fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Terengganu

Tasik Kenyir Tips No 1: Resort, Houseboat , Aktiviti & Tempat Paling Menarik Bercuti

Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai anggaran saiznya tetapi Tourism Malaysia mengatakan ia merangkumi 209,199

Mohd Abd Hadi Oleh: Mohd Abd Hadi
30/03/2021
Kategori: Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 4 mins read
26.8k 830
A A
2
Kenyir Lake
24.8k
SHARES
28.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Empangan hidroelektrik Tasik Kenyir sebagai destinasi percutian keluarga dan rakan? Kenapa tidak?

Setiap hari orang yang tinggal di kawasan bandar akan menghadapi kesesakan lalu lintas, pencemaran dan kesesakan yang akan membuat mereka menjadi lebih tertekan.

Terutama bagi pekerja yang sering menggunakan alat elektronik pada zaman sekarang ini.

Tasik-Kenyir

  • Lihat Pakej Percutian Tasik Kenyir
  • Lihat Peta Lokasi Tasik Kenyir

Kerana masalah tersebut, kualiti hidup akan menurun dari hari ke hari.

Melibatkan diri dengan aktiviti rekreasi atau aktiviti alam dapat membantu diri dalam meningkatkan gaya hidup sihat, seperti menjadi lebih bertenaga dan gembira.

Video Intro Tasik Kenyir

Bawa kawan-kawan, keluarga dan orang yang tersayang melancong ke Tasik Kenyir dah nikmati percutian menyeronokkan!


Sejarah Tasik Kenyir

Pakej Tasik Kenyir
Tasik Kenyir menjadi sumber kehidupan masyarakat tempatan

Pin

  • 1 Video Intro Tasik Kenyir
  • 2 Sejarah Tasik Kenyir
  • 3 Tasik Kenyir Resort
  • 4 Tasik Kenyir Houseboat
  • 5 Tempat-Tempat Menarik Di Tasik Kenyir
    • 5.1 Air Terjun Saok (Saok waterfall) & Air Terjun Lasir
    • 5.2 Jadi Seorang Tabib di Taman Herba Tasik Kenyir (Herb Garden)
    • 5.3 Bermesra Bersama Ikan Spa Kelah Sanctuary
    • 5.4 Terokai Zaman Prasejarah Di Gua Bewah (Bewah Cave)
    • 5.5 Berkawan Dengan Gajah! Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
  • 6 Panduan Perjalanan Ke Tasik Kenyir
Tahukah anda tasik buatan manusia yang paling terbesar di Asia Tenggara adalah Tasik Kenyir, dengan berkeluasan 260 ribu hektar. Ia terbina hasil dari projek empangan hidroeletrik dan diliputi konkrit paling terbesar di Malaysia.

Istimewanya empangan ini pada kedudukan hutan hujan menghasilkan landskap baru yang penuh dengan pemandangan flora dan fauna yang sungguh menakjubkan. Percayalah!

Disebabkan kewujudan empangan ini juga, ia telah menjadi rumah kepada pelbagai spesis haiwan seperti Burung Kenyalang, Gajah, dan Harimau Kumbang. Bukan itu saja anda boleh temukan lebih dari 8 ribu jenis spesis bunga, orkid eksotik, aneka paku-pakis, lebih 8 ratus spesis orkid dan 300 jenis kulat.

Terpersona dengan keindahan alam disekeliling Tasik Kenyir
Terpersona dengan keindahan alam disekeliling Tasik Kenyir

Yang lebih menyeronokkan, ianya menjadi lubuk syurga kaki pancing kerana tasik ini juga telah dihuni oleh ratusan spesis ikan air tawar seperti Toman, Kelah, Baung Lampan, Kelisa dan banyak lagi.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Nah, inilah tempat bagi pencinta alam semulajadi kerana bakal dikelilingi hutan hujan tropika yang sangat tebal.

Memancing di Tasik Kenyir
Ramai kaki pancing pernah menjejakkan kaki ke Tasik Kenyir. Kos memancing di Tasik Kenyir masih dianggap munasabah setakat hari ini

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di Tasik Kenyir, antara yang popular adalah pemanduan pacuan 4 roda (4WD), treking meredah hutan, berkayak, menaiki bot rumah, dan paling menyeronokkan iaitu memancing.

Tidak ketinggalan juga untuk pengemar golf anda boleh menhayunkan stik golf anda disini.


Tasik Kenyir Resort

Kenyir Eco Resort
Resort terapung di Tasik Kenyir

Ada pelbagai jenis penginapan yang anda boleh ditemukan di Tasik Kenyir. Ianya tersedia dari resort bertaraf 3 bintang, resort terapung atau chalet di atas pulau buatan. Sebagai contoh, Kenyir Eco membantu anda menyediakan pelbagai pilihan pakej penginapan terapung di Tasik Kenyir.

Dari penginapan ini pelbagai aktiviti diatas air boleh dilakukan.

Lake Kenyir Resort
Pemandangan Tasik Kenyir seluas mata memandang

Pilihan ramai pelancong tempatan adalah melakukan aktiviti berkeluarga, lawatan syarikat dengan aktiviti ‘team building’, ‘telematch’ & ‘conference’.

Tiada had untuk perancangan percutian anda, banyak tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir yang anda boleh lakukan. Boleh lihat senarai kami berikan dibawah.


Tasik Kenyir Houseboat

Kenyir Raft Boat
Pelantar rumah bot untuk aktiviti kemah terapung

Tahukah anda, Houseboat atau rumah bot adalah pilihan utama kaki pancing tegar. Apa yang menarik houseboat ini menyediakan pelabgai kemudahan seperti hotel di dalam bot.

Bukan itu saja anda boleh memasak atau BBQ, menyanyi karaoke, riadah dan banyak lagi bergantung pada saiz rumah bot ini.

Kenyir Houseboat
Sering disebut ‘houseboat’ sesuai untuk memancing dan aktiviti pelayaran

Apa yang menariknya, pengemar memancing tadi boleh membawa isteri dan keluarga bersama untuk menerokai alam semulajadi dengan menyelusuri Tasik Kenyir hingga ke kawasan air terjun serta kawasan memancing yang pastinya memberi pengalaman paling menyeronokkan.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Tahukah anda, Tasik Kenyir juga menjadi laluan keluar masuk ke Taman negara yang melalui Tanjung Mentong.


Tempat-Tempat Menarik Di Tasik Kenyir

Pakej Tasik Kenyir Terkini
Pemandangan mistik dengan kehijauan semulajadi

Pengunjung yang datang ke tasik Kenyir pasti akan merasa kagum dengan pemandangan semulajadi hutan hujan. Selain bersiar-siar, terdapat banyak aktiviti menarik yang menanti dan telah disajikan yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Dipercayai bahawa 340 pulau tersebar di sekitar Tasik Kenyir, pelbagai spesis mamalia &  burung serta tumbuhan eksotik menarik boleh anda temukan.

Air Terjun Saok (Saok waterfall) & Air Terjun Lasir

Air Terjun Saok
Air Terjun Saok

Dengan memiliki kekayaan flora dan fauna, Tasik Kenyir juga menawarkan aktiviti yang akan membuat pengunjung merasa sangat dekat dengan alam semula jadi, kerana mereka dapat merasakan kehangatan dari hutan hujan.

Air Terjun Saok

Pengunjung boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan dengan berkelah atau bersantai di air terjun yang mengalir dengan air yang jernih.

Air Terjun Lasir

Dengan disertai deruan air dari sungai dan kicauan burung di hutan, ia dapat membantu mengurangkan tekanan pengunjung. Sudah tentu, pengunjung akan mengalami saat yang luar biasa dengan menikmati air terjun bersama keluarga dan rakan mereka.

Air Terjun Lasir

Pengunjung dapat memilih air terjun yang disukai, seperti Air Terjun Lasir atau Air Terjun Saok yang terkenal di kalangan pelancong.

Air Terjun Lasir

Terdapat kemudahan asas yang disediakan di kedua air terjun untuk pengunjung seperti tandas dan gazebo.

Jadi Seorang Tabib di Taman Herba Tasik Kenyir (Herb Garden)

Taman Herba Tasik Kenyir
Aktiviti menyediakan minuman herba

Melancong sambil belajar juga merupakan idea yang sangat bagus, aktiviti ini dapat disertakan oleh pengunjung dalam percutian mereka.

Taman herba adalah tempat yang sesuai untuk pelancong mengetahui tentang fungsi tanaman herba bagi tujuan perubatan tradisional.

Taman Herba Herbs Garden
Pokok Mahkota Dewa & Tongkat Ali Hitam

Penjelasan mengenai setiap tumbuhan & ramuan diberikan oleh pusat penerangan yang akan membantu pelancong memahami dengan jelas.

Taman Herba Tasik Kenyir
Demonstrasi penyediaan minuman herba

Biasanya dalam lawatan, beberapa orang pengunjung atau pelancong mungkin tidak biasa melihat dengan spesis tanaman-tanaman herba, jadi dengan mengunjungi kebun herba ini ianya dapat membantu mereka mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai tanaman herba.

Taman Herba Tasik Kenyir
Taman Herba Tasik Kenyir

Di antara tanaman herba yang telah ditanam ada, Eurycoma longifolia (Tongkat ali), Labisia pumila Benth (Kacip Fatimah), Ficus deltoidea (Mas Cotek), dan banyak lagi.

Bermesra Bersama Ikan Spa Kelah Sanctuary

Kenyir Kelah Sanctuary
Kenyir Kelah Sanctuary

Sekiranya anda datang ke Tasik Kenyir, jangan lupa meluangkan masa mengunjungi Kelah Sanctuary untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan ikan-ikan kelah yang cukup jika dan mesra sambil memberi makan.

Pengunjung akan menikmati perjalanan sejauh 1.85 kilometer melalui jalan berbatu dan jambatan gantung sebelum tiba di sungai yang menjadi habitat Kelah, pun begitu boleh menaiki bot untuk sampai ke sini.

Kenyir Kelah Sanctuary
Anda berpeluang bermain dengan ikan kelah

Sebagai spesies yang dilindungi, pihak pengurusan membuat peraturan had pelancong yang dapat memasuki tempat perlindungan ini, iaitu sekitar 50 hingga 200 pengunjung setiap hari.

Kenyir Kelah Sanctuary
dihurungi ikan kelah yang jinak

Sementara itu peluang untuk bermain dan memberi makan kepada ikan Kelah hanya diberikan selama 30 minit kerana ianya untuk memastikan habitatnya tetap selamat, sekaligus memastikan Kelah hidup di dalam lingkungan yang bersih.

Kenyir Kelah Sanctuary

Untuk memberi makan kepada ikan-ikan Kelah ini, pengunjung harus membeli palet yang telah disediakan bagi memastikan kualiti makanannya terjaga. Satu perkara lagi, jika ingin merasakan peluang ‘fish spa’ ini, pastikan ada datang pada bulan Mac hingga Oktober.

Terokai Zaman Prasejarah Di Gua Bewah (Bewah Cave)

Gua Bewah (Bewah Cave)
Gua Bewah Batu Kapur

Kembali ke masa lalu semestinya menjadi sesuatu yang menarik semasa percutian! Tasik Kenyir bukan sahaja menyediakan pemandangan yang indah tetapi juga menjadi tempat bersejarah kepada pengunjung & pelancong.

Gua Bewah Bewah Cave
Jelajah di dalam Gua Bewah

Gua Bewah Bewah Cave

Oleh kerana aktiviti penggalian pada akhir tahun 2009 oleh sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Nasional Malaysia (UKM), Muzium Negara Malaysia dan Muzium Negeri Terengganu mendapati bahawa rangka manusia (manusia Bewah) dan artifak dari zaman prasejarah.

Gua Bewah Bewah Cave

IKLAN / ADVERTISEMENT

Jadi untuk merasai pengembaraan yang mengasyikkan, mari berkunjung ke Gua Bewah atau juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar, sambil berjalan-jalan melalui laluan trek. Dengan menjelajahi gua ini, pengunjung dapat melihat dengan mata mereka sendiri pembentukan batu kristal, stalaktit dan stalagmit.

Gua Bewah Bewah Cave

Namun, jangan lupa untuk membawa lampu suluh bersama untuk menikmati keindahan pemandangan di dalam gua, kerana kita tahu bahawa di dalamnya cahaya matahari akan berkurang.

Berkawan Dengan Gajah! Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Kenyir Eco
Gajah-gajah yang jinak dan comel

Tasik Kenyir tidak hanya berfungsi sebagai percutian di kawasan tasik dan pulau kecil, tetapi pengunjung boleh mengunjungi Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) yang terletak 4 kilometer dari jeti Pengkalan Gawi.

Tempat menarik ini dibina pada tahun 2012, untuk melindungi gajah dan dijaga oleh doktor haiwan profesional dan penjaga gajah. Gajah-gajah ini adalah berasal dari gajah tempatan yang telah kehilangan keluarga. Pelancong akan mempunyai pengalaman untuk belajar dan meneroka lebih lanjut mengenai gajah.

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Ini adalah dengan merebut peluang untuk menunggang gajah sejauh 2 kilometer, kemudian memberi makan dan memandikan gajah juga. Pusat ini juga telah menyediakan jambatan gantung supaya pengunjung dapat menikmati panorama habitat gajah yang indah ini.

Tiket masuk untuk KECV adalah RM40 untuk dewasa Malaysia, RM 20 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, kemudian RM5 untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.


Panduan Perjalanan Ke Tasik Kenyir

Pakej Tasik Kenyir
Menaiki bot ke Tasik Kenyir

Pelancong dan pengunjung yang berminat untuk pergi ke Tasik Kenyir, boleh menaiki bas, kapal terbang atau pergi sendiri dengan menaiki kenderaan kereta. Pengunjung yang memandu dari Kuala Lumpur boleh melalui lebuh raya Karak dan lebuh raya Jerangau Jabor yang akan sampai di Ajil kemudian bandar Kuala Berang.

Sementara itu, mereka yang ingin menikmati pemandangan pantai boleh memilih jalan lain iaitu dari Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan ke Kuala Berang.

Pakej Tasik Kenyir

Pengunjung yang memilih Tasik Kenyir Express (Bas) akan tiba di jeti Pengkalan Gawi, yang merupakan jeti utama di Tasik Kenyir. Terdapat perkhidmatan bas lain ke Terminal Bas Kuala Terengganu.

Kemudian, sekiranya pengunjung inginkan kepantasan masa, mereka boleh terbang dengan syarikat penerbangan Malaysia atau Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu (Lapangan Terbang Sultan Mahmud). Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi atau van terus ke Tasik Kenyir.

Tasik-Kenyir

Rujukkan dan gambar: Beautiful Terengganu Malaysia

Tags: melancong ke kenyirpakej kenyirpercutian kenyir
Kongsi9917Tweet6198Pin2233
Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my
Sebelumnya

25 Perkara Anda Mesti Lakukan Di Krabi Thailand [TARIKAN POPULAR]

Seterusnya

32 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

Mohd Abd Hadi

Mohd Abd Hadi

Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

untuk mendapatkan kesan penuh penampilan kristal masjid, lebih baik dikunjungi pada waktu malam, ketika ia menyala dan hampir kelihatan nyata
Pakej Terengganu

20 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Terengganu [PALING POPULAR]

  Terdapat beberapa teori mengenai asal usul nama "Terengganu". Satu teori mengaitkan asal-usul nama itu dengan terang ganu, bahasa Melayu...

Oleh: Mohd Abd Hadi
29/03/2021
12.2k
Pemandangan di Pulau Redang
Pakej Pulau Redang

32 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

  Berapa ramai yang gemar untuk menjadikan pulau Redang sebagai destinasi percutian pilihan anda? Kenapa pulau ini yang menjadi pilihan...

Oleh: Mohd Abd Hadi
22/03/2021
118.7k
Selanjutnya
Seterusnya
Pemandangan di Pulau Redang

32 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

https://twitter.com/ayih93

8 Aktiviti Menarik di Pulau Redang Yang Menjadi Pilihan Pelancong

4.5 4 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
2 Komen
Popular
Terbaru Lama
Inline Feedbacks
View all comments
IKLAN / ADVERTISEMENT

Cadangan

Suasana Malam di Kuching

Cadangan Itinerary Terbaik Percutian Pakej Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

24/02/2021
2.5k
Museum-Tsunami-at-night-in-Banda-Aceh

5 Tempat Paling Menarik Banda Aceh Indonesia

26/03/2021
416
Perkampungan Klasik Korea Selatan

Pakej Korea Musim Salji: Cadangan Percutian 5 Hari 4 Malam [POPULAR]

29/03/2021
2.9k
amalfi-coast-italy

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

10/06/2020
1.5k
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
2
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply