Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Terengganu

Pulau Lang Tengah: Panduan Percutian & Aktiviti Menarik Popular

Pulau Lang Tengah adalah syurga tersembunyi yang indah di pantai timur semenanjung Malaysia dengan pasir putih bersih

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
26 Februari, 2026
Kategori: Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 3 mins read
1.3k 24
A A
6
pulau lang tengah
35.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Percutian pulau lang tengah adalah pilihan yang menarik jika anda ingin menikmati keindahan alam semulajadi dan hidupan laut di pantai timur semenanjung Malaysia.

Pulau Lang Tengah terletak di antara pulau redang dan pulau perhentian, dan mempunyai beberapa resort yang menawarkan pakej percutian, snorkeling dan scuba diving.

Anda boleh melihat penyu, pari manta, jerung buluh dan terumbu karang yang cantik di sekitar pulau ini jika anda seorang penyelam. Namun begitu aktiviti snorkeling juga membolehkan anda menemui hidupan-hidupan marini ini.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda juga boleh melawat Lang Tengah Turtle Watch, sebuah pusat pemuliharaan penyu yang menjaga telur-telur penyu dan memantau aktiviti pembiakan penyu.

Selain itu, anda boleh berjalan-jalan di atas pantai yang berpasir putih, melihat pasir biru yang berkilauan pada waktu malam, atau bersantai di kolam renang atau spa resort.

Pulau lang tengah adalah tempat yang sesuai untuk anda yang mencari ketenangan dan privasi dalam percutian anda. Juga boleh sampai ke pulau ini dengan menaiki bot laju dari jeti pelancongan di merang, yang mengambil masa kira-kira 40 minit.

Pakej Percutian Lang Tengah

  • Lihat Pilihan Pakej Pulau Lang Tengah
  • Lihat Penginapan Pilihan di Lang Tengah
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Lang Tengah
  • Lihat Peta Percutian Pulau Lang Tengah

Pin

  • 1 Sari Pacifica Resort & Spa
  • 2 Summer Bay Lang Tengah Island
  • 3 Lang Tengah Turtle Watch
  • 4 Cara ke Pulau Lang Tengah
  • 5 Aktiviti Menarik di Pulau Lang Tengah
  • 6 Merancang Bercuti di Pulau Lang Tengah?
Mari kita lihat perkara menarik yang ada di Pulau Lang Tengah:


Sari Pacifica Resort & Spa

Sari-Pacifica-Resort-&-Spa

Sari Pacifica Resort mengenengahkan konsep desa tradisional Asia, yang mana setiap bilik mempunyai pemandangan taman.

Sari-Pacifica-Resort-&-Spa-5

Malah setiap bilik turut dilengkapi dengan kemudahan seperti, Wi-Fi percuma, tab mandi, bar mini dan peralatan untuk menyediakan minuman panas.

Sari-Pacifica-Resort-&-Spa

Selain daripada layanan para pekerjanya yang mesra, mereka turut menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang luar, spa, ruang senaman, perkhidmatan feri, sewaan peralatan sukan air dan padang golf.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Sari-Pacifica-Resort-&-Spa

Keadaan pantainya yang berpasir putih dan laut yang sentiasa jernih sudah semestinya akan melegakan tekanan anda serta memberi lebih kepuasan jika menginap di sini sepanjang percutian anda di Pulau Lang Tengah.

Sari-Pacifica-Resort-&-Spa

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sekitar tempat penginapan ini seperti bermain bola tampar pantai dan sukan air.


Summer Bay Lang Tengah Island

Summer Bay Lang Tengah Island

Summer Bay Lang Tengah Island merupakan tempat penginapan yang terbesar di pulau ini dengan kedudukannya yang terletak di antara pantai pasir putih dan hutan tropika.

Summer Bay Lang Tengah Island

Terdapat beberapa pilihan bilik dengan kelengkapan yang berbeza dan sesuai dengan poket anda.

Summer Bay Lang Tengah Island

Antaranya dilengkapi dengan peti sejuk bersaiz mini, meja dan TV skrin rata, peti keselamatan dan kemudahan membuat minuaman panas.

Summer Bay Lang Tengah Island

Malah bagi bilik-bilik yang lebih ekslusif mereka menyediakan balkoni peribadi, akses ke kolam renang  atau pemandangan kolam renang.

Summer Bay Lang Tengah Island

Jangan bimbang tentang selera anda, kerana mereka mempunyai sebuah restoran yang menyajikan variasi makanan yang lazat, kafe yang menawarkan pemandangan laut dan bar teres yang menyediakan muzik secara langsung.

Summer Bay Lang Tengah Island

Terdapat juga kedai serbaneka, pusat menyelam dan kolam renang luaran bersaiz besar.


Lang Tengah Turtle Watch

Lang Tengah Turtle Watch
Imej oleh: Eric Goh

Lang Tengah Turtle Watch merupakan sebuah lokasi di Pulau Lang Tengah yang dibangunkan bagi menyelamatkan telur penyu dan memantau aktiviti pembiakan penyu untuk mengelakkannya daripada diancam kepupusan.

Lang Tengah Turtle Watch
Imej oleh: Johnny Chiu

Ia merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada aktiviti sukarelawan untuk memastikan ekosistem penyu terus terpelihara.

Jika anda pencinta haiwan dan berhasrat untuk bersama-sama melibatkan diri bagi menyelamatkan penyu anda boleh mencuba di sini.

Lang-Tengah-Turtle-Watch-7

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah rondaan waktu malam, pengumpulan telur penyu dan pemantauan sarang penyu.

Lang Tengah Turtle Watch
Imej oleh: Eric Goh

Selain itu,anda boleh melawat ke Lang Tengah Turtle Watch bagi menyaksikan penyu bertelur dan anak-anak penyu yang berkeliaran di persisiran pantai! Ia merupakan sebuah pengalaman yang begitu berharga buat anda yang tidak pernah menyaksikan keletah anak-anak penyu secara langsung.

Lang Tengah Turtle Watch

Tambahan lagi, di sini turut menyediakan penginapan yang berkonsepkan khemah di mana tapak perkhemahannya terletak di belakang pantai di Turtle Bay. Anda boleh merasa seperti hidup di dalam hutan dengan adanya bunyi unggas serta unggun api yang menghiasi persekitarannya.

Lang Tengah Turtle Watch
Imej oleh: Johnny Chiu

Apabila anda melibatkan diri dengan misi berkaitan alam sekitar, pastikan anda menggunakan peralatan yang mesra alam bagi mengelakkan pencemaran berlaku.


Cara ke Pulau Lang Tengah

Lang-Tengah-jetty

Seperti yang semua maklum negeri di pantai timur mengalami musim tengkujuh pada akhir bulan Oktober.

Oleh itu, Pulau Lang Tengah seeloknya dikunjungi pada bulan Mac sehingga Oktober bagi menikmati suasana yang lebih ceria.

Lang-Tengah-Scenery
Imej oleh: Owen Yen

Untuk ke Pulau Lang Tengah anda perlu menaiki bot di Jeti Merang yang terletak di daerah Setiu.

Bagi ke Jeti Merang anda boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan sendiri atau mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, seterusnya mengambil pengangkutan awam yang menuju ke Jeti Merang.

Lang-Tengah-jetty

Jika anda inginkan kos pengangkutan yang lebih jimat, anda boleh memilih untuk menaiki bas ke Kuala Terengganu, malah turut terdapat bas yang menggunakan laluan pantai di mana anda boleh terus turun di Jeti Merang.


Aktiviti Menarik di Pulau Lang Tengah

Jungle Trekking / Meredah Hutan
Jungle Trekking / Meredah Hutan

Tidak asing lagi, jika ke pulau kebanyakkan aktiviti yang disediakan adalah berkait dengan air. Pulau Lang Tengah turut menyediakan 12 tapak untuk anda menyelam dengan kedalaman yang berbeza iaitu sedalam 7 meter sehingga 26 meter.

Jika bernasib baik anda boleh bertemu dengan pari manta dan jerung paus! Terdapat beberapa tempat menyelam yang popular di sini iaitu Karang Nibong Laut, Terumbu Karang Tempatan, Batu Kuching, Terumbu Kuning, Tanjung Telunjuk, Goby Garden, Batu Bulan dan Karang Bahar.

Aktiviti snorkeling melihat kumpulan ikan | Imej oleh: Johnny Chiu
Aktiviti snorkeling melihat kumpulan ikan | Imej oleh: Johnny Chiu

Apa ertinya bercuti di pulau jika tidak melakukan aktiviti snorkeling di beberapa lokasi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, jika bernasib baik anda dapat melihat jerung buluh dan penyu dengan jarak yang dekat!

Jika tidak puas snorkeling di lokasi yang dibawa, anda boleh menyambunya aktiviti ini di pantai berhadapan tempat penginapan anda.

Pantai yang berpasir putih di hapadan tempat penginapan anda turut kaya dengan spesies hiduapan laut yang bewarna-warni.

Aktiviti snorkeling & penyelaman
Aktiviti snorkeling & penyelaman

Inginkan aktiviti yang lebih santai? Anda boleh bersantai sambil melihat pemandangan setiap pulau dengan mengikuti aktiviti jelajah pulau.

Ia semestinya akan menambah keterujaan anda untuk mengetahui tentang keunikan setiap pulau yang wujud di sekitar Pulau Lang Tengah.

Aktiviti kayak di tepi pantai
Aktiviti kayak di tepi pantai

Seterusnya anda boleh luangkan waktu petang anda dengan bersantai di persisiran Pantai Pasir Air yang terletak berhampiran dengan Sari Pacifica Resort, di sini lokasi terbaik bagi melihat matahari terbenam. Jangan lupa matahari mula terbenam pada jam 6.30 petang.

Melihat matahari terbenam | Imej oleh: Owen Yen
Melihat matahari terbenam

Selain aktiviti air, aktiviti lasak turut boleh dilakukan di sini.

Ayuh mendaki ke kawasan yang berbatu iaitu Batu Kuching bagi menghayati keindahan alam serta melihat matahari terbit. Anda disarankan mula mendaki pada jam 5.30 pagi bagi melihat matahari terbit.

Aktiviti-di-Pulau-Lang-Tengah-8
Imej oleh: Owen Yen

Inginkan lebih cabaran, anda boleh mencuba laluan ke Bukit Batu Bulan pula.

Apabila mendaki di Bukit Batu Bulan, jangan lepaskan peuang untuk merakam memori bersama pokok pandan laut gergasi yang berketinggian hampir 7 meter!

Sari-Pacifica-Resort-&-Spa-Lang-TengahSari-Pacifica-Resort-&-Spa-Lang-Tengah

Pasir bewarna biru? Eh seperti berada di alam fantasi pula bila bercuti ke Pulau Lang Tengah ini.

Anda boleh meminta maklumat daripada pekerja tempat penginapan anda tentang lokasinya, mungkin juga mereka akan menawarkan servis pemandu pelancong secara percuma untuk ke lokasi tersebut.

Suasana yang cukup cantik di waktu malam Pulau Lang Tengah
Suasana yang cukup cantik di waktu malam Pulau Lang Tengah

Jika anda bertuah, dapatlah isi waktu malam dengan melihat pasir bewarna biru dan limpahan cahaya daripada tahi bintang!


Merancang Bercuti di Pulau Lang Tengah?

Merancang-Bercuti-di-Pulau-Lang-Tengah

Setiap pulau semestinya mempunyai tarikan yang tersendiri bagi memenuhi citarasa para pelancong.

Jom luangkan masa anda di Pulau Lang Tengah bagi menyaksikan keindahan hidupan laut serta hutan semulajadi di sekelilingnya.

Pulau-Lang-Tengah
Jeti kecil Pulau Lang Tengah | CC: Mohd Fazlin

Baca juga: Panduan bercuti ke Pulau Redang

Jangan lepaskan peluang untuk bercuti di pulau privasi ini yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan lokasi yang menarik untuk anda lakukan dan kunjungi bersama-sama pasangan, ahli keluarga atau rakan-rakan anda.

Pakej Percutian Lang Tengah

Tags: bercuti di pulau lang tengahbot ke pulau lang tengahpulau lang tengah hotelpulau lang tengah resort
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Panduan Bercuti di Tasik Kenyir
Pakej Terengganu

Panduan Bercuti di Tasik Kenyir Resort, Houseboat & Aktiviti Paling Menarik

  Bercadang bercuti di Tasik Kenyir? Mencari Resort di Tasik Kenyir? Kenyir Houseboat? Panduan ini untuk anda. Percutian Tasik Kenyir...

Oleh: Hadi Ghazali
21 April, 2026
38.9k
Tempat menarik di Kuala Bera
Pakej Terengganu

10 Tempat Menarik di Kuala Berang Berserta Aktiviti Popular

  Ada tempat menarik di Kuala Berang yang boleh dikunjungi? Juga dikenali sebagai "Batu Burok," merupakanibu daerah dan bandar terbesar...

Oleh: Hasrul Wayne
21 April, 2026
8.1k
Selanjutnya

Komen 6

  1. blank Apex says:
    + -

    Saya difahamkan harga yg dipaparkan adalah untuk sepasang. Tapi (Harga seorang) harga apa yg dimaksudkan dalam kurungan tersebut?.

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Harga untuk semua pakej berbulan madu adalah sepasang. Untuk mendapatkan sebutharga sila isikan borang sebutharga

  2. blank Hafidz says:
    + -

    (Superior chalet : rm489) <- harga pakej tersebut untuk sepasang atau setiap seorang perlu bayar rm489?..

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya sepasang En hafidz

  3. blank zul says:
    + -

    Adakah harga yang dipaparkan adalah untuk sepasang ataupun seorang ??

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Harga adalah untuk sepasang En Zul.

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my