fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Malaysia Pakej Terengganu

10 Tempat Makan Menarik di Kuala Terengganu

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
20 Januari, 2023
Kategori: Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 2 mins read
223 5
A A
0
Tempat-Makan-Menarik-di-Kuala-Terengganu-Adilroti

Imej oleh: Adilroti

19.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Ada tempat makan menarik di Kuala Terengganu yang paling sedap anda boleh kongsikan? Ada hidangan di Kuala Terengganu sentiasa menjadi ingatan?

Makanan dan masakan di Kuala Terengganu dianggap lazat sedap kerana gabungan perisa dan rempah ratus yang unik digunakan dalam masakan tradisional Terengganu.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Bandar ini terletak di pantai timur Malaysia dan mempunyai warisan budaya yang kaya, yang tercermin dalam makanannya.

Bahan-bahan tempatan seperti makanan laut segar, santan dan herba seperti serai dan asam jawa lazimnya digunakan untuk mencipta hidangan berperisa.

Selain itu, masakan Terengganu banyak dipengaruhi oleh negara-negara jirannya, seperti Thailand dan Indonesia, yang turut menambah rasa uniknya.

Tempat Makan Menarik di Kuala Terengganu Adilroti

  • Lihat Penginapan Terbaik di Kuala Terengganu
  • Lihat Aktiviti Menarik di Kuala Terengganu
  • Lihat Peta Percutian Kuala Terengganu

Pin

  • 1 Nasi Dagang Atas Tol
  • 2 Warung Pok Nong
  • 3 Haji Pok Long ICT (Ikan Celup Tepung)
  • 4 Kedai Air Buah Gelas Besar
  • 5 Restoran Mat Binjai
  • 6 Fauzi Nasi Kerabu @ Suerasa Nasi Kerabu
  • 7 Dynar Lekor
  • 8 Gerai Kuih Gong Kapas
  • 9 NR Cafe
  • 10 Aidilroti
Berikut saya senaraikan 10 tempat makan menarik di Kuala Terengganu yang patut anda cuba.


Nasi Dagang Atas Tol

Nasi-Dagang-Atas-Tol-Kg-Atas-Tol-Feroz-Othman
Nasi Dagang Atas Tol Kg Atas Tol | Imej oleh: Feroz Othman

Jika anda merancang untuk berkunjung ke Kuala Terengganu, hidangan yang wajib anda nikmati adalah nasi dagang yang merupakan menu tradisional rakyat negeri ini.

Nasi Dagang Atas Tol merupakan kedai yang paling terkenal dalam menyediakan menu tersebut.

Hidangan-Nasi-Dagang-Menyelerakan-Amalia-Hayati
Hidangan Nasi Dagang menyelerakan | Imej oleh: Amalia Hayati

Anda boleh menikmati nasi dagang bersama gulai ikan tongkol dan air teh ais ombak rindu yang kaya dengan buih!

Kedai yang dibuka seawal jam 6.30 pagi ini begitu ramai peminatnya, jadi jangan pelik jika anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:30am – 11:30am | 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

Warung Pok Nong

Makan-laut-goreng-ala-tempura-Warung-Pok-Nong-Adilah-Nordin
Makanan laut goreng ala tempura Warung Pok Nong | Imej oleh: Adilah Nordin

Negeri yang turut terkenal dengan keindahan pantai dan lautnya ini turut mempunyai beberapa warung yang menyajikan makanan laut celup tepung.

Warung yang beroperasi pada jam 3.30 hingga 7.30 petang ini menyediakan pilihan ikan, sotong dan udang celup tepung bersama sos.

ABC-Warung-Pok-Nong-Himawari
ABC Warung Pok Nong | Imej oleh: Himawari

Warung ini pernah dikunjungi oleh rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Tv 3, jadi tidak hairanlah jika ia sering dipenuhi dengan pelanggan untuk menikmati hidangan celup tepung yang cukup ranggup di waktu petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 3:00pm – 7:30pm | Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Haji Pok Long ICT (Ikan Celup Tepung)

Ikan-Celup-Tepung-Haji-Pok-Long-ICT-Shahrul-Nizam
Ikan Celup Tepung Haji-Pok Long ICT | Imej oleh: Shahrul Nizam

Restoran Haji Pok Long ICT ini tidak kurang hebatnya dalam menyajikan hidangan berasaskan celup tepung.

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

Lokasinya yang terletak berhadapan dengan Laman Warisan Rhu ini menawarkan menu ikan pari celup tepung, ketam celup tepung, telur  sotong celup tepung, air kelapa muda, keropok lekor dan ABC jagung yang merupakan menu paling laris!

Pemandangan-di-Gerai-Haji-Pok-Long-ICT-Kirshnan
Pemandangan di Gerai Haji Pok Long ICT | Imej oleh: Kirshnan

Restoran ini dibuka setiap hari pada jam 2.30 hingga 7.30 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2:30pm – 7:30pm | 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Kedai Air Buah Gelas Besar

Air-Buah-Gelas-Besar-Terengganu-Air-Buah-Pak-San-Deeha-Azlee
Air Buah Gelas Besar Terengganu Air Buah Pak San | Imej oleh: Deeha Azlee

Jika anda bertanya kepada penduduk sekitar Kuala Terengganu destinasi makan yang menarik, rata-rata akan mengesyorkan Kedai Air Buah Gelas Besar yang mempunyai pilihan hidangan yang lazat.

Di sini semestinya air buah menjadi menu utama seperti buah naga, durian belanda, nangka, tembikai susu, pisang dan banyak lagi dengan pilihan saiz gelas yang berbeza.

Hidangan-Menyelerakan-Pak-San-mdzuraini-mdisa
Hidangan Menyelerakan Pak San | Imej oleh: Mdzuraini Mdisa

Bukan sahaja menyediakan air buah yang ‘pior’ tetapi turut mempunyai hidangan makanan seperti nasi dagang, nasi minyak, laksam, rojak ayam, mee sup dan lain-lain.

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:00pm – 1:00am | Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Restoran Mat Binjai

Menu-Popular-Restoran-Mat-Kedai-Binjai-Azizulman
Menu popular Restoran Mat Kedai Binjai | Imej oleh: Azizulman

Mencari restoran yang menghidangkan pelbagai menu untuk hidangan tengahari?

Anda boleh ke Restoran Mat Binjai yang menggunakan konsep seperti ala-ala nasi padang atau nasi minang iaitu sebaik sahaja anda duduk di meja, pelayan akan menghidangkan pelbagai lauk-pauk dan bayaran dikenakan untuk lauk yang dimakan sahaja.

Jadi bersiap-sedialah untuk rambang mata memilih aneka hidangan masakan tradisional mereka.

Antara menu menarik di sini adalah hidangan telur penyu!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1081-Q, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Fauzi Nasi Kerabu @ Suerasa Nasi Kerabu

Fauzi-Nasi-Kerabu-Terbaik-Faz-Arbai
Fauzi Nasi Kerabu Terbaik | Imej oleh: Faz Arbai

Nasi Kerabu merupakan salah satu makanan yang tersohor di pantai timur, bagi menikmati keaslian rasa nasi kerabu ini anda boleh berkunjung ke Fauzi Nasi Kerabu.

Menariknya tentang nasi kerabu di sini kerana ia pernah dianugerahkan sebagai nasi kerabu paling sedap di dunia oleh The World Street Food Congress 2017!

Suerasa-Nasi-Kerabu-Saja-Moon
Suerasa Nasi Kerabu | Imej oleh: Saja Moon

Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati nasi kerabu yang dimakan bersama ulam-ulaman, kelapa goreng, kuah lemak, budu serta pilihan lauk ayam bakar atau daging bakar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:45am – 1:00pm | Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Dynar Lekor

Lekor-Cheese-Dynar
Lekor Cheese Dynar

Negeri Terengganu dan keropok lekor merupakan sesuatu yang tidak asing-asing lagi, sekali anda merasai keropok lekor pasti akan teringat-ingat akan keenakkan rasa!

Dynar Lekor yang terletak di Kampung Bukit Tok Beng merupakan antara pengeluar keropok lekor yang terkenal di seluruh Malaysia.

Suasana-Permis-Keropok-Lekor-Dynar
Suasana Permis Keropok Lekor Dynar

Antara menu keropok yang disajikan adalah keropok jejari biasa, keropok jejari keju, keropok cheese lava, keropok keju bawang, keropok lada hitam dan lain-lain.

Jangan lupa beli lebih untuk dibawa pulang atau menikmatinya sepanjang perjalanan anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Lot 8338, Kampung Buluh Gading, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Gerai Kuih Gong Kapas

Gerai-Kuih-Gong-Kapas-Azizol-Abu-Hasan
Gerai Kuih Gong Kapas | Imej oleh: Azizol Abu Hasan

Anda merancang untuk duduk bersantai di tepi pantai pada waktu petang? Apakata singgah sebentar membeli aneka kuih-muih tradisional di Gerai Kuih Gong Kapas.

Lokasi gerai yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Khairiah ini beroperasi pada jam 12 hingga 7 petang.

Gerai-Kuih-Gong-Kapas-sentiasa-dipenuhi-pengunjung-Shahidah-Banu
Gerai Kuih Gong Kapas sentiasa dipenuhi pengunjung | Imej oleh: Shahidah Banu

Antara kuih-muih tradisional yang boleh didapati adalah kuih qasidah, kuih ketayap, pulut panggang, seri muka, kuih talam, kuih peneram, nona manis dan macam-macam lagi!

Nak dapatkan makanan seperti mee rebus, soto atau laksam pun turut dijual di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2:30pm – 7:00pm | Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu

NR Cafe

NR-Cafe
NR Cafe

Jika anda bercuti bersama-bersama kumpulan yang besar, semestinya masing-masing mempunyai selera yang berbeza.

Bagi memenuhi citarasa setiap orang jom berkunjung ke NR Cafe yang merupakan sebuah restoran buluh yang terletak di Tok Jembal.

Menu-menyedapkan-di-NR-Cafe
Menu menyedapkan di NR Cafe

Restoran yang sepenuhnya menggunakan elemen dekorasi buluh ini menyajikan pilihan makanan seperti seafood yang boleh dipilih sendiri, masakan panas, masakan barat, masakan thai, ikan  bakar dan sup belut herba.

Restoran ini turut membuka cawangan di Pantai Pangkalan Maras (NR Cafe Pata) dan NR Cafe Sungai Nyatuh.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:00pm – 12:00am | Lot 24354, Jalan Kubang Badak, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Aidilroti

Roti-Gulung-Adilroti
Roti Gulung Adilroti

Aidilroti yang terletak di Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud ini merupakan destinasi yang terbaik untuk anda menikmati hidangan roti canai sebagai sarapan pagi.

Seawal jam 7.45 pagi hingga 12.30 petang anda boleh menikmati hidangan roti canai goyang gedik, roti canai kambing bakar, roti canai kebab, roti telur dinosaur, roti canai gulung, roti ayam bakar, roti tisu dan banyak lagi menu menarik.

Nasi-Dagang-Istimewa-Adilroti
Nasi Dagang Istimewa Adilroti

Menurut pengusahanya, roti canai goyang gedik merupakan menu paling laris dan sekitar 100 biji sehari terjual! Roti canai goyang gedik dihidangkan dengan kuah banjir, sambal dan telur mata.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:45am – 12:30pm | Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Bersambung…

 

Tags: Kedai makan pagi kuala terengganuKedai makan tengahari kuala terengganuKedai makan terengganuMakan malam sedap di kuala terengganu
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

pulau-lang-tengah-island
Pakej Terengganu

Pulau Lang Tengah: Panduan Percutian & Aktiviti Menarik [POPULAR]

  Percutian pulau lang tengah adalah pilihan yang menarik jika anda ingin menikmati keindahan alam semulajadi dan hidupan laut di...

Oleh: Hadi Ghazali
7 Jun, 2023
29.9k
Terengganu-Drawbridge-Jambatan-Angkut-Terengganu-9
Pakej Terengganu

Jambatan Angkat Terengganu: Ikonik Drawbridge Terengganu Malaysia Dari Pantai Timur

  Apakah yang menarik tentang Jambatan Terengganu yang terkenal dan kenapa pelancong membanjiri perkarangan jambatan itu? Drawbridge Terengganu atau juga...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Mei, 2023
478
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas