fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Malaysia Pakej Terengganu

10 Tempat Paling Menarik di Kuala Terangganu [PILIHAN POUPULAR]

Kuala Terengganu adalah ibu negeri Terengganu, terletak di sepanjang pantai Laut China Selatan dan membentang sejauh hampir 13,000 kilometer persegi

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
17 November, 2022
Kategori: Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 3 mins read
433 31
A A
86
Tempat Menarik di Terengganu

Jambatan Angkut Terengganu | Imej oleh: Affendy Sahadan

37k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Apakah tempat menarik di Kuala Terengganu yang paling popular? Apa pula makanan yang sedap di Kuala Terengganu?

Kuala Terengganu, tidak asing lagi dengan kesedapan dan keaslian keropok lekor, kini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Kuala Terengganu adalah perkampungan nelayan sebelum minyak dijumpai di sini, dan sekarang pembangunan yang pesat mewujudkan pelbagai tempat-tempat menarik untuk kunjungan pelancong.

Masyarakat di Kuala Terengganu adalah orang-orang yang peramah dan rata-rata penduduk tinggal di kawasan perkampungan yang mesra pelancong.

Selain itu pelancongan di Kuala Terengganu kain giat membangun dan hal ini menyebabkan tempat-tempat percutian tumbuh seperti cendawan.

Tasik-Kenyir

  • Lihat Penginapan Terbaik di Kuala Terengganu
  • Lihat Peta Percutian di Kuala Terengganu

Pin

  • 1 Pasar Besar Kedai Payang
  • 2 Taman Tamadun Islam
  • 3 Muzium Negeri Terengganu
  • 4 Jambatan Angkat Terengganu
  • 5 Masjid di Kuala Terengganu
  • 6 Pantai Menarik di Kuala Terengganu
  • 7 Bukit Hiking di Kuala Terengganu
  • 8 Bukit Puteri Kuala Terengganu
  • 9 Kompleks Kraf Noor Arfa
  • 10 Bukit Panorama
 Ada banyak aktiviti, tempat pelancongan terbaik dan untuk makanan yang enak ada di Kuala Terengganu:


Pasar Besar Kedai Payang

Pelbagai hasil tempatan seperti keropok ikan di jual di Pasar Besar Kedai Payang
Pelbagai hasil tempatan seperti keropok ikan di jual di Pasar Besar Kedai Payang | Imej oleh: Efir Ismail

Jika bercuti di Negeri Terengganu orang ramai pasti berpusu-pusu untuk ke Pasar Kedai Payang.

Apa yang menarik dengan pasar ini sehingga menjadi tumpuan para pelancong?

Pasar Besar Kedai Payang
Pasar Besar Kedai Payang | Imej oleh: Meer

Pasar Kedai Payang yang terletak berhampiran dengan Pulau Warisan ini menawarkan pelbagai produk tempatan yang sesuai untuk dijadikan sebagai ole-ole.

Antaranya barangan kraftangan, batik, songket, makanan tradisional Terengganu, barang perhiasan wanita dan lain-lain.

Baju tradisional dan buat tempatan Kuala Terangganu
Baju tradisional dan buat tempatan Kuala Terangganu | Imej oleh: Aimi Zahirah

Tambahan lagi keramahan para peniaga melayan para pelancong semestinya memberikan pengalaman yang seronok ketika aktiviti tawar-menawar berlaku

Pasar Kedai Payang bukan sahaja sesuai untuk aktiviti memborong cenderamata, malah di sini turut sesuai untuk menjamu selera dengan pelbagai menu yang lazat dan menikmati pemandangan air laut.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | no. 11 pasar besar kedai payang, 20100 Kuala Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Destinasi membeli-belah produk tradisional dan tempatan

  • Operasi: Dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang

Taman Tamadun Islam

The Dome of The Rock, Palestin
The Dome of The Rock, Palestin

Taman Tamadun Islam begitu istimewa kerana ia merupakan sebuah taman tema tetapi menggunakan konsep yang begitu berbeza daripada taman tema yang lain.

Taman ini merupakan yang pertama di Malaysia menggunakan tema seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh dunia sebagai tarikan utamanya!

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) di Turki
Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) di Turki

Berkunjung ke sini seolah-olah anda telah menjejakkan kaki ke seluruh dunia. Taman ini menempatkan 22 replika masjid yang tersohor dari seluruh dunia.

Antara replika masjid yang dibina di sini adalah Masjid an-Nabawi, Masjidil Haram, Kubah Al-Sakhrah, Taj Mahal, Masjid Al-Hambra dan banyak lagi masjid yang terkenal.

Susana santai di Taman Monumen Masjid TTI
Susana santai di Taman Monumen Masjid TTI

Menariknya kerana terdapat beberapa replika masjid yang menyediakan mini studio untuk anda menghayati sejarah pembinaan masjid tersebut.

Antara tarikan lain adalah menaiki TTI Cruise mengelilingi pulau-pulau kecil, menziarah Masjid Kristal serta bergambar di Kincir Air.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Pulau Wan Man Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Tiket masuk adalah RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang

Muzium Negeri Terengganu

Muzium Negeri Terengganu yang sangat luas
Muzium Negeri Terengganu yang sangat luas

Jangan terkejut jika di negeri Pantai Timur ini mempunyai kompleks muzium yang terbesar di Asia Tenggara!

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

Muzium Terengganu ini menggunakan seni bina istana lama Terengganu dengan adanya empat blok utama, muzium maritim, muzium perikanan, empat rumah tradisional dan taman botani.

Batu Bersurat Terengganu-2
Batu Bersurat Terengganu

Seperti yang kita tahu setiap muzium menempatkan pelbagai artifak dan kisah sejarah yang berkaitan dengan destinasi tersebut.

Lain pula bagi muzium ini, kerana faktor penubuhannya mempunyai sejarah yang tersendiri.

Rumah Budaya Terengganu
Rumah Budaya Terengganu

Ia bermula apabila penemuan Batu Bersurat Terengganu, yang mana rakyat begitu gembira tetapi pada masa yang sama dilanda kebingungan kerana ketiadaan tempat yang sesuai untuk memelihara khazanah tersebut.

Pelbagai Galeri menyimpan barangan bersejarah boleh ditemukan di Muzium Terengganu
Pelbagai Galeri menyimpan barangan bersejarah boleh ditemukan di Muzium Terengganu

Oleh itu, Batu Bersurat tersebut pernah ditempatkan di Muzium Gambar Raffles, Singapura sementara proses pembinaan muzium dijalankan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat Batu Bersurat dan pelbagai koleksi barangan bersejarah negeri Terengganu di sini.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 20566 Bukit Losong, Terengganu

  • Tiket: Lihat Pengangkutan | Tiket masuk adalah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang

Jambatan Angkat Terengganu

Jambatan Angkat Terengganu | Imej oleh: Nasir Zehni Muhammad
Jambatan Angkat Terengganu | Imej oleh: Nasir Zehni Muhammad

Destinasi ini turut dikenali sebagai Terengganu Drawbridge merupakan antara tarikan yang terkini dan paling popular di Kuala Terengganu.

Jambatan yang menelan belanja hampir RM248 juta ini turut menjadi jambatan angkat pertama di Malaysia.

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai begitu teruja untuk datang melawat ke sini bagi melihat keunikan jambatan tersebut.

Terengganu Drawbridge
Terengganu Drawbridge | Imej oleh: Mohd Samsi Sumairi

Nak merasa seperti menyusuri Tower Bridge London?

Kini anda boleh merasai pengalaman seakan-akan di London dengan berkunjung  ke Kuala Terengganu.

Hal ini kerana reka bentuk jambatan ini menggunakan inspirasi daripada Tower Bridge London!

10 Tempat Paling Menarik di Kuala Terangganu [PILIHAN POUPULAR] 1

Destinasi ini bukan sahaja menarik pada siang hari malah pada waktu malam ia turut mengeluarkan cahaya yang bewarna-warni yang begitu menarik untuk ditonton.

Jambatan sepanjang 638 meter yang menjadi penghubung antara Bandar Kuala Terengganu dan Seberang Takir ini turut membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Terengganu.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | 20000 Kuala Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Tiket masuk adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari 10 pagi hingga 7 petang

Masjid di Kuala Terengganu

Masjid Tengku Tengah Masjid Terapung
Masjid Tengku Tengah Masjid Terapung | Imej oleh: Izzat Azmi

Masjid Tengku Tengah Zaharah lebih dikenali sebagai masjid terapung ekoran daripada lokasinya yang di bina di atas air muara Sungai Ibai, menjadikannya seolah-olah terapung di atas air apabila dipandang.

Satu lagi masjid yang terkenal di Kuala Terengganu adalah Masjid Abidin atau Masjid Putih.

Masjid Abidin
Masjid Abidin | Imej oleh: Agus PD

Ia merupakan masjid yang tertua di Negeri Terengganu dan dibina oleh Sultan Zainal Abidin II pada 1793-1808 yang turut menempatkan Makam DiRaja lama.

Asalnya ia dibina dengan menggunakan kayu untuk dijadikan istana, pada tahun 1852 ia telah diubahsuai bagi memuatkan lebih ramai jemaah.

Di pintu masuk masjid ini terdapat ukiran ayat suci Al-Quran yang menggunakan seni kaligrafi.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1010, Jalan Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Sila jaga kebersihan dan hormati waktu solat

  • Operasi: Dibuka pada setiap masa kecuali waktu solat dan sehingga 10 malam

Pantai Menarik di Kuala Terengganu

Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk | Imej oleh: Naguib Ab Jabar

Pantai di negeri Kuala Terengganu begitu indah dan sentiasa memukau setiap mata yang memandang.

Pantai Batu Buruk sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong luar untuk datang bersiar-siar serta menghayati bayu laut yang begitu menenangkan.

Pantai Teluk Ketapang
Pantai Teluk Ketapang | Imej oleh: Mnoriz

Di sini juga merupakan ‘port’ yang terbaik untuk melihat keindahan sunrise! Seterusnya Pantai Teluk Ketapang tidak kurang menariknya untuk dikunjungi kerana menempatkan beberapa gerai makan yang popular seperti Pok Nong Celup Tepung.

Pantai Tok Jembal
Pantai Tok Jembal | Imej oleh: Mohammed Azman

Jika anda mencari destinasi pantai yang sesuai untuk mandi-manda anda boleh ke Pantai Tok Jembal kerana keadaan ombaknya yang tidak begitu kuat.

Antara destinasi pantai yang lain adalah Pantai Seberang Takir, Pantai Mengabang Telipot, Pantai Batu Rakit  dan lain-lain.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 21300, Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma dan sila jaga kebersihan

  • Operasi: Dibuka dari 6 pagi hingga 10 malam

Bukit Hiking di Kuala Terengganu

Bukit Besar Kuala Terengganu
Bukit Besar Kuala Terengganu | Imej oleh: Travel Forever

Inginkan aktiviti yang sihat? Jom mendaki ke Bukit Besar yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.

Bukit Besar sering menjadi tumpuan pada hujung minggu, orang ramai berpusu-pusu mendaki bukit ini bagi melihat panorama Masjid Kristal, Taman Tamadun islam dan Sungai Terengganu daripada puncak bukit.

Bukit Maras
Bukit Maras | Imej oleh: Afzan Izzat

Tambahan lagi di sini turut terdapat tulisan ‘Allah Peliharakanlah Terengganu’ dalam skala yang besar dan ia pernah menjadi viral ekoran daripada orang ramai yang memanjat setiap huruf tersebut untuk bergambar!

Satu lagi destinasi mendaki yang turut popular di Kuala Terengganu adalah Bukit Maras. Bukit yang berketinggian 329 meter ini menyajikan panorama Pulau Kapas, Pulau Bidong dan Pulau Redang.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Sila jaga kebersihan dan hormati pengunjung lain

  • Operasi: Dibuka pada setiap masa dan jaga keselamatan

Bukit Puteri Kuala Terengganu

Kubu Bukit Puteri Kuala Terengganu
Kubu Bukit Puteri Kuala Terengganu | Imej oleh: Amzan Sani

Jika di Melaka terdapat Kota A Famosa sebagai kubu pertahanan, di Kuala Terengganu pula mempunyai Bukit Puteri yang mempunyai fungsi seakan-akan Kota A Famosa.

Bukit Puteri yang berketinggian 250m ini terletak di belakang Istana Maziah yang menghadap ke pantai serta berhampiran dengan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.

Merian peninggalan kota di Bukit Puteri Kuala-Terengganu
Merian peninggalan kota di Bukit Puteri Kuala-Terengganu

Lokasi kubu pertahanan ini begitu strategik bagi memantau serangan daripada pihak musuh pada ketika itu. Di atas bukit ini pernah menempatkan 40 meriam diraja dan senjata-senjata perang.

Selain itu turut terdapat tinggalan sejarah yang lain seperti singgahsana Sultan Tengku Umar, Genta (Loceng Besar), Meriam Beranak, Lubang Ubat Bedil, Rumah Api, Tiang Bendera dan Kubur Syed Yasin.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Panglima, 20000 Kuala Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Tiket masuk adalah RM1 bagi dewasa

  • Operasi: Dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang | Jaga kebersihan

Kompleks Kraf Noor Arfa

Batik berkualiti tinggi boleh dibeli di Batik Pavilion
Batik berkualiti tinggi boleh dibeli di Batik Pavilion

Kompleks Kraf Noor Arfa tidak asing lagi dalam kalangan para pelancong, terutamanya bagi pencinta barangan seni tradisional.

Kompleks yang mula beroperasi pada tahun 2008 ini turut menampilkan seni bina klasik iaitu bercirikan Rumah Tradisional Terengganu yang mempunyai ukiran berbentuk bunga di setiap hujung bumbung bangunannya.

Anda boleh mencuba melukis batik dengan teknik mencanting atau menekap blok disini
Anda boleh mencuba melukis batik dengan teknik mencanting atau menekap blok di Batik Art Craft

Antara produk yang terkenal di sini adalah batik lukis, baju kaftan, batik sarung, batik cop, batik sutera, batik terap, anyaman, ukiran kaca dan wau.

Destinasi ini turut menarik minat pelancong daripada luar negara ekoran daripada statusnya sebagai pengeluar batik terbesar di Malaysia.

Pelbagai fasiliti disedikan di Noor Arfa Craft Complex
Pelbagai fasiliti disedikan di Noor Arfa Craft Complex

Untuk menghayati dengan lebih mendalam tentang seni kraftangan anda boleh ke Pusat Budaya Kraf Terenganu yang terletak 1km dari Kompleks tersebut.

Di sini anda boleh melihat proses penghasilan setiap produk kraftangan seperti menenun songket dengan benang emas dan perak.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | NACC Batik Pavilion Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Tiket bagi dewasa adalah RM10 dan RM6 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari 9 pagi hingga 5:30 petang 

Bukit Panorama

Pemandangan waktu malam di Bukit Panorama | Imej oleh: Fareez Sadikan
Pemandangan waktu malam di Bukit Panorama | Imej oleh: Asyraf Khairuddin

Inginkan suasana makan malam yang memukau? Tarikan yang satu ini bukan sahaja menghidangkan makanan yang menyelerakan malah memberikan pemandangan yang begitu indah bagi menjamu mata anda!

Bukit Panorama merupakan antara destinasi yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar bagi menjamu selera di restoran yang terletak di puncak bukit.

Pemandangan waktu malam di Bukit Panorama
Susana waktu malam di Bukit Panorama | Imej oleh: Fareez Sadikan

Di sini terdapat Restoran Pizza Vs Satay yang menyediakan bermacam hidangan yang terdiri daripada makanan tempatan sehingga makanan barat.

Keunikan restoran ini kerana ia terletak di puncak bukit di mana memberikan pemandangan Bandaraya Kuala Terengganu yang begitu mengasyikkan.

Jika anda mencari destinasi makam malam yang romantik, ceria dan selesa untuk sambutan hari istimewa bolehlah cuba singgah di Bukit Panorama.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Cerong Lanjut, 20300 Kuala Terengganu

  • Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma anda boleh menempah makanan di restoran

  • Operasi: Dibuka pada 5 petang hingga 10 malam

Bersambung…

Tags: bandar kuala terengganuhomestay di kuala terengganukuala terengganu hotelpakej kuala terengganu
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

pulau-lang-tengah-island
Pakej Terengganu

Pulau Lang Tengah: Panduan Percutian & Aktiviti Menarik [POPULAR]

  Percutian pulau lang tengah adalah pilihan yang menarik jika anda ingin menikmati keindahan alam semulajadi dan hidupan laut di...

Oleh: Hadi Ghazali
7 Jun, 2023
29.9k
Terengganu-Drawbridge-Jambatan-Angkut-Terengganu-9
Pakej Terengganu

Jambatan Angkat Terengganu: Ikonik Drawbridge Terengganu Malaysia Dari Pantai Timur

  Apakah yang menarik tentang Jambatan Terengganu yang terkenal dan kenapa pelancong membanjiri perkarangan jambatan itu? Drawbridge Terengganu atau juga...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Mei, 2023
478
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
86 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
86
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas