fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Jepun Pakej Tokyo

Tempat Menarik Di Tokyo: 34 Tarikan Paling Popular di Jepun [TERKINI]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
26 Disember, 2022
Kategori: Pakej Tokyo
Masa Bacaan: 8 mins read
1.3k 43
A A
8
tempat-menarik-di-tokyo-mos-design

Imej oleh: Mos Design

32.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO PROMO PROMO
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat menarik di Tokyo Jepun yang boleh dikunjungi? Adakah berbaloi melancong ke Tokyo?

Pasti soalan ini menjadi pertanyaan anda yang sedang bercadang melancong ke negara matahari terbit ini.

Pakej Sabah Pakej Sabah Pakej Sabah
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tokyo, ibukota yang paling sibuk di Jepun, adalah sebuah bandar urban gabungan ultramodern dan tradisional, dari pencakar langit neon-lit ke kuil-kuil bersejarah. Kuil Meiji Shinto yang mewah terkenal dengan pintu yang menjulang tinggi dan hutan sekitarnya.

Istana Imperial terletak di tengah taman-taman awam yang besar.

Banyak muzium bandar menawarkan pameran dari seni klasik (di Muzium Negara Tokyo) ke teater kabuki (di Muzium Edo-Tokyo).

Promo-Banner-Tokyo

  • Lihat Promosi Pakej Tokyo Jepun
  • Lihat Penginapan Terbaik di Tokyo
  • Lihat Aktiviti Menarik di Tokyo
  • Lihat Peta Percutian di Tokyo

Pin

  • 1 Tarikan Terbaru Tokyo: Gundam Factory Yokohama
  • 2 Tarikan Terkini Tokyo: Harry Potter Menjajah Akasaka
  • 3 Yayoi Kusama Museum
  • 4 Shinjuku Gyoen National Garden
  • 5 Ginza Six
  • 6 Ueno Zoo & Park
  • 7 National Museum of Nature & Science
  • 8 Pokémon Center Mega Tokyo
  • 9 Sanrio Puroland
  • 10 Hachikō Memorial Statue
  • 11 Tempat Menarik di Tokyo, Yanesen
  • 12 Kabukiza Theatre
  • 13 Akihabara
  • 14 Tempat Menarik di Jepun Ginza
  • 15 Tokyo Disneyland
  • 16 Tokyo DisneySEA
  • 17 Harajuku
  • 18 Don Quijote Tokyo
  • 19 Nakameguro
  • 20 Meiji Shrine
  • 21 Tokyo National Museum
  • 22 Nezu Museum
  • 23 Yoyogi Park
  • 24 Tokyo Skytree
  • 25 Edo Museum
  • 26 Mocha Cat Cafe
  • 27 Origami Kaikan
  • 28 Kit Kat Chocolatory
  • 29 Odaiba Island
  • 30 Nakamise Shopping Street
  • 31 Nakameguro Park
  • 32 Meguro Sky Garden
  • 33 Kyu Asakura House
  • 34 Ueno Tokyo
Dalam artikel ini disenaraikan 32 tempat paling menarik anda boleh temukan di Tokyo.


Tarikan Terbaru Tokyo: Gundam Factory Yokohama

Mobile Suit Gundam RX78-00
Mobile Suit Gundam RX78-00 | Imej oleh: Hidefumi Ohmichi

Patung Gundam bersaiz hidup Odaiba mungkin telah mencuri semua tajuk berita selama ini, tetapi kini terdapat pesaing baharu.

Di Yokohama anda akan temui versi Gundam yang dipertingkatkan lagi dengan anggota badan dan tangan yang bergerak yang boleh memberikan tanda ‘peace’ di jari.

Mobile Suit Gundam RX78-00 | Imej oleh: Hidefumi Ohmichi
Gundam Factory Yokohama | Imej oleh: Hidefumi Ohmichi

Anda juga boleh mempelajari cara robot direka bentuk dan mendapatkan pandangan dari dalam kokpit robot semasa ia bergerak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 10:00am – 8:00pm | 279-25 Yamashitacho, Naka Ward, Yokohama, Kanagawa 231-0023, Japan

Tarikan Terkini Tokyo: Harry Potter Menjajah Akasaka

Harry-Potter-Akasaka--Yuji-Yamashita
Harry Potter Akasaka | Imej oleh: Yuji Yamashita

Untuk meraikan pembukaan produksi pentas ‘Harry Potter and the Cursed Child’, sebahagian kecil Akasaka berhampiran teater telah diubah menjadi plaza bertemakan Harry Potter.

Harry-Potter-Akasaka-Saurabh
Harry Potter Akasaka | Imej oleh: Saurabh

Bersama dengan arca Time-Turner daripada ‘Harry Potter and the Prisoner of Azkaban’, tangga yang menghubungkan Menara Akasaka Biz ke Teater ACT Akasaka telah dihiasi dengan 42 potret ahli sihir dan ahli magis.

Terdapat juga pop up yang mengasyikkan dan kafe bertema Harry Potter di kawasan itu.

Pakej Surabaya Pakej Surabaya Pakej Surabaya
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 11:00am – 11:00pm | Japan, 〒107-0052 Tokyo, Minato City, Akasaka, 5 Chome−3−1 BIZタワ 1F

Yayoi Kusama Museum

Artwork by Yayoi Kusama
Yayoi Kusama adalah tokoh tunggal dalam seni moden, sangat asli dan sangat popular | CC: Susanne Nilsson

 Muzium ini merupakan sebuah muzium yang didedikasikan khas untuk seorang seniman Jepun yang sangat terkenal dengan rekaan-rekaannya yang fokus kepada motif polka dot.

Untuk pengetahuan anda, nama Yayoi Kusama adalah nama tokoh tersebut yang merupakan seorang karyawan wanita yang berjaya menjual salah satu karyanya pada harga 7.1 juta pada tahun 2014.

Tokoh yang dilahirkan pada tahun 1929 ini telah berhijrah dan mencipta nama di US sewaktu berusia 27 tahun.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 107 Bentencho, Shinjuku City, Tokyo 162-0851, Japan

  • Tiket: Dewasa JPY1,000 Kanak-kanak berumur 6-18 tahun JPY600

  • Waktu Operasi: 11:00 Pagi – 05:30 Petang | Khamis hingga Ahad sahaja

Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku Gyoen National Garden, Shinjuku-ku, Japan
Shinjuku Gyoen National Garden, Shinjuku-ku, Japan

Kalau anda nak cari salah satu daripada taman yang paling besar dan terkenal di Tokyo, anda boleh berkunjung ke Shinjuku Gyoen National Garden.

Ia terletak tidak jauh daripada Shinjuku Station.

Shinjuku-Gyoen-National-Garden-11-Naitōmachi-Shinjuku-ku-Tōkyō-to-Japan-masaaki-komori-V5rIfwx7dDU-unsplash-update
Ia pada asalnya merupakan kediaman keluarga Naitō dalam zaman Edo

Taman ini berbayar namun apa yang bakal anda terima, lihat dan alami disini pastinya akan memberikan kedamaian dan ketenangan buat anda. Ia juga terlalu luas untuk anda terokai.

Tak pelik pun kalau ia berbayar kerana ia telah wujud sejak zaman Edo lagi iaitu sekitar tahun 1603-1867. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Taman Landskap Jepun, Taman Perancis dan juga Taman Landskap Inggeris.

Pakej Osaka Pakej Osaka Pakej Osaka
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 11 Naitomachi, Shinjuku City, Tokyo 160-0014, Japan

  • Tiket: Dewasa JPY1,000 Kanak-kanak berumur 6-18 tahun JPY600

  • Waktu Operasi: 09:00 Pagi – 06:00 Petang

Ginza Six

Ginza Six adalah sebuah kompleks membeli-belah mewah yang terletak di kawasan Ginza di Tokyo
Ginza Six adalah sebuah kompleks membeli-belah mewah yang terletak di kawasan Ginza di Tokyo

Kalau anda kesini, anda pastinya akan setuju dengan kami jika kami katakan yang kalau anda diberikan masa 2 atau 3 hari sekalipun, anda pasti tidak akan dapat habis pusing di sini. Ia merupakan sebuah lokasi membeli-belah yang sangat popular di Jepun.

Disini sahaja terdapat sekitar 214 jenis jenama berbeza untuk pakaian, seni, kosmetik dan bermacam-macam lagi. Namun, anda kena pastikan anda membawa duit atau ada duit yang mencukupi lah untuk berbelanja sakan disini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 6 Chome-10-1 Ginza, Chuo City, Tokyo 104-0061, Japan

  • Waktu Operasi: 10:30 Pagi – 08:30 Malam

Ueno Zoo & Park

Ueno-Park-Zoo-banter-snaps-iHU3ic36yeY-unsplash-update
Zoo Ueno adalah zoo 14.3 hektar, yang dikendalikan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo, dan terletak di Taitō, Tokyo, Jepun

Kalau anda datang bercuti ke Tokyo bersama-sama dengan anak-anak, sangat sesuai kalau anda kunjungi destinasi seterusnya yang berada didalam senarai kami ini iaitu Ueno Park & Zoo.

Zoo tertua di Jepun ini telah dibina pada tahun 1882 dan menjadi tempat tinggal kepada lebih daripada 3000 ekor haiwan dan 400 jenis spesis yang berbeza.

Zoo ini terbahagi kepada beberapa bahagian yang berbeza iaitu Tiger Forest, Gorilla Woods, Petting Zoo, Small Mammal House, Reptile & Amphibian House dan juga Shinbazu Pond.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 9-83 Uenokoen, Taito City, Tokyo 110-8711, Japan

  • Tiket: Orang dewasa (16-64) 600 yen, Orang tua (65+) 300 yen, Pelajar (13-15) 200 yen, Kanak-kanak (0-12) Percuma

  • Waktu Operasi: 09:30 Pagi – 05:00 Petang

National Museum of Nature & Science

National Museum of Nature and Science, Tokyo, Japan
Muzium Alam Semulajadi dan Sains terletak di sudut timur laut Taman Ueno di Tokyo. Dibuka pada tahun 1871 | CC: Daderot

 Muzium ini merupakan sebuah muzium sains yang terbesar di Jepun dan anda boleh bayangkan sendiri betapa besar saiznya jika ia mampu untuk memuatkan lebih daripada 10 000  bahan pameran untuk para pengunjung.

Uniknya muzium ini adalah ia memaparkan koleksi pameran dan merangkumi segalanya tentang angkasa lepas, dinosaur dan juga teknologi-teknologi terbaru yang dihasilkan oleh dunia sekarang ini.

Anda juga berpeluang untuk menjalankan sendiri eksperimen menggunakan magnet, cahaya dan juga elektrik.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 7-20 Uenokoen, Taito City, Tokyo 110-8718, Japan

  • Tiket: 620 yen untuk orang dewasa, percuma untuk anak kelas 1 hingga 12

  • Waktu Operasi: 09:00 Pagi – 05:00 Petang

Pokémon Center Mega Tokyo

Mega Tokyo Pokémon Center, Sunshine City, Ikebukuro
Mega Tokyo Pokémon Center, Sunshine City, Ikebukuro | CC: Maplestrip

Siapa yang pernah tengok cerita Pokemon, pastinya akan menjadi peminat rancangan ini.

Disini, anda boleh temukan sebuah pusat barangan Pokemon yang sangat besar dan merupakan yang terbesar di Jepun.

Ia dibuka sejak tahun 2014 dan disini banyak dijual koleksi limited edition yang memang anda akan rasa sangat rugi kalau anda lepaskan.

Pokemon Center Mega Tokyo
Pokemon Center Mega Tokyo, yang terletak di Ikebukuro, adalah pusat Pokemon terbesar di Jepun! | CC: Tofuprod

 Selain barangan jualan, anda juga boleh temukan dan mencuba permainan arked. Bukan senang nak jumpa permainan yang melibatkan Pokemon ini.

Ia beroperasi pada setiap hari bermula dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Japan, 〒170-0013 Tokyo, Toshima City, Higashiikebukuro, 3 Chome−1−2 サンシャインシティ 専門店街アルパ 2F

  • Tiket: Masuk percuma, pelbagai jualan cenderahati Pokemon ada disini

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 08:00 Malam

Sanrio Puroland

Sanrio Puroland adalah taman tema dalaman yang terletak di Tama New Town, Tokyo, Jepun
Sanrio Puroland adalah taman tema tertutup yang terletak di Tama New Town, Tokyo, Jepun

Kalau tadi kami kongsikan lokasi yang paling istimewa untuk para peminat siri Pokemon. Sekarang pula kami nak kongsikan dengan anda lokasi yang paling istimewa untuk para peminat Hello Kitty.

Sanrio Puroland merupakan sebuah taman tema yang dipenuhi dengan watak-watak comel Sanrio.

Sanrio Puroland menarik lebih daripada 1.5 juta pengunjung setiap tahun
Sanrio Puroland menarik lebih daripada 1.5 juta pengunjung setiap tahun | CC: Laika ac

 Menariknya mengenai taman tema ini adalah ia berada didalam lokasi tertutup. Jadi, anda boleh berkunjung ke sini tanpa mengira musim dan juga cuaca.

Antara tarikan yang anda boleh temukan disini adalah Mymeroad Drive, Sanrio Character Boat Ride, Hello Kitty Bell of Happiness dan macam-macam lagi.

Disini juga terdapat kafe yang menghidangkan hidangan yang penuh warna-warni bertemakan kartun.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-31 Ochiai, Tama, Tokyo 206-8588, Japan

  • Tiket: Dewasa 3,300 Yen, Kanak-kanak 2,500 Yen & Orang Tua 2,200 Yen

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 05:00 Petang

Hachikō Memorial Statue

Tempat pertemuan yang terkenal dengan patung gangsa yang menghormati Hachiko, anjing Akita yang setia
Tempat pertemuan yang terkenal dengan patung gangsa bagi menghormati Hachiko, anjing Akita yang setia

Lokasi seterusnya membawa sebuah kisah yang agak unik dan menyentuh perasaan. Hachiko Statue merupakan sebuah tugu anjing yang bernama Hachiko. Anjing ini merupakan anjing peliharaan seorang profesor.

Hachiko akan sentiasa menyambut kepulangan tuannya dari kerja di Shibuya Station.

Namun, pada tahun 1925, profesor tersebut telah meninggal dunia. Walaupun begitu, Hachiko masih tetap datang ke stesen tersebut dan menanti tuannya sehinggalah ia sendiri mati 10 tahun kemudian.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-2 Dogenzaka, Shibuya City, Tokyo 150-0043, Japan

  • Waktu Operasi: Dibuka sepanjang masa

Tempat Menarik di Tokyo, Yanesen

Tiga kejiranan, Yanaka, Nezu dan Sendagi secara kolektif dipanggil Yanesen: Ya-Ne-Sen
Tiga kejiranan, Yanaka, Nezu dan Sendagi secara kolektif dipanggil Yanesen: Ya-Ne-Sen | CC: Zengame

 Lokasi seterusnya adalah lokasi terbaik untuk anda merasai sendiri perasaan menjadi penduduk tempatan. Yanesen merupakan sebutan nama awal pada tiga buah kawasan kejiranan iaitu Yanaka, Nezu dan Sendagi.

