pakej Tokyo Jepun
  • Lihat Penginapan Terbaik di Tokyo
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Tokyo
  • Lihat Peta Percutian di Tokyo

Pin

  • 1 Imperial Palace Tokyo (Istana Diraja)
  • 2 Daerah Ginza: Syurga Membeli Belah
  • 3 Melancong Ke Tokyo: Asakusa dan Kuil Senso-ji
  • 4 Muzium Alam Semulajadi dan Sains Tokyo
  • 5 Taman Ueno dan Zoo Tokyo
  • 6 Muzium Negara Tokyo
  • 7 Muzium Seni Barat Negara Tokyo
  • 8 Tokong Besar Meiji, Tokyo
  • 9 Miraikan dan Edo-Tok, Tokyo
  • 10 Melihat Pemandangan di Tokyo Skytree
  • 11 Melancong Ke Jepun DiBalai Seni Negara
  • 12 Mengenali Teater Kabuki-za, Jepun
Mari kita lihat 12 tempat paling menarik di Tokyo yang popular dikunjungi pelancong Malaysia


Imperial Palace Tokyo (Istana Diraja)

Imperial Palace Tokyo

Tumpuan utama di daerah Marunouchi dalam Tokyo ini adalah Imperial Palace, iaitu sebuah istana dengan taman-taman indah berusia lebih 17 kurun, dikelilingi oleh dinding-dinding dan parit-parit.

Masih lagi digunakan oleh keluarga Diraja Jepun, Imperial Place ini kekal di tapaknya, di mana dalam tahun 1457, Ketua Bangsawan Ota Dokan membina kubu pertamanya, iaitu pusat utama di mana bandar Tokyo (atau Edo ketika itu) mulai membangun secara perlahan-lahan.

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

Terkenal seperti juga istana tersebut adalah Jambatan Nijubashi yang menghala kearah dalamnya. Ia merupakan sebuah sebuah struktur yang mengambil namanya (“jambatan berkembar”) daripada refleskinya di dalam air.

Nijubashi Bridge

Pencirian lain yang juga penting adalah dinding setebal dua meter yang mengelilingi istana itu dan pagarnya, salah satu daripadanya menghala ke Taman Higashi-Gyoen Timur, (salah satu daripada beberapa kawasan yang terbuka kepada orang awam).

Taman-taman Istana yang utama hanya dibuka dua kali setahun, pada 2 Januari dan 29 April, ketika para pelancong berkumpul di sini dan melihat Raja Jepun. Salah satu kubu yang boleh dikunjungi adalah istana Edo (Istana Chiyoda), dibina dalam tahun 1457 dan terletak di daerah Chiyoda, Tokyo.


Daerah Ginza: Syurga Membeli Belah

Ginza-Wako-Tokyo

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

Ginza boleh juga dikatakan sebagai syurga membeli belah. Ini kerana, di sini terdapat banyak barang-barang berjenama popular dijual.

Dikenali sebagai kawasan membeli belah paling sibuk di Tokyo, ia agak ikonik serupa Times Square di New York, malahan jauh lebih tua.

cat-town-cat-town-yanaka-ginza

Ia telah menjadi pusat komersial negara Jepun berabad lamanya, dan menjadi pusat kepada 5 jalanraya menghala ke bandar-bandar utama di Jepun.

Dibarisi oleh kedai-kedai dan gedung-gedung besar, daerah Ginza juga seronok sekadar untuk berjalan-jalan di sini atau, duduk di salah satu kedai-kedai teh atau kopi atau restoran yang ada sambil melihat dunia bergerak pantas di sekitar.

bag-luxury-accessories-japan-ginza

Semasa hujung minggu, apabila semua kedai-kedai sudah dibuka, ia merupakan syurga membeli belah sehinggakan trafik ditutup, menjadikan ia sebagai antara zon pejalan kaki terbesar di dunia; dan malamnya akan kelihatan banyak papan-papan iklan yang dipancari olah sinaran neon menghiasi daerah ini.

Ia juga merupakan tempat di mana anda akan dapat menemui Teater Kabuki-za yang terkenal, menjadi pusat kepada persembahan tradisional kabuki, juga Teater Shimbashi Enbujo di mana tarian Azuma-odori dan Bunraku dipersembahkan.


Melancong Ke Tokyo: Asakusa dan Kuil Senso-ji

japan-tokyo-asakusa-temple-shrine

Di daerah Asakusa terletaknya kuil Senso-ji yang sangat cantik – tempat keramat paling terkenal di Tokyo – berdiri di hujung jalan yang panjang akan kedai-kedai di mana topeng-topeng, ukiran-ukiran, sikat yang dihasilkan daripada kayu hitam dan kayu, patung permainan, kimono, fabrik, dan barangan-barangan kertas bernilai dijual.

Didedikasikan kepada Kannon, dewi belas kasihan Buddha, kuil ini dibina pada AD645 dan mengekalkan penampilannya meskipun telah banyak kali mengalami pembikinan semula.

Tarikan utama adalah termasuk Kaminari-mon Gate dengan tanglung kertas merahnya yang setinggi 3.3 meter membawa perkataan “Thunder gate” padanya;

japan-temple-japanese

Incense Vat yang begitu terkenal dan disayangi, terkenal dapat menolak jauh penyakit (anda akan dapat melihat orang mengepuk-ngepuk tangan mereka di dalam asap dan menyapu pada bahagian badan mereka yang memerlukan kesembuhan); dan juga merpati kuil, yang dikatakan membawa mesej suci Kannon (mereka juga menilik nasib dengan menarik kad daripada dek).

Setelah itu, jangan lupa untuk meneroka bahagian kuil yang berkeluasan 50 ekar ini. Alamat: 2 Chome-3-1 Asakusa, Taito, Tokyo 111-0032


Muzium Alam Semulajadi dan Sains Tokyo

National Museum of Nature and Science

Di dalam Taman Ueno, terletaknya National Museum of Nature and Science (Kokuritsu Kagaku Hakubutsukan) yang telah dibuka pada tahun 1871, dan merupakan salah satu muzium paling tua di negara Jepun.

Sepenuhnya diubahsuai dan dimodenkan, muzium ini menempatkan banyak koleksi barang-barang yang berkaitan dengan sejarah dan sains, termasuklah mempamerkan banyak paparan interaktif menakjubkan berkenaan perkembangan angkasa, tenaga nuklear, dan pengangkutan.

National Museum of Nature and Science 2

Ini juga membolehkan para pengunjung mendapat sedikit gambaran akan kemajuan saintifik dan teknologi yang terbaru.

Tumpuan utama di Japan Gallery (Nihonkan) termasuklah pakaian dan kostum tradisional, sementara Global Gallery (Chikyukan) menampilkan banyak pameran saintifik dan teknologi yang cemerlang, termasuklah kenderaan vintaj dan robotik.

Alamat: 7-20 Uenokoen, Taito, Tokyo 110-8718


Taman Ueno dan Zoo Tokyo

Ueno Park Tokyo

Kawasan tanah subur seumpama syurga di tengah-tengah bandaraya Tokyo yang sibuk, Ueno Park merupakan kawasan hijau paling besar dan menjadi lokasi tumpuan utama para pelancong.

Sebagai tambahan kepada datarannya yang indah, taman ini juga memiliki zoo, aquarium, dan banyak kuil-kuil dan muzium untuk diterokai.

Ueno Zoo

Bersilang-silangan dengan laluan jalan batu kelikir yang menyenangkan, taman seluas 212 ekar ini turut menawarkan perjalanan menaiki bot kecil di tasik reed-fringed Shinobazu, di sekitar sebuah pulau kecil di mana Kuil Bentendonya terletak di atasnya; melawat Toshogu Shrine dari abad ke-17 dengan 256 buah tanglung gangsa dan batu; atau berjalan-jalan di sekitar Zoo Taman Ueno.

Dibuka pada tahun 1882, Zoo Taman Ueno merupakan zoo tertua di Jepun, terkenal dengan panda yang dihadiahkan oleh Republik China.

Aqua-Zoo, salah satu daripada akuarium terbesar di Asia, juga berbaloi untuk dikunjungi, terutamanya jika melancong bersama kanak-kanak. Alamat: 9-83, Ueno Park, Tokyo, Kanto 110-8711


Muzium Negara Tokyo

the-tokyo-railway-museum-train

Muzium Negara Tokyo menempatkan lebih daripada 100, 000 hasil karya penting orang Jepun, Cina dan seni India, termasuklah lebih daripada 100 khazanah negara.

Dibuka pada tahun 1938, muzium ini menawarkan pelbagai skluptur Budha daripada Jepun dan China bertarikh dari kurun ke-6 ke masa sekarang; koleksi tekstil lama, senjata-senajta bersejarah, dan peralatan ketenteraan; pakaian bersejarah orang Jepun; juga seramik dan tembikar orang Asia.

Tokyo Museum

Karya-karya penting termasuklah lukisan-lukisan dari kurun ke-7 dan 14; karya agung orang Jepun dan Cina akan hasil lakuer (sampang) akan mutiara; dan juga kaligrafi-kaligrafi indah.

Berbaloi untuk dikunjungi juga adalah taman landskap tradisional Jepun dengan tiga pavilionnya, termasuklah Tein teahouse dari kurun ke-17, dan Muzium Seni Artifak Timur dengan 15 buah  galeri-galeri pameran. Alamat: 13-9 Ueno Park, Taito-ku, Tokyo, 110-8712


Muzium Seni Barat Negara Tokyo

National Museum of Western Art

Terletak di dalam Taman Ueno, cuma tiga minit berjalan daripada Stesyen Ueno, National Museum of Western Art (Kokuritsu Seiyo Bijutsukan) telah dibina pada tahun 1959 untuk perancangan oleh arkitek terkemuka Swiztzeland, Le Corbusier.

Barang pamerannya, kebanyakannya merupakan hasil kerja oleh artis-artis Perancis, datang daripada koleksi-koleksi milik ahli perniagaan juga pengumpul barangan seni, Kojiro Matsukata, yang dibeli ketika melawat Eropah pada awal kurun ke-20.

Kokuritsu-Seiyo-Bijutsukan

Di bahagian lamannya adalah hasil kerja pengukir Perancis Auguste Rodin, sementara di dalamnya menyerlahkan kanvas-kanvas artis Impression iaitu Paul Cézanne, Claude Monet, Edouard Manet, dan Edgar Degas.

Tips Penting: Muzium tersebut memiliki restoran berkualiti dengan pemandangan indah akan halaman muzium tersebut.  Jangan lupa untuk menjamu selera di sana. Alamat: 7-7 Uenokoen, Taito, Tokyo 110-0007


Tokong Besar Meiji, Tokyo

Tokong Besar Meiji, Tokyo

Didedikasikan untuk Maharaja Meiji dan isterinya, Permaisuri Shoken, pembinaan Tokong Meiji ini bermula pada tahun 1915 dan siap dibina pada tahun 1926.

Meskipun binaan asal telah dimusnahkan semasa Perang Dunia Ke-2, ia dibina semula dalam tahun 1958 dan kekal sebagai salah satu tapak keagamaan paling penting di Tokyo.

Dikelilingi oleh 175-ekar hutan hijau yang menjadi habitat kepada 120,000 batang pokok mewakili spesis-spesis yang ditemui di seluruh Jepun.

Tokong Besar Meiji, Tokyo

Tarikan utama tokong ini termasuklah Inner Precint (Naien) dengan muziumnya mengandungi harta karun diraja, dan Outer Precint (Gaien), rumah kepada Galeri Bergambar Meiji Memorial dengan koleksi-koleksi hebat akan mural-mural berkaitan dengan kehidupan maharaja dan permaisuri tersebut.

Alamat: 1-1 Yoyogikamizonocho, Shibuya, Tokyo 151-8557


Miraikan dan Edo-Tok, Tokyo

Miraikan Tokyo

Salah sebuah muzium terbaru Tokyo, Muzium Sains Pembangunan dan Inovasi Negara (Nippon Kagaku Mirai-kan) – kebiasaannya dirujuk sebagai Miraikan – menawarkan penanggapan akan penguasaan Jepun dalam menguasai bidang teknologi.

Dicipta oleh Agensi Sains dan Teknologi Jepun, kemudahan ultra moden dan bermotif ini termasuklah pameran bahan interaktif melibatkan konsep dari gempa bumi kepada cuaca, juga tenaga boleh diperbaharui dan robotik, dan memaparkan perkembangan dalam pengkutan moden seperti model hebat sebuah keretapi Maglev.

Edo-Tokyo

Juga berbaloi untuk dikunjungi adalah Muzium Edo-Tokyo, disiapkan pada tahun 1993 dan bermotifkan masa lalu kawasan itu, masa kini dan masa depan.

Yang paling menarik perhatian tentunya replika jambatan menghala kedalam kawasan penempatan di kota tua asli Edo. Alamat: 2-3-6 Aomi, Koto, Tokyo 135-0064


Melihat Pemandangan di Tokyo Skytree

Tokyo Skytree

Boleh dikatakan agak mustahil untuk anda terlepas Tokyo Skytree (Tokyo Sukaitsuri) ini apabila berkunjung ke Tokyo. Menara komunikasi dan pemerhati setinggi 634 meter ini memuncak tinggi di bandar Sumita, di dalam daerah Minato – dan kelihatan seperti sebuah roket yang besar.

Merupakan menara tertinggi di Jepun, Tokyo Skytree dibuka pada tahun 2002 dan dengan cepat menjadi salah satu tempat tumpuan utama pelancong, terima kasih kepada panorama indah yang dapat dilihat dari restoran dan dek pemerhati yang ada.

view-tokyo-japan-tower-skytree

Dengan tapaknya direka dalam bentuk tripod yang besar, menara ini termasuklah beberapa tingkat pemerhati silinder, termasuk satu pada kedudukan 350, dan satu lagi pada 40 meter, yang mana termasuk laluan lingkaran kaca ke tempat pemerhati lebih tinggi, di mana pada masa sama ia juga menyerlahkan lantai kaca yang hanya sesuai untuk mereka yang boleh menahan rasa takut mereka.

Alamat: 1 Chome-1-2 Oshiage, Sumida, Tokyo 131-0045


Melancong Ke Jepun DiBalai Seni Negara

The National Art Center Tokyo

Satu lagi muzium bertaraf dunia di Tokyo adalah The National Art Center (Kokuritsu Shin-Bijutsukan). Menempatkan bangunan kaca berpintal menggagumkan dalam daerah Roppongi.

Kemudahan ini hanya dibuka pada tahun 2007 dan sejak itu mendapat banyak reputasi positif bagi koleksi tetapnya yang hebat akan lebih daripada 600 buah lukisan, kebanyakannya dari kurun ke-20, termasuklah banyak kepingan penting seni moden, juga pesta lawatan yang kerap.

Mori Art Museum Bijutsukan

Juga berbaloi untuk dilihat di sini adalah Muzium Seni Mori (Mori Bijutsukan) yang terletak di tingkat tertinggi di Menara Mori Bukit Roponggi yang berjiran dan dikenali kerana pesta yang kerapa diadakan berkenaan seni kontemporari dari serata dunia.

Alamat: 7-22-2 Roppongi Minato-ku Tokyo 106-8558


Mengenali Teater Kabuki-za, Jepun

Membeli-belah di Ginza

Tokyo amat terkenal dengan sejumlah teater yang sangat hebat, namun tiada yang lebih terkenal berbanding Teater Kabuki-za di daerah Ginza, tempat di mana persembahan tradisi terkenal Jepun, Kabuki dipersembahkan.

Jepun Kabuki-za

Berdasarkan persembahan dari zaman pertengahan, penuh skill dan kebiasaannya dalam bentuk teater burlesk termasuklah lagu dan tarian, persembahan teater ini amat terkenal di kalangan pelancong terutamanya yang mahir bahasa Jepun.

Kabuki-za

Drama dan komedi yang dipentaskan adalah mudah untuk difahami, terima kasih kepada kekayaan visual dan keteaterikalannya.

Hiasan dalaman teater ini, biasanya penuh dengan muatan 2,500 pengunjung, dan selalunya penuh sifat kemesraan dan persaudaraan bagi keluarga yang besar berbanding persembahan pentas

Teatro giapponese

Hal ini disebabkan para penonton membawa makanan mereka sendiri atau membeli makanan dari pelbagai restoran yang berada di sekitar audiotorium.

Persembahan boleh bertahan sehingga berjam lamanya, dan para penonton boleh berada di sini selama mana mereka suka, dan tiada siapa kisah orang datang dan pergi, atau bunyi bising sorakan dan ejekan.

Berikut adalah 12 destinasi melancong ke Tokyo, Jepun yang popular. Jika ada sebarang cadangan lain, sila kongsikan diruangan komen ya.

Bersambung…

Promo-Banner-Tokyo

 

Tags: itinerary ke jepunpakej percutian ke jepunpengalaman melancong ke jepuntrip ke jepun musim sejuk
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Mobile Suit Gundam RX78-00
Jepun

Bercuti Di Tokyo Jepun: 12 Aktiviti Paling Popular & Menarik [PANDUAN]

  Bercadang bercuti di Tokyo, Jepun? Apakah tempat menarik di Tokyo yang harus dikunjungi?  Terdapat macam-macam jenis tarikan pelancong di...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Februari, 2023
29k
tempat-menarik-di-tokyo-mos-design
Pakej Tokyo

Tempat Menarik Di Tokyo: 34 Tarikan Paling Popular di Jepun [TERKINI]

  Apakah tempat menarik di Tokyo Jepun yang boleh dikunjungi? Adakah berbaloi melancong ke Tokyo? Pasti soalan ini menjadi pertanyaan...

Oleh: Hadi Ghazali
26 Disember, 2022
30.7k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
2 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
2
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas