Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Redang

Tips Melancong Ke Pulau Redang Untuk Pertama Kali

Dikenali sebagai Pulau syurga kerana kecantikannya yang sangat menakjubkan, Pulau Redang Adalah Destinasi Wajib

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
31 Januari, 2026
Kategori: Pakej Pulau Redang
Masa Bacaan: 2 mins read
350 32
A A
50
Tips Melancong Ke Pulau Redang
52.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Anda sedang bercadang melancong ke Pulau Redang?

Pulau Redang adalah sebuah pulau tropika di Malaysia dengan pantai yang dikelilingi oleh pokok palma dan batu karang yang cantik. Pulau ini terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga dikenali sebagai Pulau Syurga kerana kecantikannya yang sangat menakjubkan.

Pulau Redang terletak dalam kawasan marin terpelihara yang dikenali sebagai Taman Marin Terengganu. Terdapat beberapa pulau kecil mengelilingi pulau ini.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pulau Redang menawarkan pengalaman menyelam dan snorkeling di terumbu batu karang. Biasanya, pulau ini tidak terlalu ramai dengan pengunjung.

Tetapi, pada musim cuti am dan cuti sekolah, pulau ini akan menjadi sangat sibuk.

Promo Pakej Pulau Redang

  • Lihat Pakej Percutian di Pulau Redang
  • Lihat Resort Terbaik di Pulau Redang
  • Lihat Aktiviti Menarik di Pulau Redang
  • Peta Percutian di Pulau Redang

Pin

  • 1 Masa Terbaik Melancong Ke Pulau Redang
  • 2 Penginapan Menarik di Pulau Redang
  • 3 Aktiviti menarik di Pulau Redang
  • 4 Meninjau Sekitar Pulau Redang
  • 5 Meredah Hutan di Pulau Redang
  • 6 Menyelam dan Melihat Terumbu Karang di Redang
  • 7 Aktiviti Snorkeling Yang Menyeronokkan di Redang
  • 8 Melihat Penyu di Sekitar Pulau Redang
Disebabkan pulau ini terletak dalam kawasan taman marin yang dipelihara, semua pengunjung yang ke Taman Marin Redang dikehendaki cuma membayar RM5 sebagai bayaran kemasukan.


Masa Terbaik Melancong Ke Pulau Redang

Pasir Panjang Pulau Redang

Hujan monsun bermula pada akhir Oktober hingga permulaan bulan Mac di Pulau Redang. Kebanyakan resort akan ditutup dari bulan September dan pada penghujung Oktober, semuanya akan ditutup.

melancong ke Pulau Redang

Musim pelancongan di Pulau Redang bermula pada bulan Mac. Masa terbaik untuk melawat Redang, adalah dalam bulan Jun hingga Ogos.

Apabila cuaca dalam keadaan yang baik, dengan laut tenang, pulau ini menawarkan peluang keemasan untuk menyelam dan snorkeling.


Penginapan Menarik di Pulau Redang

Pasir Panjang Kalong Bay

Pulau Redang adalah nusantara yang terdiri daripada 9 pulau.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Apabila kita melawat pulau ini, kita boleh melihat penyu, terumbu karang, dan ikan marin yang pastinya membuatkan pengalaman menyelam dan snorkeling sangat menyeronokkan.

Pulau Redang menawarkan resort mewah yang mengikuti standard antarabangsa. Kebanyakan resort mempunyai restorannya sendiri.

Tapi, kita boleh menjumpai beberapa restoran persendirian di pulau ini. Anda boleh dapatkan senarai resort dan chalet Pulau Redang disini.

Berjaya Redang Beach Resort

Banyak kedai makanan dan minuman di Redang yang boleh didapati di Pasir Panjang.

Kalau ada yang ingin menginap di kawasan yang lebih tenang, Kalong Bay adalah pilihan yang tepat kerana ada beberapa resort juga kat sana.

Di Teluk Dalam, ada satu sahaja resort iaitu Berjaya Redang Beach Resort.


Aktiviti menarik di Pulau Redang

Kapal Terbang Pulau Redang

Kita tidak akan menjumpai jalan di pulau ini, kecuali jalan dari lapangan terbang. Walaupun anda boleh mendaki dan berjalan di pulau ini, tiada kenderaan disediakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam kawasan pulau.

Satu-satunya kenderaan yang ada untuk meneroka Pulau Redang adalah servis bot yang diuruskan oleh pihak resort. Namun ada beberapa aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di pulau seperti:


Meninjau Sekitar Pulau Redang

Meninjau Sekitar Pulau Redang

Redang adalah tempat yang sempurna untuk menikmati kecantikan alam semulajadi dengan berjalan kaki. Resort di Redang akan menyediakan peta perjalanan untuk pelanggan mereka.

Anda tidak dibenarkan untuk memancing dalam 3.2km radius Pulau Redang.

Pelancong tidak dibenarkan juga mengutip batu karang dan hidupan akuatik yang lain seperti kerang, ikan, dan lain-lain dari pulau itu. Pulai ini adalah pilihan terbaik untuk menyelam scuba, naik bot, berkanu, meredah hutang, berenang dan snorkeling.


Meredah Hutan di Pulau Redang

Meredah Hutan di Pulau Redang

Untuk aktiviti jungle trekking, pengunjung boleh memilih daripada beberapa jalan yang tersedia untuk menikmati keindahan pemandangan pulau ini.

Kalau ada yang lebih berani untuk memilih jalan yang lain daripada jalan yang biasa dipilih, kita boleh menemukan puncak bukit yang sangat cantik dan cerun batu yang akan memberikan panorama laut yang sangat menakjubkan dari pulau tersebut.

Pokok bakau di Pulau Redang kaya dengan kepelbagaian kehidupan pantai seperti ketam, burung, ikan tembakul dan sebagainya.

Nikmatilah pemandangan fauna seperti monyet, kelawar, arnab hutan, kancil dan sebagainya. Pelancong boleh menikmati beberapa jenis pokok dan orkid juga di pulau itu.


Menyelam dan Melihat Terumbu Karang di Redang

Menyelam di Redang

Pulau Redang adalah sangat hebat bagi penyelam scuba kerana mereka boleh menikmati keindahan terumbu karang dan kehidupan marin yang lain di dalam laut. Penyelam boleh melihat jerung terumbu hitam, sotong, ikan dan banyak lagi.

Kita juga mungkin berjumpa dengan jerung paus dan ikan pari semasa menyelam di dalam laut jika bernasib baik.

Setiap resort di Pulau Redang mempunyai sekolah menyelam sendiri yang membolehkan kita menamatkan kursus menyelam untuk mendapatkan lesen Air Terbuka. Kos untuk menyelam dari resort ke resort adalah berbeza.

Jangan pergi menyelam atau melawat pulau ini semasa musim monsun Redang kerana kita tidak dibenarkan untuk menyelam.


Aktiviti Snorkeling Yang Menyeronokkan di Redang

Snorkeling di Pulau Redang

Di Pulau Redang, snorkeling adalah antara aktiviti yang sangat menyeronokkan. Kita boleh mendapatkan peralatan yang disewa dari resort penginapan kita. Beberapa resort mempunyai kelengkapan untuk snorkeling dari pantai mereka (terumbu rumah atau terumbu peribadi).

Biasanya, pengunjung akan dibawa menggunakan bot untuk ke kawasan snorkeling.

Pelancong boleh snorkelling mengelilingi tinggalan kapal dan terumbu karang. Pasir Panjang adalah antara kawasan snorkelling terbaik di Redang Malaysia. Pulau ini adalah pulau terbaik untuk menyelam selain snorkeling.


Melihat Penyu di Sekitar Pulau Redang

Melihat-Penyu-di-Pulau-Redang

Hawksbill, Olive Ridley dan Penyu Hijau adalah antara spesis penyu yang boleh dijumpai di Pulau Redang. Musim bertelur bagi penyu hijau adalah dari Mac hingga Disember, Hawksbills adalah dari Januari hingga September dan Mei untuk Olive Ridleys.

Tempat bertelur adalah di Pasir Mak Simpan, Pasir Bujang, Teluk Dalam, Pasir Mak Kepit dan Pasir Chagar Hutang. Seatru (Sea Turtle Research Unit) pula adalah sebuah tempat di mana pengunjung boleh melihat nurseri dan pusat pemeliharaan penyu hijau.

Pengunjung boleh menjadi sukarelawan untuk mengutip telur untuk dieram. Telur penyu disimpan di tempat penetasan sehinggalah anak penyu menetas dan dilepaskan ke laut.

Bersambung…

Promo-Banner-Pulau-Redang

Tags: bercuti di pulau redangtips pulau redang
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Panduan Lengkap Percutian Pulau Redang Terkini
Pakej Pulau Redang

Panduan Lengkap Percutian Pulau Redang Terkini

Pernahkah anda rasa seperti rutin harian di pejabat atau kesibukan di bandar mula menyesakkan nafas? Kadangkala, apa yang kita perlukan...

Oleh: Hadi Ghazali
31 Januari, 2026
417
tempat menarik di pulau redang
Pakej Pulau Redang

30 Aktiviti Tempat Menarik di Pulau Redang

  Adakah tempat-tempat menarik di Pulau Redang berbaloi untuk dilawati atau adakah aktiviti di pulau ini menyeronokkan? Berapa ramai yang...

Oleh: Hadi Ghazali
31 Januari, 2026
24.1k
Selanjutnya

Komen 50

  1. blank jeffrey linggie says:
    + -

    Boleh send package untuk 15 org ke atas untuk pelajar kolej

    Reply
    • blank Hasrul Wayne says:
      + -

      Salam sejatara En Jeffrey. Kami emelkan maklumabalas. Terima kasih.

  2. blank Suhaida says:
    + -

    Boleh email pakej redang untuk group jabatan. Total 50 orang 3hari 2 mlm
    1. Tempat penginapan+ makan minum
    2. Aktiviti

    Reply
  3. blank Cub says:
    + -

    Bole ke pegi bulan disember?
    Cuaca selamat tak

    Reply
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my