Lokasi ini sangat sesuai untuk anda merasakan suasana yang lebih santai dan tidak terlalu moden seperti di bandar-bandar lain di Tokyo.

Disini juga anda boleh temukan begitu banyak bangunan-bangunan dari zaman Edo yang masih lagi kukuh berdiri sehingga ke hari ini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 3 Chome-13-7 Yanaka, Taito City, Tokyo 110-0001, Japan

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 06:00 Petang

Kabukiza Theatre

Kabuki-za di Ginza merupakan teater utama di Tokyo untuk bentuk drama kabuki tradisional
Kabuki-za di Ginza merupakan teater utama di Tokyo untuk bentuk drama kabuki tradisional

Bermula daripada awal pembukaannya pada tahun 1889, Kabukiza Theatre telah menjadi sebuah simbol ikonik di Ginza sehingga ke hari ini.

Sejarah penubuhannya yang lama bermaksud segala macam bencana telah dilalui bangunan ini seperti kebakaran dan serangan udara.

Ginza Tokyo Japan
Di Kabukiza, pelancong juga boleh menikmati pameran yang berkaitan dengan dunia Kabuki dan juga mencari cenderahati yang menarik

Namun, ia tetap berjaya dibina sama seperti sebelum kejadian. Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh temukan pastinya hampir setiap hari akan ada persembahan untuk anda nikmati.

Selain daripada teater, di tingkat 5 bangunan ini ada ruangan galeri yang mempamerkan kostum dan hal-hal yang berkaitan kebudayaan.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 4 Chome-12-15 Ginza, Chuo City, Tokyo 104-0061, Japan

  • Tiket: Di Teater Kabukiza Tokyo, tiket untuk acara kabuki petang akan menelan belanja sehingga 20,000 yen, dan persenmbahan mungkin beberapa jam.

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 08:30 Malam

Akihabara

Akihabara, Tokyo, Japan
Pemandangan waktu malam di Akihabara, Tokyo, Japan

Destinasi seterusnya dalam senarai kami adalah Akihabara atau turut dikenali dengan nama Akiba merupakan sebuah daerah yang terletak di tengah-tengah bandar Tokyo.

Tarikan utama Akihabara adalah ia sangat terkenal dengan kedai-kedai yang menjual peralatan elektronik.

Selain itu, ia juga menjadi tumpuan buat peminat-peminat anime dan manga dari seluruh dunia.

Terdapat beberapa kedai khas yang fokus kepada penjualan produk anime dan juga manga disini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Akihabara, Chiyoda City, Tokyo 110-0006, Japan

  • Waktu Operasi: 24 Jam aktiviti di kawasan ini

Tempat Menarik di Jepun Ginza

Tokyo, Japan in the Ginza District
Tokyo, Jepun pemandangan kota dan lalu lintas Crosstown di Daerah Ginza

Dalam senarai kami sebelum ni kami ada sebut berkenaan Akihabara yang terletak di Ginza kan? Kali ni kami akan kongsikan dengan anda berkenaan Ginza pula.

Ia merupakan sebuah lokasi yang dipenuhi dengan pusat membeli belah untuk golongan berada, tempat hiburan dan juga tempat makan.

Lokasi ini mempunyai nilai hartanah yang tertinggi di Jepun. Berdasarkan sejarah, Ginza merupakan bekas tapak perlombongan dan ia mula dibangunkan selepas satu kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun 1923.

Antara tarikan utama di sini adalah Ginza Six, Ginza Wazo, Mitsukoshi, Itoya dan macam-macam lagi.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 5 Chome-3-1 Ginza, Chuo City, Tokyo 104-0061, Japan

  • Waktu Operasi: 05:00 Pagi hingga 12:30 Pagi

Tokyo Disneyland

Tokyo Disneyland
Tokyo Disneyland adalah taman tema 115-hektar di Tokyo Disney Resort di Urayasu, Prefektur Chiba, Jepun, berhampiran Tokyo

Siapa yang tak teruja kalau dapat berkunjung ke Disneyland kan? Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga akan berasa sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke Disneyland.

Terutamanya Tokyo Disneyland yang memang sangat popular bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah ia turut mencuri tumpuan pelancong luar negara.

Tokyo Disneyland
Big Thunder Mountain. Ia adalah taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat, dan dibuka pada 15 April 1983

Tarikan yang paling menarik di Tokyo Disneyland adalah Big Thunder Mountain, dimana pengunjung dapat merasai dan melalui sendiri pengalaman menaiki roller coaster.

Ia akan membawa pengunjung melalui pekan kecil di negara barat, melalui gua-gua dan beberapa laluan lain yang mendebarkan.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1-1 Maihama, Urayasu, Chiba 279-0031, Japan

  • Tiket: Tiket masuk sehari dewasa US $ 69.01 * Anggaran berdasarkan harga JPY 7,500, junior US $ 59.81 * Perkiraan berdasarkan harga JPY 6,500, dan kanak-kanak AS $ 45.09 * Anggaran berdasarkan harga JPY 4,900 (Kadar dikemas kini setiap hari)

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 10:00 Malam

Tokyo DisneySEA

Tokyo DisneySea Mermaid Lagoon
Tokyo DisneySea Mermaid Lagoon

Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySEA merupakan dua buah taman tema yang berbeza namun berada di dalam Tokyo Disney Resort.

Persamaan kedua-dua lokasi ini adalah ia mempunyai banyak jenis rides yang menyeronokkan.

Tokyo DisneySEA
Tokyo DisneySea adalah taman tema 176 ekar di Tokyo Disney Resort yang terletak di Urayasu, Prefektur Chiba

Tarikan ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah ada juga yang sangat sesuai kepada mereka yang sukakan cabaran dan aktiviti mendebarkan.

Antara tarikan utama disini adalah Toy Story Mania yang akan membawa anda melalui stesen berbeza. Di setiap stesen ini pula anda perlu menembak sasaran-sasaran tertentu.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1−13 Maihama, Urayasu, Chiba 279-0031, Japan

  • Tiket: Pasport 1-Hari Tokyo Disneyland atau Tokyo DisneySea boleh dinikmati selama satu hari. Dewasa ¥ 7,500, Junior ¥ 6,500, & Kanak-Kanak ¥ 4,900

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 10:00 Malam

Harajuku

Harajuku dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pusat budaya dan fesyen pemuda Jepun
Harajuku dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pusat budaya dan fesyen pemuda Jepun

Lokasi seterusnya terletak disekitar Harajuku Station. Ia terletak diantara Shinjuku dan juga Shibuya di Yamanote Line. Kalau anda nak tahu, Harajuku ini merupakan sebuah lokasi yang sangat terkenal dalam kalangan remaja dan muda-mudi sebagai pusat fesyen dan juga trend terkini.

Antara yang menjadi tumpuan disini adalah Takeshita Dori atau Takeshita Street yang mempunyai bermacam-macam jenis kedai yang menawarkan fesyen terkini sehinggalah makanan.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Japan, 〒150-0001 Tokyo, Shibuya City, Jingumae, 1 Chome−16, 原宿77ビル

  • Waktu Operasi: Aktiviti perniagaan disini berjalan 24 jam

Don Quijote Tokyo

Don Quijote Higashiguchi Honten ドン・キホーテ新宿東口本店
Don Quijote Higashiguchi Honten ドン・キホーテ新宿東口本店 | CC: Dick Thomas Johnson

 Kalau anda nak membeli-belah barangan yang menarik dan pada harga yang tersangat murah, anda tak boleh lepaskan peluang untuk berkunjung ke Don Quijote Tokyo ini.

Memang tak dapat dinafikan kepada barangan menarik yang ada dijual disini.

Kalau di Malaysia, anda boleh bayangkan ia versi yang lebih meriah dan lebih banyak barangan berbanding Daiso dan juga Mr. DIY.

Ia juga mempunyai terlalu banyak cawangan yang anda boleh temukan di Tokyo.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-16-5 Kabukicho, Shinjuku City, Tokyo 160-0021, Japan

  • Waktu Operasi: Aktiviti perniagaan disini berjalan 24 jam

Nakameguro

Hanya empat minit dari Shibuya tetapi dunia penuh, Nakameguro adalah kawasan kediaman yang hebat di pusat Tokyo
Hanya empat minit dari Shibuya tetapi dunia penuh, Nakameguro adalah kawasan kediaman yang menarik di pusat Tokyo

Kalau anda nak cari kawasan kejiranan yang paling terkenal di Tokyo, anda boleh berkunjung ke Nakameguro. Ia terkenal disbebakan oleh adanya Meguro River yang dikelilingi oleh deretan pokok Sakura yang pastinya akan memukau setiap mata yang melihat.   

 Selain keunikan pokok Sakura, Nakameguro juga menjadi pilihan sebagai tempat tinggal untuk ramai selebriti.

Di sepanjang sungai ini juga anda boleh lihat dan kunjungi kedai-kedai yang ada.


Meiji Shrine

Meiji Shrine Tokyo
Kuil Meiji, yang terletak di Shibuya, Tokyo, adalah kuil Shinto yang didedikasikan kepada Kaisar Meiji dan isterinya, Empress Shōken | CC: ginomempin

Seterusnya dalam senarai kami kali ini adalah sebuah tokong yang dikenali sebagai Meiji Shrine di Tokyo. Ia merupakan sebuah tokong yang didedikasikan khas untuk Maharaja Meiji dan Maharani Shoken.

Lokasi ini terletak bersebelahan dengan Harajuku Station. Ia terletak sebaris dengan Yoyogi Park. Tokong ini dibina pada tahun 1920 dan ia pernah melalui kemusnahan pada era Perang Dunia Kedua.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1-1 Yoyogikamizonocho, Shibuya City, Tokyo 151-8557, Japan

  • Tiket: Kemasukan percuma ke Meiji Shrine; 500 yen untuk melihat irises, 500 yen untuk memasuki Treasure House dan Bangunan Treasure Museum Annex (Bunkakan)

  • Waktu Operasi: 05:00 Pagi – 06:00 Petang

Tokyo National Museum

Tokyo National Museum, Taitō-ku, Japan
Tokyo National Museum, Taitō-ku, Japan

Tokyo National Museum merupakan muzium yang tertua dan juga yang terbesar di Jepun. Pada awalnya, muzium ini dibina di Yushima Seido Shrine pada tahun 1972. Selepas beberapa tahun, ia dipindahkan ke lokasi terkini seperti yang anda boleh lihat pada hari ini.

Tarikan utama bahan pameran muzium ini adalah koleksi arkeologi dan juga hasil seni yang boleh dikatakan diantara yang terbaik di Jepun. Muzium ini menempatkan sekitar 110 000 koleksi dan lebih daripada 4000 akan dipamerkan pada satu-satu masa.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 13-9 Uenokoen, Taito City, Tokyo 110-8712, Japan

  • Tiket: Dewasa (18-69) JPY ¥ 620 setiap satu | Pelajar Universiti: Dengan ID pelajar yang sah JPY ¥ 410 setiap satu

  • Waktu Operasi: 09:30 Pagi – 05:00 Petang

Nezu Museum

Muzium Nezu, yang dahulu dikenali sebagai Institut Seni Halus Nezu
Muzium Nezu, yang dahulu dikenali sebagai Institut Seni Halus Nezu | CC: Daniel Neubauer

 Sebuah lagi muzium yang menjadi tarikan di Tokyo adalah Nezu Museum. Di muzium ini, ada dipamerkan sekitar 7400 hasil seni. Hasil-hasil seni ini pula dibawa dari negara Asia seperti Korea, China dan juga dari negara Jepun sendiri.

Jenis hasil seni yang ada adalah seperti kaligrafi, lukisan, seramik dan juga tekstil.

Kalau anda berkesempatan berkunjung ke sini, anda pastinya akan merasa kagum dengan taman tradisional Jepun yang ada di bahagian luar muzium ini. Taman ini berkeluasan 17 000 meter persegi.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 6 Chome-5-1 Minamiaoyama, Minato City, Tokyo 107-0062, Japan

  • Tiket: Bayaran masuk JPY1100 untuk dewasa

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 05:00 Petang

Yoyogi Park

Taman Yoyogi (代 々 木 公園, Yoyogi Kōen) adalah salah satu taman bandar Tokyo terbesar, yang memaparkan rumput luas, kolam dan kawasan hutan
Taman Yoyogi (代 々 木 公園, Yoyogi Kōen) adalah salah satu taman bandar Tokyo yang terbesar

Jika anda berkunjung ke Tokyo pada musim bunga, jangan lupa untuk berkunjung ke Yoyogi Park. Hal ini kerana pada musim ini, Yoyogi Park memang akan penuh dengan pengunjung disebabkan oleh keindahan pokok Sakura yang sangat memukau.

Yoyogi Park merupakan salah satu daripada bandar terbesar yang ada di Tokyo. Suatu ketika dahulu, pada tahun 1964, Yoyogi Park telah dijadikan sebagai lokasi Olympic Village sewaktu kejohanan Olimpik Tokyo.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 2-1 Yoyogikamizonocho, Shibuya City, Tokyo 151-0052, Japan

  • Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

Tokyo Skytree

Tokyo Skytree
Ia menjadi struktur tertinggi di Jepun pada 2010 dan mencapai ketinggian penuhnya 634.0 meter pada bulan Mac 2011

Kalau anda nak tahu apa yang menjadi mercu tanda bandar Tokyo, Tokyo Skytree adalah jawapannya. Bangunan menara penyiaran yang berketinggian 634 meter ini merupakan bangunan yang tertinggi di Jepun dan bangunan kedua tertinggi di dunia pada awal pembinaannya.

Tarikan utama bangunan ini pastilah dek pemerhatiannya dimana anda boleh melihat pemadangan sekitar Tokyo sejauh mata memandang dari ketinggi 350 dan 450 meter. Selain itu, Tokyo Skytree juga mempunyai pusat membeli belah dan juga akuarium pada bahagian bawahnya.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-1-2 Oshiage, Sumida City, Tokyo 131-0045, Japan

  • Tiket: Tiket Kemasukan Skytree Tokyo 08:00 Pagi – 08:00 Malam · Dari ¥ 1,800 JPY |  Tiket Kemasukan 08:00 Malam – 09:30 Malam · Dari ¥ 2,564 JPY

  • Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 09:30 Malam

Edo Museum

Edo Museum
Muzium Edo-Tokyo adalah muzium sejarah Tokyo semasa zaman Edo. Ia ditubuhkan pada tahun 1993

Muzium ini merupakan sebuah muzium yang mempunyai reka bentuk bangunan yang sangat unik. Edo Museum menempatkan bahan pameran berkaitan Tokyo daripada zaman Edo sehinggalah ke hari ini.

 Antara bahan yang dipamerkan adalah senibina zaman Edo, budaya, gaya hidup, politik dan macam-macam lagi yang dipersembahkan menerusi model-model mini dan juga model bersaiz sebenar yang ada di muzium ini.

Ia juga menarik perhatian pengunjung untuk bergambar kerana ia mempunyai banyak barangan antik dan juga kenderaan lama yang memang sesuai dijadikan sebagai prop bergambar.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-4-1 Yokoami, Sumida City, Tokyo 130-0015, Japan

  • Tiket: Tiket Kemasukan Skytree Tokyo 08:00 Pagi – 08:00 Malam · Dari ¥ 1,800 JPY |  Tiket Kemasukan 08:00 Malam – 09:30 Malam · Dari ¥ 2,564 JPY

  • Waktu Operasi: 09:30 Pagi – 05:30 Petang Selasa hingga Ahad | Dibuka sehingga pukul 7:30 Malam pada hari Sabtu

Mocha Cat Cafe

Mocha Cat Cafe
Ini mungkin kafe kucing paling bergaya di bandar Tokyo dari segi hiasan dan pengunjung

Berdasarkan namanya sahaja pun rasanya anda dah boleh teka apa sebenarnya tarikan utama destinasi seterusnya yang ada dalam senarai kami ini.

Sebenarnya, di Tokyo ada biasanya akan ada larangan untuk membela haiwan di kawasan kediaman sekaligus kemunculan Mocha Cat Cafe ini sedikit sebanyak dapat memberikan peluang buat para pencinta kucing untuk bermain-main dengan kucing.

Walaupun begitu, rekaan dalamannya tetap sesuai dan menenangkan pengunjung walaupun tarikan utamanya adalah kucing.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Japan, 〒150-0001 Tokyo, Shibuya City, Jingumae, 1 Chome−19−9 プライム原宿 2F

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 08:00 Malam

Origami Kaikan

Origami Kaikan
The Origami Kaikan, Ochanomizu Tokyo Japan | CC: OiMax

 Destinasi seterusnya dalam senarai kami adalah sangat sesuai buat anda yang gemarkan origami. Kalau anda bukan peminat seni ini sekalipun, anda pastinya akan terus jatuh hati dengan seni ini sebaik sahaja anda berkunjung ke sini.

Disini, anda akan disambut dengan pameran yang penuh dengan hasil origami. Macam-macam jenis ada. Anda pun mungkin akan tertanya-tanya macam mana mereka buat benda-benda ni.

Di tingkat 3 pula, anda boleh ke kedai yang menjual material untuk menghasilkan origami.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-7-14 Yushima, Bunkyo City, Tokyo 113-0034, Japan

  • Tiket: Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: 09:30 Pagi – 06:00 Petang

Kit Kat Chocolatory

Kit Kat Chocolatory
KitKat Chocolatory Shinjuku Takashimaya, Shibuya

Destinasi seterusnya pula sangat-sangat sesuai buat para penggemar coklat atau lebih tepat lagi penggemar Kit Kat. Kit Kat Chocolatory Tokyo ni biasanya akan membuatkan pengunjung habis duit dengan banyak sebabnya ada bermacam-macam jenis Kit Kat yang sukar ditemukan di tempat lain ada dijual disini.

Sesiapapun yang berkunjung ke sini pastinya akan merasa terkejut dengan kepelbagaian jenis dan pilihan Kit Kat yang ada. Bermacam-macam bentuk dan bermacam-macam perisa. Antaranya ialah Wasabi, Cinnamon, Purple Potato dan banyak lagi.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 3 Chome-7-2 Ginza, Chuo City, Tokyo 104-0061, Japan

  • Tiket: Masuk adalah percuma jangan lupa bawa pulang coklat KitKat

  • Waktu Operasi: 11:00 Pagi – 09:00 Malam

Odaiba Island

Panorama Jambatan Rainbow pada waktu malam, Tokyo, Jepun
Panorama Jambatan Rainbow pada waktu malam menuju ke Pulau Odaiba, Tokyo, Jepun

Destinasi kali ini agak berbeza dengan destinasi lain yang ada dalam senarai kami kerana ia merupakan sebuah pulau. Pada asalnya ia hanyalah sebuah pulau kecil buatan manusia. Ia dibina pada penghujung zaman Edo sebagai benteng pertahanan Tokyo daripada serangan luar menerusi laut.

Maksud perkataan Odaiba ini adalah kubu. Jadi, ia sangat sesuai dan kena dengan fungsinya pada waktu tersebut. Kemudiannya, pulau-pulau ini digabungkan menjadi sebuah pulau besar.

Bermula dari 1980-an, begitu banyak projek-projek gergasi yang dilakukan disini sekaligus menjadikan pulau ini sebagai salah satu bandar yang futuristik. Tarikan utama pulau ini adalah Gundam Front Tokyo, Aqua City Odaiba, Pallete Town Ferris Wheel dan banyak lagi.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | Odaiba, 1, Koto City, Tokyo 135-0064, Japan

  • Waktu Operasi: Aktiviti perniagaan berjalan 24 jam disini

Nakamise Shopping Street

Nakamise Shopping Street
Waktu matahari terbenam di Asakusa Nakamise St. 夕暮れ時の仲見世通り| CC: kimishowota

 Untuk pengetahuan anda, Nakamise Shopping Street adalah sebuah laluan membeli-belah yang agak panjang iaitu sepanjang 800 kaki! Ia terletak di sepanjang perjalanan menuju ke Sensoji Temple yang merupakan tokong tertua di Tokyo.

Terdapat sekitar 90 buah kedai di sini yang menjual bermacam barangan seperti snek, makanan, cenderamata dan bermacam-macam lagi.

Ia juga merupakan salah satu daripada lokasi yang terbaik untuk anda mencari cenderamata untuk dibawa pulang.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-20 Asakusa, Taito City, Tokyo 111-0032, Japan

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 05:00 Petang

Nakameguro Park

Berjalan di sepanjang Meguro River Park untuk melihat Cherry Blossoms
Berjalan di sepanjang Meguro River Park untuk melihat Cherry Blossoms

Destinasi seterusnya terletak di sepanjang Meguro River. Ia juga berdekatan dengan Naka-Meguro Station. Ia dibuka sebagai sebuah taman pada bulan Mac 2002.

Ia merupakan diantara destinasi tumpuan buat pengunjung terutamanya yang datang bersama-sama dengan keluarga.

Disini juga anda boleh temukan bermacam jenis tumbuhan dan bunga-bungaan.

Anda boleh belajar dan mendapatkan info lebih lanjut berkenaan tumbuhan dan bunga-bungaan ini dengan mengunjungi “Flower and Greenery Learning Center”.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 2 Chome-3-14 Nakameguro, Meguro City, Tokyo 153-0061, Japan

  • Waktu Operasi: Dibuka 24 jam untuk riadah

Meguro Sky Garden

Meguro Sky Garden
Dibina di atas bumbung yang naik dari 15 hingga 35 meter di atas jalan

Dibina pada tahun 2013, merupakan salah satu daripada taman yang agak unik di Tokyo. Anda pastinya akan berasa kagum dengan keunikan perancangan landskap dan seni bina taman ini.

Ia terletak tidak jauh dari Shibuya dan juga Meguro. Keluasan kawasan ini adalah 7000 meter persegi dan setinggi 35 meter dari paras jalan raya.

Kewujudan sebuah taman tergantung di tengah-tengah bandar merupakan satu perkara yang agak unik dan menarik sebenarnya. Jadi, tidak hairanlah jika ada terlalu ramai pengunjung yang mengambil kesempatan untuk berkunjung ke sini.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 1 Chome-9-2 Ohashi, Meguro City, Tokyo 153-0044, Japan

  • Waktu Operasi: 07:00 Pagi – 09:00 Malam

Kyu Asakura House

Kyu Asakura House
Rumah Ryu Asakura mengandungi sebuah taman besar yang mengingatkan roji, sejenis taman yang mengelilingi sebuah rumah teh

Lokasi ini terletak sekitar 5 minit daripada Daikanyama Station. Kyu Asakura House merupakan sebuah kediaman peribadi yang telah ditukar menjadi sebuah muzium yang menawarkan informasi dan pameran berkenaan rumah tradisional Jepun.

Ia merupakan diantara tinggalan era Taisho di Jepun dari tahun 1912 sehingga tahun 1926.

Rekabentuk dan senibina kayu menjadi tarikan utama destinasi ini. Ia juga mempunyai taman Jepun yang sekaligus menjadikan destinasi ini sebagai salah satu daripada hidden gem dan pusat kebudayaan yang paling penting di Jepun.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 29-20 Sarugakucho, Shibuya City, Tokyo 150-0033, Japan

  • Tiket: 100 yen untuk orang dewasa, 50 yen kanak-kanak. Percuma untuk pelawat berusia 60 tahun ke atas. Kasut mesti ditanggalkan semasa memasuki rumah.

  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 06:00 Petang

Ueno Tokyo

Ueno Park
Ueno Park (上 野 公園, Ueno Kōen) adalah sebuah taman awam yang besar di sebelah Stesen Ueno di tengah Tokyo

Bagi anda yang gemarkan sejarah dan mempunyai minat yang sangat mendalam terhadapnya, anda boleh berkunjung ke Ueno.

Di Ueno, anda boleh temukan pelbagai jenis muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum.

Jadi, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Ueno sangat sesuai buat anda yang sukakan sejarah, budaya dan juga kesenian. Disini juga terletaknya Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] | 7-7 Uenokoen, Taito City, Tokyo 110-0007, Japan

Jika anda sebarang cadangan tentang tempat tempat menarik di Tokyo, sila kongsikan diruang komen.

Kami pasti akan pergi melawat dan senaraikan lebih banyak lagi dalam artikel ini.

Bersambung…

Promo-Banner-Tokyo

Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Mobile Suit Gundam RX78-00
Jepun

Bercuti Di Tokyo Jepun: 12 Aktiviti Paling Popular & Menarik [PANDUAN]

  Bercadang bercuti di Tokyo, Jepun? Apakah tempat menarik di Tokyo yang harus dikunjungi?  Terdapat macam-macam jenis tarikan pelancong di...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Februari, 2023
30.4k
Pakej Tokyo
Jepun

Itinerari Ke Jepun: Aturcara Cadangan Percutian Tokyo 6 Hari 4 Malam

  Dah tak sabar nak melancong ke Jepun? Ini adalah itinerari ke Jepun yang kami cadangkan. Tahukah anda bermula 11...

Oleh: Hadi Ghazali
12 Oktober, 2023
13.7k
Selanjutnya
4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
8 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej-Osaka

REKOMEN

Bohey-dulang-semporna

Bohey Dulang: Gunung Berapi Misteri di Semporna Sabah

30 November, 2023
10.9k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
64.1k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
30k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
55.8k
tempat-menarik-di-sungai-petani

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah [TERKINI]

22 Ogos, 2023
42.6k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
21.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
8
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas