fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Redang

32 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

Ia adalah pulau terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia. Terkenal dengan perairan jernih dan pantai memutih

Hadi Oleh: Hadi
21/10/2020
Kategori: Pakej Pulau Redang, Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 5Minit
112k 1.1k
A A
41
Pemandangan di Pulau Redang
101.3k
SHARES
117.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Tempat Menarik di Pulau Redang

Berapa ramai yang gemar untuk menjadikan pulau Redang sebagai destinasi percutian pilihan anda? Kenapa pulau ini yang menjadi pilihan pelancong?

Pin

  • 1 Meneroka Keindahan dan Keunikan Pulau Redang
  • 2 Lokasi & Destinasi Pulau Redang
    • 2.1 Jeti Shahbandar Terengganu Yang indah
    • 2.2 Jeti Merang Yang Klasik
  • 3 Mana lagi seronok? Feri atau naik bot laju Ke Pulau Redang?
  • 4 Tempat Penginapan Di Pulau Redang
    • 4.1 Taaras Beach and Spa Resort
    • 4.2 Coral Redang Island Resort
    • 4.3 Laguna Redang Resort
    • 4.4 Redang Beach Resort
  • 5 Tempat Menarik di Pulau Redang
    • 5.1 Pantai Pasir Panjang
    • 5.2 Pantai Teluk Kalong
    • 5.3 Pantai Teluk Dalam
    • 5.4 Pasir Mak Simpan
    • 5.5 Pasir Mak Kepit
  • 6 Aktiviti Menarik di Pulau Redang
    • 6.1 Snorkeling di Pulau Redang
    • 6.2 Mandi Manda di Pantai Pasir Panjang
    • 6.3 Snorkeling Di Pulau Redang Untuk Melihat Ikan
    • 6.4 Bermain Bola Tampar Pantai
    • 6.5 Melihat Matahari Terbenam Di Pulau Redang
    • 6.6 Berkayak Menyelusuri Air Jenih di Redang
Antara kelebihan menjadikan pulau sebagai destinasi pelancongan adalah kerana pulau Redang memberikan suasana yang berbeza jika anda bandingkan dengan percutian di kawasan-kawasan bandar.

Mereka juga ingin lari dari kesibukan kota raya dan pencemaran.

Promo-Banner-Pulau-Redang

Di pulau Redang, anda akan merasakan diri anda lebih dekat dengan alam dan jauh daripada keserabutan yang diberikan keadaan di tempat lain.

  • Lihat Resort Terbaik Redang
  • Peta Lokasi Pulau Redang

Pulau ini juga membolehkan anda menikmati berbagai permandangan dan keindahan alam semulajadi seperti melihat permandangan matahari terbenam, kebiruan dan kejerihan air laut serta menikmati udara segar angin pantai.


Meneroka Keindahan dan Keunikan Pulau Redang

Menikmati Pemandangan dari Pantai Redang
Pulau Redang antara yang memiliki pantai tercantik di dunia

Di Malaysia saja, terdapat begitu banyak pulau yang menjadi destinasi tumpuan pelancong. Setiap pulau ini mempunyai keunikan mereka yang tersendiri dan menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pelancong.

Antara pulau yang terkenal dan menjadi tarikan utama di Malaysia adalah Pulau Redang. Percutian di pulau ini merupakan antara percutian yang paling seronok dan mengujakan jika dibandingkan dengan percutian pulau-pulau lain.


Lokasi & Destinasi Pulau Redang

Pemandangan di Pulau Redang
Pulau Redang menawarkan beberapa pantai tropika yang terbaik di Malaysia

Pulau Redang merupakan sebuah pulau yang terletak di bahagian pantai timur Malaysia iaitu di negeri Terengganu Darul Iman. Ia merupakan antara destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Untuk datang ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot laju dan feri daripada beberapa buah jeti yang terdapat di Terengganu.


Jeti Shahbandar Terengganu Yang indah

Jeti Shah Bandar Kuantan
Hanya 15 minit berjalan kaki dari Terminal Bas Kuala Terengganu.Dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang akan mengambil masa 1 jam 40 minit

Jeti Shahbandar merupakan antara lokasi utama untuk anda mendapatkan tiket bot atau feri ke Pulau Redang. Masa untuk perjalanan daripada jeti ini ke Pulau Redang adalah sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam penuh. Segalanya bergantung kepada kelajuan bot atau feri dan juga keadaan air laut.

Bagi feri dikawasan ini, walaupun ia bersaiz agak besar, namun anda masih berkemungkinan untuk mengalami mabuk laut. Jika anda memang seorang yang mudah untuk mabuk laut, adalah disarankan supaya anda membawa ubat-ubatan yang sepatutnya dan juga menyediakan plastik.

Sebaik sahaja anda dibawa berdekatan dengan Pulau Redang, anda perlu melakukan transit ke bot atau feri yang akan membawa anda ke tempat penginapan anda.


Jeti Merang Yang Klasik

Jeti Merang
Waktu Perjalanan Pulau Redang ke Jeti Syahbandar: 0700, 1100, 1300. Waktu Perjalanan Jeti Merang ke Pulau Redang: 0800, 0930, 1300

Jeti lain yang boleh anda pergi untuk mendapatkan tiket ke Pulau Redang adalah Jeti Merang atau turut dikenali dengan nama Jeti Penarik. Lokasi jeti ini adalah sekitar 40 KM ke arah utara Bandar Kuala Terengganu. Jangan terkeliru pula dengan Jeti Marang. Namanya seakan-akan sama tapi sebutannya berbeza dan lokasi yang anda akan pergi juga berbeza.

Selain daripada ke Pulau Redang, Jeti Merang turut membolehkan anda ke Pulau Perhentian dan juga ke Pulau Lang Tengah. Anda akan dibawa bot melalui Sungai Merang sebelum meredah ke lautan Pulau Redang.


Mana lagi seronok? Feri atau naik bot laju Ke Pulau Redang?

Bot Laju ke Pulau Redang
Hanya 30KM sahaja jaraknya. Perjalanan menaiki bot laju dari Jeti ke Redang

Ia sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan juga minat anda. Jika anda merupakan seorang yang tidak sukakan keadaan sempit dan mudah untuk mabuk laut, feri adalah lebih baik untuk anda kerana ia lebih selesa dan besar.

Namun begitu, jika anda menaiki feri daripada Jeti Shahbandar, ia mengambil masa yang lebih lama kerana jaraknya untuk ke Pulau Redang adalah lebih jauh.

Jika anda merupakan seorang yang sukakan pengalaman yang lebih mencabar dan sukakan pengembaraan, anda boleh menaiki bot laju.

Perasaan ketika anda laju meredah arus lautan deras dan dilambung-lambung ombak sememangnya suatu pengalaman yang menakjubkan.


Tempat Penginapan Di Pulau Redang

Private Bay Redang Island
Private Bay – The Taaras Beach & Spa Resort | Lihat Resort

Jika anda berkunjung ke Pulau Redang, anda boleh memilih untuk balik hari. Tetapi lagi menarik sebenarnya jika anda dapat meluangkan masa untuk menginap beberapa hari disana kerana terdapat banyak aktiviti menarik di Pulau Redang yang boleh anda lakukan disana.

Sehari memang tidak mencukupi dan akan membuatkan percutian anda menjadi agak padat. Jika anda bercadang untuk menginap di Pulau Redang, terdapat beberapa tempat penginapan yang kami cadangkan di Pulau Redang untuk anda.

Pemilihan tempat-tempat penginapan ini adalah berdasarkan harga, keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Apa kata anda lihat dulu dan pertimbangkan apa yang kami cadangkan untuk anda dibawah.


Taaras Beach and Spa Resort

The Taaras Villa
Taara Private Villa | Lihat Resort

Tempat penginapan ini terletak di Teluk Dalam dan menyediakan 183 bilik untuk para pengunjung pada harga yang berpatutan dengan servis yang diberikan serta kemudahan yang disediakan.

Pada musim monsun, ia akan ditutup untuk sementara waktu dan akan kembali beroperasi selepas musim tersebut. Ia juga turut menyediakan 5 bilik tidur private villa yang sangat selesa dan juga menakjubkan.


Coral Redang Island Resort

Coral Redang Island Resort
Coral Redang Island Resort

Ia merupakan di antara tempat penginapan tumpuan yang terletak di kawasan Pasir panjang. Disini, terdapat 40 buah chalet ditawarkan untuk pengunjung.

Kualiti kemudahan dan servis yang diberikan juga adalah berpatutan dengan harga yang ditawarkan.


Laguna Redang Resort

Laguna Redang Resort
Laguna Redang Resort | Lihat Resort

Laguna Redang Resort merupakan sebuah lokasi penginapan yang menjadi tarikan buat para pengunjung Pulau redang dan ia juga terletak di Pasir Panjang.

Tempat penginapan ini menyediakan 222 buah bilik yang boleh didiami pengunjung pada harga yang agak berpatutan.


Redang Beach Resort

Redang Beach Resort
Redang Beach Resort

Satu lagi lokasi tempat penginapan tumpuan yang terletak di Pasir Panjang. Redang Beach Resort menawarkan pengunjung sebanyak 129 bilik yang menyediakan kemudahan dan servis pada harga yang berpatutan.

Terdapat banyak lagi sebenarnya tempat penginapan yang boleh anda pilih apabila berkunjung ke Pulau Redang.

Yang dinyatakan diatas hanyalah sebahagian daripada apa yang boleh anda dapatkan disana dan pemilihan kami adalah berdasarkan harga yang berpatutan, kualiti servis serta kemudahan yang berada pada tahap terbaik.

Terpulang pada anda untuk menimbangkan perkara ini dengan lebih mendalam kerana keselesaan adalah sangat penting apabila anda pergi bercuti!


Tempat Menarik di Pulau Redang

Coral Redang
Pantai dikelilingi batu karang menarik di Pulau Redang

Pengakuan jujur dari kami, semua tempat di Pulau Redang adalah menarik.

Namun, dalam bahagian ini, kami akan sentuh beberapa tempat menarik yang sememangnya menjadi tumpuan di Pulau Redang seperti pantai Pasir Panjang dan juga Taman Marin.


Pantai Pasir Panjang

Redang Pantai Pasir Panjang
Pasir Panjang antara pantai yang popular di Pulau Redang

Ia merupakan pantai yang paling besar yang terdapat di Pulau Redang.

Ia juga menjadi antara destinasi tumpuan bagi mereka yang berkunjung ke Pulau Redang dan aktiviti yang paling menarik yang boleh dilakukan disini adalah aktiviti snorkeling.


Pantai Teluk Kalong

Pantai Teluk Kalong
Pantai Teluk Kalong | CC: Ayihâ„¢

Di Teluk Kalong juga terdapat pantai iaitu Pantai Teluk Kalong. Pantai Teluk Kalong sangat sesuai untuk aktiviti mandi laut dan juga aktivit berenang.

Teluk Kalong terdiri daripada Teluk Kalong Kechil dan Teluk Kalong Besar.


Pantai Teluk Dalam

Pantai Teluk Dalam
Pantai Teluk Dalam berlatarbelakangkan hutan dan pokok kelapa | CC: Shamfaizz

Disini juga terdapat pantai yang turut menjadi tumpuan pelancong. Hampir kebanyakan kawasan tumpuan adalah kawasan pantai kerana Pulau Redang kan sebuah pulau. Pastinya dikelilingi laut.

Apa yang boleh anda lakukan di Pantai Teluk Dalam? Aktiviti seperti mandi laut dan berenang merupakan antara aktiviti utama yang boelh dilakukan jika anda berkunjung ke sini.


Pasir Mak Simpan

Pasir Mak Simpan
Pasir Mak Simpan mempunyai tarikan tersendiri | CC: WisanaRedang

Menarik nama-nama tempat di Pulau Redang ini. Ini merupakan salah satu diantara nama tempat yang menarik yang ada disini.

Ia bukan sahaja mempunyai nama yang menarik, aktiviti yang boleh anda lakukan disini juga sangat menarik iaitu snorkeling.


Pasir Mak Kepit

Mak pasir, cengkaman, Terengganu adalah pantai dan berdekatan untuk Pasir Bujang dan Bukit Besar
Pasir Mak Kepit, Terengganu adalah pantai dan berdekatan untuk Pasir Bujang dan Bukit Besar

Satu lagi destinasi menarik yang mempunyai nama menarik di Pulau Redang.

Sama seperti di Pasri Mak Simpan, aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disini juga adalah snorkeling.


Aktiviti Menarik di Pulau Redang

Akitiviti di Pulau Redang
Pulau Redang sangat popular dengan kepelbagaian aktiviti air dan menyelam

Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Redang. Anda perlukan masa lebih dari sehari jika anda ingin melakukan semua aktiviti disana.

Jika anda melakukan percutian bajet, anda boleh cuba untuk anda lakukan semuanya dalam sehari.

Tetapi ia akan menjadi agak memenatkan buat anda dan tidak sesuai jika anda membawa anak-anak kecil untuk datang ke Pulau Redang, melakukan aktiviti dan balik hari.

Jom kita tengok apa aktiviti menarik yang dicadangkan orang ramai apabila berkunjung ke Pulau Redang.


Snorkeling di Pulau Redang

Snorkeling melihat Penyu
Jika bertuah, anda boleh bertemukan penyu ketika melakukan aktiviti snorkeling

Di Pulau Redang, terdapat banyak lokasi untuk anda melakukan aktiviti snorkeling. Jika anda pernah melakukan aktiviti snorkeling sebelum ini, anda pastinya suka apabila dapat berenang bersama-sama dengan ikan-ikan yang cantik dan jinak.

Itu apa yang anda dapat apabila anda melakukan snorkeling di pulau-pulau lain. Berbeza bila anda snorkeling Pulau Redang. Anda dapat berenang bersama-sama dengan penyu Terengganu! Berbeza juga dengan tempat lain, untuk memberi makan penyu, anda boleh terus melakukannya ketika anda snorkeling.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Terdapat beberapa lokasi di sekitar Pulau Redang dimana anda boleh melihat penyu dan memberi makan secara langsung seperti di kawasan Pantai Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mak Kepit dan beberapa lagi destinasi.

Makanan yang kebiasaannya anda boleh berikan kepada penyu adalah sotong.

Namun begitu, untuk aktiviti ini, ia bergantung pada musim. Ketika cuaca elok, anda dapat melihat banyak penyu naik ke darat dan boleh anda jumpa.

Penyu-penyu disini juga tidak takut dengan pengunjung dan juga pengunjung yang melakukan aktiviti snorkeling. Asalkan anda mempunyai sotong di tangan, penyu-penyu tersebut yang akan datang kepada anda.


Mandi Manda di Pantai Pasir Panjang

Pantai Pasir Panjang, atau dikenali sebagai Long Beach, adalah pantai berpasir putih terpanjang di Redang
Pantai Pasir Panjang, atau dikenali sebagai Long Beach, adalah pantai berpasir putih terpanjang di Redang

Di Pulau Redang, terdapat terlalu banyak pantai-pantai menarik yang boleh anda kunjungi. Berbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Antara perkara yang membuatkan Pantai Pasir Panjang menjadi antara tarikan di Pulau Redang adalah airnya yang jernih dan juga permukaannya yang landai.

Satu lagi perkara yang menarik adalah bentuk geografinya yang berteluk menjadikannya seolah-olah sebuah lagun buatan. Air disini juga agak sejuk. Walaupun ketika anda mandi-manda pada waktu tengah hari, anda masih tidak akan terasa bahang kepanasannya.

Untuk merasai kesejukan air pada suhu sebegini, anda perlu mandi di kawasan air yang lebih dalam sekitar paras pinggang. Ada yang mengatakan ia sejuk seperti anda mandi di air terjun.

Jika anda berkunjung ke Pulau Redang, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pantai Pasir Panjang. Anda pastinya akan dapat merasakan satu pengalaman mandi-manda yang tidak dapat anda rasai di tempat lain.

Disebabkan ini juga banyak terdapat tempat-tempat penginapan yang dibina dikawasan ini. Tempat-tempat penginapan ini juga menjadi tumpuan kerana ia berdekatan dengan Pantai Pasir Panjang.


Snorkeling Di Pulau Redang Untuk Melihat Ikan

Snorkeling di Redang
Snorkeling adalah aktiviti yang paling popular di Pulau Redang

Jika tadi ada disebutkan snorkeling untuk melihat penyu. Kali ini, anda juga boleh melakukan snorkeling untuk melihat ikan. Sepertimana di kawasan-kawasan dan pulau-pulau lain, di Pulau Redang juga anda boleh melihat berbagai jenis spesis ikan yang cantik-cantik.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda juga boleh terus memberi makan kepada ikan tersebut jika anda membawa roti. Jika anda lihat kepada kawasan perairan di Pulau Redang ini, anda akan dapati bahawa ia sangat landai.

Kawasan khas untuk snorkeling pula secara umumnya dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut lokasi. Ada lokasi yang lebih cetek yang mana sangat sesuai untuk kanak-kanak, dan terdapat juga lokasi dia mana ia lebih dalam yang kaya dengan terumbu karang.

Permandangan terumbu karang di dasar laut sangat cantik sebenarnya.

Dari segi pengalaman dan kecantikan, snorkeling di Pulau Redang tidak kalah dengan snorkeling di pulau-pulau lain yang terkenal di Malaysia. Yang membezakannya hanyalah jenis ikan dan landskap terumbu karang sahaja.


Bermain Bola Tampar Pantai

Anda boleh bermain bola tampar
Satu pemandangan yang cukup cantik, aktiviti bermain bola tampar biasanya dilakukan pada waktu pagi dan petang

Jika anda datang dalam kumpulan yang besar, anda boleh bermain bola tampar pantai beramai-ramai.

Terdapat banyak pantai di Pulau Redang dan anda boleh pilih pantai mana yang anda inginkan. Setiap pasir pantai di sana sangat halus dan gebu.

Memang seronok untuk anda beraksi sepenuh hati di sana. Aktiviti berkumpulan seperti ini memang sesuai dijalankan di kawasan sebegini kerana anda dapat memaksimumkan keterlibatan kumpulan anda dalam setiap aktiviti.


Melihat Matahari Terbenam Di Pulau Redang

Sunset di Pulau Redang
Melihat matahari terbenam di Pulau Redang adalah kemestian

Anda pernah melihat gambar permandangan matahari terbenam? Cantik bukan? Bayangkan jika anda dapat melihatnya secara langsung dihadapan mata anda.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Pantulan cahaya di air laut juga turut menambahkan lagi keindahan permandangan tersebut.

Anda boleh memilih samada untuk menikmati pemandangan ini menerusi tingkap tempat penginapan anda atau terus berada di luar di tepian pantai sambil menikmati bunyi deruan ombak dan membiarkan bayu menyapa tubuh anda.

Bayangkan saja sudah cukup mengujakan bukan?


Berkayak Menyelusuri Air Jenih di Redang

Berkayak di Pulau Redang
Jangan lepaskan peluang untuk berkayak jika melancong ke Pulau Redang

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan air seperti berkayak, Pulau redang merupakan antara destinasi yang terbaik untuk anda melakukan aktiviti kegemaran anda ini. Berkayak dengan rakan-rakan anda dan rakamkan kenagan anda bersama-sama. Rasanya cukup sampai disini sahaja mengenai keunikan dan keindahan Pulau Redang.

Diharapkan dengan artikel ini, anda dapat sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan anda mengenai lokasi, tempat penginapan yang sesuai serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan disana.

Sebagai kesimpulan, untuk menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan, anda boleh jadikan artikel ini sebagai panduan buat anda sahaja dan bukannya bergantung seratus peratus dengan apa yang kami kongsikan disini. Sebagai contoh, untuk tempat penginapan.

penginapan dipulau redang-com-423lumJ9s7c-unsplash
Pulau Redang memilik penginapan bajet hingga pilihan resort bertaraf dunia

Anda boleh pilih tempat penginapan berdasarkan kriteria yang anda inginkan kerana anda mungkin ingin merasai pengalaman yang lebih berbeza atau anda mungkin inginkan percutian yang lebih eksklusif dan lebih privasi. Sila lihat pilihan tempat penginapan di Pulau Redang di sini.

Begitu juga dengan pemilihan aktiviti, anda boleh memilih aktiviti yang anda rasakan sesuai dengan jiwa anda. Aktiviti-aktiviti tersebut juga haruslah sesuai dengan perancangan kumpulan anda atau keluarga anda.

Anda harus ingat, datang bercuti adalah masa dimana anda dan keluarga atau rakan-rakan anda meluangkan lebih masa bersama-sama.Jangan pilih aktiviti yang tidak sesuai dengan mereka yang datang bersama dengan anda. Sebab itu, dengan siapa anda datang juga adalah penting.

Bersambung…

Promo-Banner-Pulau-Redang

Kongsi40530Tweet25332Pin9123
Hadi

Hadi

Seorang yang tenang dan ceria. Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-pulau-redang
Pakej Pulau Redang

Tips Melancong Ke Pulau Redang Untuk Pertama Kali [PANDUAN]

Anda sedang bercadang melancong ke Pulau Redang? Pulau Redang adalah sebuah pulau tropika di Malaysia dengan pantai yang dikelilingi oleh...

Oleh: Hadi
04/01/2021
21k
untuk mendapatkan kesan penuh penampilan kristal masjid, lebih baik dikunjungi pada waktu malam, ketika ia menyala dan hampir kelihatan nyata
Pakej Terengganu

20 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Terengganu [PALING POPULAR]

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul nama "Terengganu". Satu teori mengaitkan asal-usul nama itu dengan terang ganu, bahasa Melayu untuk...

Oleh: Hadi
21/10/2020
11.2k
Selanjutnya
Seterusnya
West Lake adalah tasik air tawar terbesar di barat laut Hanoi

50 Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR]

Songdo Incheon Korea

Melancong Ke Korea: Panduan #1 Bagi Pelancong Muslim Dunia

4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
41 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
Tips Melancong Ke Pulau Redang Pertama Kali [PANDUAN]
1 • •

[…] Bersambung: Tempat & Aktiviti Menarik di Pulau Redang […]

0
Balas
Mohd shahrilnizam bin samsudin
Mohd shahrilnizam bin samsudin
5 • •

Boleh dapatkan quotation pakej 3hari 2mlm kepulau redang

0
Balas
Aina
Aina
5 • •

Boleh sy tau adakah sesuai ke Redang pd bln Okt?

0
Balas
Iza
Iza
5 • •

2 dewasa 1 baby 1 tahun. Boleh tolong sharekan pakej 2d1n & 3d2n?

0
Balas
Azza
Azza
8 • •

Restoran di sekitarnya senang ddapati @ x ye?

0
Balas
Hadi
Hadi
Konsultan
Reply to  Azza
8 • •

Setiap resort anda menyediakan restoran & aneka makanan.

0
Balas
« Sebelum 1 2 3 4
IKLAN / ADVERTISEMENT

Terkini

WW2 Japanese Wrecks @Usukan Bay - XtremeSport

Pulau Mantanani Kota Belud: Pilihan Penyelam Dunia

16/02/2021
558
Powerful Sipisu Pisu waterfall in northern Sumatra Indonesia

Percutian Ke Medan: Melihat Keunikan Sumatra Utara Dari Dekat

04/02/2021
365
Sinabung Gundaling

Bercuti di Medan & Melakukan Aktiviti Paling Menarik

29/01/2021
8k

Popular

  • Bercuti Di Singapore

    15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    15160 Kongsi
    Kongsi 6063 Tweet 3789
  • 15 Tempat Menarik di Pulau Perhentian & Aktiviti Menarik Yang Popular [PANDUAN]

    15417 Kongsi
    Kongsi 6142 Tweet 3839
  • 32 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

    101305 Kongsi
    Kongsi 40520 Tweet 25325
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
41
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply